Jump to ratings and reviews
Rate this book

Membongkar Misteri Gangguan Alam Ghaib: Himpunan Kisah-Kisah Syaitan

Rate this book
Sesungguhnya, sisi gelap dan cerah kehidupan ini sudah dijadikan Allah SWT bagi menunjukkan kekuasaan-Nya yang tiada tandingan. Kita hanya makhluk kerdil yang sentiasa berada dalam kehendak-Nya dan tidak mampu melakukan apapun tanpa kudrat pemberian-Nya. Syaitan, iblis, jin dan roh-roh jahat sentiasa berlegar-legar di sekililing kita. Cuma manusia tidak diberikan mata kasyaf untuk melihat kehidupan makhluk-makhluk ghaib ini. Andai dibuka hijab, tentu sekali kita akan dapat melihat alam ghaib yang dikatakan misteri. Syaitan, jin dan roh-roh jahat ini sentiasa sahaja ingin mengganggu dan menyesatkan pemikiran manusia. Pelbagai cara digunakan. Kisah manusia diganggu, diusik atau disakat sering kita dengar di sekitar kehidupan kita. Buku ini menghimpunkan kisah-kisah gangguan misteri oleh makhluk dari alam ghaib keatas manusia.

311 pages, Paperback

First published January 1, 2020

2 people are currently reading
10 people want to read

About the author

Syed Mahadzir Syed Ibrahim

84 books9 followers
SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM atau nama penanya Ibnu Ibrahim At-Tawari, SMahadzir, SMSI dan SMSIbrahim. Beliau memulakan alam persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Tawar, Baling, Kedah, Sekolah Kebangsaan Kota Bukit, Sik, Kedah, Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah, Institut Teknologi Mara (ITM) - Diploma Kajian Reka Bentuk dan Universiti Putera Malaysia – Ijazah Sarjana Muda Linguistik.

Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Penerangan di Jabatan Perhubungan Awam, Lembaga Letrik Negara, Pengurus Editorial di Food and Agriculture of Organization (FAO) of United Nation, Editor dan Pengurus Editorial di beberapa buah syarikat penerbitan dan kini merupakan Pengurus Pentadbiran Pujangga Gemilang Resources dan Ketua Fasilitator PPSB/PLKN, Dewan Bahasa Pustaka dan Jabatan Latihan Khidmat Negara, Exco Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, Setiausaha Persatuan Penulis Dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI) dan Setiausaha Persatuan Penggiat Seni Budaya Daerah Kuala Langat (PESAT). Beliau sering dijemput sebagai hakim dalam pertandingan mendeklamasi puisi, syarahan, bercerita, tarian tradisional, teater, nyanyian lagu-lagu asli, nyanyian lagu-lagu patriotik, pantun dan juga nyanyian lagu-lagu irama Malaysia peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan.

Bidang penulisan beliau ialah cerpen, esei, fiksyen misteri, berita, puisi, skrip drama tv, skrip drama radio, skrip drama pentas dan novel. Sehingga kini beliau telah menghasilkan lebih dari seratus buah buku dalam pelbagai genre.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (11%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
6 (66%)
2 stars
2 (22%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Fatimah Manaf.
84 reviews6 followers
May 10, 2021
Himpunan cerita kisah seram yang dipaparkan dalam bentuk narator dan petikan dialog. Malangnya, gaya penulisannya sangat 'kering', kaku dan tak menarik. Setiap cerita sekadar menyampaikan apa yang berlaku, kesannya dan puncanya. Style plot konvensional tanpa sebarang olahan unsur, tidak berjaya memberikan kesan sepatutnya terhadap pembaca.

Walaubagaimanapun, aku kagum dengan petikan makna dari surah yang berkaitan dengan syaitan di permulaan setiap 28 buah ceritanya. Menariknya, penulis juga mempunyai integriti yang unggul kerana menyatakan rujukan untuk penulisannya secara detail.

Selain style penulisannya yang tidak berjaya memberikan kesan katarsis pada aku, ceritanya juga agak old school dan mempunyai gaya seolah-olah ditampal-direct narrate dari source yang sepatutnya(sama ada rekaan fiksyen semasa-mata or pengalaman sebenar).

Persamaan cerita antara cerita juga wujud menyebabkan kekeliruan sering timbul semasa pembacaan, repitasi ini memberikan kesan hyperbosan yang tidak dapat di elakkan.

Boleh dikatakan purpose writer nak ungkapkan tentang kewujudan syaitan, jin dan tipu daya mereka di alam ini, berjaya hanya kalau gaya penyampaiannya lebih baik, aku lebih gembira. Good to try, don't worry aku susah nak give up. Habis baca, tetap baca hingga ke penghabisannya😎#fatimahmanaf #timahreviewbuku #malaysiamembaca
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
March 9, 2022
Gaya penyampaian yang kurang menarik dan sedikit berserabut.. Menghimpunkan cerpen pendek mengenai kejadian misteri dan menakutkan..
Profile Image for Joshie.
2 reviews
January 12, 2025
Alhamdulillah syukur bahawa saya telah mengahabiskan buku ini dengan tiga (tengah malam sblm siang hari ke-4).

Buku ini mempunyai pelbagai cerita tersendirinya sebanyak 28 cerita hantu pendek dan Alhamdulillah dengan rahmat Allah SWT saya sempat menghabiskan buku ini dengan masa isi lapang saya.

Bagi pendapat saya, terdapat pros dan cons tentang buku ini yang saya akan huraikan. Pada pros dia, setiap cerita baharu sebelum itu mempunyai kalimah ayat Al-Quran dari surah-surah tertentu membuatkan buku ini unik. Selain itu, buku ini juga memberi rujukan dan nota/penjelasan pada muka surat akhir-akhiran. Membuat buku ini lengkap di segi aspek keagamaan Islam. Di segi cons nya pula, cerita yang diceritakan pada buku ini tidak memberi impak yang mendalam bagi saya. Ia membuat saya cepat lalai dan berasa bosan kerana ending nya so-so sahaja. Seterusnya,ceritanya itu terdapat konsep yang sama cuma karekter, situasi dan latar belakang lain. Banyak ending yang digunakan banyak kali dan ini membuat saya amat membosankan kerana ia tiada nilai tersendiri di dalam buku tersebut seakan-akan copy-and-paste sahaja. Akhir sekali, terdapat error yang akan mudah membuat pembaca salah faham. Apa yang saya ingat, di dalam satu kisah tersebut ada kerekter yang tertukar nama. Pada awalnya namanya lain tetapi pertengahan namanya tiba-tiba bertukar nama.

Kesimpulannya, buku ini tidak lah begitu baik tetapi saya memberi tiga bintang kerana terdapat dua cerita sebelum berakhir buku ini yang amat menyeronokkan dan memberi sedikit impak yang mendalam bagi saya kerana jalan ceritanya ada originality daripada 26 cerita yang lain.
1 review
January 5, 2023
Ada kisah yang menarik, ada yang terlalu meleret penceritaan. Terdapat juga penggunaan bahasa yang berulang membuatkan jalan cerita menjadi bosan.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.