Jump to ratings and reviews

Coffee Break & Koleksi Komik Terbaik Ain Lavendra

Terbaik dalam buku ini:

- Himpunan komik menarik dan terbaik karya Ain Lavendra di Komik-M. 100% berwarna!

- Bonus: Tip dan panduan berkomik gaya Ain Lavendra

- Bonus: Koleksi lakaran dan ilustrasi terpilih Ain Lavendra

112 pages, Comic

First published August 5, 2019

Loading...
Loading...

About the author

Ain Lavendra

22 books6 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (22%)
4 stars
19 (35%)
3 stars
21 (39%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,141 reviews
October 16, 2019
Kalau namanya kartunis wanita pasti genre cinta menjadi tema utama (tidaklah semua, Cabai contohnya). Di Malaysia tak banyak kartunis wanita yang terkenal, boleh kira dengan jari. Yang legenda seperti Cabai (Tiga Dara Pingitan), yang memulakan gaya shoujo jepun seperti Kaoru (Helios Eclipse), Shamsinar Abu Hassan AKA Nutz dan Xansievera (Kisah Zulaika) dari Gempakstarz. Tidak lupa juga dua kartunis wanita yang dah ada PHD iaitu Leen Mafia dan Jon Suraya. Ain Lavendra juga punya pengaruh shoujo yang kuat cuma disesuaikan dengan adat dan budaya Malaysia. Hanya dua komik terawal sahaja yang punya jalan cerita kuat sikit, komik2 yang lain biasa2 saja. Dapat lihat perkembangan Ain Lavendra dalam komik ni sebab makin lama lukisan dia makin cantik dan kemas. Teruskan berkarya!
Profile Image for Siqahiqa.
631 reviews108 followers
July 24, 2021
❑ Lukisan cantik dan berwarna menjadikan buku ini lebih menarik untuk dibaca.

❑ Koleksi komik yang mempunyai beberapa cerita bertemakan cinta, sahabat, dan keluarga. Ceritanya agak klise dan ada beberapa ketika yang aku tidak pasti akan plot atau susunan cerita. Namun, difahamkan bahawa ada beberapa cerita yang dilukis dan disiapkan oleh penulis pada suatu ketika dahulu. Malah, ada juga komik pertama penulis yang diterbitkan sepuluh tahun lepas (kalau tak silap).

❑ Aku suka dengan cerita pertama! Comel je 🥰 Membuatkan aku rindu juga nak melepak lama -lama di kafe dengan membaca buku sambil ditemani secawan kopi.

❑ Sebagai penambahbaikan, mungkin penulis boleh memilih jalan cerita yang berlainan sedikit dari kebiasaan. Watak dan plot cerita juga boleh dikembangkan lagi.

❑ Penulis ada juga berkongsi mengenai panduan melukis dan berkomik yang boleh diguna pakai oleh semua yang baru berjinak dengan dunia media sosial. Dua perkara penting yang aku turut setuju di sini adalah kepentingan niche dan jangan sesekali rasa down jika hantaran anda tidak mendapat perhatian. Teruskan dengan content anda tanpa jemu. Ayuh! 🤗

❑ Komik ini sesuai untuk dibaca oleh mereka yang inginkan bacaan santai dan ringan. Boleh jadi peneman pada cuti hujung minggu anda 💛

Terima kasih @komik.m atas pemberian buku ini sebagai pertukaran untuk ulasan buku ✨

instagram.com/siriusiqa
Profile Image for Elvina Zafril.
771 reviews112 followers
June 26, 2021
Suka baca komik pertama sangat-sangat! Kisah yang menarik dan comel walaupun sedikit cliche. Aku sukakan lukisan komik Ain Lavendra. Menarik macam style komik Jepun. Cerita-cerita lain dalam komik ni tak berapa best bagi aku lah, cuma lukisan komik je aku suka. Komik ni ada warna, jadi aku rasa seronok baca sebab sedap mata memandang. Terima kasih, Ain Lavendra!
Profile Image for books.bintulu.
302 reviews7 followers
March 21, 2023
Mac 2023: Coffee Break dan Koleksi Komik Terbaik Ain Lavendra

Seronok membaca coretan oleh Ain Lavendra berkaitan perkembangan minat dan bakatnya melukis komik. Dapatlah berkongsi dengan anak-anak walaupun mereka masih ikut mood dalam bab melukis (tapi sangat sukakan komik). Turut disertakan Petua Berkomik, Workstation Ain Lavendra dan galeri lukisan.

Dari segi penceritaan, kisah-kisah yang dipaparkan mungkin agak advance untuk anak² saya. Saya ambil peluang ini untuk dijadikan modal perbincangan (cinta, persahabatan, cita-cita) dengan anak² yang nak masuk fasa pra-remaja.

Saya habis membaca komik ni semasa tunggu anak balik sekolah.
Profile Image for SS.
572 reviews10 followers
January 1, 2023
2/2023 ✒️

Saya jarang baca komik yang pelukisnya perempuan. Kalau baca dan kenal pun mungkin Jon Suraya. Terimakasih buat tim Komik M atas pemberian naskah ini. Baru saya kenal Ain Lavendra. Dan kalau tak silap bukan ke Ain Lavendra pelukis untuk cover Bookiut? (sorry kalau salah).

Suka dengan lukisan Ain. Comel. Tambahan pula dengan ilustrasi yang berwarna. Menambahkan keterujaan membaca. Cumanya, saya perasan ada cerita yang klise dari segi jalan cerita. Ini merupakan kompilasi karya-karya Ain. Ada yang lama dan ada yang baru.

Lukisannya semakin cantik dan kemas.🫶🏻 Cerita pertama memang manis. Berkenalan dan bercinta di kafe. Haish. Automatik tersengih sendiri. Comel kot!

1. Coffee Break ⭐️⭐️⭐️⭐️
2. Restu ⭐️⭐️⭐️
3. Konklusi ⭐️⭐️.5
4. Raya Seorang Gadis ⭐️⭐️.5
5. Cikgu Kacak ⭐️⭐️⭐️
6. Keputusan Cinta ⭐️⭐️⭐️

Sambil layan antologi cerita dari Ain. Diselitkan juga dengan pengenalan diri dari penulis dan juga petua berkomik. Sambil membaca dapat juga ilmu pengetahuan. 2 dalam satu.
Profile Image for mira..
182 reviews28 followers
February 17, 2022
2 kali baca je dah habis. Buku ni cringe sweet. Tapi comel. Alah, stail2 zaman masa kite bebudak dulu. Zaman bebudak dulu, siapa je perangai tak cringe gitu. Haha. Walaupun jalan cerita dia macam takde pengajaran sangat, untuk bacaan santai bolehla. Baca masa stress ke. Terus tersengih macam kerang. Haha tiber.
Profile Image for Hani Suraya.
Author 7 books51 followers
June 6, 2022
Bought this comic at PBAKL 2022 and finished my reading in my hotel room in just one sit, or baring guling² 😆

Somehow, rasa tak puas sebab terlalu pendek dan baru nak feel the story je selak² dah habis pulak. Hahah!

Some titles have potential to be a full comic story.

Profile Image for Sha Mohamed.
2,567 reviews1 follower
July 9, 2021
Himpunan komik dari Ain Lavender beserta tip-tip untuk menjadi pelukis.. Boleh tengok perkembangan karya beliau dalam buku ini.. memang sweet dan memikat..
Profile Image for Siti Nur Izzati.
142 reviews2 followers
December 15, 2021
Nice read 🙂
Kompilasi ni tonjolkan progress seorang Ain Lavendra.
Teruskan berkarya!
Profile Image for XRXNX.
149 reviews11 followers
June 4, 2022
Best dibaca santai-santai, artwork pun lawa-lawa
Displaying 1 - 11 of 11 reviews