Tetapi, cinta semata-mata tidak cukup untuk mempertahankan keharmonian sesebuah rumah tangga, terutamanya apabila pasangan sudah jemu dan mula berubah.
Maka, adakah kita sudah tersilap memilih pasangan?
Haruskah rumah tangga berakhir dengan hilangnya cinta?
Buku ini mengajak kita untuk membetulkan sikap dan cara pandang terhadap perkahwinan dimana matlamat utamanya adalah menuju Allah S.W.T.
Penulis memberi nasihat bagaimana kita harus mengemudi bahtera sehingga akhirnya, kita mencapai matlamat perkahwinan yang sering disebut-sebut itu: SYURGA.
Pahrol Mohamad Juoi memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.
Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.
Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.
Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.
Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.
Bak kata pepatah Arab, seseorang itu menjadi hamba kepada ‘apa’ atau ‘siapa’ yang dicintainya.
- Ada isteri yang sudah semakin ‘toleransi’ dalam hukum penutupan aurat. Malangnya, si suami biarkan sahaja tudungnya yang semakin singkat, saiznya semakin sendat dan melekat. Tangannya terlihat, helaian rambutnya sedikit berjuntaian. Solat pasangan sudah mula culas, tidak tetap waktu dan terlalu ringkas pula. Didiamkan si suami kerana TERLALU SAYANG. - Ada suami yang dulunya rajin ke kuliah agama, bersedekah dan berdakwah, namun semangatnya merudum, mula leka dengan TV dan aktiviti yang tidak menyuburkan imannya. Si isteri hanya melihat kerana TERLALU SAYANG. - Ada yang terlalu cintakan anak hingga anak-anak tidak solat Subuh, kasihan nanti mengantuk kerana kurang tidur. Tidak dilatih puasa, kasihan nanti lapar dan haus. Betapa ramai ibu bapa yang hakikatnya ‘menghumbankan’ anak-anak mereka ke neraka kerana dibiarkan melakukan kejahatan tanpa teguran. Kerana TEELALU SAYANG.
“Sedikit ibu bapa terpesona dengan dunia, anak-anak akan terleka dalam mencintainya”.
Ringkasan pembacaan m/s : 150-152
Bacaan pertama tahun 2022 yang bermanfaat. Bacaan ringan yang bersifat straightforward ini mudah difahami & diamalkan oleh pasangan sudah berkahwin agar pemanduan ke titik terakhir, yakni syurga, menjadi lebih lancar.
📚Buku ini sarat dengan ilmu! Serious sarat dengan ilmu mengenai rumahtangga. Kak Elle suka cara penulis memberi tips dan contoh yang bersesuaian menjadikan setiap perkara yang disampaikan mudah difahami. 📚Antara ilmu yang amat bernilai bagi Kak Elle adalah konsep menjalankan tanggungjawab atau peranan (samada sebagai isteri/suami/anak/ibu/bapa) tanpa menunggu pasangan kita. 📚Masalah rumahtangga kerap berlaku kerana ramai yang sibuk menuntut hak berbanding menjalankan peranan atau tanggungjawab masing-masing. 📚Bagaimana jika pasangan kita tidak bertanggungjawab? Kita perlu kembali kepada tujuan kita berkahwin iaitu sebagai ibadah kepada Allah. InshaAllah jika kedua-dua muhasabah tujuan asal perkahwinan, apapun badai melanda pasti Allah bantu! 📚”Life Begins at 40” berlaku bukan sahaja kepada para lelaki malah wanita. Dalam sesetengah situasi atau keadaan krisis pertengahan umur ini berlaku lebih awal! Ini ilmu mahal bagi Kak Elle. Tak pernah tahu bahawa Life Begins at 40 ini benar-benar berlaku 😱 📚Banyak lagi topik best yang dikongsikan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Ini uolls kena check it out sendiri okay 😆. 📚Kak Elle bagi 5🌟 untuk buku ini! And yes, Kak Elle akan beli buku-buku hasil tulisan Ustaz yang lain pula selepas ini. Tak sabar! 📚Buku ini amat sesuai sebagai panduan mereka yang bujang, mahu berkahwin dan sudah berkahwin. Tidak kira di mana pun fasa perkahwinan kita, boleh belajar sesuatu daripada buku ini InshaAllah ❤️
'Starter Kit' untuk si 'Darah Manis', 'Pil Booster' untuk 'Pasangan Senja' . Sesuai dengan tajuk diberi, buku ni telah membawa satu topik yang sangat berat (tips mengemudi alam rumah tangga) namun dalam persembahan yang sangat santai. . Bukan sahaja sesuai untuk ditelaah oleh pasangan yang telah berkahwin, tak kira pengantin baru mahupun lama, bagi mereka yang dalam proses bertaaaruf pun sangat digalakkan membacanya sebagai persediaan. . Bagi pasangan senja terutamanya, yang seperti telah kehilangan 'spark' dalam perhubungan, mungkin telah tiba masanya untuk kembali semula kepada asas --"Apakah tujuan perkahwinan yang sebenarnya?" Jawapannya sangat berkait rapat dengan tujuan hidup, yakni menjadi hamba kepada tuhan yang Esa. . Paling tertarik dengan prinsip 'Perbezaan Yang Sama'/ 'The Same Differences' yang telah dibangkitkan oleh penulis. Katannya, setiap pasangan perlu ada perbezaan bagi mewarnai alam berumah tangga. Boleh berbeza watak mahupun karakter, TETAPI perlu berpengang kepada prinsip yang sama. . Secara keseluruhan, satu bacaan yang sangat bermanfaat. Terima kasih penulis, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi , atas ilmu yang telah dicurahkan dengan kata-kata hikmah disebalik bahasa yang disusun indah ke dalam naskhah ini. . 4 out of 5 stars!
Buku Bawa cinta kita ke syurga ini sarat dengan nasihat dan peringatan dalam perkahwinan.. buku ini banyak menceritakan tentang realiti kehidupan berumahtangga ada bahagia, ada ujian yang datang dipertengahan usia perkahwinan..dan akhirnya bagaimana kita hendak membina dan membawa cinta kita ke syurga..
Bagi saya yang tidak sampai 1 dekad usia perkahwinan, buku ini memberi dapat memberi mindset serta kesedaran bahawa akan ada ujian2 yang mungkin akan mengjengah dipertengahan jalan..jadi harus bersedia, andai ujian itu tiba, saya tahu untuk mengharap dan kembali kepada apa..
kunci kebahagiaan adalah apabila meletakkan cinta pertama kepada Allah dan mencintai manusia bersandarkan cinta kepada Allah..
Penulisan dalam nada yang cukup santai dengan contoh-contoh dan perlambangan sangat bijak daripada penulis membuatkan buku ini mudah untuk dihadam isi kandungan yang ingin disampaikan.
Cabaran hidup berumahtangga, tips dan panduan serta senario yang dikongsikan tidak dalam bentuk mencari salah siapa atau berat kepada mana-mana pihak tapi lebih kepada keseimbangan yang perlu dicari dalam hidup berumahtangga dan di antaranya diselit dengan puisi-puisi yang cukup indah.
Satu penulisan yang cukup berkesan, cuma ada beberapa bahagian yang seakan berulang namun tidak mencacatkan pemahaman ke arah membina keluarga sakinah. Terima kasih @ustazpahrolmohamadjuoi
Penulisan yang santai tetapi sarat dengan nasihat. Sesuai untuk dibaca oleh mereka yang sudah berumah tangga, mahu berumah tangga, sedang bersedia untuk menghadapi situasi berumah tangga.
Walaupun karya ini ditulis untuk bertemakan rumah tangga, tetapi isi kandungannya juga boleh dijadikan renungan untuk semua, sebagai ahli dalam sesebuah keluarga.
Ilmu-ilmu yang dikongsi dalam buku ini juga sesuai untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian bersama ibu bapa, adik beradik mahupun rakan-rakan terutamanya mengenai komunikasi.
Erti hidup pada memberi. Jangan hanya menunggu ‘diberi’ baru mahu ‘memberi’.
Apabila kita berada di gelanggang rumah tangga, soal siapa menang dan siapa kalah bukanlah menjadi perkara yang utama memandangkan kesalahan isteri atau suami turut menjadi kesalahan kita juga, begitu jualah sebaliknya.
Perkahwinan adalah satu perkongsian, bukanlah satu persaingan.
Buku yang sangat sesuai dibaca untuk mereka yang belum berkahwin, yang baru berkahwin dan sudah berkahwin. Penuh dengan nasihat dan peringatan untuk membawa cinta ke syurga yang kekal abadi.
Sangat bagus untuk dibaca oleh pasangan yang baharu kahwin, dah lama kahwin mahupun yang bakal berkahwin. Terlalu banyak mutiara berharga yang boleh dijadikan panduan di dalam melayari bahtera rumah tangga
Banyakkan sentuhan yang tidak dibauri keinginan seksual (ambil berat).
Ego dengan manusia berpunca daripada ego kepada Allah SWT.
Dengan warna yang berbeza, Allah SWT ‘lukiskan’ alam indah ini untuk manusia.
Begitulah sewajarnya ‘lukisan alam’ rumahtangga kita. Perbezaan akan memberikan keindahan.
Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat.
Sesiapa yang rajin beramal ibadah sewaktu muda, kerap kali akan mewarisi tabiat yang baik itu apabila telah tua.
Apabila kita mendapat sesuatu, kita akan kehilangan sesuatu. Pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang.
Rehatkan rumahtangga dengan solat.
Hati yang tenang akan bersyukur apabila mendapat nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela memberi maaf apabila dipinta, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan rezeki yang ada, tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT dan manusia.
Mencintai isteri dan suami orang adalah haram.
Al-Farabi: “Cinta yang berlandaskan nafsu seks adalah cinta yang diilhamkam oleh Tuhan kepada haiwan.”
Dihalalkan pergaulan kita antara suami isteri atas kalimah Allah SWT.
Tunaikan hak pasangan kita lebih daripada kita menuntut hak kita.
Siapa kita lima tahun akan datang dicorakkan melalui dengan siapa kita bergaul dan buku apa yang kita baca.
Penulis mengajak pembaca untuk melihat cinta bukan hanya sebagai perasaan dangkal, tetapi sebagai suatu tanggungjawab yang memerlukan pengorbanan, komitmen, dan usaha yang berterusan untuk memperkukuhkan hubungan.
Pahrol Mohamad Juoi menggunakan pelbagai contoh dan anekdot untuk menggambarkan bahawa cinta yang sejati tidak hanya diwujudkan dalam kata-kata, tetapi juga dalam tindakan yang menyokong dan menghargai pasangan. Melalui penjelasan yang tulus dan mendalam, penulis menekankan pentingnya menghayati nilai-nilai agama dalam membina rumah tangga yang bahagia dan diredhai.
Buku ini mengajak pasangan untuk bersama-sama membina hubungan yang dapat membawa mereka ke syurga, baik di dunia mahupun di akhirat. Selain itu, ia menyediakan panduan praktikal bagi pembaca untuk mengembangkan cinta yang lebih mendalam, serta membina hubungan yang harmoni dan penuh kasih sayang. Buku ini sangat sesuai untuk pasangan yang ingin memperkuatkan hubungan mereka dan menjadikannya lebih bermakna dalam perspektif yang lebih luas.