Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku Ada Bila Perlu

Rate this book
Lain yang dirancang, lain pula yang jadi. Tiba-tiba hati Qhayrul sudah kena curi. Tanpa diduga, Yusra Dahliyaa telah menyelamatkan nyawa Qhayrul saat pertama kali mereka bertemu. Jantung Qhayrul terus berdegup laju. Ada perasaan luar biasa datang bertamu.

Idrus Wira. Pemergian pemilik Restoran Warisan Wira itu meninggalkan pelbagai tanda tanya. Isyraf Wira dan Irdina Wira menyangka hanya mereka berdua waris Idrus Wira. Akan tetapi, sewaktu pembacaan wasiat berlangsung, nama Qhayrul dan Yusra Dahliyaa turut tersenarai sebagai penerima harta.

“Saya tahu siapa saya. Ciri-ciri yang ada pada saya memang tak layak untuk awak. Tapi, saya dah nekad untuk berkahwin dengan Cik Yusra. Bukan sekadar untuk penuhi permintaan arwah, saya dapat rasakan kehadiran Cik Yusra sedang mengubah kehidupan saya.”

Hati Yusra Dahliyaa sudah tertutup untuk insan bernama lelaki. Namun, permintaan terakhir Idrus Wira menyebabkan takdir hidupnya berubah.

“Mana ada saya pandang awak.”
“Ke… awak nak cium saya?”
“Mana ada. Kenapa cakap macam tu pula?”
“Kalau saya yang pandang Cik Dahliyaa, saya yang terasa nak cium Cik Dahliyaa sekarang ni.”

Perlahan-lahan, kesedihan yang Yusra Dahliyaa pendam selama enam tahun terpadam. Dan, selama enam tahun juga, ada rahsia yang belum terbongkar.

Paperback

First published January 1, 2015

5 people are currently reading
62 people want to read

About the author

Nia Qurratun'aini

16 books85 followers
Seorang yang kerdil cuba mengukir kata-kata di langit. Selalu sahaja ada konflik antara bangunan dan mata pena.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
29 (46%)
4 stars
26 (41%)
3 stars
7 (11%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
February 25, 2015
Kisah kehidupan manusia. Tak semestinya dulu dia jahat dan jahil hingga ke tua. Hidayah Allah siapa yang tahu.

Qhayrul Wira Azreen. Siapa dia? Lawyer, Majistret? Ahli muzik?.....
-Dia hanyalah tukang masak yang bekerja di restaurant Wak Osman yang suka mencuri duit Wak Osman yang kedekut macam haji bakhil tu.
-Dan dibuang kerja oleh Wak Osman sebab mencuri dan selalu lambat datang kerja.
-Mat rempit yang sentiasa jadi juara tapi malangnya kalah juga bila kawan dia Belut dan Kucai belot.
-Kaki mencuri kecil-kecilan juga dengan meragut beg tangan orang.
-Punyai hutang dengan ahlong juga.
kira semua yang burruk ni ada pada Qhayrul.
-tapi satu kelebihan Qhayrul ni...dia adalah tukang masak yang paling sedap masakkannya..tu la Wak Osman lama berfikir nak bunag dia ni.

Yusra Dahliyaa
-seoarang balu dan ibu tunggal yang tinggal dengan anak lelakinya yang comel bernama Rafi Huzaifa
-dibuang oleh kelurganya diusia 22tahun kerana ingkar perintah ayahnya dan berkahwin dengan bapanya Rafi Huzaifa.
-berhutang dengan ahlong tapi bukan Yusra. Arwan suami Yusra yang berhutang kerana nak mulakan perniagaan bersama kawan. Akhirnya ditipu pula. Kawan pula lari. Yang terpkasa tanggung derita Yusra , bila suami dia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya langgar lari
-punyai kawan yang sangat baik hati menolong mereka dikala susah dan senang Mizza Ilyana.
...........................................................................................................

.....Mereka berdua dipertemukan bilamana Qhayrul cuba meragut beg Yusra. Dahla dalam beg tu duit Yusra cukup-cukup ja untuk dia dan Rafi. Kerana marah dan Yusra pula ada teakwando, habisla Qhayrul kena belasah. Nyaris maut kena langgar kereta sebab nak larikan diri. Nasib juga ada Yusra yang tolong tarik. Kalau tak..arwah la si Qhayrul ni.
.....Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu bila Qhayrul dan Yusra serta anaknya Rafi, menerima sebahagian saham dari seorang ushawan terkenal dan berjaya bernama Idrus Wira. Dan disini juga ada Irdina Wira dan Isyraf Wira anak arwah Idrus Wira. Anak arwah Idrus Wira tertanya dan tidak puas hati kerana orang luar pun boleh dapat harta. Begitu juga Qhayrul dan Yusra terkejut dengan berita wasiat tersebut.
.....Rupanya Qhyrul ni anak luar nikah arwah dan isteri keduanya. Dan Qhayrul baru tahu dia punyai adik perempuan iaitu Irdina. Selama ni dia ditinggalkan dengan orang lain untuk dijaga. Kurang kasih sayang ayah dan ibu menyebabkan dia jadi begitu. Sayu baca kat sini. Berapa kali tutup buku jap sebab sedih sangat.
.....Dan wasiat yang tak masuk akal lagi bila Qhayrul dan Yusra kena kahwin. Mau mereka tak terkejut. Dahla Yusra terkejut sebab dia dapat harta, sedangkan dia tak ada kena mengena dengan Tuan Idrus Wira tu. Kena pula paksa kahwin. Dah la kena kahwin dengan mamat yang meragut dia dahulu. Mau tak menagamuk Yusra. Mula mereka tak setuju. Tapi disebabkan hutang ahlong yang banyak mereka setuju juga nak terima wasiat tersebut.
.....Dan disini bermula la perjalanan baru hidup Qhayrul, Yusra, Rafi, Isyraf dan Irdina.
-apa yang akan terjadi setrusnya?
-kenapa Yusra dan Rafi dapat wasiat Tuan Idrus Wira ni?
-bolehkah Isyraf dan Irdina terima Qhayrul?
-bolehkah Yusra terima suaminya si mamat pencuri beg dia dahulu?
-bolehkah Qhayrul memikul tanggungjawab sebagai suami dan mengubah cara kehidupan dia?
-apa hubungan Tuan Idrus Wira dan Yusra?
-Siapa pakcik Fadhil yang Qhayru tolong?
-Siapa uncle Mirza?
-Siapa Isyraf dengan Mizza Ilyanna?
semua kan terjawab dalam buku ni. Kisah kasih sayang dan kekeluargaan yang tinggi dimuatkan dalam naskah ini. Taraf anak luar nikah dan batas dengan saudaranya diceritan disini. Jadi jom dapatkan buku ini.

*saya suka cara penulis ni bercerita. Dari buku pertama hingga yang terbaru ni, dia sentiasa membuat kelainan cerita pada setiap bukunya. Tak ada ayat 'pasar' dalam tulisan dia.

p/s:- nak moto hitam oren boleh?
p/s kali ke2:- awat hang tulis kali ni buat akak ni terhenti baca banyak kali sebab sedih laaaaa...

Tahniah buat penulis untuk buku terbarunya. Diharap penulis maju jaya dalam bidang penulisan.
Profile Image for Emma Mariam.
1 review3 followers
January 30, 2015
Tamat sudah YAMMR karya Nia Qurratun'aini. 3hari utk menghabiskannya dan woww..saya sangat sukakannya. Suka jalan cerita, dan wataknya. Xberapa nk santai tp tak juga berat. Mmg best! Bila baca buku ini saya enjoy dgn watak Qhayrul dan isyraf. Keluarga Wira ni mmg bst dan hebat. Terasa teringin nak jadi slh seorangnya. YAMMR crita ttg kasih syg dalm sebuah keluarga. Ada juga part yang buat saya menitiskan air mata, ada juga part yang bt saya ktawa sorg diri. Apa pun saya bagi *****utk YAMMR. Novel ni mmg kaya dgn segala rencah, cukup sweet shingga blh terkena kencing manis dgn keromantikan si Qhayrul.. dan blh x nak cakap yg saya dah jatuh suka dgn mat rempit yang bernama Qhayrul Wira Azreen ni? Peringatan utk sesiapa yg baru nak mula baca nvl ni, pastikan perut anda kenyang krn byk makanan dan resipe yang sgt menyelerakan..tahniah utk penulisnya dan Penerbitan Fajar Pakeer.
Profile Image for Kynn Latif.
7 reviews4 followers
July 24, 2015
sejujurnya... karya2 cik writer mmg tdk mengecewakan. semua karya cik writer tlh ada dlm simpanan sy. hakikatnya, sy tak jatuh cinta dgn hero atau heroin beliau ttpi sy jatuh cinta dgn cik writer :D (boleh gitu) sy cukup tertarik dgn bahasa yg cik writer gunakan. sy sendiri tdk mampu untuk gunakan bahasa yg berbunga2 begitu dlm setiap karya sy. congrats cik writer krn tlh berjaya membawa sy menghayati novel ni. x sabar rsnya nak tunggu karya cik writer seterusnya. kipidap!!!
Profile Image for Ken Noii.
51 reviews2 followers
May 5, 2017
Jalan ceritanya sangat romantic especially watak Qhayrul Wira Azreen hmm nak future husband macam dia boleh? Haha .

Qhayrul ni sejenis bukan suka memaksa orang, walaupun dia dengan Yusra dah sah jadi suami dan isteri. Dia juga dapat menerima anak Yusra iaitu anak tiri dia sendiri dengan baik dan terbuka macam suami mithali? Dah larh pandai memasak, kalau boleh saya nak bakal suami saya pun pandai memasak jugak jadi senang kerja saya nanti HAHAHA. Yang penting dia hormat orang tua iaitu mertuanya.

Profile Image for Lynna Hanaa.
33 reviews
June 5, 2021
Pertama kali baca karya Nia n lepas ni confirm nak baca lagi buku2 Nia yg lain. Sebab selalunya kalau buku tebal, jln cerita akan lari ke laut tapi yg ni sgt best.
Profile Image for Ubi.
314 reviews
July 7, 2023
Lebih kepada cerita family dr cerita cinta tp tetap best
Profile Image for Safwah.
3 reviews1 follower
May 5, 2015
suke dengan cara penulisan writer, bahase yg digunakan mudah difahami dan sangat baik. cuma tak tau kenape saye tak bole masuk dengan jalan citer pada kali ni. mungkin penulis nak buat kelainan tapi tak tau kenape saye tak bole 'kamcing' dengan watak-watak dalam ni.

bagi saye permulaan yg agak slow sampaikan rase nak skip je part-part yg tengah bace tapi tak skip lagi sebab nak tau ape yg jadi.

memang banyak persoalan dalam novel ni macam nak tau ape hubungan antara Yusra Dahliyaa, Qhayrul Wira Azreen dan Idrus Wira. tapi tak sempat nak tau sebab tak abes bace novel ni. hehehe

maaf kepade writer, saye tolak dulu novel ni untuk bace novel yg lain. tapi saye takkan terus tinggalkan terus, mungkin akan bace lagi bile tergerak hati nak bace. hehehe

ape-ape pun tahniah buat penulis. jujurnya saye lebih menyukai novel yg lepas, Superbike itu cinta.
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
February 21, 2016
Tahniah writer.. cerita kekeluargaan yang cukup segalanya.. saya rasa tiada yang kurang pada watak dan plot citer memang disusun dgn baik.. congrats..
20 reviews
September 1, 2016
Cerita kekeluargaan dengan pelbagai rencah rasa. Semasa membacanye saya berasa gembira, sedih sampai mengeluarkan air mata dan kadang-kadang ketawa.
Profile Image for Nitha Nairu.
25 reviews1 follower
May 16, 2020
Baca sebagai ulangan. Senang cerita cetakan semula You are My Mr Right dengan tajuk baru bersama publisher baru. Cerita yang menarik sentiasa menarik walaupun bertajuk baru.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.