Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
URSULA. Itu nama si antagonis di dalam dongeng The Little Mermaid. Tak pernah hatta sekali Hadi terfikir bahawa suatu hari nanti, dia akan bertemu dengan Ursula di alam nyata.

“Kahwin dengan aku atau nyawa dia melayang, di depan mata kau.” - ASYFA HANNANI

Tak dapat Hadi melawan kerana wanita yang menerima jolokan Ursula itu mampu tunaikan kata-katanya! Demi keselamatan Batrisya, Hadi akur dengan permintaan Asyfa. Namun lama-lama, dia sedar satu hakikat. Hatinya mendambakan Asyfa. Dia mahu memadam kesemua kisah silam Asyfa dan menjadi penyembuh kesayangan wanita itu.

TENGKU HADI. Tak pernah terlintas dalam fikiran Asyfa, lelaki itu akan menjadi suaminya. Dia dan Hadi ibarat langit dan bumi, ibarat lautan dan daratan. Permulaan hubungan mereka tidak seindah kisah dongeng, bilamana dia sendiri yang mengugut bersama nyawa seseorang sebagai cagaran. Tetapi…

“Leave the past there. I wanna be your present, your future.” - HADI

Kala Hadi ungkapkan itu, Asyfa sedar dia inginkan lelaki itu di sisinya. Hadi ialah penawar bagi semua episod dukanya. Namun ternyata, tak mudah untuk mereka melakar kebahagiaan bersama. Di setiap langkah mereka, ada lelehan darah mengiringi. Air mata dan pengorbanan sentiasa dituntut oleh mereka-mereka yang dahagakan nyawa Hadi dan Ismail.

Ada kisah lama yang tersingkap. Ada kebenaran yang baru terlerai. Ada pengkhianatan yang terbongkar. Bersama setiap satu itu, Asyfa dan Hadi hanya selangkah lebih dekat kepada si antagonis dalam kisah mereka. Kata si antagonis kepada Asyfa…

“Cuma dengan kematian kau, Hadi akan hidup!”

Kalau dalam versi asal kisah si duyung, dia rela menjadi buih dan menghilang di lautan demi si tuan putera. Bagaimana pula dengan kisah Asyfa dan Hadi? Apa penamat kisah Ursula dan putera hatinya? Nyawa siapa yang akan menjadi cagaran untuk satu pengakhiran bahagia?

572 pages, Paperback

First published March 1, 2020

10 people are currently reading
357 people want to read

About the author

Syu Ariani

19 books223 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
155 (58%)
4 stars
76 (28%)
3 stars
24 (9%)
2 stars
8 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 57 reviews
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
January 12, 2022
[BOOK 11]

Ursula by Syu Ariani.
.

Aku rasa aku lebih sukakan Ursula berbanding Anastasia. hahaha. Oh ya, sebelum baca Ursula, mohon baca Anastasia dulu, kalau tak, tak best la sebab tak faham kenapa Hadi macam tu, Elyana macam ni
.

Bila baca Anastasia, serius, aku takde perasaan langsung pada Hadi. Sebab masa tu dibutakan dengan Arhan. So, aku tak faham kenapa ada certain orang, ada second lead syndrome gitu. hahaha..tapi, bila baca Ursula, yup, he deserves those love and affection.
.

Tengku Hadi dan ayahnya, Tengku Ismail sebenarnya dalam bahaya. Mereka diburu oleh seseorang daripada masa silam Tengku Ismail, berpunca daripada salah faham. Tapi Hadi dan Ismail ni, tak sedar dorang dalam bahaya sebab adanya Asyfa yang melindungi dalam diam.
.

Sehinggalah Hadi bertentang mata dengan Asyfa. Pertama kali bertemu, Hadi was drawn to her, walaupun Hadi sudah pun memiliki Batrisya.
.

Dan tindakan gila Asyfa yang mengugut untuk membunuh Batrisya, akhirnya buatkan Hadi terpaksa berkahwin dengan Asyfa. Ceh, nama je terpaksa, tapi Hadi bukan main obses lagi dengan Asyfa. Dah tu, cemburu bukan main lagi bila Asyfa bersembang dengan Dean. Dengan ayah sendiri pun, dia cemburu. hahaha
.

Siapakah sebenarnya dalang yang cuba untuk membunuh Hadi dan ayahnya?
.

Aku rasa, sejak dua menjak ni, aku dah makin pandai. hahaha..dari awal lagi, aku dah tahu sape sebenarnya di sebalik ancaman ni. hebat pulak aku rasa.
.

Comel je Hadi dan Asyfa ni. Asyfa ni kasar gak orangnya, walaupun Hadi dah bersaya awak, dia masih beraku kau. Tapi Asyfa hebat bertarung, Hadi pun boleh kalah rasanya.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
May 2, 2020
mati kutu nak mulakan ayat. nak bercerita tentang ursula atau nak mulakan dengan kisah sisi gelap manusia? ursula ni pun watak antagonis dalam dongeng the little mermaid. tapi, kenapa asyfa memilih ursula?

meneliti bait-bait ayat, satu persatu, ternyata benar dia jadi begitu hanya kerana satu perkara. kebahagiaan. kebahagiaan menjadi trofi paling mahal dalam perjalanan hidupnya. jika dilihat secara kasar, tiada apa yang baik kelihatan. tapi sebaliknya, dia paksa hadi berkahwin dengannya atas sebab apa? disuruh hadi jangan langsung berjumpa atau hubungi batrisya atas alasan apa? sebabnya semua sangat mahal, hingga dia sanggup letakkan nyawanya berkali-kali di bucu maut!

sangat suka dengan olahan penulis Syu Ariani. jujurnya, inilah buku penulis yang pertama akak baca walaupun ada tajuk lain dalam simpanan. sangat tertarik dengan cover dan seperti ada biasan pantulan yang berbeza bila ditelek. benar. itu yang akak jumpa dalam novel ini.

apa yang dilihat terus pada padangan mata tak menjamin itu kebenarannya.

suka juga dengan babak aksi yang penulis aturkan satu persatu. semuanya rasa sangat 'hidup'. dapat bayangkan bila asyfa menyelamatkan hadi yang ketika itu memandu laju keretanya yang tiada brek. dapat imaginasikan layangan badan asyfa yang serupa bola boling meluru laju untuk jatuhkan pin ketika hendak menyelamatkan dean dan hadi. aduhai!

siapa yang dah baca anastasia terlebih dahulu, kredit untuk anda kerana rasanya watak el dan hadi ambil tempat dalam novel itu terlebih dahulu, so bila baca yang ini anda tahu kisah silam mereka.

sinar mata dapat membiaskan betapa dalamnya rasa cinta itu. itu yang ismail kenal tentang hadi. dan gerak tubuh asyfa juga tak mampu merahsiakan perasaan yang ada. lalu, ismail tidak mahu apa yang mereka pendam itu jadi sia-sia. dia mahu ridhwan tahu kisah sebenar bertahun silam supaya dendam yang ada terlerai dan supaya mereka bahagia tapi dia terlewat!

keseluruhan, manusia memang mampu jadi kejam bila cinta ambil peranan jiwa. sama ada kejam mempertahankan hak atau kejam tamakkan rasa.

pilih.

kejam memudaratkan

atau

lepas membahagiakan.

tanya hati.

biar akal berfikir.
Profile Image for Amal Lee.
277 reviews33 followers
March 22, 2023
Hmm, so sorry but this one a bit draggy, bored & I am super annoyed with this main characters. The chemistry between them feels like no spark, macam terpaksa. Jatuh cinta saat pertama kali mata memandang? okies but I need a reason. whyyy??

Nevertheless, Syu Ariani writing skills is great, good concept & plot. 👍
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
April 15, 2020
Novel ke 6 yang aku baca drpd penulis syu ariani. Memang tidal dapat disangkal lagi, syu ariani mampu menulis apa jua genre.

Persoalan demi persoalan yang wujud di awal bab, terjawab satu persatu dengan tersusun.

Ursula, watak antagonis dalam the little mermaid. Tapi dalam novel jni,dia diangkat sebagai watak utama. Kenapa Ursula? Korang kena cari jawapannya dalam novel ni.

Serius tak rugi langsung baca novel ni. Tapi kalau korang belum baca Anastasia, aku syorkan korang baca dulu supaya korang tahu bagaimana watak Tengku Hadi sebelum ini.

Novel ini gabungan antara genre aksi dan juga cinta.ada part aksinya dan ada part romantiknya. Serius sweet.
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
September 3, 2021
Aduhh!!! penuh emosi sungguh baca naskhah ini . Spin off daripada Anastasia , di mana kali ini watak Hadi yang menjadi tunjang utama . Seriously speechless la . Jalan cerita yang tersusun & digerap baik oleh penulis . Asyfa , zaman gelapnya yang penuh kelam & dosa . Begitu juga Hadi tetapi mereka dipertemukan dengan cara yang tidak disangka-sangka . Bagai langit dengan bumi perbezaan mereka di awal perkenalan & perkahwinan . Namun siapa sangka cinta tulus yang hadir daripada hati yang suci yang mengekalkan mereka bersama . Plot twist yang boleh diagak tetapi tetap terbaik . Ada sambungan untuk Dean & El ker selepas ini ? Tahniah penulis !!!
Profile Image for Aqilah Ramli.
25 reviews3 followers
April 23, 2021
Currently listening to Baby Don't Cry by Exo sebab lagu ni memang betul-betul ngam dengan storyline buku. Bagi aku buku ni lagi best pacenya berbanding Anastasia. Anyone yang nak baca buku ni, kena baca Anastasia dulu tau.

Well, tak semua yang jahat tu jahat. Kadang-kadang mereka jahat kerana kesepian dan mahu tunjukkan sisi terbaik mereka.

Btw, I am ready for Belle ! ;)
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
May 31, 2020
"Leave the past there, I wanna be your present, your future"

Meninggalkan kepompong gelap, demi mencari sebuah kebahagiaan itu ialah sebuah pilihan dan milik semua.

Dilema juga aku, perlu atau tidak untuk mendapatkan Ursula selepas berpuas hati dengan kisah Arhan dan Aina menerusi Anastasia. Disebabkan hati aku sudah tertarik dengan second lead dalam Anastasia, akhirnya Ursula selamat diterokai

Aku boleh katakan yang aku lebih suka dengan Ursula kerana olahan dan garapan Syu Ariani dalam mengetengahkan sebuah pilihan, pengorbanan dan kebahagiaan sebagai tema utama, nampak lebih kemas. Perkembangan watak utama di dalam Ursula juga lebih ketara. Ciptaan adegannya juga cukup rencah, konfliknya diterjemahkan dengan event yang mencemaskan, dan aksi yang setara. Dan ia sudah pasti lebih manis.

Bab kegemaran aku ialah bab 'farewell'. Setiap kali aku baca, betul lah, demi memastikan kebahagiaan yang kita sayang, kata kuncinya adalah sebuah pengorbanan. Perasaan aku terbata-bata saat mengetahui si antagonis yang diluar jangkaan, langsung tiada di dalam mainan fikiran.

Sejujurnya, aku lebih suka dengan Ursula berbanding Anastasia, tetapi kalau korang baru nak baca, aku cadangkan korang baca Anastasia terlebih dahulu okay? :)
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
August 10, 2020
[71-2020]

#Ursula #SyuAriani

Saya kira untuk tahun 2020, Karyaseni terus menghasilkan karya yang bermutu. Novel Ursula antara novel terbitan 2020 yang punya keunikan tersendiri. Membawa genre cinta/aksi/thriller, tidak semua mampu membawa genre ini dengan baik. Namun, penulis Syu Ariani bagi saya sekali lagi masih berjaya mengekalkan momentum beliau selepas novel Anastasia dan Jagakan Aku.

Novel Ursula merupakan kesinambungan novel Anastasia, namun kali ini penumpuan kepada watak Hadi dan Asyfa, si Ursula. Tidak disangka dari ugutan yang membawa kepada sebuah perkahwinan, kisah cinta Hadi dan Asyfa benar-benar diuji. Namun, cinta mereka terus bertahan sehinggalah satu demi satu rahsia terbongkar. Sudahnya, bagaimana titik noktah dalam hubungan mereka?

Keseluruhannya, novel Ursula ini merupakan kesinambungan yang begitu baik bagi saya. Gerak cerita yang mudah difahami membuatkan novel ini sukar untuk dilepaskan begitu saja. Tahniah buat penulis!
Profile Image for Zulaika.
122 reviews10 followers
November 30, 2022

Asyfa Hannani, dikenali sebagai Ursula di mata orang lain. Seperti mana Ursula itu jahat sebegitu jugalah pandangan orang pada Asyfa. Seorang perempuan yang kejam, jahat, dan penuh dengan hasad dengki.

Tengku Hadi, menjadi suami kepada Asyfa kerana gara-gara Isya yang diculik dan ugut dibunuh jika Hadi menolak untuk berkahwin dengan Asyfa.

Nak kata bahagianya mereka berdua ini, tak nampak pun. Tapi kenapa hati Hadi mendambakan Asyfa? Sudah jatuh sayangkah Hadi padanya. Ya, Hadi mula sedar perasaan itu tapi adakah perasaan itu sama pada Asyfa?

Apa niat sebenar Asyfa? Apa lagi rahsia yang disembunyikan? Datangnya Isya selepas Hadi & Asyfa baru mula bahagia, makin merumitkan keadaan. Janji Hadi pada Isya dan perasaan Hadi pada Asyfa.

💜

“𝘒𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘳𝘮𝘪𝘯𝘢𝘵 𝘯𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘱𝘢𝘴𝘢𝘭 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘢𝘬𝘶 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘢𝘶, 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘴𝘵𝘰𝘱 𝘱𝘭𝘢𝘺𝘪𝘯𝘨 𝘵𝘩𝘦 𝘳𝘰𝘭𝘦 𝘰𝘧 𝘢 𝘫𝘦𝘢𝘭𝘰𝘶𝘴 𝘩𝘶𝘴𝘣𝘢𝘯𝘥. 𝘛𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘪𝘭𝘢𝘩 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘬𝘢𝘶.”

💜

“𝘐 𝘸𝘢𝘯𝘵 𝘵𝘰 𝘭𝘪𝘷𝘦 𝘩𝘢𝘱𝘱𝘪𝘭𝘺 𝘦𝘷𝘦𝘳 𝘢𝘧𝘵𝘦𝘳 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘺𝘰𝘶 𝘣𝘶𝘵 𝘴𝘶𝘤𝘩 𝘪𝘴 𝘸𝘪𝘴𝘩𝘧𝘶𝘭 𝘵𝘩𝘪𝘯𝘬𝘪𝘯𝘨. 𝘏𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘮𝘦𝘴𝘵𝘪 𝘢𝘥𝘢 𝘯𝘢𝘪𝘬 𝘵𝘶𝘳𝘶𝘯, 𝘸𝘢𝘬𝘵𝘶 𝘴𝘦𝘥𝘪𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘱𝘱𝘺, 𝘣𝘶𝘵 𝘐'𝘥 𝘣𝘦 𝘧𝘪𝘯𝘦 𝘢𝘴 𝘭𝘰𝘯𝘨 𝘢𝘴 𝘺𝘰𝘶'𝘳𝘦 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘮𝘦. 𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘴𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘸𝘢𝘬, 𝘈𝘴𝘺𝘧𝘢. 𝘚𝘰 𝘱𝘭𝘦𝘢𝘴𝘦. 𝘓𝘦𝘵'𝘴 𝘬𝘦𝘦𝘱 𝘮𝘰𝘷𝘪𝘯𝘨 𝘧𝘰𝘳𝘸𝘢𝘳𝘥, 𝘵𝘰𝘨𝘦𝘵𝘩𝘦𝘳.”

💜

𝓔𝓿𝓮𝓷 𝓽𝓱𝓮 𝓭𝓮𝓿𝓲𝓵 𝔀𝓪𝓼 𝓸𝓷𝓬𝓮 𝓪𝓷 𝓪𝓷𝓰𝓮𝓵

💜

Yk, knowing how personality character Hadi dalam Anastasia buat Zu makin tertarik nak baca Ursula. Also, cover buku ni pun dah buat Zu makin tak sabar nak baca 😩 Inspired by The Little Mermaid but version Ursula jadi main character.

Kata-kata Hadi yang buatkan Asyfa cair sekaligus buat zu cair juga 😳🦋 Tak boleh lah cara Hadi ni manja dengan Asyfa, sabar dia layan Asyfa yang sering kali menolak kehadiran Hadi.

Zu literally put high expectations on this book after baca Anastasia and yes. A BIG YES!! Zu puas hati sangat with the storyline, the plot, flashback, conflict and all is just uff *chef’s kiss 💋

Buku ni kalau still ada, beli lah. Lucky me to get this book new and sealed 😩☝🏻Did I recommend? Ugh please 😤 YES. Lebih bagus kalau baca semua Twisted Tales: Princess Series ✨
Profile Image for addreads.
279 reviews25 followers
February 4, 2023
"𝐍𝐲𝐚𝐰𝐚 𝐝𝐢𝐚 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐚𝐤𝐮."

Ursula menjadi watak favourite Asyfa Hannani. Siapa Ursula? Ursula ni watak jahat dalam cerita 'The Little Mermaid'. Tapi kan why Asyfa minat watak tu bukannya watak Ariel🤔 If dari segi character rasa sama ke Asyfa & Ursula? Take a guess🤫 One day, tibatiba Asyfa buat deal dengan Hadi. Apa deal itu?

"𝐊𝐚𝐡𝐰𝐢𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐮 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐚𝐤𝐮 𝐛𝐮𝐧𝐮𝐡 𝐝𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠, 𝐝𝐢 𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐤𝐚𝐮."

Demi keselamatan Batrisya, Hadi setuju dengan deal tu. Tapi, akal kata benci kenapa hati kata cinta? Tanpa sedar, Hadi dengan rela hati nak bantu Asyfa padam semua kisah silam dia🤭

"𝐀𝐰𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦���𝐮𝐡 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐲𝐚."

Nak bahagia tu bukan senang untuk dorang. Rupanya ada kebenaran yg disimpan, ada pengkhianatan yg terbongkar. Asyfa & Hadi tak tau yg si jahat tu ada dekat je dengan dorang😳Siapa dia? Asyfa ni why tiba-tiba ugut Hadi? Siapa Asyfa ni?

"𝐂𝐮𝐦𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐮, 𝐇𝐚𝐝𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩!"
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯
Dari Anastasia Ad dah curious how story Hadi tau. Bila baca ni now i get it why title dia Ursula. Sangat impress how the story show satu-satu benda jadi. Plot twist dia? TAK TAU NAK DESCRIBE HOW😩Terkejut beruk masa tau tu. Sepanjang baca memang Ad cakap "eh apa ni?" , "eh dia ke?" banyak sangat soalan. Bila dh tau speechless disitu.

About Hadi & Asyfa. Our hot couple🥵 kalau Hadi dah hot Asyfa tu double hot. Ad memang simp Asyfa more. Suka sangat chemistry depa, sangat meant to each other. Talking bout romance in this? don't worry korang akan still sengih tapi cerita dia banyak benda jadi sampai buatkan korang tak kisah pon if takde romance sebab memang takkan bosan. Penutup kata fav words Ad..

"𝐀 𝐯𝐢𝐥𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐢𝐬 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐚 𝐯𝐢𝐜𝐭𝐢𝐦 𝐰𝐡𝐨𝐬𝐞 𝐬𝐭𝐨𝐫𝐲 𝐡𝐚𝐬𝐧'𝐭 𝐛𝐞𝐞𝐧 𝐭𝐨𝐥𝐝. 𝐊𝐚𝐮 𝐭𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐢𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠, 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐰𝐚𝐭𝐚𝐤 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚."
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
March 17, 2022
Lepas baca anastasia..happy dpt tau sambungan cerita tengku hadi lak…nak jugak tau ape jdi lepas tu kan…

Hadi very strong guy and dipertemukan pon dgn strong woman jugak… both of them sinner and had past experience but suka bile they start to trust and built the relationship…

A villain is just a victim whose story hasn’t been told….

Suka2..i enjoy it so much yg tak blh nak stop reading….
Ok tak sabar nak sambung belle and cinderella pulak..

By the time i write this review..its hard tp find sambungan princess series ni sbb sold out saje…😍🌷❤️😎
Profile Image for Mslvoe.
2,042 reviews197 followers
September 19, 2022
Dah agak siapa itu Leira!

Dah agak dialah mastermind!

Dah agak dia memang keji & jahat!

Eeee geramnya! Sedihlah bila Tengku Ismail meninggal. Alaaa benci betul!

Kisah ini tak slow. Kira cepat jalan cerita dia. Tu tak boring! Best sangat!

Tak sabar nak baca kisah El and Dean 💜
Profile Image for ⁠*⁠♡εniniз♡*⁠.
290 reviews15 followers
April 16, 2020
Ursula adlh novel yg aku tahu aku akan suka dia walaupun belum start baca lg. Dan aku betul!!! Bila dh start baca, rasa syg nak habiskan tp ttp teruskan pembacaan sbb tak sabar nk tahu apa yg jadi.

So ade ape dgn Ursula? Even the title itself appeal to me sbb aku jarang jumpa twisted tale drpd little mermaid in local books.

Ursula adlh spin off novel Anastasia yg mne pd kali ni Hadi pula diketengahkan sbgi watak utama. So characters like Aina, El, Ismail, Iskandar might be familiar for those yg dh pernah baca Anastasia. I hv to admit aku lebih suka characters development dlm Ursula.

Asyfa Hannani is impossible to not adore her. Asyfa adlh watak heroin kedua yg aku minat utk novel SA after Lyssa. Waktu baca Anastasia, aku tak berapa gemar dgn watak Aina walaupun dia heroin sbb aku rasa dia terlalu emosional n over protective in annoying way.

Kali ni lebih bertumpu dgn kisah Hadi yg diburu oleh seseorang yg inginkan nyawa dia dan papanya, Ismail. Di saat Hadi merasakan yg dia sudah berjumpa kebahagiaannya dgn Batrisya, muncul pula Asyfa yg mengganggu hati dan fikiran.

Siapa sebenarnya Asyfa? Apa kaitan Asyfa dgn Hadi? Apa yg membuatkan Hadi tertarik kpd Asyfa? Ursula pun ade cerita dia sendiri yg sebelum ni takde org pun kisah utk amik tahu. Sbb Ursula is just an unfortunate soul...
Profile Image for Nadhiah Aida.
510 reviews27 followers
March 29, 2022
ok lah jalan cerita
cuma banyak sangat menangis
tak tahan betul .....

plot ok juga ...
so dah tahu siapa dalangnya ..
memang tak sangka
ye la baca pun ikut go with the flow
bila tahu rasa macam laaaaa biar betik


Profile Image for hanihisbiscus.
115 reviews1 follower
September 15, 2021
Reread. Tamat pembacaan dua hari lepas. Yeah, this is my review.

𝑼𝒓𝒔𝒖𝒍𝒂🧜🏻‍♀️
"𝑩𝒊𝒂𝒓 𝒂𝒌𝒖 𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒃𝒖𝒊𝒉 𝒅𝒊 𝒍𝒂𝒖𝒕𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒎𝒊 𝒌𝒂𝒎𝒖."
5🌟

Nyawa. Hanya kerana itu lafaz akad antara dua pihak dimenterai. Kerana insan bisu bernama Batrisyia, dia sanggup mempertaruhkan janji yang ditaburkan. Galang ganti ialah nyawa wanita itu sendiri.

"𝑵𝒚𝒂𝒘𝒂 𝒅𝒊𝒂 𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒂𝒌𝒖."

Tatkala bertentang mata kali pertama, hati lelakinya berdegup kencang. Mindanya menerawang wanita berambut bob. Sehingga tidak sangka kini menjadi hak milik mutlaknya. Semakin lama dia yakin, bahawasanya Asyfa Hannani ialah Ursula yang diingini.
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐝𝐢 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐈𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥

"𝑲𝒆 𝒕𝒆𝒑𝒊. 𝑨𝒌𝒖 𝒏𝒂𝒌 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊 𝒂𝒌𝒖."

Gila. Sejujurnya tindakan yang diambil berisiko tinggi. Melamar dengan cara sebegitu. Kini, dia harus berhadapan pelbagai ancaman demi melindungi nyawa sekeliling. Ya, hanya itu sahaja. Namun hati wanitanya tidak menidakkan yang dirinya juga mendambakan jejaka bergelar suaminya. Benih cinta yang tidak ketahui hadir dari pelosok mana tetapi kian bercambah.
𝐀𝐬𝐲𝐟𝐚 𝐇𝐚𝐧𝐧𝐚𝐧𝐢

"𝑱𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒈𝒂𝒏𝒈𝒈𝒖 𝒔𝒖𝒂𝒎𝒊 𝒂𝒌𝒖. 𝑫𝒊𝒂 𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒂𝒌𝒖."

Kisah silam mereka tidak seindah kayangan. Perit untuk diungkapkan tetapi kita seharusnya maju ke hadapan. Hargailah masa kini supaya tidak menyesal di kemudian hari. Cukup tepat menggambarkan lembaran mereka berdua. Nyawa diburu namun ditepis semuanya. Cinta mereka bukanlah hikayat Eric dan Ursula. Ini hikayat Tengku Hadi dan Asyfa Hannani.

Ada dendam yang membara. Rasa cemburu buta yang memakan diri. Perselisihan faham antara pihak. Kasih sayang yang diduga. Pengorbanan demi yang tercinta. Ego dan hubungan berada di garisan tengah. Siapakah dalang sebenarnya? Hayatilah kisah Ursula bagi merungkai segalanya.

"𝑱𝒖𝒔𝒕 𝒍𝒊𝒌𝒆 𝒚𝒐𝒖, 𝒂 𝒄𝒐𝒎𝒑𝒍𝒆𝒕𝒆 𝒐𝒑𝒑𝒐𝒔𝒊𝒕𝒆 𝒐𝒇 𝑼𝒓𝒔𝒖𝒍𝒂."

Sejujurnya, aku lebih sukakan Ursula kerana aku team Hadi ofc. Lagipun dia terlalu manis dan obsesif dengan wanita yang dicintai. Jelas memacarkan kasihnya pada Asyfa. Smile that we need to protect, Asyfa Hannani. Oh my gosh, I really love this couple.
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews106 followers
July 1, 2020
Cantik kan kulit novel ni? 😍 Ursula adalah nama si antagonis dalam kisah dongeng The Little Mermaid. Sebenarnya aku tak tahu kisah The Little Mermaid, hihi, jadi tak kenal siapa Ursula. Novel ini mengenalkan aku pada watak Ursula 🙈

Ursula atau Asyfa Hannani bagaikan ada kuasa magnet yang menarik Hadi kepadanya. Namun begitu, siapa sebenarnya Asyfa? Apakah tujuannya mendekati Hadi? Melindungi atau menjadi ancaman buat Hadi? Ini persoalan yang bakal terbit ketika membaca novel ini. Aku jadi tidak sabar untuk tahu makna tersirat di sebalik setiap tindakan Asyfa. Maka pembacaan berdesup laju 😁

Perkahwinan Hadi dan Asyfa berlaku bukan atas dasar cinta. Namun tidak dinafikan bahawa mereka sudah tertarik antara satu sama lain cuma tidak dinyatakan secara terangan. Aku suka akan kisah mereka berdua, walaupun ada sesetengah adegan yang rasa macam nak lagakan kepala dorang 😂 .

Plot cerita dan watak berkembang dengan teratur. Satu demi satu diceritakan dan di saat aku rasa tenang membacanya, tetiba ada plot twist di situ. Serius tidak disangka tau! Entah kenapa sebenarnya, aku rasa bagaikan menonton drama Korea pun ada bila baca novel ni, terutama bila tiba farewell gift. Hii.

Sesiapa saja yang baca novel ini, pastinya akan dengar lagu berserta lirik lagu Baby Don’t Cry by EXO. Bersungguhlah aku menghayati lagu tu. Nak faham perasaan Asyfa punya pasal ☺️

Novel ini dikategorikan dalam genre romantik-aksi. Kalau korang berminat dengan novel ni, aku nasihatkan agar baca Anastasia dulu, sebab Hadi adalah watak dalam Anastasia yang diketengahkan dalam Ursula. Jadi, watak dalam Anastasia seperti Aina, Elyana, Tengku Ismail adalah sikit-sikit masuk dalam cerita. Ehem, nak cakap jugak. Sorry Hadi, my heart still for Arhan 🙈🥰
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
October 11, 2020
Spin off kepada akak pertama, Anastasia. Kalini kisah si Tengku Hadi dan juga Asyfa Hannani... Daripada prolog lagi dah rasa dia punya berdebar-debar tu. Memang suspens bila babak Asyfa culik Batrisya untuk jadikan umpan supaya Hadi kahwin dengan dia. Timbul tanda tanya bila penulis tinggalkan macam tu aje tanpa sempat Hadi jawab. Memang terus baca lah gamaknya.

Plot yang sangat menarik lagi-lagi bila watak heroin ni ala-ala villain sangat. Tapi semua yang dia buat hanya untuk keselamatan Hadi and Tengku Ismail. Alahai, admirable betul ! Plot novel yang penuh dengan rahsia buatkan aku sentiasa tertanya-tanya, siapa, siapa dan siapa. Walaupun novel ni dikira cinta aksi, babak aksi tak sebanyak novel sebelum ni. Which aku rasa agak santai and on edge at the same time. Novel ni banyak tekankan serang hendap. Lagipun, identiti si penyerang memang dah reveal so lebih banyak scene confrontation lisan. Tambah pulak dengan plot twist yang aku jangka dan tak jangka, hah memang memecut la aku habiskan novel ni.

Bagi aku, relationship Hadi dengan Asyfa ni deep sangat, minus the fact that they get married for a very unique reason. What I mean is, walaupun Hadi sayang Asyfa gila-gila, dia tetap ada terlanjur kata yang buat Asyfa sakit hati. But at the end of the day, dia akan mintak maaf jugak. And Asyfa pulak, walaupun dia kasar dengan Hadi, dia tetap letakkan Hadi as her top priority. And for me, these two are in the deep relationship. Disebabkan rasa sayang dan cinta yang diorang ada for one another, diorang sanggup buat apa sahaja hatta membunuh sekalipun.

Compared to Anastasia, novel ni lebih banyak main dengan emosi aku. Aduh, kenapa aku rasa macam banyak scene yang buat aku sedih hmm... Lagi-lagi apa yang jadi dekat Tengku Ismail, and masa Asyfa nekad tinggalkan Hadi alahhhhh sis is sedih !

Ending novel ni memang memberi kepuasan bila Asyfa get her justice and happy dengan Hadi. This one is like penutup untuk kedua-dua buah novel sebab semua happy ending... Even El. TAPI, ha, kalau perasan ada snippet scene yang macam meng-hint-kan novel seterusnya... Hehe, ni aku punya agak je... Betul tak betul, kita tunggu ajala
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
January 1, 2024
My thoughts?


1. I think I like Ursula better than Anastasia kot? Entah la 😂 kisah diteruskan tapi Tengku Hadi pulak sebagai main male character. Elyana masih ada tapi versi dah bertaubat la. 


2. Untuk twisted kali ni si Ursula the villain yang jadi heroin cerita, pakai nama Asyfa. Hadi jadi Prince Eric. Ariel pulak jadi villain dalam cerita ni. Pening aku 😂


3. Surprisingly aku suka dengan karakter Asyfa dalam buku ni. She's bold, dan jenis all actions bukan cakap mulut je. Paling best scene masa dia paksa Hadi kahwin dengan dia. Hadi pun aku suka dalam buku ni. So clingy haha! Aina aku tak suka 😂 Hans aku tak suka langsung, sorry hahaha


4. My favourite character dalam buku ni - Dean! One true friend. Friendship dia dengan Asyfa fuhh aku jeles bhaii. I need a whole book about him please. Ke ada nanti in the next series? Aku blind buy je the whole series ni tak buat research dulu😂


5. *spoiler alert* Aku langsung tak sangka yang Batrisya dan Leira was the same person. Aku ingat Batrisya tu bekerjasama dengan Leira je sebab nak balas dendam. Damnn


Personal rating:

🩷🩷🩷🩷/5
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
April 11, 2021
Ursula, watak jahat dalam cerita The Little Mermaid, tapi dalam novel ni berlainan skit. Memang tak berapa suka sangat dengan Batrisya tu, sebab bila Hadi dah propose dia, tetiba je watak perempuan bertudung yang dia bawa tu macam dah jadi watak perempuan gedik. Bagus juga lar Hadi kahwin dengan Asyfa. Memang dah boleh agak Batrisya tu sape, cuma tak faham skit, macam mana senang sangat Asyfa culik Batrisya untuk ugut Hadi kahwin dengan dia? Yang pastinya, sepanjang baca novel ni, memang penuh dengan tanda tanya dan persoalan. 1 per 1 cik penulis rungkaikan, nice...nice... Dalam novel ni, hero tak de lar lemah, but still, slalu gak kena heroin selamatkan. Haha. Paling tak boleh blah, Hadi senang sangat keluar air mata, hero hati tisu ni. 🤭 Heroin plak yang hati keras.
Profile Image for Ezza Mysara.
Author 25 books273 followers
May 21, 2020
lima bintang tak cukup untuk novel ni jadi ambiklah semua bintang di langit gituu... paling suka dengan watak asyfa. Kuat tapi ada jugak cengeng dia. Kasar tapi ada jugak manja dia. Keras tapi ada lembut dia.

semua emosi ada masa baca cerita ni. Geram. sedih. bahagia. sakit. action. semua digaul sebati. paling suka olahan penulis. Ada dialog yang diulang baca sebab sedap mata membaca. =)

novel ni ambik masa sikit nak baca sebab berlipat otakku untuk membayangkan scene2 depa berlawan tu. haha. Gila betul hidup macam ni. Accident. Rumah terbako panggil bomba. Pistol. Laut. tak ada detik pun yang boleh hidup aman damai gamaknya.

plot twist tu macam boleh agak dah but still best. Satu je yang tak best pasal hadi ni, dia tak kerja. hahaha... apooo makan duit bapak aje. tapi yalah, dah bapaknya kaya kan...
Profile Image for airareadz.
101 reviews15 followers
April 6, 2022
3.5/5 ⭐

Finally! habis pun, took me 2 weeks to finished this. bukan sebab tak best, tapi sebab busy 🥲

aku sukaaa sangat dengan hadi dalam anastasia, so i decided to read this juga.

ok at first, a bit slow and aku sangat tak suka dengan hadi. aku tak suka. sangat. tapi throughout this novel, hati aku jadi tak tentu arah. sebab, lepas hadi kahwin DIA TERSANGATLAH SWEET. hadi sebut sayang pun aku dah melting 🫂

at first, memang rasa asyfa macam villain. tak suka how she took hadi. tapi hujung tu baru faham why. and Asyfa. she is so damn strong. aku suka tengok dia. apa pun terjadi, dia tetap kuat.

they both deserves and complete each other. both of them is a strong couple. they are willing to die for each other. antara semua novel aku pernah baca, aku rasa couple ni la paling kuat harungi kehidupan mereka. paling ada untuk satu sama lain. both of them were a villain in someone else's story, but mereka tetap cuba ubah diri.
Profile Image for Minowentalib.
51 reviews2 followers
June 23, 2020
Jatuh cinta pandang pertama hmmm wujud lagi ker ungkapan ini..
Setiap orang ada kisah silam masing2..
Terima seadanya pasangan masing-masing..
Jika nak keluar dari dunia gelap, memang bukan mudah, perlukan kekuatan dari segi mental dan emosi, kita juga perlu sokongan dari kawan yang baik yang senantiasa memberi peringatan kepada kita andai kita tersilap langkah..
Profile Image for ai.liliyha.
48 reviews
August 6, 2020
'Leave the past there. I wanna be your future, your present'

Aku suka cerita ni sebab penuh dengan babak aksi dan babak sweet yang tak terlalu over. Superb to Syu Ariani sebab hasilkan Ursula.

Asyfa.
Dia terlalu kuat. Cukup aku katakan, dia terlalu kuat hinggakan dia 'kuat' untuk memaafkan insan yang telah membuat onar dalam hidup dia. She's fragile but her heart are too strong. She's badasss !

Hadi.
Second lead dalam novel Anastasia, jadi watak utama dalam novel Ursula. Hmm ? Aku suka ! Sebab memang dari novel Anastasia aku tertunggu tunggu pengakhiran kisah Hadi seperti apa. And well said , aku suka Hadi di dalam novel Ursula ini. Dia matang dan tak terlalu larut dengan emosi.

p/s : aku masih setia dengan Arhan, sorry Hadi HAHAHAH
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
June 8, 2020
3.5 star utk pengolahan cerita.
4.5 star utk jalan cerita yg best.
5 star utk cover novel yg cun!

Overall, ok. Cuma Aku tak tahu kenapa Aku susah sgt nak masuk dgn cara pengolahan atau pun cara penggunaan ayat si penulis. Bila Aku baca, rasa tak smooth, rasa pening nak hadam. Padahal jalan cerita dia best. Aku hampir kecundang di tgh jalan tapi Aku gigihkan juga utk baca sampai ending.
19 reviews
May 13, 2022
5 STARS!!! ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Best! Sangat! Nasib baik beli awal tak ada la susah nak cari hehe.

Out of all Twisted tales ni I paling suka Ursula. Asyfa ni memang lain daripada yang lain. Handal berlawan, memang dia dengan Hadi match made in heaven 🤪

Suka dengan watak Hadi… rasanya boleh rumuskan semua hero novel Syu I paling suka Hadi 😭 Watak dia posesif dan obsesif, protective terhadap Asyfa tu haih 🥺 So lucky to have him Asyfa. After all she went through, takdir pertemukan dia dengan lelaki macam Hadi.


Time Asy malu malu nak panggil abang tu I pulak yang hentak kaki kat dalam bilik hahahaha comel je. Ending pun sweet gilos! overall BESTTTT pergi la beli ursula ni
Profile Image for Doctor reads.
132 reviews
December 24, 2020
The storyline is flat, It's not immersing, other than trying to get both characters together, The concept is promising, but the connection is not there, at the end of the day it felt like another contract marriage tale. Otherwise its better than the first book in the series, Anastasia.
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
April 21, 2024
Where to start, plsss nama Hadi ni is a death of me!! ISTG, every character name Hadi in any books semuanya chefkisssss.

For this Hadi pulakk, alamakk tahu tak jenis character yang natural but fluttering. Yessss, character Hadi ni i still believe they exist in the reality world but maybe yang lucky je dapat diorg. After so many books, dapat jugak character yang tak exaggerate yang menampakkan diorang ni wujud di novel sahaja and obviously most of it semua start with Hadi.

Hadi - This beautiful Tengku Hadi just had his first heartbreak of his life, terjumpa Batrisyia, and started to develop feelings. Tiba-tiba, Hadi sedar ada seorang perempuan keep ekori dia sampailah dia ugut nak bunuh Batrisyia. So Hadi seal the deal untuk get marry with Asyfa. Mula-mula memang la tak biasa sebab dah la kenal lepastu kena paksa kahwin but Hadi tak ada pun nak mengamuk ke apa, dia try untuk jadi suami yang baik untuk Asyfa. Hadi pun jalankan tanggungjawab as suami walaupun tanpa cinta sampailah dia terfall sendiri kat Asyfa, tu yang lurveee sebab takde nak pertikaikan apa-apa. Sejenis hyper and sunshine.

Asyfa - She came from underworld, protective towards Hadi and obviously I can feel she love him since high school. Cuma spoil sikit sebab Asyfa dah tahu where the threat came from but she decided to keep for herself and jauhkan Hadi dari the threat. Dia sepatutnya bagitahu Hadi once he already put trust on her.

Cerita ni banyak rahsia tau walaupun masing-masing dah tahu angkara siapa and takde pun character yang nak paksa-paksa bagitahu. Ish kalau I biarlah orang cakap kepochi pun but I have rights to know siapa nak bunuh I hahahaha Anyway I feel Dean kelakar dalam ni sebab Hadi jealous Dean rapat dengan Asyfa sedangkan bukannya Asyfa and Dean berkepit 24 jam, diorang berjumpa sebab nak bagitahu keadaan semasa je. Lepastu Dean pulak buat tak layan je Hadi HAHAHAHA

If you wonder, yeahhh Hadi ada dalam Anastasia so please read Anastasia first untuk tahu kisah silam Hadi.
Profile Image for Adrieana.
37 reviews1 follower
January 26, 2021
Best!!! Best!!! Itu je nak cakap. Memang nak sangat bagi 5 bintang. Tapi setelah fikir secara betul-betul Saya hanya bagi 4.5 % kerana ada beberapa bab yang penulis gagal bagi saya gambaran dengan jelas. Terutamanya pada babak aksi. Baca ulang kali pun masih tidak dapat faham.

Ini adalah kali pertama saya baca dari penulis. Memang dah melekat dalam hati. Mula mula saya ambil novel ursula disebabkan cover buku yang sangat menarik mata saya. Tapi saya silap, bila sahaja baca dari muka surat pertama sampai kesudahannya susah saya nak tinggal buku ini. Jadi, Ursula bukan sahaja menarik mata saya. Bahkan dia telah menarik hati saya untuk teruskan pembacaan. Saya dapat habiskan novel ni dalam masa sehari. Gila bukan? Walaupun ada babak yang saya tak faham tapi tak mengapa sebab lepasni saya akan baca Ursula lebih dari sekali lepasni hehehe.

Watak hero dan heroin pula memang dah mencuit hati saya. Walaupun kasar tapi dalam kasar saya masih boleh rasa sweet sour yang penulis terapkan. Tersengih sengih jugak saya baca. Dan kadang kadang teringat. And jangan terkejut. Saya sanggup bersengkang mata sampai 4 pagi untuk ursula walhal esok saya kerja. Bengkak jugak lah kelopak mata punya liat nak bangun pergi kerja. Ini semua Ursula punya pasal. Eh salah, penulis punya pasal.

Banyak nasihat yang dipesan oleh penulis. Dan dapat bukak mata saya bahawa novel ini agak lain sikit berbanding novel yang lain. Jadi buku ini bukan lah hanya sekadar aksi thriller & romance sahaja. Dapat menambah ilmu pengetahuan juga.

Tapi akhir kata saya dengan bermurah hati nak bagi penulis 5 bintang penuh ⭐️ Suka hati aku lah kan? Hahahaha.

#Highly recommended! ❤️
Displaying 1 - 30 of 57 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.