Jump to ratings and reviews
Rate this book

Umar dan Atuk

Rate this book
Umar dan atuk selalu melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama. Atuk selalu membawa Umar mengelilingi kampung dengan menunggang basikal. Atuk juga mengajak Umar memberikan makanan kepada haiwan ternakan. Kini atuk tidak seperti dahulu. Umar berasa hairan mengapa atuk lupa banyak perkara. Tetapi, Umar gembira sebab atuk tidak lupa pada Umar. Atuk juga selalu tidak sihat. Umar menjaga atuk supaya atuk lekas sembuh dan dapat melakukan aktiviti bersama-sama semula.

31 pages, Paperback

First published September 1, 2019

About the author

Mohd. Khairul Azman Ismail is a school teacher. He started writing and illustrating picture books in 2013 with the guidance of Yusof Gajah and has won several awards in Malaysia. He uses water colour as his favoured medium and he likes to depict animal characters in his illustrations.

He lives in Shah Alam, Selangor with his wife Razisatul Asyifah Ismail, who is also an author, four children and a pet grey cat.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (75%)
4 stars
1 (25%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Rozaini Haji.
Author 2 books6 followers
October 25, 2019
Umar dan Atuk
By Ustaz Mohd Khairul Azman Ismail

Buku cerita kanak-kanak ini saya terima minggu lepas lagi. Tak sabar rasanya hendak dibawa dan dibacakan kepada Adra dan Darisa. Alhamdulillah semalam berkesempatan bermalam di rumah adik dan melayan kerenah anak-anak saudara.

Apa yang istimewanya buku ini?

Penulis telah menyediakan manual/tips cara membacakan buku ini kepada anak-anak. Menarik sekali. Ternyata buku ini ada objektifnya yang tersendiri.

llustrasi yang sangat cantik. Lihat saja telatah Adra terjerit kagum tatkala melihat wau. Jangankan si cilik, Auntynya pun terpesona melihat lukisan di setiap helaian buku ini.

Penulis buku ini, baru tahun lepas memenangi Anugerah Ilustrasi ASEAN Kedua anjuran Sekretariat Pameran Kandungan Hak Kanak-kanak Antarabangsa (ICCRF) Thailand.
https://www.utusan.com.my/berita/wila...

Di satu helaian, terdapat gambar datuk dan Umar memberi makanan kepada haiwan-haiwan ternakan. Inilah lukisan yang paling saya gemar. Di helaian ini saja, saya terpaksa menjawab pelbagai soalan dari Adra dan Darisa. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan pada helaian ini. Mengenal haiwan, mencari haiwan yang sama jenis, menamakan warna dan mengira haiwan.

Jalan cerita buku ini amat menarik. Sangat berbeza dengan buku-buku cerita yang saya baca sewaktu kecil. Ianya menceritakan tentang hubungan erat antara cucu dan datuk dan bagaimana cucu yang kecil menyantuni datuknya yang uzur dan mengalami kehilangan ingatan.

Buku yang diterbitkan oleh DBP adalah medium yang boleh digunakan untuk menerangkan kepada anak-anak tentang sisi pahit dalam kehidupan. Bak kata penulisnya, "Saya fikir anak-anak perlu didedahkan dgn hakikat-hakikat kehidupan... penceraian, kematian, sakit... tapi melalui teknik yg santai."

Tahniah ustaz Mohd Khairul Azman Ismail.
Semoga sentiasa basah dengan ilham untuk terus memberi peringatan yang membawa kebaikan. Allahumma amiin.

Al-A'la 87:9

فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكْرَىٰ.

So remind, if the reminder should benefit;
Profile Image for Zalila Isa.
Author 14 books54 followers
October 22, 2019
"Lupakan Umar juga?"

Soalan Umar dalam buku ini terus mengocakkan perasaan. Mungkin kerana anak saya juga bernama Umar dan soalan-soalan begini biasa kami bualkan.

Buku bergambar yang sangat cantik ini buah tangan terkini Ustaz Mohd Khairul Azman Ismail. Baru sampai semalam. Harganya yang sangat mampu milik menyebabkan saya mengulang baca beberapa kali - dengan lukisannya yang memang semua tahu, Ustaz Khairul Azman dengan strok yang tersendiri, berwarna warni, dan cerita yang menyuntik kecintaan kepada keluarga. Sungguh, buku yang sangat berbaloi dimiliki.

Ada tip pembacaan disekalikan pada halaman awal buku ini menjadikan ibu bapa boleh menggunakan kaedah yang disarankan agar pembacaan buku ini lebih menarik dan memberi kesan kepada anak-anak.

Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.