Jump to ratings and reviews
Rate this book

Detak

Rate this book
“Kau tak layak jadi isteri aku, tubuh kau dah disentuh” – AQHAR ISKANDAR

Ikutkan hati mahu saja dia menampar lelaki itu, tetapi akalnya melarang. Hanya senyuman mampu diberikan atas penghinaan yang merendahkan dirinya.

Kalau bukan sebab masing-masing tak nak bantah permintaan mak dan mama. Penyatuan ini tidak akan terjadi. Menjadi pengantin untuk manusia bernama Aqhar Iskandar bukanlah impiannya.

Nazeera Kasturi dan Aqhar Iskandar. Dua manusia bagai langit dan bumi. Menyandang sebagai Puan Muda di Ladang Paduka bukan sesuatu yang mudah. Nazeera perlu berhadapan dengan ketaksuban Aqhar dalam membanteras jenayah di kawasan sempadan hutan.

Pandangan mata, dia nampak saja rapuh, tetapi disebalik kerapuhan itu tersimpan satu rahsia. Ternyata dia bukan gadis sembarangan.

Saat sindrom jatuh cinta melanda tembok hati Aqhar dan Nazeera, saat itu juga… bahaya yang menanti bukan calang-calang. Andai tersilap, kematian menjadi galang ganti.

Tegakah Aqhar membabitkan Nazeera demi kepentingan dirinya?

Nazeera, masih mampukah menerima Aqhar dalam hidupnya apabila mengetahui hidup lelaki itu yang sentiasa dikejar bayangan maut.

“Ira tak nak pertaruhkan nyawa Ira kat sini. Abang mungkin dah terbiasa dengan semua ini. Tapi tidak Ira. Please… Jangan kongkong Ira lagi. Ira tak ada kaitan dengan kerja abang.” – NAZEERA KASTURI

Merelakan yang sudah bersarang di hati, bukannya mudah. Tapi, bila nyawa menjadi taruhan, kata terakhir adalah melepaskan.

Paperback

First published January 1, 2019

1 person is currently reading
13 people want to read

About the author

Ombak Pantai

2 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (36%)
4 stars
7 (36%)
3 stars
5 (26%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Reen.
39 reviews4 followers
February 25, 2023
Aku suka storyline cerita ni agak unik dan tak cliché sangat meskipun mereka kena kahwin paksa. Walaupun, tempat Aqhar dan Nazeera pertama kali berjumpa macam tiber sangat. Tapi still menarik.


Watak Aqhar Iskandar sebagai Tuan Muda bagi Empayar Paduka berjaya mengusahakan Ladang Paduka dengan hasil buah-buahan tempatan, resort dan pelancongan atas usaha titik peluh sendiri.


Juga watak heroin Nazeera Kasturi yang cekal, pantas bertindak dan tahan lasak mental fizikal. Bukan heroin yang lemah kerana dia mahir ilmu pertahankan diri. Datanglah siapa pun, dia berani melawan.


Aqhar sebenarnya seorang yang taksub untuk banteras kes dadah dekat kawasan Ladang Paduka miliknya. Jadi disebabkan kecekapan dia menganggani isu dadah, ada musuh yang tersembunyi. Membunuh dalam sepi. Mereka ada di mana-mana. Memburu Aqhar dan Nazeera tanpa disedari.


Suka dengan penceritaan detail tentang kawasan Ladang Paduka. Seolah-olah tempat tu memang wujud. Aqhar punya POV memang terbaik.


Aku langsung tak expect ada genre thriller dalam novel ni. Sebab. bila aku baca sinopsis macam ala-ala cerita romantis biasa tapi sebenarnya luar biasa. Ending pun susah nak tebak.
Profile Image for Mslvoe.
2,043 reviews200 followers
March 19, 2025
Perkahwinan aturan family.

Aqhar taknak sebab dia masih trauma dengan cinta lama dia si sophie yang tinggalkan dia masa dia susah.

Aqhar suruh Nazeera tolak pinangan mama Aqhar. Nazeera cakap nak tolak, cakaplah sendiri.

Aqhar tu tak suka tak suka tapi dia biar je plan masuk meminang berjalan dengan lancar.

Diaorang kahwin. Aqhar baik depan mak dia je..bila mak dia balik KL mulalah dia berubah sikap. Dia suruh pekerja rumah tu kerja kat ladang. Tinggal maksiti je. Semua kerja Nazeera kena buat. Kaw² si Aqhar buli Nazeera.

Nazeera ni dia tak melawan sebab dia sedar dia menumpang.. sedar laki dia tak suka. Kemunculan Sophie kat rumah tu pun buat Nazeera bengang. Dia bukan jenis perempuan yang lemah.. dia pandai seni pertahankan diri.. ingat dia nak lemah bila Sophie hina dia. Mendapatlah si Sophie.

Hubungan Aqhar dan Nazeera ni jap okay jap tak okay.. sebab sorang suka merajuk.. sorang lagi suka main tarik tali.

But Aqhar bila dah sayang Nazeera dia jaga dengan baik.

Kisah diaorang bukan 100% romance.. diselitkan jugak aksi² dari Nazeera... ada scene tembak²

Best jugak layan. Rasa cam tengok drama luar negara @ Thailand. Mak Nazeera tu dari Thailand tu agaknya F dok imagine drama Thailand.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
October 27, 2021
[BOOK 173]

Detak by Ombak Pantai.
.

Love this book!
.

Untuk debut pertama penulis, aku rasa dah hebat dah ni. Secukup rasa gitu. By the way, Ombak Pantai ni lelaki ke perempuan eh? Sebab gaya menulis cam lelaki je. Jenis straight forward kot. hahahaha
.

Aku tertarik nak beli buku ni, sebab review dan rating yang bagus. So, aku baca je tanpa baca blurb terlebih dahulu.
.

Di permulaan cerita, aku rasa tema nya cliche je. Well, aku yakin, susah kot untuk lari daripada cliche. Yang membuatkan sesuatu novel cliche tu bertahan ialah penulis yang bagus menulis.
.

Aqhar dan Nazeera berkahwin atas aturan keluarga. Mak Nazeera perlu balik ke Thailand untuk jangka masa yang lama. Tapi, takde orang boleh jaga Nazeera. Mak Aqhar pula memang berkenan dengan Nazeera ni. So, mereka berkahwin.
.

Lepas kahwin, Aqhar buli Nazeera. Kena kemas the whole house, masak. Pembantu rumah yang sedia ada, ditukarkan ke tempat lain. Kesian Nazeera, tapi dia tak merungut.
.

Oh ya, Aqhar ni pemilik ladang dan resort. Level Tuan Muda gitu. Disebelah ladangnya, ada tanah kosong yang menjadi rebutan untuk menjadi laluan penyeludupan dadah. So, Aqhar ni sentiasa bekerjasama dengan polis untuk menggagalkan rancangan tersebut.
.

So, ada banyak la jugak part aksi. Tapi ada juga part manis. Part gaduh-gaduh merajuk, tarik tali pun ada.
.

Aku suka karakter Aqhar. Dia tegas dan kasar tapi bila dia sayangkan Nazeera, dia layan Nazeera dengan lembut. Takde la kasar beraku kau. Dia melayan je karenah Nazeera yang kadang-kadang suka tarik tali. Aku suka karakter Nazeera sebab dia pandai berlawan, pandai kawal emosi, walaupun dia masih muda, she deserves to be Puan Muda.
.

Entah kenapa, baca novel ni, aku terbayangkan drama Thailand. Contohnya, Tam Ruk Keun Jai. Cerita ala-ala di ladang, watak hero yang handsome macam Nadech. hahahah
.

Aku suka.
Profile Image for Eyd1410.
834 reviews22 followers
November 21, 2019
Detak mengisahkan ttg Aqhar yg berjuang utk membenteras jenayah yg dilakukan oleh musuhnya di dalam tanah kepunyaan Aqhar sendiri. Dadah dibawa dan diedarkan melalui tanah perbukitan bersebelahan sempadan. Kerana ingin mempertahakann kesucian tanah tersebut, nyawa isterinya Nazeera menjadi taruhan.

Saya sebenarnya kurang suka dgn watak Nazeera. Suka bermain tarik tali dan agak degil. Kesian pulak Aqhar yg sering berusaha utk melindungi dan menjaga Nazeera.

Genre aksi dan cinta mmg menjadi favourite saya. Namun, saya rasa ada kekurangan sedikit dlm cerita ini. Saya tak pasti sbb apa🤔.. Tapi apapun, saya pasti suatu hari nanti jika penulis memperbaiki segala kekurangan, pasti nama anda juga setanding dgn penulis otai yg lain. Tahniah utk jalan cerita yg best!!!
Profile Image for Sunita Swanto.
26 reviews1 follower
November 30, 2019
Cukup puas hati dengan cerita dan corak penulisan dalam kisah Detak walaupun ini merupakan novel pertama penulis.

Cerita yang penuh aksi dan debar serta selingan babak2 romantik yang bukan tahap diabetes tapi masih mampu menarik minat pembaca untuk mengetahui kesudahan cerita ini.

Watak heroin bukan watak gadis biasa-biasa. Nazeera Kasturi seorang gadis yang cekal dan kuat. Mengetahui seni mempertahankan diri adalah 1 kelebihan padanya.

Manakala watak Aqhar digambarkan sebagai seorang ketua yang tegas, berwibawa dan lelaki yang agak "beku". Opposite attract diantara Aqhar dan Nazeera merupakan tarikan untuk pembaca membaca dengan lebih lanjut.

Tahniah buat penulis dan penerbit.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
May 2, 2021
Ni novel pertama yg aku baca daripada penulis. Pada awal keluarannya, aku langsung x expect yg novel ni bergenre action romance. Mase fp buat sale, aku cuba2 tengok dan aku temui novel ni bergenre fav aku
.

Berkisarkan kehidupan Nazeera Kasturi yg berusia 24 tahun dikehendaki berkahwin dengan Aqhar Iskandar demi menjaga keselamatannya di Malaysia setelah ibunya, Puan Mila pulang ke negara asalnya, Thailand kerana ingin menjaga kakaknya. Kat situ aku terfikir, kenapa seorang ibu sanggup tinggalkan anaknya sendirian di bawah penjagaan org lain
.

Aqhar Iskandar, seorang pemuda yg berjaya dalam pelbagai jenis perniagaan. Antaranya ladang buah-buahan serta resort. Tanah milik keluarganya digelar, Tanah Paduka. Di situla terletaknya aset2 miliknya. Perkahwinannya dgn Nazeera diatur oleh ibunya. Dia menerima walaupon tidak suka. Kekecewaan yg disebabkan oleh Sophie meninggalkan kesan
.

Dalam membantu membanteras kegiatan dadah di kawasan tanahnya, tanpa sedar telah menyebabkan nyawa Aqhar dlm bahaya. Nazeera turut dijadikan sasaran. Namun, Nazeera bukanla calang2 wanita. Dia mempunyai ilmu mempertahankan diri yg hebat. Dan telah kerapkali menyelamatkan nyawa Aqhar
.

Dari benci, menjadi cinta. Hari demi hari Aqhar mulai jatuh cinta dgn Nazeera. Namun tdk mudah utk Nazeera menerima setelah apa yg Aqhar lakukan padanya
.

Berjayakah Aqhar menundukkan isterinya? Bagaimana nasib Nazeera disisi Aqhar? Berjayakan kegiatan dadah ditumpaskan oleh polis dgn bantuan Aqhar?
39 reviews4 followers
November 2, 2020
Bagi yang menyukai genre romantik dan thriller, buku ini berbaloi untuk dibaca. Jalan cerita yang ringkas tapi menarik. Watak heroin yang tegas dan yg penting tak romatik bergula....
Profile Image for Garfu.
155 reviews2 followers
March 4, 2023
This underrated novel is just wow! I like how author gambarkan ladang paduka but i like aqhar more
Profile Image for Dira.
9 reviews
November 16, 2019
Mula² Dira baca sinopsis novel ni, Dira dah tertarik sangat² nak baca novel ni dan Dira pun putuskan untuk beli.

Expectation Dira memang tinggi dan alhamdulillah novel ni berjaya penuhi expectation Dira. Kisah yang menarik untuk dibaca 👍🏻
3 reviews
December 3, 2019
Jalan cerita yang menarik... Biar penuh aksi yang mendebarkan masih ada manisnya..
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.