Sebelum zaman Instagram, malah sebelum Facebook menjadi popular, apatah lagi 'hipster', hijabista dan gejala influencers: wujud seorang penulis yang hasil pemerhatiannya barangkali telah mempengaruhi cara hidup dan mentaliti satu generasi.
Pedas, sinis dan penuh dengan penulisan tajam dan teliti, Aku Tak Peduli mungkin satu-satunya artifak internet zaman kegemilangan blogosfera yang kekal relevan hingga hari ini.
Baca tentang tafsiran Azman, fahami apa itu sludge dan grindcore dan ketahui sebab-sebab mengapa Melayu itu tidak boleh menjadi Batman, buat pertama kalinya boleh diakses tanpa bantuan Internet
Kemuncak buku indie.. kot. Buku ini mengumpulkan tulisan-tulis MM, berkenaan isu semasa, hal-hal pop dan Melayu yang bangga mengamalkan budaya kuning; dan nak semua orang tahu. Bukan selera bacaan aku, nasib baik beli RM 2 sahaja.
Kalau anda suka tulisan-tulisan ala blog, rawak dan celupar, buku ini barangkali anda suka.
Bacaan santai. Isinya sama bagus seperti jilid yang pertama. Kelakarnya datang secara mengejut dan tiba tiba (berdekah juga kadang kadang). Untuk mereka yang tidak suka melayu poyo, sila jangan baca buku ini kerana penulis agak narsistik.