Dia muncul di saat dunia berada dalam keadaan kucar kacir akibat wabak dan perang. Dia dianggap penyelamat kerana berjaya merawat berjuta orang yang terkena jangkitan wabak.
Dia begitu berpengaruh dan berjaya mengumpulkan berjuta pengikut mengoncangkan politik negara. Ini menggusarkan Tan Sri Jamalee yang telah berkuasa secara diktaktor selama 30 tahun.
Rating adalah subjektif. Pendapat adalah subjektif berdasarkan pengalaman pembacaan sendiri.
Cerita ni tentang kisah 'Syeikh Mahadi' yang menyembuhkan ramai penduduk daripada Coronavirus, dan ada lah keistimewaan dia sendiri. Disebabkan dia dan pengikutnya menyebabkan huru hara, Mahadi ni diarahkan untuk ditangkap. Dari situlah bermulanya kejar mengejar antara watak utama ASP Rahem and the gang dan Syeikh Mahadi.
Pujian kepada penulis kerana: 1- Penulisan yang baik 2- Jelas, karya ini telah melalui banyak proses research 3- Scene aksi yang menarik 4- Pandai guna isu semasa
Buku ni bermula dengan sangat baik. Sehinggalah saya sampai 50% of the book. Ketika itulah saya banyak selak-selak bahagian belakang dan skim read buku ni. Cuma nak lihat, adakah permainan 'kejar-mengejar Tom and Jerry' adalah center kepada cerita The Arrival ini.
Saya cuma lelah kerana aksi kejar mengejar banyak sangat kot. Maybe I was expecting something more. Mungkin saya mahukan lebih plot (bukan hanya kejar mengejar sebagai fokus cerita), perkembangan watak. Bila dah beberapa kali tengok langkah Syeikh Mahadi, I already predicted his moves. Mungkin juga saya nak cerita kesaktian Syeikh Mahadi 'ditunjukkan', instead of 'diceritakan' begitu sahaja di akhir cerita. Mungkin saya juga rasa 'penyelamat keadaan' muncul tiba-tiba, out of nowhere, sedangkan kita dah lama dah ni dari tadi duk kejar-kejar tak ada sneak peek lagi 'penyelamat keadaan' tu.
Ya, begitulah. Ini pendapat saya sebagai seorang pembaca.
Apa-apa pun, naskhah ini disukai ramai orang. Jadi moleklah kiranya baca dahulu pendapat saya dan yang lain-lain. Ada apa yang saya tak suka, yang lain okey aja. Satu review tidak sepatutnya jadi indicator buku ni best atau tak. Look at it as a whole.
Tahniah kepada penulis. Bukan mudah nak tulis karya ni. Respect! ;)
penulis Naim Tamdjis sesungguhnya buat akak tak senang duduk baca ebook ni. macam-macam rasa yang ada. beliau berani tampilkan kisah yang rasanya mampu jentik banyak perkara.
untuk permulaan, muncul syeikh mahadi yang mampu menawar banyak jenis penyakit termasuk kanser dan paling terbaru wabak corona yang sedang menular pantas. ramai yang memuja, ramai yang menjadi pengikut. dan makin sukar buat pihak polis bila dia mengaku yang dia imam mahadi!
arrgghh... sudah! siapa pula? sukar pihak tuan rakil, asp rahem dan seterusnya pihak polis untuk bertindak kerana bila disiasat, tidak ada petunjuk langsung yang menunjukkan syeikh mahadi membawa ajaran sesat.
keadaan makin huru hara bila syeikh mahadi nyatakan tujuan utamanya yang mahu tampuk pimpinan yang korupsi jatuh. asp rahem perlu hadap banyak halangan. tambah teruk bila sebenarnya ada pihak atasan dan yang berkepentingan belot!
fuh! semua babak aksi, babak kejar-mengejar, riot, tembak, bom, bagai terlayar di minda. dan akak kagum dengan susun atur cerita bilamana penulis sebenar tak bagi pembaca jangka apa sebenarnya yang berlaku, hala tuju cerita dan terus seret pembaca teruskan pembacaan. 400 mukasurat pun lantak pi!
bila manusia gilakan pangkat, kuasa dan nama. tak terjangkau langsung apa yang mampu dilakukan.
Dari segi penulisan memang terasa kemas dan teratur. Cerita pun boleh dikatakan agak tersusun dengan baik juga. Cuma malangnya, jalan ceritanya itu dan juga watak-wataknya tidak dikembangkan dengan baik. Jalan ceritanya tersekat dalam pengulangan yang sama. Syeikh Mahadi buat hal, kena tahan polis dan terlepas. Lepas tu Syeikh Mahadi buat hal lagi, kena tahan polis lagi dan terlepas lagi. Macam tu je lah ulang-ulang sampai ke akhir cerita. Konflik dalam cerita juga tidak diceritakan dengan baik kerana setiap kali kemungkinan untuk satu konflik muncul, dalam sekejap masa sahaja dah ada penyelesaian. Tak sempat nak rasa apa-apa. Tak rasa turun naik cerita. Watak-wataknya pun bersifat satu dimensi saja. Jadi, menyebabkan kedua-dua jalan cerita dan watak terasa mendatar.
Rasanya kalau dimasukkan lebih banyak unsur saspens dan misteri, lebih-lebih lagi di sebalik kehadiran Syeikh Mahadi tu mungkin cerita akan jadi lebih menarik dan mengujakan. Sebab dalam cerita ni aku perasan lebih banyak fokus kepada aksi-aksi militari dan senjata-senjata yang digunakan. Kalau minat dengan filem aksi perang yang suka tayang banyak-banyak jenis senjata, kebarangkalian akan sukakan buku ni. Kalau jenis tak suka filem yang banyak letup-letup dan mengharapkan sesuatu yang lebih daripada itu, mungkin akan kecewa jugalah baca buku ni.
Buku ke 100 untuk tahun 2020.. Pilihan yang tepat untuk dibaca.. Buku yang penuh aksi dan debaran.. Kemunculan Imam Mahadi yang sangat misteri dan penuh kehebatan.. Betulkah dia Imam Mahadi yang sebenar.. Bagaimana dia meloloskan diri dari kawalan polis? Bukan sekali.. Memang menimbulkan keraguan dan teka teki.. Bukan mudah nak membongkar identiti dia namun ASP Rahem tak putus asa.. Kebenaran mula memunculkan diri dengan kehadiran Ustaz Zaher..
Kemunculan Sheikh Mahadi yang tiba-tiba mengaku sebagai Imam Mahadi menggemparkan pasukan polis yang ditugaskan menyiasat tentangnya. Pengaruhnya ke atas ratusan ribu pengikutnya menambahkan lagi kesulitan. Pengikutnya yang begitu taksub apabila Sheikh Mahadi ditahan polis hingga menimbulkan kerusuhan.
Jalan cerita yang begitu laju. Penuh dengan aksi. Rasa tak sempat nak bernafas semasa membaca. Tiada bahagian yang leweh. Semuanya penuh dengan cerita.
Ketaksuban pengikut Sheikh Mahadi ke atas dirinya sememangnya wujud di dunia realiti. Ada individu yang begitu taksub kepada individu atau kumpulan individu lain hingga membenarkan apa sahaja perlakuan mereka. Perasan taksub ini tidak seharusnya ada kerana ia boleh membutakan hati daripada melihat kebenaran.
Ada sahaja manusia yang menggunakan nama agama untuk mencapai apa yang dihajatkan terutamanya kuasa. Membunuh orang lain atas nama perjuangan. Yang penting kuasa berada di tangan.
Isu ajaran sesat sememangnya tidak asing lagi bagi kita di Malaysia. Walaupun ada yang terang-terang berlawanan dengan ajaran Islam namun masih ada yang terpengaruh dan terperdaya dengan ajaran tersebut.
"Jadi cepat! Kemaskan dokumen Syeikh Mahadi dan bawa ke Bukit Aman sebelum bukit ini menjadi tidak aman!"
Antara dialog spontan yang buat saya ketawa. Dalam keadaan genting, hampir beribu-ribu jemaah dan pengikut Syeikh Mahadi sedang berhimpun dan berarak di luar sana. ASP Rahem mendapat arahan dari ketuanya untuk ke Bukit Aman untuk menyoal siasat Syeikh Mahadi.
Kisah ini seperti tajuknya The Arrival berjaya mencuri tumpuan saya sebagai pembaca. Penulis berjaya menimbulkan banyak persoalan dari bab pertama lagi. Plot disusun kemas, teratur dari satu bab ke bab yang lain. Ayat-ayat yang ringkas dan mudah difahami.
Ini karya pertama penulis yang saya baca. Sebelum ini penulis banyak menghasilkan karya-karya seram.
Jika anda mencari kelainan, novel ini adalah pilihan yang baik.
The Arrival menceritakan tentang kemunculan seorang lelaki bernama Syeikh Mahadi di Kuala Lumpur yang menimbulkan kucar-kacir berikutan pangaruhnya yang sangat besar disebabkan keupayaannya menyembuhkan penyakit seperti kanser dan Covid. Lantasan itu dia secara terang-terangan mengaku Imam Mahadi dan meminta agar Perdana Menteri, meletak jawatan dengan alasan pemerintahan kerajaan pada waktu itu penuh dengan korupsi dan penyelewengan. Syeikh Mahadi kononnya nekad mengembalikan kegemilangan Islam di Malaysia dan ideologinya mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat.
ASP Rahem, pegawai Polis Unit Khas IPK Kuala Lumpur ditugaskan untuk menahan Syeikh Mahadi. Persoalannya, benarkah Syeikh Mahadi adalah insan yang ditunggu-tunggu bagi menyelamatkan umat manusia? Atau mungkin, dia hanyalah seorang penipu yang mengambil kesempatan diatas ketaksuban para pengikutnya.
Secara peribadi, aku rasa judul The Arrival maybe teelalu besar untuk novel ni. Tapi kalau difilemkan, aku pasti cerita ini sangat menarik. Antara part yang aku rasa paling gah dan epik adalah perhimpunan besar besaran di Dataran ‘Merdeka untuk menggulingkan PM, macam gerakan Bersih 2.0 tahun dahulu tapi dengan adegan yang lebih menarik melibatkan seek & hide antara Imam Maha palsu dengan PDRM.
Aku suka sangat gaya penulisan Tuan Nam yang persis dan jitu untuk menzahirkan keadaan cemas dan genting. Jalan ceritanya sangat lancar dan fast pace menyebabkan aku susah nak tinggalkan buku ni lagi lagi part hujung.
Walaupun sarat dengan aksi, tembak menembak, peperangan dan konspirasi, buku ni ada emosinya apabila beberapa watak yang dikorbankan adalah orang - orang yang baik, rapat dengan ASP Rahem. Naik turun plot The Arrival berjaya membawa aku masuk ke dalam situasi, teknologi yang digunakan pun bukan calang - calang. Martabat polis diraja Malaysia diangkat dek kewibawaan ASP Rahem dan teamnya.
Cuma ending je yang aku rasa kurang relatable apabila unsur ilmu hitam dilibatkan untuk mengurai 1 misteri yang sangat penting, iaitu siapakah sebenarnya Syeikh Mahadi. Apa pun, nama pun tema ajaran sesat kan, jadi aku tak ambil serious untuk ending buku ini sebab kalau aku, aku pun tak sure bahagaimana nak jelaskan kesaktian Imam Mahadi palsu tu.
4/5 stars untuk The Arrival. Peminat genre militar would love this novel. Tuan Naim is genius dalam genre begini. Thumbs up!
The arrival mengisahkan bagaimana dunia gempar dengan kemunculan seorang lelaki yang dikatakan sebagai Imam Mahadi. Beliau dipercayai mempunyai mukjizat dan mampu merawat pelbagai penyakit termasuk kanser dan korona virus!
Dalam buku ini penulis menceritakan perjalanan ASP Rahem dan pasukannya dalam misi memburu syeikh mahadi dan orang kanannya yang menghuru harakan negara! Dia bersama jemaahnya juga melakukan pemberontakan untuk menggulingkan kerajaan Malaysia! Tambah buruk lagi banyak anggotanya yang berpaling tadah dan memihak kepada sheikh mahadi. Rata-rata percaya dengan pengakuaannya sebagai imam mahadi dan melakukam kekejaman atas dasar jihad.
Penulis membawa pembaca melalui misi anggota polis dalam menangkap syeikh mahadi. Deskripsi peralatan senjata anggota polis dan tentera yang digunakan sangat baik selain penulisan yang ringkas dan mudah faham👍🏻
Pada pendapat saya, mungkin Tuanku Ghazali perlu lebih tegas, saya hairan kenapa baginda tidak mengisytiharkan darurat walaupun helikopter terbakar, bom digunakan, pemberontakan melampau dan sebagainya😂 selain itu mungkin boleh diselitkan reaksi dunia luar, dan apa yang berlaku di negara lain, selain ejen cia dan mossad. Pengakhirannya juga mungkin boleh ditambah sikit.
Secara keseluruhannya cerita yang menarik dan boleh dijadikan peringatan kepada pembaca bagaimana pegangan kita dalam menghadapi dunia akhir zaman☺
Pada pendapat aku, buku ni agak menarik jalan ceritanya. Kisah tentang seorang lelaki yg mengaku bahawa dirinya merupakan penyelamat umat islam akhir zaman, Imam Mahadi yg ditunggu².
Ceritanya seperti gabungan cerita ANOMALI dengan cerita EMPAYAR bagi aku. Cerita ni sebenarnya lebih kepada cerita action jugaklah... Kekadang rasa macam tengok movie. Takpun gerak khas the movie.😆😅
Macam² perasaan yg aku rasa waktu baca buku ni..sedih ada, marah ada, geram ada-(bukan sama je ke maksudnya?🤔)-lucu ada....
Yang penting, dapat jugak aku baca happy ending.... Hahaaha😁😁😁
Sebelum review nak cakap, buku ni gila! Next time kurangkan scene kejar-kejar tu, letih nak follow 😮💨
🍃 Syeikh Mahadi - terkenal dengan kemampuan merawat pelbagai penyakit kronik termasuklah Covid-19. Bukan setakat rawat penyakit, baca fikiran orang pun boleh. Pengikut? Tak payah cakap. Puluhan ribu dok ada.
“𝖲𝖺𝗒𝖺 𝗌𝖾𝖻𝖾𝗇𝖺𝗋𝗇𝗒𝖺 𝖺𝖽𝖺𝗅𝖺𝗁 𝖨𝗆𝖺𝗆 𝖬𝖺𝗁𝖺𝖽𝗂.” - habis kecoh satu dunia bila dia mengaku dia Imam Mahadi! Sampaikan ejen Mossad & CIA mai cari dia 😶
🍃 Semua start jadi haru biru bila seorang demi seorang ejen Mossad & CIA ditemui mati. Sapa pulak yang bunuh? Apa motif? Yang hairan, Syeikh tu siap tau no bilik ejen tu, konon nak mudahkan urusan polis lah 😏 cehh!
🍃Siasat punya siasat, Syeikh Mahadi disyaki terlibat dengan pembunuhan ejen-ejen tu. Polis tahan Syeikh Mahadi untuk bantu siasatan tapi pengikut dia protes, bayangkan 500,000 orang berkumpul depan balai. Tak gila? Si Syeikh ni pun satu hal, dah kena tangkap tu dok diam-diam la ni dak lari-kena tangkap-lari-kena tangkap. Geram aku!
🍃 Dia punya gila, dia buat live Facebook hasut pengikut-pengikut dia buat rusuhan konon tak puas hati dengan pemimpin sedia ada. Ni dah melampau, cubaan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong! Scene start intense masa ASP Rahem bertempur dekat masjid. Dah serupa perang! Dengan keadaan KL huru hara time tu - ramai polis mati.
🍃Bukan takat ASP Rahem pening bila dia asyik larikan diri, dengan aku pening. Bayangkan la dok tak dok, nak buat rusuhan pastu tiba-tiba puak dia ada senjata canggih roket RPG, sub mesingan, raifal bagai. Mana dapat? Comfirm ada orang dalam terlibat!
“𝖠𝖻𝗈𝗋𝗍 𝗆𝗂𝗌𝗌𝗂𝗈𝗇. 𝖠𝖻𝗈𝗋𝗍!”
🍃Keadaan kucar-kacir disebabkan pengikut Syeikh Mahadi naik hantu. Dia punya kucar-kacir tak payah cakap - dah serupa Fast Furious , scene atas highway tu. Gila bapak intense! Berapa kali aku tertipu 😂 ingatkan dunia nak kiamat dah 😮💨 nasib belum.
“𝖪𝖺𝗆𝗂 𝖻𝖾𝗋𝗃𝗂𝗁𝖺𝖽 𝖽𝖾𝗆𝗂 𝖺𝗀𝖺𝗆𝖺 𝖨𝗌𝗅𝖺𝗆!”
🍃Ni bukan jihad ni pengganas! Sepanjang pembacaan tak payah cakap berapa juta kali aku terkejut terkesima bagai, sampai sakit kepala 😆 sorry but not sorry, kata-kata kesat terhambur ya 😌 hilang sabar aku. Tak cukup Malaysia huru hara, dia pi negara jiran pulak.
🍃 Sumpah buku ni gila. Gila sampai sakit kepala fikir apa ending dia. Plot twist tak payah cakap aku terkejut bila tau dalang-dalang yang terlibat. Mangkuk ayun betul 😤
🍃 Walaupun agak letih dengan scene kejar-kejar tu tapi tak dak la turn off mood membaca aku, cuma letih asyik lesap. Aku lebih nak tau apa jadi. Next time author kurang-kurangkan la scene yang begini, letih mat nak follow. Kalau tak kuat memang dnf 😂 takpun skip ja. Ha gitu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Aku kadang-kadang ragu-ragu dengan perasaan aku masa baca novel ni. Nak kata best pon tak. Tak best pon tak. Cuma cerita dia tak ada satu aura yang menarik minat aku untuk baca secara terus sama macam aku baca buku novel dari Mahakarya yang lain. Kebanyakan Cerita ni bermain dalam satu kawasan di Kuala Lumpur dan di tempat yang sama macam balai polis-hospital-jalan raya lepastu kembali semula kepada balai polis dan recycle. Kecuali pada klimaks cerita.
Dialog yang digunakan dalam cerita juga berulang-ulang. (Standard dialog dalam cerita polis). Tambahan pula banyak dialog yang sepatah dua ayat saja. Walau bagaimanapun, cerita ini ada pengajaran yang dimasukkan, terutama berkenaan umat Islam akhir zaman dan pemimpin (ketaksuban terhadap pemimpin dan agama yang melampau).
Pergerakan cerita agak laju, tapi adegan sama kerap kali berulang. Hampir keseluruhan buku tentang aksi kejar mengejar sahaja. Mungkin untuk tunjuk betapa liciknya Syeikh Mahadi. Ceritanya penuh dengan aksi dan thrill. Satu lagi perkara yang aku kurang gemar ialah dengan kerja suntingannya yang tak berapa kemas, itu agak menganggu pembacaan aku.
Rating adalah peribadi. Cuma mungkin perlu penjelasan kenapa bagi 3 sahaja kenapa tidak 4 atau 5, mcm tak adil kan kalau rate rendah tapi tak 'clarify' sebab. Seumpama kena ghosting tanpa alasan.
1. Expected ending. Aku agak, nanti mesti ada org datang mengaku enemy syeikh mahadi. Aduh sekali betul. Yang tuan Rakil jadi talibarut pun aku mcm expect secara rambang. Mengena lak. Lepas tu memang dia guna sihir. Cuma yg tak terjangka adalah tentang umurnya yang dah 80!!
2.Repetitive. Sekali terlepas boleh terima lagi. Bila dh kena tangkap semula tapi terlepas lagi, mula rasa bosan sedikit. Masa pertengahan buku pulak tu part terlepas lagi. Aku mula selak page belakang, nak kepastian bila episode tangkap & terlepas ni akan habis.
3. Mengaku imam mahadi tu, fuh satu isu besar & serius untuk di hadapi. Isu begini bukan CIA atau Mossad je datang, silap2 meletup Malaysia ni lebur dek bom nuclear oleh bangsa kafir lain yg rasa tergugat mana taknya, dia punya Kehebatan seumpama sakti, pengaruh dan pengikut yang ramai, kuasa yang dia tunjukkan, bukan kaleng2 ya kuasa dia. Rawat penyakit lagi. Luka pun sembuh gitu je. Siap tahu masa depan lagi. Tapi xleh nak predicts masa depan sendiri pulak? Hehe. . plot mcm tak berkembang sangat, CIA dgn Mossad hantar seorang je ejen elit. Itupun dua dua mati gitu ja. Lepas tu dah. Itu je action negara luar. Plot macam tak berkembang.
4. Ending!!?? Agak tergesa untuk di tamatkan. Susuk berjaya dibuang, Imam mahadi jadi tua, segala ilmu hitam dah berjaya dikeluarkan. Ilmu hitam peringkat tertinggi tu, tapi boleh di buang dari badan. Sedangkan org kena santau pun sampai mati dek ilmu salah itu, syeikh mahadi boleh dirawat lagi dan di pindah ke wad isolasi. Itu ending nya? setelah apa yang dia buat? isu politik mcm mana? negara aman sendiri? apa jadi dengan hubungan antara negara lain? pengikut taksubers dia kiranya reda begitu je lah seiring masa? Apa tindakan kerajaan untuk dia? Kemusnahan & pertumbahan darah yang dia dah buat ? Impak selepas kejadian tak ada.
Apapun satu karya yang harus dipuji dari penulis yang nampaknya ada idea lain dari yg lain temanya.
oke terima kasih.
This entire review has been hidden because of spoilers.
"Tetapi mengikut hadis sahih, Imam Mahadi lahir di Madinah. Nama sebenarnya Muhammad"
"Ya. Saya lahir di Madinah. Nama sebenar saya Muhammad"
Fuhh. Bayangkan ada seorang lelaki yang mengaku bahawa dia adalah Imam Mahadi yang akan membebaskan umat Islam di seluruh dunia. Anda percaya atau tidak? Buku ini menceritakan tentang pertembungan antara watak utama, Syeikh Mahadi dan ASP Rahem yang mewakili pihak polis. Syeikh Mahadi mempunyai berpuluh ribu pengikut fanatik yang mempercayai dia adalah Imam Mahadi yang disebutkan dalam hadis. Bukan itu saja, keyakinan mereka bertambah apabila Syeikh Mahadi mempunyai kemampuan luar biasa untuk menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk kanser dan koronavirus yang sedang melanda negara. Dia juga mampu membaca fikiran orang dan meramalkan sesuatu perkara yang bakal terjadi. Dengan nama Islam, dia mengaku kononnya mahu menyelamatkan umat Islam dan menentang pemimpin yang zalim dan sekular. Pengaruhnya yang kuat membuatkan ramai orang sanggup melakukan apa saja untuk melindunginya atas nama jihad. Jadi benarkah dia Imam Mahadi yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW?
Ini bukan kali pertama saya membaca tulisan Naim Tamdjis. Bagi saya beliau sangat berbakat dalam penulisan genre thriller dan seram kerana karyanya sebelum ini sungguh buat saya suspen dan teruja. Namun buku ini agak kurang dari segi watak dan plot cerita. Jalan cerita dan pengembangan watak-watak agak perlahan. Aksi kejar-mengejar antara ASP Rahem dan Syeikh Mahadi seperti tiada kesudahan kerana jalan cerita yang berulang. Saya mengharapkan lebih bagi watak Syeikh Mahadi. Pada awalnya jalan cerita agak mendatar kemudian semakin menarik pada akhir cerita di mana banyak scene aksi perlawanan antara mereka. Saya yakin research yang mendalam telah dilakukan oleh penulis kerana ada juga disebutkan isu semasa. Pujian kepada penulis untuk itu. Tahniah juga kepada penulis kerana berjaya menghasilkan karya ini.
Sebuah kisah fiction/thriller daripada penulis kisah seram. Cerita yang penuh aksi dan debaran ini akan membawa anda menyelusuri dunia akhir zaman. Malaysia digemparkan dengan kewujudan seorang lelaki yang mengaku bahawa dirinya Imam Mahadi.
Sheikh Mahadi atau lebih dikenali sebagai Imam Mahadi dikalangan pengikutnya, dipercayai mempunyai kelebihan dan keistimewaan dalaman yang mampu mentafsir pemikiran seseorang. Bukan itu sahaja, malah beliau mampu merawat pelbagai penyakit termasuk Corona Virus(Covid19). Berakit ke hulu melawan arus. Eh!
Sheikh Mahadi yang aktif membuat ceramah terbuka dan Facebook LIVE kini mempunyai sekurang-kurangnya 300k-500k pengikut(jemaah). Ketika ceramah itu berlangsung, dia telah mengaku bahawa dirinya Imam Mahadi utusan ALLAH yang ingin berjihad ke jalanNya. Dan ini menyebabkan anggota keselamatan(PDRM) bertindak untuk menyoal siasat beliau atas pengakuannya itu. Berkemungkinan ajaran Sesat.
Dalam cerita ni, penulis juga mengetengahkan isu semasa yang berlaku di Malaysia. Sistem pentadbiran negara dengan fahaman sekularisme, penyelewengan, rasuah dan korupsi. Lebih senang, dominasi POLITIK yang kotor. So, apa kaitan dengan Sheikh Mahadi? Anda perlu baca buku ni.
Anggota keselamatan PDRM iaitu ASP Rahem dan orang-orangnya ditugaskan menggalas misi ini. Misi menyoal siasat Sheikh Mahadi dan memburu beliau. Pelbagai aksi, senjata dan taktik formasi semua ada dalam ni. Memang suspen! macam movie. Huhu! Worth reading!
Plot cerita setiap bab memang menarik. Gaya bahasa yang mudah difahami. Karakter banyak tapi nda apa, sebab muncul dan hilang begitu saja. Jadi nda risau kalau lupa nama haha! Plot twist best! Cuma dekat hujung-hujung cerita tu ada salah nama. Satu ja. Cerita masih boleh dihadam dengan baik dan lancar.
First buku untuk 2021. Buku ni sebenarnye dah 2 minggu habis baca. Tapi disebabkan busy, tak sempat nak tulis review.
Novel ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang mengakui dirinya adalah Iman Mahadi yang ditunggu akhir zaman.
Untuk penulisan Naim Tamdjis memang tak perlu dicakap lain untuk genre genre seram ni, memang cukup dikenali.
Bagi aku dari bab awal lagi, plot plot dalam novel ni buatkan aku taknak stop baca. Nak teruskan je sampai habis sekali baca. Terasa macam tengok movie pon ade jugak, macam Polis Evo 2. 👍🏻
"Dengan ini saya mengumumkan, saya sebenarnya adalah Imam Mahadi yang disebut-sebut dalam hadis! Muncul untuk membebaskan umat Islam daripada kezaliman!"
Kedengaran laungan takbir bergema di stadium.
📖 Selesai membaca novel sulung karya Naim Tamdjis di bawah label Mahakarya iaitu The Arrival. (Swipe right untuk video teaser buku ini)
📖 Saya bagi ⭐⭐⭐⭐⭐
📖 Sebaik sahaja thepariotsasia membuat pra-tempahan, laju-laju saya ke Shoppee Thepariotsasia untuk membeli takut terlepas hehe.
📖 The Arrival ini asalnya karya yg ditaip di Facebook (mahakarya) oleh Naim Tamdjis & agak viral dikalangan pembaca di FB. Saya tidak berkesempatan membacanya di FB & memilih untuk membeli buku ini dari Thepariotsasia.
📖 Buku ini adalah karya fiksyen yang agak baik. Beberapa tahun yang lalu saya berhenti seketika untuk membaca karya fiksyen hasil tempatan sebab rata-rata tidak kena pada selera membaca saya.
📖 Nampaknya pilihan saya untuk kembali membaca buku fiksyen hasil tempatan dengan memilih buku The Arrival ini adalah pilihan yang tepat.
📖 Jalan cerita yang 'straight to the point', tidak juga terlalu melulu untuk ke kemuncak cerita. Kemunculan watak-watak yang tidak disangka & boleh tahan plot twist karakter yang telah membuat sangkaan saya silap.
📖 Setiap bab yang ditulis juga banyak plot-plot yang buat saya sukar untuk berhenti membaca & tidak teragak-agak untuk tidur lewat demi membaca bab yang seterusnya 😂
📖 Jika Naim Tamdjis mengeluarkan karyanya yang kedua, saya pastikan akan membelinya!
✅ WORTH TO STEAL YOUR SLEEPING TIME TO READ THIS BOOK. Ya. Buku ini telah mencuri waktu tidur malam saya yang ideal.
📖 Boleh cepat-cepat dapatkan buku ini dari Thepariotsasia.
Mengisahkan tentang kehadiran seorang syeikh yang mengatakan dia adalah Imam Mahdi, sang penyelamat. Tapi, betul ke dia Imam Mahdi yang sebenar?
I enjoy reading this novel. I’m not really a fan of thriller novels, but this novel is on my list. Action scenes in this novel are good but I want more. There is some spelling error that I caught in the novel but did not really affect the story flow. The story also touched on corruption issues which is inevitable in the political scene. But, that’s not really the main point of the story. The main theme of this novel is power. A thought that playing in my mind when reading this is what will you do if you have power? Will you use it wisely or abuse it? That’s something to ponder about.
This is the first thriller novel by the author. I hope that the author can write more thriller novels in the future.
Bila membaca buku ini. Terasa macam sedang menonton animasi Jepun sebanyak 12 atau 13 episode begitu. Jalan peceritaan yang mantap dan tidak melalut. Sedap dibaca dan tidak membosankan. Buku cerita "thriller" yang boleh dibaca berulang kali. Kalau dijadikan dalam bentuk animasi ala-ala "Japanese anime" pasti lagi menarik untuk ditontonkan.
Cerita dia laju dan synchronized setiap bab membuatkan imaginasi kita tak putus.
Level kemusnahan sebab Syeikh Mahadi ni geram juga. Dengan korban anggota polis, golongan professional yang terpengaruh macam ish, kenapa korang ni cepat sangat terpengaruh dengan anasir-anasir macam ni.
Semoga Allah melindungi kita dari anasir-anasir yang menyesatkan, aamin.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Sangat menarik penceritaan penulis. Sememangnya mendebarkan. Rasa tak senang duduk semua ada. Dan peleraiannya membuatkan kita menarik nafas lega. Terbaik saudara Naim Tamdjis!
Waahhh! Nak cerita pasal ending dulu sebab baru selesai baca. Rasa tak puas kenapa pengakhirannya begitu. Penamat yang sungguh laju. Closure dia macam tak cukup rencah. Macam perlu pada sedikit sambungan untuk jawapan kenapa Syeikh Mahadi terlalu mahukan kuasa, apa jadi pada Ustaz Zaher, the end untuk Syeikh Mahadi tu sendiri (sama ada dia kena penjara atau dia akan teruskan agenda yang tak terlunas tu.) Haaa gituu.
Okey. Awalnya beli buku ni sebab tertarik dengan cover warna hitam, tengkorak dan sinopsis belakang buku. (Lain dari cover buku kat GR ni). Tak masuk wishlist pun, tapi nak jugak beli.
Makanya bila baca, memang diakui story-pace dia laju. Like wow. Ia buatkan pembaca nak tahu, nak tahu dan nak tahu apa akan jadi seterusnya. Penulis pandai garap momentum pembacaan tu.
Kisahnya ada seorang insan yang mengaku dia adalah Imam Mahdi, pemimpin akhir zaman dan nak tegakkan agama Islam. Namanya Syeikh Mahadi, banyak pengikut di Malaysia (dipanggil jemaah) sebab dia mampu merawat pelbagai penyakit termasuk kanser. Orang put trust pada dia dan seolah mengagungkan dia ni. Yang jadi ceritanya bila pihak polis bersungguh nak tangkap dia atas pelbagai dakwaan. Yelaa ajaran sesat kot, menyimpang dari agama. Dahtu miliki senjata hebat2 macam javelin, roket walhal dia orang biasa je kot. Mana dia dapat taktau.
Pihak polis pula takde bukti nak sabitkan Syeikh Mahadi ni walaupun soal siasat banyak dilakukan. Dannn jemaah dia ni terlalu ramai sehingga dalam golongan pegawai polis pun ada yang bersubahat. Agong pun siap 'turun padang' lah bila jemaah Syeikh Mahadi ni memberontak berhimpun beramai-ramai. Kiranya macam-macam lah Syeikh Mahadi ni lakukan macam rampas jet PM, lakukan peperangan kononnya nak tegakkan syiar Islam walhal hakikatnya demi kepentingan sendiri.
Tapii tapiii yang tak berapa best bila terlalu banyak adegan tangkap-soal siasat-larikan diri dari penjara-tembak menembak. Dia macam sepanjang cerita ni, itu jelah konsep dia sampai habis😂. Polis dah tangkap Syeikh Mahadi, pastu soal siasat tak jumpa bukti. Tak lama lepas tu, tiba-tiba Syeikh Mahadi larikan diri. And then buat sidang FB live kat mana-mana. Pastu polis tengok, cari lokasi Syeikh Mahadi, tangkap dia lagi masuk penjara. Pastu dia lari lagi. Bak kata ASP Rahem, polis kena game. Kita yang baca pun penat..sampai bila nak ulang benda niii?😂
Dah dekat nak habis buku barulah scene tu berubah sikit. Plot twist ada tapi tak berapa banyak. To me, plot twistnya yang Syeikh Mahadi tu guna sihir lah kot.
Tapi tak dinafikan, buku ni best. Idea penulis yang buatkan dia jadi menarik. Sebelum ni tak pernah terlintas pun akan adanya karya macam ni. Goodejobb! Cuma kalau boleh ditambah beberapa penjelasan di sebalik segala yang terjadi, mungkin boleh jadi lagi gempak? Hehehe..
Apa-apa pun, ilmu baru diperoleh lagi. Banyak nama senjata yang baru diketahui macam Javelin, roket RPG, MP6, kereta hummer, kereta perisai lipan bara dan lain-lain. Dalam buku ni jugak banyak terma polis digunakan : unit khas, ASP, chif inspektor, koperal, sarjan.
*Fuhh. Antara review terpanjang pernah ditulis kat GR ni. Sekian.👮♂️
This entire review has been hidden because of spoilers.
Saat dunia dilanda pelbagai penyakit yang tiada ubat, dia muncul sebagai penyelamat. Kebolehannya menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk kanser dan koronavirus menyebabkan ramai rakyat Malaysia menjadi pengikutnya. Dan saat dia, Sheikh Mahadi mengaku sebagai Imam Mahadi yang muncul pada akhir zaman, ASP Rahem dipanggil untuk terlibat dalam operasi untuk menangkap dan menyoal siasat Sheikh Mahadi. Namun, setiap langkahnya terbejat kerana tiada bukti yang boleh mengaitkan Sheikh Mahadi membawa ajaran sesat. Tambahan pula dengan pengikutnya yang ramai, kekecohan bermula.
Naskhah ni sangat engaging dan penuh dengan babak-babak suspens. Tambah pula dengan pace cerita yang laju membuatkan aku susah untuk melepaskan buku ni. Pada awalnya, aku sangat tertanya-tanya dengan identiti sebenar Sheikh Mahadi ni. Iya ke tidak ni membawa pengaruh ajaran sesat seperti yang didakwa? Dengan segala kebolehan yang dia tunjukkan depan pengikutnya dan ASP Rahem, sangat mencurigakan tapi pihak JAKIM sendiri tak ada bukti yang boleh mengaitkan dia dengan ajaran sesat. Nak pula, setiap langkah yang pihak polis ambil untuk menangkap Sheikh Mahadi, semuanya dia dapat teka dengan tepat.
Dari mula lagi aku dah tertarik dengan cerita ni. Sangat sukar untuk aku letakkan buku ni dan berjaya aku habiskan dalam masa sehari. Ceritanya penuh dengan debaran, aksi dan babak-babak yang thrilling. Lagi-lagi bila pihak polis actively trying to catch Sheikh Mahadi. Dengan pengikutnya yang ramai yang sentiasa cuba untuk melindungi 'imam' mereka, menimbulkan kesukaran untuk pihak polis. Belum tambah dengan Sheikh Mahadi yang berkali-kali lolos selepas ditangkap ASP Rahem. Dan pengkhianatan dari orang dalam yang tak disangka-sangka. Ada juga dialog-dialog yang tiba-tiba membuatkan aku ketawa walaupun dalam situasi genting, menyeimbangkan tekanan dalam cerita. Jujurnya, aku seronok sangat dengan naskhah ni.
Pertama kali aku membaca tulisan penulis ni dan aku sangat suka! Plotnya tersusun kemas dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami dan cerita yang straightforward, tak meleret membuatkan pembacaan aku sangat enjoyable. Looking forward to read Kartel Narkotik!
'Nampaknya kain kasa yang ditekan ke luka tembakan tidak berdarah lagi seperti tadi. Seolah-olah darah sudah berhenti mengalir. Selepas selesai Syeikh Mahadi membaca sesuatu, tidak ada darah lagi mengalir daripada luka tembakan. Ini mengagumkan ASP Rahem dan orang lain yang melihatnya.'
The Arrival oleh Naim Tamdjis ini bergenre thriller, juga memuatkan elemen mistik dan aksi menerusi plot penceritaan di mana pihak polis yang diketuai oleh ASP Rahem melawan penjenayah kultus yang mengaku diri penyelamat umat akhir zaman Imam Mahdi, iaitu Syeikh Mahadi. Jalan cerita lebih tertumpu pada usaha pihak polis untuk mendakwa dan menangkap Syeikh Mahadi yang bersembunyi di sebalik topeng keagamaan dan pengikut fanatik.
Penceritaan The Arrival ini ringan, ditambah dengan elemen pengkhianatan, semangat setiakawan dan aksi yang agak berat, membabitkan penggunaan pelbagai jenis senjata api mahupun kuasa mistik. Mungkin jika diterbitkan dalam bentuk drama ataupun filem, lebih kurang seperti menonton siri Gerak Khas.
Kisah Syeikh Mahadi dalam The Arrival ini boleh dihubung kaitkan dengan realiti. 'Influencers' yang mempunyai pengikut dan peminat tegar masing-masing, tidak kiralah ahli politik, artis, public influencer mahupun agamawan yang bersembunyi di sebalik sokongan awam untuk mempertahankan atau memperjuangkan motif-motif yang tidak jujur dan membawa kepada kemudaratan. Oleh itu, masyarakat umum perlu berfikir secara rasional, lebih berhati-hati dan bersederhana dalam memberikan sokongan.
Dalam memilih, mengundi atau meminati mana-mana figura, tidak perlu meletakkan mereka pada tahap yang tertinggi kerana mereka juga manusia yang tidak sempurna seperti kita. Gunakan akal untuk berfikir secara logik berbanding emosi dan hati yang cenderung berbolak-balik. Luaskan pembacaan dan menuntut ilmu agar tidah mudah termakan janji palsu dan tipu daya pihak yang ingin mengambil kesempatan.
🌟 4.0/5.0. Jalan cerita boleh diolah dengan lebih menarik, plot twist agak kurang memberangsangkan. Secara kesuruhan, ringan dan santai, bacaan boleh dihabiskan kurang sehari.
"Taburlah wang berapa banyak pun, itu bukan saya. Tugas kita memerangi penjenayah. Bukan bersubahat dengan penjenayah. Tapi saya kecewa, ada polis kita yang berkawan dengan penjenayah."
The Arrival, sebuah novel jenayah/seriau mengisahkan ASP Rahem yang cuba menangkap individu bernama Syeikh Mahadi yang mempunyai kesaktian hingga digelar Imam Mahadi oleh pentaksubnya. Selain memberi ancaman terhadap keselamatan negara, kemunculannya turut menggugat kedudukan Tan Sri Jamalee sebagai perdana menteri ketika itu kerana cubaan Syeikh Mahadi untuk menggulingkan kerajaannya atas dasar menegakkan kepimpinan Islam.
Novel ini bermula dengan baik di mana pengenalan protagonis, ASP Rahem dan skuadnya yang memerhati gerak-geri Syeikh Mahadi sebagai antagonis dapat menarik perhatian pembaca. Tempo penceritaannya laju tetapi pengembangan plotnya begitu lambat dan banyak pengulangan. Hampir separuh novel dirasakan mendatar kerana hanya dipenuhi babak ASP Rahem cuba menangkap Syeikh Mahadi. Walaupun begitu, usaha penulis menyelitkan babak aksi yang pantas dan padat serta pengetahuan mendalamnya berkaitan senjata api sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit kebosanan pembaca. Namun penghujungnya dirasakan anti-klimaks kerana bagaimana penulis menggambarkan Syeikh Mahadi itu seorang yang penuh muslihat pada awal novel, tidak pula menggunakan sepenuh kelicikannya di bab-bab akhir. Antara perihal yang disentuh ialah ketaksuban terhadap sesuatu hanya membawa kemudaratan dan nilai integriti yang dikorbankan hanya untuk perjuangan yang salah.
Secara keseluruhannya, novel ini mempunyai premis yang bagus. Memandangkan penulis pernah menghasilkan banyak novel laris sebelum ini, sangkaan pembacanya yang ramai semestinya tinggi. Semoga penulis akan memperbaikinya pada novel seterusnya.
Basically cerita pasal Syeikh Mahadi yang ada kebolehan merawat penyakit seperti kanser dan koronavirus. Disebabkan kebolehan tu, semua jadi taksub dengan Syeikh Mahadi dan bilangan pengikut dia bertambah.
Konflik start bila Syeikh Mahadi claim diri dia sebagai Imam Mahadi yang akan menyelamatkan umat Islam yang ditindas akhir zaman, polis mula menyiasat Imam Mahadi dan pengikut pengikutnya. Tangkapan kali pertama berjaya dengan soal siasat, masuk kali kedua ketiga Syeikh Mahadi buat hal, polis dah susah nak tangkap Syeikh Mahadi, kalau dapat tangkap pun mesti akan lolos atau polis akan kena serang dengan pengikut Syeikh Mahadi sebab pengikutnya yang teramat taksub dengan Syeikh Mahadi.
Plot dalam cerita ni sangat lancar dan menarik! Cuka a bit draggy and terlalu banyak repetition bila tiap kali polis kejar pastu hilang kejar pastu hilang. And yeah, dia punya saspen level tu memang 📈📈 sebab betul betul nak tau siapa Syeikh Mahadi tu. But for the character sayang sikit la sebab penulis tak kembangkan lagi lagi MC 🥲
⭐️⭐️ ⭐️ bintang untuk keseluruhan, ada sikit sikit typo yang menyakitkan mata 🥲 tapi overall aku enjoy je baca sebab bebetul nak tau siapa Syeikh Mahadi tu, kenapa dia claim dia tu Imam Mahadi, macamana dia boleh sembuhkan penyakit and palingg favv part roamance MC walaupun sikittttt sangat 🤏🏻
- bermula dengan wabak penyakit yang bahaya, datang seorang manusia yang dikatakan membawa utusan tuhan dapat meyembuhkan segala penyakit. tetapi dia menggunakan ilmu yang salah utk mengejar di dunia kepimpinan.
-ringkas dan bagus dari segi action, fakta dan tactical dalam kombat. dalam ni kita boleh baca tentang cara satu pasukan kha polis, tentara dan sebagainya melawan anasir ajaran ini.
-element thirller yang penulis letak dalam setiap bab boleh dikatakan sempurna.
-pengorbanan anggota polis yang melibatkna nyawa dan kehilangan anggota badan yang kekal. tugas itu amanah. tanggungjawab meraka melindungi dari rakyat.
-terlalu taksub dengan agama juga boleh membawa pada masalah mental. ingin menjadi pemimpin tapi cara yang digunakan dengan menyekutukan Allah dan sanggup berperang kononnya utk menegakan agama Islam di mata orang bukan Islam.
tajuk buku memang kene dengan cerita silalah baca kalau dah baca jjangan lupa baca kisah yang berlaku pada tahun 1979 di kota Makkah.
☠️ First time baca buku terbitan @thepatriotsasia. Mengkagumkan. Memang hebat! Baca je page yg first terus rasa nak tahu dan tahu apa lagi next chapter.
☠️ Ni seriously korang kene beli and baca. Menceritakan tentang seorang manusia yang secara tiba-tiba muncul entah dari mana dan mengaku dirinya sebagai Imam Mahadi. Semua orang kagum dengan kelebihan yang dia ada. Kuasa yang tiada pada manusia biasa.
☠️ Seram sejuk jugak masa baca ni sebab terus terbayang kalau negara Malaysia menjadi kucar-kacir sama macam dalam buku ni gambarkan.
☠️ Cara penulisan memang terbaik. Menusuk jiwa dan tak membuatkan pembaca rasa bosan atau mengantuk. Tak sabar nak baca buku yang seterusnya dari penerbit @thepatriotsasia
☠️ 1 je pesanan, sehebat mana pun kuasa yang ditunjukkan oleh seseorang manusia itu.. Jangan mudah percaya sebab siapalah dia tanpa kuasa Allah Yang Maha Agung.