Kisah seorang artis terkenal. Hidup pada zaman manusia terpaksa mengumpul ‘kredit’ yang cukup sebagai bukti mereka berhak untuk kekal hidup di muka bumi. Mereka yang gagal mencapai tahap kredit minima, akan ditarik nyawa.
Artis terkenal itu ada segalanya – wajah, suara, personaliti dan pencapaian yang belum pernah dikecapi mana-mana rakyat Nusaraya sebelum ini. Popularitinya melebar ke serantau Asia.
Sehinggalah ada pihak yang membangkitkan gosip bahawa ada ‘artis terkenal’ yang membina persona palsu untuk menipu masyarakat semata-mata demi kelangsungan kerjayanya. Malah, suaranya juga dikatakan palsu.
Hidupnya berubah dari saat itu.
*****
Chester Bennington, Sulli, Avicii, Goo Hara, Robin Williams, Kim Jonghyun, Marilyn Monroe dan Kurt Cobain. Kesemua selebriti terkenal ini ada satu persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu meragut nyawa dengan tangan sendiri.
“Such a waste of talent, achievements, popularity, and even wealth,” bisik hati aku.
Namun, aku tidak membuat konklusi. Aku cuba menyelami kehidupan mereka. Aku cuba fahami apa yang mereka lalui. Aku cuba melihat mental illness dari sudut yang berbeza; bukan semata-mata depresi. Lalu tanggapan aku berubah sepenuhnya. Maka, lahirlah buku ini.
Suka dengan ayat ni "Musuh yang jujur adalah jauh lebih bagus daripada sahabat yang berdusta dan berpura-pura". Kerana pada pendapat aku lah, "sahabat" yang berdusta dan berpura-pura ni, impaknya jauh lebih besar dan lebih dekat dengan diri kita berbanding dengan orang asing. Reviu penuh akan diulas di strain kedua.
Sejujurnya pertama kali mommy membaca karya Teme. Mommy sukakan latar masa dalam STP. Futuristik. Dan mommy sangat kagum dengan idea penggunaan 'jalur'. Di luar kotak!
Dunia artis bagi kita penuh dengan glamour dan kemewahan. Namun di sebalik semua itu, ada satu ruang kosong yang kita tak pernah fikir dan selami.
Teme membawa kita menelusuri kisah artis terkenal, Latif Purnama yang begitu jujur bagi mommy dalam menghiburkan peminat. Mungkin sebab asalnya Latif Purnama datang dari 'jalur' hitam. Bernaung di bawah satu syarikat rakaman yang umpama lintah darat, Mawar Records.
Segala-galanya nampak indah pada mulanya sehinggalah saat Latif ingin mengumumkan perkahwinannya kepada umum. Rahsia demi rahsia mula terbongkar.
Betullah, bila dah start baca susah nak letak. Suka dengan mesej yang diketengahkan dalam STP strain pertama. Dan tak boleh dibayangkan kalau duduk dekat bumi Nusaraya. Dengan kolar yang berbeza warna, akan berubah dengan tanggapan masyarakat dan status sosial. Kalau kredit rendah, nyawa akan ditarik sebelum umur 25 tahun kalau tak menyumbang apa2.
Suka dengan ayat: Kerana dengan usaha membela pembohongan itu lebih payah dan lebih meletihkan daripada menjadi jujur.
Kalau nak diikutkan kawan mcm Omar ni ramai. Tapi kita tak sedar. Dan sikap macam Latif ni memang orang akan selalu mengambil kesempatan. Kadang jadi terlalu baik pun tak boleh. Kena ada sikap ragu dalam hidup kita jugak terhadap orang sekeliling. Tak semua yang baik dengan kita akan ambil kesempatan dan tak semua yang baik dengan kita, tak berlaku jahat belakang kita.
Permulaan cerita bagi aku tak slow pun sbb kat situ segala informasi fasal Bread, fasal kolar berbeza warna dan fasal Nusaraya diceritakan dengan baik. Kalau tak nanti pembaca akan lost. Tak sabar plak nak sambung Strain Kedua. Nak tahu apa jadi dekat LP.
Satu je nak cakap Sinar Mawar tu kan sangatlah selfishhhh!
Teme memang pandai bina universe baru dalam cerita-cerita yang ditulis. Menarik. Dia macam... ada usaha untuk buat satu cerita ala-ala sci-fi Black Mirror yang berlatarkan masa depan. Kosmetiknya ada cuma... rasa itu tak sampai. Tak apa. Baca buku dua jap. Nanti sambung ulas.
Meminati penulisan Teme dalam karyanya Empayar buatkan aku teruja bila buku ni bakal diterbitkan.
Buku ini menarik, mengetengahkan kehidupan sebenar seseorang yang dikenali (public figure).
Cancel culture, pembohongan, fitnah, pemikiran tidak berladaskan agama semuanya Teme Abdullah tuliskan dalam buku ini. Idea yang bagus dan berani pada aku. Sebab lain daripada lain.
Sebagai peminat penulisan Teme, aku meletakkan harapan yang tinggi terhadap buku ini. Tapi sayangnya ada beberapa sebab kenapa aku ambil masa yang lama untuk habiskan strain pertama.
1) Teme mengambil masa yang sangat lama dalam buku ini untuk pengenalan cerita. Olahan situasi, suasana yang terlampau banyak buatkan aku sebagai pembaca letih untuk baca.
2) Berbanding buku Empayar, watak dalam cerita ini aku rasa terlalu jauh untuk aku hayati. Tidak dekat dan sukar untuk aku faham kenapa Latif begini kenapa Latif begitu.
3) Mungkin disebabkan Teme terlalu fokus pada pengenalan cerita jadi aku tidak kenal siapa Latif Purnama ni sebenarnya.
4) Pace yang sangat perlahan buatkan aku lelah. Fuhh, memang mencabar membaca buku Selamat Tinggal Purnama.
Apa yang aku gemar untuk buku ini, Teme gunakan genre sci-fic. Dunia yang asing dari kehidupan manusia sebenar sebab Teme memang pandai build in dunia sendiri. Seperti mana buku Empayar.
Untuk strain kedua, mungkin perlukan masa lagi untuk aku mulakan bacaan. Apa-apa pun tahniah Teme.
Idea yang menarik. Olahan juga menarik walapun pada permulaan bab selepas pengenalan tentang media massa yang mempengaruhi ideologi masyarakat, lepas dari tu pace macam slow sikit.
Cerita mengenai seorang penghibur yang terkenal dan digilai ramai. Level pengaruh populariti tu sama macam level artis kpop. Pastu teknologi yang digunapakai dalam cerita ni macam hologram, perbezaan kasta melalui warna rantai yang dipakai, macam mana kredit (wang) berfungsi, serta media Bread dan laman web Rubella Press yang menguasai pemikiran postif negatif masyarakat.
Ok stop kat situ. ✋🏻
Latif Purnama ni bagi aku sangatlah naif dan innocent. Baik sangat sampai orang pijak kepala pun dia tetap boleh fikir rasional lagi. Sampaikan kena tindas dengan royalti yang sikit pun masih fikir positif lagi. Eiiii geram aku dengan dia ni. 😤 Sampaikan ada orang ambik kesempatan atas kebaikan dan populariti dia.
Plot twist memang sesuai dengan timeline cerita ni. Aku yang baca ni pun sampaikan rasa WHAT?!. Terkejut pastu pause sebab nak ingat kaitkan dengan peristiwa yang berlaku sebelum ni. Tapi lebih kepada geram sebenarnya. Sabar betul si Latif Purnama ni. 🥲
Cerita dari plot twist sampai ke ending barulah pace laju. Lepas tu banyak kejutan selepas kejutan. Bagai jatuh ditimpa tangga.
Harapnya Strain Kedua lepas ni boleh jadikan Latif seorang yang cekal dan dapat tuntut hak yang sepatutnya.
Satu perkataan: KAGUM! Saya sebenarnya tidak pernah membaca buku tulisan Teme. Ini pertama kali membaca naskhah hasil tangan penulis popular ini. Dan, apa yang saya boleh simpulkan, benarlah apa yang dikatakan pembaca di luar sana, penulisan penulis ini memberi impak yang mendalam.
Berkisar mengenai Latif Purnama, penyanyi terkenal yang mencipta nama melalui keistimewaannya dalam bidang muzik. Namun, apa yang dimiliki Latif sebenarnya membuatkan dia tanpa sedar telah menciptakan konflik dengan insan sekelilingnya. Lebih parah, melibatkan orang yang paling dia sayangi. Jadi bagaimanakah kesudahan seorang Latif Purnama untuk buku pertama ini?
Kesimpulannya, pada awal penceritaan, pergerakan cerita agak perlahan. Perlahan yang tidak bermaksud terisi dengan babak yang membosankan, tetapi penulis menceritakan dengan terperinci kehidupan di dunia seorang Latif Purnama. Namun, saat cerita mulai berkembang, sedikit demi sedikit fokus pembacaan makin statik pada buku ini. Cerita yang bagus, digarap dengan baik. Paling penting, cerita ini punya isi tersendiri. Tahniah buat Teme Abdullah!
At page 180, I basically just skimmed through, skipped a few pages at a time and finally just gave up and read the ending.
Here is the thing about Teme’s stories. His stories have this big potential because his are always about social commentary. Yet, they are always overachieving because of the literal imagery. The narration felt quite forced here and there and so much of telling than showing. His writing style is just not for me.
No offence, Teme. I believe you are great but this is the last book for me. I wish you the best of luck.
Pada mulanya, tak tertarik nak baca buku ini tapi akhirnya baca juga sebab tiada buku nak dibaca. Huhu. Ringkasnya, kisah dalam buku ini memang berkait dengan dunia sekarang. Tiada keraguan. Seperti biasa pasti ada watak yang menyakitkan hati para pembaca. Ada beberapa watak yang menepati ciri-ciri itu. Hihi. Tak banyak yang perlu direviu sebab nak baca strain yang kedua.
Kenapa perlu jujur jika menipu itu lebih mudah? Kehidupan seorang penghibur bukannya senang. Populariti, kontroversi, depresi semuanya berselang-seli, antara tahan atau tidak.
Selamat Tinggal Purnama mengisahkan seorang penyanyi, Latif Purnama.
Jalan cerita buku ni menarik. Dunia dimana nyawa seorang manusia dinilai dengan darjat dan persepsi orang-orang.
Setiap manusia dipakaikan satu jalur dileher yang melekap di kulit dan mempunyai cip. Sewaktu membaca, persoalan saya macam mana dengan membersihkan diri, mandi wajib dan sebagainya (😅). Makin lama membaca, barulah tahu dunia pada zaman ni tak lagi meletakkan agama sebagai pegangan (walaupun dalam satu babak, Latif mengangkat tangan untuk berdoa).
Watak Latif ni bagi saya, seorang yang naif. Terlalu mengutamakan musik dan peminatnya. Geram juga.
Diawal-awal cerita agak perlahan. Fasa intro. Konflik muncul dah dekat hujung-hujung. Masa tu baru rasa taknak lepaskan buku dan nak teruskan membaca. Sebab sifat ingin tahu. Masa awal-awal cepat bosan, jadi progress slow.
Kesimpulan, saya suka idea “dunia baru” dalam cerita ini. Tentang jalur dan kategori warnanya, tentang kredit dan cara manusia ditamatkan nyawanya, dll. Cuma cerita ni bukan pasal menentang kerajaan, lebih kurang ni zaman yang manusia dah terima seadanya dengan cara hidup mereka.
Untuk buku fiksyen pertama dari Teme ni, saya bagi 3.5 bintang. Tak dapat nak bagi 4 atau 5bintang sebab slow progress di permulaan buku.
🎸𝕾𝖎𝖓𝖔𝖕𝖘𝖎𝖘 Pada mulanya hidup seorang Latif purnama hanyalah menjadi penyanyi jalanan. Dia telah dilamar oleh sebuah produksi iaitu Mawar Records untuk menjadi seorang artis yang terkenal yang digilai ramai. ( Level artis kpop🫡) Namun disebalik kejayaan latif itu sendiri terbongakar satu rahsia yang menjadi pengkhianatan terbesar dalam hidupnya.
🎸𝖀𝖑𝖆𝖘𝖆𝖓 Pada awal bab awal kita baca agak perlahan sebab buku ni bawak isu yang berat. Bila masuk pertengahan dah boleh terima. Suka dengan world building yang teme cipta dengan penggunaan teknologi hologram,holocall dan jalur.
Apa yang kita geram adalah watak utama dia yang baik sangat sampai kena pijak (geram lahh😭) Production + kawan sendiri dah buat tahi pun boleh bersangka baik lagi. Aduhhh😩Buku ni penuh dengan emosi marah, sedih, geram bercampur. But I really love the plot twist ✨
Apa aku boleh cakap : Seriously, tak rugi baca buku ni, sebab kau akan dapat belajar sesuatu yang sangat bermakna daripada buku ni. (hint: erti kehidupan) dan kau juga boleh menyelami apa yang dilalui oleh mereka-mereka yang menceburi industri seni /artis dan seangkatan dengannya.
Perasaan aku time baca buku ni adalah rasa tersepit.. Rasa macam sesak dada sangat-sangat, semuanya disebabkan oleh ujian dan tekanan yang menimpa Latif (watak utama) tanpa henti, bertimpa-timpa, lepas dah kena, kena lagi.. Perasaan aku bercampur-baur, simpati dengan nasib Latif, geram dengan Latif sebab baik sangat HAHAHA, geram dengan mereka-mereka yang hanya fikir kepentigan diri sendiri saja.. Dan orang terdekat Latif, yang serious aku langsung tak syak apa-apa dan rupa-rupanya dia tuu, dia tuu *bacalah sendiri kalau nak tahu
Apapun aku bagi full star sebab penulis berjaya bermain dengan emosi aku (seharian aku baca buku ni aku dah macam orang lesu tak bermaya, sebab terlampau menghayati sangat nasib si Latip ni).. Aku habiskan Strain Pertama dan Kedua dalam masa sehari sebab aku nak cepat-cepat tahu apa kesudahannya. Aku boleh terima ending buku ni, tapi member aku tak boleh HAHA tak pa abaikan dia. Walaupun aku macam tak puas hati sikit, rasa macam nak pukul-pukul ja watak antagonis, Latip pun aku nak pukul sebab baik sangat. Tapi aku cuba faham ending ni dari side Latif, and ya ending macam ni memang dah elok dan terbaik dan cunn dengan apa yang Latif hasratkan (baca buku ni dan korang akan tahu, sikap dan peribadi seorang Latif Purnama dan hasaratnya).
*pst buku ni memang kena baca dua-dua tau sebab dia bersambung. Lastly, PERGI BELI DAN BACA. Bagi aku novel ni sangat-sangat worth to be read. Lepas baca buku ni, cara aku pandang 'nilai sesuatu kehidupan' tu berbeza sangat dari sebelum aku baca.
Took me awhile to get into this but aaaa after so long, here it is, my first Teme book! I want to read the second book first before I give this book any stars.
I really enjoyed the worldbuilding & appreciate the hidden messages the author is trying to convey. I feel like there’s so many nods towards the K-Pop industry – and other entertainment industries as well ofc – like the whole idea of “the company owns the artists” eventually leading to the exploitation of said artists, the mindset that these celebrities can’t do no wrong, fans‘ immaculate observation on artists (eg: page 120, “Paling mengejutkan, ada perkara yang tidak pernah disedari si empunya badan sendiri. Contohnya, Latif tidak pernah sedar yang dia punyai satu tabiat mengusap leher selepas mengusap rambutnya ke belakang” I find this part so funny because this is exactly what people on stantwt do on a daily basis lolol), clout spreading with lightning speed, & so on.
Other things that I love:-
- The credit concept of the jalur on the neck thingy. Terrifying, but creative nonetheless. - Acknowledging the seriousness of the pressures public figures have to face, and how society loveeeee to assume. (p/s: this is my pet peeve. Dont know how people can easily say bad things on social media about particularly anyone like they know everything’s that going on with that person. Adakah mereka tidak tahu there are consequences to their actions? Hmm) - SATIRE. on the moral decline of society in the future.
All in all this book impressed me. On to next one ~
Wow okay what a ride! Buku ini membuka mata saya sebagai pembaca tentang realiti susah & senang kehidupan seorang selebriti yang terkenal.
Isi yang dapat saya highlight kan dari buku ini ialah- artis/seniman/idola kita juga manusia. Mereka juga mengharungi kesusahan & keperitan hidup. Mereka hidup bukan untuk memuaskan hati kita.
Dari kisah ini, tergambar segala yang tidak dapat saya bayangkan dalam hidup seseorang yang diidolakan ramai. Sahabat yang menikam dari belakang, penipuan, hak yang diambil & dimanipulasi, masalah keluarga dan beban yang dipikul sebagai seorang 'public figure'. Perkara-perkara tersebut sangat memberi impak yang mendalam terhadap kehidupan & kesihatan mental seorang 'artis terkenal'.
Dari sini, saya belajar, jika kita mengidolakan seseorang, jangan la sampai keterlaluan dan memudaratkan diri sendiri juga orang lain.
Dalam hidup, kita harus tahu hak-hak kita dan tegas mempertahankannya. Jangan dengan mudah dimanipulasi pihak lain.
Pada awalnya, saya agak bosan membaca buku ini kerana penceritaan pada bab-bab awal agak lambat berbanding bab-bab terakhir. Namun, setelah separuh buku, barulah penceritaan nya menjadi lebih rancak dan penuh pertanyaan. Jadi, jangan cepat bosan! Teruskan pembacaan hingga ke akhir halaman! It's worth your time.
Highly recommended untuk mereka yang bercita-cita untuk menjadi 'public figure', artis, seniman dan segala yang melibatkan mata umum.
Hi Teme, I honestly love how your books were in equal standards as compared to book written by international authors. You always did your best when trying to pull off different setting for each of your books. I rarely read Malay books, but I never missed to read yours :) If this book if to be adapted to some movie or drama series, IT IS A BIG YES
Selamat Tinggal Purnama. Purnama yang dimaksudkan adalah watak utama dalam novel ini yang diberi nama Latif Purnama. Seorang penyanyi terkenal di Nusaraya malah seantero dunia.
Dari seorang penghibur jalanan, dia diangkat menjadi seorang penyayi yang berbakat. Tulang belakang Latif Purnama sehingga dia dinobatkan sebagai penyayi ialah wartawan peribadinya,Shelby yang sering membuat liputan tentang dirinya ketika dijalanan. Berita tentang bakatnya ini akhirnya sampai ke pengetahuan sebuah syarikat rakaman Mawar Records milik Mawar.
Sepanjang dia bekerja dengan Mawar, dia seolah-oleh dipergunakan hanya kerana bakat dan popularitinya sahaja. Walaupun Mawar hanya bayar sedikit sahaja dan selebihnya atas usaha Latif sendiri, dia seperti terhutang budi dengan Mawar itu sendiri atas sebab-sebab tertentu dan hanya mengiyakan setiap perlakuan Mawar terhadap dirinya.
Disebalik kerjayanya sebagai seorang penyanyi terkenal, Latif juga sudah berkahwin dengan sahabatnya,Adda secara rahsia tanpa pengetahuan sahabat lain dan juga para peminatnya. Sehinggalah Adda disahkan keguguran, barulah Latif mengambil langkah untuk menguar-uarkan status dirinya.
Omar selaku sahabat Latif selama ini rupa-rupanya seorang yang hipokrit. Omar yang kononnya sangat menyokong apa yang Latif lakukan mempunyai agenda tersendiri untuk menjatuhkan Latif akibat hasad dengki yang sudah lama dipendam. Dia jugalah yang menyebabkan Adda keguguran. Malahan, Omar juga sanggup menipu peminatnya bahawa dia seorang doktor dan suaranya juga adalah satu penipuan.
Kisah ini membuka mata para pembaca bahawa dunia ini penuh dengan penipuan, desakan, para pengikut yang berlebih-lebihan dalam menyokong, penindasan terhadap sesuatu golongan dan lain-lain lagi.
Jika kalian sedang membaca buku strain pertama ini, teruskan dengan strain kedua untuk mengetahui apa yang berlaku terhadap Latif setelah mendapat tahu salah seorang peminatnya bunuh diri selepas tahu status dirinya.
Pada awal bab 1&2 banyak kali stop baca sbb rasa slow sgt. Berat pada aku. Bila masuk bab 3 mood dah on boleh baca laju. Rata-rata mesti kagum dgn dunia Nusaraya ciptaan penulis. Terutama ttg Kolar, satu jalur yg menentukan kasta seseorang di negara tu. Jalur di leher yg menyimpan kredit, mata wang kripto utk hidup. Wujud masyarakat dikelaskan ikut kasta, kekayaan, populariti, survive dgn cara yg pada aku satu penganiayaan buat manusia. Lagi aku kagum dgn ciptaan teknologi canggih dlm ni. ** Latif Purnama popularitinya menjadi satu fenomena di bibir masyarakat Nusaraya tapi popularitinya jugalah yg merenggut segala kebahagiaannya. Orang baik selalu jadi mangsa keadaan. Org sebaik LP tak sesuai hidup dlm sistem masyarakat Nusaraya yg penuh persaingan tak tercapai dek akal demi kelangsungan hidup. ** Buku ni buat aku terfikir ttg dunia glamour dr sudut yg paling hampir utk aku fahami. Bertunjangkan dgn dunia kapitalis. Dipergunakan, diperalatkan.. oleh syarikat rakaman sendiri. Sosok manusia yg dianugerahkan bakat namun dijadikan satu produk kilang demi keuntungan. ** Berakhirnya satu hal yg terbongkar mengenai persona palsu sahabat baik sendiri. Siapa lg mahu percaya jika orang plg rapat pun blh mengkhianati kwn sdri.Ada satu hal rasa something tak kena saat dialog Omar "...tapi kau pilih Adda utk jadi pasangan hidup kau" kenapa aku rasa terganggu dgn benda ni?? Omar, are you gay? Atau mental? Atau obses dgn LP?
Okay sejujurnya ni novel kedua karya Tema yang saya baca selepas KTDD dan saya letakkan expectation yang rendah untuk novel ini sebab saya kurang suka dengan KTDD.
Tapi surprisingly, saya berjaya menghabiskan buku ini lebih kurang dalam masa 3-4 jam sahaja! Walaupun terdapat beberapa perkara yang saya kurang gemar dengan penulisan Teme.
Buku ini mengisahkan tentang kehidupan Latif Purnama yang merupakan seorang anak seni yang sangat berjaya dalam kariernya. Dia diterima dengan sangat baik oleh masyarakat tetapi walaupun dia seorang penyanyi yang berjaya tapi saya sedikit geram apabila watak Latif ini seolah-olah membiarkan dirinya ditindas oleh agensi sendiri yang membuat keputusan untuk membayar hanya 5% sebagai royalti padahal Latif lah yang menaikkan keuntungan agensi tersebut.
Tolak satu bintang sebab saya kurang suka dengan permulaan buku ini.
SPOILER SPOILER SPOILER
Watak Omar dan Eric ni saya dah rasa ‘sesuatu’ dari awal pembacaan lagi tapi tak sangka lah betul rupanya salah satu daripada mereka yang menjadi antagonis bagi buku ini. Dan ‘dia’ ini wujud di dunia nyata ini.
Overall now saya faham kenapa Teme merupakan penulis yang sangat digilai ramai especially remaja.
Tak sangka ada plot twist setelah plot twist. Pada mulanya, saya berfikir tak mahu meneruskan untuk membaca sambungan di buku kedua. Tapi bila dah habis baca, eh rasa kena jugak baca sambungan. Banyak betul ye dugaan Latif ni. I would just simply tinggalkan Mawar Records if that happens to me , especially babak kat hospital tu, terserlah ye red flag pada Mawar time tu. And Latif should just terus terang kat Mawar je masa Mawar datang rumah tu, I dont know why dia boleh tiba-tiba tak jadi nak berterus terang, mungkin dia rasa sia-sia sebab dah tahu respons Mawar. Tapi, if Mawar still dengan sikap dia yang satu tu, should be Latif dah boleh decide apa yang dia kena lakukan, after all dia yang rasa perlu utamakan isteri dia, tapi entah tindakan dia macam seolah-olah pentingkan kerjaya dia. Tapi takpe, gonna continue read the second book, harap Latif lebih bijak la dalam membuat keputusan yang mendatang huhhu
The only buku Teme yang susah nak start reading. Permulaan yang agak rumit bagi sy. Banyak yang nak kena faham di awal cerita tu buat rasa berat sikit. Tapi bila dah pertengahan, you cant put it down. Betullah Teme kata ritu, Doktor Omar ni ramai dah sekarang. Scary. Haha. Till next one!
"Kerana usaha untuk membela pembohongan itu lebih payah dan lebih meletihkan daripada menjadi jujur"
Tengah sibuk dengan penulisan tesis, untuk menghilangkan rasa penat, aku pun capailah buku Selamat Tinggal Purnama: Strain Pertama karya @itsteme . Baru saja belek-belek dua tiga helai, sedar-sedar aku dah habis baca buku ni. Seperti biasa, Teme Abdullah selalu membuat pembaca tertanya-tanya sampailah 'terpaksa' habiskan pembacaan.
Buku ini berkisarkan tentang Latif Purnama, seorang selebriti yang cukup diminati oleh masyarakat terutamanya kaum hawa. Tak tahu kenapa nama-nama watak dalam buku ni tak berapa best. Macam nama-nama orang zaman dulu. Tetapi teknologi yang digunakan dalam buku ni sangat canggih seakan-akan 50 tahun akan datang. Siap ada cip seorang satu. Hologram bagai. Eh jauh betul imiginasi penulis ni.
Banyak rintangan yang Latif terpaksa harungi sebagai seorang penyanyi terkenal. Tapi dugaan paling berat datang dari tak disangka-sangka. Dan keluarlah kata-kata yang aku tulis di atas tu. Ayat tu saja di'bold'kan dalam buku ni.
Spoiler alert: korang terpaksa beli Selamat Tinggal Purnama: Strain Kedua. Kalau tak, korang menyesal. Serius ni.
Resensi Jujur: Selamat Tinggal Purnama Strain Pertama
Sinopsis ringkas: Buku ini mengisahkan tentang seorang penyanyi terkenal, Latif Purnama di zaman moden (sci-fi) dan "dark sides" menjadi "public figure". Tujuan buku ini ditulis bagi menyebarkan "awareness" berkenaan kesihatan mental dalam kalangan golongan artis yang menjadi sanjungan masyarakat.
Sejujurnya, saya amat kurang gemar dengan penulisan buku pertama kerana mungkin telah meletakkan ekspetasi tinggi terhadap penulisan Teme. Namun saya tetap meneruskan bacaan dengan berfikiran baik bahawa mungkin Teme sengaja membuatkan jalan cerita yang mendatar di buku pertama kerana "the best parts" di letakkan pada buku kedua.
Excellent life lessons. I got the message. How mess our life would be kalau hidup berpaksikan kehendak society, all those collar (hitam, putih, kelabu) macam kumpul dosa/pahala tapi bukan untuk tuhan tapi untuk mata masyarakat sekeliling.
For Latif Purnama, his character idk how to explain it, just naive? Terlalu baik? But yknow this kind of person exist in this cruel world. They deserve better.
Kinda bored with so much details that I skip so many parts. But I'll maybe read STP strain kedua since strain pertama ending tergantung.