Jump to ratings and reviews
Rate this book

Selamat Tinggal Purnama #2

Selamat Tinggal Purnama: Strain Kedua

Rate this book
Setelah mengejutkan peminatnya dengan pengumuman tergempar dahulu, Latif Purnama hilang daripada radar. Masyarakat tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Ada juga yang menyangka dia telah bersara.

Hampir setahun kemudian, tiba-tiba dia muncul semula dengan album baharu. Karya yang sedikit ganjil berbanding karya-karyanya sebelum ini. Karya yang membahayakan nyawanya.

*****

Chester Bennington, Sulli, Avicii, Goo Hara, Robin Williams, Kim Jonghyun, Marilyn Monroe dan Kurt Cobain. Kesemua selebriti terkenal ini ada satu persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu meragut nyawa dengan tangan sendiri.

“Such a waste of talent, achievements, popularity, and even wealth,” bisik hati aku.

Namun, aku tidak membuat konklusi. Aku cuba menyelami kehidupan mereka. Aku cuba fahami apa yang mereka lalui. Aku cuba melihat mental illness dari sudut yang berbeza; bukan semata-mata depresi. Lalu tanggapan aku berubah sepenuhnya. Maka, lahirlah buku ini.

293 pages, Paperback

First published March 27, 2020

26 people are currently reading
556 people want to read

About the author

Teme Abdullah

15 books3,302 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
616 (67%)
4 stars
225 (24%)
3 stars
64 (6%)
2 stars
7 (<1%)
1 star
4 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 166 reviews
Profile Image for Rainy Rose.
299 reviews32 followers
June 13, 2020
Aku dapat a lot of feelings once aku habis baca Selamat Tinggal Purnama ni. Mixed feelings orang kata. But mostly, I feel grief and sadness sebab realitinya kat luar sana, ramai yang jalan cerita hidup mereka lebih kurang dengan kisah dalam buku ni. We can stand beside someone who is hurting and broken and yet, we never know. That's why we need to be kind to each other. Strain kedua ni intense bagi aku. Aku banyak reflect once aku habis setiap satu bab dalam buku ni.

Pujian untuk penulis buat buku ini. Dan kepada penulis dan sesiapa yang membaca reviu ni, I pray that wherever you are, you are okay. Aku petikkan satu ayat penulis yang aku suka dalam Strain Kedua ni, "Hidup ni tak lama. Jadi, baik kita fokus pada yang betul-betul hargai kita, kan?".
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
July 27, 2020
Tutup buku dengan perasaan bergejolak dgn sejuta rasa.Lelah. Penat. Dengan semua storyline yg sgt2 berat. I'm lost my mind dgn pengakhiran Latif Purnama. Ada kecacatan dlm kepuasan.Walau satu dunia tahu akan kebenarannya.
**
Manusia saat dlm tekanan memuncak hilang pertimbangan. Saat LP terdesak ambil dadah disitu titik mula kemelut rumah tangganya bersama Adda dan anknya Pelangi serta kerjayanya, satu demi satu masalah timbul. Mula dr niat melunaskan tanggungjawab ketua keluarga. Berpunca dr tekanan kerja- dadah- berahsia dengan isteri. LP hilang semua sekaligus ranap sekelip mata
**
Rasa disiat-siat dgn konflik yg bertimpa2. Bab dua terakhir aku yakin Teme akn buat plot twist. Ya, aku berharap sebenar2 harap. Sbb tak mampu nk kawal rasa jika keputusan tu statik pd apa Wak Entel fikir akn solusi yg Latif nak buat.
**
Sangat timbulkan sakit hati dgn perangai Omar dan Mawar. Walau tahu dunia nyata manusia mcm ni wujud. Buku ni kenangkan aku dgn sisi gelap dunia Kpop yg mengerahkan tenaga artis mereka untuk keuntungan syarikat. Luahan idol ttg dunia mereka selama aku dgr pun dh sedih.Banyak kekayaan dikecapi byk juga pengorbanan digalas.LP mangsa keadaan. Korban kapitalis, korban hasad dengki, korban ketamakan orang, korban media dan korban pada namanya kemasyhuran.
**
Banyak part akhir-akhir jatuh rahang dgn plot twist tentang sosok Omar. Tentang dr kecil kisah Omar aka Bella. Suka penerangan tentang psikologi iaitu pesakit Psikopat byk input boleh bljr. Banyak kena selami orang psiko ni. Terima kasih Wak Entel, Eric,Musa dan Sinar Bustamin kerna kalian sahaja dunia Latif skrg. Maaf jika keterlaluan, nakkan Strain III dek tak move on dgn keadilan mcm tu buat Latif Purnama. Jika tak dpt tak apa, sebab hakikat hidup ini mana pernah ada adilnya.
Profile Image for Reen.
39 reviews4 followers
May 2, 2023
Masa zaman sekolah dulu, aku memang minat gila dengan generasi kedua K-pop. Banyak info tak penting yang aku hafal. Termasuk nama ahli kumpulan, biodata dan lirik lagu. Hebat bukan pengaruh K-pop zaman sekarang ni. Apa yang diorang buat semua orang nak ambik tahu. Sampai langsung tak ada privacy. Sama macam kehidupan Latif Purnama ni.


Buku kali ni lebih rencah dari segi emosi, tekanan dan kejutan. Latif kini tertekan dengan ugutan Mawar dan hubungan dengan Adda semakin kusut. Dia berusaha buat apa sahaja untuk memenuhi kehendak Mawar Records sehinggakan dia sanggup membinasakan diri sendiri..


Mawar Records memang menggambarkan sebenar-benar bahawa mereka itu pentingkan diri, rakus dan tamak, memang sama macam syarikat hiburan dekat Korea tu. Melalui sikap Mawar itu sendiri buatkan aku relate dengan apa yang tengah berlaku dekat Korea sana, sebab kenapa artis-artis tersebut terus tarik diri dan lari ke syarikat lain. Dulu tak tahu, sekarang dah tahu rupa-rupanya nak elak company macam ni la. 🤬



Watak Omar dengan Mawar memang buatkan aku mendidih. 😡 Sampai hati diorang buat Latif Purnama macam tu. Latif pula pasrah je dengan apa yang jadi. Rahsia sebenar Omar tu memang buatkan aku terkejut sangat. Macam tak expect dia jadi macam tu. 😧



Dulu, ingatkan jadi popular ni best. Ada ramai peminat, dapat layanan istimewa dan hidup mewah. Rupa-rupanya, semua tak menjamin kebahagian pun. Dari cerita Latif Purnama, aku nampak dia yang banyak menderita. Kali ni aku boleh relate cerita Latif dengan nama-nama artis yang Teme mention dekat belakang buku ni. Depression is not a joke.


Bagi aku ending just nice. Bila dah tak ada, baru orang nak sanjung, nak buat tugu peringatan. Bila masih hidup, orang nak pandang sebelah mata je pun tak nak. Itulah realiti kehidupan.
Profile Image for S.S..
274 reviews6 followers
February 16, 2021
To start with, kudos to the author for an interesting idea that succeeded to create two whole Malay-language fiction that lightly dipped their toes in the vast world of sci-fi. Keep up the effort!

Now I want to touch on some criticisms that I have regarding this book that hopefully can justify why I gave it a 1 star.

First let's talk about the writing.
– This author is so heavy-handed with his way of stressing how eeeeeevil Mawar is by explaining every single dialogue in which Mawar is trying to emotionally manipulate Latif. We get it. We're not that dense. Some subtlety would've been appreciated so that readers can come to their own conclusion instead of the interpretations forever being shoved down our throat after every single dialogue.
– Apparently in this world nobody has ever heard of PR. Reporters can ask anything that they want and the artists are all at their mercy. No one has ever heard of the fact that you can choose to filter the questions that are about to be asked so that the person conducting the press conference can always stay in charge and not be taken by surprise.

Next, let's move on to the characters, shall we? First, the MC–Latif Purnama.
– I get that Latif comes from a not-so-well-off background but shouldn't that make him at least be street-smart? He's waaaay too naïve for my liking.
– He is also the epitome of the clichéd Malay main characters that we usually see in 7pm dramas at TV3. Everyone can do basically whatever they want to him and he'll always think the best of them.., right until the final episode when for whatever reason suddenly he can't take it anymore and he'll finally take a stand but who knows why. All those episodes filled with manipulations by the 'evil' characters and he never did anything but at that final episode he conveniently decided enough is enough? I, like Shelby, am sick to death of this kind of characters.
– When crap hit the fan, Latif could've easily remedied all these by letting the truth out but he himself chose not to. And then he's feeling all sad and lonely because no one understands him? He deserves it, sorry. Good things only come with effort, and this includes good reputation. If you're willing to let people trample all over you in the name of friendship—or whatever else Latif claims to be the reason as to why he declined to reveal the truth—then you don't deserve to have a good reputation.

Next, let's go to his wife, DOCTOR Adda:
– Adda wanted a divorce because she could not stand a life in fame? Even though she got married to a famous person?? She also wanted to get a divorce without first trying to have a discussion with her husband about his addiction, which you know, makes me question the fact that she's a doctor but was not doing anything useful that can help his husband's addiction to drugs (not to mention the fact that she left the house because she's frustrated that he's taking drugs and oh no, he's no longer eating and sleeping together with her! The drugs, well, that sucks, but not sleeping and eating together?! That's a deal-breaker y'all nuh-uh 🙄 and she did not—not even once—visit him after that to have their talk that she said they would have once she's 'calmed down a little'). She also believed everything Omar told her without at least asking Latif's side of the story? Honestly I call BS to every single thing about this and I'd say good riddance for Latif's sake.

Okay I'll shorten this up since it's getting a bit too long so here's the last two people: Mawar and Omar, specifically their 'romantic' relationship:
– We found out about this relationship around the second half of the book so we only get to see very little of their 'romantic' interactions together. Despite this, somehow she's sooo madly in love with him at the end that she would transfer not just the majority of her credits but also every single credit from her company to him?? very very very very *very* unconvincing

In conclusion, I find this duology very flawed but it's still a very admirable effort from the author in trying to create a Malay fiction that does not have love as its main recipe. That's it from me, thank you for reading!

P/S: yes Shelby is my favourite character/the only character I could stand from this story
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sizarifalina.
268 reviews
May 8, 2020
2 jam. Habis. Mixed feelings. Menangis. Cerita yang mengandungi banyak pengajaran dan bermain dengan emosi. Antara hendak hidup dgn kekayaan tapi hidup kosong atau... Tahniah Teme! Naskah yang sangat bagus. Tersentap banyak kali jugak lah. Mungkin sebab ada bahagian yang 'so close to home'.
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
December 10, 2020
Watak Latif ini samada terlalu naif ataupun kurang bijak, rasanya yang kemudian itu adalah lebih tepat. Perkembangan watak yang tidak begitu menarik pada saya, kepasifan yang agak tidak realistik -- mungkin perlu untuk memastikan konflik yang diciptakan oleh penulis kepada watak utama ini terus berkembang -- kerana Latif dinyatakan sebagai seorang yang tidak berpendidikan tinggi dan menyebabkan dia mudah dimanipulsi. Tetapi watak Latif sememangnya adalah satu watak yang memenatkan untuk dibaca jalan hidupnya -- perwatakan yang boleh 'mengganggu' emosi ketika membacanya. Watak protagonis dengan kebaikan yang hanya 'membawa' kepada keburukan.

Pada satu tahap jalan cerita menjadi menjengkelkan pada saya disebabkan bagaimana keburukan watak-watak antagonis di dalam buku ini terlalu diterangkan dalam naratif yang cukup membuatkan kita menjadi sakit hati -- mungkin suatu teknik untuk membuatkan pembaca menjadi emosi. Tapi pada saya bukanlah satu cara penciptaan situasi dalam penulisan yang begitu menarik.

Latif juga paranoid barangkali dan overthinking juga, kerana berapa banyak kesulitan yang mampu dia selesaikan sebenarnya dengan komunikasi yang baik -- tetapi ini fiksi, tiada apa yang dapat dibuat pembaca melainkan hanya melemparkan diri ke dalam konflik sebegini dengan meneruskan pembacaan. Konflik yang berbentuk klisé juga pada saya dan suatu tipikal yang banyak dalam penulisan novel melayu.

Strain kedua ini lebih berat, dengan konflik yang dihadapi watak utama berduyun-duyun tiba. Yang pada saya membuatkan jalan cerita jadi datar dengan konflik berpanjangan, seterusnya menjadikan pembacaan sedikit membosankan tetapi dalam waktu yang sama sangat mencabar perasaan marah dan jengkel yang buat saya rasa ingin berhenti membaca terus.

Saya kurang gemar dengan jalan cerita yang mengidealkan (romanticising), kebaikan yang melampau -- bukan, bukan kebaikan yang melampau kerana kebaikan tidak ada had, tapi kepada bagaimana kebaikan digunakan sebagai 'alasan' yang membiarkan manipulasi orang kepada seseorang individu. Walhal salah satu cara untuk memastikan kebaikan akan terus hidup adalah dengan tidak membiarkannya dipergunakan ataupun dimanipulasi, yang sehingga pada akhirnya kebaikan lah yang 'mengizinkan' keburukan itu untuk terjadi. Mungkin penulis tidak berniat sedemikian, tetapi inilah apa yang saya dapat melalui pembacaan buku strain kedua ni, dan saya melihat kecenderungan penulis dalam menciptakan watak-wataknya dengan perwatakan sebegini, mungkin boleh diubah atau cipta perkembangan watak baharu untuk penulisan masa akan datang.

Saya tidak akan membuat ringkasan cerita untuk buku ini, hanya ingin memberitahu plot twist yang menarik di hujung cerita. Ter'salvage' lah juga sakit dan kejengkelan hati ini.

______


Jika apa yang berlaku pada Latif ialah sebuah realiti, dan andai kita ingin mencari punca kepada kehancuran hidup Latif, kebanyakkannya adalah disebabkan oleh diri Latif sendiri sebelum kepada sesiapa yang lain.

______


Jika ada gangguan kesihatan mental buruk yang mampu memudaratkan; adakah wujud kebaikan yang berupa suatu jenis gangguan kesihatan mental juga yang turut sama memudaratkan.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
September 6, 2021
Saya suka watak Shelby.

Kemaskini (6/9/2021)

Fiksyen yang menggunakan social ranking system sebagai latar memang menarik untuk dibaca/ditonton. Banyak kebarangkalian yang boleh diteroka, yang mana boleh menjadikan satu-satu cerita itu sangat wow dan boleh juga sebaliknya.

Baiknya cerita sebegini adalah kerana ia boleh dijadikan sindiran kepada pentaksub kuasa dan status. Kita juga akan lihat, penggunaan sistem hierarki dalam masyarakat memberi lebih banyak kesan buruk daripada baik.

Saya ada sebutkan tentang watak serta perwatakan dan gaya penulisan Teme dalam ulasan-ulasan sebelum ini. Teme terlalu banyak idea yang hendak dikongsi (kadang-kadang berulang, adakalanya perkara yang tak perlu) membuatkan elemen penting tadi terabai.

Saya teringat pesan Puan Nisah Haron (video di FB Secangkir Kopi Jam 10). Kata beliau, penulisan itu perlu jitu, jimat dan jelas. Saya percaya kalau Teme sunting semula, pangkas ayat-ayat berulang, cantas naratif-naratif omnipoten, buang elipsis krik-krik, mungkin hasilnya akan lebih baik. Malah dua jilid buku STP ini mungkin boleh digabung menjadi satu.
Profile Image for Iza B. Aziz.
222 reviews29 followers
November 22, 2023
Editor tak buat kerja ke? IMAN buat apa yer? Ayat quotes kenapa print macam nak rabun mata membaca. Takde ke orang nak semak penulisan writer ni. Buku 1 dan 2 takde perbezaan langsung.
Profile Image for Izatul Hidayati.
46 reviews
December 26, 2021

My heart just sank. Ya Allah what a heartbreaking journey.

Tahu apa lagi sedih? Bila semua yang diceritakan dalam buku ini sebenarnya benar-benar terjadi di realiti. Nyawa-nyawa mereka yang terbang angkara mulut manusia, beratnya fitnah dan tohmahan dunia pada mereka.

Saya terpikir, andai saja manusia bersikap lebih empati dan memahami. Andai saja manusia lebih berperikemanusiaan dan tidak mengambil kesempatan. Andai saja kita menghulurkan tangan pada mereka yang jatuh. Mungkin mereka semua masih di sini.

Sayangnya, manusia hanya menyesal setelah terlambat. Apabila nasi sudah pun menjadi bubur. Itulah lumrah manusia. Perit untuk ditelan, tetapi itulah realiti dunia.

Empati dan rasa kasih. Saling menyokong. Itulah yang diperlukan setiap manusia. Bukan gemerlapan dunia.

My heart breaks thinking about those people that had to go through these throughout life. If only, we can just stop and help them.

Jadilah seorang insan yang penuh kasih dan sayang, yang penuh kelembutan dan ihsan. Jadilah manusia yang penuh dengan empati dan simpati. Sayangilah semua orang dan bantulah mereka yang memerlukan bantuan kita. They need it.

Dan untuk mereka di luar sana, yang mengalami peritnya hidup seorang 'Purnama', semoga sentiasa diberi kekuatan untuk bangkit dan mencari tempat berteduh kelak. Kuat untuk mencari tempat meluah segalanya dan kuat menyelurusi kehidupan. Find your Pelangi.

Semoga insan-insan yang pergi dengan pengakhiran tragik sebegini, kekal dalam rahmatNya.

Dan ingat. There is always two sides of a story. Janganlah kita menjadi hakim yang terlalu ringan untuk menghukum. Kita bukan hakim mahupun Tuhan.

Jangan lah mengharapkan kesempurnaan dari orang lain kerana pada akhirnya, kita hanya manusia yang tak lari dari alpa dan dosa.
Profile Image for Fyna.
64 reviews5 followers
July 11, 2024
“Hidup ni tak lama. Jadi, baik kita fokus pada yang betul-betul hargai kita, kan?”

“Betullah kata orang, di sebalik mendung awan, pasti ada sisi bercahaya. Di sebalik musibah yang menimpa, pasti ada hikmahnya.”
________________________________________________

Realiti seorang public figure bukanlah semanis yang disangka. Banyak rintangan dan halangan yang perlu ditelan seorang diri. Kadang-kadang ia juga boleh memakan diri sendiri. Itulah apa yang harus Latif Purnama alami apabila menjadi seorang pengkarya serta seniman yang diagungkan oleh seluruh Kota Nusaraya, bahkan dikenali seantero dunia. Setiap tingkah laku perlu dijaga dan mesti kelihatan sempurna agar dihindari daripada dikritik dan dicaci oleh masyarakat. Tetapi adakah mereka lupa bahawa selebriti terkenal itu juga hanyalah manusia biasa?

Strain kedua ni buat dada saya berombak-ombak ketika membaca berbanding strain pertama kerana segala tohmahan dan fitnah yang diterima oleh Latif sangat-sangat menyayat hati, walhal beliau hanyalah seorang seniman yang sifatnya tulus dalam berkarya dan hanya mahu membuat peminatnya gembira sahaja.

Cuma kan… saya cam tak puas hati sikit dengan ending dia sebab macam ada plot hole sikit. Saya perlukan beberapa explanation tentang apa yang sebenarnya terjadi pada certain watak sampingan dalam buku ni sebab macam agak tergantung. Tapi apapun karya Teme tak pernah mengecewakan dan banyak quotes yang boleh relate dalam kehidupan seharian 👍🏻
Profile Image for Safa Safwan.
99 reviews26 followers
June 11, 2020
Tema mental illness yang di perspektifkan mengikut acuan kreatif seorang penulis berbakat seperti Teme perlu di berikan pujian yang selayaknya.

Ini bukanlah penulisan Teme yang pertama yang menjemput sebak dan genangan air mata pembaca seperti saya.

Cuma yang istimewanya kali ini, Teme telah mencarik emosi seorang manusia normal ke dunia manusia abnormal yang luar biasa penghayatannya. Entah berapa banyak pembacaan, pemerhatian, kajian serta pengalaman peribadi yang Teme alami dan santuni untuk hasilkan penulisan sebegini.

Sudah tentu ada bahagian-bahagian babak penulisan yang datang dari imaginasi dan mimpi kerana ia adalah sebuah buku bergenre fiksyen.

Namun, sebagai seorang pembaca karya dan juga pengikut yang mengikuti rapat perkembangan Teme di medsos, saya cuba memahami gaya bahasa dan jalan cerita yang tersirat dan tersurat dalam #SelamatTinggalPurnama (Strain I dan II) ini.

Strain II:

i) Melunaskan tanggungjawab; halal dan haram adalah jelas di sisi agama.

– Atas dasar rasa tanggungjawab dan sayang pada si isteri dan anak, Latif Purnama tidak mahu berterus-terang kerana bimbang akan menerbitkan rasa risau pada isteri dan anak kecilnya. Namun itulah antara punca utama yang mengundang konflik-konflik lain untuk hadir dalam cuaca rumahtangga.

Seorang ketua keluarga perlu berterus terang dan punyai keberanian untuk berhadapan dengan realiti; ekonomi, sosial, mental, fizikal yang terjejas… berkomunikasilah dengan telus supaya tidak mendatangkan syak dan wasangka.

ii) Iblis bertopeng kapitalis

– Babak-babak yang melibatkan Latif Purnama dan majikannya Sinar Mawar memang meletihkan. Entah kenapa, saya menerawang jauh mengingati beberapa berita dunia Kpop yang pernah dibaca suatu masa dahulu. Tentang syarat-syarat tak masuk akal yang ditetapkan oleh VIP syarikat rakaman gergasi di Korea Selatan terhadap artis rakaman mereka. Psikologi dan fizikal di kongkong dan di perkotak-katikkan sesuka hati. Sejak bergelar trainee hingga debute di atas pentas Inkigayo, mereka tidak boleh membantah, hanya perlu menurut perintah.

Janji jualan album perlu pecah rekod, lagi laku album, lagi teruk kena kerja kuat. Lagi banyak hasil dapat bermakna tiada istilah rehat. Kemasyhuran artis dapat, tapi yang berseronok menumpang masyhur dan bakat lebih hebat merancang muslihat. Kita mungkin kata, “siapa suruh cari pasal dan menjerat diri masuk dunia hiburan”. Hakikatnya, hanya rakyat Korea Selatan yang mengerti kenapa hedonisme itu yang mereka cari dan ikuti. Sepertimana mereka tidak faham kenapa rakyat Malaysia mudah terjebak dengan MLM dan beli produk sampah untuk harm diri sendiri.🤷🏻‍♀️

iii) Psikopat; insan yang jiwa dan emosinya tersakiti hingga tidak mahu mendepani realiti lalu memanipulasi emosi sendiri.

– Ini adalah antara elemen kejutan yang sangat menarik dalam penulisan Teme kali ini. Mendalami jiwa insan-insan yang terluka emotionally, physically and spiritually. Di mana pada masa yang sama Latif Purnama yang ada semua kategori luka itu masih mampu mendukung sifat empati dan simpati. Masih gagah dan gigih dia bertahan mencari solusi dengan berdiam diri dan menyendiri.
Banyak ilmu baru tentang psikologi manusia yang saya pelajari dan baru ketahui dari penceritaan STP Strain II ini.

Antara kasihan dan sakit hati, antara persahabatan dan pengkhianatan, antara kejujuran dan penipuan, antara karya dan cinta, antara kenyataan dan kepalsuan. Setiap satu darinya di rungkai dengan jelas tanpa prejudis.

Saya yakin, akan ada strain yang seterusnya. Cantuman vinyl di kulit buku masih belum sempurna dan pemergian Latif Purnama masih "belum cukup diraikan" di pengakhiran cerita 😉

#safaread
#selamattinggalpurnama
Profile Image for Atul_reads .
190 reviews12 followers
May 8, 2021
Karya Teme yang Atul baca buat kali pertama ini mengangkat isu kesihatan mental. Sungguh, tidak mudah untuk menyelami apa yang dirasakan oleh mereka yang terkesan jiwa dan mental akibat kemasyuran yang didatangkan sekali dengan dengki, dendam, gosip dan dll. Sebagai rakyat marhaen, jalan terbaik bagi kita adalah bersimpati dengan nasib mereka dan cuba memahami tanpa menjatuhkan hukum.

Secara jujurnya tiada jumlah bintang yang dapat mengambarkan betapa Atul amat mengemari siri ini. Begitu sentimental dan bercampur baur perasaan ini. Kerap kali juga Atul terasa seperti hendak membaling buku-buku ini ke lantai dan lekas-lekas mengambil serta memeluknya semula😭. Mental memang kena kuat untuk meneruskan pembacaan kerana watak-watak utamanya yang betul-betul menguji kesabaran😩.

Jalan cerita yang mengejutkan! 😮 Atul langsung tak terfikir boleh jadi begitu sekali. Bila kita ingat perkara itu sudah selesai, tiba-tiba didatangkan lagi dengan hal-hal yang memeritkan. Air mata ini memang tak payah tanya lah, mengalir dengan derasnya😭

Atul suka gaya penulisan Teme yang kaya dengan nasihat nan lembut sebab memang boleh nampak selikkan teguran sepanjang penceritaan. Bagi Atul kewujudan siri seperti #selamattinggalpurnama ini penting untuk dibaca kerana banyak sekali isu-isu berbangkit yang wajar diberikan penekanan untuk mendidik masyarakat agar menjadi insan bertanggungjawab serta tahu membezakan apa yang benar dan salah kerana kesannya amatlah dasyat.

Apa yang dapat Atul katakan adalah penganiayaan dan penindasan terbesar kepada diri sendiri adalah apabila kita membiarkan diri diperkotak katikkan demi menjaga air muka individu lain.☝

Bagi sesiapa yang berniat untuk membaca buku-buku ini, silalah baca terlebih dahulu ulasan buku agar mental lebih tersedia. 🙏
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
October 9, 2020
[110-2020]

#SelamatTinggalPurnama #StrainKedua #TemeAbdullah

Ingatkan Strain Pertama dah cukup bermain dengan emosi, rupanya penulis gandakan lagi pada Strain Kedua. Allahu... Hampir pengsan saya membaca naskhah kedua ini. Hahaha...

Untuk Strain Kedua, kehidupan Latif makin meruncing apabila satu demi satu kebahagiaannya ditarik pergi. Permainan fitnah makin bermaharajalela hingga membuatkan Latif memikir kematian sebagai penyelesaian. Jadi, apakah Latif benar-benar menginginkan kematian? Atau akan ada 'sinar' buat seorang Latif Purnama?

Keseluruhannya, Strain Kedua ini berjaya membuatkan emosi saya tidak sekata seperti biasanya. Kadang kala terasa Latif terlalu dungu, kadang jatuh kasihan melihat apa yang dihadapi Latif. Namun... Balasan yang diberikan kepada mereka yang cuba menjatuhkan Latif sangat wajar, terutama 'rakan karib' sendiri. Adakah naskhah ini akan punya kesinambungan pada tahun hadapan? Saya mengharapkan jawapan penulis adalah 'ya'. Gitu. Tahniah buat Teme Abdullah!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
December 20, 2022
Pergh!! Berkecamuk fikiran dan perasaan bila baca buku kedua ini.. Tak tahu nak rasa apa.. Tahniah untuk penulis kerana berjaya menyampaikan emosi Latif pada saya..
Profile Image for Kdjxh.
108 reviews4 followers
August 8, 2020
THIS IS IT. THIS IS TRULY TEME'S.

Bermacam perasaan datang bila baca strain kedua ni. Menangis sudah tentu. Sesak nafas dengan dugaan yang melanda Latif. Mengharungi bermacam dugaan sendirian tanpa keluarga tanpa kawan memang menyesakkan.

"Sekejap je lagi, Wak. Lepas ni, Wak tak perlu jaga saya dah. Pejam celik, pejam celik... Semua derita ini akan hilang."

😭😭😭😭😭

Latif Purnama 'mati' dibunuh media.

Congrats Teme Abdullah! 🎂
Profile Image for Atirah Ghazali.
75 reviews2 followers
September 17, 2020
Mixed feeling. Geram, marah, sedih, terkilan semua ada. Mungkinkah ini realiti yang terpaksa dihadapi oleh orang seperti Latif Purnama? Sakit hati bila baca cerita macam ni tapi lebih menyakitkan bila memikirkan ianya sebahagian daripada realiti kehidupan. Fitnah, menjaja keburukan orang, mengambil kesempatan terhadap orang lain adalah apa yang berlaku saban hari. Yang diatas memijak yang dibawah. Yang berkuasa menindas yang lemah.

Kata penulis, "Karya seseorang pengkarya itu akan betul-betul hidup selepas kematiannya." Ayat ni buat aku teringat Seniman Agung Negara, P. Ramlee. Apapun ending dia mampu buat aku tersenyum lega.
Profile Image for Tina Wankama.
5 reviews
August 16, 2020
Okay. Wow. Penat betul baca but here I am! Habis pun!

What can I say. This sequel is much much better than its predecessor. The plot is very well-developed and nicely written in this one. I still think it should've been made into just one book instead of two but whatever.

Somewhere in the book during my reading, I was having this extreme hopelessness. I felt like I was watching LP making his way through a huge maze and LP was made to walk deeper and deeper and the maze got bigger and so complicated that I, myself as a reader who's watching everything from above felt so hopeless. But the author did a great job at guiding LP through the maze and finally get him to an open field and be free to finally live his life.

There were some few chapters where I could really feel the rush of emotions; sadness, rage, hopelessness, suffering, everything. They are all well-portrayed by the author, so much that at some point I just had to stop reading for a few days but still took the book with me wherever I went. I just didn't have the courage to continue my reading during those stressful moments. This time, I really do care so much about LP compared to what I felt about him in the first book.

AND LOOK AT THAT ENDING! It's the kind of ending that'd easily satisfy everyone. It's not always great to have all things going your way but I think it's the kind that's much needed in this one. And very much deserved too. That's just perfect for me. Seriously. It couldn't have been written any better. Everyone gets what they deserve. Especially LP, he deserves the ending. I couldn't be happier for him.

The message in the book is very clear and easily understandable. It opens up lesser-known stories from behind the stage life of entertainers, artists, celebrities and public figures. The struggle to please and entertain people, the struggle to maintain good profile and personality, the struggle to live with limited privacy, the struggle to breathe when everyone expects you to be perfect at all times. The emotional burden is just too big but all we see is plain entertainment. Nothing more. We never really cared about their personal lives and mental wellbeing. How the world has changed so much what with all the modern technologies and social networks. It's actually a scary world we're living in.

Anyways, big applause to the author for such a unique and eye-opening story. Would really recommend this to those who haven't read.
Profile Image for waceed.
111 reviews
April 1, 2025
❗️BUKU UNTUK DIJUAL❗️

Perasaan bila baca buku ini naik turun. Tak tahan dengan sikap orang yang dengki terhadap kejayaan Latif. Tak tahan dengan sikap orang yang ambil kesempatan atas kebaikan Latif dan bolot semua hak Latif. Tak tahan dengan sikap terlampau baik Latif sampai orang sekelilingnya berani pijak kepalanya. Hinggakan Latif merana dan menderita sampai membuat keputusan yang mengejutkan. Betullah, manusia tetap manusia. Bukannya robot yang tiada perasaan. Tak kisahlah selebriti atau tidak, manusia masih ada hak atas privasi mereka masing-masing. Tak perlu teknologi sebegitu canggih seperti dalam cerita ini untuk berikan persepsi buruk terhadap seseorang. Dunia sekarang sahaja sudah ada platform yang boleh berikan persepsi masing-masing. Terpulang pada diri sendiri mahu melibatkan diri atau tak. Tapi apa yang saya dapat daripada cerita ini;
sejauh mana pun kita rasa seseorang itu buat salah, kita tiada hak untuk hukum dia sebab semua manusia dalam dunia ini buat kesalahan. Cukup sekadar kita muhasabah diri untuk tidak buat kesalahan itu. Lagi satu, tak boleh terlampau baik sampai orang boleh pijak kepala. Itu sahaja.

Love,
🌝

edited;
Tak tahu kenapa tapi kisah dalam buku ini macam drama korea tajuk “Chicago Typewriter”. Cuma bezanya dalam ini lebih kepada realiti dan drama itu berkait dengan kehidupan lampau. Satu lagi, watak utama buku ini seorang penyanyi tapi dalam drama itu watak utamanya seorang penulis buku. Pendapat saya cuma tekanan seorang selebriti (dalam buku dan drama) yang dialami itu lebih kurang sama. Rajin-rajin tu tengoklah🌝.

edited 2.0;
kalau nak feel lebih tentang macam mana netizen boleh menghukum, boleh tengok kdrama tajuk “The Devil Judge”. Dalam drama tu takdelah pakai rantai macam mana dalam buku ini. Tapi, ada satu keistimewaan cerita ini yang saya rasa lebih kurang sama dengan buku ini. Dalam cerita ini, ada ‘perbicaraan awam’ iaitu hakim buat perbicaraan secara ‘live’ yang disaksikan oleh orang awam sekaligus minta orang awam untuk ‘vote’ hukuman untuk yang tertuduh. Selamat membaca dan menonton!
Profile Image for N.F. Afrina.
Author 3 books856 followers
August 14, 2020
Let me tell you how this series felt like. It's like Teme crafted a pair of shoes belonging to a famous superstar and shoved it into my feet because get it? You finally understand how it feels like to be in their shoes. You understand the reason they rebelled, lashed out and ride on private jets, have big mansions.

Because the more famous and rich you get, the higher the price of peace and sanity becomes. It's a linear relationship.

The story sets in a dystopian Malaysia, renamed as Nusaraya, where you must collect "credits" to be worthy enough to stay alive. Criminals and bankrupt people would immediately die if their credit turns to zero. Both poverty and people's perception on you can rob the credit from your necklace, a device you have since you were born. It's super interesting that Teme equalizes perception with money, because that is how it literally feels at times.

Latif Purnama is the hottest singer in his era. But he is naive and raw. His own music record company, Mawar Records, is using him for profit, giving him only a tiny percentage of his own music. Following his perspective, we understand why celebrities get so angry when their personal life is invaded. Have you ever imagined yourself being stalked into you own home? Have you ever imagined people speculating your lazy clothes and not being able to buy milk at the grocery store without answering 100 questions from fans and papparazi?

The ending almost made me so disappointed. I usually don't fall for that kind of ending but I did this time, hence the 5 stars.
Profile Image for Vamp.
5 reviews
June 7, 2020
Ending yang baik. Kalau ending dia Latif mati memang aku campak buku ni 🤣. Tapi satu je aku tak jumpa dalam karya teme kalini, ‘quotes’. Ada memang ada, tapi ntahlah mungkin aku terlampau berharap teme selitkan something yang bakar semangat aku. Mungkin sedikit tentang dakwah? Tapi takpelah, aku yakin kalau ada strain ketiga, teme akan selitkan semua tu. Sebab ni baru permulaan cerita Purnama right? 😔🥺
Profile Image for Izzati Aisyah.
263 reviews40 followers
November 19, 2020
Ehhh, Latif 'mati ke? Ehhh, tak. Media je yang 'bunuh' dia.

Teme!!! Aku tak tahu nak rasa apa setelah tamat pembacaan STP Strain II ni. Semua rasa ada, dan di beberapa bab pengakhiran, air mata mengalir tanpa diduga. Dari strain pertama tu timbul rasa sebak je dgn nasib yang menimpa Latif, masuk strain kedua terus banjir. Pedih je rasa hati. Bila Latif buat keputusan untuk ambil benda tu, aku sangat2 kecewa. Sampai terpaksa stop bacaan kejap. Tenangkan diri. Dan lama2 aku jadi tambah2 kesian kat dia.

Dengan tekanan dari Mawar, hasad dengki Omar, media yang tak sudah2 menekan dengan soalan-soalan provokasi. Aku rasa nak menjeritttt je. Why buat Latif macam tu? 😭 Latif tak buat salah apa pun. Hati orang kalau boleh semua nak dijaga.

Tapi aku suka dengan ayat Latif: 'Hidup ni tak lama. Jadi, baik kita fokus pada yang betul-betul hargai kita, kan?'

I hope kisah ni ada sambungan lagi. Mungkin? Tak menyesal beli STP walaupun saya dikira lambat mengenali Teme dan baru mengumpul karya2nya.
Profile Image for Nurul Tasneem.
177 reviews7 followers
July 16, 2023
Tak sangka storyline untuk strain kedua seberat ini. Fuh rasa macam nak baling je buku sebab terlampau menghayati haha. Umpama menaiki roller coaster lagaknya. Besar betul dugaan yang dilalui Latif Purnama😭😭😭
Profile Image for Mohamad Nasrul.
194 reviews5 followers
February 14, 2021
Selamat Tinggal Purnama
Teme Abdullah
Iman Publication

Latar masa : Futuristik
Latar tempat : Nusaraya

STP mengangkat tentang kisah kehidupan seorang penyanyi terkenal serta ranjau berliku yang dilaluinya serta lebih membuka mata pembaca tentang kesihatan mental terutamanya depresi dan psikopat.

Novel STP terbahagi kepada 2 : Strain Pertama dan Strain Kedua.

Penceritaan Strain Pertama pada awalnya agak perlahan dan sedikit mendatar, mungkin kerana penulis lebih banyak menceritakan latar belakang tempat dan suasana yang ingin beliau lanjutkan nanti. Latar suasana yang dipaparkan dalam STP menceritakan tentang zaman masa depan - manusia menggunakan jalur kolar kredit untuk kekal hidup. Hitam - manusia yang kurang berkemampuan. Semakin banyak kredit, semakin berubah warna jalur tersebut. Kilauan berlian merupakan warna yang tertinggi yang mampu dimiliki oleh manusia pada masa itu.

Latif - seorang penyanyi yang sangat terkenal bernaung di bawah label Mawar Records. Dia mempunyai sahabat rapat - Omar, Adda, Eric dan Musa. Strain Pertama memfokuskan karier nyanyian Latif yang memuncak sehingga tersebar ke seluruh dunia. Dalam masa yang sama, salah seorang sahabatnya diketahui mempunyai persona palsu dan menipu demi kerjaya. Di pengakhiran Strain Pertama, sebuah pengumuman yang dibuat oleh Latif, sedikit menggemparkan kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi terkenal.

Strain Kedua yang dibawakan oleh penulis mengocak kedua-dua emosi sedih dan amarah dalam jiwa saya sebagai pembaca.

Latif sebagai watak utama diuji dengan pelbagai masalah - melibatkan keluarga dan kerjaya. Ditekan oleh sang kapitalis, kawan yang semakin menjauh, media yang memburuk-burukkan nama beliau , Latif seolah-olah keseorangan dalam menghadapi seluruh pancaroba kehidupan ketika itu.

Penulis bijak mengolah babak demi babak serta memberi rasa tidak senang duduk dengan segala yang menimpa Latif. Pengakhiran yang tidak dijangka juga menang memberi impak yang besar pada keseluruhan cerita. Pada pendapat saya, penulis perlu mengurangkan '...' dalam menggambarkan jeda, sunyi atau diam (dibaca: speechless) pada sesuatu watak.

Such a page-turner story.
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
June 25, 2023
Okay ingatkan Latif ni sedar tentang punca segala permasalahan dia. Turns out dia continue dengan sikap dia yang tak nak berterus terang tu. Geram pulak haih, tak berterus terang tu satu, then decide continue ambil pil, tak nak pergi hospital sebab takut nama kawan terjejas. Ayyo Latif, berapa lama sangat dapat sembunyikan realiti pengambilan dadah tu ha, even stop pergi hospital pun, nama kawan dah boleh terpalit, sebab dah ada pertanyaan berkenaan pengambilan dadah dah pun dari media kat hospital, ayyo.


Tapi terkejut ye pasal masalah Omar tu, rupanya ianya lebih serius huhhu. But idk why people keep percaya Omar padahal elok je dia buat conference lols. Latif yang tak terurus tu orang ingat okay, tapi Omar yang relaks buat conference orang ingat tak okay.


And sangat pelik ye all this while Latif kena kecam ni, Eric dengan Musa seolah-olah macam tak contact langsung Latif. Tak lama tu muncul babak Eric bela Omar dan Musa macam suspicious dengan Omar. Eric mungkin tak contact Latif sebab prasangka dia, but Musa? Dan sebagai kawan, kenapa tak tanya and confirmkan dulu dengan tuan punya badan tapi decide terus percaya pada media.



So akan ada buku ketiga? Since Latif masih hidup, dan kisah wartawan Shelby pun takde penjelasan secara details. Tbh, I was expecting Latif bangun untuk tuntut keadilan untuk kematian Shelby, if betul lah wartawan yang mati tu adalah Shelby. Pelik jugak Latif tak buat apa-apa padahal dia dah anggap Shelby tu macam kakak dia. Dan takde berita pun tentang Omar after berita kematian wartawan tu, dua probability je samada Shelby tak mati lagi or cerita details tentang Omar akan dijelaskan di buku ketiga. And there is no details pengakhiran ‘cinta’ Mawar dan Omar. Tup tup Mawar jadi penyanyi jalanan.


Takpe lah, kita tunggu buku ketiga. Ingat kurang la geram bila baca buku kedua, eh eh lagi geram pulak baca kedua ni dari buku pertama hahha. Okay cukup la sampai di situ, gigih pulak menaip panjang hahha
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Balqissyamsul19.
33 reviews
June 30, 2024
Jasad tiada tinggallah nama,
Penghujung derita tersimpan kemas,
Damailah disana Latif Purnama,
Tenang setelah dihanyut lemas.


Untuk stp 2.. Jauh disudut hati.. Penamat yang baik..
Penuh dengan emosi sayu,sedih,tangisan,geram... Mampu membuatkan pembaca menangis bila membaca dan menghayati setiap cerita dengan sepenuh hati.

Untuk Teme.. Tahniah.. Penceritaan yang menarik dan dekat dengan hati, susunan plot yang baik dan indah, gabungan emosi yang mantap, penyampaian yang mudah difahami..


Pandangan tentang STP 2.. sebagai pembaca yang menangis teresak-esak hanya kerana watak utama mati adalah satu pencapaian bg sebuah buku dan penyampaian cerita adalah tiptop.. Cerita yang buatkan saya sebagai pembaca mendalami dan sangat rasa dengan apa yang dialami Latif.. Sakit, tekanan emosi, tekanan sekeliling..

Latif seorang sosok yang sangat kuat.. Menghadapi kehidupan yang mencabar.. Walaupun memilih dengan mengakhiri hidup sendiri. Kesian dia😔 Dia hilang segala-galanya.. Tekanan sekeliling yang buatkan dia rasa kosong.

Kita dapat lihat dari STP 2 ni.. seseorang akan buat keputusan di luar kehendak bila tiada orang untuk support.. Tiada lagi isteri yang mendokongnya.. Tiada lagi sahabat yang memberi semangat.. Tiada lagi peminat yang memandang dengan positif.. itu semua tekanan sekeliling.. In real life pun.. support system sangat penting..

Last but not least.. Dunia yang penuh dengan glamour.. Dunia yang penuh dengan publisiti.. Apa dunia sekalipun yang diri kita pilih, bila kita memilih untuk ceburi dunia tersebut maka diri kita juga bertanggungjawab penuh untuk menerima baik dan buruknya. Kita bertanggungjawab untuk pastikan diri kita baik-baik sahaja.. Jangan terlalu memendam.. Carilah erti kehidupan dengan baik dan be yourself ;)
Profile Image for Norhana.
25 reviews
June 12, 2020
Selesai sudah membaca siri Selamat Tinggal Purnama. Meninggalkan rasa sedih, geram dan terkilan bercampur-baur. Menitis air mata ketika membacanya. Betapa mahalnya harga kebebasan yang perlu Latif bayar, setelah dirinya popular dan dimiliki para peminat. Setiap gerak-geri diperhatikan. Sedikit kesalahan boleh menjadi tajuk berita di Bread. Betapa Latif dipergunakan, diperah hasil titik peluhnya. Betapa kejam dunia hiburan pada Latif, sedangkan Latif begitu ikhlas menjadi anak seni. Tekanan mula dirasai. Hidup Latif dihujung tanduk.
Mujur ada Wak Entel yang begitu setia bersama Latif.

Kawan yang selama ini dianggap sebagai darah daging sendiri, sanggup menikam dari belakang. Memang tidak dijangka semuanya kerana kepopularitian yang dikejar. Akhirnya segala-galanya dibongkarkan. Tapi Latif tetap kehilangan separuh daripada hidupnya. Betapa besarnya persepsi masyarakat hingga mampu 'membunuh'. Sedih, membaca kisah hidup Latif Purnama. Insan seni yang begitu komited untuk menghiburkan para peminat. Insan seni yang hanya dihargai apabila ketiadaannya.

Terima kasih Teme kerana sekali lagi berjaya membawakan naskah yang baik buat para pembaca. Terima kasih kerana membuka mata kami, disebalik kejayaan anak seni. Sewaktu membaca siri ini, saya terbayangkan Chester Bennington dan beberapa artis yang mengalami nasib yang serupa. Memang menyedihkan hidup sebagai artis walaupun dilimpahkan kepopularitian.
Hanya satu yang perlu kita pelajari, anak seni juga merupakan manusia biasa. Mereka juga ada hati dan perasaan. Semoga tidak ada lagi kes seperti Latif Purnama yang terjadi di kalangan anak seni.
Profile Image for tengkusitihasmah.
85 reviews47 followers
August 12, 2021
Okay.

Sama seperti Strain Pertama, Latiff masih lagi naif. Haha. Dengan apa Omar dah buat pada dia, masih nak pertahankan.

Apa yang saya tak suka dengan sikap Latiff ialah bila dia memutuskan untuk menjadi penyanyi balik dan siapkan album dalam satu bulan. Andai kata dari awal dia jelaskan pada Adda tentang notis keluar rumah dan juga sikap Mawar, banyak masalah yang boleh dielakkan.

Sepatutnya Latif dah boleh agak bila dia berhenti jadi penyanyi dengan Mawar Records, dah mesti mesti “privilege” yang Mawar Records bagi akan ditarik balik. Patut dia usahakanlah cari rumah lain. Ini tak, duduk rumah makan petik gitar sampai berat badan naik haha.

Dr Adda ni satu lagi. Suami dalam masalah cuba dekati awal-awal. Ini dah teruk baru nak duduk bertentang 4 mata berbincang. Dah la tu, percayakan si Omar pulak.

Identiti sebenar si Omar sebagai psikopat ni menarik. Andai kata penulis ceritakan POV Omar masa dia membunuh Shelby mesti best. Adalah thriler sikit.

Ending dia pon bagi saya kurang impak. Part pendedahan tu kalau la kita dapat tahu reaksi orang-orang, reaksi kawan-kawan Latif terutamanya reaksi Dr Adda, saya rasa lagi puas hati.

Kesimpulannya, saya bagi 4 bintang. Buku ni menarik. Saya memang suka idea dunia baru dalam buku ni.

Okay.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Alia Fatihah.
118 reviews8 followers
May 21, 2022
Buku ini membuka mata aku tentang kehidupan anak seni.

Pengajaran yang sangat bagus aku dapat daripada buku ini. Aku tak tahu nak describe macam mana sebab baru je beberapa minit lepas aku habiskan buku ini. Aku masih lagi terkesima dengan penamatnya. Tentang hakikat siapa sebenarnya ‘Bella’ dan ‘Omar’.

Dalam strain kedua ini, Latif Purnama jatuh terduduk. Ditinggalkan isteri dan anak, difitnah media dan dia kehilangan segalanya yang pernah menjadi miliknya dahulu. Tapi aku puas hati sebab Latif sedar yang agensi dia cuma nak mengambil kesempatan dan menggunakan kelebihan seni yang terdapat pada diri dia dan dia bertindak untuk suarakan kemarahan dia pada Mawar.

Cuma ending tu… Teme tak nak sambung ke 👀👀👀
Disebabkan buku ini open ending jadi aku anggap dia happy ending 😆

Overall aku sangat enjoy baca buku ini.

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️!!
Profile Image for Haziqah.
9 reviews2 followers
May 9, 2023
2.5⭐

Ni hanyalah pendapat peribadi saya. Mohon maaf kalau ada menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Buku kedua ni rasanya boleh digabung dengan buku 1. Kandungan dia pun bersambung terus dengan buku pertama jadi apa salahnya kalau digabung terus jadi novel dengan 400-500 m/s.

Kedua, saya rasa kecewa dengan orang-orang di sekeliling Latif. Selain Wak Entel, tiada pun yang ringankan diri tanya keadaan Latif. Adda isteri Latif tu doktor, takkan dia tak boleh tolong ketagihan suami dia tu? Eric & Musa ni pun hanya ada bila plot memerlukan mereka. Mungkin sebab ni la persahabatan 5 orang tu (Latif, Adda, Eric, Musa & Omar) tak meyakinkan saya. Rasa macam betul eh mereka ni kawan rapat??

Ketiga, Latif ni di saat-saat akhir baru nak ada kesedaran untuk bangkit dari kezaliman Mawar & Omar. Kadang bikin sakit hati juga😤

Banyak benda saya tak puas hati tapi sampai sini sajalah saya komen😅
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 30 of 166 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.