Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
“Tetapi entahlah Puan. Kenapa ujian ini datang berturut-turut? Kenapa Allah ambil sesuatu dari saya di saat saya memerlukan sesuatu untuk bergantung harap?”

Hanya tidak sampai beberapa bulan kehilangan suaminya, Iman diuji lagi. Kali ini ujian yang diterima begitu menggoyahkan keyakinan hatinya.

Pesanan terakhir suaminya menyedarkan Iman bahawa manusia itu akan sentiasa diuji sewaktu hayatnya, agar Allah berikan nikmat kehidupan lain setelah itu.

Dilema mengisahkan perjalanan Iman Syahirah bertemu erti kehidupan yang selama ini dicari olehnya.

--

Review Novel Stigma dan Karma.

“Magnificient!” – Siti Munirah

“Sangat suka. Sangat jatuh hati dengan cara yang tidak judgemental.” – Nor Sajidah

“As usual, tidak mengecewakan daripada Muharikah.” – Miss Faz

328 pages, Paperback

First published March 27, 2020

5 people are currently reading
87 people want to read

About the author

Muharikah

14 books148 followers
Muharikah or her real name is Nur Aisyah Zainordin is a medical physician pursuing her speciality in endocrinology. Her passions in writing poem and novels. Her books include non-fiction motivational books and medical fictions.

She graduated from University of Dundee and did her master in medicine in UiTM.

She was also founder of publishing house in Malaysia, Iman Publication and Iman Shoppe Bookstore.

Her works appears in radio IKIM and had won Anugerah Buku Negara 2019.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
55 (34%)
4 stars
82 (51%)
3 stars
22 (13%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 30 reviews
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
December 2, 2020
Dilema; setelah kematian Faris, Iman terpaksa memulakan hidup baharu tanpa lelaki itu sebagai suami di sisi. Iman terpaksa bangun semula dan belajar hidup tanpa Faris dan kini dengan hanya kenangan serta nyawa yang dikandungnya sebagai ingatan kepada arwah Faris. Dalam dia melalui semua cabaran itu sentiasa ada teman dan keluarga disisi -- ada Zarith ada Aleph -- yang namun pada satu tahap semua itu turut membuat Iman lemas, dengan sikap Aleph yang terlalu mendorong meskipun niat wanita itu baik.

Sehinggalah pada satu detik dimana kehidupan Iman terpaksa dimulai semula untuk sekali lagi dengan ujian besar yang menimpanya. Dan dalam perjalanan itu, mungkin Iman telah bertemu damai dengan masa lalunya juga masa hadapan yang menanti.

_______


Perjalanan cerita buku ini disusun dalam peralihan daripada beberapa plot dengan beberapa watak yang lain, walaupun masih berfokus dan mempunyai kaitan kepada kisah hidup Iman juga. Masih mengekalkan tema yang berkaitan dengan medical -- dengan selitan fakta-fakta tentang perubatan -- disamping tema-tema yang lain.

Dalam buku sequel kepada Stigma dan Karma ini juga, kita dapat melihat ke dalam kehidupan watak Aleph dengan lebih terperinci. Dan bagaimana hubungan Aleph dengan Iman menjadi salah satu penggerak cerita dalam buku ini. Kemunculan watak yang pernah ada daripada buku Stigma pada saya ialah satu twist yang menarik -- yang saya tak jangka sungguh, mungkin sebab lupa pada nama watak itu -- dan mempunyai sub-plot sendiri yang berjalan di samping kisah Iman. Yang pada saya membawa sudut pandang daripada seorang/keluarga pesakit pula -- bagaimana mereka mengatasi ujian kehilangan keluarga dan mungkin juga survival guilt. Perjalanan Iman dalam menempuh terapi untuk kesihatan mentalnya, adalah satu perkara yang kita mampu teladani -- bagaimana setelah segalanya, kita masih mampu untuk re-start dan mencari siapa diri kita semula.

Idea yang diketengahkan iaitu untuk mencukupi diri kita dengan diri kita sendiri -- yakni dengan mencari kebergantungan pada Allah s.w.t -- dan berdamai dengan masa lalu serta masa hadapan kita adalah sesuatu yang sepatutnya menjadi aspirasi untuk kita semua. Dan saya suka juga dengan idea tentang rakan hati dan pemikiran -- yang ditunjukkan penulis melalui hubungan persahabatan Iman dengan Aleph dan Zarith. Sebab ya, tidak mudah untuk menemukan rakan hati dan pemikiran yang sebenar-benarnya.

Bagaimana buka ini berakhir juga memang menarik, yang pada saya mencapai tahap realistik yang saya cari dalam sebuah buku fiksi -- a nice happy ending yang tidak begitu idealistik. Rentak pembacaan juga tidak laju dan tidak juga perlahan, dan tiada selitan babak yang pada saya tidak perlu. All in all, nice and comforting reading for me.
May 17, 2020
“Whatever happens, we’ll have each other’s back” - Iman.

Benarlah kata orang harga sebuah persahabatan itu begitu mahal sekali. Walau apa pun yang berlaku, sahabat yang sebenar-benar sahabat, akan sentiasa berada di samping kita walau dilema apa pun yang melanda, cabaran apa pun yang dihadapi. Sahabat akan tetap bersama sahabatnya. Maka, sayangi lah sahabat anda.

[ WATAK ]

Watak Iman, Aleph, Zarith, Shahrizal dan yang lain-lain dikembangkan dengan begitu menarik sekali. Sesiapa yang pernah membaca novel Stigma dan Karma pasti akan merasa teruja membaca perkembangan setiap watak di dalam siri ini.

Iman yang ceria di dalam novel karma, berubah menjadi seorang yang murung akibat kehilangan orang tersayang. Namun, kemurungan dan kesedihan yang melanda, menjadikan dia lebih kiat berbanding dahulu. Malah, tidak terlalu bergantung harap kepada manusia kerana dia tahu Allah sentiasa bersamanya.

Aleph. Mempunyai dilema untuk marah atau rasa bersalah terhadap Iman setelah apa yang berlaku. Namun, dilema Aleph menunjukkan Aleph bukanlah kawan yang jahat. Tapi, itulah caranya untuk berbakti kepada sahabatnya itu.

Zarith. Yang sentiasa ada. Yang sentiasa menenangkan. Tertanya-tanya. Apakah keadaan Iman jika Zarith tiada.

Mereka bertiga mengajar saya erti persahabatan yang sebenar. Sesibuk mana pun kita, jangan dilupa dengan sahabat yang pernah bersama kita suatu ketika dahulu.

Shahrizal. Siapa sangka ujian yang dia hadapi, kekusutan yang dialami. Membuatkan dia sedar yang dia perlu berubah.

Dilema-dilema yang mereka hadapi inilah yang membuatkan kita sedar.. kepada siapa kita perlu bergantung dan kepada siapa kita perlu memohon.

[ PLOT ]

Jalan penceritaannya begitu mengasyikkan sehingga saya sendiri terkejut apabila Shahrizal menjerit “Ilana” di hospital. Mungkin kerana sudah tenggelam dengan perbualan antara Iman dan Ilani. Haha.

Penceritaan bagi novel kali ini begitu menarik dan bagi saya tercapailah tujuan penulis untuk menghasilkan satu buku fiksyen yang berkualiti.

Bagi pelajar perubatan atau seumpamanya mesti teruja kerana terdapat banyak istilah-istilah perubatan. Pasti jiwa kalian akan lebih dekat dengan novel ini. Namun, saya berterima kasih kepada penulis kerana menyediakan nota kaki agar pembaca seperti saya (yang bukan bidang perubatan) untuk memahami serba sedikit apa yang disampaikan oleh penulis.

Bukan itu sahaja, kata-kata dan nasihat istaz turut disertakan di dalam buku ini menjadikan novel ini bukanlah novel yang kosong. Tapi, novel yang sangat berkualiti.

Jalan penceritaan menarik + mempunyai kaitan dengan perubatan + islamik = 💯.

[ NILAI ]

1. Maaf dan lupakan. Biar beban terasa lebih ringan.

2. Hargai sebelum hilang agar kita tidak menyesal.

3. Sayang sepenuhnya agar benci tidak sudi bertandang.

Terima kasih kepada Muharikah kerana menulis buku yang baik ini. Saya cuba untuk tidak menulis sebarang spoiler memandangkan buku ini masih baru. Haha. Tapi, saya sangat mengesyorkan kalian membaca buku ini.


Profile Image for AreaMall.
6 reviews1 follower
May 9, 2020
Novel ini banyak menjawab segala yang aku persoalkan,aku terlalu risaukan nasib sendiri tapi dugaan orang lain aku tak ambil pusing.Dalam novel ini aku belajar segala yang berlaku bersebab.Juga nilai perhubungan iman dan aleph lebih kepada sahabat yang mendokong satu sama lain akhirnya.Bagaimana iman deal dengan depression selepas sesuatu yang berlaku kepada dia serta hikmah memaafkan kesalahan yang berlaku 20 tahun dulu.

Tidak semua doa kita dijawab dengan kehendak kita.Ada yang kita perlukan tapi tidak elok untuk diri kita.

Itu apa yang aku dapat dalam pembacaan kali ini.aku tak mahu jadi spoilers tapi kalau kalian mengikuti 2 novel terdahulu kak muharikah stigma dan karma.Kesedapan sekuel ini ada kepuasan pada aku.Kerana novel2 beliau aku secara personalnya membaca berulangkali,Maksud aku lebih dari tiga kali aku membaca novel yang sama.

Kak muharikah,teruskan menulis.Sy akan sentiasa menyokong penulisan akak dengan setulusnya.Your book merubah saya menjadi siapa saya sebenarnya terdahulu.Semoga akak sentiasa sihat dan diberikan idea yang bernas untuk sentiasa dekat dengan hati pembaca seperti saya.Terima kasih

#dilemamuharikah
Profile Image for sajida.
85 reviews4 followers
June 23, 2020
I am beyond happy and satisfied after reading this. 🥰 It's totally the reality, and it's not a typical fiction that consists of stories that sometimes don't work the same way with life. Well, since reviewing book is not something I do consistently, so it's not really my thing. Thus, I will list down what I love & learned from this third book in Stigma series; #DilemaMuharikah

1) I love how the author portrays to us that depression can happen to anyone, but with proper treatment, strong support and high determination to heal, little by little the patient will find the way out InshaAllah. Surely it's not as easy as it sounds but no one who's being tested with mental illness should give up in their process of healing

2) Grieving is a phase of those who suffer from losing the people they love and it's a valid feeling, they shouldn't be judged as someone who doesn't accept Allah's fate

3) It's lovely to have someone who's initially a stranger but after finding the reason to stay, they are willing to spend their life having us closer to them, to share the joy and pain, to listen to our stories, to understand our ugly sides and to 'grow' with us

4) The author tells us indirectly that in this life, we own our story, and we have so many sources of happiness. Yes, marriage is one of it, but it doesn't mean that those who aren't married aren't happy. Life's satisfaction and contentment depend a lot on us, on how we perceive life, and how far can we dig the happiness from our own soul. We can never depend solely on others to make the most of our life

5) Most of the times, our happiness in life comes from giving, from what we can offer to others, not from what we get. Spread happiness and it will definitely come back to us

6) Of passion and chasing dreams. No matter how deep we fall, we should always stand up again & never give up in chasing our dreams

7) Allah is our biggest motivation, and source of happiness

I love the ending of this story. Thank you @muharikah, now I officially miss Iman and Aleph. Though they're fictional characters, but I don't doubt they do exist somewhere in real life
Profile Image for Nana Wahid.
61 reviews1 follower
April 7, 2022
Cerita agak bersahaja dan tidak terlalu berat tapi sangat bermakna bagi mereka yang sedang mencari makna bahagia. Dalam antara ketiga-tiga sekual ini, saya paling suka Dilema kerana penulis sepertinya memberi panduan dan memberi erti tentang bahagia. Self love.

“You dont need another person to make you feel complete tapi diri kita sendiri” ms171

“Bila kita meletakkan manusia untuk mengisi kekosongan jiwa, kekosongan itu takkan pernah cukup …” ms 170

Iman Syahirah hidupnya umpama jatuh ditimpa tangga, selepas beberapa bulan kehilangan arwah suami dia diuji lagi dengan keguguran yang menggoyahkan keyakinan hatinya. Dia memikirkan bahawa perkahwinan boleh menyelamatkan jiwa dan hatinya yang kosong sehinggalah dia berjumpa dengan Puan Julia.

“Sebenarnya, yang menjadikan diri kita terisi adalah diri kita sendiri. Kita yang harus penuhkan diri kita dengan cinta kepada Allah. Cinta kepada diri kita sendiri. Apabila kita rasa ada cinta itu, barulah kita dapat kongsikan dengan orang lain. Kita juga tiada jaminan sama ada cinta yang diharapkan itu mencukupi atau angan-angan semata”
Profile Image for Tonnesofbooks.
78 reviews2 followers
January 7, 2023
Finally, i finished the series! Yeaahh!!!

Kisah tentang Dr Iman yang melalui kesukaran meneruskan kehidupan setelah kematian suaminya. Beliau di uji pula dengan kehilangan anak dalam kandungannya dan mengalami kemurungan. Juga mempunyai masalah dengan sahabat baiknya iaitu, Aleph. Tbh, banyak sangat konflik dalam buku last ini!

Aku sebenarnya suka dengan cara penulis menyampaikan cerita. Jalan cerita masih berkesinambungan dengan buku pertama dan kedua. Istilah perubatan juga diterangkan dalam cara yang mudah difahami walaupun ada terms yang aku masih keliru tapi kuabaikan jelah!

Untuk buku yang ini, penulis lebih fokus pada pergantungan kepada Tuhan dalam banyak hal. Aku setuju bila penulis mengatakan yang sebenarnya fikiran kita yang membuat keadaan semakin susah dan itu yang sebenarnya yang aku hadap. Kadang-kadang aku sendiri kalah dengan apa yang bermain dalam fikiran aku dan takut untuk mencuba apa-apa sebab aku tak rasa yang aku boleh buat pun. In fact, aku tak pernah cuba dan serahkan pada Tuhan pun apa yang aku takutkan, rasakan dan risaukan.

Kesedihan, kita boleh melalui fasa kesedihan itu dengan baik bila ia kena dengan caranya. Menafikan rasa sedih itu bahaya. Hakikatnya menafikan apa-apa emosi yang kita rasa memang tak bagus.

Kesimpulan, aku sangat ah sarankan untuk korang baca series ini. Daripada Stigma, Karma dan Dilema sebab selain best,pembaca juga boleh belajar tentang perkara baru. Jalan cerita pun menarik dan straighforward. Tak melewah dan rileks.
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
December 1, 2022
Saya mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan sequel karya muharikah yang terakhir ini kerana saya menyambung pengajian di peringkat sarjana. Kini saya sudah menghampiri semester terakhir dan mempunyai masa yang lapang untuk mengisi ruang-ruang kosong hidup saya.

Karya muharikah Stigma, Karma dan Dilema sedikit kontroversi kerana ia melibatkan perasaan suka dan cinta sesama hubungan sejenis pada mulanya, selain daripada topik- topik yang agak sensitif di mata rakyat Malaysia.

Pengakhiran novel ini menjadikan pembaca bertanya- tanya apakah tujuan utama ketiga-tiga karya muharikah ini diterbitkan? Apakah yang cuba disampaikan oleh penulis? Apakah pengajaran yang cuba diperolehi? Adakah kerana pemikiran saya terhadap isu sensitif ini tidak sepatutnya diterjemahkan dan di selitkan dengan karya-karya lebih islamik? Homoseksual dan Islamik, perlukah disatukan dalam satu jenis karya?


Walau bagaimanapun, terdapat input-input dari sudut perubatan yang saya pelajari daripada karya muharikah. Kata-kata pujangga, quote, dan ungkapan menarik telah saya selitkan dalam update muka surat yang berkaitan.


Semoga saya dapat kekalkan momentum untuk membaca pada masa akan datang.
Profile Image for Dibah✨.
13 reviews1 follower
February 8, 2023
“Allah sebenarnya, bila Dia sayangkan seseorang, dia akan uni Hamba-Nya itu. Awak bertuah. Allah sangat sayangkan awak. Tak ada orang yang sanggup hadapi ujian ini.

Tetapi awak mampu.”.

Buku ni boleh bagi kekuatan untuk orang yang ada problems, tengah diuji atau rasa give up untuk hidup. Dilema mengisahkan tentang kehidupan Iman yang berubah setelah kematian suami dan perjalanannya untuk terima ketentuan Allah.

.

Aku dapat rasakan keperitan hidup Iman, bila suami meninggal dan perasaan perlukan someone/kawan untuk guide. Tapi sayang, kawan tak memahami atau terlebih mengongkong. Sehingga kan friendship tu semakin renggang. Dan akhirnya leads to depression.

Sejujurnya baca buku ni dapat rasa ketenangan. Maybe sebab baca lots of positive quotes?🤔

.

Recommended to read 👍🏻⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
.

“ Segala kekuatan yang akak ada, datang dari Dia. I can always help you whenever I can. Tetepi yang dapat kuatkan hati akak, yang dapat tenangkan jiwa akak, adalah Dia. Minta lah kekuatan dari Dia”.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
June 13, 2020
"Sehebat mana pun manusia itu, dia tetap punyai perasaan. Tetap akan merasai kesedihan pada saat ditimpa ujian"

Naskhah Dilema merupakan sekuel kepada Stigma & Karma yang memang aku nanti-nantikan kewujudannya. Aku sebenarnya rasa teruja, nak tahu kisah Iman Syahirah dalam mencari erti kehidupan yang sebenar, setelah apa yang berlaku didalam Stigma & Karma.

Tapi tetap juga aku tidak meletakkan apa-apa expectation.

Permulaan bab yang mengisahkan tentang kerinduan Iman terhadap Faris, pada aku membantu menaikan mood pembaca untuk terus kekal mengikuti Dilema. Penulis mengetengahkan kepelbagaian konflik yang berkait rapat, dengan bertemakan persahabatan, kebergantungan kepada Tuhan, kekeluargaan & krisis rumah tangga, kehilangan, kepercayaan terapi dan Islam, dan juga mental health. Event-event penting yang berkaitan disusun kemas sehingga, aku dapat menghayati perjalanan cerita dengan mainan emosi yang turun naik,

dan sejujurnya, aku menangis ya bila baca Dilema ni.

Aku suka bila penulis menghadirkan watak baru dan konflik yang berkait dengan Shahrizal, Ilana dan Alia. Pada aku, ia sangat membantu merancakkan perkembangan kisah Iman. Perkembangan watak Iman, Aleph juga menjelaskan berkembang positif yang ketara

Satu lagi perkara yang aku suka apabila penulis mencipta scene yang menunjukan proses terapi, dan kaitan terapi dan Islam, sekurang-kurangnya mampu membuka mata pembaca lain tentang kepentingan mendapatkan terapi dari dari saluran yang betul dan dapat mengurangkan stigma terhadap terapi dan kaitannya dengan Islam.

Dilema mungkin sebuah sekuel yang berat tetapi personally, aku suka sebab ia menjadikan Dilema cukup segala rencahnya dan lebih bermakna dan tidak sejajar seperti novel-novel yang lepas. Ia juga merupakan novel terakhir yang berkisarkan tentang Iman Syahirah yang mencari erti kehidupan yang sebenar. Dan aku boleh katakan bahawa penutup kepada cerita Iman ni merupakan penutup yang baik, memberi kesan kepada hati dan mendidik jiwa bagi sesiapa yang mengikuti kisah Iman sejak Stigma lagi.

Tahniah Muharikah kerana berjaya menghasilkan Dilema dengan berkualiti. Teruskan menulis!
Profile Image for SCARLETT DREAM.
38 reviews21 followers
May 26, 2020
Pertama, tahniah kepada penulis atas penerbitan buku ini.

Kedua, ayat 'Allah SWT uji sebab Allah SWT sayang kita'. Kadang-kadang kita rasa geram apabila orang ucap ayat tu sebab mereka tidak mengalaminya. Muharikah mengolah penceritaan yang dialami Iman kearah sudut yang positif.

Ketiga, Stigma dan Karma lebih terarah untuk tidak judgemental.

Keempat, novel ini membuat saya sedar yang kebahagiaan datang dengan diri sendiri.

Saya tidak sabar untuk tunggu karya yang seterusnya.
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
June 4, 2020
Gaya bahasa yang mudah dan menarik, penulisan yang memberi impak melalui cerita dan teladan. Syabas Muharikah, kerana membuat pembaca berfikir dan cuba membaiki diri. Teruja.
Profile Image for Hafiz Kamaruddin.
98 reviews9 followers
June 10, 2020
utk mereka yg sdg berusaha berdamai dgn hidup dan takdir sgt digalakkan utk membaca naskhah ini. penulis bijak menyusun kata-kata yg sgt dekat dgn diri kita seterusnya membuatkan kita terpukul dgn tingkah laku kita yg kdangkala seolah-olah mempertikaikan takdir-Nya. walau kisah fiksyen namun sgt menusuk kalbu dan berjaya membuatkan aku berfikir jauh tentang hidup. Smoga penulis terus berkarya dimasa akan datang dan tahniah utk penutup trilogi 'kisah iman' yg sgt memuaskan hatiku. 👏👏👏
Profile Image for h.
43 reviews
January 4, 2023
THE REVIEW MAY CONTAIN SPOILER;

Kalau bandingkan pada dua sekuel sebelum buku ini, buku Dilema agak berbeza sikit daripada sudut pengisian. Kematangan watak Iman dan juga Aleph (Alifah) terlihat apabila masing-masing sudah tidak mahu lagi kembali kepada zaman kejahilan mereka. Masing-masing dalam perjalanan untuk mencari redha Allah Taala. Menarik pengisian buku ini adalah bagaimana Iman bangkit atau bahasa trend moden sekarang ‘tumbuh’ dan melepaskan diri daripada ujian yang dihadapi. Bukan sahaja kehilangan suami tercinta, Faris tetapi anak yang dikandung juga tidak dapat diselamatkan. Fasa “grieving” yang dilalui oleh Iman adalah berbentuk manusiawi. Manusia wajar untuk merasa hal sebegitu kerana apabila kita kehilangan seseorang, kita akan melalui fasa untuk tidak mahu jumpa sesiapa, tidak mahu berinteraksi dengan sesiapa, malah apa-apa perasaan yang kita ada, kita akan pendam. Itu normal. Jadi, sistem sokongan yang baik adalah penting dalam fasa “grief” ini. Sahabat yang baik seperti Zarith sangat membantu untuk Iman bangkit. Dorongan dan bantuan yang tidak terlalu “pushy” iaitu memberi keselesaan kepada kawan atau pandangannya dalam membantu kawan menyelesaikan masalah satu langkah yang bagus. Pendekatan yang dibawa oleh Zarith adalah sentiasalah bergantung kepada Allah. Nilai-nilai spiritual sebegini perlu senantiasa diulang atau diingati supaya semangat untuk hidup berpaksikan Tuhan boleh dipupuk dalam diri kita dan kita tidak akan lupa siapa Tuhan kita. In sha Allah.

#QOTD

“Cara fikir akan memberi kesan kepada cara penerimaan. Cara penerimaan menentukan tindakan kita.”

(3.8🌟 / 5)
1 review
April 23, 2022
4/5
mula mula baca terasa amat bosan tapi gigih jua baca
and yess rupanya best ya cerita ni !! I buku ini more to
medic £ for those who in love with medic you guys
should try read this book!! ) oh btw buku ini berkaitan
dengan islamik + perubatan 4 &; and this is sequel from
Stigma & Karma

***********>
man - kehilangan suami sekaligus bayi yang baru
dikandung beberapa minggu membuatkan dia menghadapi
depress sehinggakan Ima berjumpa dengan doktor
psikologi atas nasihat rakan baiknya iaitu Zarith. Selepas
beransur sembuh dari penyakit depress dia akhirnya
membuat keputusan untuk membina sebuah pusat
kebajikan orang tua dan melibatkan dunia medic juga dan
dipanggil man Life Care Centre.

Alifah/Aleph - pada mulanya dia adalah seorang biseksual
hanya kerana kisah silamnya. Tetapi dia mengambil
keputusan untuk berubah selepas berkenalan dengan Iman
Syahirah. sikap baiknya yang ingin melindungi iman
terserlah sehinggakan membuatkan man sedikit serabut
dengan sikapnya itu. Tetapi akhirnya Aleph juga orang yang
dicari oleh iman untuk meminta pendapat ataupun
pertolongan.

Alia dan Shahrizal - selepas kematian anak kedua mereka,
Daniel, Alia semakin dingin dengan suaminya dan
mengambil keputusan untuk bercerai dengan Shahrizal.
Tapa diketahui mereka berdua, anaknya yang pertama,
llana, telah mengambil keputusan untuk membunuh diri
dengan memakan 20 biji ubat panadol akibat tertekan
dengan ibu bapanya.
**********
Cerita ni sumpah banyak gilaa konflik 😮‍💨
Profile Image for ctmysarah.
5 reviews1 follower
September 21, 2020
Buku Dilema hasil tulisan Muharikah kalini banyak bagi saya muhasabah diri, sejauh mana kita betul-betul diuji dan kebergantungan kita pada siapa setiap kali diuji.

Saya sangat tertarik dengan pembukaan bab 1 novel ni sebab ada kata-kata Imam Syafi’i,” Ketika hatimu terlalu berharap pada seseorang, maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan. Supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia.”

Dari segi jalan cerita, membaca Dilema rasa soothing dan sangat realistik. Ada jugak kejadian yang berlaku kepada Dr Iman yang buat saya rasa tersentap sebab kalau kita sebagai manusia normal yang ada di tempat dia mungkin belum tentu kita mampu hadapinya, tapi untuk membangunkan diri semula tu diperincikan satu-satu dalam novel ni dan seolah memberi jawapan atas setiap hikmah perkara yang berlaku. Banyak juga nasihat yang boleh diambil sebagai pedoman.

Dari segi character development pula, saya suka watak Dr Iman yang paling banyak ditonjolkan dalam novel ni. Dia banyak menunjukkan sisi baru dia yang sebelum ni tak ada dalam novel Stigma dan Karma. Sikap positif dia masih ada tapi kalini nampak lebih tabah dan kuat.

Overall best buku ni! Untuk bacaan santai.:)
Profile Image for Sakinah Farit.
12 reviews
September 27, 2020
Sejujurnya saya menantikan novel terakhir daripada Muharikah ini, bermula daripada Stigma, kemudian Karma dan muncul Dilema mengakhiri episod kisah Iman.

Penulis berjaya menaut perasaan pembaca menelusuri kisah hidup Iman yang saban hari semakin mencabar, rentetan daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam dua novel sebelum ini.

Cabaran hidup berpasangan, naluri perasaan cinta dalam diri seorang manusia, semua ini menjadi intipati utama dalam novel ini.

Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
July 6, 2021
Dilema
Muharikah

Novel sekuel dari Novel Stigma dan Karma.

"Perempuan ini bukanlah untuk kita fahami. Tetapi untuk kita dengari dan santuni. Kita takkan boleh faham rasa hati mereka."

"...tak semestinya dua orang yang saling mencintai itu perlu duduk bersama. Dan tak semestinya orang yang duduk bersama itu saling mencintai..."

#Letsاقرأ #syawalbookreview
Profile Image for Nurul Afiqah.
23 reviews1 follower
January 28, 2021
Bila kita meletakkan manusia untuk mengisi kekosongan jiwa, kekosongan itu takkan pernah cukup -Dilema-

Bahagia bukan dr orang lain.. kita yang memilih bagaimana dan apa yang membuat kita bahagia.. dan kawan yang ada diwaktu susah dan senang adalah sesuatu yang bermakna.
Profile Image for Azizah Alwi.
77 reviews6 followers
August 5, 2023
Saya mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan dilema akibat kekangan masa.

Well.Buku yang baik dan elok seharusnya dinikmati bukan.Jadi saya cuba melambat-lambatkan bacaan supaya saya boleh menghayati penceritaan dengan cukup baik.
Profile Image for Shahmi Fadzli.
99 reviews
December 29, 2023
Cara penceritaan dalam buku ni mcm dah nampak penutup kesengsaraan watak utama. Gemar dengan plot begini cuma mcm ada kekurangan sesuatu. Tak pasti apa benda cuma ada rasa kurang. Tapi apa apa pun sedap untuk dibaca 🔥 untuk semua lapisan masyarakat
Profile Image for Fatin Najwa.
43 reviews1 follower
April 20, 2021
Buku penutup utk sequel stigma, karma. Jalan cerita yg menarik.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,536 reviews1 follower
January 5, 2023
Akhirnya cerita Dr. Iman menemui penamatnya.. Bukan mudah melalui fasa kehilangan namun bila kita dibantu dan dilorongkan ke arah yang betul, InsyaAllah kita akan bangkit semula..
Profile Image for fiza.
292 reviews
April 23, 2023
Okay la kalau nak baca series ni. Not bad at all.
Profile Image for Amalina Naseer.
12 reviews8 followers
August 15, 2020
Saya ingat lagi perasaan masa habis baca hari tu, terus terfikir, "Mesti kongsi apa yang dah belajar daripada buku-buku ni. They are too good not to share."

Jadi, ini apa yang saya suka daripada bacaan ketiga-tiganya. Saya cuba ringkaskan kepada 3 poin utama yang paling melekat di hati saya.

#1 Ada satu babak perbualan Iman dengan Puan Julia, di mana Puan Julia menyebut, "Sebenarnya bila kita meletakkan MANUSIA untuk memenuhkan kekosongan jiwa kita, kekosongan itu takkan pernah cukup. Kita yang harus berusaha memenuhkan hati kita dengan cinta kepada Allah."

Kata-kata ini yang paling melekat, paling lama buat saya terhenti membaca. Berhari-hari saya muhasabah tentang jalan hidup sendiri lepas baca.

#2 Berkahwin itu bukan pengakhiran sebuah kehidupan. Memaknakan hidup datang daripada usaha seseorang semakin mendekatkan diri kepada Allah. Berkahwin itu salah satu jalan, bukan satu-satunya jalan yang ada.

#3 Bila kita berusaha mendekati Allah, walau sesarat mana pun dosa yang kita bawa, Allah sentiasa menyambut taubat kita selama mana kita mahu berusaha kembali. Saya terbayang perkembangan watak Aleph daripada Stigma hinggalah ke Dilema.

Terfikir, "People really can change if they want and pray hard for Allah to ease the process."

Jangan hakimi orang yang sedang bergelut dengan dosa. Allah boleh angkat kedudukan dia lebih tinggi daripada sesiapa saja, termasuk kita, bila-bila masa.

Allah boleh memuliakan pengakhiran hidup sesiapa, tanpa kita sangka.

Hampir setahun saya berhenti membaca fiksyen sebenarnya. Ini bacaan fiksyen saya yang pertama selepas sekian lama. Ketiga-tiga buku ini memenuhi kekosongan hati saya yang dahagakan bacaan fiksyen yang bermakna.
Displaying 1 - 30 of 30 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.