Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pendiam?

Rate this book
“Awak ni lone ranger ke?”

“Puan, anak puan di rumah memang senyap ya?”

“Dia tu pemalu orangnya…”

***

Biasanya, kita akan lihat ada dua jenis orang di sekeliling kita. Satu ialah Ekstrovert – yang tampil yakin bercakap, lebih terkehadapan, dan dikenali ramai orang. Satu lagi ialah Introvert – yang kelihatan pasif, pendiam, dan jarang-jarang mengikuti sebarang aktiviti sosial.

Adakah menjadi Ekstrovert lebih baik daripada Introvert? Benarkah Introvert perlu ubah diri menjadi lebih Ekstrovert agar lebih berjaya pada masa hadapan?

Hakikatnya, setiap orang daripada kita mempunyai kelebihan tersendiri yang perlu dikenal pasti dan digilap potensinya.

‘Pendiam?’ menampilkan situasi biasa yang dilalui Introvert dalam masyarakat berserta kupasannya – agar personaliti ini lebih difahami dan dirai dengan kekuatan yang mereka ada.

204 pages, Paperback

Published March 17, 2020

74 people are currently reading
375 people want to read

About the author

Aiman Amri

7 books16 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
126 (40%)
4 stars
128 (41%)
3 stars
44 (14%)
2 stars
8 (2%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 82 reviews
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
June 7, 2020
"Mengenali diri itu penting, supaya kita kenal apa potensi diri kita dan bagaimana boleh menyumbang kepada masyarakat sekeliling."

Salah satu quotes yang aku rasa sangat penting untuk di highlightkan.

Aku mula tertarik dengan Pendiam? di sebabkan covernya. Simple tapi menjadi simbolik kepada topik yang telah di kongsikan kan oleh Aiman Amri dan Aqila Masri. Sewaktu buku sudah berada di tangan, aku browse sekali lalu isi kandungan terlebih dahulu, dan aku langsung tertarik dengan bab yang kelima iaitu tentang Bertukar Personaliti - Bolehkah? Salah satu persoalan yang aku cari selama ni, dijawab dengan penuh tersusun.

Mengetahui bahawa dunia kita bernisbah 3 ekstrovert dan 1 introvert, buat aku terus melajukan bacaan. Pendiam? ini bukan hanya sekadar berkisar tentang intorvert semata-mata, tetapi penulis juga menyisipkan knowledge tentang personaliti seperti ambivert dan extrovert (extravert).

Aku boleh katakan buku ni, bagus untuk dimiliki oleh semua lapisan masyarakat, supaya kita dapat mengubah persepsi yang salah tentang personaliti introvert. Buku ini juga membantu kita untuk lebih memahami dan mengenali diri dan orang lain.

Terlalu banyak maklumat baru serta penjelasan yang diketengahkan oleh kedua-dua penulis ini tentang introvert dan juga kaitan dengan isu-isu semasa seperti depresi. Ada juga ujian personaliti diri untuk kita jawab sekadar panduan asas (Yang ni best ya, sebab aku minta parents aku jawab ujian ni haha) teknik dan tips yang sesuai buat intorvert. Paling penting buku ini bukan sekdar retorik tetapi boleh dijadikan manual untuk perbaiki diri.

Personaliti ini merupakan sebuah spektrum, bukan bersifat hitam dan putih sahaj. Dalam diri kita, tetap ada personaliti introvert dan extrovert tetapi dominannya yang mana?
Profile Image for Khairul Hezry.
747 reviews141 followers
January 29, 2021
Hey, buku 'self-help' pertama aku!

Dibeli secara impulsif, aku tidak mengharapkan pendedahan baharu dari buku ini. Aku tahu aku introvert. Aku introvert, aku okay (<- juga digunakan sebagai tajuk salah satu bab dalam buku ini). Lebih sesuai bagi remaja dan orang muda yang mungkin masih keliru dengan apa itu introvert/ekstrovert. Atuk ni dah tua, cu!
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
July 19, 2020
Pendiam; buku ini banyak penekanan dalam memberitahu apa itu sebenarnya introvert, ekstrovert dan juga ambivert -- yakni merupakan personaliti dan cara individu dengan setiap peronaliti-personaliti ini masing-masing memproses social plesure.

Pada saya bagi individu introvert yang selama ini berasa rendah diri dengan personaliti mereka ini -- Pendiam ialah buku yang akan memberikan pandangan yang mampu untuk individu ini menerima dan mengangkat semangat dalam diri mereka meskipun selama ini sering kali berasa amat rendah diri. Kerana melalui buku ini, kita dapat melihat bahawa pada apapun jenis personaliti bukan lah merupakan sebuah kekurangan mahupun kelebihan. Kerana setiap personaliti mempunyai kekuatan yang hanya perlu untuk lebih diterokai.

Buku ini juga mengemukakan situasi pada setiap bab, yang bagi seorang pembaca introvert akan mampu untuk relate pada situasi-situasi ini dan mampu memberikan pula gambaran sebuah pandangan seorang introvert kepada mereka yang memiliki personaliti extrovert yang selama ini mungkin tidak tahu bagaimana gambaraan situasi ini pada sudut pandang seorang individu berpersonaliti introvert.

Profile Image for Izzuddin Khalis.
19 reviews5 followers
October 30, 2020
Review ringkas.

- Dalam dunia yang 'bising' dengan suara-suara manusia yang berperibadi ekstravet (baca : ekstrovert), kedua-dua penulis cuba membawa satu pandangan dari perspektif yang lain bagi memperbetulkan stigma masyarakat berkenaan dunia psikologi khususnya berkaitan karakter introvert dan ekstrovert.

- Pada setiap persoalan dan perbincangan yang dinukilkan di dalam buku ini disertakan sekali cerita-cerita bagi memudahkan pembaca untuk mengaitkan teori-teori psikologi tertentu dengan situasi dan senario yang mungkin berlaku di dalam dunia realiti.

- Antara kata-kata dan kandungan yang saya suka dalam buku ini adalah :

1. "There is no such thing as a pure introvert or extrovert. Such a person would be in the lunatic system."

[Carl Jung, seorang pakar psikatri dan psikoanalisis dari Switzerland.]

2. "Sunyi itu subjektif. Sesiapa sahaja boleh berasa sunyi. Faktor luaran tidak mampu mempengaruhi kekosongan dalaman seseorang yang kesunyian."

[Petikan dari buku]

3. "Dunia ini bukan sahaja dipelopori oleh Doer (pelaksana), tetapi juga memerlukan Thinker (pemikir) di sebalik tindakan itu."

[Petikan dari buku]

4. "Creativity flourishes in solitude. With quiet, you can hear your thougts, you can reach deep within yourself, you can focus."

[Leo Babauta, pengasas Zen Habit]

5. Spektrum personaliti ini sebenarnya sangat kompleks. Dengan berada di atas mana-mana garisan tersebut, setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri yang berbeza dengan kelebihan individu lain. Personaliti itu mempengaruhi tahap prestasi seseorang, tetapi ia bukan satu-satunya faktor yang ada."

[Petikan dari buku]

- Penulis berjaya membawa perspektif baru dalam menjelaskan kelebihan dan luar biasanya golongan introvert yang sering dipandang sebelah mata dan dianggap lemah oleh sebahagian masyarakat.

Tambahan :

- Malangnya ketika saya membelek bahagian rujukan buku ini, saya lebih banyak melihat rujukan-rujukan dari laman-laman web internet berbanding rujukan-rujukan konvensional dari dunia akademik. Mungkin satu perkara yang perlu diperbaiki. Hal ini menyebabkan buku ini kekurangan fakta dan kajian yang memuaskan. Tambahan pula, terdapat beberapa bab tertentu yang disusun dengan isi kandungan yang berulang-ulang dan agak membosankan.
April 28, 2020
Sebenarnya setiap personaliti mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Tidak kiralah anda seorang introvert, ambivert ataupun ekstrovert, carilah kekuatan dan kelebihan. Tiada siapa yang lebih hebat berbanding orang lain. Yang penting, kita menjadi lebih hebat daripada diri kita yang semalam.

Terlalu banyak stigma buruk terhadap golongan introvert yang menjadikan golongan ini merasa rendah diri untuk tampil di hadapan masyarakat. Sedangkan mereka mempunyai kelebihan mereka sendiri yang boleh memberi kebaikan kepada orang sekeliling. Antaranya, fikirannya yang kritis mampu menghasilkan buah fikiran yang bernas. Malah, golongan ini juga mempunyai sikap empati yang tinggi terhadap dirinya sendiri dan juga orang lain.

Disebabkan hal itu, golongan introvert mampu menjadi seorang kawan yang baik terutama terhadap golongan ekstrovert kerana mereka mampu menjadi pendengar yang baik. Maka, berbanggalah jika anda salah seorang daripada kawan mereka kerana tidak semua boleh berada di dalam “small circle” mereka.

Buku ini membuka mata kita untuk lebih membuka minda kita untuk lebih mengenali potensi diri daripada terus hanyut dan jatuh disebabkan pandangan orang luar. Hapuskan segala stigma bahawa hanya golongan ekstrovert sahaja mampu berada di hadapan. Kenal pasti kelemahan kita dan perbaikilah. Alangkah indahnya dunia andai kita saling melengkapi antara satu sama lain bukan menjatuhkan golongan yang berbeza dengan kita.
Profile Image for Eyqa  Zaque (The Hundred Pages) .
162 reviews19 followers
November 19, 2020
Hi authors! First of all thank you for the wonderful book. It do assist me to better know of myself. Hehe.

Best part while reading this book ialah I know you are talking about us (the introvert) in every pages. Dan atas sebab itu kenapa buku ini sangat di sayangi oleh golongan introvert.

I do have some recommendation sebab masa detik-detik menghabiskan buku ini, rasa seperti ada sesuatu yang belum habis, masih ada yang tertinggal, diri saya sebagai introvert masih kekal asing. I meant idk, its just some feeling are absents seperti how to react as an introvert towards injustice begitu? Haha. Sebab introvert kan sikap suka memendam, memilih kalau berkawan sebab we can be to clingy just to the person we know, sekali diremukkan hati it is hard to mend it up again. Mungkin disitu boleh sertakan tips bagaimana nak kurangkan rasa memendam, how to not overthinking, a kind of chapter fit for what kind of emotion introvert will face and how to handle them begitu. Ya, thats the word. Sebab fahamlah introvert, we just dont like on something we cant tackle. Hee.

Tapi ini hanya sekadar rekomendasi, mungkin saya tak baca secara terperinci dan mungkin ada yang terlepas pandang. Apapun syabas kepada gandingan penulis yang pasti bukunya sedikit sebanyak memberi impak kepada saya. 👍👍
Profile Image for Nadiah Razali.
133 reviews57 followers
December 10, 2020
Tiada orang dilahirkan 100% INTROVERT / EKSTROVERT

Personaliti kita mempunyai campuran antara introvert dan ekstrovert. Yang membezakannya adalah, yang mana satu menjadi lebih dominan.

Tak semua orang meraikan personaliti introvert. Introvert di anggap seorang pendiam, sombong, tak pandai bersosial dan pasif. Ramai orang lebih meraikan golongan ekstrovert.

Stigma/ Prasangka sebegini perlu kita ubah. Introver dan ekstrovert ada kelebihan masing-masing. Setiap individu harus pandai mengenali potensi diri dan kuatkan krkuatan masing2.

Saya suka buku ni, penulis menerangkan sesuatu dengan mengaitkan sesuatu situasi. Senang untuk saya faham dan ‘relate’. Penulisan yang mudah dan jelas, tidak melalut dan terus pada fakta. Buku ini umpama pitu permulaan untuk mengenali apa itu Introvert. Sangat best.

Highly recommended untuk orang yang mahu memahami diri introvert. 😊
Profile Image for Atiqah Daud.
10 reviews
June 3, 2020
Tertarik dengan tajuk, sebab tu beli.

Ibarat membaca journal/article (yang sahih) yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, yang diselang selikan dengan situasi sebenar dalam kehidupan. Cuma gaya penceritaan kisah hidup seorang introvert itu, nampak terlalu kosong dan agak membosankan.

Buku ini disyorkan untuk ekstrovert yang ingin mempunyai gambaran besar tentang kawan-kawan yang berpesonaliti introvert dan juga mereka yang introvert untuk terasa mempunyai 'kawan' yang serupa dengannya.

Apapun, tahniah penulis. Saya rasa ini ialah buku pertama yang berkaitan psikologi yang dicetak dalam Bahasa Melayu.
Profile Image for Syuhadah Ainin.
20 reviews9 followers
June 30, 2020
Menyelak dan membaca setiap lembaran buku ini, membuatkan saya teringat akan buku Quiet, Susan Cain yang juga mengangkat tema yang sama iaitu dunia introvert.

Apa itu introvert?

Introvert sering dikaitkan dengan personaliti seseorang yang pendiam, pemalu dan tidak bergaul dengan masyarakat. Dan, seringkali dikatakan orang yang berpotensi gagal dalam hidup kerana tidak mampu menonjolkan diri dalam apa-apa bidang.

Fuh, kejam sungguh stigma ini. Namun itulah hakikat yang berlaku.

Sehinggakan golongan introvert terpaksa mengiyakan stigma yang dilemparkan kepada mereka. Sehingga mereka terpencil dan kekal berada dalam “gua” sendiri. Sangat memilukan.

Tapi sebenarnya, individu seperti ini mempunyai keistimewaan dan kekuatannya yang tersendiri. Dengan keistimewaan inilah, mereka mampu menjadi mutiara dalam sesebuah keluarga, masyarakat dan organisasi.

Tidak percaya?

Mari saya senaraikan beberapa kuasa seorang introvert, yang ditulis di dalam buku ini:

1. Sensitif dengan perasaan orang sekeliling
2. Kreatif dan imaginasi tinggi
3. Seorang kawan yang baik
4. Kepintaran emosi yang lebih tinggi
5. Pendengar yang baik
6. Lebih berdikari
7. Mampu membuat keputusan dengan lebih baik
8. Lebih menghormati ruang peribadi orang lain

Secara peribadi, saya menyokong penuh semua kelebihan yang dinyatakan di atas. Walaupun personaliti saya cenderung berada di pertengahan (ambivert), saya mempunyai ramai rakan yang mempunyai personaliti introvert di sekeliling saya.

Kebanyakan mereka begitu menghargai sebuah persahabatan dan seorang yang kreatif dalam bidang yang mereka ceburi. Sungguh mengagumkan!

Benarlah, personaliti yang ada dalam diri kita bukanlah untuk menjadikan kita seorang yang hebat sehingga menidakkan kelebihan orang lain, tetapi meraikan setiap personaliti individu yang berada di sekeliling kita.

Tidak kisahlah anda seorang ekstrovert, introvert atau ambivert, yang penting anda mengenali diri anda sendiri. Kerana, dengan mengenali diri sendirilah, anda akan menemui nilai dan kekuatan sebenar diri anda.

Jangan sedih jika anda mempunyai personaliti yang dominan ke arah introvert. Anda juga istimewa seperti orang lain.

Percayalah.

Setiap daripada kita ada mutiaranya. Jangan sia-siakan setiap sisi indah yang Tuhan kurniakan.

Yang penting, jangan terus-terusan menyalahkan diri sendiri.

Sungguh, membaca karya ini benar-benar menginsafkan hakikat kejadian setiap insan yang sedia ada kompleks dan tidak mampu dimanipulasi oleh pemikiran manusia.
Profile Image for Nur Fathinah.
129 reviews6 followers
December 28, 2021
Buku ini sesuai untuk dibaca oleh semua orang tanpa mengira anda introvert, ambivert atau ekstravert. Selagi anda hidup bermasyarakat. Kecuali jika anda hanya hidup di gua, tidak bergaul dengan orang lain.
.....
Hidup bermasyarakat ni, memerlukan kita memahami orang sekeliling. Tetapi sebelum memahami orang lain, perlu lebih memahami diri sendiri terlebih dahulu.

Pasca membaca buku ini, aku kira mereka yang introvert, lebih yakin terhadap diri sendiri. Begitu banyak kelebihan golongan introvert telah penulis keluarkan. Golongan introvert mampu beraksi di gelanggang dengan langkah mereka tersendiri.

Aku percaya buku ini mampu menjawab persoalan dari golongan ekstrovert tentang mereka yang introvert. Seperti yang ditulis di muka depan buku, memahami personaliti introvert dalam dunia ekstrovert.

Tiada yang lebih baik, masing-masing hebat dengan cara mereka. Aku belajar, untuk menjadi hebat dan berjaya, semudah dengan hanya

Menjadi diri sendiri.
Profile Image for huna.
234 reviews19 followers
March 10, 2022
This book is really insightful for both introverts and extroverts. Untuk introverts, anda dapat lebih mengenali diri dan personaliti anda, manakala untuk extroverts, anda dapat mengetahui bagaimana personaliti introvert ini berbeza daripada extrovert. The writers also talk about stigma on introverts, that we are weak etc compared to extroverts, even though that's wrong.

Reading this book makes me feel validated. I feel closer to myself and feel proud with my own personality. Lebih baik lagi, buku ini juga tidak melupakan golongan extrovert, sebaliknya menegaskan bahawa semua personaliti mempunyai kelebihan dan kelemahan sendiri yang boleh diperbaiki dan ditambahbaik.

I also love how I really can relate to the situation written in this book. Spending quality time alone, prefer not to engage with guests, prepare a lot before giving speech and many more. I find myself smiling because I was thinking, "Oh, this is totally like me!!!" 🤣

Satu bahagian dalam buku ini yang saya rasa perlu dibaca oleh masyarakat ramai ialah tentang seni mendekati introvert. This is important to avoid stigma on this type of personality. Ramai yang beranggapan introvert tak suka berkawan, sombong dan sebagainya, sedangkan individu dengan personaliti ini memerlukan masa untuk berasa selesa dengan seseorang. We value friendship too, but we need time, space, and ppl need to know the right way to approach us.

I actually have a lot more to share because I feel happy with this book hahahha but it's better if you just read it yourself! I also hope that the authors will write more books about introverts in the future such as tips that might be helpful for us in an uncomfortable situation etc~

DEAR INTROVERTS, BE YOU!💓
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
November 22, 2020
Apa yang ditulis di dalam buku ini mengenai introvert boleh saya katakan hampir tepat. Saya boleh katakan ketepatan tersebut atas sebab saya sendiri juga tergolong dalam kelompok introvert.

Introvert sering kali dianggap pemalu, kurang berbicara, sombong, berlagak, tidak mahu bersosial, suka bersendirian dan sebagainya. Tetapi ramai yang tidak tahu golongan intovert ini sebenarnya sama seperti orang lain (ambivert dan extravert). Mereka juga boleh bersosial seperti biasa, boleh menjadi ketua kepada sesuatu kelompok, boleh menjadi pendengar yang baik kepada sesuatu masalah, menjadi pemikir yang baik (memandangkan introvert lebih banyak berfikir sebelum berbicara) dan sebagainya.

Senyap introvert pada mulutnya, namun dalam kepalanya bising berbicara sesuatu perkara. Sebab itu kadangkala seseorang akan terkejut apabila introvert diberi peluang bercakap, percakapannya seolah-olah tidak melambangkan peribadi dan sifat kebiasaan yang ditunjukkan pada umum sebelum ini. Tambahan pula introvert senang untuk berbual pada seseorang yang dianggap selesa dan mendapat kepercayaan penuh.

Saya bersetuju dengan penulis bahawa introvert yang memilih untuk bersendirian bukan bererti mereka sunyi. 'Being alone' dan 'feeling lonely' merupakan dua perkara yang berbeza. Perasaan berasa sunyi akan dialami oleh semua orang tidak kira introvert mahupun extravert. Namun, kelompok introvert lebih suka untuk bersendirian, jauh daripada hiruk pikuk kebisingan disebabkan tahap kepuasan introvert lebih cepat dipenuhi berbanding extravert.

Secara keseluruhannya saya mendapati buku ini boleh diperbaiki daripada segi susunan kandungan supaya tidak ada pengulangan yang sama dalam bab ke bab yang lain.
Profile Image for Eisya.
66 reviews4 followers
May 13, 2022
Buku yang sesuai sebagai permulaan untuk mengenali personaliti introvert. Encik Aiman memulakannya dengan menyanggah stigma terhadap introvert sama ada dari masyarakat secara umumnya atau boleh jadi dari persepsi seseorang introvert itu sendiri. Seterusnya, memaparkan bagaimana introvert menjalani kehidupan sehari-hari dan juga dari aspek kelebihan introvert-nya itu yang menjadi nilai tambah dalam kualiti pekerjaan.

Turut memuatkan segmen yang bertemakan "Seni Mendekati Introvert", buku ini sesuai bagi mereka yang lebih 'ekstrovert-nya' untuk memahami dan mendekati golongan introvert.

Akhir kata, introvert ekstrovert hanyalah personaliti. Maka tidaklah releven untuk kita melabelkan salah satu daripadanya sebagai lebih dominan.
Profile Image for ♡ Aliah ⸜( ˃ ᵕ ˂ )⸝♡.
65 reviews2 followers
August 19, 2022
Personally would rate 3.75. The book would be very helpful at the right time ie when I feel insecure as an introvert maybe(?) but I rarely feel insecure for being an introvert so it's not really an awe-inspiring read to me. Didn't learn any new thing except for the comfort they give me in their words.

Overall, just nice! Considering to give this book to a friend of mine who is an outgoing extrovert that kept on belittling me as an introvert when we were in secondary school. Anyway, finally signing off from this book! Thank you dear authors :))

Disclaimer : I didn't learn anything new from it because I'm quite familiar with the introversion topic. If it was my first encounter, it might get 4 stars instead hehe! :D
7 reviews1 follower
September 9, 2020
Mengalir air mata bila dapat tahu yang diri ini bukanlah seorang yang pelik dan ada orang yang hampir sama seperti saya. Terharu. Saya tak keseorangan.

Sering menjadi persoalan dalam benak fikiran saya, kenapa saya sering berkelakuan agak 'lain' dengan orang lain.

Ohh rupaya ia hanya perbezaan personaliti sahaja. Tak perlu terlalu risau dengan kekurangan diri, tapi fokuskan dan gunakan kelebihan yang ada untuk beri manfaat kepada masyarakat sekeliling. Dan kadang² kelebihan tu jarang dimiliki oleh orang lain.

Saya more kepada thinking introvert. Saya selesa dengan personaliti saya. Anda pula bagiamana 😊

#PowerOfIntrovert
Profile Image for Muhammad Yasir Firdaus.
19 reviews
August 5, 2022
Antara buku yg aku recommended especially untuk individu yg berpersonaliti introvert . Sebab apa? sbb korang boleh kenal pasti potensi diri sendiri. Untuk yg ekstrovert pulak, korang jugak boleh belajar macam mana nak approach seorang introvert.

Kategori : Psikologi
.
.
.
Among the books that I recommend especially for individuals with an introverted personality. Why? so that you can identify your own potential. For extroverts, you can also learn how to approach an introvert.

Category : Psychology
Profile Image for Aest.
40 reviews1 follower
January 2, 2022
Tak berhenti bila dah start baca. Saya dah habiskan dalam masa sehari. Thank you, author! I know myself well lepas baca buku ni :)
335 reviews15 followers
September 30, 2020
Pendiam? senang dibaca kerana buku ini berkisar tentang diri sendiri yang dahulunya sangat pendiam. Pendiam adalah salah satu personaliti seorang introvert. Pendiam ini ada kebaikan dan kelemahan mengikut keadaan. Membaca buku ini memberi kefahaman tentang sikap introvert dan cara untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Profile Image for Muhammad Fakhruddin.
153 reviews20 followers
August 6, 2020
Satu buku yang baik bagi memperkenalkan aspek introversion-extraversion dalam khalayak berbahasa Melayu
Profile Image for Abdul Muhaimin Suhaimi.
20 reviews1 follower
August 11, 2021
Pendiam
By Aiman Amri & Aqila Masri

There are several questions arise while reading the book, stated as follows;
Is there any relation between introvert persona and perfectionism or tendency to become one regards their deep analyzing and detailing? (Para 4, p. 161) we could say an introvert pays so much attention to the details as a way to shut the noise inside their head.

Can experiences change the personality spectrum (since the extraversion or introversion is more like a spectrum and man with either extreme might lost his sanity), like Mark Manson mentioned that experiences (more to painful one) can change ones’ value hierarchies? When the value prioritization changes, would the dominant trait tailed as well?

Introvert/extrovert is a mean or an end and how did the value hierarchy impact these. Let say, if it’s an end, then their behaviors portrayed are ripple effects of the core trait and the cause is to strive for the ideally desirable condition to favor the trait or at the very least to maintain it. Otherwise, the core traits wouldn’t persist (would we expect any shift on the spectrum?) since it is a mere mean. A change to an end of course will change the mean in a way or another.

I would argue that manner is a choice because one can’t quote their trait to justify their behaviors. Put it this way, if a manner would be an end, then the trait is just a mean, so it’ll change with the pursue, as there must be alteration in the spectrum as well, could this nurture beat the nature in this case? If it could be then, wouldn’t it encode new sets of genes for inheritances?

Since social media provide a whole new level to socialize, how really it’ll influence introvert and extrovert, and how did they adapt to maintain their persona or theirs gradually changes? Since written perceived as spoken, how did it impacted introvert and fulfilled their needs as social beings? (p.113)

The reasons our curiosity dropping with age?

Albeit the tons of characteristics of introvert and extravert digested in the book, it’s still hard to tell which part I belong to. The existence of the spectrum makes it even harder to tell. Certain points of extrovert resonate within me as introvert’s do but both aspects’ in combine don't precisely intercept ambivert trait either.

Read it, for sure you’ll find how complex human nature is, perfectly created by our Maker to complement, no superiority over the other because #alllivesmatter. If you are an extrovert, I could tell there are introvert behaviors that might shock you, likewise the introvert.

Ultimately, the most important thing is to be the very self of yours, learn, and appreciate others’ as regards the main purpose of the authors wrote the book. That’s all for now...
2 reviews
October 9, 2022
Cerita yang sgt clear. Lebih kepada pemberitahuan/ pengenalan tentang seoranh introvert dan menaikkan semangat mereka
Profile Image for hanihisbiscus.
115 reviews1 follower
February 6, 2021
Pendiam?✨
~Memahami Personaliti Introvert Dalam Dunia Ekstrovert~
5🌟

Q: "Anda golongan yang mana? Introvert, Ambivert atau Ekstrovert?"

Aku merupakan golongan introvert. Ya, membaca naskah ini ibarat aku mengenali dan memahami diri sendiri. Aku juga sering tertanya-tanya, adakah golongan seperti ini tidak mempunyai kelebihan tersendiri? Mengapa seringkali diketepikan masyarakat dan dipandang negatif?

Sesungguhnya, personaliti itu bukan satu penghalang untuk mengecapi kejayaan. Golongan introvert juga mempunyai kekuatan dan kelebihan sendiri. Cuma, introvert sendiri tidak sedar akan potensi dalam diri mereka.

Aku teringat zaman tadika dan naik sekolah rendah, setiap kali hari pelaporan pasti cikgu mengulang statement yang sama "Mulut anak puan/tuan ni ada emas ke?" Ketika itu, aku merasakan aku ini lemah dan rendah diri kerana dianggap seperti orang asing.

Di sekolah menengah, aku berasa janggal tetapi mempunyai teman rapat sekolah rendah membuatkan aku selesa dan tidak perlu bersosial untuk mencari kawan baharu melainkan orang itu sendiri menegur aku. Malahan kini, menjadi teman rapat aku sama-sama masuk air pula tu🤣

Ketika membaca, aku merasakan naskah ini dekat diriku. Penyampaian dalam bentuk yang santai membuatkan aku lebih pantas untuk menyelak halaman yang seterusnya.

Introvert ini bukan antisosial tetapi asosial. Mereka lebih gemar dalam keadaan bersendirian melakukan sesuatu. Aku juga sememangnya lebih suka mengasingkan diri di dalam bilik dan mengunci pintu untuk melakukan sesuatu aktiviti sehingga berjam-jam lamanya.

Secara tuntasnya, naskah ini telah banyak membantu diri aku untuk lebih menghargai diri sendiri sebagai seorang introvert. Malahan, mengajar kita tidak kira sama ada apapun personaliti kita, setiapnya mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri. Usah membanding-bandingkan mereka kerana kita semua adalah unik dan berbeza.
Profile Image for fia reads.
105 reviews10 followers
April 23, 2021
A book with further discussion and story of introvert.

Popular opinion and stigma towards introvert.
◾️They are shy
◾️They are anti-social
◾️They are silent
◾️They cannot be friend with
◾️Only extrovert love to be social
◾️Introvert and extrovert cannot be friend
◾️Introvert is not confident as an extrovert
◾️Introvert’s life wont be as happy as an extrovert
Introvert dont dare to take risk
◾️Introvert easily diagnosed with mental health problem

There is no pure introvert and extrovert. It will always be spectrum of both. Means in some situations, a person will be more introvert and vice versa.

There’s different between being alone and lonely. There’s time I usually content being alone to do what ever I want without. And I enjoy doing that. Sometimes I prefer to go out and have friends to do activities.

🥤Analogy of glass and water.
A glass is a capacity of how much a person can fill with social interaction. Some people only have small glass and with interaction with few people make them fell full and enough. They cannot cope or accept anymore interaction. Some people have a huge glass and no matter how many water filled in, it wont be full.

Advantages of being introvert
▫️They speaks/though alot in silent
▫️More sensitive towards people in their surrounding
▫️Creative
▫️A good friend
▫️Higher emotion intelligence
▫️Good listener
▫️Independent
▫️Make a better decision
▫️Respect other’s personal space

I also learn extrovert loves:
▫️Enjoy the presence of others
▫️Expressive and energetic
▫️Small talks that come naturally

Overall, this is a good reading to learn a little bit more about introvert.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for niksyafirull.
9 reviews10 followers
January 5, 2022
Saya membeli buku ini kerana saya antara salah seorang daripadanya.

Introvert atau nama mudahnya pendiam ini memang lumrah manusiawi yang memang ada sifat malu cuma mungkin kami sedikit ketara daripada orang yang lain.

Buku ini menceritakan sisi-sisi sikap introvert yang selalu disalah erti dan disalah fahami. Ia bukanlah satu kelemahan jika mereka memahani sikap kami.

Bagaimana intovert berfikir, dan bagaimana mereka hidup dalam komuniti ekstrovert.

sebagai contoh saya sendiri, cikgu pernah mengatakan saya seolah-olah orang tiada perasaan dek kerana saya selalu berdiam diri dan selalu berseorang diri.

tapi saya tak ambil hati pun, kerana bukan semua orang faham sikap manusia dari segi ilmu psikologi, saya bukan tak mahu bercakap tapi kurang selesa apabila ditanya atau di soal di kalayak ramai lagi-lagi orang yang saya kurang rapat dan kami introvert mengambil sedikit masa untuk berani bercakap di khalayak ramai.

Bukan tidak pandai berkomunikasi apabila ekstrovert bertanya dan kami hanya jawap sepatah-sepatah yang di tanya tetapi kami kurang selesa apabila orang yang tidak begitu kami kenali atau yang kami tidak rapat untuk berborak dalam jangka waktu yang lama.

Dan saya sendiri akan banyak bercakap apabila saya selesa dengan seseorang itu dan rasa selamat untuk berkongsi dan berborak denganya.

Dan yang terakhir jika mereka memahami sikap kami sebagai introvert, mereka akan memahami bahawa kami lebih teliti dari sudut perasaan, tingkah laku manusia lain dan banyaklah hahaha.

-Nik Syafirul Bin Nik Jeffri
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
January 12, 2022
Pendiam
Aiman Amri & Aqila Masri

Buku genre psikologi. Antara genre buku yang memang saya minat sejak sekolah menengah.

Buku ini kupas tuntas tentang Introvert. Seringkali golongan extrovert menilai dan melihat kelompok introvert sebagai kelompok yang punya banyak kekurangan. Ini kerana dunia terlalu meraikan dan mengangkat tinggi golongan extrovert.

Sehinggakan golongan Introvert terpaksa menipu diri sendiri dna memaksa diri untuk berubah menjadi extrovert.

Buku ini wajar dna wajib dibaca semua lapisan masy. Supaya kita dapat memahami pelbagai kelompok manusia yang ada dan meraikan setiap dari mereka. Kerana kepelbagaian itu adalah unik.

Rupanya kelompok introvert atau yang lebih selalu kita gelar mereka sebagai orang yang tak pandai bercakap, orang yang tak reti berkawan, orang yang sentiasa masam, suka bersendirian dan sebagainya. Mereka ini sebenarnya punya sisi yang luar biasa hebat. Syaratnya kita cuma perlu jadi orang yang tahu dan kenal mereka.

Rupanya antara Introvert dan extrovert ada wujud satu kelompok lain iaitu ambivert.

Memahami perbezaan ini akan membantu kita menyedari yang manusia dilahirkan dengan kekuatan tersendiri.

#Letsاقرأ #syawalbookreview
Profile Image for Hazirah Mohd Rafidi.
7 reviews9 followers
December 13, 2021
Buku yang bagus. Sebagai seorang introvert banyak isi yang dibincangkan dalam buku ni yang saya setuju dan sangat sangat memahami.

Orang yang ber "personality" introvert sememangnya selalu di salah faham. Seolah-olah dunia hanya pandang golongan extrovert sebagai satu skill yang perlu ada untuk berjaya.

Alam pekerjaan jugak mungkin boleh jadi "neraka" bagi sesetengah introvert. Maklumlah, dalam dunia realiti penuh dengan ragam manusia, Tak semua memahami dan tak semua bertoleransi. At the end of the day, sebagai seorang introvert, tak boleh mengharapkan untuk orang lain memahami diri kita saja, instead we have to adapt but not push to beyond our limit and burnout ourselves.

Banyak yang point yang saya harap penulis boleh kupas dan ulas lagi seperti macam mana introvert nak adapt dalam alam pekerjaan contohnya. How introvert handle our emotions when dealing with tough people for example. As we know it, introvert people often very highly sensitive and have high empath. Sometimes we just too nice, and people often tak advantage of our kindness.

Overall it's very good book.
1 review
January 31, 2021
Terakhir kali saya membaca buku berkenaan personaliti adalah 5-6 tahun lalu iaitu buku Quiet, Susain Cain. Kadang-kadang ada juga saya cari dan baca artikel-artikel yang berkenaan bila mana saya rasa 'lost'. Alhamdulillah, buku ini berjaya membawa saya untuk mengenal diri saya balik; berpijak ke tanah dan bawa saya pulang ke 'tempat asal'. Saya pernah ada 'circle' introvert saya sendiri, kami berkongsi serba serbi perkara. Semuanya sangat 'relatable' kerana kami berada dalam 'common ground'. Perbualan kami makin lama makin dalam, bersambung-sambung dan semestinya tak bernoktah haha. Membesar dalam stigma yang menganggap introvert tak boleh pergi jauh memang sakit. In shaa Allah dengan wujudnya buku-buku seperti ini, semoga makin ramai buka mata dan hargai wujudnya golongan pendiam ini. Tahniah buat penulis² dan kumpulan publikasi. Terima kasih (:
Profile Image for Inche Mir.
11 reviews4 followers
September 19, 2022
Buku yang baik untuk dibaca dan dihadam dengan harapan lebih mudah untuk kita berkomunikasi dengan jenis manusia yang pelbagai. Penulis menerangkan dengan jelas apa itu introvert, ambivert dan ekstrovert. Tidak kisah yang mana satu adalah diri kita kerana percayalah setiap dari kita unik dalam menjadi diri sendiri dan kita semua ada sesuatu yang boleh disumbangkan dalam kehidupan.

Kita patut bahagia dalam menjadi diri sendiri dan juga menghormati orang-orang di sekeliling.

Penulisan yang baik, mudah difahami dan seronok untuk menghabiskan bacaan.

Selepas menutup buku ini, saya dapati aura seorang ambivert memang telah berjaya dikesan dalam diri. Terima kasih.
Profile Image for Anem Arnamee.
Author 2 books1 follower
September 7, 2021
"Bukan semua introvert itu pendiam." - Kenyataan ini menyedarkan saya tak semua pendiam itu introvert dan sebaliknya. Buku penulisan saudara Aiman dan saudari Aqila ini membuatkan kita lebih mengenali bagaimana introvert dan diri kita sendiri. Namun bagaimana pun perbezaan, itu bukanlah kekurangan.

"Tiada manusia yang seratus peratus introvert atau ekstrovert. Kita semua mempunyai campuran antara keduanya, namun peratusan dominan itu menentukan personaliti seseorang."

"Introvert, ambivert mahupun ekstrovert - tak ada yang membezakan siapa yang lebih baik antara ketiga-tiganya. Hanya perbezaan pada cara otak kita memproses Social Pleasure System."
Displaying 1 - 30 of 82 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.