Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cerita Orang-orang Sunyi

Rate this book
Cerpen berantaian tentang orang-orang sunyi yang tidak tahu di mana penamat cerita mereka berhimpun mencari cerita mereka dalam cerita orang-orang yang lain.

Paperback

Published January 1, 2020

1 person is currently reading
18 people want to read

About the author

Ruhaini Matdarin

36 books37 followers
Dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik, suka melancong dan membaca. Pada tahun 2006 menang tempat pertama peraduan mengarang cerpen sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kekwa, pada tahun 2008 menang Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis Adikara dan pada tahun 2009 menang tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 menerusi novel Jendela Menghadap Jalan. Manakala Waris Pejuang menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 juga di tempat kedua.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (17%)
4 stars
4 (23%)
3 stars
7 (41%)
2 stars
3 (17%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for ainisreading.
86 reviews11 followers
March 6, 2024
"Bukankah setiap individu mempunyai cara melayani kesunyian masing-masing?"

Kumpulan cerpen yang saling-berkait ceritanya menukilkan kisah-kisah kesunyian, kesepian yang dialami oleh setiap watak dalam cerita ini.
Sukar sebenarnya untuk mentafsir kesepian yang melanda diri sesebuah jiwa itu melainkan jasad dan roh itu sendiri.

Di samping kesunyian, kesepian dan kesedihan, cerpen ini juga sebenarnya banyak mengingatkan diri saya sebagai pembaca sebagai seorang anak agar tidak lupa akan kedua ibu bapa selagi hayat mereka masih ada serta turut memberi keinsafan kepada diri kerana ceritanya juga banyak mengingatkan tentang alam baqa yang sedang setia menanti.

Perasaan bercampur-baur juga dapat dirasakan semasa membaca kisah-kisah dalam cerpen ini serta beberapa pengajaran lain yang dapat diambil buat peringatan peribadi supaya tidak menyesal di kemudian hari.

"Kematian boleh jadi perpisahan awal kita untuk satu pertemuan yang lebih manis, kau jangan bersedih kalau masanya tiba nanti."

"Kalau suatu masa nanti pada usia senjamu kau berasa sangat sunyi, kenanglah ada kehidupan yang jauh lebih sunyi lagi dan tak pernah akan dapat kita fahami kerana tiada sesiapa yang pernah pergi ke alam baqa akan kembali untuk bercerita tentang kesunyian di sana."

Profile Image for Iza B. Aziz.
229 reviews31 followers
September 19, 2023
Setiap cerpen berkait, cerita tentang kehidupan, kematian, penyesalan masa lalu, penantian masa hadapan..dan tentang isu keluarga..

Kalau suka layan perasaan, saya syorkan baca buku ni.. ayat sedap, tak berpuitis hingga memeningkan..

3.5 ✨
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
May 10, 2020
3.7

Kumpulan cerpen terbaru Ruhaini Matdarin adalah cerita-cerita berantai, yang mengelilingi suatu kematian. Penulisan cerpen Ruhaini kali ini nampaknya lebih kemas dan bak kata seorang artis holistik, tidak mencoba berat, dibandingkan dengan beberapa kumpulan cerpennya yang lalu. Saya suka cerita pembukanya, tentang seorang gadis yang pada waktu mudanya memiliki girl crush, sedikit keliru perihal orientasinya kemudian berkembang kepada meminati suami orang lain sebelum akhirnya keseorangan di rumah apabila kematian ayah dan dihinggap penyakit. Dan cerpen penutupnya yang agak sayu, perihal seorang cikgu yang cintanya ditolak oleh penjaga kubur dan dia bersedia untuk move on. Lain2 cerpen masih ok tetapi ada beberapa yang terasa tumpul.
Profile Image for Bidasari.
305 reviews
December 8, 2025
Cerita Orang-Orang Sunyi ini merupakan kumpulan 12 cerpen yang sailing berkaitan yang bermula dengan kematian seorang lelaki yang akhirnya berjaya menghimpunkan kembali 4 orang anaknya Ameena, Amran, Aini dan Ali yang telah lama tidak berjumpa kerana kisah kehidupan masing-masing.

Diceritakan juga tentang Malik si penggali kubur, jiran yang menziarah, si Petir yang selalu marah kepada anak-anaknya, dsb.

Setiap seorangnya mempunyai kisah kesunyian yang tersendiri.
Ayah yang meninggal dunia semasa hayatnya sunyi selepas isterinya meninggal dunia, memulakan persiapan untuk ke kubur dengan bersungguh-sungguh kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa apabila telah putus nyawa.

Ameena yang menjauhkan diri daripada keluarga kerana trauma semasa kecil, punya segala kekayaan tetapi sunyi tanpa kehadiran anak untuk menyerikan rumah tangga yang semakin renggang.

Amran yang merupakan ayam tambatan harapan negeri acara olahraga yang berubah hidupnya selepas patah kaki, 3 perkahwinan terlerai di tengah jalan dan masih mencari kerja yang bersesuaian dengan umur semakin meningkat.

Aini yang pulang ke kampung setelah sakit dan menemani ayah sehingga ayahnya meninggal dunia.

Ali yang walaupun dikelilingi gemerlapan dunia hiburan tetap sunyi sebenarnya dan terasa kosong hidupnya.

Buku yang mudah difahami dan santai tentang kehidupan rakyat marhaein yang membawa tema setiap orang mempunyai kesunyian tersendiri
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ira Nadhirah.
603 reviews
December 16, 2021
Dua belas cerpen yang berkait antara satu sama lain. Tentang bagaimana seorang bapa bersiap sedia menghadapi hari kematian. Menyediakan tempat pemandian terakhir dan mengukur liang lahad sendiri sampaikan masuk ke dalam liang lahad untuk memastikan ukuran yang betul.

Cerpen yang lainnya dari sudut pandangan anak-anak, jiran serta penggali kubur. Sangat menyentuh hati terutama apabila anak-anak mengisahkan perihal penyesalan masing-masing.

Bab yang paling terkesan adalah bab Ibu di mana penulis menulis perincian bagaimana anak-anak ini menghadapi kematian ibu mereka. Aku teringat kematian pertama dalam keluarga iaitu nenek sebelah ibu. Aku berpeluang menguruskan jenazah. Masih teringat bagaimana ketika memandikan jenazah, Mak Long ada menyebut 'ini terakhir ye Pah mandikan mak ye mak....' sambil mengongoi kesedihan. Sampai sekarang kalau ingat mesti sedih. Kematian paling sedih pernah aku hadapi.

Jika fikir tentang kematian mesti aku akan doa tolong lah bagi peluang ibu ayah duduk rumah aku sendiri, tengok aku bahagia bersama keluarga sendiri. Tapi itulah lama-lama jadi tamak, nak pula Tuhan pinjamkan sampai bila-bila, kalau boleh ambil aku dahulu pun tak apa. Semoga ibu ayah dipanjangkan usia sampai kami semua bersedia. Walau aku tahu sampai bila-bila pun takkan kami bersedia.
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
January 16, 2022
Cerpen-cerpen dalam antologi ini berkait-kait. Kehilangan utama dalam antologi ini adalah seorang ayah yang sudah mengetahui ajalnya bakal tiba dan hanya seorang sahaja anaknya yang sentiasa mendengar luahan serta tingkah laku ayahnya itu.

Waktu baca antologi ni, baru aku sedar yang kerusi malas tu dah menjadi ikonik kepada sesebuah kehilangan. Tiapkali ada kehilangan, kita automatik terpandangkan kerusi malas tu. Tak nak jelaskan mengapa, baik semua baca sendiri kenapa kerusi malas tu satu ikonik.

Apa-apapun, kisah di setiap cerpen ni sangat memberi kesedaran buat sesiapa yang terlalu sibuk mengejar dunia hingga terlupa akan keadaan ibu bapa di kampung. Hargailah selagi mereka masih ada.
Profile Image for Ema.
1,118 reviews
October 12, 2021
Kalau bab2 kematian orang yang tersayang ni aku memang menyentuh hati. Adakah sebab aku ni penuh dengan empati? Kisah 3 keluarga dan seorang penjaga kubur. Persamaan mereka ialah Malik dan rasa sunyi.

Pada aku bukan orang kampung Petagas je yang rasa sunyi tapi bila kita dah bertambah usia mulalah kita rasa sunyi tanpa sebab.

Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.