Jump to ratings and reviews
Rate this book

Perjalanan Terakhir Buya Hamka

Rate this book

316 pages

Published January 1, 2020

4 people are currently reading
29 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (44%)
4 stars
10 (37%)
3 stars
4 (14%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for dausshassan.
51 reviews9 followers
June 4, 2021
Tepat jam 10.41 pagi Jumaat tanggal 24 julai 1981 bertepatan 27 Ramadan 1401 tamatlah riwayat sosok tamadun Islam di Asia ini. Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) telah menghembuskan nafas terakhir pada usia yang ke 73 tahun, 5 bulan dan 7 hari di RSPP (Hospital Pusat Pertamina). Jenazahnya dikebumikan di Tempat Pemakaman Umum (TPU), Tanah Kusir Kebayoran Lama.

Buku ini mencoretkan pelbagai kenangan terakhir bersama almarhum, luahan pilu isi hati insan sekeliling kerana pemergian beliau, keratan laporan akhbar dan juga puisi.

Dunia ini terlalu kikir, setiap zaman hanya satu tokoh yang dilahirkan. Sulit menemukan manusia terdekat berkeperibadian seperti beliau. Guratan pena beliau telah menyatukan ummat, malah beliau lebih mengenal masyarakatnya.

Bermula nama beliau bukanlah kerana tingginya jawatan. Akan tetapi, luhur yang dizahirkan kepada masyarakat yang telah memasyhurkan namanya biarpun ditomah sebagai “Ulama Roman”.

Khutbahnya seperti berbagi rasa seraya mendengarnya. Goresan tulisannya setajam fikirannya dalam menilai sesebuah erti penilaian. Dukacita, insan yang dilahirkan pada tanggal 17Feb 1908 ini telah pulang ke haribaan Ilahi.

Walaupun sosok tamadun contoh terdekat sezaman telah meninggalkan kita, elakkan bersedih. Bukalah catatannya dan sertakan dengan pengamalan yang disampaikan olehnya. Kerana itulah mutiara yang diajari dan tinggalkan untuk generasi akan datang
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books51 followers
December 3, 2021
Perjalanan Terakhir Buya HAMKA merupakan kompilasi catatan kenalan Buya, para pelapor media, juga surat yang diutus oleh pemimpin Islam dari pelbagai negara kepada waris Buya selepas kematian Buya.

Setiap catatan, sama ada menceritakan perihal keadaan Buya sewaktu sebelum kematian, atau menceritakan kenangan mereka ketika bersama-sama dengan Buya ketika hidupnya. Malah, turut menyelitkan pandangan peribadi mereka terhadap sikap dan amalan Buya yang akan menjadi panduan kehidupan mereka seterusnya tanpa susuk agung ini.

Di awal bab, terkandung laporan daripada beberapa media tentang kematian Buya. Kelihatan semua melaporkan perkara yang sama dan agak membosankan bila dibaca berulang. Yang berbeza hanyalah pada bab.

Tetapi, bila sudah masuk penceritaan oleh anak Buya sendiri, buku ini lebih hidup. Lebih jelas cerita perjalanan terakhir Buya.

Bab seterusnya semakin menarik bila membaca pandangan peribadi yang pelbagai daripada kenalan-kenalan Buya sendiri. Buya sebagai wartawan, sebagai teman, sebagai pemimpin, sebagai penulis, penceramah, ulama dan pendukung seni. Itu belum lagi Buya sebagai seorang bapa kepada semua manusia yang belajar dengannya!

Ketegasannya disebut. Kelembutannya juga disebut. Teladan bagi kita yang membaca kisah seorang ulama yang lain daripada yang lain ini. Sifat cintakan ilmu Buya, jelas ternukil dalam setiap catatan walaupun pencatatnya orang yang berbeza.

Malah, bukan setakat kecintaannya kepada ilmu melalui aktiviti membaca, tetapi melalui penyebarannya juga. Buya memberi ceramah bukan sahaja agama, tetapi motivasi dan perkara ilmu yang ada dalam dadanya. Yang didapatnya daripada bacaan juga pemerhatian pengembaraan. Berkongsi pandangannya terhadap banyak isu kehidupan melalui ceramah dan penulisan.

Menurut catatan Syafii Anwar, perkara yang seronok ketika bersama Buya, adalah cerita-cerita pengalaman dan pandangan Buya yang menjelaskan beberapa persoalan agama dan kehidupan. Penjelasan yang mudah difahami dan meralitkan. Tidak pernah bosan mendengar celoteh Buya, kata Syafii.

Buku ini juga menceritakan gambaran perjalanan terakhir Buya yang dikerumuni segala jenis manusia pelbagai bangsa, budaya, agama dan status dalam masyarakat. Jika ketika hidupnya, Buya meluangkan masa untuk ditemui oleh masyarakat yang datang ke rumahnya pada setiap petang mengadukan masalah dan cuba mendapatkan peleraian kepada masalah, tika matinya Buya, mereka ini pula meluangkan masa mengiringi jenazahnya.

Dapat digambarkan bagaimana Buya disayangi dan disenangi. Kematian pada bulan Ramadan, hari Jumaat pula, dengan diiringi puluhan ribu manusia, dan pasti dengan iringan doa ... adalah kematian yang dicemburui.

Pengakhiran yang didambakan ini tidak lain dengan amalan dan pekerti seperti sunah Nabi. Mudah didekati. Mudah menerima sesiapa juga yang dahagakan ilmu, apatah lagi yang mencari reda Tuhan. Solat di awal waktu. Quran itu bukan hanya teman, tapi penunjuk jalan kehidupan. Dibaca, difaham malah bagi Buya, Allah kurniakan kelebihan mentafsir 30 juzuk sewaktu dalam tahanan. Solat istikharah menjadi tumpuan setiap kali perlu membuat keputusan.

Setiap catatan, laporan dan surat di dalam buku ini ada seni penyampaian yang tersendiri. Ada cerita peribadi yang dikongsi. Kompilasinya membuatkan kita sebagai pembaca yang mengenali susuk pendukung sastera ini juga semakin rasa dekat dan turut terkesan dengan rasa kehilangannya walaupun kita tidak mengenali Buya secara berdepan. Hanya kenal melalui karya-karyanya.

Buku ini sebuah biografi kematian yang membuka rahsia diri seorang hamba yang indah pengakhirannya. Yang dicatat oleh kebanyakan orang. Yang catatan itu dibaca dan diharap dapat membuka jalan ke arah kematian yang husnul khotimah juga.

Profile Image for Ain Atila.
83 reviews2 followers
October 19, 2023
"Buya, ketika keranda jenazah Buya diusung, dari layar televisyen kami mendengar sayup takbir bergema. Bulu tengkuk kami berdiri, rasa haru begitu mencengkam. Tak terasa air mata menitis-air mata haru, air mata yang tidak mampu diungkapkan. Saya pernah terharu membaca roman Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck tetapi rasa terharu itu belum apa-apa jika dibandingkan dengan mendengar suara dengung 'Allahu Akbar' itu. Seakan suara ghaib menyeru-nyeru Buya dari pintu syurga.”

😭😭😭

Selesai juga pembacaan buku tentang saat kematian Buya
HAMKA dan pasca kematian Buya (tapi takde la pasca sangat sebab buku ini diterbitkan beberapa bulan selepas kematian HAMKA, iaitu pada tahun 1981). Beliau pun meninggal pada tahun tersebut.

Sesiapa yang kenal Ain Atila tahu la yang antara tokoh Islam paling saya sayang ialah Buya HAMKA. Beliaulah ulama', pemimpin, cendekiawan, pujangga, wartawan dan sebagainya. Siapa je yang lepasan sekolah rendah tapi masih dapat title Prof dan Doktor daripada dua buah universiti? Kagum dengan side autodidact beliau.

Untuk orang yang tak minat baca buku yang memang bertunjangkan satu topik je, this book might not for you. But I enjoyed it. 4.5/5 ⭐️
Profile Image for Husna Bokhari.
12 reviews5 followers
October 20, 2023
Perjalanan Terakhir
[Edisi Terbitan Jejak Tarbiah]

Buku ini menarik temanya kerana sebuah buku biografi kematian tokoh iaitu HAMKA. Terdiri daripada kompilasi keratan akhbar, surat-surat dan puisi didedikasikan khas untuk tokoh ini.

Pada awal bahagian keratan akhbar, sedikit repetitif oleh kerana pendahuluan perenggan mengenalkan tokoh tersebut. Tetapi apabila masuk bahagian surat-surat dan memoir orang disekeliling HAMKA itu lebih menarik dan menggambarkan bagaimana sepanjang kehidupannya menyentuh dan menabur bakti kpd sesiapa saja yang dia temui

#2023ReadingChallenge
337 reviews15 followers
April 30, 2024
Umpama belasungkawa untuk gemulah Buya Hamka. Artikel-artikel hasil penulisan sahabat handai sempena kembalinya ke alam abadi.

Pendekatan penulis pelbagai perspektif membuatkan pembacaan yang menarik. Tambahan pula saya membaca bersaing dengan perjalanan Kembara Jejak Hamka dengan Jejak Tarbiah.
Profile Image for Hamidah.
78 reviews19 followers
February 28, 2021
Selepas beberapa minit selesai menamatkan buku ini tiba2 terima berita ayahanda yang dikasihi telah pergi untuk selamanya. Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.