Mustaqim Jiwa, atau lebih dikenali dengan nama pena JIWA, ialah penulis bestseller kelahiran Singapura yang menulis merentas pelbagai genre. Di bawah nama pena Serban Putih, beliau menghasilkan karya-karya spiritual, di samping menulis puisi dan buku kata-kata penyembuh jiwa (self-healing).
Beliau merupakan anak kepada Ahmad Md Tahir, seorang penyair Singapura, dan Azihan Mahmud. Latar keluarga yang dekat dengan dunia sastera menjadikan Jiwa tidak asing dalam dunia penulisan sejak kecil.
Selain menulis, Jiwa juga pernah mempelajari bidang perfileman (cinematography), yang memperkenalkannya kepada dunia visual dan menjadikannya jatuh cinta pada seni filem dan storytelling. Minatnya terhadap sinema memperkaya naratif dan gaya penceritaannya, menjadikan karya-karyanya bukan sahaja bersifat puitis tetapi juga visual dan sinematik.
Kini, Jiwa berperanan sebagai Creative Director di Nukilan Biruni Publication, di mana beliau terlibat dalam pembangunan karya kreatif untuk buku-buku terkenal seperti Tulisan (Daiyan Trisha), Azzamine, dan Rumah Untuk Alie.
Pada tahun 2017, beliau dipilih sebagai wakil MASTERA Singapura dalam bidang puisi ke Bogor, di bawah bimbingan penyair Indonesia tersohor, Joko Pinurbo. Buku puisinya, Teruntuk Langit yang Bercanda, telah menerima Anugerah Buku Sastera MABOPA 2023.
Pada tahun 2025, beliau buat pertama kali menerbitkan novel sulungnya berjudul KAISAR—sebuah karya fantasi romansa yang mengisahkan dua sosok dari dua dunia yang berbeza. KAISAR mendapat sambutan luar biasa dan segera menjadi antara novel terlaris, menandakan kejayaan besar dalam debut sasteranya di dunia fiksyen naratif.
Di pesta buku, Jiwa sering menyediakan ruang curhat dengan menaip mesej positif menggunakan mesin taip klasik, membalas setiap curhat yang dikongsikan pembaca dengan kata-kata yang menyentuh hati.
Bagi Jiwa, kata-kata yang sederhana—asal sahaja jujur dan tulus—sudah cukup untuk mewakili perasaan pembaca dan mewujudkan makna yang mendalam.
"Kamu adalah mahakarya Tuhan yang terindah. Tugasmu cuma percaya."
Buku Teruntuk Langit Yang Bercanda adalah sebuah buku puisi yang indah lagi unik. Setiap bait puisi ditulis dengan bahasa yang cantik dan mudah difahami. Aku suka sekali apabila penulis menggunakan alam semesta sebagai perumpamaan/perbandingan seperti langit, matahari, senja, ombak dan laut. Lebih dekat dengan jiwaku kerana aku boleh bayangkan semua itu. Puisi kegemaran aku adalah pada halaman 118. Indah sangat 🥰
Design buku ini cantik dan datang bersama vintage bookwrap yang juga cantik. Sangat sesuai dengan jiwa semua pembaca. Siapa tak suka benda cantik kan? Hihi. Ada beberapa halaman yang disediakan ruang untuk diletakkan gambar. Penulis mahu kita pembaca untuk menjadikan buku ini sebagai journal. Jadi ruangan itu untuk kita isi dengan gambar kesukaan. Menarik kan? 😍
Kalau korang ada tengok IG story aku, adalah nampak yang banyak "paper label tag" kat buku ini. Itu tandanya banyak petikan yang aku suka dan harus ditandai agar mudah untuk dibaca semula.
Bacalah buku ini untuk kamu lebih mencintai diri kamu dan sekelilingmu. Buku ini sesuai untuk mereka yang gemarkan puisi, yang suka melihat dunia daripada kaca mata pemuisi. Halaman terakhir sangat menarik. Penutup buku yang jitu dan sungguh terkesan menusuk ke jiwa. Sungguh aku bangun berdiri dan melakukannya 👍🏻
Pesanan ringkas, hihi, disarankan agar membaca buku ini sambil memainkan "Piano Music Rain Sounds" di Spotify. Rasa terbuai-buai jiwa ketika membaca 😍
Terima kasih penulis kerana memberi buku ini untuk pertukaran ulasan buku. I'm so happy and feel honored to get a chance to read your beautiful and meaningful book. Good luck and can't wait to see you in your next book 😍
"Hakikatnya, kita semuanya sama, kita cumalah kumpulan tanah yang diberikan nyawa".
Aku bagi 3 star sbb ada beberapa puisi yg aku suka dalam ni. Tapi overall, gaya bahasa dia x kena dgn aku. Most puisi kat sini aku tak rasa apa². Surely ada something missing w this book. Or it is just me. Hahahah
Masa lalu itu sekalipun paling dibenci akan tetap menjadi guru paling setia yang mengajarkan silap dan dosa supaya manusia lebih dewasa dlm membuat pilihan utk hari yg menanti.
Masa depan itu sekalipun sering digeruni akan tetap menjadi sebuah misteri supaya manusia lebih kerja keras pada hari ini.
*Baca buku ni sambil dengar piano music rain sounds dekat spotify. Haha*
Menulis puisi tanpa tajuk merupakan idea yang naif dan klise. Pembaca sukar untuk menentukan sesebuah puisi itu bersambung atau tidak. Gaya bahasanya janggal. Puisinya lewah. Untuk mereka yang pertama kali membaca puisi, sangat sesuai. Sebagai seorang pencinta puisi, saya mencari sesuatu yang padat dan dapat meletuskan deria puisi saya. Namun, pujian wajar diberikan atas usaha yang terbaik mustaqim jiwa kerana mencuba menulis puisi.
Assalamualaikum, alhamdulillah saya dah baca buku TLYB, for the first time in my life, baca buku selain buku pelajaran smpai 2kali, puisi yang cukup membuat saya terpana dengan setiap bait² kata. dan ia buatkn saya suka pada puisi, rasa macam nak beli semua buku dari nukilan biruni😭 semoga terus maju dan berjaya dunia akhirat. Aamiin
♡ Syu jatuh cinta dengan buku ni. Ia seperti memujuk hati yang kecewa. Buat diri lebih menyayangi jasadnya. Dan kembali kepada Pemilik hati setiap makhluk. Duka tidak lagi layak mendekati. Setiap bait puisi ditulis dengan bahasa yang indah. Buat diri tersenyum sendiri. Puisi yang paling Syu suka adalah pada halaman 35 dan 85. Berjaya membuat mata Syu berhujan.
♡ Kepada hati yang masih terperangkap, let's all read this book <3
" Masa lalu itu sekalipun paling dibenci akan tetap menjadi guru paling setia yang mengajarkan silap dan dosa supaya manusia lebih dewasa dalam membuat pilihan untuk hari yang menanti. Dan masa depan itu sekalipun sering digeruni akan tetap menjadi sebuah misteri supaya manusia lebih kerja keras pada hari ini. "
Buku ini istimewa. Kandungannya berisi puisi yang tidak bertajuk dan tafsirannya bersifat terbuka. Melibatkan rencah rasa perasaan dan tentang diri sendiri berserta kehidupan. Berkonsepkan cara penyampaian melalui ceritera hujan, bulan, bintang, matahari dan semesta alam milikNya.
Buku ini juga merangkumi cadangan playlist yang indah untuk dimainkan ketika membaca iaitu Piano Rain Sounds. Sangat melankolik dan lebih menjiwai.
Buku ini dibahagikan kepada 7 bahagian. Setiap bahagian akan ada puisi dan bait ayat yang disukai. Lebih relevan dengan kehidupan sendiri dan boleh dijadikan nasihat. Bahasanya yang mudah difahami dan terdiri beberapa perkataan yang puitis juga.
Yang menariknya tentang buku ini, buku ini disediakan ruangan untuk kita melekatkan gambar sebagai tanda kenangan. Apa jua gambar yang kita rasa kita nak lekat, kita boleh lekat di ruangan yang dibekalkan. Seolah-olah mempunyai sebuah jurnal yang sudah tertulis. Hanya tinggal tampalan memori untuk dipamerkan.
Buat seseorang yang hampir rasa berputus asa Buat seseorang yang merasakan kehilangan dan dikecewakan Buat seseorang yang merasakan dirinya memerlukan self-healing
Buku ini untuk anda. Dirimu juga berhak untuk bahagia selayaknya. ❤️
Terima Kasih untuk nukilan ini, sedikit sebanyak mengajar diri tentang rasa syukur, beri semangat untuk tidak terus menerus putus asa, ajarkan tentang sifat memaafkan itu bukanlah tanda tewas dan mengangkat nilai serta pentingnya sebuah doa.
Saat permulaan bacaan puisi yang tertulis dalam buku ini, aku terkesima kerana ia benar-benar bagaikan anak panah yang mengenai targetnya. Begitu luluh hati sambil menjiwai bait-bait puisi pertama yang seakan-akan telah menghamparkan setiap luahan rasa yang terpendam. Benarlah bahawa sebuah puisi itu diertikan bukan melalui pentafsiran pemuisi semata-mata namun mengikut perspektif seorang pembaca.
Bagi setiap puisi yang dinukilkan, ia tidak mempunyai tajuk-tajuk tertentu sepertimana yang dikatakan penulis pada awal pengenalan. Pada pengamatan aku, ia sebuah buku puisi yang umum intipatinya untuk diterjemahkan kerana pelbagai "chapter" yang boleh dirungkaikan - sama ada mengenai cinta, pergaulan sesama manusia, keinsafan jiwa mahupun kebangkitan diri. Ia tidak mensyaratkan untuk bagaimana harus difahami setiap perkataan itu secara khusus kerana pembacanya bebas memiliki kefahaman tersendiri.
Sungguh aku katakan, kini aku sudah menjumpai genre buku yang paling tepat dengan jiwa dan membuatkan aku semakin tamak membuak-buak ingin mencari lalu terus membaca lagi dan lagi tentang pelbagai cerita juga corak puisi yang ada. Bagi aku, setiap puisi yang ditulis itu punya makna tersirat yang istimewa - terkadang menenangkan akan tetapi mampu menggoyahkan.
Siapa sangka, bait bait dalam TLYB ini mencerminkan hati para pembaca. Menjelaskan perasaan yang tidak dirungkai, mengupas setiap jenis kesedihan.
Setiap helaian dalam TLYB tidak mengecewakan dan dipenuhi dengan lakaran seni dan puisi. TLYB ibarat diari pembaca yang ditulis orang lain dan ibarat muzium seni. Isi kandungan yang berstruktur dan tersusun. It’s just a poem book that everyone should at least have.
Puisi dihidupkan dengan cebisan dan bait bait cinta. Bagaimana terbit cinta, rasa rindu, tanda setia dan manis bicara.
Menceritakan dan memanggil hati pembaca bahawa waktu itu luas. Ada masa perlu tunggu, ada kala waktu bukan pilihan dan menjalani waktu itu dengan lebih berisi dan menghargai adalah yang sebaiknya.
Memberitahu tangisan itu sesuatu yang perlu dalam perjalanan hidup. Juga, menasihati hidup ini tidak sempurna dan tidak sekejam yang disangka.
Buku ini amat bermakna bagi mereka yang sedang menjalani liku sukar kehidupan, menyoal pasal keadilan dan sedang belajar mahu mengutamakan diri sendiri. TLYB bukan sahaja syahdu malah sendu dan juga berbunga.
Beli buku ni atas desakan kawan sebab dia kata buku ni pastinya saya suka. Hahaha
Sebagai seorang pembaca yang memang sedari kecil sudah membaca puisi, mungkin "puisi healing" macam ni kurang sesuai untuk diri saya. Sebab rasa agak terganggu dengan rangkap kata yang dipisahkan menjadi perenggan baharu. Tambahan pula, saya jenis tak boleh baca puisi yang tanpa tajuk begini. Saya akan rasa "lost".
Penyampaian dan garapan ayatnya bagus, cuma untuk pembaca yang sudah terbiasa dengan hukum puisi macam saya ni, rasa geram sikit dengan bentuk puisi macam ni. Lagi-lagi pula setiap satu muka surat hanya sekadar 4-5 baris. Rasa sakit mata bila baca. Sayang sebab perisiannya sangat bagus (jika diketepikan tatabahasa), cuma hmmmm....
Tapi saya harap penulis tak berkecil hati. Mungkin saya bukan "target audience". Biarpun saya juga termasuk dalam kalangan pembaca-pembaca yang sedang mencari jiwa, tetapi buku ini tetap tidak kena dengan cara "healing" saya. Tak mengapa. Saya percaya yang pasti ada pembaca lain dah dapat merawat luka mereka melalui buku ini. Apa-apapun, penyampaian rangkap katanya memang masuk ke jiwa.
Buku ini sangat popular lah bagi saya, lebih lebih lagi penulisnya yang dikenali bijak dalam mencipta puisi-puisi yang boleh menyentuh jiwa pembaca. Secara peribadi, satya rasa buku ini seakan memujuk jiwa yang merasa sepi dan kesunyian serta memberi kekuatan kepada jiwa yang sedang bersedih, ditambah pula dengan beberapa lakaran ataupun lukisan yang mempunyai nilai estetika, sangat menarik ! . . Tiada lagi yang dapat saya olah lagi melainkan buku ini memang berbaloi untuk dimiliki lebih lebih lagi kepada mereka yang suka melayan bacaan bacaan puisi. Buku ini sangat sesuai okay!
" Tak semestinya apa yang kamu genggam itu bakal membahagiakan, kadang dengan melepaskan apa yang layak dilepaskan ialah cara melakar kebahagiaanmu pada babak baru…"
Oh ya, sebelum saya lupa , sangat digalakkan membaca buku ini sambil mendengar " Irama music rain sound " agar lebih menghayati setiap bait-bait puisi daripada penulis. . . Terima kasih dan tahniah kepada penulis atas penghasilan buku puisi yang sangat indah ini!
Why I'm interested in this book at the first place Discovered a newly launched, pre-ordered poetry book via the publisher's twitter @NukilanBiruni (link).
The link above is the preview of 28 pages from the book (and yes, you can read 'em online, for free!)
What do I think of this book... now that I've done reading it The design of the book is so intimate to whomever has a (actual) copy of it, the aesthetics is so bujo-diary, Pinterest-worthy!
+ 1. The themes on display are on reflection of self and love (this is to be expected, but I'm okay with it).
- 1. Judging from the theme, I think the ones that non-partial to "state or quality of being romantic" won't love it?
Get this 1. If you love to read on prose and poetry. 2. If you want a very decent coffee-tablebook, this one's for you.
Awalnya terasa mahu baca buku puisi secara kebetulan jumpa TLYB dari Mustaqim Jiwa di twitter. Bak kata Jiwa "Pertemuan kita adalah ketidaksengajaan yang disengajakan Tuhan" auchh..😁 ** Bukunya cantik amat.Dipertemukan dengan indahnya buku ini. Buku puisi untuk dirasai,diselami,dinikmati, dihayati akan bait seni bahasanya, bunga bahasanya dan bahasa cinta yang dijelaskan pengkarya dari sudut yang sangat indah. ** Kesemua puisi tanpa tajuk ini pada aku sangat unik. Kadang buat aku sebak, kadang tersipu malu,kadang aku senyum meleret. Sungguh aku terhibur dengan aksara yang dimuntahkan dalam senaskah TLYB. Banyak puisi aku gemar, aku bagi 2 je la pada muka surat 57, pada aku comel sangat dan muka surat 118 yang turut buat aku tersipu sendiri☺ ** Tambahan bila sahut saranan penulis untuk dengar 'music piano rain sound' menjiwai sangat. Rasa terbuai dengan muzik + rantaian ayat demi ayatnya.
Teruntuk Langit Yang Bercanda adalah sebuah buku puisi yang bertemakan ‘healing’ dan ‘self-love’ Setiap bait puisi ditulis dengan bahasa yang cantik dan mudah difahami. Setiap mukasurat meninggalkan kata-kata yang memberi kesan di dalam hati dan menyentuh jiwa setiap pembaca.
Buku ini seakan memujuk jiwa yang merasa sepi dan sedih serta memberi kekuatan, peringatan dan nasihat. Paling saya suka ialah penggunaan alam semesta sebagai perumpaan.
Puisinya tidak mempunyai tajuk kerana penulisnya berhasrat untuk menjadikan buku ini sesuatu yang peribadi buat pembaca. Jadi, pembaca dapat menentukan tajuk setiap puisi berdasarkan pemahaman dan pendapat masing-masing.
Design buku ini cantik begitu juga dengan lakaran di dalamnya yang mempunyai nilai estetika. Sangat menarik!
Salah satu buku yang paling indah dan puitis yang pernah saya baca 🤍
Seumur hidup aku, aku Cuba untuk cinta diri aku . Namun aku telah gagal dari aspek itu. Sehingga aku jumpa buku ini, aku seorang yang sangat gemar dengan puisi. Words mean a lot more than you think, yes seperti jiwa kata kan kita semua mempunyai hujan yang sama, cuma cara menyampaikannya itu yang berbeza. Buku ini membuatkan aku mahu jatuh cinta dengan diri aku, mahu menyayangi diri aku. Buku ini telah banyak membantu dengan depresi aku. Kerana buku ini telah memberitahu ku bahawa aku tidak kesorangan, aku dicintai. Jadi, buku ini memang 100/100. Next, buku yang aku dah beli ialah ketika hati berfatwa, tak sabarnya nak baca, to all yang struggle on self love journey let's all read this book :)))
Ini adalah buku kedua oleh Jiwa yang telah saya baca. Memang tak dinafikan, saya suka penulisannya. Puisi-puisi di dalam buku ini sangat mudah difahami tetapi saya tidak janji semua pembaca dapat relate dengan semua puisinya. Bukan apa,kerana tak semua orang pernah menghadapi perkara yang sama di masa lalu. Sejujurnya ada beberapa puisi yang saya tak mampu nak hayati sedalamnya.
Banyak juga puisi yang saya tandakan dengan penanda. Tanda saya suka puisi itu. Sangat relatable. Penulis juga banyak mengaitkan puisinya dengan alam seperti langit,matahari dan bintang. Bagi saya, buku ini sangat sesuai buat mereka yang ingin memahami diri sendiri & sekeliling. Saya sangat merekomenkan anda untuk baca buku ini jika beberapa puisi yang saya kongsi dalam buku ini anda suka. Saya harap saya dapat baca lagi penulisan Jiwa di masa akan datang✨
“Sesekali kamu perlu mengucap terima kasih kepada dirimu sendiri, yang telah bertahan sekian lama, yang telah memaafkan dirimu ketika manusia mash lagi menghukum kisah silammu, yang mash membuat dirimu tersenyum di waktu namamu disalah eja, yang mash percayakan dirimu di waktu mereka menduga, yang masih lagi menciptakan ruang untuk menyambut dirimu tatkala semuanva pergi meninggalkan, yang masih memasang telinga buat dirimu di waktu tiada siapa yang sudi mendengar lagi.”
“Antologi puisi, rasa & kamu” The book is packed with a lot of feels. Perhaps the best “buku puisi” I read. It’s full of sticky markers now for me to come to back it as and when.
Whilst my previous reads by Nukilan Biruni wasn't the best even for Jiwa's Kaisar, I am actually pleasantly surprised by this one. There seems to be thought and effort into this collection especially in the last part where you can read it backwards.That is also something that has been done by Charisa Ong T.Y.
Kita sering mengejar perkara yang berlari, lalu kita bertanya mengapa hati ini tercungap-cungap?
Dan jarang sekali kita bertanya lagi kenapa kita sengaja memenatkan diri sendiri mengejar sesuatu yang tak ingin dicari.
As healing books go, this one is actually quite nice.
Memaafkan seseorang itu adalah seperti melepaskan penghuni jahat yang sedang membunuh jiwamu dari dalam. Dengan memaafkan kamu telah melapangkan ruang itu, agar kamu dapat isikan dengan penghuni yang lebih baik -jiwa- One of the most beautiful and poetic books i've ever read. Saranan penulis - memainkan "Piano Music Rain Sounds" sambil membaca buku ini. Agar dapat menjiwai setiap bait puisi dengan sepenuh rasa.
Pertama kali baca buku puisi yg dibeli sendiri! Setiap mukasurat meninggalkan kata kata yg memberi kesan dalam hati. Ada juga tersengih, sedih, berdikari semasa baca.
Sangat berbaloi utk merawat luka dan kebosanan ber pkp dirumah. Walaupun tak byk, ada la sikit dpt mengisi masa dan menghiburkan rasa gembira yg pudar bila kes2 harian makin meningkat tp sedangkan kebanyakkan rakyat masih terperuk dirumah.
Hidup ini seperti sebuah lakonan,seperti sebuah jalan cerita yang masih tidak tahu dimana penamatnya,di situ juga aku masih memilih jalan hidup tanpa cinta,kerana takut penamatnya tidak seindah di impikan,tapi kau masih tetap datang untuk cuba mengisi ruang kosong ini,tapi sayang aku terlaku lambat untuk memahami kehadiran kau yang seketika itu...
Kalaulah mimpi itu akan menjadi nyata,pasti aku akan tamat semua cerita ini...
Buku puisi pertama yang berjaya menambat hati dan saya kembali menulis puisi semula disebabkan buku ini. Menulis atas sekadar hobi tetapi buku ini banyak memberi idea dan inspirasi dalam penulisan puisi. Untuk sesiapa yang mencari "healing" dalam jiwa masing-masing, buku ini amat sesuai. Saya bukan baca untuk sekali, malah saya baca sudah hampir lebih dari 4 kali 😊. Semoga Jiwa diberikan idea2 yang bernas untuk terus berkarya dan menghasilkan banyak lagi buku2 yang hebat!
a good book...ia membawa pembaca merenung dan mencari hikmah setiap jatuh bangun dalam hidup...adakalanya susah nak kita fahamkan hikmah disebalik sesuatu, tapi puisi2 tulisan Jiwa mengajak kita berdamai dengan segalanya, kerana disaat kita menerima, di saat kita yakin bahawa hidup kita ditulis dan diatur oleh Yang Maha Kuasa, tenang itu milik kita..Tuhan itu tidak buta. Tuhan itu mendengar semuanya. Kau hanya tinggal percaya.
Setiap bait bait kata didalam puisi ini, semuanya berkaitan dengan diri ini. Setiap kali ku membacanya, airmataku jatuh berlinangan lalu mengenang perkara pahit manis yang pernah berlaku ke atas diriku, sama seperti yang digambarkan di dalam puisi ini. Ku menganggap segalanya yang ingin ku luahkan, sudahpun tertulis di dalam buku puisi ini. Terima kasih wahai penulis. Penulisan mu cukup bermakna bagiku.
Baca buku teruntuk langit with the sound of piano rain music feels awesome. Feels like someone give you advice, spirit to move forward, his idea about how to love yourself more, to feel love and care. Satu buku yang sangat magis. I will read it again and again. I really love it with the amzing theme of the books. Thanks to write all this magic. 😍
Sebuah buku puisi yang sangat unik. Bahasa yang sangat indah dituliskan. Design buku yang cantik dan menarik setiap kali membaca. Sangat sesuai dengan jiwa si pembaca! Semua yang meminati tulisan puisi perlu dapatkan buku ini. Miski ada yang tidak meminati puisi juga mungkin nanti ada yang tertarik dengan penulisan yang ini. ☺️🥰
It was a light poetic read. The word use is easy and simple. The book focus more on the heartbreak but one can relate to some of the chapters which include loss, grief, regret and self-love.
What a great analogy too! Relating the life and weather. I like it so much🤌✨
I love that the author provide some pages for picture and random gorgeous ilustrations. thumbs up👍👍 totally aestatic.
best poetry books i've ever read, menyentuh perasaan bila baca buku ni, dan ada satu puisi yang mengingatkan saya dekat ex. Penulisan Mustaqim Jiwa tak ada satu pun yang buat saya bosan untuk baca. Penggunaan bahasa yang mudah untuk difahami dan penulisan yang mendalam. Memang kena dengan jiwa young adult seperti saya. Terima kasih penulis untuk buku Teruntuk Langit Yang Bercanda.😫😫🤗🤗
Puisi Tanpa Tajuk Berbeza, menarik dan isi setiap puisi mempunyai maksud yang menyentuh jiwa setiap pembaca. Setiap puisi mempunyai pengajaran dan nasihat. Cover pun sangat cantik. Semoga dapat hasilkan lebih banyak buku.