Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tunggul-Tunggul Gerigis

Rate this book
Lewat TUNGGUL-TUNGGUL GERIGIS, Shahnon Ahmad menyelami, menganalisa dan mengutarakan punca masalah yang sedang membengkak dan menanah di kalangan ummah hari ini. Kepekaan Shahnon terhadap masalah ini mendorong beliau menyelami dengan hati dan fikiran yang terbuka untuk meresap masuk ke akar umbi masalah. Shahnon meniti sejarah bumi Poseng. Sejarah Poseng adalah sejarah masjid itu sendiri. Sejaranh yang bermula dari Lebai Memok menuju ke zaman Haji Deramang dan seterusnya terhenti di zaman Imam Itam. Dari zaman keriangan sejarah menuju ke arah kesepian dan menerbitkan bibit-bibit kehancuran, lalu terkambus bersama kejahilan dan kehodohan tingkah laku manusia.

Pergolakan di Poseng bukan kerana kesesatan dan kesongsangan yang menjadi faktor utama, tetapi lebih kepada pegangan kuasa dalam kejahilan dan kegilaan untuk mencakar. Pergolakan berlaku kerana manusia mudah merasai diri sendiri begitu lurus dan bersih, sedangkan orang lain itu hanya najis dan anjing yang perlu dijauhi dan dibuang ke lembah yang hina dina, malah dicingang-cincang seperti melumatkan batang pisang.

282 pages, Paperback

First published January 1, 1988

7 people are currently reading
136 people want to read

About the author

Shahnon Ahmad

71 books149 followers
Dato' Haji Shahnon bin Ahmad (born 1933 in Sik, Kedah) is a Malaysian writer, a National Laureate, and a former Member of Parliament. He was awarded with the National Literary Award in 1982. He is also a Professor Emeritus at Universiti Sains Malaysia in Penang.

Shahnon has written a number books, one of the most notable being Shit @ PukiMak @ PM (1999), a controversial political satire. The book makes allegorical references to the ruling coalition government, Barisan Nasional (BN), its major component party, United Malays National Organisation (UMNO), and former Malaysian Prime Minister Mahathir bin Mohamed. There were attempts by the government to ban this book and to strip Shahnon of his literary title.

Some novels written by Shahnon include Ranjau Sepanjang Jalan (1966)—which has been adapted into a film called Rice People directed by Cambodian film director Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973)—which won the Malaysian Novel of the Year in 1970, and Terdedah (1965).

Shahnon is also a member of opposition political party PAS. In the 1999 general election, he contested in the Parliamentary constituency of Sik (P.13) in which he won. He did not contest in the 2004 general election which saw PAS losing that seat to BN.

Source: Wikipedia

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
35 (37%)
4 stars
38 (40%)
3 stars
13 (13%)
2 stars
5 (5%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for hans.
1,160 reviews152 followers
May 6, 2020
Plot yang bermula agak perlahan buat aku blur dengan arah jalan cerita. Karakter utama yang samar dan tanpa hujung pangkal cuma masuk bab 5 ke atas aku dah mula faham dengan penceritaan penulis. Perjalanan naratif berkisar tentang Su Usul, lelaki tua yang menetap di Poseng-- melihat bagaimana Poseng berubah dari hari ke hari, sehingga dia juga kehilangan segala orang tersayang. Perihal utama tentang kerisauan Su Usul tentang sambutan raya korban juga rindu beliau kepada gemulah-gemulah kesayangan yang telah pergi jadi segala suara kecil dalam kepala seorang tua diluah atas naratif. Efisiensi bahasanya bagus dan deskripsi ceritanya kemas cuma aku agak terganggu dengan habit penulis yang suka mengulang narasi bila bercerita tentang Su Usul-- terasa perkembangan wataknya statik dan berlegar di situ saja.

Sub-plotnya agak sinikal dan aku suka kepelbagaian karakter yang hidup di Poseng. Ia fokus kepada beberapa isu keagamaan dan konflik masyarakat-- hidup berpuak dan mengabaikan moraliti, prinsip dan asas yang diterap dalam ajaran Islam. Kepercayaan, iman dan keikhlasan yang diletak samar, politik yang pecah belah persaudaraan, sifat iri hati dan pentingkan status juga ambil ringan dengan tanggungjawab. Sejarah Poseng digambar dalam metafora kukuhnya kerukunan rumah agama maka teguhlah sebuah struktur masyarakat jadi sepanjang naratif boleh lihat bagaimana kejahilan meruntuhkan asas dan kemakmuran tanah Poseng.

Fiksi yang mencermin realiti, sosial juga sikap dan fikiran praktis individu dalam menentu baik dan buruk. Ia iktibar yang bagus.

3.7 bintang.
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
September 2, 2020
4-5 bab pertama agak sukar juga nak difahami. Tetapi selepas tu dah boleh tangkap yang naratif meleret-leret dan berulang-ulang yang digunakan sebenarnya mahu menyampaikan keadaan fikiran Su Usul, salah satu watak dalam buku ini yang semakin hari semakin merosot keadaan fikirannya. Sewaktu baca tu ada juga terasa macam tersekat dalam kesesakan trafik yang tak berpenghujung. Sekali dua gerak dalam masa sejam lepas tu tersangkut balik. Macam tu juga rentak cerita dalam buku ini. Disebabkan naratif yang diambil dari Su Usul tu, cerita akan kerap berulang-ulang perkara yang sama. Satu dua bab kemudian, masih bercerita tentang perkara yang sama balik. Kalau ada sekalipun penambahan baru dalam cerita, dah jadi macam ada kereta tiba-tiba mencelah di hadapan dalam kesesakan trafik tu juga, hanyalah penambahan sesuatu yang baru tetapi masih lagi tersekat dalam kesesakan trafik yang sama, masih lagi tersekat dalam pengulangan cerita yang sama.

Apapun, dari pemerhatian Su Usul ini jugalah sedikit demi sedikit dengan amat perlahan seperti sedang tersekat dalam chronostasis akan kemudiannya mendedahkan masalah-masalah yang berlaku di Poseng. Tentang bagaimana dua pandangan berbeza dan berlawanan akan menyebabkan kejatuhan Poseng itu sendiri. Sebenarnya, dalam 50 muka surat pun dah boleh tangkap apa yang buku ni cuba nak ceritakan. Tapi, macam dihukum hukuman mati yang membunuh perlahan-lahanlah, cuma tunggu masa saja nak akhiri penyeksaan untuk sampai ke penghujungnya. Semuanya membawa kepada kisah bagaimana perbezaan, perbalahan dan ketaksuban akan membawa kepada kemusnahan dan kejatuhan. Pendek kata, macam kisah tentang watak yang suka merosakkan diri tapi kali ini versi satu kampung.

Apa yang menjadi masalah dengan buku ini lagi adalah apabila cerita sudah semakin berat dengan masalah-masalah sekitar Poseng, gaya naratif yang diangkat dari keadaan fikiran Su Usul itu masih tidak berubah sekalipun Su Usul mula sekadar menjadi penumpang belakang untuk cerita saja. Apabila naratif dialihkan dari sudut pandang watak lain, perkara yang sama masih berlaku lagi, mereka semua cenderung untuk bercerita dengan meleret-leret dan berulang-ulang perkara yang sama. Jadi, di sini ceritanya terus menjadi terlalu mendatar dan tiada keterujaan yang boleh menaikkan semangat untuk meneruskan pembacaan. Perkara ini turut memberi kesan terhadap perwatakan watak-watak dalam buku ini sekali. Watak-watak yang menjelikkan mula terasa hanya bersifat satu dimensi.

Aku faham, kisah ini mahu menyampaikan nilai-nilai moral melalui watak-watak yang menjelikkan. Menunjukkan apa yang tidak sepatutnya dilakukan sekiranya tidak mahu menuju ke arah kerosakan bak kata separuh dari kata pepatah, yang buruk jadikan sempadan. Tapi satulah masalahnya, cara penceritaannya terlalu membosankan bagi aku.

Tapi cubalah juga baca. Sesuai juga bagi mereka yang mahu menguji kesabaran atau mengalami kesukaran untuk tidur.
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
September 23, 2024
Sebuah monolog dalaman yang dahsyat, panjang berjela dan melelahkan. Tapi, kita akan masih dapat mengesan ciri-ciri 'gore' dan tajam yang menjadi tanda kepengarangan Shahnon, bahkan jauh lebih mendengus daripada yang kita rasakan dalam derita lewat Rentong, Ranjau Sepanjang Jalan atau Srengenge.
Profile Image for Amin H.
18 reviews4 followers
February 9, 2016
Bahagian pertama novel ini kisah Su Usul yang menghidapi kemurungan dan mahukan kematian. Kemurungan tak indah, membosankan dan pengap - sesuai dengan gaya penceritaan Shahnon yang panjang berjela-jela dan berulang-ulang. Su Usul lihat mati itu bukan suatu yang menakutkan, malah kematian merupakan gerbang kepada dunia lain yang lebih indah, setelah Poseng luput dari kehidupannya yang dahulu dan Bunga pun sudah tak ada lagi.

Bahagian kedua berkisar tentang Poseng dan penduduknya yang terpecah kerana lain parti. Dua-dua sama teruk, malah ahli-ahli parti pula terus sokong partinya tanpa tahu hulu pangkal. Akhirnya Poseng tak tinggal apa-apa melainkan orang-orang yang kosong seperti tunggul-tunggul yang menanti luput.

Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
March 20, 2020
Bagaimana menjadi orang tua. Bagaimana sakitnya menjadi tunggul yang tidak dipedulikan. Bagaimana rindunya mengenang gemulah-gemulah yang telah dahulu pergi.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.