Jump to ratings and reviews
Rate this book

Takdir #3

Takdir: Janji-Nya yang Tidak Termungkir

Rate this book
Menerima pukulan demi pukulan, kepercayaan kepada Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya menipis. Angkasa teruji dengan dahsyat.
Membalas apa yang menimpa ke atas mereka, Kerajaan Tanah Haram bergabung dengan Kerajaan Sorga dan Janggel, membentuk Kesatuan Ummah, melancarkan serangan ke atas Kerajaan Utopia. Namun di sini Angkasa dipukul dengan pendedahan yang hampir meranapkan semangatnya.
Janji-janji Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya mula dipersoal.
Apakah benar janji-janji kemenangan yang selama ini dicanangkan?
Atau sebenarnya itu semua sekadar satu ilusi?
Pengakhiran epik yang dinanti-nanti!

500 pages, Paperback

First published January 1, 2015

11 people are currently reading
318 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

66 books863 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
145 (59%)
4 stars
74 (30%)
3 stars
18 (7%)
2 stars
5 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 45 reviews
35 reviews2 followers
June 14, 2020
Aku dah baca ketiga-tiga buku, dan aku terus review trilogi Takdir di sini.

Bagi aku, Takdir tiada isu yang terlalu besar. Cumanya ia tidak berapa kena dengan citarasa aku.

Disebabkan penulis ingin berdakwah dalam karyanya, dan menggunakan unsur Islam, maka jalan ceritanya menjadi terlalu simplistik dan terlalu mudah untuk dijangka. Baik lawan jahat, hitam lawan putih, Islam lawan bukan Islam.

Maka, apabila menggunakan naratif baik lawan jahat, penamatnya sudah dijangka bagaimana bentuknya. Sudah tentulah baik akan menang, takkan Islam akan kalah, ya tak? Oleh itu, ia membuatkan aku tak begitu teruja untuk baca kerana aku tahu pasukan mana yang bakal menang.

Citarasa aku juga tidak berapa berkenan dengan penamat yang terlalu 'happy ending'. Aku sukakan penamat yang lebih kepada 'bittersweet', yang apabila habis membacanya, ia mewujudkan satu perasaan yang bercampur baur-- gembira dan tenang, mahupun sedih marah. Ini lebih realistik, pada hemat aku.

Perkembangan watak-wataknya juga, pada pandangan aku, kurang menarik. Seperti yang aku katakan tadi, Takdir ini terlalu hitam dan putih, tiada yang kelabu. Sesetengah watak yang berhijrah dari jahat ke baik, berhijarah dalam perjalanan yang sangat mudah. Ya, hidayah itu milik Allah, tapi berbicara tentang sebuah cerita yang seharusnya lebih mendebarkan, ia tidak mempunyai perkembangan yang kuat untuk kita selami watak itu.

Dari segi penulisan pula, aku rasa macam agak banyak teknik yang diulang-ulang. Repetitive. Aku bukanlah penulis yang hebat, cuma style penulisan penulis sedikit membosankan kalau dibandingkan dengan penulis-penulis lain.

Walau bagaimanapun, ia merupakan satu trilogi dakwah yang baik. Macam aku kata, ia hanyalah citarasa aku. Dari keseluruhan -- menggabungkan elemen Islam, lokasi tanah-tanah suci Arab, latar belakang teknologi futuristik serta pertarungan yang seumpama anime -- ia satu novel dakwah (dan cinta) yang baik.

Ini percubaan pertama aku membaca tulisan Hilal Asyraf. Aku akan cuba baca yang lain. Dengar kata, saga Hero lebih sedap, ya?
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
June 4, 2015
Ingat lagi, masa beli Takdir 1 dulu, masa tu aku form5 (2012). Aku beli masa ada ekspo buku di sekolah. Tertarik dengan cover depan je padahalnya. Hahaha. Lepas tu aku abaikan untuk berfikir bila Takdir 2 akan diterbitkan. Dan pada satu masa, tahun 2013, adik aku bawa balik Takdir 2. Dia layan jugak rupanya.

Lepas tu baru aku menunggu Hilal terbitkan Takdir 3nya. Tunggu punya tunggu, aku dapat beli Takdir 3 di PBAKL2015 tempoh hari.

Masa di PBAKL2015 tu, di booth Galeri Ilmu...

Aku: (mencari Takdir 3)
Akak comel: (membelek-belek Takdir 1)
Aku: (dengan tak tahu malu) best buku ni kak. Nengok ni, saya nak beli yang ketiga dah.
Akak comel: owh. Citer pasal apa ni?
Aku: akak pernah nengok The Lord of The Ring?
Akak comel: pernah.
Aku: Hilal Asyraf ambil konsep sama dengan TLoTR, tapi versi islamic, dan futuristic.
Akak comel: owh. Thanks.
Aku: welcome.

Dan masa aku beratur nak bayar, akak tu beratur kaunter sebelah, dia pegang Takdir 1 dan 2. Dalam hati aku, "berpengaruh jugak aku ni rupanya". Kahkahkah.

2 hari membaca takdir. (Lebih kurang 30jam sahaja). Baca cepat sebab Takdir 3 berbeza dengan 1 & 2.

Takdir 1 - lebih kepada sesi pengenalan watak. Digarap baik oleh Hilal membuatkan watak-wataknya ditulis lebih terperinci.

Takdir 2 - pengembaraan semua watak.

Takdir 3 - Peperangan Agung terjadi.

Boleh dikatakan begitu plotnya. Tapi memang tiap-tiap novel ini ada peperangannya sendiri. Tapi takdir 3 ni, dari awal sampai habis asyik berperang je. Tu yang syok baca.

Aku tidak berminat dengan watak utama, Angkasa. Tapi minat dengan End Less. Suka wataknya walaupun tak banyak cakap. Sebab aku nampak cool. Dah la kuat. Dan lepas tu aku suka watak Izrayel sebab kelakar jugak mamat ni.

Watak paling bijak ialah Mughirah Syu'bah. Aku melopong bila Hilal Asyraf menulis Syu'bah memikirkan 876 kemungkinan yang bakal berlaku bila mereka berperang. Betul ini fiksyen, tapi nampak macam detail gila. Aku tak tak tahu sama ada Hilal betul-betul dapat listkan 876 kemungkinan itu atau tidak. Hahaha.
Profile Image for Hazwani.
1 review
May 4, 2015
1. "Di manakah pertolongan Allah?" mereka menjerit di dalam hati.
Menyatakan tawakkal bukan semata-mata doa dan harapan tetapi perlu di terjemahkan dengan usaha yang berterusan.

2. Ruh Faizan, Raja Ali, Que Ron, End, Izrayel, Ezzen contoh pemimpin yang begitu mementingkan rakyat dengan berbakti sedaya upaya mereka.
ms 10-11 : Ruh Faizan (Imam mengepalai Haji)
ms 62-65 : semua pemimpin (Bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah)
ms 117-118 : Raja Ali (membuat keputusan dalam keadaan yang getir)
ms 154-155 : Ezzen (menerima dan menurut perintah orang bawahan)
ms 171- : Izrayel , End (berada di barisan hadapan)
ms 267-270 : Que Ron (setia kawan)

3. Para Kiai iaitu Tuk Akram, Pertapa Arjuna, Panglima Terasing, Kiai Laut, Kiai Api dan Kiai Alam contoh ulama' atau agamawan yang benar-benar mengamalkan Islam dan membantu pemerintahan para pemimpin.

4. Mempercayai Janji Allah dengan sepenuh hati
"Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan. Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata , '(Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.' Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah). Dan sesungguhnya telah sampai kepada mereka (dengan perantaraan al-Quran), sebahagian daripada kisah-kisah dan berita (umat-umat yang telah lalu), yang mengandungi perkara-perkara yang cukup untuk mencegah mereka (daripada perbuatan kufur itu). (Yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurana, dalam pada itu, segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar) (Al-Qamar 54: 1-5)

5. Pemimpin menganjurkan munajat, tahajjud dan solat hajat secara besar-besaran semasa berlakunya kecelakaan pada sesebuah negeri.
Ruh Faizan dan Raja Ali menjadi imam dan berdoa munajat bersama rakyat memohon pertolongan Allah. Ini perlu dijadikan amalan. pemimpin memimpin rakyat kearah kebaikan.

6. Belia (remaja dan anak muda) diberikan tanggungjawab di dalam menyelesaikan masalah disamping bersama hikmah dan rujukan dari orang lama (orang yang lebih tua atau berpengalaman). contohnya panglima-panglima perang adalah sangat muda seperti Khalid Al-Walid, Mughirah Syu'bah. Waqqas Qadri, Angkasa, Aizan Fahmi, Arnav, Ashoka, Hudzaifah Yamani, Talhah Ubaidillah, Toriq Ziyad dan Yahya Waseem.

7. Tasbih, Tahmid, Takbir - dijadikan seperti perkataan yang biasa disebut oleh watak-watak cerita agar sentiasa mengingati Allah. Dengan mengingati Allah hati akan tenang.

8. Waktu subuh sudah semakin hampir. ms335
surah Hud 11 : 81-82
surah Al-Fath : 1 -10
menunjukkan kepentingan masa hampir dengan waktu subuh dan dinyatakan sebagai satu penanda aras kemenangan kepada Islam. Orang Islam yang boleh bangun awal dan subuh adalah orang yang hebat dan berjaya.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
472 reviews43 followers
October 3, 2023
Kekalahan demi kekalahan membuatkan kepercayaan Angkasa Sakti menjadi rapuh. Satu per satu perperangan mereka mengalami kekalahan.

SH setuju dengan kata-kata dalam naskah ini bahawa iman kita ada turun naiknya. Ada hari tinggi ada hari rendah. Setuju sangat. Kita sebagai manusia adakalanya terasa sangat terpukul apabila diuji. Dan di situlah orang sekeliling kita memainkan peranan. Sebagai mana orang di sekeliling Angkasa yang sering membantu dan mengingatkannya pada Allah.

Dan SH memang geram dengan perangai si munafik Ubay Wakeel. Memang orang beginilah yang sering membawa nama busuk kepada umat Islam. Walhal ajaran Islam bukanlah seperti apa yang mereka ini amalkan. Tapi dek kerana golongan inilah Islam sering disalah erti.

SH suka dengan kepelbagaian kekuatan dalam tentera Tanah Haram. Bukan sahaja mempunyai tentera yang kuat fizikalnya, namun juga punya Syu'bah yang hebat pemikirannya. Pakar strategi. Sentiasa berfikir beberapa langkah ke hadapan. Juga dengan Ezakiel yang handal menempa kelengkapan perang hingga mampu memperkuatkan tentera mereka. Juga dengan Maisarah seorang pemimpin yang bijak, baik hati yang sentiasa menyantuni rakyatnya.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,548 reviews41 followers
March 18, 2020
Selesai trilogi Takdir by Hilal Asyraf.
Kisah adventure perang futuristic. Dalam Kalam penulis sebut "Walaupun kelihatannya kisah Takdir ini penuh dengan aksi Ala komik Hong Kong atau mangga Jepun, apa yang saya cuba bawakan sebenarnya ialah perihal muhasabah terhadap keadaan umat ini. Kita lihat pada hari ini kita lemah dan tertindas. Namun hakikatnya itu semua adalah disebabkan eh diri kita sendiri, yang terus redha untuk lemah dan tidak berjuang. Sengaja saya reka cerita ini dengan me jadikan orang Islam sebagai penyebab kepada terciptanya Sang Asura (the Monster) ... "

Banyak kematian melibatkan Panglima penting, sangat sedih dengan kejadian di underground pit dalam Istana Long Berk sebelum Angkasa Sakti berjaya menusuk pedangnya mematikan punca kuasa Sang Asura.

Often while reading, saya akan a stop 2, 3 saat dan reflect tragedi di kalangan ummah dan krisis pandemic yang kita hadapi sekarang. Boleh check reviews untuk buku-buku beliau di Goodreads dan pilih satu untuk anda mula terokai minda Hilal Asyraf. Saya setakat ini baru baca 18 buku beliau, he's one of the authors yang saya recommend sangat. Penulis ini melalui buku-buku beliau yang lain terutama siri Hero dan trilogi Hikayat Satria Sejati yang saya dah baca, memang menggambarkan apa akan jadi 50 tahun - seratus tahun ke hadapan. Very interesting read

#BeCalmAtHomeBacaBuku
#BeCalmAtHomeMalaysia
1 review
May 11, 2015
Takdir: cahaya yang tidak terpadam.

Takdir 2: percaya yang tidak sirna

Takdir 3: janji-Nya yang tidak termungkir.

Trilogi fiksyen epik tarbiah. Epik. Like seriously. Saya yang asalnya minat novel cintun je pun boleh terlayan (2010 waktu tu takdir 1 keluar, sabar sampai 2015) That's how good this is.

Kerana yang hendak ditonjolkan bukanlah kehebatan mereka semua tetapi kehebatan Dia.

Mesej yang sama diulang ulang adalah, yang hebatnya kiai, yang hebatnya teknologi zaman itu (siap ada makhluk genetic half-serigala half-harimau bintang, gergasi, penguasaan aura, wilayah terapung di langit), yang hebatnya Si Asura, yang geniusnya idea perang pihak musuh dan pihak agama langit. semuanya, semuanya daripada Allah.

Tetapi manusia zaman sebelum mereka lupa. Kufur dalam lautan nikmat dan teknologi hingga mahu cipta malaikat, mahu cipta Tuhan itu sendiri. Islam hanya pada nama. Bertuhankan teknologi.

Dunia berantakan kerana perbuatan tangan manusia. Dan atas tangan manusia zaman inilah perjuangan untuk memakmurkan dunia ini kembali dengan Islam.

Tiada perjuangan tanpa pengorbanan.

p/s: buku ketiga ni separuh adalah scene di medan perang. Hilal Asyraf described it with style.
Profile Image for srwhsng.
24 reviews5 followers
February 25, 2022
i love when finally Sang Ashura died , i just love this series so much.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hanis Alysa.
19 reviews1 follower
July 29, 2021
Trilogi Takdir versi tulis semula oleh Hilal Asyraf ⚔️
5/5 ⭐
Takdir 1: Cahaya Yang Tidak Terpadam
Takdir 2: Percaya Yang Tidak Sirna
Takdir 3: Janji-JanjiNya Yang Tidak Termungkir

Kisah Angkasa Sakti, seorang pemuda yang telah diamanahkan untuk mengubah dunia daripada terus diselimuti kegelapan di bawah pemerintah Sang Ashura yang mengaku sebagai Tuhan. Sang Ashura dan lima jeneralnya mula menguasai dunia. Selepas Sang Ashura menumbangkan Kesatuan Lima Kerajaan, dia menubuhkan Kerajaan Utopia serta wilayah-wilayah lain di atas tanah Kesatuan Lima Kerajaan. Sesiapa sahaja yang menghalang mereka pasti akan dihancurkan terutamanya manusia yang bergelar Muslim.

Isu utama dalam trilogi ini adalah usaha untuk membebaskan dunia dari cengkaman Sang Ashura dan memakmurkan Islam ke serata dunia. Daripada lima kerajaan, Kerajaan Tanah Haram Makkah satu-satunya tanah umat Islam yang tinggal sejak kemunculan Sang Ashura. Namun semakin ramai orang telah beriman kepada Sang Ashura yang disangka Tuhan. Kehebatannya tiada tolok bandingnya. Manusia mula mempersoalkan kewujudan Allah Maha Esa sehingga agama Islam semakin hilang dari dunia.

Trilogi ini penuh dengan aksi dan pengembaraan seolah-olah kita sedang mengalaminya. Apa yang sentiasa menarik minat saya adalah setiap babak pasti membuatkan saya muhasabah diri dan membayangkan keadaan umat Islam pada akhir zaman ini. Juga, di setiap babak akan diselitkan peringatan dari Al-Quran dan Hadis serta sirah Nabi. Bagi sesiapa yang menghayati novel ini pasti akan mengalirkan air mata — perpisahan, kematian dan kekalahan merupakan ujian yang menguji keimanan. Walaupun kita yakin bahawa pada akhirnya nanti Islam akan menang, namun perjalanan untuk mencapai kemenangan itu tidak mudah. Antara dialog kegemaran saya dalam novel ini:

"Sesungguhnya Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya itu, bukan orang suruhan kita. Dia tidak sering memberikan apa yang kita nak, tetapi Dia pasti akan memberikan apa yang kita perlu."

"Kemenangan yang hakiki itu adalah apabila kita diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalan syurga."

"Apa yang mempamerkan kelemahan iman adalah kerisauan tidak henti-henti sehingga menyangka Allah SWT sudah berpaling dan tidak bersama kita. Itu putus asa dengan rahmat Allah SWT."

"Jangan hanya takdir-Nya yang baik untuk kita sahaja kita raikan, manakala takdir-Nya yang buruk, kita anggap sebagai suatu kecelaan."

Saya sangat sarankan kalian membaca trilogi ini. Sejak di bangku sekolah, saya sangat mengagumi penulisan Tuan Hilal Asyraf kerana ayat-ayatnya yang membina jiwa. Idea penulis sentiasa lain daripada yang lain. InsyaAllah nanti saya akan dapatkan karya penulis yang lain seperti siri Hero dan Hikayat Satria Sejati.
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
June 23, 2019
Naskah ke-3 dan terakhir dlm siri Takdir. Tajuknya sangat simbolik melambangkan isi kandungan buku ini. Janji yang tidak termungkiri, seperti doa yg selalu kita baca selepas azan "sesungguhnya engkau tidak memungkiri janji."
Perjuangan Angkasa bersama sahabatnya - End Less, Aizan, Izrayel, Ezzen, Que Ron, Mughirah Syu’bah Ashoka, Arnav masih belum selesai. Sang Asura sedang merancang utk menyerang Tanah Suci. Kekalahan yg lalu ini masih tidak dpt menyedarkan Sang Asura akan kebenaran dan keagungan pencipta sekalian alam - Allah S.W.T. Dalam tempoh 6 bulan ini, pemimpin dan panglima Tanah Suci tidak pernah alpha. Mereka telah merancang dan mempersiapkan tentera-tenteranya utk peperangan terakhir.
Sesuatu yg tidak dijangka telah berlaku ketika berakhirnya ibadah haji. Ketika rombongan jemaah dlm perjalanan pulang, mereka telah diserang hendap. Sang Asura telah merancang sesuatu. Semua kiai telah diculik. Ruh Faizan telah memanggil mesyuarat tergempar di Tanah Suci. Semua panglima dipanggil dan mereka perlu membuat keputusan penting demi menyelamatkan kiai yang telah diculik.
Peperangan tidak dapat dielakkan lagi. Kiai perlu diselamatkan dan Sang Asura perlu ditewaskan. Misi rahsia Angkasa dan Aizan menjadi harapan utk mereka semua. Di sini mereka diuji utk terus berserah dan percaya kpd Allah. Kejayaan dalam peperangan bukan ditentukan oleh bil tentera yg ramai, sebaliknya oleh keimanan & kepercayaan.
Novel ini gabungan perang, aksi pertarungan, persahabatan, kekeluargaan dan yg penting kisah ini memaparkan sesungguhnya janji Allah itu pasti. Kita sbg hambanya perlu percaya sepenuh hati yg bantuan Allah akan tiba tepat pd masa kpd hamba-Nya yang dikasihi. Kemenangan pasti milik mereka yg berjuang dijalan Allah.
Save the best for last – itulah yg menggambarkan kehebatan Izrayel & End. Mereka berdua panglima yg hebat, Mughirah Syu’bah pula pakar strategi. Gabungan mereka telah menjadikan peperangan terakhir ini sgt hebat. Manusia, makhluk genetik, kaum gergasi semua bergabung utk menentang Sang Asura. Kejutan & halangan perlu ditempuhi sebelum kemenangan tiba.
Profile Image for Tonnesofbooks.
78 reviews2 followers
October 21, 2021

Kepulangan Angkasa dan Aizan kembali ke Tanah Haram dalam keadaan yang menyayat hati memberi tamparan yang hebat kepada orang-orang yang menyambutnya di gerbang pintu. Penahanan Endless dan Izrayel menambah kerisauan yang bersarang di hati masing-masing terutamanya hati Angkasa. Pertarungan dengan Sang Ashura membuatkan dia lupa bahawa, takdir itu tetap milik Tuhan. Kekuatan Sang Ashura sangat menggerunkannya hinggakan dia lupa tentang tawakal. Di tambah lagi dengan pendedahan identitinya oleh Sang Ashura, ternyata benar-benar menghilangkan semangat juang yang dimiliki oleh Angkasa.

“Aku hanyalah ciptaan Angkasa Sakti sebelum ini. Alat dan senjata untuk menumbangkan Sang Ashura. Aku bukannya manusia yangs ebenar. Aku hanya alat yang dipergunakan oleh Angkasa Sakti, oleh Bapa, oleh perjuangan ini.”

Persoalannya, apa benar Sang Ashura memang tidak akan mampu dikalahkan?

Apa strategi dari prodigi medan perang tetap tidak mampu melemahkan Sang Ashura?

Apa Angkasa itu hanya alat yang dicipta untuk menumbangkan Sang Ashura?

Siri terakhir ini menggabungkan keteguhan iman dan kepercayaan yang jitu dari siri pertama dan kedua seterusnya meyakini bahawa Tuhan itu tidak akan pernah memungkiri janji. Penceritaan yang baik diadun dengan emosi yang berkecamuk menjadikan jalan cerita itu hidup. Sepanjang pembacaan, jantung aku berdegup kencang menanti kejutan demi kejutan yang bakal dipersembahkan oleh penulis. Lebih-lebih lagi untuk menjawab persoalan yang wujud dari siri pertama.

Ah, aku jarang berminat dengan mana-mana watak di dalam buku yang aku baca tetapi untuk buku ini, aku meminati watak Jeneral Syu’bah. Kebijaksaan dalam mengatur strategi peperangan ditambah pula dengan ketenangan yang dimilikinya menjadikan dia watak yang aku sukai😍 rasa nak suruh sampaikan salam🤣 (tiberhhh)

Aku kira Trilogi Takdir ini akan menjadi antara buku yang akan aku cadangkan kepada orang ramai. Pengajaran yang disediakan, jalan cerita yang menarik diadun dengan elemen pertempuran, keagamaan, kehidupan dan sebagainya menjadikan buku ini sesuai dibaca oleh setiap peringkat umur.
Profile Image for Marni Arshad.
77 reviews1 follower
December 30, 2023
"Setiap sesuatu ada asbabnya. Kita tidak boleh mengharap Tuhan membukakan kita laci, sekiranya kita tidak memenuhi sebab-sebab untuk sesebuah laci terbuka."

🔸🔸🔸

Buku ini merupakan perjalanan terakhir trilogi Takdir, di mana bacaan ini sangat memuaskan hati dgn disajikan banyak pertarungan² sengit antara tentera Kesatuan Ummah dgn Kerajaan Utopia.

Kemenangan sentiasa berpihak pada musuh. Menerima pukulan demi pukulan, kepercayaan kepada Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya menipis. Angkasa Sakti, terutamanya teruji keyakinannya.

Angkasa Sakti dipukul dgn pendedahan yg hampir meranapkan semangatnya, sebelum terungkainya rahsia sebenar. Pengakhiran ceritanya pula, mengingatkan saya pada cerita The Lord of the Ring.

🔸🔸🔸

Suka saya pada kekuatan dan peribadi Maisarah, sepanjang cerita ini. Begitu juga kebijaksanaan Mughirah Syu'bah yg terserlah sebagai pakar strategi perang. Tidak lupa watak Ezakiel yg tidak sesekali berputus asa dan berusaha keras menempa kelengkapan perang yg terbaik menggunakan kebolehannya. Saya juga takjub dgn sifat berani kesemua tentera yg melawan kebatilan demi menegakkan kebenaran sehingga ada yg terkorban.

Manakala watak Ubay Wakeel, si munafik, memberikan pengajaran besar buat pembaca. Bahawa orang sebegini membusukkan nama agama dan meruntuhkan kesatuan ummah.

Pembacaan penutup tahun 2023 yg sangat memuaskan hati. Saya bagi 5⭐.

Selamat Tahun Baru pada semua 🤓
Profile Image for TSam.
189 reviews13 followers
August 19, 2021
*4.5

Pengakhiran yang memuaskan.

Kalau buku pertama dan kedua sy ada nyatakan yang kedua buku tu kurang fokus terhadap watak utamanya, Angkasa Sakti, buku ketiga ni betul2 fokus padanya - tentang peritnya menanggung beban tanggungjawabnya sebagai orang yang 'ditakdirkan' untuk menumbangkan Ashura dan beberapa kegagalan di hadapinya untuk menunaikan tanggungjawab itu, serta konflik dalaman tentang identiti sebenarnya.

Ada beberapa watak yg sebelum ni x begitu memainkan peranan sangat dlm kedua buku seblum ni, tiba memainkan watak yg amat penting seperti Muadz. Confused kejap fikir siapa dia? Ada juga watak yg sebelum ni hanya muncul buat beberapa tika tapi sangat menyerlah dlm cerita kali ni seperti Jeneral Muda Syubhah.

Pertarungan akhir terasa saspen dan sengitan itu - walaupun dlm diri pembaca dah boleh agak siapa menang tapi persoalan tentang 'kemenangan sebenar' bagi muslims sedikit sebanyak memberi rasa keraguan akan perkara itu dan membuatkan pembaca lebih faham tentang semangat juang watak2 ni. Apa lagi yg mendorong mereka walau keadaan seperti tidak menyebelahi? Sangat sesuai dengan tajuknya 'Janji-Nya yg tidak termungkir' yg menjadi fokus utama penceritaan ini.

Sangat rekomen siri ni jika ada yg minat fantasi yang bnyk menyelitkan pengajaran islamik, juga sesiapa yang meminati fantasi-aksi.
21 reviews
February 1, 2022
Aku habis baca buku ni dalam 10 hari macam tu.

Buku 3 ni genre dia bertumpupada peperangan. Sebab ending buku 2 tu Angkasa dan Aizan balik dalam keadaan cedera parah. So buku 3 ni banyak pasal Angkasa nak kalahkan Sang Ashura dan at the same time nak selamatkan Endless dengan Izrayel.

Plot dia lebih kurang sama dengan Nirnama sebab aku baca Nirnama dulu baru aku sambung buku 3 ni. Cuma setting je la lain. Nirnama zaman Melayu dulu2. Takdir ni more to future. Ada la elemen2 futuristik dengan makhluk genetiknya, makhluk gergasinya.

Macam biasa, yang baik akan menang la lastly and Angkasa kawin dengan Maisarah. Aizan jadi raja sebab Maisarah pass tugas tu dekat abang dia. Cerita ni bagi aku sakit kepala sikit la sebab bila nak menang tu, ada part kalah teruk. Tapi aku tak puas hati sikit la part Sang Ashura tu kalah sbb bukan mati di tangan Angkasa Sakti, walaupun Angkasa la yang hapuskan sumber kekuatan dia.

Part lawan Long Berk tu sangat sengit la sebab dia je yang susah nak kalah. Kena dua orang lawan baru boleh kalahkan dia tu pun kena guna banyak tenaga.

Apa yang aku pelajari dari trilogi Takdir ni, kita kenalah berdoa, usaha dan tawakkal. Tu la kunci kejayaan.
Profile Image for Mirul.
48 reviews6 followers
October 12, 2022
( ( ( REPOST REVIEW ) ) )



Takdir 3: Janji-Nya Yang Tidak Termungkir


Pertama sekali tahniah aku ucapkan buat Tuan Hilal atas karya yang cukup 𝘵𝘩𝘳𝘪𝘭𝘭𝘪𝘯𝘨 dan padat dengan mesej-mesej yang berpandukan kitab suci Al-Quran.

Pada aku 𝘱𝘭𝘰𝘵 𝘱𝘳𝘰𝘨𝘳𝘦𝘴𝘴𝘪𝘰𝘯 serta kejadian yang terdapat pada karya penutup ini sangat baik, bermula dengan penambahan jeneral-jeneral terbaharu, 2 Kiai terakhir, misi menyelamat Okhrana, penaklukan Janggel, pengorbanan terhormat Jiwa ( Sukma ) Membara ( Api ) misi menyelinap Tanah Haram, asal usul Angkasa Sakti dan lain-lain.

𝘚𝘤𝘦𝘯𝘦 yang paling aku terkesan sekali bila mana Ezakiel bermati-matian menentang Sang Ashura tanpa sekelumit pun rasa gentar, serta 𝘮𝘰𝘮𝘦𝘯𝘵 terakhir Sang Ashura itu sendiri bersama-sama Endless.

Aku sejujurnya suka dengan kelainan perang yang dibawakan oleh Tuan Hilal biarpun aku tetap berharap yang Angkasa Sakti lah akan menentang Sang Ashura satu 𝘷𝘴. satu pada pertempuran akhir.

Cumanya, konsep 𝘩𝘢𝘱𝘱𝘺 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 yang terlalu 𝘩𝘢𝘱𝘱𝘺 𝘦𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 pada penutup Trilogi kurang menepati citarasa aku sedikit....mungkin kerana aku agak kejam? hehehe

Sekali lagi tahniah Tuan Hilal dan selamat maju jaya dalam berkarya.


( 4.2⭐ )
5 reviews1 follower
July 20, 2022
Overall siri Takdir (versi tulis semula) memang dapat capture inspirasi LOTR cuma mungkin kerana selesai baca HSSS dahulu, cant help to compare dan memang HSSS menang secara overall bagi saya.

Cuma untuk Takdir, yang positif:
1. Terharu bab protagonis "aku khilaf, ya Rabb". Yang tu memang sebak
2. Strategi perang yang agak menarik, nampak well thought of

kritikan untuk Takdir:
1. Main villain agak kurang menarik berbanding Lutello
2. Konsep aura yang tidak berapa structured seperti HSSS
3. Kisah romance Angkasa Sakti vs romance Ariki, sememangnya Ariki menang kerana build up dan climax dia kemas tetapi untuk AS & Maisarah seolah diberi hype pada awal kemudian buildup agak perlahan dan tiba2 selesai

Tapi overall penulis pun pernah maklumkan Takdir vs HSSS, HSSS memang properly structured jadi points di atas sekadar mentahkikkan kisah di sebalik penghasilan 2 siri ini.

Tetap enjoyable to read.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Anita Awang.
45 reviews
July 18, 2021
Novel yang terakhir untuk siri Takdir.

Sepanjang saya baca novel ni, pertempuran atau aksi, saya hanya baca seimbas lalu, mungkin kerana saya masih belum terbiasa membaca novel aksi.

Tapi sepertimana saya katakan sebelum-sebelum ini, setiap buku punya pengajaran. Dan salah satunya, bagi saya, adalah jangan sesekali berputus asa. Usaha yang seringkali gagal, tidak semestinya ia akan gagal selamanya.

Watak kegemaran saya dalam siri Takdir ini adalah Mughirah Syu'bah, seorang pemikir atau prodigi medan perang.

Oh ya, sebelum saya beransur pergi ke buku seterusnya, buku ini mengangkat martabat wanita terutamanya dari segi kepimpinan. Tahniah buat penulis.

#MalaysiaMembaca
Profile Image for Ernah842.
35 reviews
February 11, 2022
Ini yang terakhir dalam siri Takdir. Saya sudah mula merindui sejak saya sedar tiada lagi novel Takdir untuk saya baca selepas ini.

Penulisan saudara Hilal yang sentiasa buat saya menginsafi diri. Bait-bait terjemahan Al-Quran sangat relevan sehingga menyentuh jiwa. Mengalir airmata saya.

Hilal berjaya membuatkan saya lebih mengerti akan makna Takdir dan mengajar saya menerima ketentuan yang bukan kehendak kita. Allah jua yang Maha Mengatur & Mengetahui.

Sila usahakan untuk miliki siri ini. Anda pasti menemui sesuatu yang anda rasa anda tahu tapi terlalu sedikit pengetahuan itu.
Profile Image for Huda Harith.
48 reviews
October 4, 2022
Will edit my review later.

Yang paling menarik waktu Mughirah Syu'bah lawan dengan Rafayel.

Takdir buatkan aku berfikir pasal diri sendiri. iman ini turun dan naik tanpa kita jangka.
Betapa setiap waktu sebenarnya kita diuji dari segi sikap kita, musibah yang datang dan orang sekeliling. Mampukah kita hadapi hidup ini sentiasa meningati Allah dan mensyukuri nikmat, serta percaya yang tidak sirna. Akan ada satu tahap yang kita diuji, dan membuatkan kita rasa kecewa dan berburuk sangka, kenapa aku?
Profile Image for Ijjah.
68 reviews
March 13, 2023
Saya memang dah baca buku genre fantasi dari dulu lagi tapi selalunya bahasa inggeris. sebagai seorang yang jarang baca fantasi sebab world building dan bahasa susah faham, trilogi takdir membuatkan saya nak baca buku fantasi semula! i can imagine all the action scene, the world was being describe carefully and i can understand it easily. and i love the character development!!!

this trilogy has to be the best one so far I've read this year.

if you have doubts about reading this trilogy and you ask my opinion if you should read it or not, my answer will always be YES. PLEASE READ⚔️
Author 3 books
May 13, 2017
Akhirnya selesai juga triologi Takdir ini. Saya yang sememangnya peminat buku sci-fi dan fantasi amat berpuas hati dengan novel ketiga karya Hilal Asyraf ini. Dengan menggabungkan elemen fantasi dan nilai-nilai Islamik, novel ini bukan sahaja membawa kita mengembara ke dunia imaginasi tetapi juga mendekatkan diri dengan Pencipta. Berkali-kali Sembilan Kiai menjelaskan, kelebihan yang mereka ada semuanya datang daripada Allah SWT.

Tidak sabar menunggu karya Hilal Asyraf yang seterusnya.
Profile Image for btrsyaaiman.
78 reviews8 followers
January 19, 2021
5/5⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Sangat sangat best. Saya tak kisah apa orang lain nak kata, tapi bagi saya, takdir versi baru nih sangat sangat best. Saya sangat suka dengan element Islamik yang Tuan Hilal letakkan dalam karya beliau. Teruskan berkarya!

Jadi sesiapa yang ragu-ragu untuk membaca, saya sangat rekomen untuk buku ini dibaca😆😆😆⭐️

Oh, watak yang sangat saya gemari Endless dan Mughirah Syu’bah❤️❤️❤️
Profile Image for Nur Rafiqah.
18 reviews1 follower
February 19, 2021
Bila teringat semula bacaan Takdir 1 sampailah habisnya Takdir 3, perjalanan cerita ini nampak jauh, sukar, thrilling sebab macam-macam peristiwa berlaku tapi dihiasi juga dengan manis persahabatan dan kasih sayang. Overall, saya suka journey ini. Terima kasih penulis :)
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
March 8, 2024
Buku ketiga ini memang menggegarkan jantung.. Bermula dengan kekalahan yang tak terduga namun kemunculan bantuan yang tak dijangka membantu mereka berundur dan bersedia dengan lebih baik lagi.. Seperti tajuknya, kemenangan milik mereka namun bukanlah dengan mudah..
60 reviews1 follower
August 19, 2024
Ending dia puas hati tu je nk ckp. Recommended untuk sapa2 yang suka imaginasi tinggi. Sebb saya mula2 mmg tak dapat nak imagine fight scene, lama2 baru boleh adapt and terasa power betul penulis punya imaginasi utk describe each pertempuran tu.
Profile Image for Yana.
28 reviews2 followers
June 11, 2019
Lepas dah tertarik dengan watak end less dalam novel kedua, terus nekad beli yang ini.
Dah habis baca ni, baru cari novel pertama.
Profile Image for Puspa Mazuina.
17 reviews
July 17, 2019
A very good book.tak sangka boleh habiskan ketiganya sebab my first expectation adalah buku ini mostly tentang dakwah Islam.tapi sebenarnya tak.Aku suka jalan ceritanya.5 stars
Profile Image for Aisyah Humaira'.
7 reviews
May 13, 2020
Sangat best. Tak sangka IZRAYEL dan ENDLESS akan diselamatkan oleh TENTERA TANAH HARAM. Dan tak sangka ANGKASA SAKTI dan MAISARAH akan menjadi pasangan suami dan isteri 👏👏
Profile Image for syamam.
3 reviews1 follower
August 5, 2021
Sesungguhnya janjiNya tidak akan mungkir
Displaying 1 - 30 of 45 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.