Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aslan

Rate this book
Akid Aslan. Bukan hanya nama, karakternya juga persis singa. Dominan dan bengis. Daneen Medina. Kuat memberontak dan suka melawan.

Mereka tak pernah kenal rapat. Jumpa pun hanya sesekali, bercakap hanya sepatah dua. Tapi tiba-tiba harus menjadi suami isteri. Hanya kerana Gibb, Daneen turutkan.

"You stay here . Do whatever you want. But only in this room." - Aslan

Sikap terlebih melindungi Aslan buat Daneen curiga. Beberapa insiden berlaku sejurus selepas status Mrs Aslan dipegang. Daneen tahu ada yang tak kena, ada yang Aslan rahsiakan. Tapi, apa?

" I trusted you, Aslan. I pilih untuk percayakan you. Kenapa you buat I macam ni?" - Daneen

Kebenaran yang terbongkar melukakan Daneen. Aslan berjanji mahu betulkan keadaan. Namun, kesalahan Aslan terlalu besar. Terlalu payah mahu dilupakan.

"Daneen patut tahu semua ni, Aslan!" - Sarah
"Itu bukan urusan you, Sarah! I've warned you. Bila you libatkan Daneen, bermakna you sengaja cari pasal dengan I!" - Aslan

Aslan sanggup mati demi Daneen.

Aslan sanggup lepaskan segalanya untuk Daneen.

Adakah itu cukup untuk menebus apa yang telah Aslan lakukan? Dan adakah pengorbanan Daneen terhadap Gibb itu berbaloi?

554 pages, Paperback

Published April 1, 2020

2 people are currently reading
58 people want to read

About the author

Shazie Kamaruzaman

10 books55 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
42 (41%)
4 stars
35 (34%)
3 stars
19 (18%)
2 stars
5 (4%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
July 8, 2020
Maaf. Aku dah cuba baca tapi tak boleh masuk. Tak kena dgn jiwa. Tiga minggu aku cuba bagi ruang dan peluang tapi tetap tak boleh. Kenapa ya hero tu kena rahsia sgt2 dgn wife dia. Sampai page 120 aku baca bukak tutup bukak tutup last2 Aku jual Preloved. Selesai. :( Maaf andai kau terluka maaf ku tak sengaja tanpa sedar sakitimu sesalku.....
Profile Image for Kdjxh.
108 reviews4 followers
July 4, 2020
If I were Daneen I pun akan marah jugak dengan Aslan yang asyik nak rahsia semua benda. Daneen pun mengundang juga perangai dia tu, asyik tak dengar kata Aslan.

Aih dua ketul ni. Tapi Aslan sangat protective I love!
Profile Image for adahaz .
79 reviews2 followers
September 9, 2021
Aku rasa author baru habis layan drama Turki masa tulis cerita ni. Banyak pengaruh Turki dalam ni. Terutamanya, “uufff.” Sekali dua tak apa, tapi berulang banyak sangat.

Walaupun novel ni boleh dikategorikan light reading, perangai degil Daneen dan perangai perahsia Aslan betul-betul bikin runsing.

Despite that, masih boleh dilayan.

3/5
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
October 14, 2022
Penat betullah aku dengan cerita atas katil novel ni. Ugh.

The plot twist? Ok-ok lah.
Profile Image for Ynah Smdg.
108 reviews16 followers
June 24, 2020
Balik2 sentuh menyentuh sampailah muka surat 223 barulah ada magnet. Konflik sikit2.. Tp Aslan mmg gentleman. Kisah yg pendek sebenarnya.. Sebelum start baca, saya baca biodata penulis, katanya dia suka tengok movie. Apabila dibahagian epilog, saya mula membayangkan movie apakah penulis dah tengok.. 😅.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,029 reviews377 followers
May 12, 2020
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

N harap N tidak menyinggung perasaan sesiapa bila N katakan cerita ini ibarat Fifty Shades versi shariah compliant and halal version. Banyak betul bab cium dan bergusti-ala-pengantin dalam novel ini. Perhaps some warning is warranted?

I don't think this story is suitable untuk anyone bawah umur but hey, read what you want. Whatever rocks your boat, sis!

Jalan cerita ini N boleh katakan agak complicated sebab ada crime and mystery involves which makes the story interesting. I like Aslan very much tapi N harus akui Aslan is a bit of a controlling, dramatic asshole. Entah kenapa nak berahsia banyak sangat pun N tak boleh nak faham. Berkahwin pun dengan wanita dewasa, bukannya dengan brainless 16-years-old.

Highly recommended!
Profile Image for LA.
113 reviews7 followers
March 2, 2022
(BUKU 16 | 2022) 3.5/5🌟
Habis je baca cerita ni perkataan Ufff, Uffff, Uffff terngiang-ngiang dalam kepala 😅😂
Siapa yang minat cerita yang membawa vibe drama Turki, lelaki yang hawtt, dominan etc, bolehlah baca 👍🏻
Profile Image for Naskylark.
66 reviews5 followers
May 29, 2020
Argghhhh stressnya, control freak sangat Aslan ni. Ye memang dia sweet, protective, loving, caring, romantik bla bla bla...tp aku yg baca pun rasa geram tahap control dia tu. Dah la banyak sangat berahsia dgn wife sendiri.

Overall cerita ok, best, an enjoyable read. Suka bila author tukar2 POV. Kita lebih boleh faham apa ada dlm hati watak hero n heroin.
Cuma geram part Aslan kuat control tanpa explanation. Kalau dia explain sebab dia buat mcm tu kat wife dia boleh je terima n follow arahan dia. Tak habis2 dgn ayat "you don't need to know, I buat ni utk kebaikan you". Erghhh..🙄

Tak berkenan banyak sangat adegan kiss dan kurang sopan. Ayat2 Aslan kat Daneen pun banyak berbaur sensual. Tau la suami isteri, tp bacaan ni tak sesuai utk bawah umur.

One more thing, I seriously geram dgn perempuan yg bila laki buat bad things kat dia, dia sakit hati, sedih, kecewa gila, tp sekali laki tu pujuk dgn kiss2, goda sikit, eh terus cair hilang rasa marah tenggelam dalam dakapan pulak dah. Seriously that easy? Lepas dah setel semua, menyesal kenapa aku mudah tergoda, pastu emo balik. Hmm..tak berkenan betul kalau ada heroin gini.

I bagi 4 bintang ok, kira best la ni. Kurang satu bintang sbb stress dgn perangai hero heroin tu je 😅
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
September 27, 2020
[BOOK 57]

Aslan by Shazie Kamaruzaman.
.

cerita ni saaaaaangattt manis. Entah-entah, boleh dapat diabetes dah ni.
.

Akid Aslan. Si singa. Seorang yang sangat berpengaruh sampaikan bila dengar nama Aslan je, orang akan mencicit macam tikus.
.

Daneen pulak, kerana sayangkan abangnya, Gib, dia kahwin dengan Aslan. Tapi tujuan sebenar perkahwinan ni dirahsiakan daripada Daneen. Lepas tu, mulalah Daneen cari pasal sebab dia geram bila Aslan berahsia. Tapi bila Aslan mula memujuk, terus cair.
.

Personally aku rasa cerita ni terlalu manis untuk bacaan bawah umur. hahaha...Sebab aku rasa, tarikan di antara Aslan dan Daneen lebih kepada sensual gitu, last-last baru rasa cinta tu.
.

Lagipun, sebenarnya, segala mak nenek rahsia yang disembunyikan tu, aku rasa quite predictable, except for tujuan Gib kahwinkan adiknya dengan Aslan tu. Lepas tu kan, si penjahat tu pun, dah boleh diagak sebenarnya, tapi tu la, bila nak teka je, terus tunjuk part sweet. hahhaa. so, terus lupa.
.

Best je kot kalau dapat suami protective cam Aslan ni. Tapi kalau over sangat, tak best jugak kan?
Profile Image for Arcanes0ul .
36 reviews
February 20, 2022
4.86/5🌟

Kita suka main characters and cara penulis describe character memang rasa real. Tapi untuk jalan cerita agak slow so kita fokus pada watak utama untuk cari balik keseronokan membaca novel Aslan ni.

Istg novel ni mungkin akan jadi one of my fav novel untuk 2022, sebab first time baca novel yang kita boleh letakkan diri as heroin coz selama ni memang takkan bayangkan diri ni sebagai heroin. Tapi untuk watak daneen perangai dia almost 95% sama hsjasjsbsjs okii dah.

Overall memang best teruk!
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
May 12, 2020
Seperti selalu, Shazie Kamaruzaman punya signature mesti utk bacaan dewasa. Banyak adegan suami isteri dipamerkan tetapi yg buat saya kagum, tiada sikit pon saya rasa terganggu berbanding dgn novel2 Shazie sebelum ini.

Mungkin jln ceritanya agak lari dari kebiasaan. Lebih byk teka teki dan menjadikan para pembaca lebih fokus utk mengetahui siapa dalang disebalik apa yg berlaku. Walau aksi teka teki itu tak seberat dgn novel yg bertemakan pure thriller, namun ianya memberi impak juga kepada pembaca utk terus membaca dan mencari kenapa Aslan dan Gibb sgt melindungi Daneen.

Karektor Aslan yg tidak suka menerima arahan kadang kala buat kita geram. Bila Daneen rs bengang dgn sikap Aslan, dgn saya sekali rs nak cekik si Aslan tu. Tak reti bahasa. Punya lah Daneen minta ruang utk bertenang, tetapi Aslan tetap Aslan. Memang dia tak pedulik. Yang dia tahu, Daneen adalah miliknya dan Daneen mesti sentiasa berada di depan matanya.

Sebenarnya jika kita fokus kepada jln cerita ini, kita dah boleh agak siapa dalang yg mahu mengancam nyawa Daneen. Cuma penulis bijak mengaburi 'misteri' tersebut dgn adegan sweet meleleh Aslan dan Daneen.

Apapun, tahniah utk cerita ini. Tak dinafikan naskah penulis kali ini lebih hebat. Tahniah utk IKP juga kerana menerbitkan cerita yg best ini👍
Profile Image for Khai Adeen.
73 reviews5 followers
September 7, 2020
Sweet, geram, rimas, sweet balik hehehe. Susah kalau hero control freak. Tapi interesting to read. Tu yg cepat habis tu 😬
1 review
Read
May 20, 2020
Penceritaan yg menarik.. boleh manarik pembaca gila bayang pd watak utama. And paling berbeza sekali dgn buku2 sebelum ni.. more konflik. BUT this novel PERLU letak rate. Bacaan dewasa. 18sx maybe. Penerbit perlu aware dgn buku2 dan jln cerita yg akan diterbitkan. Overall, utk diri I yg dah berkahwin, I love it. And ofkos I kena sorok buku ni drpd adik2 perempuan I yg masih bwh umur.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
July 20, 2020
Tak tau nak bagi 4 ke 5 bintang..

5 bintang, sebab story best, ada lar sedikit klise, predictable plot, tapi still good.

Turun ke 4 bintang sebab, makin membaca makin annoying pula dengan watak Aslan yang perahsia sangat tak kena gaya. Kalau dia buka mulut dan berterus terang je dengan Daneen kan senang. Why make it complicated if you can make it simple? Sis tak paham. Lepas tu Aslan ni kalau Daneen tanya, boleh buat derk je, rasa annoying lar. And also control freak. 😂

Daneen pula, jenis memberontak, keras kepala, degil, rasa nak hentuk je pala dia kat dinding sebab selalu tak dengar cakap Aslan. Meluat pula.

Lagi satu, bila baca je, mesti end up scene Aslan dan Daneen tu atas katil. Adoi.. Bila banyak kali sangat, rasa macam tak berkembang cerita ni. Hahaha...

Sorry cik penulis..my 2 cents review. Ini apa yang sis rasa. Jangan marah ye. Peace!
Profile Image for Qamarina.
41 reviews5 followers
August 26, 2020
Cerita menarik sgt2 n smooth.. aslan, husband material yg mmg sgt2 protective romantic to his wife Daneen... 1st time baca buku karangan penulis Shazie ni..ada sedikit clichéd tpi still boleh diterima... overall superb.. 👍👍👍😍
Profile Image for Dazeline.
8 reviews2 followers
September 26, 2020
Agak terganggu dengan "ufff" dalam dialog yang saya rasa agak banyak digunakan. Hurm, dah nak habis baru banyak benda terungkai and rasa macam lahh... kenapa nak rahsiakan benda ni? But its okay, saya masih boleh baca sampai habis.
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
May 25, 2020
Best 😍
Profile Image for FireflY.
7 reviews2 followers
November 7, 2020
Cukup rempah ratus seorang yg bernama Akid Aslan..
❤️❤️❤️
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
November 23, 2020
Karya pertama daripada penulis yang kubaca . Konflik yang tidak berat dan masih boleh dihadam .
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
September 19, 2020
Novel Aslan ni mengisahkan Daneen dan Aslan yang berkahwin atas sebab yang dirahsiakan daripada Daneen. Daneen setuju atas permintaan abang dia, Gibb yang aku ingatkan pakwe dia, based on the blurb. Hahaha nasib baik penulis clarify dalam novel kalau tak memang kesudah aku ingat dia pakwe Daneen.

Aku rasa plot novel ni biasa saje and halangan dalam hubungan Daneen dengan Aslan pun just the secret of their marriage. Tu pun aku boleh agak kenapa Aslan setuju kahwin dengan Daneen. Yang aku tertanya-tanya is alasan Gibb, yelah, kalau takde sebab buat apa dia suruh adik dia kahwin dengan Aslan lagi-lagi dia tahu atas dasar sebab Aslan nak kahwin dengan Daneen.

Full review : https://itsthesuraya.blogspot.com/202...
Profile Image for yaenareads.
51 reviews1 follower
March 23, 2022
Aslan | Singa

Seperti namanya. Beku, bengis, dan suka terkam orang (actually just one person🌚)

What can I say is, Aslan terlalu perfect. He is too perfect. Yang baca buku ni makin tinggi test dia. Habis hahaha. Sebagai pembaca yang matang (cewah tiber Aslan dengan Ben punya perangai perasan dah kena kat aku) okay, sebagai pembaca yang dah banyak lalui cabaran hidup, sangat tak logik nak jumpa lelaki seperfect Aslan.

Yang sentiasa ada untuk Daneen. Sentiasa ADA. Like, He is the real SuperHero. Like where and when the incident happend, he can be there just for a few minutes. Zzup! Tibe ada. It's not real for me. But I still like him. Who not? 🌚

The way he treat Daneen ergghh. Swee namamposss. Well well well, he is daring too. Obviously this novel for upper age. He's flirting too. Okay, the details is not there but- dia punya permulaan yang hmm *renjis air yaasin, air zam zam, air telaga semua dekat mata sambil istighfar* (dapat pahala istighfar) 😭

What make me wanna end this story, because there is secret between Gibb and Aslan. Kena baca sampai habis juga sebab the whole time depa main tarik tali takmo bagitahu sampai Daneen give up. Hahaha.

For me yang dah baca 5 buah novel SK plus 2 ebooks, I love :
1) Kontrak Kahwin Anti Klise and Seth (ebook sequel) -Seth Mateen
I just can't. His aura really something yang buat I can't see his name HAHAHA dia macam weh seth ada dalam novel niiii aaaa!

2) Tutor Terlajak Garang -Adam Noah
Yes? Yess! Of course this novel yang buatkan aku kenal SK.

3)Aslan -Akid Aslan
Walaupun his too perfect, but who don't want husband like him 🦍
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.