Jump to ratings and reviews
Rate this book

Emelda

Rate this book
Sejak belasan tahun, Akasyah sudah yakin Emelda adalah satu-satunya wanita yang dia mahu dalam hidupnya. Tapi dia tidak prenah faham mengapa Emelda menolak cintanya.

Takut kehilangan Emelda, Akasyah meminta dengan cara yang baik daripada keluarga gadis itu. Janjinya, dia akan menjadi suami terbaik buat Emelda.

"You deserve better, Akasyah." - Emelda

"I don't want better. I just want you." - Akasyah

Tinggal sebumbung, tetapi tidur berasingan. Itu yang Emelda tuntut di malam pertama bergelar isteri. Akasyah bersetuju. Apa saja untuk si isteri, dia turutkan. Kerana dia yakin, lambat laun Emelda akan mengalah.

Keyakinan Akasyah berasas bila hati Emelda akhirnya lembut menerima. Sememangnya antara mereka sudah lama wujud perkataan cinta sebenarnya. Cuma Emelda saja yang tak mahu mengakuinya.

Bunga-bunga bahagia yang mula mekar tiba-tiba layu bila Akasyah sedar rupanya si isteri sudah lama menyimpan satu rahsia penting. Rahsia yang menjurus pada perpisahan.

"Awak kahwin dengan saya dalam keadaan awak tahu satu hari nanti awak akan minta untuk berpisah?" - Akasyah

"Saya pernah cakap awak akan menyesal. Saya pernah beritahu awak bukan priority pertama dalam hidup saya." - Emelda

Apa tindakan Akasyah seterusnya? Adakah usaha Akasyah untuk tidak menamatkan perkahwinan mereka berjaya? Sejauh manakah Akasyah mampu pergi untuk membahagiakan wanita yang bernama Emelda itu?

Selagi manusia berusaha, selagi itu akan tetap ada cara. Tapi bagaimana jika hanya sebelah pihak yang berusaha sedangkan sebelah pihak lagi berkeras tidak mahu membuka jalan?

554 pages, Paperback

Published May 1, 2020

2 people are currently reading
28 people want to read

About the author

Laydee Amarfi

18 books67 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
27 (42%)
4 stars
25 (39%)
3 stars
9 (14%)
2 stars
2 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Naskylark.
66 reviews5 followers
May 27, 2020
Kisah kahwin paksa rela, tapi bukan kisah tipikal kawin paksa. Yg lelaki tu struggle dgn cinta tak berbelah bahagi pada si gadis. He really falls head over heels since dia belasan tahun lagi. Yg si gadis tu pulak struggle dgn masalah family yg dah membusuk dlm jiwa hingga dia jadi seorang yg tak mampu utk rasa gembira, even dlm hati dia berbuah cinta utk si lelaki. Yg best takde org ketiga pun yg jadi masalah hubungan diorang ni. Langau picisan nak hinggap tu ada la, tapi always ditepis dgn begitu cool oleh Akasyah yg sentiasa mendamaikan jiwa kita si pembaca ni🥰

I'm so agree with kata2 Auntie Has. Akasyah is so weird. Buat kita terfikir, macam mana seorang lelaki boleh hidup macam tu, sangat loyal dan baik, setia dan cintanya hanya utk seorang perempuan, dari zaman dia remaja yg mentah, sampai la ke dewasa. He's like a perfect man. Real real perfect. Berkali2 aku pikir dan try ingat balik, apa tindakan or sikap Akasyah yg buat aku tak suka, or annoyed or geram. NONE. NOTHING. NIL. Sepanjang pembacaan takde langsung aku sakit hati dgn sikap dia.

He's a loving husband, loyal partner. A protective man. A very good son to both parents. Manja dgn ibu, rapat dgn ayah. Seorang abang yg sgt loving dan caring. Menantu yg baik, memahami. A very good human being. Sopan dgn sesiapa sahaja. Always have manner tak kira dgn siapa sahaja, org atasan atau org bawahan, even dgn org yg berkasar dgn dia he still have manner. The way he handle things, like he always know what to do in the very best way. Datang la pelbagai jenis langau yg mengganggu, dtg mencurah perasaan kat dia, he will handle it sebaiknya, sampaikan langau2 tu mengundur diri dgn rela hati. I like how he handle langau yg cuba nak kritik isteri dia, tegas dan straight tp tak keterlaluan menegur.

Emelda. She's not perfect. She's like a fragile and easily break glass. Perlu dijaga dan ditatang sebaiknya. And she needs Akasyah for that. They both saling melengkapi satu sama lain, saling memerlukan and they deserved each other.

Pernah ke tak puas hati dgn karya Laydee Amarfi? Sekali pun tak pernah. Semuanya cukup rencah, cukup rasa, buat daku ketagih.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
November 17, 2020
Bagi saya penulis gemar menulis cerita yg berat. Permulaan yg agak slow tp bila dah dpt rentak, terus pembacaan laju dan tak mahu letak terus. Itulah keistimewaan yg ada pada Laydee Amarfi!

Utk kali ini, sikap beku dan dingin tidak lagi dibuat utk watak lelaki. Emelda yg kesunyian dan tercari2 jawapan kenapa ibu bapanya berpisah, kemana menghilang ibunya selama ini dan sikap bapanya yg menolak terus si anak dr berjumpa dgn ibunya menyebabkan emosi Emelda tidak seperti org lain. Sikap baran dan kurang ajarnya adalah utk menutup rasa amarahnya terhadap bapanya itu.

Kerana sikap Emelda sebegitu, sukar utk org2 sekelingnya utk memahami apa yg Emelda perlukan. Hanya Akasyah sahaja yg sentiasa alert kehendak dan keperluan Emelda. Kerana rasa cinta yg menggunung tinggi, Akasyah sanggup mempertaruhkan hidupnya utk memperisterikan Emelda. Taufik kata dia sudah terlambat utk membentuk Emelda ke acuan yg sebenar. Namun tidak pada Akasyah yg merasakan Emelda mampu berubah jika kena dgn caranya.

Akasyah yg penyanyang. Akasyah yg bertanggungjawab. Akasyah yg memperuntukkan masanya hanya utk Emelda menyebabkan Emelda mula berubah. Baik dr segi emosi mahupun perlakuan. Emelda mula boleh meluah perasaan walaupun kebenaran yg diperdengarkan oleh Emelda ttg apa yg dia mahukan dr perkahwinan mereka agak sakit utk ditelan oleh Akasyah.

Namun Akasyah always Akasyah. Dia tahu apa yg dia mahukan dlm hidup. Sikapnya lebih dominan. Dan ya! Sikap Akasyah byk mengingatkan saya ttg Kamil. Kamil dan Akasyah mempunyai aura yg hampir sama. Mana tumpah kuah jika tidak ke nasi kan!

Secara jujurnya, bg saya Laydee Amarfi seorang penulis yg sgt berbakat. Mampu melorek cerita yg memberi kesan mendalam terhadap para pembaca. Tahniah Laydee Amarfi👍
Profile Image for Mslvoe.
2,050 reviews200 followers
September 20, 2022
Its okay to not be okay!

Kisah ini agak berat. Kagum dengan Akasyah yang dapat mengawal Mel. Bukan senang nak jinakkan Mel yang jenis memberontak, hati beku.

Setiap kali dengan ayahnya Taufik, mesti terjadi pergaduhan besar!

Akasyah, if lelaki semua seperti you alangkah damainya dunia & beruntung wanita yang dapat memiliki you.

Akhirnya² cerita rasa harmoni je bila Mel dapat borak dengan ayahnya Taufik. Bahu terasa ringan!
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
September 18, 2021
Emotional wreck. Itu lah Emelda. Sangat2 suka dengan kisah kali ini. Semuanya mengenai mental isu. Dan Akasyah. No words to describe him. Everything is good about him. Mana nak jumpa lelaki sebaik ini... ❤️❤️❤️❤️
Profile Image for Tinana Hmb.
215 reviews8 followers
August 21, 2021
Cinta sejati yg memang sudah ditakdirkan dari luh mahfuz dan Emelda adalah seorang wanita yang sangat bertuah kerana itu. Memang betul betul bertuah!
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
April 6, 2021
[BOOK 31]

Emelda by Laydee Amarfi.
.

Gila best!!!
.

Aku memang suka dengan gaya penulisan LA. Especially bila dia tulis cerita berat, heavy emotion, contohnya buku Emelda dan Mrs Kamil.
.

Emelda ni seorang anak yang dahagakan kasih sayang kedua ibu bapanya. Bila mereka berpisah, Emelda mula memberontak. Tambah pula, 2 tahun lepas perceraian ibu bapanya, ayahnya kahwin dengan janda anak satu, yang merupakan cinta pertama ayahnya. Lagilah Emelda memberontak.
.

Akasyah pulak is a perfect man. Gabungan Kamil dan Syafina. Dia tahu apa yang dia nak dalam hidupnya, iaitu Emelda. So, dia memang setia dengan Emelda, walaupun Emelda puas menghalaunya.
.

Aku suka hubungan Kasyah dan Emelda. Saling melengkapi. Kasyah ni sangatlah perfect. Takde satu benda pun yang aku tak suka tentang Kasyah. Emelda pula seorang gadis yang ada banyak flaws. Hatinya penuh dendam. Dia ada masalah sleepwalking. Ada anger management problem. Tapi aku rasa best the way Kasyah comforts her. Untuk setiap masalah yang Emelda ada, Kasyah sentiasa ada jalan penyelesaiannya.
.

best...
.

p/s: can i have Kasyah in my life too?
Profile Image for Anis Che.
19 reviews2 followers
July 21, 2021
Saya suka. Saya suka sangat novel ni. Tu je komen saya. Good job Amarfi.
34 reviews
December 14, 2025
aku suka LA punya buku. aku ada hampir semua. tapi Emelda ni paling letih nak habiskan. seletih nak layan emosi n mental emelda yg turun naik.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.