Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dunia Tanpa Tembok #3

Dunia Tanpa Tembok III

Rate this book
30 tahun telah berlalu sejak runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989 yang menamatkan Perang Dingin. Optimisme tentang masa depan dunia yang lebih terbuka, tanpa sempadan, saling terhubung kini diganti oleh pesimisme yang melihat dunia semakin dekat dengan kehancuran akibat persaingan kuasa-kuasa besar, kenaikan pemimpin populis dan kemunculan ultranasionalisme.

Tidak kira betapa majunya teknologi, atau betapa berevolusinya tamadun, hubungan antarabangsa tidak akan lari daripada hukum-hukum berikut:

“Musuh kepada musuh adalah kawan”

“Tiada musuh atau kawan yang kekal”

“Geografi adalah takdir”

Berpandukan tiga kunci ilmu geopolitik – KUASA, GEOGRAFI dan IDENTITI – buku ini akan membimbing pembaca memahami asbab musabab di sebalik konflik dan kerjasama antara negara.

ISI KANDUNGAN

Prakata oleh Kuik Cheng-Chwee
1. 30 Tahun Selepas Berlin
2. Kuasa
3. Geografi
4. Identiti
5. Amerika Syarikat
6. Mexico
7. Eropah
8. United Kingdom
9. Scotland & Ireland Utara
10. Sepanyol
11. Itali
12. Rusia
13. Ukraine
14. Timur Tengah
15. Israel
16. Mesir
17. Arab Saudi
18. Iran
19. Turki
20. Libya
21. Sudan
22. Tanduk Afrika
23. Yaman
24. Syria
25. Kurdistan
26. Lubnan
27. Iraq
28. Oman
29. Afghanistan
30. India & Pakistan
31. China
32. Xinjiang
33. Hong Kong
34. Taiwan
35. Jepun
36. Indo-Pasifik
37. Korea Selatan
38. Korea Utara
39. Amerika Selatan
40. Afrika
41. Asia Tenggara
42. Myanmar
43. Filipina
44. Thailand
45. Indonesia
46. Malaysia
47. Astropolitics
48. Cyberpolitics
49. Hate Politics
50. Ecopolitics
Tentang Penulis
Wawancara bersama Ayman Rashdan Wong
Glosari
Bibliografi

371 pages, Paperback

Published January 1, 2020

42 people are currently reading
283 people want to read

About the author

Ayman Rashdan Wong

11 books177 followers
Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
162 (61%)
4 stars
93 (35%)
3 stars
7 (2%)
2 stars
2 (<1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 55 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
July 26, 2020
Buku ni bila sampai je, koyak pembalut, terus baca. Sebab memang seronok gila baca DTT1 & 2 sebelum ni. Rasa seronok boleh tau sikit2 pasal politik dunia. Cuma aku perasan banyak pengulangan fakta dari DTT2 (sebab aku baru je baca DTT2 beberapa bulan lepas jadi masih segar dalam ingatan).

Jadi untuk pembaca baru yang tak pernah pun baca DTT1 & 2, takkan rasa perlu pun baca DTT2 untuk lebih faham kerana DTT3 ni lebih kepada memperbaharui info2 terkini geopolitik 2019 (DTT2 pasal 2018). DTT1 kena baca sebab pengenalan dunia geopolitik. Menarik kali ini Ayman bercerita pasal Mexico, negara2 afrika dan amerika selatan. Aku minat betul dengan negara mexico sebab selalu tengok kisah2 kartel mereka dalam filem amerika. Jadi aku berasa pelik sebab Mexico ni jiran Amerika je tapi tak mampu nak maju setanding US. Sebab dia boleh dapatkan buku ni.

Di akhir buku saudara ARW khabarkan yang DTT akan diteruskan sirinya setiap tahun insyaallah dan akan membincangkan isu geopolitik 2020 pulak (sudah pasti isu covid-19 akan dibincangkan).

Aku harap ARW boleh tulis buku "Politik untuk Si Dungu" versi Malaysia supaya rakyat Malaysia boleh memahami politik/siasah dengan lebih mendalam secara santai.

p/s: aku antara ahli tak aktif PAS yang tak puas hati kenapa PAS kena bergabung dengan UMNO, tapi lepas baca siri ketiga ni, aku faham sikit la maksud "Tiada musuh atau kawan yang kekal (dalam politik)" yang selalu diulang2 dalam setiap bab. Bila ARW terangkan macam mana dulu2 Kerajaan Usmaniah pernah bekerjasama dengan Kerajaan Katolik Perancis untuk memerangi Hapsburg (Jerman). Islam dengan kristian bekerjasama, PAS dengan UMNO islam sama islam, jadi takdelah teruk sangat. Cuma kena berhati2 la sebab berlainan ideologi, jangan berulang lagi kisah 70an.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
July 5, 2020
Kalau nak dibandingkan antara semua siri Dunia Tanpa Tembok, aku lebih suka dengan susunan dalam siri kedua. Untuk siri ketiga ini, fokus penulis tertumpu kepada satu-satu negara. Walaubagaimanapun, bila ada penerangan dalam bab yang berkait dengan bab lain, aku jadi rimas. Haha. Mungkin perkara kecil saja dan boleh dimaafkan.

Nilai tambah pada siri ketiga ini ialah bab-baba akhir seperti Astropolitik, Cyberpolitik, Hate Politics dan Ecopolitics. Kelainan ini buatkan aku rasa berbaloi membeli dan membaca buku ini. Selebihnya ada pengulangan konsep dari siri kedua dan kesinambungan sahaja. Aku rasa, kalau seseorang pembaca membaca siri ketiga sahaja pun dah cukup kalau mereka belum baca siri kedua dan pertama.
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
July 12, 2020
Buku sambungan Dari dunia Tanpa tembok ii, Aku suka buku Kali ini sebab dia selitkan Negara Yang sedia Ada dengan sejarah masa lalu. Misalnya turki sekarang ini memang Dalam proses untuk kembalikan zaman kegemilangan mereka terutama era uthmaniyah, Indonesia Pula Cuba untuk menjadi neo majapahit.walaupun ringkas untuk setiap 50 Bab Dalam buku ini ia Padat dengan pengisian Yang penting Dan faktor tentang sesuatu Negara Yang dibincangkan Dalam setiap Bab. Turut diperkenalkan Bab beberapa benda baru selain geopolitik iaitu, astropolitik(maaf kalau Salah eja), Dan ekopolitik. Cuma Bab astropolitik agak menarik perhatian Aku kerana Negara kuasa besar masing-masing bersaing untuk menjadi Negara pertama Yang ke angkasa lepas Dan Ada disebut beberapa Nama seperti Elon musk Dan berbagai lagi Dalam Bab tersebut. Overall buku Yang berbaloi Dan tak sia-sia Aku Beli pra tempah waktu Tu, 5 Bintang.
Profile Image for Atikah.
11 reviews3 followers
February 8, 2021
Terdapat pengulangan info dari Dunia Tanpa Tembok 2 di dalam buku ini. Bagaimanapun, saya tetap berpuas hati kerana melalui pengulangan akan menghasilkan pemahaman.

Pada saya, pembahagian bab mengikut negara dan topik disusun dengan sangat cantik sekali dan ada juga bab yang berkait dengan bab sebelumnya yang akan membuatkan pembaca lebih memahami apa yang mereka baca.

Melalui buku ini, timbul perasaan syukur dalam diri kerana walaupun kadang-kadang kita bertikam lidah dan bertegang urat, tetapi alhamdulillah Malaysia masih aman dan harmoni.

Harapnya generasi akan datang (dan pemimpin masa kini) akan menggengam keamanan ini dengan gigi geraham mereka dan membuat keputusan yang bijak dalam menentukan masa depan negara.

Kerana melalui DTT3 kita dapat tahu yang antara punca sesebuah negara itu kucar kacir ialah pertelingkahan antara rakyat yang disebabkan oleh dasar pecah dan perintah penjajah dahulu.

InshaAllah jika kita mengaji dan mengkaji sejarah, pengulangan yang tak elok akan dapat dielakkan.
Profile Image for Baihaqi Mohamad.
69 reviews1 follower
June 10, 2020
Seperti yang saya ramalkan, tahun ini akan terbit sebuah lagi buku dari siri Dunia tanpa Tembok  dari Ayman Rashdan Wong. Sebuah buku kajian tentang real politic berkenaan apa yang sedang berlaku di seluruh dunia pada setiap tahun.


Buku yang pertama dan kedua beliau sudah saya khatamkan setiap kali terbit. Dengan buku yang ketiga, cukuplah trilogi Dunia Tanpa Tembok. 


Lain dari 2 buku yang sebelumnya, buku ini lebih menyentuh kepada pembinaan negara bangsa bagi lebih 40 buah negara di dunia. Setiap satunya dengan sejarah bagaimana sebuah negara itu terbentuk. 


Penting untuk kita tahu sebenarnya, kerana dengan mengetahui sejarah sahaja kita akan dapat tahu kemana mahu membawa negara itu menuju. 

Dan sudah tentu, negara Malaysia kita ini tidak berkecuali. 


Dalam buku ini, setiap bab diulas dengan cermat sehinggakan saya berada dalam bidang perubatan ini pun boleh faham dengan senang sekali topik geopolitik yang berat itu. Dan sememangnya itulah fungsi orang bijak pandai, iaitu memahamkan orang lain yang bukan dalam bidangnya. 

Setiap kali saya habis satu bab, saya kenyang dengan fakta dan ulasan terhadap perkara rumit yang sedang berlaku di negara itu.


Syabas kepada penulis dan penerbit!


Buku kedua saya kasi 5 bintang pada tahun ini. 

⭐⭐⭐⭐⭐
Profile Image for Affan Yunus.
106 reviews3 followers
February 8, 2021
Buku pertama saya dlm genre geopolitik. Sebagai org awam yg baru nk jinak2 dalam bacaan politik-politik antarabangsa , saya sgt suka penulisan yg dibawa dalam buku ni . Ringan dan mudah utk difahami . Penyusunan bab yang sangat teratur di mana penulis menyenaraikan setiap bab itu mengikut negara. Jadi, ia tak menyukarkan pembaca dlm memahami perincian politik dalam setiap satu negara yg dibincangakn dlm buku ini.

Saya yg pada mulanya bukan seorang yg minat genre seperti ini , tetapi buku ini adalah pemula yg sgt baik bagi saya utk mengenal lagi wacana politik antarabangsa utk masa akan dtg . Utk ARW, teruskan usaha dalam menghasilkan karya2 seperti ini. 💪🏼
Profile Image for M. Zul.
18 reviews2 followers
March 15, 2021
Maka lengkaplah trilogi DTT tentang kuasa, geografi dan identiti yang sering diungkapkan oleh penulis dalam setiap bukunya.
Semoga penulis terus berkongsi ilmu berkenaan hal politik dunia dalam bukunya akan datang.
Profile Image for Hikaoru.
951 reviews25 followers
April 28, 2022
This one was a bit tedious to read. Despite the fact that its bite sized. Max 2 pages for each country. What motivates me to actually finishing it is because the author has a new book coming out. Highlight: this book taught me a lot on geography. I need to buy myself a map at this rate.
Profile Image for Zahirah .
13 reviews
March 8, 2025
Dah bertahun beli buku tapi baru nak baca dan akhirnya habis juga.

Sakit kepala baca kesalahan ejaan seawal bab pertama. At this point, TP boleh jadi publishing house yang paling banyak masalah typo. Yang ni saya baca masih cover lama, tak tahu la cover buku baru dah kemaskini atau belum. Kalau belum, tolonglah TP kemaskini.

Penafian: ulasan ni ikut tekak budak mentah yang berminat nak belajar tentang ilmu geopolitik sahaja. Saya tulis ulasan untuk mengisi masa lapang dan tidaklah serius.

Kalini DTT III banyak ulang semula isi DTT II untuk beberapa bab awal dengan lebih perincian. Jadi kalau baru je lepas baca DTT II sambung terus III, mesti akan terus refresh "eh ni dah baca lah". Bagus juga untuk ulangkaji. Bagi bab-bab lain ada juga sebilangan kecil yang dah disentuh dalam DTT I dan II, kebanyakannya maklumat baru dan lebih terperinci dan bab dipecahkan mengikut negara sebab buku ni fokuskan kepada politik identiti dan negara bangsa. Buku ni juga paling tebal dan panjang antara trilogi DTT. Saiz teks buku ni saya perasan kecil sikit daripada yang sebelumnya tak pastilah sama ada kecilkan saiz ataupun tukar jenis font. Mungkin sebab takut jadi terlalu tebal. Jadi memang boleh bayanglah memang agak panjang and ambil masa lebih sikit untuk habiskan. Tapi kalau boleh TP janganlah guna saiz kecil di masa hadapan sebab sakit mata nak baca :(

Untuk 13 bab yang pertama dan 20 bab terakhir okay senang juga nak hadam. Tapi bila masuk bab timur tengah terus blank nak hadam sebab rumit sekali "gosip" politiknya... Mungkin juga sebab bagi masalah politik di negara Asia Timur/Tenggara dan Barat dah biasa baca tapi untuk Asia Selatan/Barat dan Timur Tengah tak biasa jadi makan masa nak hadam kena baca 2/3 kali. Nama-nama pemimpinnya, siapa anak atau bapa siapa, nama parti politiknya, pakatan itu ini dan sebagainya begitu sulit untukku hadam. Okay tu je.

Cuma satu rungutan bagi bab Malaysia. Kurang menarik sebab ARW tekankan tentang "pencarian identiti" yang bawa kepada zaman Kesultanan dulu-dulu, lebih kepada identiti Melayu-Islam dan tak sentuh tentang kaum-kaum lain. Tak pandai la kritik tapi rasa macam ada sesuatu yang tertinggal dan mungkin ada cara yang lebih baik untuk ulas tentang "identiti Malaysia" dan masalah "negara bangsa".

Lepas baca wawancara bersama ARW di bahagian hujung buku, rasa lega sebab ARW kata siri DTT akan diteruskan di masa hadapan. Bila? Tak tahu. Tapi sekurang-kurangnya marhaen macam kita masih boleh terus baca tentang ulasan geopolitik yang senang nak faham dan tersusun.

Tak sabar untuk baca penulisan ARW yang akan datang whenever it might be :) Tahniah team TP (kecuali bahagian proofreading/editor) dan ARW
Profile Image for Syafiqah.
38 reviews4 followers
February 1, 2021
Fuhh! Sekali lagi, terbaikk!! 👍🏻👍🏻👍🏻

Review buku DTT3 ini ringkas sahaja; siapa yang 'enjoy' DTT1 dan DTT2, pasti akan sama teruja membaca DTT3.

Membaca buku ini terasa seperti mengelilingi dunia kerana di dalam buku ini, bab-bab disusun mengikut negara / rantau tertentu.

Dari Amerika Syarikat, ke Eropah, ke Timur Tengah, ke Asia Selatan, ke Afrika, ke Amerika Selatan, ke Asia Tenggara, dan akhirnya ditutup dengan Malaysia.

Lagi padu bila sambil baca, sambil rujuk peta Google.

Boleh bayangkan bila penulis menjelaskan bagaimana bentuk muka bumi sesuatu negara mempengaruhi politik dalaman mahupun serantau negara tersebut.

Tema utama perbincangan buku ini adalah tentang persaingan kuasa, faktor geografi yang mempengaruhi politik, serta politik identiti - siapa kita menentukan apa tindakan kita (lebih kurang macam tu lah).

Menarik sekali, di setiap negara, pembaca disajikan dengan sejarah / latar belakang ringkas tentang isu melibatkan politik di sesebuah negara (terutamanya yang melibatkan politik antarabangsa).

Lepas baca buku ini, boleh faham lah sikit kenapa konflik-konflik antarabangsa berlaku -

Trump di AS, Brexit di UK, Timur Tengah yang tak pernah aman, kenapa MH17 kena tembak, nasib kaum Uyghur, rusuhan di Hong Kong, dan macam-macam lagi.

Pokoknya, semuanya kerana ingin melindungi kepentingan masing-masing!

*****

Saya rasa inilah kekuatan buku-buku tulisan Ayman; beliau meringkaskan fakta yang begitu banyak namun 'just nice' untuk memberi gambaran kepada pembaca umum seperti kita yang tiada pengetahuan asas tentang geopolitik.

Melihat kepada senarai rujukan beliau pada ruangan 'Bibliografi', saya kira, sekitar +/-100 buku yang beliau jadikan rujukan! MasyaAllah!

Jadi, sesiapa yang berminat untuk mendalami isu / negara tertentu, bolehlah merujuk kepada sumber-sumber tersebut.

Kesimpulan: Siapa yang minat politik, buku-buku Ayman ni memang patut dibaca (sekurang-kurangnya sebagai pengenalan) supaya tidak terlalu naif tentang isu-isu politik dunia.
Profile Image for Book MY.
36 reviews1 follower
November 8, 2025
Saya membaca buku siri Dunia Tanpa Tembok ni dari buku yang pertama lagi dan selepas tiga buku (Dunia Tanpa Tembok I, II, III), semakin jelas pada saya apa yang penulis, Ayman Rashdan Wong cuba sampaikan sepanjang siri ini.

Masih mengekalkan 3 poin penting i.e kuasa, identiti, dan geografi sebagai teras utama, penulis juga masih mengekalkan gaya penulisan bersahaja, kadangkala bernada sindiran tetapi masih mudah untuk difahami. Pun begitu, jika anda seperti saya yang tidak punya latar belakang dalam bidang geopolitik (ataupun tidak begitu kerap membaca topik seperti ini), baca berulang kali adalah pilihan yang lebih baik untuk lebih cepat tangkap poin yang cuba disampaikan penulis. Jangan salah faham, penulis memang menyampaikan hujah dan pendapat beliau dengan mudah cuma istilah2 yang digunakan secara jujur agak berat untuk pemula seperti saya. It will take a bit of time to get used to it but once you get it, the whole topic becomes a lot easier to digest. Be patient and take your time.

Apapun, saya perasan bahagian awal buku ni terutamanya subtopik yang menerangkan 3 poin utama (kuasa, identiti, geografi) tu macam agak sama dengan buku sebelum ini. Samada ianya dilakukan secara sengaja ataupun tidak, saya masih rasa ianya sangat penting untuk membantu pembaca memahami buku ini.

Secara jujur, saya lebih suka pembahagian subtopik dalam siri III ini berbanding dua siri sebelumnya kerana dalam buku ini kisah setiap negara diceritakan dalam subtopik yang berbeza. Jadi lebih mudah untuk saya faham kisah, sejarah, konflik sesuatu negara tanpa tertukar2 fakta dengan negara lain, ditambah pula dengan pelbagai gambar yang disisipkan oleh penulis. The first two books set the tone but my fav would be this one. Satu lagi buku yang wajib dibaca!

Klik dibawah untuk membeli
https://vt.tiktok.com/ZSHctucPWrDXd-u...
Profile Image for Sherareads.
30 reviews1 follower
January 3, 2022
DTT3 karya ARW merupakan karya yang menerangkan konsep geopolitik dari kaca mata realis. Menggunakan bahasa yang mudah tanpa banyak jargon. Istilah² yang digunakan akan turut diberi penerangan. Jika ada yang tiada penerangan, carian google mampu untuk memberi definisi kerana istilah geopolitik tidaklah susah untuk difahami bagi mereka yang mahu belajar.


Penerangan dan penjelasan mengenai geopolitik dalam buku ini dibahagikan kepada bab² mengikut negara. Setiap bab tidaklah terlalu panjang, pendek sahaja dan mudah dihabiskan. Pembahagian bab² di buku ini lebih koheren dan kemas jika hendak dibandingkan dengan DTT1 yang agak berselerak pembahagiannya.

Mempunyai bab² yang banyak dan diterangkan menggunakan bahasa yang mudah. Memberi gambaran mengenai isu² utama di setiap negara dan dasar luar negara tersebut termasuklah konflik yang wujud. Buku ini boleh dikatakan berat bagi mereka yang tidak biasa dengan pembacaan topik geopolitik. Namun, ia mampu untuk memberi kefahaman secara kasar. Paling penting, di hujung m/s buku ini mempunyai rujukan setiap bab untuk bacaan lanjut pembaca. Buku ini bersama DTT1 & DTT2 amatlah direkomendasi sebagai bacaan bukan fiksyen anda ketika masa lapang.
Profile Image for Bayuu Haikalson.
160 reviews2 followers
June 6, 2020
Bagi aku buku yang ketiga ini adalah yang terbaik untuk faham setelah membaca buku yang pertama dan kedua. Kau boleh simpulan apa itu kuasa, geografi dan identiti.

Buku pertama lebih kepada basic/konsep.
Buku kedua mengenai geopolitik.
Buku ketiga adalah politik identiti.

ARW akan bercerita dahulu mengenai sedikit sejarah mengenai negara tersebut dan akan rumuskan geopolitik, apa yang berlaku buat negara tersebut. Ianya sebuah yang baru untuk aku belajar tentang negara tersebut. Politik Antarabangsa.

Buat aku faham kenapa negara itu boleh bergolak, berlaku rusuhan atau boleh terus maju ke hadapan. Sesungguhnya geopolitik itu takdir atau sumpahan itu benar belaka. Mungkin.

“Hanya apabila idealisme bertemu dengan realisme, tembok antara manusia akan runtuu dan membawa kepada saling percaya dan perpaduan manusia.”
Ayman Rashdan Wong
Profile Image for Khaa Alif Lam Sodd.
10 reviews1 follower
December 14, 2021
“Tiada musuh atau kawan yang kekal"

Itu ayat yang banyak diulang dalam buku DTT III.
Kenapa begitu?
Itulah politik.
Kawan boleh kawan tapi belum tentu kekal lama.
Musuh itu boleh jadi kawan jika ada matlamat nak dicapai.
Demi nak berkuasa boleh sahaja berkawan dengan musuh.
Tapi perlu ingat jika prinsip tergadai dan terpesong maka selamanya ia akan jadi barah yang payah untuk diubati.

Antara buku santai ilmiah politik global yang boleh dibaca oleh semua peringkat umur dan ianya lebih kepada isu terkini yang dibahaskan.
Buku DTT III kali ini lebih mengembangkan perbincangan pada DTT II yang lebih mendalam isunya dan banyak menyentuh 40 buah negara di dunia yang mana akan menyentuh sejarah dan geopolitik negara terbabit.

Bukan semua orang tahu politik ini terutama politik antarabangsa, tapi penulis sangat bijak mengulas isu-isu dengan sangat teliti dan bijak yang mampu memahamkan pembaca yang bukan dalam bidangnya.
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
December 4, 2021
Dunia Tanpa Tembok III
Ayman Rashdan Wong

DTT3 ni pelengkap kepada siri 1&2. Maka jelaslah secara gambaran besar tentang "politik antarabangsa". Kesimpulannya keberantakan politik sesebuah negara terletak pada kuasa, geografi dan identiti.

Ketiga-tiga elemen dihurai secara baik dan mudah faham untuk orang awam yang 'zero knowledge' pasal politik.

Seperti DTT 1&2, siri ini membawa pembaca menjelajah ke seluruh benua dan penulis menyentuh beberapa buah negara dari setiap benua untuk dibahas keadaan politiknya.

Membaca buku ini akan meluaskan pandangan dunia. Bacaan yang baik untuk semua yang acah-acah kaki politik 'pah ceroh' tu.

Jadi nanti kalau sembang politik dengan pengundi boleh lah nampak bijak sikit.🤣 Ini tidak, yang keluar dari mulut semua minta kena kecam aje.

Nak kene cari buku Politik Untuk Pemula pula lepas ni.

#Letsاقرأ #syawalbookreview
Profile Image for Farah Shahirah.
70 reviews2 followers
November 13, 2022
Akhirnya, selepas setahun, berjaya juga habiskan baca buku siri ketiga DTT 🥹(tahniah untuk diri sendiri🥳). Selepas baca ketiga2 siri DTT, aku boleh simpulkan setiap siri tu ada fokusnye tersendiri yang mana penulis fokuskan kepada (kuasa - geografi - identiti), cuma bagi aku DTT 2 tu ada isinya yang diulang semula dalam siri 3 ni, tapi tak jadi masalah pun sebab boleh recall😅. Overall, banyak info2 baru yang aku dapat dan membantu aku untuk faham dengan lebih jelas akan isu2 yang berlaku esp mengenai isu pergolakan negara di timur2 tengah. Dulu, aku ingat negara arab ni bergaduh sesama diorang sebab isu sunni -syiah je , tapi lepas baca DTT, rupanya isunya berkaitan dengan campur tangan kuasa luar dan juga kedudukan negara arab yang strategik.
Profile Image for Yus Baco.
8 reviews1 follower
June 28, 2021
Jika kita sudah membaca siri DTT I & II, kita banyak disajikan dengan isu geopolitik yang dipengaruhi oleh kuasa-kuasa besar, namun dalam DTT III, kita akan disajikan dengan isu-isu politik yang berlaku di satu-satu negara melalui tiga kunci asas ilmu geopolitik yang dikemukakan oleh penulis iaitu KUASA, GEOGRAFI dan IDENTITI.

Walaupun ada pengulangan cerita, tapi tidak banyak hanya untuk kita "refresh" semula dengan apa yang sudah kita baca dalam DTT I & II. Menariknya ada beberapa perkara yang ditambah penulis seperti Astropolitics, Cyberpolitics, Hate Politics dan Eco Politics yang juga mempengaruhi isu politik dunia.
Profile Image for Anis Noh.
56 reviews1 follower
November 15, 2021
Ringkas, padat dan sangat mudah difahami. Terma-terma yang sukar dipermudah dan membawa pembaca kepada konflik antarabangsa yang kita patut ketahui. Apakah kaitan konflik dunia dengan kita, dan bagaimana ia terkait?

Dunia Tanpa Tembok 3 membawa pembaca mendalami konflik antarabangsa mengikut negara, kemudian di setiap negara dirungkaikan sejarahnya dan mengapa pentadbiran mereka begitu. Semasa membaca buku ini, saya sedang menonton "How to be a dictator" - siri pendek di Netflix yang mengetengahkan beberapa nama yang kemudiannya disebut di dalam buku ini.

Bahan bacaan yang bagus, dan menambah pengetahuan kita mengenai hubungan antarabangsa.
Profile Image for Harizhanit.
11 reviews
February 14, 2021
Seperti dua siri sebelumnya, buku ini sarat dengan maklumat berkaitan geopolitik dunia. Bagi saya, buku ini lebih mudah difahami kerana penulis memecahkan tajuk mengikut negara-negara bukan isu-isu. Ini lebih memudahkan kita untuk memahami konflik yang berlaku dengan lebih berkesan. Buku ini cuma serpihan analisis geopolitik dunia sahaja. Sesuai untuk masyarakat umum yang ingin tahu tentang isu-isu yang berlaku cukup dalam konteks sebab dan sejarahnya dengan tidak menyentuh faktor-faktor yang kompleks.
Profile Image for M Syahrul.
24 reviews
September 25, 2022
Buku DTT3 dimulakan dengan konsep geografi, identiti, kuasa dll yang berkaitan dengan dunia geopolitik. Penjelasan yang jelas dan mudah faham. Diterbitkan pada tahun 2019, jadi banyak kisah geopolitik yang berlaku pada tahun tersebut - era Donald Trump sebagai Presiden AS, AS-China pasca Trump, Brexit, Bangsamoro di Filipina dll.

Sedikit sebanyak konsep identiti negara-negara serata dunia diketengahkan, termasuk persoalan apakah identiti yang harus Malaysia pegang tatkala negara-negara lain cuba untuk kembali kepada asal-usul identiti masing-masing.

Konsep hate politics, astropilitic, cyberpolitic turut dibincangkan yang menarik untuk dibaca.
Profile Image for NaniM.
58 reviews24 followers
February 3, 2025
buku 3 lebih baik dan tersusun berbanding 2 buku sebelumnya. tajuk yang dibibcangkan berkaitan dan ada kesinambungan antara satu bab ke satu bab.

buku 1 dan buku 2 lebih kepada macam baca ulasan majalah. kalau ada yang masih ingat, dulu ada majalah siswa yang bincangkan topik2 semasa setiap minggu, perasaan dia macam baca majalah siswa tu ahahahah rindu

buku 3 lebih matang dan mendalam penerangannya. walaupun banyak yang boleh diperbaiki dan ada typo sana sini, tapi masih sebuah bacaan yang sangat baik.

looking forward to your next book.
Profile Image for Muiz .
60 reviews
July 13, 2020
Buku ketiga dalam siri DTT ini lebih mengujakan. Setelah memahami konsep kuasa dan geografi dalam dua buku pertama, konsep ketiga iaitu identiti, dalam memahami geopolitik dunia lebih menonjol dalam buku ketiga ini. Susunan kupasan analysis isu geopolitik dunia mengikut negara atau region ternyata sangat memudahkan kefahaman. Beberapa bab terawal dan terakhir juga membantu sebagai refresher dan penutup yang jelas.
Profile Image for budu kicap.
48 reviews
February 28, 2021
Buku DTT kali ni, lebihkan fokus peristiwa2 atau apa2 yg berlaku dlm sesebuah negara. Contohnya, apa yg berlaku di negara2 kuasa besar, peristiwa yg berlaku di negara2 Timur Tengah dan sebagainya. Selain itu, sejarah sesuatu negara memainkan peranan penting bg memupuk identiti sesebuah negara hari ini.

Buku sangat bagus utk dibaca utk kita tahu apakah yg dilakukan oleh sesebuah negara utk mengekalkan keamanan, meningkat ekonomi, dan sebagainya.
Profile Image for Umar Amri.
12 reviews1 follower
December 25, 2023
DTT3 kali ini lebih fokus kepada sejarah geopolitik ringkas selected countries. Lagi best yang DTT2 yang ada tema dengan lebih jelas. Best kalau ARW boleh buat DTT setiap tahun sebagai review geopolitics secara globally. Nak juga tahu apa kemaskini astropolitics, cyberpolitics dan sbgnya kalau boleh setiap tahun. Also lebih best kalau DTT ada segmen yang khas cerita sedikit lebih mendalam pasal geopolitics di Malaysia ni.
4 reviews
January 17, 2021
A great introductory book to those who wishes to understand geopolitics or international affairs, but the book lacks in-depth discussions on key issues that affect the discussed country/region. Also the author's unwavering defense of political realism and staunch attack on liberal internationalists are disputable
Profile Image for Nuyuryna.
204 reviews3 followers
August 5, 2023

"Musuh kepada musuh adalah kawan" "Tiada musuh atau kawan yang "kekal " dan Geografi adalah takdir"

Bagi saya buku ke-3 ini lebih menekankan aspek "identiti" bagi sesebuah negara. Jadi lebih banyak membincangkan isu politik dalaman sesebuah negara.

Tak lengkap kalau dah baca buku 1 & 2, tak teruskan dengan yg ke-3 kan?
Profile Image for Siti Nur Izzati.
142 reviews2 followers
June 29, 2020
Membuka minda dan sangat sesuai untuk mereka (saya) yang baru nak mengenal politik dunia. Penyampaian pun dengan bahasa yang mudah faham.
Cuma sebagai newbie, saya agak ambil masa untuk nampak connection situasi antara negara yang dibincangkan.
Recommended!
Displaying 1 - 30 of 55 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.