Indra Nazarie, pernah terluka dan dikhianati. Kehancuran rumah tangganya buat dia tak terfikir untuk berkahwin lagi. Hidupnya hanya fokus pada kerja dan anak-anak sahaja.
Ciara Erina, lahir dalam dulang emas. Satu-satunya anak tunggal Tan Sri Chairil. Meniti usia 19 tahun, dia jatuh cinta pandang pertama pada Indra.
“Oh, my goodness! Dia ahjussi berupa bentuk oppa!” - Ciara. Jarak usia 20 tahun tak jadi isu buat Ciara. Yang penting, dia mahukan Indra. Selama ini dia dikejar lelaki, sekarang dia pula mengejar Indra.
“Jangan fikir yang aneh-aneh, Ciara Elina. Kamu bukan level uncle.”- Indra
Kerana ditolak mentah-mentah, Ciara paksa Tan Sri Chairil pinang Indra untuknya. Tak kisah walau guna cara kotor sekali pun. Yang penting, dia dapat Indra. Dan ugutan Tan Sri buat Indra terpaksa jua melafazkan akad tanpa rasa cinta.
Hidup sebumbung dengan Ciara buat iman Indra selalu goyah. Nakalnya Ciara menggoda memang selalu buat dia menggelabah.
“Rilekslah, Ci tak makan abang. Ci nak gigit jer!” – Ciara. “Astaga, Ciara... Jangan goda abang macam ni. Kat sini tak sesuai. Gempar satu rumah nanti.” – Indra.
Mengenali Ciara Erina dari sisi lain, Indra akui isterinya itu berbeza dari tanggapannya. Ciara berjaya membuka kembali pintu hatinya yang sudah ditutup lama dulu.
Tapi, mampukah Ciara membuatkan Indra lupa trauma dengan bekas isterinya yang dulu?
[ Hari ke-48 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, 04052020 ]
Parcel sampai petang, bersinar mata tgk novel Akad dah ada dlm genggaman. Dan malamnya aku terus baca sampai jumpa perkataan tamat.
Jujurnyalah, aku tak tahu nak review macam mana buku ni, hahhahaha.
Sebab aku rasa macam WOW sangat isu dalam Akad ni. Bak kata penulis sendiri, 'vulgar'.
Kisahnya agak simple. Ciara yg mabuk kepayang kat Indra. Menggoda sang suami dengan 'daring' nya, tanpa segan-segan lagi dah. Sampaikan Indra pulak yg 'terseksa'. 🤣
Walaupun nampak mcm kisah ringan-ringan, tapi sebenarnya tak kosong, ada banyak pengisian. Tentang... hmm... baca sendirilah, tahulah nanti. 🤭
Dan ada satu isu paling menarik. Paling, paling, paaalinggg menarik.
Baca buku ni, buatkan aku jd tertanya-tanya, kenapa Indra bercerai? Siapa bermasalah? Apa masalahnya?
Haaa, punca Indra dan Mila bercerai ni laa menarik isunya. Isu yg RH angkat ni memang realiti walaupun sesetengah orang mungkin tak open-minded pasal ni.
Mila tu memalukanlah. Wujud eh perempuan macam dia? I mean, sampai tak mandi seminggu... seriously? Hahahaha, takut pulak aku membayangkan.
Dah tu dia punya bangga diri, rasa diri dia tu yg terbaik dan hebat tu paling tak boleh blah. Salahkan Indra pulak. Canang satu socmed tentang aib sendiri, hahaha bodohlah.
Serius laa, aku seram dgn perempuan mcm Mila tu. Mcm apa jer. Gatal merenyam lain macam, dah tu nak hina orang lain pulak sdgkan diri sendiri yg kurang. Kotorlah. 😶
Apa-apa pun, nasiblah aku ni memang dah follow karya-karya RH sebelum ni, jadi takdelah terkejut sangat dgn isu-isu panas dalam Akad ni. Dah boleh agak style penulisan RH yg memang 'berani'.
Tapi buku ni memang...
Best dari awal sampai akhir. Watak Ciara yg tersangatlah gedik lagi gatal, yg selalu buat Indra keresahan tu memang lawak. Tersengih-sengih aku baca, hahaha. Memang takde scene membosankan bagi aku. Dan sebab tu boleh habiskan dlm masa sekejap aje. 🌹😍
Eh syukur sangat ye novel ni jadi Limited Edition. Hahahaha. Tak sangka novel ini bergenre 18 tahun ke atas.
Berkisah mengenai Ciara yang ingin mengahwini Indra, dek kerana dialah 'lelaki' yang sebenar. Berkahwin dengan Indra, dia tahu laluannya bukan mudah. Tapi... Ciara bukanlah seorang gadis yang mudah mengalah.
Sejujurnya, ada rasa segan saat membaca novel ini. Hahaha. Tapi... Siapa tidak kenal Rose Harissa? Gerak cerita yang dilakar begitu baik sekali. Kenakalan Ciara, kematangan Indra, kecomelan Hana menjadikan karya ini tidak membosankan. Karya ini saya kira sebuah karya berani daripada penulis seperti juga novel Aeldra. Tapi Akad saya kira lebih 'dewasa' kerana banyak kisah rumah tangga diperincikan penulis. Tahniah buat penulis!
dah lama habis baca cuma baru sekarang nak bagi review ala ala post pbakl la...
i tak ada buku ini, tak pernah beli pun buku ini. cuma sbb teringin nk baca, i pun pinjam la dari kawan. and let me tell you, i tak menyesal tak beli lol. there are so many things that irked me from this book.
1. the age gap. i don't mind big age gap, but ONLY IF ITS DONE RIGHT. this one? absolutely nothing right at all about the age gap. the execution wasn't done properly. nak tulis age gap ni boleh, but need to make sure la the age gap can feel comfortable. instead, the writer write as if they are normal couple when they are not. if you wanna write something against the odds, the execution and effort must come along
2. the chemistry. all i see is a girl tergedik gedik and a man attracted to a young body 💀 I'm sorry but if you ask me, "apa yang buat h dan H boleh jatuh cinta?" i tell you ah, i absolutely have no idea. ciara nampak uncle handsome, and immediately nak kahwin. the man? literally jatuh hati sebab ciara asyik menggoyahkan iman dia??
like helllooo?? what happened with 'love is more than just sex and looks?'. both h and H absolutely have no characters, no warmth yang buat i rasa 'oh green flagnya dia ini. patutlah h suka.' atau 'baik la h ini. comel la, kelakar la h ini. wifey material sangat. patutlah H suka'. NONE. all i see is h suka menggedik, H pula cepat tergugat iman. character growth? None. this is like those insta love erotica english romance except the erotica was toned down by 80%.
3. the supposed "sex education" this was my BIGGEST pet peeves. okeyla, you tulis cerita macam ini for the sake of "sex education" untuk yang dah kahwin. but do i feel educated after reading it?
no. this is like some basic woman hygiene class. take a shower, wash your intimate part, jaga bau badan. absolutely no education. you could've included that intimate part berbau sebab apa? maybe hormone, maybe pemakanan, maybe penyakit like pcos, bacterial vaginosis, trichomoniasis. itu semua benda yang our mothers and teachers never mentioned. explain things properly. refer medical facts. especially the fact the writer is a writer of yearssss of experience. if you can go find armys and soldiers to write buku askar dan private organisation, I'm pretty sure google have enough o&g educations tanpa perlu you gali dalam dalam pun.
people calling this book "good for sex education" as a free pass to the 18+ scene is so wrong, honestly. i boleh tutup mata la dgn the soft porn, dgn that age gap, but the moment you hide it behind 'education' i auto turn off gila gila.
3.5* Wiii... panas panas haha. Strictly for 18 and above!
Full review: 15/07/2020
Vulgar? Teringat kata-kata Kak Rose Harissa (RH) masa buku ni dah diterbitkan. Dan, ya… diakui tapi mengenali gaya penulis, aku tau ianya tidak akan kosong.
1. Perkahwinan bukan medan mainan, perjalanan tak berakhir di gerbang pernikahan. Selepas berkahwin, lebih mencabar perjalannya. Isu-isu yang kita rasa kecil ada masanya besar buat pasangan. Sekali lagi buat aku teringat petikan kata Tuan Bahruddin Bekri di dinding muka bukunya dulu -- menerima dia seadanya dia atau menerima dia, seadanya kita. Dan, itulah yang dikupas oleh RH. Dalam alur cerita yang simple, tapi mengajak kita berfikir.
2. Indra Nazarie. Sosok lelaki lewat 30-an yang pernah terluka akibat keruntuhan rumah tangganya. Beku. Kaku. Fokus dah terarah pada bisnes dan anak-anaknya sahaja tapi manakan sangka, dia dikejar oleh si gadis muda. Haha. Serius kelakar juga baca, dengan perangai senget si Ciara.
3. Ciara Erina. Mulanya, aku rasa sangsi dengan Ciara, kemanjaan, kegedikannya. Ishh.. haha. Tapi, ya seiring pembacaan sampai ke konflik Ciara ‘membesar’ dengan baik. Mungkin muda, tapi dia tau apa yang terbaik untuknya.
4. Family bonding. Yang dah mengikuti karya RH, pasti tahu ini memang makanannya. Suka baca, sebab kita rasa lebih dekat di hati, rasa belonging pada kisah ini sebenarnya.
5. Ending. Ada borak dengan Kc hari tu, ya aku setuju ending terlalu simple. Faham ini kisah ringan tapi seakan tidak cukup buat pembaca tamak sepertiku haha. Sorry Kak Rose.
Sekali lagi, sila jauhkan buku ini daripada yang sepatutnya kerana ia memang ditulis dengan cukup berani.
buku Akad ni walaupun jalan ceritanya nampak simple tapi isinya sangat padat. penulis juga sangat berani sentuh isu sensitif dalam hubungan suami isteri. topik yg jarang jumpa dalam novel melayu.
best baca buku ni sebab cerita dia comel bila Indra yg jual mahal dan Ciara pula tak habis menggoda sampai tergugat iman Indra. walaupun perangai macam budak tapi Ciara ni sangat matang bila handle rumah tangga dia.
overall sangat menarik untuk dibaca dan banyak isu dalam rumah tangga yg diketengah secara terbuka dalam Akad.
Kalau beginilah kisah Akad ditulis, saya tak boleh bayangkan AKBYG (kisah Luke) nanti macam mana. Betullah perkahwinan itu bukan semata-mata menghalalkan yang apa yang haram tapi lebih daripada itu. Jangan kahwin ikut trend. Orang kahwin kau kahwin gitu. Kena siapkan mental, fizikal dan ilmu tentang perkahwinan dulu.
Jangan jadi macam Mila. Gila betul dia ni. Aib dia dengan Indra habis dijaja tak malu sungguh. Inilah orang kata salah guna media sosial. Benda yang tak patut update, dicanangnya sampai seluruh dunia tahu. Maruah diri letak kat lutut betul Mila ni.
Suka karakter Ciara. Happy go lucky - jenis straight forward - gedik pun ada jugak tapi x buat orang menyampah. Suka bonding Ciara dengan ayah dia. Yelah, satu2nya anak kesayangan Tan Sri Chairil kot. Ciara ni walaupun umur baru 19 tapi dah nampak kematangan dia dalam handle sesuatu perkara. Tak ikut emosi berlebihan budak-budak remaja sekarang. Perbezaan umur dia dengan Indra tak menjadi satu isu besar sbb Indra contoh suami yang bagus sebenarnya dlm handle rumah tangga. Cuma silapnya dia kahwin dengan Mila tu. 😂 Puas hati ending untuk Mila begitu.
Walaupun isunya berat tapi jalan cerita dan olahan kak Rose Harissa dlm Akad takdelah terlampau menyesakkan fikiran. Santai2 tapi penuh pengajaran yang dapat diambil untuk pasangan yang dah berkahwin dan bakal menemui jodoh nanti.
Buku ke-3 yang dibaca aku oleh penulis, bolehlah nak disimpulkan bahawa cerita yang biasa2, cliche, konflik pun biasa2 je tetapi boleh jadi luar biasa dengan perwatakan & jalan cerita yang ditulis. Dan, macam biasa RH tak jemu masukkan ilmu untuk dikongsi dalam bentuk penceritaan.
Nak kata aku terhibur dengan Ciara pun ya jugak, sejenis gedik, masuk bakul angkat sendiri pun ya tapi tak menyebalkan bila dibaca. Elok sangat digandingkan dengan Indra yang beku & tak berperasaan disebabkan kegagalan rumah tangga yang lepas.
Dan buku ini merupakan bacaan dewasa, so underage dilarang baca. Dan ada serba sedikit banyak dibincangkan berkenaan sex education, hygiene, cerita dalam kain suami isteri. Bolehlah ambil yang mana positive boleh dijadikan sebagai pengajaran.
Lastly, disebabkan Ciara selalu memanggil Indra dengan panggilan ahjussi terus terlekat dalam kepala aku pelakon Lee Jin Wook (sebab baru habis tengok Bulgasal) as Indra hshshshhs.
Buku bacaan dewasa yang bercerita pasal hal-hal dalam selimut, dirty jokes & ada aksi gitu-gitu 🫣
Punca-punca berlaku penceraian antara Indra dan ex wife, macam mana nak maintain love and sexual relationship antara pasangan. Hubungan anak -ayah (Ciara & Tan Sri Chairil), hubungan Indra dengan anak-anak dan bekas mentua
Ciara tu walaupun muda belia, gediks tapi dia matang dan tak bersikap terburu-buru.
Bila ada amaran untuk 'bacaan dewasa' aku pun tak mengharapkan kisah cinta suci murni sebab...sila rujuk point di atas heheheh
Ciara, si darah muda. Anak tunggal Tan Sri Chairil. Membesar tanpa si ibu di sisi. Saya suka perwatakan Ci. Manja dan gedik. Siapa tahu, dia sangat open minded dengan si ayah. Berbicara tentang apa sahaja.
Jatuh cinta dengan duda 'hot'. Berkahwin secara terpaksa dengan Ci rupanya adalah pilihan yang sangat baik. Siapa sangka kan. Kegagalan perkahwinan lalu dan melalui proses perceraian yang sangat memenatkan menjadikan Indra takut dengan cinta apatah lagi berkahwin.
Banyak 'ilmu' boleh diambil sebenarnya. Sebab itu saya cakap kena baca dengan berhemah dan berhikmah.
Kisah ex wife Indra, lebih kurang serupa kisah instafamous. After cerai hilang tudung and jadi freehair. Baju pun sexy walaupun badan gempal.. bf pun memang foreigner @ african man.
So masa baca karya ni, memang bayangkan instafamous itu. So memang ada spesis manusia gitu.
Kisah Ci and Indra sweet² je. Santai je baca.. takdalah conflict teruk yang menyeksakan dada 😊
4.5 bintang-bintang di langit pada purnama bulan Ramadan. (Tepuk dahi 40 kali, orang lain khatam Quran tapi KakChik tak tahan hati untuk ulit karya CheRose ni🥴).
Kalau rajin KakChik sambung tulis resensi ni. Yang pasti hasil air tangan CheRose tak pernah x puas hati. Cukup rencah, cukup rasa dan cukup segalanyalah. 😍
Lebih prefer novel romance yang sweet tanpa perlu ada adegan dan "maklumat tambahan". Jadi jika ditanya novel mana yg best antara novel Ali dan Akad, semestinya akan pilih novel Ali (berdasarkan skala anak tekak sendiri).
Trope : • age gap • she fell first • arranged marriage (sort of) • slow burn romance
Spice level 🌶🌶🌶🌶🌶
1. Buku ni tidak sesuai untuk bacaan umum ye. Totally smut. Budak sekolah jangan baca pulak. Aku sepak muka tu karang. Tajuknya pun Akad. Korang dah nikah ke belum? Jangan coba-coba.
2. Surprisingly aku suka watak female lead dalam buku ni, Ciara. Memang betul-betul sunshine & innocent habis 😂 Terkejut beruk aku scene dia pergi office Indra untuk propose. Boleh tahan daring gak budak ni haha
3. Watak male lead, Indra I like him of course. Imagine je dia Lee Dong Wook settle masalah haha. Suka cara dia handle si Ciara yang macam Chihuahua. This is the 2nd time aku jumpa male lead yang tak beria. Lepas kahwin pun dia take time untuk fall in love dengan Ciara. Memang lerve lah.
4. Macam-macam cara Ciara buat untuk pikat Indra. Lawak gila. Sampaikan nenek Ciara pun bagi tips sekali kahkahkah. Indra tu kat luar je berlagak cool kat dalam tu dah gelabah dan hampir menyerah sebenarnya haha. Play hard to get ye bang 🤣
5. Oh ya, ex wife Indra macam shibal sekiya. Tu je nak cakap, sekian terima kasih.
At first risau watak Ciara yang tergedik-gedik hilangkan mood bacaan tapi it turns out Ciara ni agak matang despite of her age and gedik2 manja with her father. Isu cerai, masalah dalam hubungan suami isteri yang sememangnya berlaku di sekeliling kita diketengahkan dalam novel ni. Mungkin ada yang tak selesa but that's the truth. Fuhh...
Kisah pakcik 39 tahun yg kaku dan beku kena ngorat dgn isteri muda remaja yg gedik2 manja. Terhibur sangat baca kisah Ci dgn Ajusshi Indra ni. Terkekeh2 daku gelak. Ci is sooo bubbly and sassy. Kadang aku yg segan, tp gedik dia kat suami tu comel dan tak over, kita pulak tersenyum2 suka. Beza umur 20 tahun, tapi rasa macam padan sangat pulak. 4 bintang sebab sis betul2 terhibur! Tak cukup satu bintang sebab byk part yg patut sensored. I is tak berkenan novel melayu ada part2 macam tu, sorry..
Adik2 bawah umur tolong jangan baca. Buku ni so not appropriate utk yg bawah umur. Actually it's a good issue and reminder utk dibangkitkan bagi yg dah berkahwin, isu hubungan kelamin suami isteri ni bukan la sesuatu yg open utk org melayu Islam mcm kita ni bincangkan dgn sesiapa pun. Jadi I'm sure ramai yg pendam masalah mcm tu even dgn pasangan masing2, hingga boleh buat isu tu membusuk dan merosakkan keharmonian rumah tangga. Bila baca ni, it's a good reminder for us, always 'jaga diri' utk suami, talk with your partner, jangan pendam2.
Lagi isu semasa yg dibangkitkan, perihal perempuan zaman skrg yg tanpa malu dedahkan masalah rumah tangga di medsos. Aib suami dijaja, pekung sendiri dibuka.
Anyway, a very nice read for me. Always have respect for gaya bahasa dan penulisan RH, words yg digunakan kadang2 i terpaksa google sebab tak pernah dgr walaupun i am malay sejak azali 😂
Okay, macam yang rata-rata bagitahu la, buku ni untuk 18 tahun ke atas. .
Ni cerita tentang Ciara yang nak sangat kahwin ngan Indra, si duda beranak 2. Dahlah dorang beza 20 tahun. .
Bagi aku, cerita ni smooth je la. Tak banyak konflik. Lagipun watak Indra dan Ciara tu matang. .
Konflik utama kat sini ialah masalah batin dalam rumah tangga. Banyak la persoalan dan diskusi yang ditimbulkan.So, kita yang membaca ni bolehlah amik iktibar.
Pengisian cerita yg bukan kaleng2. Kepada wanita di luar sana, anda patut baca novel ni. Punca penceraian Indra ni buat Aku bukak mata. Aku taknak jadi mcm ex wife Indra. Lepas baca buku ni Aku terus mandi, wangi2. HAHA.
Penulisan yang sangat berani from kak Rose Harissa.
Buku ni sangat lah terbuka, vulgar and 18+ ye takut aku baca 😭😭. Aku tak sure sebab aku punya ni cetakan pertama ke apa tapi aku harap lepas ni penerbit boleh letak label ‘untuk bacaan dewasa’ pada cover depan buku ni.
Mengisahkan Ciara yang terpikat dengan Indra yang 20 tahun lebih tua daripada dia dan seorang duda anak dua. Cerita ni takde konflik pun sebenarnya. Cuma part bekas isteri Indra tu je lah. Aku cakap buku ni menakutkan sebab very open dan bahasa dia very vulgar 😭😭😂.
Kalau penerbitan buku fixi mungkin aku tak terkejut sangat tapi sebab penerbit buku ni ialah idea kreatif so aku macam terkejut dan sangat tak expect.
Basically buku ni banyak ‘ilmu’ hubungan intim diantara pasangan suami isteri. Banyak juga lah ilmu persenyawaan untuk suami isteri dalam ni. Bahaya betul kalau sampai kepada pembaca bawah umur.
Aku suka watak Ci yang matang walaupun baru berusia 19 tahun dan Indra punya watak pun best. Pembaca boleh rasakan aura ‘berusia’ Indra tanpa merasakan yang dia tu tua sangat.
Overall it was an enjoyable read and budak sekolah jangan gatal gatal nak baca buku ni ye 😡.
Saya tak tahu kenapa ada yg jual sampai harga RM80/RM100 untuk sebuah novel Akad ni.And ada pulak yg sanggup beli. Mujurlah saya beli yg preloved aje harga RM16.Tak ada apa2 yg special pun.Dengan heroin yang tergedik gedik & watak hero pun tak best sangat. Sorry...
Kalau based on knowledge yes Ad accept. Which buku ni focus on hygiene especially kalau sudah berumahtangga. But, Ad kurang gemar apabila certain scene terlalu detail? And buat Ad terfikir yang perkahwinan itu hanya utuh apabila kebersihan dalaman sahaja ke? Thats all. But tak dinafikan the ilmu bagus. Not bad but not my fav
Beli yang Edisi PBAKL 2023 punya, sebab kalau tidak harga buku ni sangat mahal untuk preloved.
Ceritanya berkisarkan Indra Nazarie merupakan duda anak dua, seorang kontraktor yang berusaha membangunkan syarikat bersama adiknya. Merasa kecewa dengan kegagalan dalam perkahwinan membuatkan dirinya tidak rasa mahu mendekati atau dicintai oleh mana-mana perempuan. Terjebak dengan perkahwinan kali kedua bersama Ciara Erina anak Tan Sri Chairil kerana ingin menyelamatkan syarikatnya daripada bankrap sedangkan hatinya sudah tertutup untuk mengecapi kebahagian itu.
Ciara, yang dilahirkan dalam dulang emas tetapi fikiranya matang telah jatuh cinta pandang pertama kepada Si Duda dan nekad untuk mengahwininya. Walaupun jarak umur mereka 21 tahun tapi Ciara tak peduli. Selalunyaa lelaki yang terkejarkan dia kali ni biar dia pula mengejar lelaki itu.
Indra yang mengenali Caira selepas berkahwin dari sisi yang berbeza menyebabkan hatinya merasa kembali terbuka dan menerima isterinya itu. ...........
Cover yang terbaru ni penerbit letak siap-siap Bacaan Dewasa, not recommended kepada yang underage. Dan rasanyaaa buku ni juga tak sesuai untuk orang yang belum berkahwin. Ada terms yang aku tak faham tapi malas google, buat-buat faham. Dan kepada yang dah berkahwin boleh laa ambik tips yang berguna untuk anda.
Superb..fantastic..daebak… ape yg best semua ada la… Terasa berbaloi aq beli harga buku ni 3 kali ganda dari harga asal sbb die dah jatuh buku rare sekarang…
Penulisan rose harissa mmg matang and static fact on what really happen in this world…dreamy sbb lelaki yang die portrays still lelaki kacak..badan berketak tp isu yg die tghkan..omaigod…serious wei.its happen…its serious issue.. Lepas baca terus rasa macam nak usaha cantikkan diri..make urself worth and desirer..haaa..gitu…
Love!! Sangat2!!! Mmg ni 1 of my favourite book…💐🦋🥰
Membaca buku Rose Harissa pasti ada sahaja isu yg cuba diketengahkan oleh writter. Bersesuaian dgn tajuk, Akad membentangkan ttg isu rumah tangga yg mungkin bg sesetengah org agak sensitif dan agak memalukan utk berbicara secara terbuka. Namun sikap keterbukaan yg ditulis oleh Rose sebenarnya adalah satu isu yg mungkin dipandang enteng oleh pasangan suami isteri.
Cerita dimulai dgn Ciara yg jatuh cinta pandang pertama dgn Indra. Untuk itu, Tan Sri Chairil berusaha menyatukan anknya itu dgn Indra walau terpaksa bermain dgn taktik kotor. Rumahtangga yg pada mulanya 'terpaksa' bg seorang Indra akhirnya bahagia bila Ciara sendiri berusaha utk menjadi isteri yg terbaik utk Indra.
Semasa usaha itulah Ciara byk meminta tips dari ipar duai dan pada masa itulah terbongkarnya sebab musabab penceraian Indra dan Mila dahulu. Ermm sungguh memalukan bila pasangan kita memuat naik status yg mengaibkan. Konon mahu membuka aib si suami. Tetapi dlm masa yg sama aib si isteri terbuka luas dgn sendirinya. Inilah padahnya jika terlalu berkongsi masalah dlm media sosial🤷♀️.
Bagi saya, Rose terlalu jujur menulis dalam Akad. Tidak ramai yg mahu berkongsi perkara yg mungkin memalukan. Kagum. Ya saya kagum dgn Rose yg berjaya mengutarakan isu sebegini. Inilahlah hakikat sebenarnya yg ramai pasangan cuba nafikan akibat terlalu menjunjung ego sehingga sanggup bercerai berai dari mengakui kelemahan yg ada pada diri sendiri.
Tahniah Rose Harissa utk karya ini😍. Karya yg ringkas dan padat. Yg pastinya tiada langsung rs bosan dr awal hingga akhir.