Jump to ratings and reviews
Rate this book

Katakan Saja

Rate this book
Pertemuan pertama mereka hanya sebab sekeping roti. Bagi Nur Azzahraa, roti itu sangat bermakna. Tapi bagi Tengku Khalief, ia hanya sekeping roti yang terjatuh dan terpijak.

“Ambil dompet ni, pergi beli kilang roti.” – Tengku Khalief.
Angkuh dan sombong plus cerewet, Tengku Khalief di anggap ‘VIP gila’ di resort tempat Azza bekerja. Dan kegilaan Tengku Khalief itulah yang telah mengubah hidup seorang Nur Azzahraa.

“Kenapa Tengku buat semua ni?” – Nur Azzahraa.
“Untuk halalkan yang haram.” –Tengku Khalief.
“Tapi, tak bermakna yang halal itu hanya untuk dilihat saja depan mata.” – Tengku Khalief.

Berkahwin dalam usia muda dengan lelaki yang baru dikenali beberapa hari, sesuatu yang agak tidak logik. Tetapi demi selamatkan maruah diri, Azza menurut. Dan menjadi isteri tanpa cinta, sangat mencabar buat Azza. Apatah lagi bila Tengku Khalief sudah ada wanita lain bernama Jazlin.

Dalam perasaan yang meragukan, dalam prasangka yang sering membunuh kepercayaan, Azza akur yang dia tak berhak untuk dapatkan apa-apa dari lelaki bergelar suami.

“Kejujuran tak semestinya akan buat kita nampak mulia di mata orang lain.” – Tengku Khalief.

Masalahnya, di mana mahu dicari kejujuran itu? Jika di hati,
Azza tahu dia pasti akan gagal mencari kerana hati Tengku Khalief bukan untuknya.

Persoalannya di sini, siapa sebenarnya yang ada di hati Tengku Khalief? Azza atau Jazlin? Jika bukan sebab cinta, apa sebenarnya yang mengikat Tengku Khalief dan Azza menjadi suami isteri?

394 pages, Paperback

Published May 1, 2020

1 person is currently reading
29 people want to read

About the author

Hani Fazuha

47 books221 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (40%)
4 stars
16 (35%)
3 stars
11 (24%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
September 16, 2025
Kalini bosanlah sebab ML tak berapa nak menarik hati
Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
July 19, 2020
Azza ni muda lagi. Baru masuk 20an. SPM pn tak sempat nak ambil. Kasihan.... Hampir2 dirogol bapaknya dia larikan diri dan terjumpa dengan Encik Tengku. Macam biasa watak hero yg cold. Tak banyak cakap and hartawan.

Rasa macam ada la sikit2 persamaan dalam novel sebelum ni. Kirimkan Rindu. Kahwin di Indonesia.

Bila dah hero ni sejuk beku, bila tanya tak nak jawab tapi gentleman. Azza jadi pengikut yang tak banyak bunyi. Dia pun sedar diri. Nak mintak lebih2 rasa tak patut. Nak marah pun tak patut jugak. Sebab Tengku dah banyak tolong dia. Nak bertanya pun dia segan.

Azza pun cakap kalau dengan Indah, dia tak tahu kenapa nak bergaduh macam budak2. Masing2 tak nak kalah. Indah pun degil ya amat tambah dengan tak tahu malu. Watak Jazlin plak bila dihujung2 cerita baru munculkan diri. So overall saya puas hati. Segala teka teki terjawab dengan baik.

Lagi satu, saya rasa novel2 yg 'begini' patut ada label mcm 'untuk pembaca matang'. Sepatutnyalah.... 😉😉😉😉
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
May 21, 2020
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.

Pada mulanya, N tak berapa nak berkenan sangat dengan cerita ni sebab watak Azza terlalu muda. Rasanya macam this is the first time N baca novel HF dengan watak heroine yang boleh dikatakan masih lagi seorang budak.

Partner pulak dengan Tengku Khalief yang sah-sah dewasa. Rasa macam geli-geli pun ada walaupun Azza bukanlah budak di bawah umur.

It also took me awhile to get into the story. Sebab N tak 'nampak' hala tuju cerita ni. Azza dan Tengku Khalief pula macam nak main pusing-pusing satu Asia; dari pulau ke KL ke Indonesia tanpa sebarang penjelasan diberikan.

Maybe sebab N baca novel Aslan dan Katakan Saja almost back-to-back, N rasa macam ada persamaan antara Aslan dan Tengku Khalief which makes it almost impossible for me to differentiate between those two.

Story wise, Katakan Saja as a whole isn't bad. Walaupun N tak berapa suka dengan permulaan cerita, lama-kelamaan N jatuh suka dengan Azza dan Tengku Khalief. Mainly because Azza bukanlah seorang yang reda jer nak pass-pass lelaki sendiri pada perempuan lain.
Profile Image for Mslvoe.
2,060 reviews200 followers
February 22, 2024
Alahai alangkah indahnya kalau kisah dongeng macam ni wujud. F pun suka kahwin gan lelaki yang ada duit banyak gini 🤣😅

Apa² bersyukur apa yang ada. Tetap boleh beli buku 😊

Heroin Azza taklah selembik. Azza pertahankan marriage dia bila diasak oleh Indah. Boleh lak Indah perangai cam budak² memaksa maknya nak berkahwin dengan Tengku. Laaaaaaa

If Tengku nak kat Indah takpelah jugak..ni ermmm. Watak Jazlin akhir² baru muncul. F ingat isteri pertama, alololo
Profile Image for Naskylark.
66 reviews5 followers
May 26, 2020
Azzahra gadis desa yg hidupnya hanya berkisar dlm pulau dia tinggal tu je. Hanya ada ibu yg selalu jadi mangsa abusive ayahnya. Awal2 kisah dah rasa best, especially start Azza hampir jadi mangsa rape ayahnya, bila dia larikan diri dia terserempak dgn guest resort yg dia pernah ada 'kes'. Laki tu la yg bawak dia keluar dari pulau tu dan ambil dia tinggal bersama. Dlm kerek, dlm berlagak, dlm sombong encik Tengku tu, tetap dia sudi tolong dan protect Azza. Tak lama duduk sekali, Tengku tu terus bawak dia ke Indonesia utk nikah.

Sikap Tengku Khalief ni berubah lepas diorang nikah. Awal2 tu memang la dia beku dan dingin. Tapi unexpectedly, lepas kawin dia memang sweet. Tapi tu la, memang sejenis hero yg suka simpan dlm hati dan tak berterus terang. Dia ingat isteri tu faham apa dia rasa. Si Azza tu dah la budak mentah lagi, suka sangat buat andaian sendiri. Haaa mendapat la jadi complicated perkahwinan diorang. Kejap ok, kejap lari, kejap sentap, kejap tu ok balik. Tapi suka dgn karakter Azza yg polos dan naif. Mungkin tu yg buat encik Tengku jatuh centa tergolek kat dia.

Walaupun Katakan Saja ni pun lebih kurang sama je dgn jalan cerita novel HF yg lain, jenis kawin tanpa rela, tetap daku tertunggu2 tiap kali dia terbitkan buku baru. Ye sis memang suka genre macam ni 😆

Dah baca almost semua novel HF, tapi tiap kali kalau pegang buku tu dan baca tajuk je, memang takleh recall ni kisah pasal siapa, sinopsis mcm mana? Sebab semua lebih kurang sama je jalan ceritanya. Cuma satu je yg melekat di fikiran dan hati, Kirimkan Rindu, kisah Tuan Assad tu aura dia kuat sgt sampaikan boleh teringat2 walaupun dah lama baca.

Novel ni pun, walaupun baru je habis baca beberapa hari lepas, bila nak tulis review ni, eh dah lupa cerita pasal apa ek? Kena ambik buku dan baca sinopsis balik utk recall kisahnya😂

But still, I enjoy baca buku ni. Habiskan baca dlm 5-6 jam je. Nampak tak betapa tak boleh letak bila dah start baca? Masuk dlm list my fav collection, and will ulang baca lagi in the future.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
August 18, 2020
bila baca novel karya puan Hani Fazuha ni, laksana ajak pembaca bercinta. penuh dengan kasih sayang walaupun tak terlihat dek mata. tapi perasaan itu halus ada di setiap gerak, di setiap nafas yang ada.

seperti tengku khalief, walaupun beku, kaku, dia juga ada perasaan begitu. cuma terzahir dengan perbuatan. azza yang diselamatkan dijaga dengan sepenuh jiwa. langsung dia tidak mahu lepaskan rasa cinta itu pada indah atau pun jazlin walaupun mereka lebih segala-galanya dari azza.

serbamula kisah memang sangat simpati dengan kehidupan azza. ayahnya selalu buat onar. dia tak habis belajar pun angkara ayahnya walaupun otaknya bijak. tambah sedih bila emaknya sering jadi mangsa.

sebak bila baca kisah roti yang jatuh dan terpijak dek tengku khalief tu. itulah gambaran sesetengah manusia. rezeki yang ada sangat dihargai tapi bila ada yang lain datang dan seolah yang dihargai itu tak ada makna, memang sedih.

cinta pun tak perlu sempurna. hanya perlu kejujuran dan keikhlasan. itu pun dah mampu mencorak hubungan yang baik dan pengaruh diri untuk menjadi lebih baik.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
May 23, 2020
Saya rasa Katakan Saja ini antara novel terbaik yg Hani hasilkan. Spt kebanyakan novel penulis sblm2 ini, persoalan yg tergantung di awal cerita akan dirungkai di pengakhiran cerita. Dan ya, kebanyakan hero Hani selalunya bersikap berat mulut. Suka meninggalkan tanda tanya pasangannya sehingga menimbulkan prasangka dan pelbagai tanggapan buruk.

Begitu juga dgn Tengku Khalief yg lebih byk bertindak dari berkata. Sudahnya Azza terkapai2 utk mencari kebenaran yg sengaja atau tidak yg disembunyikan oleh Tengku Khalief. Dengan perangai Indah yg memang sengaja minta dilempang dan juga kisah Jazlin yg penuh misteri. Itu belum lagi rahsia salasiah keluarga Tengku yg merupakan ada hubung kaitnya dgn sejarah hidup Azza.

Walau Azza terlalu muda, baru berusia 20 tahun, namun kerana kehidupan sukar yg dilaluinya telah menjadikan Azza seorang yg agak matang berbanding usianya. Cuma di penghujung2 cerita yang tak tahannya dgn sikap Azza yg suka sgt nk menangis. Aishh geram pulak kita wak!!! Nasib la si Tengku tu suka peluk😜

Masalah komunikasi! Yup. Ini yg ketara dgn si Tengku ni. Dah la berat nk bercakap, boleh pulak dia buat perangai tenang selamba badak. Dia ingat semua orang boleh faham ke dgn tindak tanduk yg dia lakukan?

Apapun, tahniah utk Hani Fazuha. Anda antara penulis favourite saya walau ada juga novel yg anda tulis biasa2 shj. Tiada istimewa mana. Tapi tetap juga tulisan anda menjadi pilihan utama saya. 👍
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
May 12, 2020
Best. Tapi kurang berkenan skit dengan watak Tengku Khalief ni. Terlalu perahsia, tak banyak sangat bercakap sampai boleh menimbulkan macam² keraguan. Selamba & cool sangat tak kena gaya, contohnya masa dia biar je Indah tu peluk dia. Menyampah rasa. Tapi, suka yang part dia sangat² lar loving, caring & romantic husband.. 👍🏼 Watak Azza pula, tak suka part cengeng dia tu, skit² nak nangis, aduh, lemahnya insan ni. Nampak lemah sangat². Tapi suka part yang dia sangat² punya tahap kesabaran menggunung. Klau aku kat tempat dia, hilang dah kesabaran sekelip mata, dengan perangai Tengku yang perahsia, dengan Indah yang saja nak cari pasal tu, dengan si Jazlin lagi!
Profile Image for Ziana Lim.
80 reviews2 followers
November 3, 2020
Suka dengan karakakter Azza dan Tengku Khalief. Haruslah novel ini dijadikan koleksi sendiri.

Saya ada 1 stok lagi novel ni (NEW) , berminat bole pm ya! SOLD
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.