Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nigina

Rate this book
Terpegun melihat senyuman manis itu, Kamelia terpaku lagi. Berdepan dengan lelaki yang satu ini, tiba-tiba jadi dungu dia. Dia ingatkan Ben Amir lelaki berambut panjang paling kacak yang dia pernah lihat tetapi ada lagi yang lebih kacak rupanya.

Melihat Kamelia yang masih terpaku, Nigina terus mencapai baki yang dihulurkan lalu tangan Kamelia ditarik.

“Ginaaaa!!!” bisik Kamelia geram.

“Kau nak tercegat dekat depan tu sampai bila?” Bebel Nigina dengan nada berbisik.

Berdecup mulut Kamelia mendengar leteran sahabatnya itu. Masih belum berpuas hati kerana belum dapat berkenalan dengan lelaki itu, tangannya ditarik. “Jap…” ucapnya dan dia terus berpaling memandang lelaki semula. “Bang…nak tanya sikit, nama abang siapa?” selambanya.

Ikmal tercengang. Dengan kerutan di dahi, tangannya diangkat lalu jari telunjuknya ditunjukkan kepada diri sendiri.

Kamelia angguk. “Ya, nama abang siapa?” tanyanya lagi lebih beria dari tadi.

“Hurmmm…” Ikmal berdeham dan pandangannya dibuangkan ke arah Wan dan Iddin yang sedang tersenyum-senyum memandangnya kemudian menoleh ke hadapan semula. Selepas ini mesti tebal telinga dia mendengar usikan pekerja-pekerjanya.

“Ikmal…”

269 pages, ebook

Published April 1, 2020

11 people want to read

About the author

Ameera Ameer

24 books115 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (10%)
4 stars
7 (70%)
3 stars
2 (20%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
May 13, 2020
akak membayangkan minah saleh dok cakap melayu tengah makan creep durian. mesti comel. kalau karya puan Ameera Ameer, jangan risau. gerak ceritanya mesti sama macam resepi biskut famous amos yang sangat sedap tu. bila sebut, aromanya dah terbau-bau, belum masuk mulut lagi. nikmat! resepi tu pun ada dalam ebook ni tau. boleh cuba nanti.

nigina, bertemu ikmal mula-mula ketika dia singgah beli pavlova dan creep di cafe kepunyaan ikmal. ada kemudian datang bersama kawan baiknya, kamelia. pertemuan seterusnya ketika ikmal menyelamatkan nigina yang dalam bahaya. dan berlaku pertemuan demi pertemuan.

bila nigina dilanda bencana, ayahnya ditahan atas pertuduhan rasuah, ikmal yang menjadi penenang. dibawa nigina tinggal bersama keluarganya.

nigina terus menjadi pelangi cantik dalam hidup ikmal bila sentiasa ada bersama. ikut ikmal ke kafe, keluar beli barang bersama, berkepit hingga diusik, disakat dan digiat oleh anak buahnya di kafe. ikmal juga, tanpa sedar dia tidak suka bila nigina baik dengan anak buahnya. nigina bergurau dengan iddin pun dia dah tak senang duduk. kenapa ikmal?

beb, bukan full kisah cinta ya. ini lebih pada kisah tanggungjawab kemanusiaan. cinta tu datang di penghujung. selesa sepanjang pembacaan. tak kisah dengan perbezaan kaum dan agama, pertolongan diberi tanpa prejudis.

beb, cantik dan kacak itu bonus. kalau sifat sederhana dan peribadi yang baik pun mampu menyerlahkan seri wajah.

tak gitu?
Profile Image for Izz.
419 reviews8 followers
May 11, 2020
A simple story. Okay lar. Bacaan musim pkp.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.