Jump to ratings and reviews
Rate this book

Margaretta Gauthier

Rate this book
“Setelah saya kenal akan dikau, Armand, tahulah saya bahawa engkau ini anak muda yang mulia lagi budiman. Engkau cintai diriku ialah semata-mata buat diriku, bukan engkau cintai diriku untuk dirimu.

Sahabat yang setia ialah sahabat yang bercampur di dalam hatinya perasaan cinta dengan perasaan belas kasihan. Engkau jenguk saya pada waktu saya sakit, padahal orang lain menjauhi. Engkau berdiri di sisiku padahal tidak ada yang akan engkau harapkan daripadaku lagi, sedang orang lain telah meninggalkan daku, kerana memang tidak ada yang diharapkannya.

Kerana begitu besar budimu, maka tumbuhlah di dalam hatiku perasaan cinta dan hormat kepadamu, yang belum pernah kurasai terhadap orang lain.”

168 pages, Paperback

Published May 1, 2020

16 people are currently reading
119 people want to read

About the author

Alexandre Dumas fils

410 books546 followers
Alexandre Dumas (fils) (son) was born in Paris, France, the illegitimate child of Marie-Laure-Catherine Labay (1794-1868), a dressmaker, and novelist Alexandre Dumas. During 1831 his father legally recognized him and ensured that the young Dumas received the best education possible at the Institution Goubaux and the Collège Bourbon. At that time, the law allowed the elder Dumas to take the child away from his mother. Her agony inspired Dumas fils to write about tragic female characters. In almost all of his writings, he emphasized the moral purpose of literature and in his play The Illegitimate Son (1858) he espoused the belief that if a man fathers an illegitimate child then he has an obligation to legitimize the child and marry the woman.

Dumas' paternal great-grandparents were a French nobleman and a Haitian woman. In boarding schools, Dumas fils was constantly taunted by his classmates. These issues all profoundly influenced his thoughts, behaviour, and writing.

During 1844 Dumas moved to Saint-Germain-en-Laye to live with his father. There, he met Marie Duplessis, a young courtesan who would be the inspiration for his romantic novel The Lady of the Camellias. Adapted into a play, it was titled in English (especially in the United States) as Camille and is the basis for Verdi's 1853 opera, La Traviata. Although he admitted that he had done the adaptation because he needed the money, he had a great success with the play. Thus began the career of Dumas fils as a dramatist, which was not only more renowned than that of his father during his lifetime but also dominated the serious French stage for most of the second half of the 19th century. After this, he virtually abandoned writing novels (though his semi-autobiographical L'Affaire Clemenceau (1867) achieved some success).

On 31 December 1864, in Moscow, Dumas married Nadjeschda von Knorring (1826 – April 1895), daughter of Johan Reinhold von Knorring and wife, and widow of Alexander, Prince Naryschkine. The couple had two daughters: Marie-Alexandrine-Henriette Dumas, born 20 November 1860, who married Maurice Lippmann and was the mother of Serge Napoléon Lippmann (1886–1975) and Auguste Alexandre Lippmann (1881–1960); and Jeanine Dumas (3 May 1867–), who married Ernest d' Hauterive (1864–1957), son of George Lecourt d' Hauterive and wife (married in 1861) Léontine de Leusse. After Naryschkine's death, he married in June 1895 Henriette Régnier de La Brière (1851–1934), without issue.

During 1874, he was admitted to the Académie française, and in 1894 he was awarded the Légion d'honneur.

Alexandre Dumas fils died at Marly-le-Roi, Yvelines, on November 27, 1895 and was interred in the Cimetière de Montmartre in Paris. His grave is, perhaps coincidentally, only some 100 metres away from that of Marie Duplessis.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
101 (40%)
4 stars
107 (43%)
3 stars
38 (15%)
2 stars
2 (<1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 66 reviews
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
March 10, 2021
Kemiskinan hidup Margaretta membuatkan dirinya tidak dipandang oleh lelaki kerana darjatnya itu tidak membawa apa-apa kelebihan bahkan juga kebanggaan buat mereka. Dengan kecantikan yang diperolehinya ini hanyalah untuk dipermainkan oleh lelaki berharta sebagai pemuas nafsu tanpa niat untuk memperisterikannya.

Disebabkan hal inilah, Margaretta menyimpan dendam kepada lelaki malah menganggap lelaki sedemikian lebih hina daripada dirinya. Perlakuan lelaki yang ingin melempiaskan nafsu tidak.jauh seperti seekor anjing yang datang meminta makan hatta kemewahan mereka yang telah banyak digadaikan kepada Margaretta seolah-olah dia adalah isteri mereka tetapi mereka bodoh untuk menilai kesemuanya itu. Akhirnya, Margaretta berjumpa dengan Armand yang sudi menerima dirinya seadanya sehinggalah dugaan demi dugaan datang menerpa kepada mereka.

Jika kalian pernah baca Terusir, kalian mungkin dapat kaitkan cerita ini yang lebih mengangkat darjat dan maruah seorang wanita. Cuma Terusir lebih kepada tema kekeluargaan dan Margaretta Gauthier pula melibatkan pengorbanan kebahahagiaan sendiri disebabkan latar belakangnya yang tidak setaraf dengan dirinya.

**Sediakan tisu sebelum baca.
Profile Image for Munirah Baharin.
8 reviews7 followers
June 7, 2023
" Segala sesuatu pada dirinya telah mati, kecuali hati dan perasaannya. "

Begitu tulus cinta Magaretta buat Armand sehinggakan terlerai roh dari jasad, masih dikandung berat olehnya sebuah hati dan perasaan.
Profile Image for NUR HIDAYAH ABDUL HAMID (aya_booskboutique).
89 reviews7 followers
February 28, 2022
Novel cinta klasik. Terjemahan dari versi Indonesia. Karya asal adalah dalam bahasa Perancis. Antara genre yang saya suka adalah novel-novel terjemahan. Dapat tengok dan faham serba sedikit budaya orang di negara lain.

Dah lama tak baca novel-novel macam ni. Novel santai begini berjaya dihabiskan dalam tempoh sekejap. Dapatlah semangat sikit untuk meneruskan pembacaan buku-buku lain. 😊

Tak banyak rasanya untuk saya kongsikan tentang buku ini tapi secara kesuluruhannya ia tentang dahsyatnya kuasa cinta.

1) Bagaimana perasaan cinta yang mendalam mengubah kehidupan manusia.
2) Yang penting dalam perhubungan terkadang adalah aspek-aspek yang terlihat kecil seperti tersenyum kepada pasangan setiap hari.
3) Cinta menjadikan seseorang sanggup berkorban demi orang yang dicintai. Jadi refleksi buat saya sudah pernahkah berkorban untuk pasangan.
4) Selalu ada cerita tersembunyi di sebalik pilihan atau keputusan pasangan. Bukalah hati untuk memahami.
5) Jadi laki laki sejati yang harus tahu apa yang dikehendaki & membuat pilihan. Apa lagi tentang kehidupannya.
6) Sebagaimana Islam mengajarkan, bagaimana pendosanya seseorang itu boleh jadi dia adalah manusia mulia. Jangan menghina & mengata manusia.

Saya terngiang pesan guru saya, walaupun kamu pelajar bidang agama, baca juga karya sastera cinta. Ini akan menjadikan kamu orang agama yang halus jiwanya. Tak hairanlah kan HAMKA menterjemah karya sebegini dan juga menulis karya begini.

Selamat membaca kawan! 😇
Profile Image for Bwllwnn.
20 reviews
August 24, 2021
Buku ketiga hasil penulisan Hamka pada bulan Ogos. Seperti biasa karya Hamka tidak mengecewakan. Gaya bahasa yang menarik, unik, kemas serta berjaya menyentuh perasaan pembaca. Karya ini merupakan terjemahan daripada karya asal oleh penulis dari Perancis iaitu Alexandre Dumas Junior yang berjudul La Dame aux Camelias (The Lady of Camellias) pada tahun 1848. Jalan cerita yang menyentuh hati saya ketika membaca buku ini.

Kisah ini menceritakan Margaretta yang hidup miskin dan membawa dirinya kearah kehidupan yang hina dina iaitu dengan menjual kehormatan dirinya kepada para lelaki yang tidak dicintainya hanya untuk mendapatkan wang buat mengisi perut dan pakaian untuk menutup badannya. Margaretta bersumpah untuk membenci semua lelaki, namun kehadiran seorang pemuda yang bernama Armand mengubah segalanya. Kehadiran Armand membuatkan Margaretta tidak mahu kehilangan Armand lagi sepanjang hayatnya. Dia sanggup berbuat apa sahaja untuk Armand. Hubungan mereka diketahui oleh bapa Armand. Bapanya tidak bersetuju untuk Armand tinggal bersama Margaretta kerana dia tahu akan kehidupan sebenar Margaretta sebelum ini. Bapanya bertemu dengan Margaretta untuk berbincang mengenai anaknya,Suzanne yang mengalami sakit berat kerana tunangannya memutuskan untuk tidak meneruskan perkahwinan mereka kerana mengetahui bahawa Armand, abang kepada Suzanne mempunyai hubungan dengan Margaretta. Mereka tidak mahu keturunan mereka ada kena mengena dengan seorang pelacur. Hal ini menyebabkan Suzanne jatuh sakit dan bapanya terpaksa bertemu dengan Margaretta untuk meminta dia memutuskan hubungan dan melupakan Armand.

Margaretta yang berat untuk menerima hakikat tersebut akhirnya terpaksa akur akan kehendak bapa Armand. Margaretta terpaksa berbuat sesuatu supaya Armand merasakan bahawa Margaretta telah berbuat sesuatu dibelakangnya iaitu berlaku curang dan pergi kepada kekasih lamanya. Setelah sekian lama, Armand merantau ke negara-negara lain dan bapanya tidak dapat berhubung dengannya lagi melalui surat. Sehinggalah suatu hari, Margaretta telah jatuh sakit. Permintaan terakhirnya adalah untuk bertemu dengan Armand. Namun Armand tidak dapat dihubungi walaupun Margaretta telah mengirimkan surat kepadanya. Surat tersebut tidak dibalas oleh Armand ekoran tidak kesampaian. Sehinggalah saat-saat terakhir keidupan Margaretta lalu dia pun meninggal tanpa sempat bertemu dengan Armand. Setelah membaca isi surat Margaretta akan kejadian sebenar yang berlaku, barulah Armand tahu bahawa Margaetta masih sangat mencintainya dan terpaksa berkorban untuk kebahagian adiknya serta bapanya.

Kisah ini lebih menyentuh hati jika dibaca secara penuh dan dihayati oleh pembaca. Saya bagi 4/5.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
January 27, 2018
Kadang saya terfikir, mengapakah HAMKA memilih untuk menterjemahkan novel ini. Bukankah beliau seorang ulama'? Mengapa memilih menterjemahkan kisah hidup seorang pelacur?

Dan saya juga tertanya, mengapa novel ini dikatakan sebuah novel berunsur feminist?

Setelah menghayati kisah hidup Margaretta Guither ini, ya, saya akui... ini sebuah kisah pengorbanan suci seorang perempuan yang dianggap hina, untuk perempuan lain. Margaretta, sesuci hatinya, tidak mahu perempuan lain yang tidak berdosa sepertinya menanggung penderitaan jiwa.

Falsafah cinta dan pengorbanan yang dipamerkan melalui watak Margaretta ini, memang segar. Belum pernah lagi saya menemui falsafah seperti ini.

"Engkau cintai diriku ialah semata-mata buat diriku, bukan engkau cintai diriku untuk dirimu."
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
January 27, 2024
8/2024

-Margaretta Gauthier
-Hamka

Sejujurnya karya ini saya pilih secara rawak sahaja. Namun, tidak disangka karya ini terlalu berat untuk dihadam. Berkisar tentang cinta dan pengorbanan seorang bekas pelacur terhadap lelaki yang dia cintai. Terjemahan Hamka terasa begitu menusuk. Walaupun satu ayat sahaja, namun daripada satu ayat itu terasa memberi seribu satu pengajaran yang tersirat. Juga antara karya yang perlu ada dalam bahan bacaan 2024 anda.
Profile Image for bakanekonomama.
573 reviews84 followers
March 13, 2016
Bagi sebagian orang, novel roman klasik tidak menarik, karena narasi yang panjang, sedikit percakapan, dan plot yang lambat. Tapi sepertinya saya justru cocok dengan cerita-cerita semacam itu. Beberapa roman klasik yang sangat saya sukai, pernah saya rekomendasikan kepada teman-teman saya, tapi ternyata mereka tidak menyukainya. Dan sekarang, sekali lagi, sebuah roman klasik telah mengikat hati saya. Membawa saya kepada lonjakan perasaan dan membuat saya menitikkan air mata.

Kali ini kisah Margaretta yang membuat saya merasa iba. Kehidupannya yang miskin membawanya kepada jurang kenistaan. Demi mendapatkan sehelai pakaian dan sepotong roti, ia harus menjual kehormatannya. Padahal hanya kehidupan sederhana yang diidamkannya. Ia hanya mengharapkan atap untuk tempat berlindung, sehelai pakaian untuk melindungi tubuhnya, dan sepotong roti di pagi dan petang untuk mengganjal perutnya. Tapi tak ada yang mau memberikan itu kepadanya. Setidaknya dengan cara yang terhormat. Sehingga dia bersumpah, setelah menjual kehormatannya, bahwa dia akan membenci seluruh lelaki dan akan menghancurkan mereka.

Margaretta, dengan kecantikannya, menjadi seorang pelacur yang paling terkenal di Paris. Semua lelaki tunduk di hadapannya. Tetapi ia sudah bersumpah bahwa ia tidak akan memberikan hatinya kepada siapapun. Jadilah mereka semua menjadi mainannya yang dapat ia campakkan sesuka hatinya. Baginya, semua laki-laki sama. Hanya menginginkannya di saat ia cantik jelita dan memiliki kedudukan (meski itu hanya pelacur terkenal) tapi semuanya akan berbondong-bondong meninggalkannya jika semua itu sudah hilang dari tubuhnya.

Namun perjumpaannya dengan seorang pemuda membuka hatinya. Laki-laki itu bernama Armand, yang mencintai Margaretta dengan tulus bukan hanya karena kecantikannya. Di saat Margaretta sakit, hanya dialah yang setiap hari datang mengunjungi rumahnya dan bertanya kepada pelayannya tentang kondisinya. Bahkan hingga dua-tiga kali ia menanyakan kabar Margaretta kepada pelayannya.

Setelah pergulatan batin yang luar biasa di diri Margaretta, ia pun menyadari bahwa ia sangat mencintai Armand dan tidak bisa hidup tanpa dirinya. Mereka pun pergi ke sebuah desa yang jauh dari Paris untuk memulai hidup bersama. Sayangnya kebahagiaan mereka hanya bertahan selama setahun saja, karena harta yang Armand miliki mulai habis untuk kehidupan mereka sehari-hari, hingga Margaretta pun harus menggadaikan perhiasan-perhiasan miliknya bakan berhutang untuk kehidupan mereka.

Saat itulah ayah Armand datang menjemput anaknya. Tentu saja Armand menolak karena ia sangat mencintai Margaretta dan tidak sanggup hidup tanpanya. Namun setelah pertemuan kedua dengan ayahnya, ia mendapati bahwa Margaretta telah pergi meninggalkannya. Armand yang sakit hati dan cemburu menganggap bahwa Margaretta pergi karena kini ia tidak punya harta. Ia mengirimkan surat kepada perempuan itu yang isinya pasti akan ia sesali di kemudian hari.

Kenapa Margaretta pergi meninggalkan Armand? Apa benar karena Armand kini telah miskin? Apakah benar seorang pelacur macam dia tidak bisa setia dan tidak bisa mencintai seseorang dengan tulus?

Ada sebuah pola tersendiri yang khas dalam sebuah roman klasik: tragedi. Sama seperti roman-roman klasik lainnya seperti "Wuthering Heights" atau "Romeo and Juliet", cerita ini juga tentang tragedi. Tragedi yang menimpa Margaretta sejak ia muda. Seolah-olah ia hidup hanya untuk merasakan segala penderitaan yang ada di dunia. Baru saja ia merasakan cinta, tapi cinta itu harus diambil dari dirinya. Ditambah lagi, ia menderita penyakit TBC, yang di zaman itu sudah pasti hanya akan berakhir pada satu hal. Namun meskipun sering kali berakhir dengan tragedi, saya ternyata tidak bisa membenci kisah macam ini.

Di dalam cerita ini saya sungguh merasa kasihan kepada Margaretta, yang ditimpa kemalangan sepanjang hidupnya. Bagi sebagian orang, kehidupan yang tampak sederhana dan mudah dicapai oleh orang kebanyakan, memang menjadi sesuatu hal yang mahal dan mewah. Saya juga menyayangkan karena hati Margaretta terlanjur jatuh kepada Armand, yang menurut saya memiliki jiwa yang lemah. Seandainya Armand bukan berasal dari keluarga yang memiliki nama (meski sepertinya bukan bangsawan besar), tapi dari kelas orang biasa, tentu hidup mereka tidak akan sesulit itu. Armand bukan pemuda yang dididik untuk bekerja dan menghasilkan uang dari peluhnya sendiri. Ia tidak seperti Matthew di Downton Abbey yang mendapat gelar kebangsawanannya setelah ia merasakan pahit manis kehidupan sehingga terbiasa untuk bekerja dan bukan hanya hidup dari gelar kebangsawannya saja. Menurut saya, kelemahan Armand itulah yang membuat cinta menjadi lebih sulit selain karena perbedaan kedudukan sosial di antara mereka.

Cerita yang sampai di tangan saya ini adalah adaptasi dari "The Lady of Camellias" yang dialihbahasakan oleh Prof. Dr. Hamka dari bahasa Arab oleh Syaikh Mustafa Luthfi al-Manfaluthi. Dari segi bahasa, maka karya ini diterjemahkan dari bahasa kedua bukan dari sumbernya langsung. Padahal menurut kaidah penerjemahan, penerjemahan yang bukan dari bahasa sumber akan menyebabkan beberapa reduksi dari segi isinya. Saya tidak tahu seberapa banyak perbedaannya dengan versi aslinya, tapi sepertinya di awalnya cukup berbeda (setelah membaca beberapa review di Goodreads). Untungnya saya nggak bisa bahasa Prancis, jadi saya nggak rewel seperti waktu saya membaca terjemahan Indonesianya "Kitchen" Banana Yoshimoto yang jelas banget bukan diterjemahkan dari Bahasa Jepang.

Buku yang ada di tangan saya ini kertasnya sudah menguning. Sepertinya ini adalah cetakan ketujuh yang terbit tahun 1975. Bahasanya tentu saja agak berbeda dengan apa yang kita pakai saat ini, sekitar 40 tahun setelahnya. Terkadang saya berhenti sejenak ketika merasakan ada bahasa yang mengganjal, yang kini sudah jarang sekali kita pakai (kecuali mungkin yang di daerah), misalnya kata "lurah" yang berarti lembah. Selain itu, penerjemahan yang berasal dari bahasa Arab membuat saya tertegun ketika muncul kata-kata yang sangat kental makna Islamnya, seperti Allah subhanallahu wata'ala, azab, dan kalau tidak salah ada kata-kata jannatun na'im juga. Kalau itu diterjemahkan di zaman sekarang oleh penulis kontemporer, saya pasti sudah tertawa terbahak-bahak. Tapi karena ini Hamka, saya merasa tidak pantas melakukannya.

Sebagai penutup, ada satu kalimat favorit saya yang selalu saya ulang-ulang setiap kali membaca sebuah buku romantis yang penuh tragedi...

Sejak dahulu, begitulah cinta. Deritanya tiada akhir....
Profile Image for Hasnul Adin.
46 reviews28 followers
May 30, 2021
Bahagian pertama novel terjemahannya terasa tak kena. Mungkin bahasanya dan terjemahannya sukar difahami. Lalu ditinggalkanlah buku ni berbulan lamanya sebelum akhirnya semalam saya cuba baca semula dan harini berjaya tamatkan bacaan. Iya, bahagian kedua novel ini lebih baik dan lebih sedap dibaca. Bahagian dimana kisah siksa duka Margaretta yang berkorban diri hingga akhirnya meranalah dia, seorang diri.
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
June 27, 2020
Karya Alexander Dumas yang telah diterjemahkan oleh Hamka ke bahasa Indonesia dari karya yang diterjemahkan ke bahasa Arab.
This entire review has been hidden because of spoilers.
337 reviews15 followers
October 4, 2020
Sedihnya kisah Margaretta yang ingin berhijrah kerana namun perlu berkorban kerana cinta.
Profile Image for Hilal.
43 reviews
May 14, 2012
Novel ini adalah terjemahan bahasa ketiga, yakni dari Bahasa Prancis, diterjemahkan ke Bahasa Arab oleh Syaikh Mustafa Luthfi al-Manfaluthi, lalu oleh Buya Hamka diterjemahkan lagi ke dalam Bahasa Indonesia.

Sangat terasa sekali bahwa novel ini adalah inspirasi Buya Hamka untuk menuliskan novel ramannya, Di Bawah Lindungan Ka'bah. Alur cerita mendekati persis:

Ada dua orang pasangan yang saling cinta --> Lalu, karena suatu hal, kedua harus berpisah --> Saking berat derita yang harus ditanggung karena perpisahan itu, kedua pasangan itu jatuh sakit dan mengalami disorientasi --> yang sakit sudah mendekati ajal, akhirnya berkirim surat pada mantan pasangan yang masih dicintainya itu --> yang sakit itu akhirnya meninggal dunia sebelum bertemu pasangan yang diidamkannya itu --> selesai
Profile Image for Tey Marzuki.
Author 13 books101 followers
July 3, 2020
Terasa pilu, pecah hati ini berkeping-keping saat membaca kisah deritanya seorang Margaretta Gauthier.. Begitu murni nilai cinta di nurani Margaretta sehingga sanggup mengorbankan satu-satunya pergantungan hidup untuk kebahagiaan orang lain, bahkan menggalas kebencian insan yang disayanginya dalam sepi sendiri..

Cerita ini mengingatkan saya pada indah nukilan Buya Hamka bernama Di Bawah Lindungan Kaabah.. Tentang harga sebuah kasih yang tinggi sehingga terangnya melangiti bukan saja yang menerima rasa, bahkan pada mereka yang mengikuti ceritanya dari baca.. Satu nukilan yang sangat baik pada hemah saya, kerana adanya kritikan halus pada jiwa tenat masyarakat yang sering saja memandang luaran, sehingga terlupa apa yang ada tersembunyi di dalam.. Bahawa manusia tidak harus dipandang pada statusnya, tapi pada hati nuraninya..
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
November 6, 2021
Betapapun berat sakit yang dideritai badan, dalam lagi seksa ditanggung hati, akibat cinta terhadap seorang manusia. Mati itu pasti, cuma penyebab dan caranya yang bermacam. Perjalanan akhir seorang Margareta ternyata antara yang paling menggamit kasihan. Setiap pengakhiran catatan deathbed Margareta, saya juga senafas dengannya, dan Borodins, bahawa akan muncul akhirnya Armand ditepi katil. Biarpun hanya supaya sempat ditatap mata Margaretta lima saat. Mata hatinya sudah terpasak kekal wajah Armand. Wahai Kematian.
Profile Image for Maisarah 莎拉 ساره 사라.
71 reviews
February 8, 2022
saya setuju, pengakhiran cerita ni menyedihkan ditambah dengan gaya bahasa hamka yang relevan dan penuh dengan mainan emosi. tapi saya rasa macam ada sesuatu yang tidak diceritakan, sesuatu yang terhalang, sesuatu yang hilang. mungkin juga sebab buku ini diceritakan dari sudut pov yang pertama dan lebih kepada format surat
Profile Image for Izzati Sofea.
56 reviews1 follower
July 23, 2023
Kisah hidup Margaretta sangat menyedihkan sehinggakan dia cuma dapat merasakan nikmat kebahagian ketika bersama ayah angkatnya dan bersama Armand. Terlalu sedikit bahagia yang dirasakannya dibandingkan dengan penderitaan yang dihadapinya. Tak henti-henti aku menangis memikirkan dia langsung tidak dapat berjumpa Armand ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Profile Image for Rahmadiyanti.
Author 15 books174 followers
September 7, 2011
Salah satu koleksi buku papa. Roman dari penulis Perancis kenamaan yang diterjemahkan oleh Hamka. Waktu itu baru tahu kalau Hamka suka membaca novel-novel romantis. Kalau tak salah novel ini ikut memengaruhi karya-karya Roman Hamka, salah satunya Di Bawah Lindungan Ka'bah.
Profile Image for Muhammad Ukasyah.
10 reviews1 follower
July 1, 2021
Margaretta Gauthier. Terjemahan: HAMKA

Ada 2 konklusi:

Cinta itu mampu menghidupkan
Cinta itu juga mampu mematikan

Allah tak lihat permulaan tapi lihat pengakhiran.
Allah juga tak tengok hasil tapi tengok usaha kita bagaimana.
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books51 followers
August 19, 2020
Saya hanya mengambil masa beberapa jam untuk menghabis-baca buku ini. Sewaktu mula membaca, saya fikir ia sebuah cerita yang hampir sama dengan cerita Buya Hamka, yang berjudul 'Terusir' kerana ia juga mengangkat watak seorang wanita yang terjerumus ke lembah pelacuran disebabkan oleh himpitan kemiskinan. Kemiskinan yang tidak langsung dibantu oleh masyarakat sekeliling sehingga watak Margaretta ini terpaksa menggunakan kecantikannya untuk meneruskan hidup dalam dunia pelacuran.

Tetapi, hidup Margaretta tidak lama berada di kancah hina bila aturan Tuhan memberikan dia sakit. Sakit yang kemudiannya membawa dia ke tempat permandian sebagai salah satu rawatan. Di tempat permandian ini, dia bertemu dengan seorang ayah yang kematian anak, yang mana wajah si anak sama seperti wajah Margaretta. Ayah, Hertog Mohan ini yang begitu rindukan mendiang anaknya langsung mendekati Margaretta dan memberikan perempuan ini kehidupan yang lebih baik.

Margaretta dibawa ke Paris dan ditanggung hidupnya. Margaretta meninggalkan dunia lacur, hidup dengan tenang walaupun dia masih dikenali sebagai perempuan lacur ternama. Dia bahagia dengan hidup barunya sehinggalah muncul pula seorang pemuda yang jatuh cinta kepadanya, Armand. Cinta yang bermula dengan belas kasihan menjangkau pula kepada satu perasaan rindu dendam yang mendalam.

Kerana Margaretta melihat akan cinta ikhlas Armand itu, yang membuatkan dia sendiri merasakan perasaan yang sama. Walau dia cuba menghindar, tetapi tidak mampu kerana itulah buat pertama kalinya dia benar-benar jatuh cinta kepada seorang lelaki. Jatuh cinta yang sebenar-benar cinta. Yang bila tidak terpandang walaupun sekejap, sudah jatuh gering tidak terubat.

***

Ini ulasan saya selepas resensi di atas.

Cerita ini, sebagaimana cerita yang ditulis oleh Buya Hamka (walaupun cerita ini terjemahan cuma). Ditulis dengan campuran sudut pandang. Bermula dengan sudut pandang ketiga, yang mana penulis menceritakan latar hidup seorang Margaretta.

Kemudian dipanjangkan kepada sudut pandang pertama iaitu sudut pandang Margaretta sendiri yang menceritakan pertemuannya dengan Tuan Hertog Mohan dan pertemuannya dengan Armand. Malah, pertemuan dengan ayah Armand juga.

Sudut pandang pertama daripada watak lain, adalah daripada watak pelayan Margaretta, Borodins di akhir-akhir cerita. Yang pada saya, penceritaan Borodins ini telah meninggalkan kesan yang amat sedih di hati saya sebagai pembaca. Gambaran kesengsaraan Margaretta oleh Borodins dengan ayat-ayat perlambangan, teramat mendalam. Setiap perlambangan kesengsaraan itu menjadi lebih jelas bila Borodins sendiri mengatakan kesanggupannya mengorbankan apa yang dia ada jika mampu untuk memanjangkan nafas Margaretta. Tidak sanggup dia melihat penderitaan wanita itu.

Apa yang boleh dirumus daripada cerita ini:
1-Ada manusia yang tidak pernah mengenal cinta bila dikenalkan dengan cinta, dia bahagia. Pada masa yang sama juga dia derita bila cinta itu adalah di antara dua dunia berbeza - dunia hina dan dunia mulia. Margaretta seorang perempuan lacur yang terkenal, hina. Armand, lelaki golongan bangsawan yang mulia.

2-Jika manusia lain mudah berbicara untuk meninggalkan cinta dan bergerak ke fasa hidup yang seterusnya, tetapi orang seperti Margaretta tidak boleh. Cintanya begitu mendalam sehingga pengorbanannya bukan calang-calang. Sanggup dia meninggalkan janji pada ayah angkatnya, Tuan Hertog Mohan dan mengikut Armand. Sanggup dia menggadai kepercayaan Armand padanya demi kebahagiaan keluarga Armand walaupun dia dituduh pengkhianat dan ditinggalkan.

3-Ayah Armand bukan seorang yang kejam bila meminta Margaretta meninggalkan anaknya, tetapi ada sebab yang melibatkan nyawa anak keduanya. Di dalam cerita ini, masyarakat juga sebenarnya turut sama berdosa dalam membiarkan hidup perempuan seperti Margaretta terseksa. Sedangkan mereka boleh untuk tidak mencapur-adukkan di antara hidup Armand dan adiknya.

4-Di dalam cerita ini juga jelas menunjukkan sikap masyarakat yang begitu mementingkan susur galur keturunan. Hanya kerana seorang anggota keluarga memilih perempuan lacur, ahli keluarga yang lain terseret sama dihina dan dibuang langsung oleh masyarakat.

5-Seorang bapa - ayah Armand, sanggup meletakkan harga dirinya sebagai seorang bangsawan apabila merayu Margaretta melepaskan anak lelakinya. Dia yang asalnya memandang hina perempuan lacur, telah memuji budi luhur Margaretta yang sanggup berkorban demi cinta tulus ikhlas. Malah, mendoakan Margaretta juga demi maruah keluarga.

'Margaretta' juga ditulis menggunakan teknik cerita di dalam cerita. Margaretta menulis surat kepada Armand yang mana di dalamnya diceritakan pula cerita ayah Armand tentang adik Armand selain daripada cerita Margaretta dan Armand sendiri. Malah, di dalam surat itu juga ada cerita daripada ayah tunangan adik Armand yang memberi alasan mengapa keluarga mereka menolak hubungan dua keluarga itu daripada diteruskan.

Permainan bahasa banyak sekali di dalam karya terjemahan Hamka ini. Metafora yang diberi, menghidupkan semua rasa yang dilalui oleh watak. Ada di antara metafora itu keterlaluan (hiperbola) ketika menggambarkan perasaan watak.

Contoh:

"... saya memohon kepada Tuhan, supaya bumi tempatku berdiri terbelah dua, dan saya ditelan ke perut bumi hingga hilang selama-lamanya ..."

Ayat yang menggambarkan diri yang begitu berdosa. Seolah-olah tiada ruang kemaafan sehingga sanggup ditelan bumi.

"...dermakanlah kepadaku wajah kehidupan anakku yang lelaki, dan bersama itu, dermakanlah kepadaku selembar nyawa anak perempuanku ..."

Ayat yang merayu sehingga rayuan kepada Margaretta itu sepertinya memohon kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Yang memberikan nyawa kepada manusia.

Unsur personifikasi yang menarik perhatian saya adalah:

".... memikirkan cinta dan pucuk cumbu ..." - bagaimana 'cumbu' itu dihidupkan untuk memiliki pucuknya.

"... mengalirlah kebosanan dan jemu ke dalam jiwa ..." - bosan dan jemu yang dihidupkan seolah-olah ia sungai yang mengalir.

Frasa yang menarik untuk dikupas pula:

"... cinta hanya warna jiwa, bukan tabiat jiwa ..."

Penulis memilih 'warna' berbanding perkara lain untuk digandingkan dengan 'tabiat' dalam bercerita tentang 'cinta'. Mengapa 'warna' dan 'tabiat'?

Kerana 'warna' itu sifatnya pudar.
Kerana 'tabiat' itu sifatnya sukar diubah.

Cinta hanya warna jiwa - akan pudar. Cinta tidak akan kekal selamanya di hati manusia.
Cinta bukan tabiat jiwa - cinta akan berubah. Mudah berubah. Tidak seperti tabiat manusia yang sukar diubah.

Banyak lagi perkara yang boleh diulas daripada karya ini. Cukup setakat ini. Risau jika sudah melangkaui limitasi resensi dan ulasan sehingga manis dan gelombang cerita sudah tidak lagi rahsia.

Kepada yang berminat kepada penulisan berbentuk penceritaan naratif, yang dialognya lebih kepada bahasa menerang secara mendalam dalam bentuk halus penceritaan, cerita ini boleh dijadikan salah sebuah yang perlu dibaca.
Profile Image for farratiq.
47 reviews7 followers
July 14, 2020
Margaretta Gauthier
Oleh: @farrahreads

Karya ini asalnya ditulis dalam bahasa Perancis bertajuk La Dame aux Camélias oleh Alexander Dumas Junior, seorang penulis Perancis yang terkenal. Kemudian, Mustafa al-Manfuti telah menterjemahkan dan meringkaskan sedikit karya tersebut supaya sesuai dengan pembaca Muslim, ke dalam bahasa Arab bertajuk al-Dahiyya dan Mudhakkirat Margarit. Daripada naskhah Arab inilah Buya Hamka telah menterjemahkannya ke dalam bahasa Indonesia pula.

Walaupun diterjemahkan dalam bahasa Indonesia, bagi peminat karya Buya Hamka pasti maklum benar bahawa bahasa beliau cenderung kepada bahasa Melayu kerana Buya Hamka dikenali sebagai seseorang yang sangat suka kepada bahasa Melayu, tambahan pula beliau ialah orang Minang.

Buku ini telah diterbitkan semula oleh Jejak Tarbiah dengan nafas baru untuk pembaca di Malaysia dan mengandungi dua bahagian.

Bahagian pertama: Cerita tentang kehidupan Margaretta Gauthier
Bahagian kedua: Catatan oleh Margaretta Gauthier dalam sebuah buku nota

Watak utama kisah ini ialah Margaretta Gauthier, seorang wanita Perancis yang sangat cantik paras rupanya, tetapi tidak memiliki harta dan keluarga. Demi mendapatkan sebuku roti untuk dimakan dan sehelai baju untuk dipakai, Margaretta telah menjual satu-satunya benda berharga yang ada pada dirinya ketika itu; kehormatan diri. Keadaan ini telah membuat dia bersumpah membenci semua lelaki, kerana lelaki hanya ingin memberinya kesenangan dengan cara yang hina, berbanding memberinya dengan cara yang mulia seperti berkahwin atau menolongnya dengan baik.

Sehingga suatu hari apabila dia bertemu dengan seorang pemuda bernama Armand, dia telah jatuh cinta dan tiadalah yang dia mahukan di dunia ini selain daripada Armand berada di sisinya.

Tetapi, jangan kita lupa, Margaretta merupakan seorang pelacur. Sekarang marilah kita bersikap jujur, siapa sahaja antara kita yang dengan mudahnya menerima seorang pelacur masuk ke dalam keluarga kita? Jawab sendiri-sendiri je.

Maka, kerana statusnya itulah, percintaan Margaretta dan Armand mula menghadapi dugaan. Nak tahu lebih lanjut, kena baca sendiri.

Melalui pembacaan saya yang terhad ini, kebanyakan penulis hebat seperti Alexander Dumas Junior (La Dame aux Camélias), Hamka (Terusir), A. Samad Said (Salina) yang telah menjadikan wanita pelacur sebagai watak utama mereka, ingin membawa mesej kepada masyarakat bahawa menjadi pelacur itu kebanyakannya adalah kerana terpaksa, bukan dengan hati yang rela. Keadaan pada ketika itu serta masyarakat sekeliling yang memaksa mereka untuk menjual kehormatan diri yang berharga demi sesuap makanan, kemudian masyarakat yang sama jugalah memandang hina dan keji kepada mereka sehingga ke anak cucu. Ironi.

Diminta untuk menolong, membantu dan meringankan beban dengan cara yang mulia dan mudah, boleh jadi dengan memberi wang, membuka peluang pekerjaan dan sebagainya, tetapi lelaki lebih gemar menghabiskan duit dan melepaskan nafsu dengan cara yang salah. Berapa banyak harta yang telah dihabiskan oleh kaum lelaki yang tidak bertanggungjawab dan ‘sugar daddy’ untuk perempuan simpanan dan pelacur? Aneh kan?

Karya Buya Hamka banyak betul yang tragis, hatta yang dipilihnya untuk diterjemah pun cerita yang tragis:’)

Asalnya nak ulas buku ini untuk Pertandingan Video Resensi Buku anjuran Selangor Membaca, tetapi sebab asyik berlengah dan bertangguh, maka tahu-tahu je dah ditutup penyertaan.😂

Membaca naskhah yang telah diringkaskan ini pun hati terasa seperti ‘roller coaster’ dan bercampur baur perasaan, apalah agaknya perasaan apabila membaca naskhah asal ya. Nanti nak cuba baca versi bahasa Inggeris pula, sebab tak pandai bahasa Perancis huhu.

Judul: Margaretta Gauthier
Penulis: Alexander Dumas Junior (terjemahan Hamka)
Terbitan: Jejak Tarbiah
Tahun terbit: 2020
Bil. muka surat: 168ms

#MalaysiaMembaca #bukujt
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
October 22, 2020
BUKU: Margaretta Gauthier terjemah oleh Buya Hamka.

Buku ke-4, PKPB round 2, hari ke-9

Kisah seorang wanita yang bernama Margaretta yang melacurkan diri kerana kemiskinan. Bertemu dan jatuh dengan seorang pemuda bernama armand. Namun, cinta mereka diuji. Margeretta mengorbankan cintanya demi kebahagiaan insan lain. Sanggup menghadapi kesengsaraan sehingga ke akhir hayatnya.

Tema pengorban seorang wanita demi orang lain. Berbakti dan berbudi kepada orang ini diistilah satu kehidupan yang indah bakal dinikmati walaupun sesudah mati. Walau mungkin di dunia sengsara. Margaretta rela hidupnya dihina dan hidup dalam kesengsaraan demi keluarga Doval.

Cinta yang hadir dari belas kasihan. Pada mulanya Armand jatuh cinta kerana kecantikan Margaretta. Namun, selepas melihat kehidupan Margaretta yang ditimpa penyakit, cintanya semakin kuat kerana kebimbangan dan keresahan dek kesakitan yang dialami oleh Margaretta. Inilah cinta yang dikuatkan dengan belas kasih dan sayang yang sebenarnya.

Berlatar masa tahun 1850-an. Sedikit menggambarkan bagaimana pandangan dan penerimaan masyarakat terhadap golongan pelacur. Demi kepuasan nafsu diri pelacur diangkat oleh bangsawan demi keserokan mereka. Namun, ketika pelacur hilang tarikan ditinggalkan sepi. Kehidupan melarat dibiar masyarakat kerana menganggap karma buat pelacur. Bagi mereka tiada keampunan bagi dosa ini. Sehingga di akhir hayatnya juga tiada yang sudi walau melihat muka. Malahan orang agama waktu juga tidak mahu "membacakan doa".

Kebiasaannya novel dari segi plot ditulis dengan penuh teliti dan meleret panjang dari satu plot ke satu plot. Tidak bagi novel ini, plot ceritanya berjalan sangat pantas mengambil norma cerpen. Namun tidak melangkah laras bahasa indah sastera. Masih seronok dibaca.

Bagi yang tak tahan, bolehlah sediakan tisu terutama bab-bab catatan margaretta. saya masih ok walau tiada tisu.

"Beruntunglah orang-orang yang dapat hidup lama di dunia ini, kemudian mereka mati meninggalkan keturunan yang baik ataupun amalan yang berbakti. Disebabkan amalan itu, mereka seakan-akan hidup kembali di dunia ini lebih lama berbanding masa yang mereka jalani dulu."


#PKPB
#StayAtHome
#BacaBuku
#MalaysiaMembaca
#bukujt
Profile Image for Tonnesofbooks.
78 reviews2 followers
August 27, 2021

“Ya tuhanku, segala sesuatu pada dirinya telah mati, kecuali hati dan perasaannya. Alangkah baiknya kalau hati dan perasaan itu turut mati juga bersama seluruh tubuhnya. Jangan dia menderita sebab waswas fikirannya yang masih terang itu,”

Margaretta perempuan miskin yang jatuh ke lembah kehinaan. Menjadi pelacur untuk membiayai dirinya. Rasa dendam dan benci kepada lelaki yang datang kepadanya kerana kecantikannya bukan kerana rasa cinta dan sayang akan dirinya. Sewaktu dia tidak berada di dalam lembah itu tiada sesiapa pun yang mahu membelanya tetapi setelah itu berduyun-duyun datang mahu membela dirinya.

Pertemuannya dengan Armand mematikan dendamnya. Cintanya tulus pada lelaki muda itu hinggakan dia sanggup meninggalkan kehidupannya yang dahulu dan juga bapa angkatnya untuk hidup bersama Armand. Walau bagaimanapun kebahagiaan itu tidaklah lama kerana setelah itu kesengsaraan tidak pernah berhenti mengunjunginya.

Buku ini seperti novel Terusir, menggunakan wanita pelacur sebagai watak utamanya pebezaannya Terusir bertemakan kekeluargaan dan Margaretta ialah pengorbanan wanita yang mengorbankan kabahagiaannya untuk kehidupan keluarga lain.

Emosi dan perasaan aku sewaktu membaca bahagian surat Margaretta buat Armand berkecamuk menandakan yang bahagian emosi diolah dengan baik dan sampai kepada pembaca.

Bahasa yang digunakannya puitis dan sedap dibaca. Tidaklah terlalu tinggi pemilihan kosa katanya dan tidaklah terlalu tersirat maksudnya.

Terlalu banyak pengajaran yang diselitkan di dalam cerita ini;

“ Rasa cinta itu tidak cukup untuk menampung kebahagiaan dan kesetiaan berpasangan dalam keadaan tidak punya harta dan kehidupan yang menjamin. Rasa cinta itu boleh pudar. Hakikatnya, bahagia itu sebenarnya berpunca dari harta yang mampu menanggung hidup keduanya.”

“Janganlah menghukum manusia yang hidupnya penuh dengan dosa akan buruk matinya. Tiada siapa yang tahu, akan baik buruk mati seseorang. Maka, rahmatilah dan hormatilah semuanya kerana boleh jadi matinya itu adalah sebaik-baik kematian yang diberikan sebesar-besar pengampunan.”




Profile Image for Miraeeei.
42 reviews7 followers
September 16, 2020
Versi yang telah diterjemahkan oleh Hamka.

Buku ni berkisarkan tentang kehidupan seorang wanita yg bernama Margaretta Gauthier. Dari zaman gelap hitam hidupnya, bersinar setelah mengenali jejaka bernama Armand, dan kembali hilang sinarnya apabila dia terpaksa melakukan pengorbanan yg terbesar dalam hidupnya demi membahagiakan kehidupan orang lain. Susun ayat dan bahasa yg digunakan oleh Hamka, walaupun hanya terjemahan dari naskah asal, tidak menghilangkan 'kehidupan' novel ni. Ayat dan frasa yang digunakan sangat mendalam. Susah untuk kita jumpa naskah yg mempunya kelembutan bahasanya seakan akan sedang membaca puisi. Ohh, buku ni juga 70% isinnya adalah monolog oleh Margaretta.
Cerita tentang seorang pelacur, yg terkpaksa menjadi pelacur disebabkan oleh kemiskinan dan kesusahan hidupnya bersendirian. Demi untuk mendapatkan sehelai pakaian dan sepotong roti, Margaretta terpaksa menjual kehormatannya. Dapat kita ambil pengajaran disini iaitu, tidak semua pekerjaan buruk yg dilakukan oleh seseorang hasil dari keinginan dirinya sendiri. Kita tidak tahu, jerit perih dia melalui kehidupan, cerita disebalik senyum yang dilontarkan. Oleh itu, sebagai seorang manusia yg mempunya perasaan manusiawi, janganlah kita memandang rendah kepada mereka terutama mereka yg berusaha untuk keluar dari kancah tersebut. Sekiranya kita belum lagi berusaha untuk menarik mereka ke jalan yg benar, usah kita mencaci hina kewujudan mereka. Waima, mereka yg mempunya pengetahuan tentang agama. Jangan kita menjauhi mereka. Seperti yg terkisar dlm buku ini, disaat akhir nyawa Margaretta, apabila dia ingin memanggil paderi, sang paderi pun keberatan untuk berjumpa dengannya. Lalu, berkatalah pelayan Borodin memarahi paderi :“Tuan, rahmat Tuhan itu meliputi orang yang berdosa juga, jika mereka bertaubat,”.

Bagi mereka, yg suka akan susunan ayat romantis klasik, buku ini akan menjadi satu dari koleksi kesayangan anda :)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Eyqa  Zaque (The Hundred Pages) .
162 reviews19 followers
April 14, 2021
LAGI PASAL PELACUR

Lagi pasal pelacur, buya Hamka memang ceritanya banyak berkenaan pelacur ya? Begitulah fikiran ku apabila buku Terusir dan Margaretta Gauthier sampai ke tangan. Tapi disebabkan rating kedua buku ini yang tinggi dan juga disebabkan lama sudah aku tidak membaca karya buya hamka (paling akhir aku membaca Tuan Direktur) maka begitulah cerita pendek bagaimana buku ini sampai ke tangan ku.

Ternyata membaca beberapa bab pertama aku tewas dalam linangan air mata yang tidak berkesudahan, ya sehingga akhirnya air mataku berjurai. Buku ini memang menyaksikan betapa sengsara dan emosinya aku. Perit getir menanggung rasa sepanjang 160 muka surat adalah satu yang tidak akan aku lupakan sepanjang hidup ku. Disebabkan itu lah juga, buku ini aku tetapkan cukup hanya satu pembacaan.

Satu buku yang menyayat hati, kegembiraan serta kepiluan, kedua-duanya disambut kesedihan. Penulis amat cemerlang mengatur ayat, dan terjemahan dari buya Hamka memang menambah perisa.

Timbul soalan andai Margaretta menjadi seorang yang pentingkan diri, adakah segalanya akan berubah? Iya, memang akan berubah, namun impaknya tidak semaksima ini. Adakalanya kita perlu merasa kesedihan yang teramat dalam supaya kita sentiasa berasa bahagia dengan apa yang kita miliki sekarang.

Benar lah, jangan kita tangisi sesuatu yang memang tidak ditakdirkan untuk kita, kerana apa yang ditakdirkan untuk kita pasti akan sampai kepada kita meski tertimbun dibawah dua buah gunung yang gah.

Akhir kalam, 5🌟 akan karya yang meruntun jiwa.
Profile Image for Umi Humairah.
62 reviews2 followers
December 29, 2022
Tentang pengorbanan, ketulusan, dan kehancuran hidup seorang pendosa yang bukan disebabkan oleh dirinya tetapi masyarakat amnya.

Saya kagum dengan kemahiran penulis yang ketiga-tiganya (Alexander Dumas Junior, Mustafa Lutfi Al-Manfaluti, dan Hamka sendiri) ialah lelaki, namun mampu menyelami jiwa seorang wanita dan meluahkannya dengan baik sekali. Bahasa yang digunakan oleh Hamka sangat lunak. Setiap perasaan yang dibawa dalam setiap huruf akan sampai ke hati saya.

Rasa kagum paling tinggi tentunya buat Margaretta. Dia, sungguh, sosok yang mulia. Kemanusiaan yang dia "derma" untuk keluarga itu belum tentu boleh dilakukan oleh wanita yang bukan pelacur. Membaca karya ini, membuatkan saya lebih mengerti tentang hadis pelacur yang dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum seekor anjing.

Mungkin Margaretta juga layak ke syurga andai dikira betapa sabar dia menempuh lara. Hati saya hancur sehancur-hancurnya membaca alasan lelaki yang enggan menikahi Suzanne. Pertaliannya jauh sekali, tetapi kesengsaraan masih mampu dia campakkan ke dalam hidup Margaretta. Paling sadis, ke dalam episod hidup Margaretta yang paling bahagia.

Sepanjang pembacaan, saya menangisi hidup Margaretta seperti sahabat karib saya sendiri.

Akhir sekali, saya kongsikan kata-kata Margaretta yang paling 'feminis' dan menusuk hati saya:

"...dan tolong sampaikan kepada dia, bahawasanya ada seorang perempuan yang tidak dia kenali dan tidak pula kenal akan dia, tetapi cinta dan kasihan kepada dia, sekarang telah mati sebab menghendaki supaya dia kekal hidup."
Profile Image for dausshassan.
51 reviews9 followers
March 9, 2021
Sebuah novel yang mengkisahkan kemalaratan hidup yang menimpa seorang wanita bernama Margaretta yang bakal meruntuni hati si pembaca.

Oleh kerna desakan hidup, tercicirlah seorang wanita yang berhati mulia ini ke lembah kehinaan dengan menggadaikan kehormatan diri yang tidak pernah direlakannya demi mencari sepotong roti bagi mengisi perut lapar.

Bertemu sekejap wanita ini ke pangkal jalan disebabkan seorang lelaki yang bernama Armand. Sangkaan manis itu berpanjangan, akan tetapi, terlerai juga akhirnya cinta mereka di tengah persimpangan oleh kerna pilihan takdir yang mendesak.
Namun, hati dan hasratnya itu dipegang sehingga bercerai nyawa dari jasad. Iaitu,pengharapan menemui kembali cinta suci dan tulus murni yang telah hilang.

Novel ini menunjukkan sisi mulia seorang wanita. Apabila hadirnya ujian, tetap juga mereka bersabar seperti datangnya kekurangan harta, wanita bersedia untuk bergolok gadai demi menjalani hidup bersama cintanya disisi. Sanggup mereka itu menelan pahit biarpun telah teguh hati mereka berpegang kepada janji. Berani seorang wanita itu sehingga sanggup membunuh rasa demi kebaikan insan lain.

“Orang yang menderita di alam ini amatlah banyak. Tetapi yang lebih sengsara ialah orang-orang yang berdukacita tetapi sabar”

Sebegitulah kebaikan yang dipamerkan di dalam sebuah novel kecil karya Alexander Dumas Junior yang telah diterjemahkan oleh Buya HAMKA. Banyak hal kebaikan dari keburukan yang sepatutnya diperolehi seusai pembacaan.
Profile Image for Izzuddin Khalis.
19 reviews5 followers
May 15, 2021
Siapa yang sudah biasa membaca karya-karya Bung Hamka, pasti mereka tahu bagaimana corak fiksyen-fiksyen yang beliau nukilkan. Karya beliau yang saya baca sebelum ini adalah Terusir yang juga versi terjemahan ke Bahasa Melayu inisiatif Jejak Tarbiah.

Sata mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan penerbit Jejak Tarbiah yang telah bertungkus-lumus dan masih setia 'menghidupkan semula' karya-karya luar biasa dari Hamka.

Jika saya tidak pernah terdetik untuk membaca karya-karya Hamka khususnya karya fiksyennya, boleh jadi sampai ke sudah saya tidak akan terfikir untuk membaca bahkan menyentuh penulisan-penulisan fiksi.

Margaretta Gauthier ini tiada bezanya bagi saya dengan Terusir, kedua-duanya telah membuatkan saya termenung lama kerana terperangkap di dalam dunia penceritaannya. Bahkan, pada suatu malam ketika saya sempat membelek sepertiga awal buku ini sebelum tidur, kisah Margaretta dibawa masuk ke mimpiku sendiri.

Namun yang berbeza hanyalah wataknya, saya menjadi Armand, dan kebetulan si dia (watak realiti) yang saya minati menjadi Margaretta dalam mimpi ku itu. Bangun sahaja dari tidur, terasa pedih di hati. Ingin sahaja saya tidur kembali dan terus bermimpi di alam Margaretta itu.

Apa-apa pun, saya tidak akan berhenti menjelajah menekuni karya-karya Hamka yang seterusnya. Biarpun perlu ada usaha lebih untuk saya fahami perkataan-perkataan tertentu yang belum diketahui, ia suatu pengorbanan yang berbaloi.

Terima kasih, Hamka!
Profile Image for Nana Wahid.
61 reviews1 follower
March 13, 2022
Terjemahan oleh Buya HAMKA daripada karya Alexander Dumas Junior yang menggunakan bahasa seperti novel beliau sendiri dan kaitkan dengan agama islam. Sesungguhnya ini adalah satu cerita yang penuh dengan pengajaran untuk perjalanan hidup yang boleh kita ambil dari sisi masyarakat, seorang bapa, seorang lelaki dan lebih dekat adalah suami.

Kebanyakan penulisan HAMKA berupa nasihat yang bersesuain yang meliputi segenap lapisan masyarakat umpama nasihat seorang pemimpin kepada rakyat, ketua kepada anak-anak buah, seorang ayah kepada anak, seorang suami kepada seorang isteri. Idea yang terbit dari pemerhatian dari mata kaca seorang pendakwah tetapi penulisan beliau sepertinya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Masih segar sehingga sekarang.

Seorang pendosa tidak selamanya akan menjadi pendosa jika mereka sudah bertaubat tetapi tidak bagi pandangan masyarakat. Pandangan itu boleh mempengaruhi keluarga, kesayangan atau sahabat yang dekat dengan dia walaupun sudah lama tinggalkan dosa-dosanya.

Hal ini terjadi kepada keluarga Susanne (adik Armand) apabila tunangnya tiba2 mendiamkan diri apabila keluarga tunangnya tahu bahawa Armand mempunyai hubungan dengan Margaretta. Mereka malu dan mahu memutuskan hubungan jika mempunyai hubungkait dengan Margaretta yang dikenali di Paris sebagai seorang pelacur. Walau disudut hati, Margaretta benci akan pekerjaannya tetapi itu semua demi kelangsungan hidup.
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
December 22, 2024
Tajuk: Margaretta Gauthier
Penulis: Alexandre Dumas fils
Penterjemah: Hamka

Margaretta Gauthier adalah sebuah novel yang ditulis oleh Alexandre Dumas fils dan diterjemahkan oleh Hamka. Karya ini mengisahkan tentang cinta, pengorbanan, dan tragedi yang dialami oleh Marguerite Gautier, seorang pelacur cantik yang hidup di Paris. Kisah ini menggambarkan perasaan dan perjuangan Marguerite ketika dia jatuh cinta kepada seorang pemuda bernama Armand, yang berasal dari latar belakang yang lebih baik.

Dalam novel ini, Dumas fils menyentuh tema-tema kemanusiaan dan keperitan hidup, mengajak pembaca merenung tentang pilihan hidup yang dibuat oleh Marguerite dalam usaha mencari kebahagiaan. Perjalanan cinta mereka dipenuhi dengan cabaran dan kesedihan, mendedahkan realiti sosial yang dihadapi oleh wanita pada zaman itu.

Hamka, sebagai penterjemah, telah menjadikan kisah ini lebih mudah diakses bagi pembaca Melayu, sambil menyampaikan emosi yang mendalam dan keindahan bahasa dalam novel asal. Karya ini adalah pilihan yang baik bagi mereka yang menikmati kisah cinta yang penuh pengorbanan dan refleksi mengenai kehidupan dan masyarakat.
Profile Image for حلواني  إسحاق.
5 reviews
June 4, 2021
Margaretta mempunyai hati yang sangat tulus, begitu juga Armand yang ikhlas mencintainya. Suka dengan watak M yang sentiasa merendah diri, dan sedih sangat dengan kehidupan dia yang sebegitu rupa. Bahagian paling sedih bila dia berkorban untuk kebahagiaan orang lain, dan kadang terfikir mampukah aku untuk membuat pengorbanan yang sama seperti M. Kisah percintaan M & A menunjukkan kepada saya yang cinta sejati itu wujud, namun kadangkala walau sedalam manapun kita mencintai dan dicintai.... perpisahan tetap akan berlaku jika itu yang ditakdirkan oleh Tuhan.

Buku ini ajar saya tentang cara pandangan kita dekat orang lain, erti pengorbanan, adab kelakuan sepatutnya lebih diutamakan berbanding harta dan kasih sayang Tuhan kepada setiap penciptaannya. Kisah yang sangat menyayat hati.

Untuk insan yang inginkan bahan bacaan yang menyentuh hati, disyorkan untuk membaca buku ini.

Yeah, ini kali pertama saya baca buku penulisan Hamka dan buku ni telah menarik saya untuk baca bukunya yang lain juga. Susunan ayat yang kemas, serta penulisan yang memberi kesan yang mendalam buat pembaca. Terima kasih.


I love this book, worth my time ;)
Profile Image for Asyiqin Laili.
3 reviews
February 8, 2024
Mengisahkan kehidupan seorang wanita yang ingin bertaubat dari kesilapan masa lalu tetapi bertemu dengan cinta seorang lelaki di pertengahan jalan.

Jika ditelesuri kisah yang diterjemah oleh Hamka ini, sangat dalam makna tersiratnya.

Pada permukaan, jika dibaca tanpa tarbiyah, maka akan terlihatlah bahawa sebesar mana pun dosa kita, pasti Allah akan ampun dan maafkan asal saja kita bertaubat, sebelum ajal menjemput.
Tetapi isi tersirat yang sama aku dapati dalam karya Hamka, Di Bawah Lindungan Kaabah, bahawa yang lebih agung itu ialah cinta Allah, bukan cinta manusia.

Alkisah Margaretta yang diberi peluang oleh Tuhan untuk bertaubat melalui Hertog Mohan (ayah angkatnya) dan memulai hidup baru. Tapi Armand mula muncul dalam hidupnya dan bermula dari situlah hidupnya diuji sehingga dia terpaksa kembali pada kegiatannya pada masa dahulu.

Bagi aku, formulanya ringkas saja. Jika kau mengejar cinta manusia, maka akan terasa beratlah bahumu. Tapi jika engkau mengejar cinta Allah maka bahumu, dadamu, jiwamu takkan terasa berat bahkan lapang selapangnya. Walau ujian datang bertimpa kepada kau, kau akan jalaninya dengan senyuman. Kerana kau punya cinta Allah yang agung.
Displaying 1 - 30 of 66 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.