Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rindu Bau Pohon Tin

Rate this book
RINDU BAU POHON TIN Merupakan catatan kembara penulis di bumi Jordan. Penulis merakamkan pelbagai iktibar kehidupan, berkongsi cerita, memberi rasa dalam tawa dan air mata. Jauh dari kampung halaman, kelananya sering dilanda payah dan derita. Namun kenangan yang menjenguk selepas perjalanan masa, rindu pula bertamu di jiwa.

Nostalgia itulah yang memperkenalkan erti kehidupan, ukhwah dan kasih sayang. Sesekali pembaca mungkin akan terbawa-bawa suasana yang disampaikan penulis bagaikan sebuah realiti di depan mata. Itulah musafir kelana. Senaskhah travelog yang mengajak kita mencari diri dalam kembara memburu cinta Ilahi!

221 pages, Paperback

First published January 1, 2009

18 people are currently reading
332 people want to read

About the author

Hasrizal Abdul Jamil

27 books878 followers
Hasrizal holds a Bachelor of Sharia (Honours) from Mu’tah University, Jordan (2001). He is the Director of Education at Khalifah Education Foundation which operates Khalifah Model Schools in Malaysia. An educator and learning designer, blogger, and author, advocate children-centered learning, parenting, and domestic policy.

Hasrizal succeeded in bookwriting after his AKU TERIMA NIKAHNYA (2008) became one of the National Best Sellers. He proceeded with many more books, such as BERCINTA SAMPAI KE SYURGA (2009), MURABBI CINTA (2010), RINDU BAU POHON TIN (2009), SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH (2010), TRANSFORMASI RAMADAN (2011), EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA – Trilogy (2012), DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU (2012), ERTI HIDUP PADA MEMBERI (2013), TAK KENAL MAKA TAK CINTA (2014), MENALAR MAKNA DIRI: KEMBARA MENJEJAK IMAM BIRGIVI (2014), SETIA DENGAN KEBENARAN (2017), REVIVING THE SPIRIT OF RAMADAN: BEYOND DO'S AND DON'TS (2017), HIKMAH & KARAKTER (2018), JALAN SEHALA (2019), RISALAH #MALAYSIA MEMBACA (2019 co-author), SENI BERFIKIR YANG HILANG (2020), TRANSFORMASI RAMADAN 2.0 (2020), DIARI ABAH (2020), MÄ OON RIZAL (2020), ERTI BERAGAMA YANG HILANG (2021), MENULIS DARI HATI BIAR SAMPAI KE HATI (2021), KAMAR-KAMAR BUDI (2021), KEMBARA MENALAR DIRI: LEGASI IMAM BIRGIVI (2021), SISI BERAKHLAK YANG HILANG (2022), BERAGAMA YANG KEHILANGAN TUHAN (2023), PEDAGOGI RAMADAN (2023), DARI MATA TURUN KE HATI (2024) and IQRA' (2026)

Hasrizal lives in the Republic of Ireland.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
290 (50%)
4 stars
206 (35%)
3 stars
70 (12%)
2 stars
12 (2%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 75 reviews
Profile Image for Aini Akmalia.
100 reviews70 followers
May 24, 2015
Sesiapa yang pernah ke Jordan, pasti digigit rasa sayu dan rindu pada bumi Syam kerajaan Hashimiah ini. Entah kenapa, hati saya dihempap dengan pelbagai perasaan. Lucu, sedih, sayu, rindu, bangga, gembira. Lucu, mungkin kerana saya sendiri berada di Jordan, jadi saya mengiyakan setiap apa yang diceritakan oleh Ustaz, kerana Arab tetap Arab! Ternyata masyarakat Jordan tidak berubah dari zaman Ustaz hingga ke zaman saya ketika ini. Sedih, mungkin kerana pengajian saya berbaki setahun lagi, dan saya kurang pasti apa yang telah saya kutip di bumi Anbiya' ini. Sayu, mungkin kerana saya telahpun mula digigit bibit-bibit rindu yang bakal saya rasakan nanti setelah meninggalkan Jordan. Biar Jordan secara lahiriahnya tidaklah sebaik Malaysia, namun tetap bumi ini mengajar banyak perkara, bumi yang menjadi saksi kedewasaan saya. Gembira pula, mungkin kerana saya bersyukur sekali Tuhan mencampakkan saya ke bumi ini, sekaligus buku ini merupakan cetusan semangat untuk terus bersemangat mengutip mutiara dan menelan ujian dengan penuh sasa.

Setiap perjalanan hidup Ustaz di bumi Jordan ini saya dapat fahami dan hayati dengan baik. Saya rasa jika saya bukan pelajar di Jordan, mungkin sedikit sukar untuk saya fahami titian pengalaman Ustaz dengan baik. Diselit dengan perkataan-perkataan Arab, ditambah pula dengan ketiadaan glosari, buku ini mengalami kekurangan dari sudut itu.

Pada awal bab, buku ini membawa saya mengimbau pada kenangan awal ketika saya tiba di tanah Jordan ini suatu ketika pada tahun 2012. September 2012. Cuma saya akui, jangkaan awal saya terhadap Jordan sedikit tinggi. Namun hakikatnya Jordan bukanlah London! Walaubagaimanapun, saya harus akui di sini bahawa setidaknya belajar di luar negara akan membangkitkan semangat cintakan negara. Bukan homesick tau! Tetapi kita akan lebih cakna, bertekad mahu membawa transformasi terhadap negara hasil daripada hidup dalam budaya orang lain.

Benarlah kata Ustaz. Mu'tah merupakan sebuah negeri yang terletak jauh di ceruk peta negara Jordan. Tidak seperti negeri yang saya diami; Irbid. Irbid merupakan sebuah bandar yang terkenal di Jordan sebagai bandar pendidikan kerana terdapat dua buah universiti iaitu Universiti Yarmouk (YU) dan Jordan University of Science & Technology (JUST). Saya sendiri akui, saya jarang turun ke Mu'tah melainkan jika pakej jaulah yang saya ikuti mengandungi aktiviti ziarah Ma'rakah Mu'tah (medan perang Mu'tah), ataupun jika ada sebarang program atau aktiviti yang memerlukan saya untuk turun ke sana, seperti mesyuarat, konvensyen, simposium dan lain-lain. Saya tidak punyai sebab lain untuk ke sana kerana ianya jauh.

Sekali lagi saya mengiyakan kata-kata Ustaz. Dipendekkan, orang Arab ini kalau jahat sepertinya Abu Jahal, tetapi kalau orang Arab yang baik masha Allah, kebaikannya benar-benar mengesankan, sehingga terasa indahnya sunnah berakhlak mulia.

Kemudian Ustaz juga membawakan kisah-kisah realiti pelajar Malaysia di Jordan. Saya secara peribadi tidak menyalahkan Ustaz dengan setiap pendedahan negatif yang ditulis di dalam buku ini. Saya rasa semua orang patut maklum realiti negara Timur Tengah itu bagaimana. Saban tahun kita menyaksikan kebanjiran pelajar-pelajar Malaysia ke negara Timur Tengah, seperti Mesir, Yemen, Arab Saudi, Jordan juga tidak terkecuali. Persoalannya mengapa fenomena ini terjadi? Mungkinkah propaganda Ayat-Ayat Cinta telah menyerap masuk ke dalam jiwa-jiwa remaja Muslim di Malaysia? Mungkin juga ya, mungkin juga tidak. Jawapannya sendiri ada pada tangan kita semua mahasiswa Timur Tengah. Ringkasnya, apa yang saya boleh rumuskan di sini, janganlah memulakan mindset yang tinggi-tinggi terhadap Jordan, biarpun currency negara Jordan agak tinggi (itu bukan ukuran kemewahan dan ketinggian taraf hidup masyarakat di sini). Ya, Jordan negara empat musim (boleh main salji dan feeling like in Europe gitu). Makanan di sini pun sedap-sedap. Kedudukan Jordan yang terletak hampir dengan Arab Saudi, Turki dan lain-lain boleh mengurangkan kos jika berhajat untuk menunaikan umrah ataupun travel. Jordan sendiri pun ada pelbagai tinggalan sejarah yang menarik seperti Ashabul Kahfi, Laut Mati dan Petra. Bagaimana? Seronok kan? Namun jangan lupa, Jordan dikelilingi oleh negara-negara yang sedang bergolak seperti Syria dan Mesir, jadi tidak hairanlah berlaku kebanjiran pelarian dari Syria dan imigran dari Mesir. Oh ya, kes-kes keselamatan juga semakin meningkat tahun demi tahun. Saya enggan ulas lanjut perkara ini, cukuplah umum mengetahui bahawa Jordan pun tidaklah selamat mana. Ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi (dan kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia) membebankan kehidupan seharian di sini. Di sini juga, anda harus terima cara bekerja atau budaya kebiasaan masyarakat setempat, atau lebih khusus lagi, sistem pengurusan mereka tidak begitu tersusun. Yang ni perlu banyak bersabar, hehe. Kata kunci di sini: jangan terpedaya dengan indahnya khabar, kelak akan kecewa dengan rupanya.

Saya juga tertarik dengan kisah Ustaz semasa mengerjakan haji. Saya kembali merindui tanah suci itu. Masih segar, belum lama saya tinggalkan tanah itu. Januari 2015. Pengalaman 24 jam menaiki bas menuju ke Arab Saudi benar-benar teruji. Ah, sungguh saya merindui saat-saat itu!

Hah dah siap travelog mini saya. Terima kasih yang sudi membaca. Sebenarnya reviu saya cukup setakat baca perenggan pertama dan kedua, yang selebihnya adalah catatan yang sengaja saya coretkan atas nama sebuah perkongsian. Selamat membaca buku ini dan selamat mengambil ibrah.
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
December 18, 2017
Rindu Bau Pohon Tin. Hasrizal Abdul Jamil. Galeri Ilmu. 2012.

1) Mula-mula aku tengok kulit buku ini, ternampak gambar penulis. Ada iras-iras kawan serumah aku ( Fakhri Husin ).

2) Buku ini mengandungi 2 bahagian, 27 catatan & setebal 165 mukasurat.

3) Di dalam buku ini, Ustaz Hasrizal berkongsi pengalaman beliau sewaktu menuntut ilmu di Bumi Jordan.

4) Setiap catatan peristiwa yang ditulis oleh beliau mengandungi pengajaran yang boleh kita teladani.

5) Apa beza jalan dengan jalan-jalan ?
'Jalan' is you do the walking with reason, and 'jalan-jalan' is just a waste of time !

6) Buat mereka (termasuk aku) yang belum pernah sampai ke Jordan, korang bolehlah baca buku ini. Bila kau baca buku ini, kau akan berimaginasi yang engkau sedang berada di Bumi Jordan. Tak percaya? Cubalah baca dulu.

7) Meminjam kata-kata Benjamin Franklin iaitu " If you would not be forgotten, as soon as you are dead and rotten, either write things worth reading, or do things worth writing."

8) Eh, sekejap ! Pohon Tin tu bentuk dia macam mana? Buah tin ada bau ke? Entah, aku pun tak tahu.

9) Selamat membaca !

#duniaBOOKku📚
#alonalonjanjikelakon
#breatheNread
#galeriilmu
#2017readingchallenge
[ ENAMpuluhSATU ]
Profile Image for Nur Fatin Atiqah.
Author 1 book42 followers
May 14, 2013
4.5 bintang sebenarnya. Tidak mencapai 5 bintang kerana terasa "kembara" ini begitu singkat. Rasa tak puas. Perasaan mahu lebih lagi itu membuak-buak.

Terima kasih kepada Ustaz Hasrizal atas perkongsian pengalaman yang penuh bermakna ini. Walau buku ini tipis namun dalam mengusik emosi saya. Bercampur-baur perasaan saya sepanjang membaca buku ini. Rasa hendak menangis tetapi tak tahu mengapa. Ibarat perasaan itu wujud tidak semena-mena tanpa ada hujung pangkalnya. Mungkinkah saya sebegitu mendalami perasaan ustaz dalam coretannya ini? Hanya Allah Yang Lebih Mengetahui.

Dan buku ini saya cadangkan kepada semua teman untuk membacanya. Bacalah dengan minda yang terbuka dan jiwa yang lapang. Ambil pengajaran-pengajaran penuh hikmah di dalam buku ini. Insya Allah, pengalaman orang kita jadikan tauladan dan sempadan agar diri ini menjadi lebih baik daripada semalam :)

Akhir kata, saya sangatlah berasa puas hati menghabiskan bacaan buku ini sampaikan sanggup menunda sebentar kemelut menyudahkan PSM. Sekian, wasalam.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
September 25, 2018
Ada bahagian kelakar betul tetapi terpaksa tahan ketawa sebab duduk dalam library. Saya susah nak ketawa tapi bila ketawa susah pulak nak berhenti. Terpaksa tutup mulut tadi tahan suara dan cari tempat tak ada orang.
Profile Image for Muzze Muzzamil.
5 reviews10 followers
July 18, 2013
Kadang manusia punya pilihan,

#1 Belajar dari pengalaman sendiri: Diuji Tuhan untuk dia terusan belajar hakikat hidup didunia. Akan ada saja masalah/cabaran/ujian yang bersilih ganti.

#2 Belajar dari pengalaman orang lain. Sama ada melalui pena yang tertuang dikertas atau didengar kisahnya untuk diambil pengajaran.

Kedua-dua pilihan berkongsi penghujung yang sama:
Kisah & pengalaman itu dijadikan bekal yang sangat bernilai. Jadikan diri sendiri makin mahu mengenal Tuhan dan mendekat dengan dia.

Insaf. Sedar hidup sekadar pinjaman. Ehsan dan rahmat Tuhan.
Ada sesuatu yang menanti selepas kematian. Pastinya lebih baik dari segi kuantiti dan kualiti.

Sesuatu yang lebih tinggi. Lebih bernilai.

Itu. Syurga dan redha Tuhan.

Bacalah kisah penulis bermusafir di bumi Jordan dalam buku ini.


p/s: Selepas kisah penulis di tanah ireland (Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu). Sekarang tengah tercari-cari kesempatan untuk membaca travelog penulis di bumi turki pula.

Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
January 18, 2021
Buku pengenalan buat si penulis yang bukan sebarangan pada hemat saya. Penuh dengan kritikan & hentamannya untuk kebaikan & pedoman kita semua.

Penulis mengimbau kembali perjalanan hidupnya ketika menjadi pelajar Ijazah jurusan Syariah di Mu'tah, Jordan pada tahun 1993 dahulu. Benar, Mu'tah yang sinomin sebagai kawasan salah satu perang besar yang pernah berlaku di zaman Rasulullah; yang kisah 3 panglima perang pemegang panjinya syahid dibunuh, yang kemudiannya telah memunculkan panglima baru yang digeruni untuk era Islam selepas itu, iaitu Khalid bin Al-Walid.

Penulis menceritakan kembali suka-duka beliau ketika menuntut ilmu disana, disamping memberikan pelbagai teguran & tips buat generasi kini yang ingin ke sebahagian bumi Syam yang diberkati itu untuk menuntut & menyambung legasi ilmu Islam yang luas ini.

Walaupun saya bukanlah lepasan universiti dari aliran yang serupa, malahan universiti tempatan sahaja, namun banyak yang dikritik penulis berkenaan perangai dan tabiat mahasiswa kita ketika menuntut ilmu di menara gading yang boleh terkesan palitnya. Tanda beliau sememangnya ikhlas ingin memperbetulkan apa yang sudah menjadi kebiasaan yang menjengkelkan di kalangan penuntut muda kita. Cuba mengubahnya kepada yang lebih diterima.

Antara topik menarik, penulis membincangkan perihal kelas kuliah & talaqqi. Adakah keduanya penting & saling diperlukan sebagai pelajar agama disana. Bagaimana sistem universiti di Jordan (yang sama seperti di Malaysia) mampu melahirkan graduan yang terbaik darinya, berbanding dengan sistem di Universiti Al-Azhar di Mesir. Serta fungsi kuliah itu sendiri yang sepatutnya menjadi medan tempur buat pelajar memerah otak & daya kritis mereka dalam berfikir dan berhujah. Bukannya hanya tempat untuk menyalin nota atau membaca nota kuliah semata.

Bab memperbetulkan perbuatan bidaah orang Islam melalui hikmah juga banyak yang boleh dijadikan iktibar. Tidak semua perbuatan, adat orang Islam yang salah itu kita boleh ubah dalam sekelip mata. Ada seni dan caranya. Perlu akan kebijaksanaan sang ilmuwan dan agamawan untuk cuba memperbetulkannya. Biarlah ianya akan memakan masa, namun berkesan.

Namun bab yang paling mengesankan adalah bab berkenaan kisah pensyarah penulis yang tegas, yang menangis di dewan kuliah kerana anak didiknya, serta bab bagaimana khutbah Jumaat pada ketika penulis di sana itu amat berpengaruh di seluruh Jordan. Perasaan yang bercampur-baur selepas membacanya. Anda perlu baca dua bab ini.

Siapa sangka penulis sempat merasai bagaimana suasana kehidupan di Jordan sebelum & selepas perubahan besar yang berlaku di dalam negara itu yang membabitkan Jordan, USA dan Israel. Bagaimana dengan termeterainya 'Perjanjian Damai' antara Jordan dan Israel, negara itu tidak lagi menjadi negara Jordan yang lantang membela Palestin seperti sebelumnya.

Buku ini diakhiri dengan kisah ringkas penulis ke Qatar atas urusan kerja. Namun berjaya menghilangkan sedikit kerinduan beliau terhadap bumi Jordan sejak sekian lama.

Membaca kisah generasi awal pelajar Malaysia yang menuntut ilmu di Jordan ini ternyata berbeza dengan buku Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi dan Ini Sekolah Kita oleh Musa Nuwayri, antara penuntut generasi terkini yang belajar di Jordan sana. Walaupun objektif kedua-dua penulis ini dengan bukunya adalah berbeza, namun dapat dirasai juga kemesraan negara Jordan itu hasil dari hadaman kedua-dua buku ini.

Bertambah lagi penulis kegemaran saya. Akan ke buku beliau yang seterusnya yang telah setia menunggu di rak untuk dibaca. Secangkir Teh Pengubat Letih, Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu, Menalar Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi serta keluaran yang terkini, Seni Berfikir Yang Hilang.
Profile Image for Liyana Zulkifli.
40 reviews7 followers
January 12, 2021
Rindu Bau Pohon Tin, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Buku ni adalah sebuah travelog tarbiah. Ia bukan hanya membawa kita terbang jauh ke bumi Jordan, tapi ia juga sebuah perjalanan yang sarat dengan ibrah. Bila mana kita jauh di negara orang memang bermacam kerenah dan gelagat dapat kita lihat. Selain ilmu, kita belajar tentang kehidupan. Buku ni memang mengupas tentang istilah istilah yang asing bagi saya. Tak kurang juga ada beberapa bahagian dari buku ini saya kira memang kena dengan situasi hari ni di Malaysia. Sesungguhnya dari kehidupan kita belajar banyak perkara.
Profile Image for Nadia.
53 reviews
January 4, 2021
Tak banyak berbeza dengan buku travelog Ustaz Hasrizal yg lain. Cuma di sini terasa kesyahduan kisah-kisah yg terselit di dalam buku ini.

Sebuah perjalanan berperang ke jalan Allah (fi sabilillah) Ada yg tersungkur, ada yg berjaya pulang dengan selamat dan ada yg pergi tak kembali.

Tertarik dengan kata-kata dalam buku ini.

"If you would not be forgotten, as soon as you are dead and rotten, either write things worth it reading, or do things worth reading" (Benjamin Frangklin, 1706-1790)
Profile Image for Muhammad Fairuz.
19 reviews
February 24, 2016
Bismillah,

Buku ini adalah buku pertama hasil karya Ust Hasrizal Abd Jamil yang sudah dihabiskan. Semasa cuti summer yang lepas di Malaysia saya sudah mulakan buku Menalar Makna Diri tetapi masing belum sempat habiskan (niatnya dibawa sekali semasa musafir ke Ireland, tetapi terpaksa tinggalkan bersama keluarga di KLIA akibat terlebih muatan dan berat beg luggage).

Ust Hasrizal berkongsi mengenai kisah dan pengalaman yang beliau lalui semasa bergelar pelajar di bumi Syam (Jordan) sejak beliau berumur 18 tahun. 18 tahun adalah usia yang muda dalam pemuasafiran mencari ilmu. Semasa di Jordan, beliau menuntut di Universiti Mu'tah di daerah agak terpencil di bumi Jordan.

Kembara mencari ilmu dan bekalan pengalaman yang dilalui Ust Hasrizal yang membentuk beliau hari ini. Seorang ulama dan pemikir Islam yang terbuka dan bersikap progressif dalam pandangan peribadi dan perbezaan pendapat. Hasil pembelajaran di bumi Jordan dan berkhidmat di bumi Ireland telah memberikan advantage buat jiwa ustaz.

Buku yang menguatkan diri saya untuk ke menjejak kaki di bumi Jordan. Buku yang menggunakan bahasa ringan dan yang mudah difahami tetapi membawakan mesej yang amat penting.

Buku wajib baca bagi menguatkan diri dalam perjalanan bergelar pengembara di bumi asing (dunia). :)
Profile Image for Syikinyunus.
129 reviews8 followers
June 28, 2020
Penulisan yg santai tetapi tidak mengecewakan. Sebuah coretan memori yang mempunyai bibit-bibit tarbiah di celahan imbauan silam penulis mengenai hidupnya di bumi Syams - lebih spesifik di Mu’tah.

Dalam kisah pengalaman beliau menuntut ilmu, sempat dijentik pemikiran kita mengenai adab menuntut ilmu, perbezaan pendapat, cengkaman politik Zionis ke atas Jordan dan pembebasan minda dari penjajahan taklid serta beberapa isu lagi. Lantas sambil membaca dengan leka dibawa “bermusafir” sehingga terhidu aroma pohon tin & terasa tiupan angin padang pasir yg membawa sepoi bingkisan Palestin; otak juga ralit memikirkan ibrah kisah2 beliau. Terkenang saya pada zaman saya menuntut ilmu di universiti di seberang laut & juga “kecalaran” akhlak yg pernah dilalui - semoga Allah mengampuni dosa-dosa si pendosa penuntut ilmu ini..

Semoga Allah memberi ganjaran atas bibit-bibit kata yg dinukilkan oleh ustaz yg membawa manfaat kepada pembaca buku ini.
Profile Image for Sadiq Salihoddin.
Author 4 books14 followers
June 18, 2021
Ini adalah satu karya memoir yang sangat menarik dan informatif. Dalam cerita, ada pengajaran. Dalam cerita, ada unsur perbandingan. Bukannya perbandingan itu dilakukan untuk melekehkan pihak tertentu. Tetapi, untuk lebih nampak dan faham akan satu kenyataan yang berlaku pada realiti. Mungkin kita anggap satu benda itu terlalu idealistik. Akan tetapi Ustaz Hasrizal tunjukkan ada benda yang memang betul berlaku.

Contohnya, khutbah jumaat oleh pensyarah pengajian Islam yang membantai pemimpin sehingga bersemangat sekalian jemaah yang hadir. Jarang kita nak tengok perkara macam itu berlaku di Malaysia. Tetapi ia berlaku di sana - Jordan. Ia terjemahkan melalui penulisan kerana kita tidak mampu nampak dan saksi dengan fizikal kita sendiri.

Ini satu benda yang sangat best pada aku. Aku sangat menyarankan semua orang untuk membaca buku ini. Tidak berat.
Profile Image for Fariz Danial.
21 reviews15 followers
February 27, 2012
bukan yang aku expected seperti aku baca buku Secangkir Teh Pengubat Letih by Hasrizal Abdul Jamil , frankly buku secangkir teh ni buku adventure yang paling best aku baca, buat aku rasa nak pi ke turki. so aku bagi buku tu 5 star.

tapi buku sepohon tin ni not bad as well.. buku ni pengembaraan ke jordan, namun aku rasakan sequel pengembaraan kedua tu( secangkir teh) tu still the best.

Sori aku compare tapi ni pendapat aku sendiri. Still, buku hasrizal antara buku yang aku nak buat collection buku.. Menarik penulisannya.
Profile Image for Nur Elvina.
70 reviews20 followers
January 31, 2021
Mengakhiri catatan rindu Ustaz Hasrizal di bumi Jordan dengan perasaan sayu dan menginsafkan. Tanah yang mendewasakan beliau dengan jerih perih sebagai mahasiswa, sahabat dan pastinya seorang muslim.
337 reviews15 followers
February 14, 2021
Buku ini kisah rindu penulis pada Jordan. Di sinilah, bermulanya kehidupannya sebagai pelajar universiti. Penulis berkongsi suka-duka dan susah-payahnya sambil menyorot perubahan politik dan ekonomi Jordan. Kelebihan buku ini pada penceritaaannya yang berkait dengan keadaan yang sebenar dan bahasa yang mudah difahami. Mencari ilmu itu satu proses yang panjang. Proses ini tidak pernah dijanjikan mudah. Mudah dan susah ada pengajarannya tersendiri.

Jordan antara tempat yang diminati untuk belajar Bahasa Arab. Tambahan pula, negara ini negara empat musim. Mut'ah satu daerah yang mempunyai catatan dalam sirah dan juga peristiwa Isra'.
Profile Image for Muhammad Fahmi Ahmad.
12 reviews
July 25, 2012
Saya bagi pinjam buku ni pada kawan.Kawan bawa balik rumah.
Katanya adik dia baca tak boleh berhenti sebab menarik.
Mak dia pun baca sekali sampai mak dia kata "Mana buku mak tadi?" :)
Profile Image for Wan Siti.
140 reviews9 followers
April 28, 2015
Tulisan Ustaz Hasrizal selalu membangkitkan semangat, mengimbau sejarah jerit-payah sehingga Islam bertapak di dunia.

Selalu terjumpa semangat yg saa setiap kali membaca buku beliau.
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books184 followers
May 28, 2021
3.5
Aku lebih suka catatan Ustaz dalam the second half of this book.
Profile Image for Siti Shakira Suhaimi.
81 reviews16 followers
June 19, 2020
I never really feel so attacked about my lack of effort on achieving my goal, than after reading this book.

Being sooo privileged with many things, yet still complaining so much.

Reminds me back of my paediatric posting under the ‘regime’ of popular scary paediatrician, I remember one day she said something that makes me feel how kufur nikmat we were, when knowledge is actually just at the tip of our fingers, it’s not like we have to naik unta berjalan kaki merentas Sahara demi secebis Ilmu, but we are still not even care to even learn more so that we can provide more, while working to become a safer doctor.

Buku mengisahkan pengalaman Ustaz sepanjang menuntut ilmu di Jordan. Jerih kesusahan yang sepatutnya menginsafkan.

Honest, lepas membaca terus bersemangat untuk menuntut ilmu. Kita tidak diuji dengan perit getir bahaya dalam mencari ilmu, atau didesak dan dipaksa untuk berfikir.

Kita diuji dengan sifat malas untuk bermula.
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
August 22, 2020
Daripida mukadimah lagi saya tahu buku ini pasti menarik dan bermanfaat isinya❤
Al-Taubah ayat 122 yang diterangkan di permulaan sememangnya membuatkan saya merenung kembali bahawa kalau semua umat islam memilih untuk ke medan perang, siapa yang akan menuntut ilmu? Bekerja? Melaksanakan tugas harian?

Buku ini adalah travelog tarbiah penulis sepanjang pengajian di Jordan. Catatan pengalamannya sarat dengan sirah dan ibrah. Dalam buku ini penulis ada menceritakan sedikit sejarah peperangan Mut'ah dan syahidnya 3 sahabat Nabi SAW.
Ada juga kisah ragam pelajar di universiti sana, kisah jiran dan penduduk setempat. Juga kisah kesungguhan belajar jauh dari keselesaan di Malaysia.

Berbaur emosi ketika membaca buku ini, ada perasaan sedih, sayu, bahagia, kelakar pon ada. Membaca buku ini membuatkan saya ingin sekali ke tempat yang disebutkan penulis. Apa yang saya belajar, carilah ibrah dalam setiap perkara dan tempat, contohnya penulis merasakan seperti solat terawih bersama para sahabat ketika bersolat di sana. Indah kan?

Selalu kita ke mana2 hanya sekadar berseronok tanpa memikirkan hikmah di sebalik perjalanan itu, terima kasih ustaz hasrizal atas penulisan buku ini, sangat bermanfaat❤
Profile Image for Liyana.
19 reviews
June 14, 2020
Buku-buku travelog bukanlah minat saya. But when it comes to Ustaz Hasrizal, I believe that there must be something worth to comprehend and reflect. And it is true. Tema buku 'Travelog Tarbiah' juga bertepatan dengan isi yang dibawa.

Salah satu adalah apabila sampai di bab Bukan Sesat, Cuma Tak Jumpa Jalan; saya merenung sejenak tentang erti sebuah perjalanan hidup. Walaupun dalam bab ini Ustaz Hasrizal hanya bercerita, tetapi sepotong ayat daripada pegawai Tabung Haji untuk Pak Chaq terkesan bagi saya.

"Bukan sesat, cuma tak jumpa jalan. Sesat tu tak dapat hidayah."
Profile Image for Nurul Shahzira.
65 reviews
February 18, 2022
Penulisan yang banyak menjentik sesekali mencuit hati dan minda disamping mengingatkan tentang tujuan sebenar berjihad di atas jalan menuntut ilmu. Seperti biasa ustaz HAJ banyak memasukkan unsur sejarah dalam penceritaan setiap perjalanan beliau dengan berkesan. Im happy i got a lot of new information from his books. Looking forward to read more from him.
4 reviews
January 27, 2021
Antara travelog Ust Hasrizal paling membekas kerana dibaca ketika kembara jauh dari keluarga dan dalam kerinduan. Hehe. Antara karya awal dan menjadi identiti penulis dalam penulisan.
102 reviews2 followers
January 25, 2021
Perjalanan mengutip ilmu yang disulami dengan pelbagai tarbiah.

Kata - kata semangat, ingatan, teguran yang tegas tapi lembut terselit dalam tulisan ni.
July 4, 2020
Membaca buku ini membuat hati menjadi sebak. Teringat kenangan 4 tahun di sana.
Sudah dua tahun berlalu, namun kenangan itu masih segar diingatan.

Tidak dinafikan. Terlalu banyak kenangan buruk di sana. Tapi itulah yang dirindukan. Kenangan yang sangat membentuk jiwa penuntut ilmu sana. Mehnah dan cabaran yang datang betul-betul menguatkan kami, si musafir yang dahagakan ilmu.

Ada yang kelakar, gembira, sedih. Semuanya mendidik jiwa kita. Tinggal kita untuk kembali muhasabah dan merenung kembali setiap peristiwa yang berlaku.

Buku ini merupakan buku travelog kedua yang saya baca setelah buku Di Hamparan Shamrock, KuSeru NamaMu.

Rugilah bagi sesiapa yang berpeluang ke bumi Syam sekiranya tidak mengambil semangat juang para Sahabat suatu ketika dahulu. Pensyarah di sana ilmunya sangatlah tinggi. Manfaatkanlah mereka sebaiknya walaupun kadang apa yang mereka fikirkan tidak sama dengan apa yang kita fikirkan. Cuma, jangan cepat melatah. Cuba ambil masa untuk renung semuanya. InsyaAllah hikmahnya akan muncul.
Profile Image for Asma' Mahadzir.
5 reviews1 follower
January 2, 2021
Seronok rupanya baca buku travelog ni. Rasa macam masuk dalam terowong masa. Tiba-tiba saja sudah ada nun beribu batu jauhnya. Jordan, itulah lokasi utama yang menjadi latar belakang perjalanan penulis dalam penulisannya ini.

Di awal pembacaan, penulis membuka mata saya melalui penegasan tentang berkelana demi menuntut ilmu. Petikan ayat surah at-Taubah yang penulis bawakan betul² buat saya termangu seketika. Tidak pernah saya terfikir sedalam itu makna kalimah nafara dan perkaitannya dengan sesuatu yang lain.

Kemudian saya jadi tersentap sendiri bila memikirkan — apa matlamat saya sewaktu mula² mendaftar di UKM dahulu? Seiringkah ia dengan apa yang Allah mahu saya dapatkan?

Semakin saya cuba fahami gaya pemikiran penulis, semakin saya temukan persamaannya dengan para pensyarah saya. Tutur katanya ringkas namun padat. Tegurannya tajam menusuk, penuh kepahitan untuk ditelan. Setiap bait yang disampaikan, walau santai namun sarat dengan pesanan-pesanan. Adakalanya disulami pula dengan lawak jenaka, namun percayalah lelucon itu bukan kosong, akan tetapi ada maksud tersiratnya.

Oh rindu betul saya pada pensyarah Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah. Mereka insan mulia yang tidak pernah jemu memandu kami dengan ilmu dan nasihat membina.

Jujur buku ini menggamit rasa rindu saya pada UKM & seisinya. Kerana apa yang dipelajari penulis dalam kuliahnya, bagaimana suasananya, apakah yang menjadi isi dalam perbincangan mereka sewaktu kuliah bersama para pensyarah berlangsung, isu-isu utama yang dikupas didalam buku. Semuanya pernah saya lalui sepanjang belajar di UKM. Kerana latar belakang kursus pengajian yang hampir sama.

Banyak iktibar yang saya boleh kutip dari buku ini. Walaupun ia nipis sahaja, membacanya banyak buat saya berfikir dengan lama sekali.

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan penuntut ilmu yang berjuang dengan sebenar² perjuangan. Sesuai dengan matlamatnya, untuk Allah dan menuju Allah.
Profile Image for NUR ZUHAILI.
36 reviews
October 8, 2021
Walaupun saya tidak pernah menjejakkan kaki ke bumi Jordan, namun kebanyakan kisah yang diceritakan di dalam buku ini mengingatkan saya tentang kehidupan saya sebagai pelajar di UK. Pada pandangan saya, isu tentang sikap pelajar Malaysia yang diketengahkan oleh penulis bukan sahaja wujud di Jordan tetapi isu yang sama juga berlaku di UK. Saya paling tertarik dengan kisah penulis bersama remaja di Doha. Saya bersetuju dengan penulis bahawa budaya Malaysia lebih mengajarkan kita untuk Shut Up berbanding Speak Up. Budaya ini bukan sahaja disemaikan di dalam kalangan pelajar kita malah budaya ini la yang beakar sehingga ke alam pekerjaan. When speaking up is viewed as a weird thing in our culture, you couldn't help but to get exhausted living in this kind of culture.
Profile Image for Ahya'.
5 reviews1 follower
June 22, 2020
Sangat sesuai dibaca oleh penuntut ilmu bagi membangkitkan semangat dan mengingatkan kembali tujuan sebenar berpenat lelah di jalan ilmu yang tidak menjanjikan harta dunia tetapi insyaa Allah ganjaran di akhirat sana. Erti hidup pada memberi: semoga dengan ilmu, dapatlah kita memberi dengan sebanyak banyaknya.

Sedikit petikan dari puisi penutup buku ini,

"Kita diajarkan cintakan kematian
Bagai musuh kita cintakan kehidupan
Maka di Bumi Israk ini tempatnya
Kau mengenal jihad dan perjuangan"

Terima kasih UHAJ.
Profile Image for Liyana Osman.
14 reviews
August 2, 2020
Must read especially for post SPM students who are planning to further study abroad
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
August 28, 2021
Sebuah travelog mengenai kelana peribadi Ustaz Hasrizal untuk menyambung pelajarannya di Jordan. Bertunjangkan Surah At-Taubah ayat 122, dengan penuh iltizam dan semangat beliau meneruskan perjalanan beliau ke Jordan bagi menyambung pelajaran.

Permulaan ustaz Hasrizal melangkah ke Jordan pada 16 September 1993. Pengalaman-pengalaman, liku-liku dan onak duri yang beliau hadapi, semuanya dimuatkan di dalam buku ini bagi diamati oleh pembaca.

Persoalan-persoalan mengenai sosiobudaya di antara dua negara, yakni Malaysia dan Jordan yang mengindahkan isi buku ini.


"Kamu semua dengar sini. Aku mengajar kam bukan kerana mencari duit. Aku bukan berdiri di sini sebagai pensyarah. Aku ialah bapa, dan kamu anak-anak Aku mengajar kamu agar kamu hidup menyembah Allah Jangan jadi musuh Allah, apatah lagi musuh Allah berijazah Syariah!"

Apabila Ustaz Hasrizal menukilkan ayat di atas sebenarnya, mengetuk jiwa ragaku kerana ayat yang mirip seperti ini pernah dilontarkan kepada seisi kelas semasa di bangku sekolah. Bahkan, ia menunjukkan keazaman dan iltizam jiwa pendidik masyaikh-masyaikh di sana dalam mendidik jiwa dan mentarbiah peribadi anak murid mereka.

Konsep pengajian secara moden di dalam kelas dan talaqqi acapkali menjadi perbualan hangat bagi pelajar Malaysia yang menyambung pengajian di negara Arab ( Jordan & Mesir ). Bahkan, ia terkait dan dibandingkan juga dengan penerapan sistem ini di universiti tempatan di Malaysia.

Konsep dan landskap asas pendidikan dapat dilihat melalui suasana dan sistem yang diceritakan oleh beliau. Dapat dilihat perbezaan bukan sahaja pada silibus, malah pada sistem pengredan pun berlainan.


" Proud to be a Muslim, and proud to be a known as a Muslim. You can be a modern person without being westernized because modernization and westernization are two different things."

Malah, sisipan nasihat yang memberi kesan kepada anak-anak muda ketika mana Ustaz memberi nasihat ini kepada mereka di penghujung ceramah.

Sebuah buku travelog yang meruntun dan mendidik hati walaupun ia ditulis secara peribadi, tetapi ia dekat di hati pembaca sendiri.
Displaying 1 - 30 of 75 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.