Hasrizal holds a Bachelor of Sharia (Honours) from Mu’tah University, Jordan (2001). He is the Director of Education at Khalifah Education Foundation which operates Khalifah Model Schools in Malaysia. An educator and learning designer, blogger, and author, advocate children-centered learning, parenting, and domestic policy.
Hasrizal succeeded in bookwriting after his AKU TERIMA NIKAHNYA (2008) became one of the National Best Sellers. He proceeded with many more books, such as BERCINTA SAMPAI KE SYURGA (2009), MURABBI CINTA (2010), RINDU BAU POHON TIN (2009), SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH (2010), TRANSFORMASI RAMADAN (2011), EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA – Trilogy (2012), DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU (2012), ERTI HIDUP PADA MEMBERI (2013), TAK KENAL MAKA TAK CINTA (2014), MENALAR MAKNA DIRI: KEMBARA MENJEJAK IMAM BIRGIVI (2014), SETIA DENGAN KEBENARAN (2017), REVIVING THE SPIRIT OF RAMADAN: BEYOND DO'S AND DON'TS (2017), HIKMAH & KARAKTER (2018), JALAN SEHALA (2019), RISALAH #MALAYSIA MEMBACA (2019 co-author), SENI BERFIKIR YANG HILANG (2020), TRANSFORMASI RAMADAN 2.0 (2020), DIARI ABAH (2020), MÄ OON RIZAL (2020), ERTI BERAGAMA YANG HILANG (2021), MENULIS DARI HATI BIAR SAMPAI KE HATI (2021), KAMAR-KAMAR BUDI (2021), KEMBARA MENALAR DIRI: LEGASI IMAM BIRGIVI (2021), SISI BERAKHLAK YANG HILANG (2022), BERAGAMA YANG KEHILANGAN TUHAN (2023) and PEDAGOGI RAMADAN (2023)
Pertama kali terpandang buku ni, saya sudah tertarik untuk membelinya. Dan alhamdulillah sudah berjaya habiskan. :)
Seindah nama tajuk buku ini, boleh dikatakan seindah itu juga penceritaan yang Ustaz Hasrizal ceritakan.
Kisah liku-liku kehidupan sebagai seorang perantau yang diuji pelbagai dugaan oleh Allah dan dalam masa yang sama Ustaz tonjolkan bagaimana meletakkan tawakkal dan harapan kepada Allah.
Diuji dan diuji. Tapi terus tabah melangkah menghadapi liku-liku kehidupan.
Saya rasa 'dekat' dengan buku ini, mungkin kerana pernah juga teruji ketika hidup di perantauan. Kisah berlainan tapi mungkin apa yang Allah hendak tunjukkan mungkin sama.
Sabar. Tabah. Redha. Tawakkal. Dan sebagainya.
Itu yang Allah didik.
Bukan hanya sekadar kisah ujian. Tapi ustaz Hasrizal ada menyelitkan liku-liku dan cabaran sebagai seorang Imam di negara bukan Islam, Belfast, liku-liku sebagai seorang pelajar di perantauan.
Sejujurnya, buku Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu cukup menarik. Seindah cover depannya, insyaAllah seindah itu jua bahasa di dalamnya.
(=
Petikan dalam buku:
Saya mengambil inisiatif menemukan Laura dengan Hannan, iaitu isteri kepada majikan saya yang juga merupakan seorang Irish Muslim. Lanjutan daripada itu, Laura ditemukan dengan beberapa orang lagi Irish Muslim, yang meyakinkan dirinya bahawa dia tidak bersendirian dengan hijrah yang bakal dilakukannya nanti. “Tetapi, saya mendapat kekuatan itu akibat peristiwa malam tadi!” kata Laura. “Apa yang berlaku?” saya ingin tahu. “Malam tadi kami sekeluarga ke gereja untuk menghadiri mass bersempena dengan Hari Ibu. Ajaib sekali, ceramah yang disampaikan oleh paderi di gereja itu sungguh mengesankan. Saya asyik mendengarnya malah ahli gereja yang lain juga begitu mengaguminya,” cerita Laura. “Selepas selesai majlis, seperti biasa paderi berdiri di pintu gereja, bersalaman dengan kami semua. Apabila tiba giliran saya, saya mengucapkan tahniah kepadanya atas ceramahnya yang sungguh hebat,” sambung Laura. “Wah bagus begitu. Jarang sekali imam masjid menghargai mereka yang hadir ke masjid sedemikian rupa. Saya juga harus mengamalkannya!” saya mencelah. Laura dan hadirin yang lain ketawa. “Apa isi ceramahnya?” saya mahukan kepastian. “Oh, ceramah malam tadi ialah tentang hubungan ibu dengan anak, dari kandungan hingga penyusuan dan kepentingan menyusukan anak sendiri,” kata Laura. Saya mengangguk. Jemaah yang lain juga khusyuk mendengar. “Lalu saya beritahu paderi tersebut: tahniah, kerana ceramah awak yang sangat bagus. Cuma, saya ingin tahu, pernahkah tuan membaca apa-apa daripada Quran, buku orang Islam, tentang tajuk yang dibentangkan tadi?” cerita Laura lagi. Saya khusyuk mendengar cerita Laura. Dia memang pengunjung setia gereja. Tetapi aturan Allah sedikit berbeza. Setiap kehadirannya ke gereja, menjadikan dia semakin hampir kepada masjid. “Paderi itu membisikkan ke telinga saya bahawa sebenarnya dia mengambil keseluruhan inti ceramahnya daripada al-Quran! Dia tidak bertemu dengan keterangan sebaik keterangan al-Quran tentang topik tersebut,” tegas Laura. “Allah!” saya mengurut dada.
Alhamdulilah saya akhirnya siap membaca buku ini ketika di perpustakaan John's Ryland, University of Manchester. Beberapa hari lepas juga saya tersangkut lama di sini kerana mahu menghabiskan satu dua bab yang begitu mendebarkan. Menjelaskan betapa buku ini mengundang pembaca untuk terus lekat di atas meja atau sofa bacaan.
Teruja. Satu kerana tak sangka penulis mempunyai banyak pengalaman menarik dan mencemaskan - merengkuk dalam penjara, didatangi paderi Katolik beremosi ketika bertugas sebagai imam masjid, 'putus tunang' (istilah yang mengejutkan saya ketika membaca, anda perlu baca sendiri dan mengetahuinya :)) dan bermacam-macam lagi. Banyak juga isu yang sangat akrab dengan pelajar luar negara dijelaskan dan diceritakan penulis - ucapan Krismas, Halloween, perkahwinan dengan ahli kitab, kesombongan masyarakat Melayu di bandar X (kena baca baru tahu!) dan lain-lain. Semuanya diceritakan bersama situasi yang tidak membosankan.
Satu lagi yang mengujakan saya adalah keupayaan penulis untuk menyelitkan ilmu-ilmu bermanfaat di sepanjang kembaranya yang bersahaja. Secara tidak sedar, pembaca seakan-akan larut dalam pembacaan dan ilmu dapat dihadam tanpa disedari. Maksudnya, ilmu diadun dengan resipi cukup enak bersama travelog dan kisah hidup penulis.
Hal ketiga yang mengujakan saya adalah penulis bukan tipikal dengan mengulas aspek-aspek berlaku hanya dari kaca mata 'Islamik'. Dia banyak menggunakan pengalamannya menonton beberapa filem, membaca buku dan lirik lagu dalam menyampaikan ideanya (ada juga lagu Michael Jackson di dalam buku ini!). Justeru, karya ini bukan tipikal kisah Islami yang dibumbui pelbagai istilah Arab yang asing namun dalam masa yang sama, penulis menggunakan ilmu-ilmu lain di luar bidang pengajiannya dalam syariah/pengajian Islam untuk menyampaikan mesej. Sesuatu yang saya kira tak dapat dibuat oleh semua pendakwah. Hanya pendakwah yang buat 'kerja rumah' berlebihan sahaja mampu lakukannya.
Tidak semua orang boleh menghasilkan kembara penuh ilmu dan cabaran seperti ini. Kalau saya menulis sekalipun, saya tidak akan dapat untuk mengupas isu-isu yang dibawa penulis, yang saya kira agak berlainan daripada biasa atas sebab pengalamannya sebagai imam sebuah masjid di Belfast (masih adakah pelajar/orang Malaysia menjadi imam di masjid UK/Ire sekarang? Kalau ada pun tak ramai).
Gaya bahasa digarap penuh santai. Dialog yang jelas dan tidak menyukarkan pembaca.
Tahniah sekali lagi kepada penulis. Saya memberi lima bintang atas pengalaman-pengalamannya yang saya rasa begitu berharga dan sukar didapati daripada penulis lain. Saya sebagai pelajar luar negara sendiri pun tidak mampu untuk merasai pengalaman sedemikian. Terima kasih atas perkongsian bermakna!
Rasa macam puas di hati dapat menghabiskan bacaan buku ini hingga ke muka surat terakhir. Ustaz Hasrizal berjaya mendeskripsikan perjalanan hidupnya dengan bahasa yang mudah dan santai. Kisah-kisah hidupnya banyak memberikan inspirasi dan pedoman pada diri ini.
Mukadimah buku ini banyak menceritakan suka duka Ustaz Hasrizal dan ia berjaya membuatkan mata aku berair (maklumlah, dalam hati ada taman) mengenangkan ujian yang dihadapinya sangatlah mencabar (dari pengajiannya di Jordan yang tertangguh sehinggalah ke alam perkahwinannya, sangat terharu) dan kalau tak kuat memang dah putus asa dah (respek ustaz!!)
Buku ini juga dapat membuka mataku tentang penerimaan dan gaya hidup muslim di luar negara yang penuh pancaroba dan permasalahan-permasalahan yang tak terjangkau dek akal pemikiran, dengan dugaan Islamofobianya selepas peristiwa 9/11.
Anak-anak muda yang cepat berputus asa (muhasabah diri) dan mencari-cari hala tuju serta ingin memahami keindahan Islam dengan lebih cerah, disarankan mendapatkan naskhah buku ini.
Tidak disangka, episod pengajian ijazah penulis di Jordan melalui buku Rindu Bau Pohon Tin ada kisah penutup yang memeritkan rupanya. Kisah tersebut ada kesinambungannya di dalam buku ini.
Separuh bahagian pertama buku ini secara terus-terangnya amat menyedihkan untuk dibaca. Kerana ianya amat nyata. Bagaimana nasib malang ini boleh terjadi kepada seseorang itu secara bertimpa-timpa.
Kisah pengajiannya di Jordan yang terlalu lama tertangguh, kisah cintanya yang hampir kecundang di tengah jalan, dan yang paling mengejutkan buat seorang alim, kisah bagaimana beliau meringkuk di dalam penjara. Sungguh mengesankan.
Namun ternyata, kerana Allah ingin mengangkat martabat penulis ketika itu, beliau diuji sedemikian rupa. Tabik kepada kejujuran penulis dalam menceritakan segalanya tanpa segan-silu. Mungkin kerana itulah beliau kini merupakan antara penulis yang popular di Malaysia. Beliau menulis bukan untuk mengejar nama. Beliau menulis untuk berkongsi rasa. Suka dan duka. Untuk kita belajar apakah makna sebenarnya untuk menjadi seorang manusia. Yang selalu tidak lari dari salah catur pergerakannya.
Seterusnya di dalam bahagian terakhir buku ini, kisah beliau ketika berkhidmat sebagai imam di Belfast, Ireland Utara sangat memberi makna. Pelbagai kisah menarik yang beliau kongsikan ternyata boleh membantu sekiranya kita berhadapan dengan kejadian serupa satu hari nanti.
Antara isu yang sangat bermanfaat dan memberi makna; kisah pelbagai jenis manusia yang kembali kepada fitrah ketika disana, kisah 'Jehovah Witnessess Movement', salah satu mazhab dalam Kristian Protestan, kisah mengapa Katolik menyokong Palestin, sedangkan Protestan menyokong Israel, ucapan selamat Krismas yang bagaimana yang boleh kita hantarkan kepada rakan-rakan Kristian kita, serta persamaan yang menyedihkan dalam sambutan Krismas dan Aidilfitri dalam cara kita merayakannya.
Selain beberapa cadangan filem yang menarik yang dikongsi oleh penulis di dalam buku ini, kisah Frank McCourt, penulis dari Ireland dengan 3 buku memoirnya amat menarik perhatian juga. Mungkin saya akan menonton filem dari adaptasi buku pertamanya jika berkesempatan nanti.
Untuk pengalaman pembacaan yang terbaik, buku kembara tarbiah dari penulis ini perlu dibaca mengikut kronologi tahun terbitannya. Bermula dengan Rindu Bau Pohon Tin untuk kisah di Jordan, kemudian Secangkir Teh Pengubat Letih (Turki), dan yang terakhir buku ini. Tidak dapat dipastikan pula buku beliau yang seterusnya Menalar Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi ada kesinambungannya atau tidak dari 3 buku ini.
Apa yang pasti, jangan diambil mudah jika tempoh visa lawatan hampir tamat jika keluar negara. Melainkan anda ingin merasa betapa 'indahnya' makan minum terjaga untuk beberapa ketika 😊
Travelog kedua dari Ustaz Hasrizal yang KakChik baca. Pada KakChik travelog ini lebih kepada perjalanan yang sukar buat penulis. Perjalanan mencari jalan untuk menerima dugaan dan ujian dengan berlapang dada.
Permulaan kisah travelog ini memang buat kita sedikit tertekan kerana beratnya ujian yang menimpa Ustaz. Tiga tahun tertangguh untuk menamatkan pengajian disebabkan pelbagai ujian dan juga halangan. Pengajian yang sepatutnya mengambil masa 4 tahun sahaja berlanjutan kepada 8 tahun. Sekali ganda masa yang berlalu. Ujian fitnah yang menyebabkan biasiswa ditarik balik menjadi penyebab permulaan getir di tanah Jordan dan seterusnya kembara ke bumi London.
Saat ditahan di penjara di Ireland juga telah meninggalkan rasa hiba yang kuat di hati KakChik. Bagaimana rasa tidak berdaya dan juga tiada upaya. Hanya kebergantungan kepada Maha Pencipta. Namun ukhuwah Islam tetap ada walaupun mereka terpenjara di sana. Walaupun ujian itu tidak lama tapi tetap meninggalkan kesan dalam hidup penulis.
Ujian saat untuk mendirikan rumahtangga juga tidak kurang hebatnya. Ustaz Hasrizal tidak segan silu menulis segala kekurangannya ketika itu. Dengan tiada duit untuk menyunting tunang menjadi permaisuri tapi sokongan dan kata perangsang tunang telah membantu Ustaz Hasrizal tekad untuk meneruskan perancangan mereka.
Kehidupan di bumi Belfast sebagai Imam dan juga pengetua Belfast School Islamic juga bukan sedikit cabarannya. Pelbagai pegangan dan juga negara yang berbeza dengan 20 bahasa yang dipertuturkan bukan mudah untuk dikendalikan tanpa ada salah faham. Namun kerana amanah dan juga tanggungjawab tetap dipikul sebaik mungkin walaupun terpaksa berjauhan dengan isteri.
Pada KakChik travelog ini lebih menonjolkan sisi 'gelap' pengalaman Ustaz Hasrizal berbanding dengan travelog Secangkir Teh Pengubat Letih. Pengalaman dan juga ujian lebih ekstrem sehingga pada KakChik hanya yang kuat sahaja mampu untuk menempuhinya.
Opppss, baru perasan sepatutnya KakChik baca dulu Travelog Tarbiah: Rindu Bau Pohon Tin. Sebab buku tersebut travelog pengalaman Ustaz Hasrizal ketika di bumi Jordan.
Alhamdulillah, buku yang berjaya mengeluarkan saya dari reading slump (sejak cuti sekolah😅).
Penulis berkongsi minatnya membaca buku² Frank Mccourt (penulis kesukaan saya juga) dan menyebut bahawa buku² ini dibaca dgn tapisan nilai diri sebagai Muslim, peringatan penting utk sy dan anak² bila membaca atau menonton apa² karya sekalipun.
Konsep bersederhana diketengahkan, melalui pengalaman menjadi Imam di Belfast. Seronok membaca dialog² perkongsian antara penulis dengan muallaf dan penduduk di sana. Baru saya tahu wujudnya 'pseudoreligion' yang mengelirukan orang ramai.
Berdebar juga membaca pengalaman penulis semasa ditahan di penjara dan ujian hafazan untuk beliau grad.
Saya mungkin tidak mendapat pengalaman menjejak bumi Ireland apatah lagi mengenali penduduknya, sekurang-kurangnya dengan membaca buku ini memberi gambaran kehidupan dan latar belakang sosial di sana.
Oh! Bab Alam Tercemar Apabila Iman Tercalar- patut dibaca oleh semua rakyat Malaysia!
Terima kasih Ustaz Hasrizal. Semoga Ustaz terus kuat menulis dan berkongsi ibrah dengan kami para pembaca.
Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu ialah salah satu buku ustaz Hasrizal yang memang dah lama sangat aku teringin nak baca. Kali ini baru ada rezeki dapat baca buku ni, dan ia memang tidak mengecewakan! Buku ini memuatkan pengalaman hidup ustaz Hasrizal di bumi Ireland daripada pengalaman beliau membasuh pinggan di kantin MSD, Braynston Square hinggalah kepada menjawat jawatan pengetua sekolah dan imam di masjid di Belfast. Banyak kali aku sebak bila baca sesetengah pengalaman beliau di dalam buku ini terutamanya pengalaman bertemu dan mengislamkan saudara baru serta pengalaman beliau di tahan di penjara Greenock.
Aku rasa nasihat yang paling memberi kesan di dalam buku ini ialah nasihat Abang Mohd Nor kepada ustaz Hasrizal iaitu jangan kecil hati. "Cabaran emosi yang paling rumit adalah apabila manusia mahu dihargai oleh manusia yang lain. Jangan kecil hati jika kita tidak dihargai. Ia akan berlaku berulang kali, dan jangan sekali-kali seorang pendakwah kecundang kerananya." Inilah yang aku sedang berusaha untuk praktikkan di dalam kehidupan sendiri. Dan bagi aku, nasihat ini sangat-sangatlah berguna di kala kita rasa tidak dihargai. It won't stop me from doing more good just because someone else doesn't see the value in it , mantra yang selalu aku ucapkan pada diri aku sendiri. Akhir kata, jika anda suka membaca kisah-kisah travelog di samping mengutip pengalaman dan ilmu yang berharga, maka bacalah buku ini.
Pertama kali membaca tulisan penulis ini. Pengalamannya digantung biasiswa, kemalangan, difitnah oleh penaja, menjadi pencuci pinggan, hinggalah ditahan imigresen kerana visa tamat tempoh.
Selepas lapan tahun mendapatkan ijazah di Jordan, dugaan penulis tidak berhenti di situ sahaja. Dia diuji selepas menerima tawaran kerja sebagai Minister of Religion di Belfast Islamic Centre di Republic of Ireland di bawah pembiayaan al-Maktoom Foundation Dubai.
Di sini tekanan dan tanggungjawab yang besar menanti. Penulis dilantik sebagai pengetua di Belfast Islamic School iaitu sebuah sekolah separuh masa yang mendidik anak-anak komuniti Muslim sekitar Belfast dan kawasan berhampiran. Beberapa cerita diselitkan dan membuka mata aku sebagai pembaca.
Perjalanan penulis bagi aku memang penuh warna. Setiap bab memang menguji keimanan memerlukan pendekatan positif, rasional dan tentunya berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
Benarlah. Menulis bukan sekadar menulis. Di tangan perlu ada pengalaman, cerita, hikmah dan ah, pastinya iman dan islam. Indah. Jujur, memulai membaca agak mengelirukan, yang mana satu dahulu kisahnya? Tidak mengikut kronologikah? Mengingat kembali bahawa semua coretan ini adalah susunan daripada tulisan-tulisan di blog penulis, saya menjadi penyabar (sementelah, memang lama sudah tidak menjengah dan membaca blog penulis). Maka ia seperti suatu kembara juga buat saya.
Seronok. Ya, seronok membaca pemgalaman orang. Turut terasa juga membaca pahit getir orang. Sedikit, sedikit ada yang pernah saya alami sendiri, maka pembacaan menjadi lebih bererti.
Itulah, di akhir setiap coretan, pasti ada hadiah buat si pembaca. Terkesan. Garapan tarbiah dalam tulisan. Terima kasih buat penulis. Memang. Memang rindu pada kembara.
Ustaz Hasrizal pernah post artikel di blog tentang beliau dipenjarakan kerana visa tamat. Jadi nak tahu cerita selanjutnya, saya habiskan baca buku ini.
Selain daripada cerita jalan hidup Ustaz Hasrizal, sangat banyak pengajaran dan mesej yang boleh diambil. Antara yang saya paling kagum, ialah apabila beliau memberikan ucapan takziah selepas kematian seorang kanak-kanak perempuan daripada keluarga Kristian, dan kemudian saudara kanak-kanak tersebut berjumpa Ustaz Hasrizal untuk belajar tentang Islam.
Gaya penulisan yang sedap, buat pembaca lagi tak sabar untuk nak tahu cerita seterusnya.
Dalam banyak bab, bab terakhir paling terkesan di hati tentang pesanan Abang Mohd Nor iaitu jangan cepat kecil hati dengan sikap manusia yang kurang peka.
Jika kita suka mengharapkan agar kebaikan kita dihargai dan disebut-sebut, saya kira kita tersilap planet... Sebab itulah bekerja kerana manusia itu susah. Mahu jasa kita disebut-sebut itu sulit. Kerana itulah, pegang sahaja slogan "God is my CEO". Buat kerja, biar jadi ibadah--m/s 390.
Sukar untuk mengungkapkan perasaan saat membaca buku tulisan Ustaz Hasrizal ini. Gembira, sedih, sebak, terharu, lucu; semuanya bersatu di dalam buku tarbiah rohani ini. Gaya penulisan Ustaz Hasrizal juga santai, mudah diterima dan penuh kejujuran. Setiap baris-baris ayat dalam buku ini terdapat sesuatu yang menarik untuk direnungkan.
Buku ini berkisar tentang pengalaman Ustaz sepanjang menetap di bumi Eropah. Perkongsian yang saya rasakan cukup berharga. Sebagai seorang Muslim, buku ini memberi saya inspirasi, semangat, nasihat dan teguran kepada saya dalam mendepani ujian, berjihad dan perjuangan dalam hidup. Kisah Islam dan Muslim yang berlaku di bumi Eropah membuat saya rasa lebih dekat dengan pelbagai persoalan umat. Buku ini mesti dibaca oleh setiap pendakwah.
Selain itu, Ustaz juga berkongsi pelbagai judul buku yang menarik. Setiap kali Ustaz sebut nama buku atau penulisnya, saya akan terus membuat carian di enjin carian untuk membaca preview yang berkaitan dengannya.
Saya percaya, sesungguhnya buku ini adalah cetusan bernas yang perlu dibaca setiap Muslim. Kutiplah kalam mutiara yang ada di dalamnya, sambutlah bingkisan sentuhan iman yang terkandung di dalamnya. Saya pasti, setelah membaca buku ini, anda akan menyedari bahawa kita sebagai umat Islam, ada TERLALU BANYAK lagi perkara untuk dilakukan.
Buku Di Hamparan Shamrock ini mempersembahkan rentak yang berlainan berbanding siri buku aku terima nikahnya dan secangkir teh mengubat letih. Jika dalam kedua-dua buku tersebut ia banyak mempersembahkan hasil perjalanan (travelog) dan sisi kehidupan yang indah-indah belaka, namun buku Di hamparan Shamrock ku seru namamu ini membawa rentak yang berlainan. Penulis kelihatannya lebih jujur dalam mempersembahkan diri sebagai seorang yang manusia yang juga terkadang tersilap,tersungkur, naik dan turun dalam menempuhi kehidupan ini. Ya, pastinya buku ini hadir bagi meredhakan kritikan orang ramai terhadap siri buku aku terima nikahnya yang seakan-akan 'sempurna' perjalanannya. Dan dalam pembawakan penulis yang lebih jujur terhadap tulisannya ini, tulisannya menjadi lebih hidup daripada biasa.
Sebuah penulisan yang sangat menyentuh perasaan. Pelbagai perasaan bercampur menjadi satu. Kisah perjalanan yang banyak membuka mata,pemikiran dan pandangan. Kisah jatuh dan bangun di usia muda,masalah demi masalah yang sangat menguji kita sebagai seorang insan. Banyak ibrah yang dapat diperolehi dari pembacaan ini..
Saya bagi lima bintang untuk pesanan, coretan dan perkongsian pengalaman yang sangat berharga, kadang-kadang sangat peribadi sifatnya, kejujuran dalam tulisan dan yang utama, apa yang saya sebagai pembaca dapat setelap menutup helaian terakhir buku ini.
Ulasan pembaca:pada mulanya saya membaca buku ini saya kabur dengan "lokasi-lokasi pengambaraan" Ustaz, kebarangkalian saya tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke negara tersebut,namun dengan berpandukan gambar diantara 'episod-episod' pengalaman Ustaz dan bantuan en.google sedikit sebanyak membantu saya memahami seluruh isi yang cuba dikongsi oleh beliau.Ustaz sentiasa memberi kelainan dan perkara baru dalam setiap travelog tarbiah ustaz,selari dengan pengalaman Ustaz berada di negara asing selama berbelas2 tahun.Betul kata pepatah, "jauh perjalanan,luas pemandangan".Daripada buku pertama beliau,"aku terima nikahnya,Rindu bau pohon tin,bercinta sampai ke syurga, Murabbi Cinta, Secangkir teh pengubat letih dan yang terbaru ini, dihamparan shamrock ku seru nama-Mu menjanjikan dan menghidangkan pelbagai perkara yang bantu membuka dan mencelik minda pembaca untuk berfikir lebih jauh luar daripada kotak pemikiran biasa pembaca.Alhamdulillah pembaca berjaya menghabiskan buku ini dalam tempoh 4 hari.Pada mulanya agak merangkak namun mula berjalan dan berlari ingin mengetahui kesudahan buku ini.Kisah hidup perjalanan jerit perih ustaz dibukukan dalam buku ini.Sungguh Allah telah menetapkan perjalanan hidup ustaz sedemikian dan Alhamdulillah ustaz berjaya tempuh ujian.Tidakkah Allah berpesa"orang yang hebat akan diuji". "Allah tidak akan menguji seseorang melainkan dengan ujian yang mampu dia tempuhi"SubahanAllah. Sebak beberapa kali membaca travelog Ustaz.HEBAT!!Dibawah pembaca menyediakan review bagi setiap 'episod pengembaraan' ustaz :
Hidup in perjuangan,jangan kesatkan perjalanan dengan perasaan.(ms3)
"setiap kamu terhadap kehidupan ini adalah seperti rumah tamu.Setiap hari kamu dikunjungi pelbagai tamu dengan pelbagai kerenah.Bukalah pintu untuk mereka dan layan sebaik yang kamu mampu.Andai kamu menutup pintu,kamu sangka diri makin selesa tetapi hakikatnya kamu semakin kehilangan segala-galanya"-jalaluddin ar-rumi(ms 5)
Komuniti kota london amat rencam dengan 1001 bangsa dan kaum yang menghuninya.Komuniti bukan Inggeris memilih untuk hidup secara berkelompok dan ada orang Bangladesh yang sudah 20 tahun menghuni East London,tetapi tidak berbahasa Inggeris.EAST END ialah MINI BANGLADESH (ms 25)
Masyarakat Irish di Irelan Utara lebih mengharagi pengalaman berinteraksi dengan orang asing(ms25)- mungkin saya boleh bandingkan dengan masyarakat di Malaysia yang leibh suka lihat/tengok/pandang sahaja kepada orang asing dan ada segelintir yang bersikap peramah.
masyarakat Irish banyak berkongsi dengan masyarakat melayu seprti 'janji Melayu',kaum perempuan tabiat bersembang dipagar2 rumah, bergosip(ms 25)
Berminat dengan manusia adalah prasyarat seorang pendakwah.Pendakwah harus kenal Allah dan kenal manusia.mesejnya mesti Rabbani,pendekatannya mesti manusiawi(ms 29)
Keraguan dengan Abu Hurairah yang paling banyak meriwayatkan Hadith(ms 30-31)
Beragama perlu tenang dalam rasiounal.jangan emosional mengatasi kewarasan berfikir.Itu yang membalut sikap melampau(ms 35)
"jika kamu menolong Allah,ALlah pasti akan menolong kamu"-Surah Muhammad:7(ms 44)
Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat-surah Asy-Syu'ara' :214(ms 77)
Medan itu masih belum berhenti liku(ms 88-93)-Kisah yang hampir serupa dengan kehidupan saya.Tak dinafikan saya agak cemburu dengan kawan2 yang sudah graduasi, yang sudah berkahwin, belajar diluar negara dengan kos2 yang hebat sebaliknya saya masih disini meneruskan perngajian saya.Namun kini ia bukan menjadi penghalang bagi saya kerana yakin Allah sudah janjikan kebaikan dan kebahagiaan di hari kemudian kelak untuk saya.InsyaAllah :)
Bukanlah dikatakan kaya itu sebagai banyak harta.Akan tetapi kekayaan sebenar itu adalah kekayaan jiwa(riwayat bukhari,6446)(ms 102)
Hijau tiga kelopak daun dan bunga:(ms 106) satu kelopak usaha, satu kelopak sabar, dan satu kelopak syukur.
"people don't care how much you know until they know how much you care"-John c maxwell(ms 137)
"seek first to understand, then to be understood"(ms 138)
Jangan ucapkan "selamat tinggal", Bahkan ucaplah "hingga kita bertemu lagi", Seandainya tidak di bumi Tuhan< Mudah-mudahan disyurga-Nya nanti.Amin(ms 138)
Belajar bahasa sebagi mengisi KEPERLUAN HIDUP,digunakan untuk permulaan, belajar bahasa sebagai mengisi TUJUAN HIDUP, itulah yang dipegang sepanjang perjalanan.(ms 148)
Bertanding,jangan dengan orang lain, bertanding,biar dengan diri sendiri, Bahasa membentuk sikap, Sikap membentuk bahasa(ms 148)
Sesungguhnya serigala hanya membaham kambing yang memencilkan dirinya daripada kumpulan yang besar(ms 158)
Mencari TIGA PERKARA kemana sahaja pergi:JEMAAH, ORANG RAMAI ,MASJID(MS 158)
lagi kuat seseorang itu beragama,lagi kuat dorongannya untuk bersosial(ms 159)
Hadis daripada Ib n Umar r.a menyebut,"seorang Mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar diatas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu,adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bercampur-gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu,(Riwayat Tirmizi dan Majah)(ms 159)
sesungguhnya syaitan itu ialah serigala bagi manusia seperti serigala terhadap kambing.Ia menyerang kambing yang jauh dan memencilkan diri.Maka hindarkanlah dirimu daripada pecah-belah dan hendaklah kamu berjemaah bersama orang ramai dan melazimkan diri dengan masjid(ms 161)
bak kata pepatah arab,wa maa faaata faat, wa man maata maat Tatkala hati gelisah, terimalah ia sebagai pemberitahuan hati bahawa dia memanggil tuannya kembali ke asal.Kepada Allah(ms 168)-sangat2 terasa dengan 'episod' ini.Kadang2 kita semakin menjauhkan diri daripdanya dan mencari perkara lain untuk menenangkan hati kita T.T
Hidupyang hanya memikirkan kecantikan diri,adalah falsafah hidup burung merak.Cantiknya leih, manfaatnya tidak setara.Daging tidak di makan, burung lain enggan berkawan.terbang tak setinggi mana,lagaknya mendabik dada.Merak hanya ada kecantikan yang dimodal untuk dibanggakan..jika harga diri merak adalah pada cantiknya semata, apakah harga diri seorang insan juga bergantung kepada paras rupanya?insan lebih mulia daripada itu(ms 184)
Begin with the end of mind(ms 188)
daripada an-nawwas bin sam'aan r.a Nabi saw bersabda:kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak.Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya(riwayat Muslim)(ms 200)
said Hawwa didalam risalah Maulid dalam kitab Kay Laa namdhee Ba'eedan 'an ihtiyaajaat al-'asr berpesan,"biarpun maulid tidak disambut pada zaman nabi atas sebab yang makruf, ia tidak seharusnya menjadi alasan untuk tarikh yang difahami sebagai maulidur rasul itu dibiarkan begitu sahaja.(ms 217) kalau sesuatu yang mahu kita lakukan itu mendatangkan resah kepada diri, dan kalau boleh jangan ada sesiapa pun yang tahu,InsyaAllah ,DOSA jualah nama perbuatan itu.
Menyingkap perjalanan yang penuh dugaan tetapi kaya dengan ibrah sepanjang kelana Ustaz Hasrizal di bumi Ireland. Travelog kali ini sebahagian besarnya berlatarkan Belfast tempat beliau bertugas sebagai imam masjid Ireland Utara dan pengetua sekolah.
Pahit manis pengalaman beliau menguruskan komuniti Muslim Belfast bermula daripada mempermudahkan pengislaman masyarakat tempatan, berhadapan dengan kecelaruan mengenai pelbagai isu agama dek pluraliti masyarakat, usaha menjaga hubungan baik dengan golongan majoriti Katolik dan Protestan dan juga ketidakselesaan golongan veteran dengan pelantikan beliau sebagai pemimpin. Saya cukup tertarik dengan pendirian tegas beliau mengenai penikahan antara muslim dengan ahli kitab yang masih berlaku pada tahun 90-an apabila menolak jemputan untuk 'memberi keberkatan' perkahwinan seorang wanita muslim dengan pemuda yang dianggap sebagai ahli kitab.
Ustaz Hasrizal sempat bermastautin di bandar bersih Galway sebelum catatan beliau di pulau Shamrock ini berakhir di bandar Naas. Turut dimuatkan, ujian beliau dipenjara kerana tamat visa perjalanan, 8 tahun yang mencabar demi menamatkan pengajian sarjana muda serta kesetiaan Kak Muna isteri beliau dalam keadaan suaminya hampir berputus asa.
Saya kira buku ini bukan mudah ditulis kerana menyerlahkan sisi lemah beliau tetapi terbayar dengan kepuasan dengan mengusaikan bacaan dengan rasa bahagia dan penuh dengan pengajaran dalam mengenal siapa itu manusia.
Manusia yang tidak berani mati untuk sesuatu, tidak layak untuk apa-apa. Dengan membaca buku ni, saya mencari tahu negara Ireland Utara dan Republic of Ireland, katolik dan protestan. Benarlah siapa yang kata buku adalah jendela dunia.
Entah kenapa buku ini gagal menyentuh hati saya sebagai mana Travelog Tarbiah: Rindu Bau Pohon Tin dan Secangkir Teh Pengubat Letih. Padahal saya benar-benar teruja apabila buku ini keluar dan sanggup tawaf seluruh Popular BP Mall mencari buku ini (tersorok sikit letaknya, haram mata rabun ni tak nampak). Dan kali ini saya rasakan bukan kerana saya terlebih ekspetasi seperti mana sesetengah buku yang indah khabar dari rupa.
Mungkin separuh pertama buku ini agak menekan emosi saya? Kisah payah jerih kehidupan Ustaz Hasrizal yang digantung biasiswaynya, perjalan mencari destinasi kehidupan seterusnya sambil berkerja sambilan mencuci pinggan di London, dimasukkan ke penjara kerana visa mati, adalah yang paling memberi kesan kepada saya. Saya sendiri waktu itu masih bergelut dengan ujian kehidupan saya sendiri maka saya membaca buku ini dengan harapan ada sedikit nasihat yang dapat menyuntik kesabaran dalam jiwa saya, tapi sebaliknya saya menjadi semakin tertekan. Tidak, tidak seperti pengalam membaca 'Pohon Tin' dan 'Secangkir Teh' yang juga mengisahkan putaran roda kehidupan tapi berjaya membuat hati saya jadi lunak.
Tapi anehnya separuh kedua buku inilah yang kurang memikat hati saya. Saya tahu isi buku ini diambil dari blog Ustaz Hasrizal tapi naratifnya terlalu putus-putus dan tidak kemas, lantas membuat keliru. Eh, yang ni berlaku masa bila? Heh, bila masanya Ustaz pindah dari A ke B? Dua bulan selepas membaca buku ini, saya sudah lupa banyak isinya.
Entahlah. Mungkin sebab buku ini tidak banyak tentang sejarah, tak seperti travelog sebelum ini. Serasa Ustaz tidak berminat mana dengan latar belakang negara orang putih sebab mereka bukan negara Islam. Dan kualiti edit masih kurang memuaskan. Sila tingkatkan ya, para editor.
Bismillah. Memang sangat-sangat ternantikan setiap buku Ustaz Hasrizal. Menepati cita rasa yang sukakan ibrah, dan selalu tidak menghampakan diri ini. Episod kali ini, berkisarkan kembara ustaz di UK dan Ireland.
Travelog Ustaz kali ini bagi saya, agak ‘strong’ dan penuh liku sebagai seorang pelajar, tunang, suami juga sebagai seorang imam! Agak mengejutkan juga ikon yang saya suka tulisan nya selama ini, rupanya mempunyai sejarah hidup yang amat-amat memberi pengajaran yang besar kepada diri nya.
Baru baca 1/3 daripada buku, sudah terdiam dan meremang buku roma apabila sampai ke bahagian ditangkap dan masuk penjara kerana visa yang telah tamat tempoh. Allah!
Kali kedua terkesima membaca tulisan ustaz pula, apabila bahagian ustaz meminta untuk putus tunang dengan Kak Muna, dek kerana masalah kewangan itu dan tulisan tergantung di situ. Agak mengejutkan bagi saya, kerana tidak menyangkakan nya, dan ustaz mengolah situasi tersebut dengan sangat baik apabila menyambung tulisan tersebut melalui penulisan Kak Muna dan perspektif nya daripada belah ‘sana’.
Saya ucapkan tahniah kepada ustaz, kerana ustaz membuktikan dalam setiap kejayaan, ada perit dan duka di sebaliknya. Allah memberi pelajaran kepada kita melalui pelbagai pengalaman, semua nya hanya untuk mendekatkan kita kepada Dia.
Masya Allah.
Daripada segi penulisan buku ini pula, bagi saya, travelog kali ini saya agak berasa dekat di hati, mungkin kerana point ustaz banyak apply kepada saya yang belajar di UK juga. Setakat ini, travelog ini merupakan yang terbaik antara semua koleksi travelog ustaz, dan insya Allah, saya menantikan untuk membaca buku Menalar Makna Diri pula, (tetapi kena tunggu bulan September nanti, sebab buku tersebut tertinggal di Nottingham haha)
Apa-apa pun, saya amat recomment buku ini kepada sesiapa yang bakal belajar di UK Ireland, mahupun tidak, kerana pengajaran di dalam nya amat lah mendalam dan penuh berisi, tanpa mengecewakan sanubari ini.
:)
Mungkin ini buku pertama saya baca yang saya bagi 5/5 bintang!
Saya kini mencari (kalau dapat buku preloved pun okay) 3 buku travelog Ustaz Hasrizal Abdul Jamil iaitu Secangkir Teh Pengubat Letih, Rindu Bau Pohon Tin dan Menalar makna diri: kembara menjejak Imam Birgivi. Saya amat terbuka hati untuk membaca lagi perkongsian kembara tarbiyah Ustaz Abu Saif.
Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu adalah buku pertama oleh Tuan Hasrizal Abdul Jamil atau Abu Saif yang saya baca dari helaian muqaddimah sehingga helaian akhir.
Saya baca dengan scepticism yang tinggi. Namun, saya kuatkan semangat untuk baca. Maka saya baca. Entah mengapa, sebelum membaca, saya tidak fikir akan berpuas hati membaca, akan jatuh terkesan dengan kisah pengembaraan belajar , bekerja, dipenjarakan, di herdik, diuji kesabaran oleh pegawai kerajaan Malaysia yang ego besar lagak kononnya atas dasar diplomat, buruk perangai (yang ini saya sungguh-sungguh dapat kongsi kemarahan Ustaz), perkongsian pengalaman pahit dan manis sebagai imam sepenuh masa di Belfast Islamic Centre dan pengetua Sunday School, dakwah secara langsung dan tidak langsung kepada masyarakat sekitar pusat kembara beliau yang dikongsikan. Saya silap. Buku Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu amat recommended.
subhanallah.subhanallah.subhanallah.benarlah kata orang kita pada hari ini adalah adunan kepada hidup kita yang lalu.masa sedih,gembira,gagal,berjaya,senang,susah menjadikan kita manusia pada hari ini. hati saya banyak terusik dgn buku ni.mula dari beliau digantung biasiswa,ditahan di penjara,menjadi imam di belfast sehingga mengislamkan ramai orang( termasuk michael jackson),dan kepada susah senang hidup beliau di negeri orang.
mungkin saya adalah orang yg jenis suka membaca pengalaman,cerita2 orang utk dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian sehinggakan saya xboleh nak berhenti dari baca buku ni.membaca buku ini diibaratkan seperti saya membaca kisah2 sejarah islam.terlalu asyik dan seronok.saya dapat rasakan keikhlasan ustaz hasrizal menulis buku ini bukan dgn sekadar utk bercerita ttg pengalaman beliau sepanjang di negara orang tetapi ada benda tersirat di sebalik itu.ini adalah terpulang kepada tafsiran setiap pembaca.yang penting,saya sudah dapat apa yg cuba disampaikan oleh ustaz hasrizal.
Buku yang bagi saya paling menarik dari ustaz Hasrizal, sebelum ini ustaz mengangkat tema cinta( yang mana satu pun aku tak baca kerana kurang minat) , kali ini dalam Di Hamparan Shamrock ustaz mengangkat tema cinta juga, tapi cinta yang lebih luas. Aku jatuh cinta pandang pertama pada buku ini. Persembahan yang menarik, gaya cerita yang jujur dan pastinya pengalaman ustaz yang tak dapat dilupakan, tahniah! :)
Favourite emotional part ; when the writer was struggling to attend the hafazan in order to complete the degree. Perjalanan beliau beronak duri and at the end, the moment he succeeded : it brought me to tears.
Buku ini menawarkan pengalaman berbeza jika dibandingkan dengan dua buku travelog penulis sebelum ini iaitu Rindu Bau Pohon Tin dan Secangkir Teh Pengubat Letih kerana ia bercerita tentang ‘sisi lain’ penulis.
Banyak orang beranggapan hidup penulis ini lancar sepanjang masa. Makanya penulis bercerita tentang pelbagai pengalaman mencabar termasuk pernah dipenjarakan satu ketika dulu, digantung biasiswa, bergraduasi yang sepatutnya hanya mengambil masa lebih kurang empat tahun, ‘terpaksa’ memanjangkan tempoh pengajian sehingga lapan tahun, dan macam-macam lagi ujian yang lain.
Beberapa saudara baru kembali kepada fitrah dengan mengucapkan kalimah syahadah di hadapan penulis sepanjang beliau berperanan sebagai Minister of Religion di Belfast. Subhanallah, betapa hikmahnya cara berdakwah di sana. Tambahan pula, beliau dilantik memegang jawatan itu ketika tragedi 11 September baru saja berlaku. Bayangkan bagaimana penulis bersama komuniti Muslim berhadapan dengan keadaan yang sentiasa menjadi sasaran. Masjid dibaling batu, disoal siasat polis, perlukan kepada kawalan polis sepanjang solat Jumaat.
Namun, manusia merancang, Allah juga merancang, Dia jualah sebaik-baik perancang. Sikap kritis mereka di sana menyebabkan ramai dari kalangan mereka cuba mengenali Islam dengan lebih dekat seterusnya memeluk Islam.
Masuk pula kepada isu kepelbagaian mazhab yang wujud dalam Islam. Di sini, penulis menawarkan solusi kepada kemelut salaf vs khalaf, syiah vs sunni dan banyak lagi konflik yang berlaku hanya disebabkan metodologi memahami agama itu berbeza. Solusinya sudah tentu amat berbeza dengan apa yang berlaku di Malaysia yang penuh prejudis, sangka buruk, maki hamun dan sebagainya.
Dapatlah pick up a habit or two melalui pembacaan buku ini. Up next, Maa Oon Rizal pula. Kali ini, pengalaman hidup penulis di Finland pula.
Ada review di Goodreads juga yang mencadangkan untuk baca lagi 2 buku travelog Ust sebelum baca yang ini. Tapi apa yg buat saya menarik untuk terus baca buku inilah bila kawan saya cakap, "Buku ini ada cerita pasal dia masuk penjara". Terkejut. Tak sangka sebenarnya. Maka saya pun belilah untuk baca.
Ternyata perasaan membaca buku ini macam baca novel pun ada jugak. Penuh emosi. Lagi-lagi bab yang cerita ujian-ujian yg Ust Hasrizal lalui sampailah ke penjara. Saya jarang nangis baca buku. Tapi termenangis pulak haha.
Saya boleh katakan separuh dari kisah dalam buku ini berkisar pengalaman-pengalaman pahit Ust di perantauan, dan sebahagian lagi pengalaman Ust menjadi imam di Belfast yang penuh pengajaran yg kita ambil (seperti biasa tulisan Ust Hasrizal jarang mengecewakan).
Seawal muqadimah, saya sangat tersentuh dengan ungkapan penulis - Di Hamparan Shamrock memanifestasikan usaha beliau untuk jujur kepada diri sendiri,demi sebuah kedamaian. Bahawa beliau sama seperti manusia lain, tidak terlepas daripada peraturan sebuah kehidupan.
Buku yg saya peluk erat selepas membacanya. Terima kasih Ust Hasrizal🤧
Buku hasil tulisan penulis tidak pernah mengecewakan saya. Sejak buku pertama beliau yang saya baca, secangkir teh pengubat letih, seperti sudah ada 'magnet' untuk saya mengikuti karya-karya beliau yang seterusnya.
Di hamparan shamrock mengangkat kisah pahit getir hidup penulis di jordan dan uk. Terlalu banyak ujian yang berjaya beliau harungi dengan penuh kesabaran. Terselit kata-kata nasihat disebalik segala ujian yang ditempuhi.
1001 kisah suka duka beliau di uk juga banyak menyedarkan saya akan komuniti islam di sana yang sangat jauh berbeza dgn kita di Malaysia. Ia membuatkan saya terfikir bahawa kita amat-amat bertuah dilahirkan sebagai Muslim di tanah Malaysia ini.