Kisah yg straight forward. Mudah dan senang difahami. Cuma feel nk rasa guling2 atas katil tu tak ada sbb cerita terlalu ringkas. Jd x sempat nak feel, tiba2 dah jumpa garisan penamat. Alangkah bagusnya kalau writter sudi untuk memanjangkan lg cerita dlm bentuk novel☺️ pleaseeeeeee
The Bachelor seakan sama dgn konsepnya dgn siri realiti yg popular suatu masa dahulu. Dan ya, siri itu hanya lakonan semata. Tak pernah saya nak percaya org mencari cinta dlm rancangan mcm ni. Bg saya mengarut!
Namun cinta Henry terhadap Renata rupanya sudah lama ada sejak pertama kali mereka bersua. Kerana ikatan yg mula akrab, Henry terlupa tentang Maisarah. Henry lupa utk menjelaskan perkara sebenar kpd Renata sehingga membawa salah faham dan rajuk setahun lamanya.
Walau melarikan diri selama setahun, akhirnya mereka ada juga happy ending. Tahniah Henry dan Renata❤️ Anda berhak bahagia dan tolong beritahu penulis supaya 'mendetailkan' lg kisah cinta anda berdua, ok?
renata hantar borang untuk sertai program 'the bachelor' demi mak long. watak ini digambarkan sangat sempoi tapi deep down boleh terasa yang dia ni penyayang. kalau tidak, masa kan dia ikut sahaja kehendak mak longnya walaupun ada sebab lain kenapa dia sanggup lakukan apa saja demi mak long. you'll find it in the story.
henry, anak kepada pengasas syarikat milk fresh yang menjadi rebutan para gadis yang sertai program itu. tapi dia tertumpu pada seorang, renata. selain dari alasan renata sertai program itu - 'mak long yang suruh', mata henry nampak kelebihan yang ada pada gadis cantik itu.
marketing strategy - tak perlu ada gadis yang jadi pilihan henry dalam program tersebut. so, untuk apa program itu sebenarnya? haa...
suka dengan gaya minima puan penulis Zati Mohd Author dalam karya ini. tak beri semua, tapi yang ada diberi nafas ceria untuk dibaca. tambah pula banyak isu semasa yang diselit sama. itu yang menjadi karya ini simple, yet sangat sedap dibaca.
apa jadi seterusnya? eh? mestilah ada ending yang sempurna.
macam kehidupan realitinya. hasil perlu ada. usaha selagi daya. jangan putus asa.
cinta juga begitu. walau baru semai, bibit yang tumbuh perlu dijaga dan dibaja.
agar hasilnya mampu menyemarakkan bahagia di jiwa.
Saya suka. Sebuah ebook yang santai dan tak beratkan kepala. Cuma tarik satu bintang sebab agak tergesa² penceritaannya. Kalau slowkan sikit dan kembangkan lagi, maybe lagi best. Ni pendapat saya saja. Btw, tahniah author😍