Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dirgahayu

Rate this book
Surat berantai yang disebarkan melalui Whatsapp itu kalau disebarkan kepada 77 orang dalam masa sehari, maka kisah-kisah dongeng, fantasi, dan berhantu itu akan menjadi realiti. Dalang disebalik permainan tersebut hanya menggelar dirinya sebagai Si Luncai.

Setiap waktu, ada sahaja benda yang tidak wujud yang disebarkannya, yang kemudian tersebar ke orang lain menjadi realiti. Tiada siapa yang tahu identiti sebenar Si Luncai, tidak juga yang tahu apa motif dan bagaimana dia melakukannya.

Mayat yang sudah mati bangkit dari kubur, hantu laut yang mampu menunaikan permintaan berkaitan apa sahaja, kem perang menakutkan sehinggalah ke muzium kapal Titanic terbesar di dunia yang memakan nyawa.

Semuanya angkara Si Luncai. Salah seorang mangsa ialah Shahmil dan sahabat-sahabatnya secara tidak sengaja terheret dalam permainan Si Luncai. Situasi memaksa mereka mencari Si Luncai, menghentikan segala tindak-tanduknya atau nanti Dirgahayu yang benar-benar terkesan dengan permainan surat rantai Si Luncai itu hancur!

362 pages, Paperback

First published August 1, 2020

6 people are currently reading
48 people want to read

About the author

Helmi Effendy

25 books172 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
34 (28%)
4 stars
38 (31%)
3 stars
33 (27%)
2 stars
12 (9%)
1 star
4 (3%)
Displaying 1 - 30 of 41 reviews
Profile Image for ⠀.
119 reviews35 followers
May 26, 2021
Mula saja cerita dah banyak watak keluar. Semua berebut nak bercakap dan nak melalak. Serabut rasa. Pembinaan watak kosong. Dah nak dekat habis cerita barulah ada penjelasan panjang lebar sejarah dan latar belakang sesuatu watak tu untuk cover balik kelompongan pembinaan watak. Dan mungkin nak menyelam sambil minum air dan tercekik batu karang dijadikan sekali sebagai pendedahan besar dan mengejutkan. Tapi takde rasa terkejut pun baca. Rasa penat adalah. Watak-wataknya semua terlalu dramatik tapi perkara yang didramakan dilupakan macam tu je lepas sedas dua syarahan diberikan.

Jalan cerita pun lemah strukturnya. Bagaikan tidak dirancang dengan baik, sebaliknya direka satu per satu selepas plot sebelumnya dah kehabisan idea untuk dipanjangkan dan dileretkan. Mula-mula rasa macam tengok rancangan Explorace, lepas tu jadi macam campur filem Saw sikit, lepas tu jadi Sundel Bolong kejap dan tiba-tiba cerita pasal pengembaraan masa pula. Peralihan dari satu plot ke satu plot yang lain tak kemas dan kukuh. Oh, ya. Cakap pasal tiba-tiba ni, banyak betul perkara yang jadi secara tiba-tiba atau kebetulan dalam buku ni. Contohnya, tiba-tiba pergi konsert. Tiba-tiba ada watak baru. Kebetulan pula jumpa kat pantai. Tiba-tiba dah join kumpulan Explorace. Unsur misteri dan saspens dalam buku ni pun kosong. Hantu, jembalang, jelmaan dan apa benda entah semua dalam buku ni juga amatlah bertimbangrasa. Siap jadi pekerja khidmat pelanggan. Kalau tak tahu apa-apa, tanya je dan nanti akan dijelaskan panjang lebar.

Apa benda entah. Penat baca. Entah berapa hari entah hilang sebab degil sangat nak habiskan buku ni. Tetapi mungkin ada kebaikannya. Sekurang-kurangnya lepas ni tak payah sentuh buku ni lagi.
Profile Image for amal_is_reading.
108 reviews68 followers
July 28, 2022
Ni adalah pandangan aku secara peribadi.

Bagi aku, buku ni interesting enough to keep me reading atas dasar aku cuma curious nak tau ending je. Ada twists and turns yang menjadi tapi lebih banyak yang buat aku rasa macam “eh tiber.”

Terlalu banyak plot convenience dan terlalu banyak kebetulan yang membuatkan aku rasa macam agak anticlimactic. Susunan plot yang agak terburu-buru pun buat aku penat nak hadap dari satu kejadian ke satu kejadian yang lain.

Perkembangan watak kurang membuatkan sukar untuk aku simpati pada mana-mana watak sehingga ke akhir. Not to mention semua watak ‘suara’ nya sama yang ada masa buatkan aku keliru siapa yang tengah bercakap sebenarnya ni?

Ada dua scenes dalam buku ni yang mana penulis letak nama sendiri sebagai ‘penulis novel terkenal’ yang bagi aku agak cringe. Benda kecil je ni but still, cringe bagi aku. Dan aku tak senang dengan ‘vibe’ toxic masculinity dalam buku ni. Bila watak lelaki buat something yang dirasakan not manly enough, ada je watak yang buat lawak gay. Kalau sorang je watak macam tu, aku boleh lah katakan mungkin memang wataknya ditulis begitu. Tapi hampir semua watak macam tu. Tak perlu kot.

Jadi secara peribadi, buku ni nak buat bacaan santai, taknak fikir mendalam, just accept it at face value boleh lah. Aku mungkin takkan baca semula.
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
December 5, 2020
I EXPLAINED IN DETAIL HERE (KLIK!) >> REVIEW PENUH DIRGAHAYU [review ini cuma pendapat peribadi. I understand why the author did what he did.]

Plot menarik bila dah start pick up. Saya cuma harap lebih penekanan kepada perkembangan watak dan emosi. It's just because I'm an empathic reader. ;)

Terima kasih untuk buku ni! Interesting concept. Tak sabar nak kumpul buku-buku Mahakarya!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
May 29, 2020
Kisah mesej berantai yang menjadi kenyataan.. Si Luncai yang muncul tiba-tiba dan melakukan rantaian mesej yang menjadi kenyataan dan meninbulkan huru hara.. Namun hanya mereja berlapan sahaja yang terus kekal mengingat apa yang berlaku.. Bila kebenaran mengenai pelakunya terbongkar, memang mengejutkan..
Profile Image for Nadiah Razali.
135 reviews56 followers
March 5, 2021
Dirgahayu, Misteri si Luncai yang asyik melibatkan 8 watak.

Plot nya tidak seram, tapi banyak babak2 cemas. Sampai pada pertengahan buku, aku terasa agak bosan. Sebab terasa banyak sangat benda berlaku.

Dan ada a few plot yang tak berapa fully developed.

Tapi ending nya aku tak sangka. A bit bittersweet.
Profile Image for Little Meow.
9 reviews1 follower
August 7, 2021
Mungkin ada sedikit spoiler di sini
***
Cerita yang menarik. Surat berantai yang dihantar kepada 77 orang akan jadi realiti. Cuma daripada awal tu nampaklah ada benda tak kena pada shiela. Nak kata seram, cerita tak seram. Thriller, yes. Misteri pun yes.

Kalau tanya personal favourite scene, mestilah di muzium titanic. Mungkin dekat situ baru dapat tahu apa yang terjadi dan siapa si luncai segalanya.

Ending cerita ni, for me a bit disappointed. Tak setuju dengan idea gila shahmil tapi nak buat macam mana. Cuma kesian pada amie. Tak pasal-pasal. Ending dia bittersweet tapi puas hatilah. Rasa memang layak untuk shahmil.

Overall plot bagi aku okey saja. Boleh layan lagi dari awal sampai habis. Cuma pelik dengan watak Natasha. Kalau diikutkan pernah terikat dengan kongsi gelap, jadi bukan ke akan timbul dendam dan tak puas hati? Tapi tak apa, saya okey saja.

Buku yang senang nak hadam. Tapi tak boleh baca waktu stress sebab buku ni penuh dengan teka-teki. Hingga ke akhir barulah penjelasan diberikan. So yeah, nice story. Tahniah buat penulis!
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
473 reviews41 followers
December 24, 2022
Surat berantai yang disebarkan melalui WhatsApp jika sampai kepada 77 orang dikatakan bakal menjadi kenyataan.

8 sekawan terjebak di dalam kancah masalah surat berantai gara-gara menyelamatkan seorang kawan.

Pace cerita yang laju dan tak masuk akal hingga membuatkan rasa tak bosan membacanya. Rasa ingin tahu tu membuak-buak. Lepas ni apa yea. Penamatnya macam mana yea.

Konsep cerita yang menarik namun terlalu banyak dalam satu cerita. Macam too much information so jadi bertimbun-timbun.

Ada jumping scene yang macam rasa tak sambung. Macam eh tiba-tiba sampai sini. Eh tiba-tiba macam ni pulak.

Walaupun ramai yang mengatakan watak terlalu ramai hingga tak boleh fokus tapi bagi SH watak dalam naskah ni ada kepentingan dan kekuatannya sendiri.

Cerita tak rasa menyeramkan tapi lebih ngeri. Yelah ada scene bunuh membunuh parang berparang kot. Macam tengok cerita omputih yang bunuh-bunuh tu pulak.

Plot twist kurang menjadi. Di pertengahan cerita dah boleh agak dah siapa Si Luncai sebenarnya.

Ending dia pulak buat SH rasa eh macam tu pulak. Tapi overall SH masih enjoy. Mungkin SH orang yang suka cerita tak masuk akal yang ada bau-bau mistik macam tu.
Profile Image for Hannan.
40 reviews
January 5, 2021
3.8⭐️.
Aku nak bagi 4⭐️ tapi kurang 0.2 sebab bagi aku, cerita ni tak berjaya buat aku hook emotionally dgn storyline dan watak2.
Dia macam graf naik turun naik turun.Kejap buku ni buat aku excited, kejap dia buat aku rasa bosan. Bila aku alami benda ni, dia potong gak la mood aku. Ha macam tu perasan aku masa baca Dirgahayu ni. Tapi ending aku suka. Macam sorang reviewer tu cakap, bittersweet ending.
Profile Image for Nadhiah Aida.
513 reviews27 followers
August 22, 2020
Bittersweet ending ...
Jawapan ada part nak last ...
Tak tahu nak kata cerita ni seram ke tidak
Tapi ada banyak scene darah ...
Selebihnya. ... Dan evaluate sendiri
Selera pembaca tak sama ...
✌️
Profile Image for Zaid.
3 reviews
August 21, 2021
Baru habis baca malam semalam, serius simpati dengan si Shahmil. Identiti Si Luncai pun twist gila2. Persahabatan watak2 pun dikembangkan dengan baik sekali. Sampai aku takut kalau Safwan mati. HE memang berbakatlah. Cuma permulaan agak slow skit. "Kadangkala mati lebih baik" kalau baca kat muka depan saja taulah kita ni ayat penarik seram, tapi bila baca situasi dengan siapa yg menuturkan.. 😢 tak boleh move on lagi dengan novel ni sebab ending dia. Sesuai dengan rumah nama penerbitannya, karya ni memang mahakarya
Profile Image for Syu.
40 reviews
March 9, 2022
Secara keseluruhannya buku ini mempunyai jalan cerita dan idea yang menarik. Tetapi buku ini bukan citarasa saya.

Penulis kerap menggunakan perkataan yang berulang seperti perkataan 'kononnya'. Selain perkataan 'kononnya', penulis juga boleh menggunakan perkataan 'dikatakan'.

Selain itu, terdapat beberapa babak yang tidak sepadan antara satu sama lain serta terdapat beberapa kesalahan ejaan. Saya berharap, pada cetakan yang seterusnya dapat memperbaiki kesalahan ejaan yang ada.
Profile Image for Adlina G..
13 reviews
August 17, 2021
Pro:
• Cerita yang tak masuk akal dan tak membosankan.
• Semua watak dilayan adil dengan jumlah kemunculan semua hampir sama dan bergerak seiring (character development pun sama-sama).
• Laras bahasa yang mudah difahami

Cons:
• Beberapa kesalahan ejaan (kopkit, dirgahyu)
Profile Image for Nor Fatin.
22 reviews
November 6, 2021
bak kata reviewer lain ending dia bittersweet gituuu.
cinta tak semestinya memiliki.....
Profile Image for S.S..
284 reviews6 followers
May 31, 2021
Taknak ulang benda sama yang reviewer lain dah ulas, jadi kritik lain yang nak diketengahkan ni mainly berkait dengan aspek proofreading. Rasa boleh diperkemas lagi sebab:
– banyak sangat kesalahan ejaan (contoh: ms. 79 perfom (perform), ms. 80 tradermark (trademark) + dirgahyu (dirgahayu), ms. 121 penggembara (pengembara), ms. 123 degungan (dengungan), ms.127 mengosok (menggosok), ms. 128 hiung (hidung), ms. 136 menggengam (menggenggam) dan banyak lagi.
– Ada jugak ejaan 'kokpit' tak kurang dari dua kali dieja sebagai 'kopkit'. macam ????? jugaklah masa baca 😌
– Ejaan tak berapa konsisten. Kejap guna 'membontoti' (ms. 11), pastu tiba-tiba tukar ke 'membuntuti (ms. 17) pulak.
– Banyak jugak pengulangan perkataan dalam ayat yang sama, jadi ayat rasa lewah dan kekok (contoh: ms. 4 “dia memang tahu yang Aiman memang pelajar bermasalah”, ms. 128 “kelihatan ratusan obor api kelihatan...”) dan lain-lain.

Tu je kot yang masih segar dalam ingatan buat masa sekarang. Kesimpulannnya, idea dah menarik, tapi perlu digilapkan lagi cara penyampaian cerita, editing dsb. sebab setakat ni kekurangan masih sangat-sangat ketara.
Profile Image for Pink_femme.
47 reviews
October 10, 2022
Maaflah...jalab cerita terlampau lambat dan kurang klimaks...watak terlalu ramai sehingga mengelirukan pembacaan walaupun sudah fokus..Terima kasih sebab selitkan elemen-elemen ganas dan aksi...Mungkin peminat thriller seperti saya akan suka...Selebihnya banyak kekeliruan sehingga menjadikan saya banyak melangkau cerita dan reading slump...Apapun, tahniah dan teruskan usahamu,En.Helmi...
1 review
May 27, 2021
As fans of Helmi Effendy’s books, this novel is great for readers who want some mystery adventure experiences on any Malay novels. This author giving good storylines about the plot and development of each characters, making the characters lively as ever.

Good job, Helmi Effendy!
Profile Image for FARAH.
4 reviews
September 25, 2020
Starting cerita macam slow sikit tapi ending dia memang woww habis.
1 review1 follower
May 27, 2021
Plot twist cerita ni memang gila! Character development yang sangat power! Kena beli ni! Terbaik Helmi Effendy.
1 review
May 27, 2021
First time baca novel Melayu yang berani bawa genre thriller yang lain dari yang lain.
Profile Image for nurul aqilah.
12 reviews
March 7, 2022
hahah supposed to be a horror novel i guess tapi all the elements yang dimasukkan rasa kelakar and merepek... kalau baca 2/3 am pun tak goosebump, contoh hantu dia macam mayat hidup balik, askar tentera jepun, si tanggang lepastu tiba2 ada unsur titanic and main pusing2 masa so mcm ooookay. tapi sebab ending dia satisfying so kita bagi la bintang di situuuuu🤝🏻
Profile Image for Tsuki Shiro.
93 reviews34 followers
March 13, 2021
Dirgahayu. Plot dah menarik. Surat berantai yang jadi realliti. Tapi aku ambil masa agak lama untuk habiskan buku ni. Ada masa aku membebel sorang bila ada scene yang tak kena and ada ayat yang berterabur disebabkan typo printing or idk 🤣

And aku masih tertanya-tanya pasal Natasha. Kenapa dia cakap "hujan pun akhirnya" macam something wrong di situ.

Endingnya. Tak semua seperti yang kita inginkan. ⭐⭐⭐
30 reviews1 follower
August 21, 2021
Even orang kata buku ni banyak sangat character and tiada development yang baik, aku still suka buku ni sebab tak de description yang berlebihan sampai malas nak baca tu. Faham kan? Fast paced. Tak seram tapi tak senang duduk la. Ada je benda jadi. Ending yang sangat tiber. Do read this book and review it yourself.
Profile Image for Ammar Mustaqim.
2 reviews
June 11, 2022
Summary

The story revolves around a group of friends, Shamill, Shiela, Natasya, Amie, Safwan, Wafi and Neesa who had murder Aiman, who had tried to raped Shiela during a Merdeka festival. The group promises to keep the dark secret to their grave and never to speak of it again. But just right after the murder of Aiman, one of them got a random chain message, written by someone called Si Luncai. The chain message talks about how something unimaginable may become reality in Dirgahayu (their city) if it is shared to 77 people. Little did the group of friends realize, their lives in Dirgahayu will never be the same as they try to uncover the identity of Si Luncai who has had the power to not only raised the dead but also set mystical games that Shamill and his friends must overcome in order to survive.

Greetings Dirgahayu!!" - Si Luncai

Thoughts on the Story

I'd say the storytelling is quite interesting as it does take elements of Malaysia's folklores like Tanggang, Perempuan Kebaya Merah, etc and gave them their own origin story but with a twist to relate it to Dirgahayu. Early on, you can feel the suspense and tension between the group of friends as they are trying to cope with the guilt of murdering Aiman. However, the story soon become took a different pace. The story isn’t simply about murdering Aiman, it gets much deeper than that. Aiman's murder was simply the beginning of other creepy, bloodbath games that was set by Si Luncai to toy with Dirgahayu's citizen.

It feels like the book is consisting of 3-4 mini stories leading to a single conclusion where Shamill and the gang confront Si Luncai for who he or she is.

The ending/plot twist was kind of nice cause who Si Luncai was and the reason why all of this happened really threw me off-guard. The ending was a bit illogical not gonna lie as there were time travelling aspect in it (...like whatt??) but it was fine I guess; at least I can say it had a happy ending.

SPOILERS ALERT, it turns out that Shiela, Shamill’s girlfriend, identity was a major mystery and played a big part to all that is happening in Dirgahayu. Plot twist memang padu beb.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for kacamatadanbuku.
4 reviews1 follower
July 25, 2022
✨ #LakiKMDB

✨Dirgahayu oleh Helmi Effendy (18+, Supernatural)

✨Novel ini menceritakan Si Luncai menghantar satu mesej berantai di dalam Aplikasi Whatsapp,jika cukup 77 orang tersebar mesej berantai itu akan berlaku kejadian pelik di Dirgahayu.

✨Antara orang yang mendapat mesej berantai tersebut ialah Syamil,Shiela,Azam,Amie,Waqi,Safwan dan Natasha.Mereka bertujuh mahu mencari siapa disebalik ‘Si Luncai’ dan cuba menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh ‘Si Luncai’ tersebut.

✨Di dalam Novel ini juga terdapat 4 arc iaitu
👉Mayat bangkit dari kubur
👉Makhluk laut yang menunaikan permintaan
👉Kem tentera perang dunia kedua
👉Muzium Kapal Titanic

✨Ini adalah Novel pertama genre Supernatural dan juga buku pertama karya Helmi Effendy yang saya berjaya habiskan.

✨Pendapat saya, pada mula saya baca Novel ini saya menganggap yang watak Syamil ini pasti paling ‘berfungsi’ dari enam orang yang lain di dalam Group mereka sekadar sampingan semata-mata.Ternyata saya silap, di dalam novel ini penulis berjaya membuat semua orang berfungsi untuk menyelesaikan masalah yang ‘Si Luncai’ timbulkan di dalam Dirgahayu.
✨Seterusnya, saya suka penulis letakkan sekali sejarah mistik dan ilmu hitam luar negara sebab saya tidak tahu tentang ilmu mistik luar negara jadi kudos kepada penulis saya dapat juga ilmu sejarah ini.
✨Tambahan lagi, Di dalam novel ini ada kisah dongeng kita yang di fiksyenkan oleh penulis,saya suka kisah dongeng kita difiksyenkan kerana kisah yang sedia ada pada dahulu kala kita sudah mengetahui jalan ceritanya jadi bila difiksyenkan ia menjadi sesuatu idea yang fresh dan membuatkan saya tertanya bagaimana ending kisah dongeng di dalam Novel ini.
✨Akhir sekali,Plot twist yang penulis execute di dalam cerita ini sangat kemas dan membuat saya tertanya apa nasib kepada watak-watak tersebut, dan untuk Ending cerita ini apa saya boleh katakan tak semua akan suka ending cerita ini.
✨Bagi saya ending untuk novel bergenre seperti ini saya boleh terima sebab dia ditengah-tengah di antara Happy Ending dan Sad Ending, jadi ia bergantung kepada pembaca untuk menilai Endingnya macam mana.

#julyreading #lakiKMDB
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
February 28, 2022
Aku lemah betul kalau cerita tu wataknya terlalu ramai. Penulis sendiri pun ada terkeliru dengan nama-nama wataknya:
Ms.69
'Cukup untuk menghasilkan koyakan pada leher yang membuatkan Ieda makin banyak menderu keluar.' - Ieda atau darah?
Ms.70
'Sehinggalah pada satu masa, dengan satu tangan sahaja, hayunan golok itu disambut oleh tangan Shahmil.' - Tangan Shahmil atau Aiman?
Ms.206
'"Suruh Shahmil dengan Neesa tunggu sekejap. Aku nak pergi tengok Neesa!"' - Shahmil sedang dengan Natasha atau Neesa?

Pembawaan plot dah nice, tapi terlalu banyak cerita. Banyak sangat benda berlaku dalam satu buku yang sama. Ada juga yang berlaku dan muncul secara tiba-tiba. Temanya pula tidak tetap - sekejap itu sekejap ini. Walau bagaimanapun, idea penulis yang pelbagai itu membantu aku untuk beri bintang lebih. Cuma twist yang penulis sertakan, tidak sampai bagi aku. Antagonis yang sebenarnya buat semua itu sampai makan diri sendiri.

Kesalahan ejaan juga berulang kali muncul - sungguh menganggu pembacaan aku.
Ms.104
'..masing-mas-ning..'
Ms.183
'..kalau tak slap kerja rumah..'
Ms.189
'Mara pedang lembaga..'
Ms.225
'Barangkali kepala-kelapa..'
Ms.254
'..worst case skenario..'
Ms.278
Dirghayu

Penekanan tentang jenis kenderaan yang digunakan oleh salah seorang dari mereka juga kerap sangat diulang-ulang. 'Toyota Avanza milik Azam.' dan 'Toyota Avanza'

Di Ms.24 & Ms.30 ada sebut tentang '..kepala yang berputar 360 darjah..' ini cukup mengelirukan aku. 360 darjah itu letaknya ditempat yang sama sebab ianya dikira sebagai satu bulatan lengkap.

Harapnya untuk cetakan seterusnya, pihak penulis dan penerbit membuat semakan terlebih dahulu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Haliza Mohd Dan.
15 reviews1 follower
January 16, 2025
Disebuah negeri bernama Dirgahayu, suatu malam sambutan kemerdekaan...

8 orang tanpa sengaja berkomplot membunuh seorang remaja bernama Aiman. Mereka memutuskan untuk tidak melaporkan kepada pihak polis & menghapuskan segala bukti yang ada - dan meneruskan kehidupan seperti tiada apa2 yg berlaku...

Namun kehadiran surat berantai yang disebarkan melalui whatsapp dr seseorang bernama Si Luncai " sebarkan kepada 77 orang, maka segala kisah dongeng akan menjadi realiti" mula menghantui hidup penduduk Dirgahayu.

8 orang yang terlibat dlm pembunuhan remaja itu mula dihantui. Yang nyata mereka mula terjebak dlm permainan Si Luncai. Harus bersatu & memenangi setiap permainan yang ditetapkan supaya mereka boleh terus "move on".

Akhirnya mereka sedar - bukan Dirgahayu yang diancam. Tetapi mereka berlapan. Kenapa?... Identiti Si Luncai harus didedahkan untuk mencari motifnya...

Lalu, 8 sahabat ini merangka satu permainan berantai untuk mengorek rahsia Si Luncai, menghentikannya atau kehidupan mereka & Dirgahayu akan terus terkesan dan hancur.

#peningbacanovelni
#plottwistgilagila
Profile Image for cempakadahlia _.
41 reviews
October 20, 2023
tiba2 teringat pasal.awal whatpp baru masuk malaysia yang ada guna text berantai this thing mengamit memori betul ada je benda yang tak betul nak di sebabrkan .
tapi berlainan pulak kisah dalam buku ni menyebarkan dan menjadikan benda itu reality walau sanggup membunuh.

mayat hidup
titanic makan nyawa orang
samapi lah kene lawan dengan mahluk yang tidak nampak dek mata kasar.

siapa si luncai ?
kenapa dia ingin balas dendam.
percintaan 2 duani berbeza adalah haram dan dilakhnat tuhan.

banyak character kene hafal and jaklan cerita ok just dah nak hujung tu macam spoile sikit sebab macam nak habiskan cepat,
tapikan yang berguna dalam buku ni just 2 orang saje. yang lain tu macam pak pacak yang bagi masalah pada orang lain.

semua dalam buku ni memabtu antara satu sama dengan lain.
mencari kebenaran yang tersimpan rapi siapa sangka orang yang paling kite percaya rupanya dia lah yang khianat kita.
sikap masing2 yang ingin mencari kebenaran tapi membuat perkara yang salah adalah tidak betul.
Profile Image for Maisarah 莎拉 ساره 사라.
71 reviews
July 8, 2024
MANTAP!!!!

mula-mula aku rasa turn off sikit sebab banyak sangat watak keluar. Aku pening siapa is siapa, apa is apa. But after few chapters aku suka the storyline and it flow smoothly! Honestly after 3/4 chapter baru aku dapat tangkap siapa is siapa, yg depan2 tu aku main redah je baca

Mungkin ada orang cakap too much story that the author want to tell tapi aku rasa ok je, dan benda tu yg buatkan cerita ni laju dan thrill bagi aku

Cuma aku tak faham dan tak puas hati sebab aku rasa Natasha macam fishy, kenapa dia tersenyum bila hujan after diorang tanam mayat Aiman???? Sebab bukti senang hapus sbb hujan ke cane

Pastuuuuu aku lebih suka ending before 'tht person change the storyline' sebab aku rasa persahabatan diorang yg terjalin sebab susah senang bersama tu yg lagi kuat. Bagi aku la. Rasa nak lepuk juga shamil tu sebab tak move on

Sekian
Not bad gak ek HE ni, onw to find his other book!!!
Profile Image for Kai Tungkai.
24 reviews1 follower
June 6, 2023
Hanya baca separuh novel aje sebab semakin merapu dan takde value untuk proceed.

Awal cerita disajikan dengan pelbagai watak masing2 cuba untuk jadi dominan. Jalan cerita agak kalut dan berterabur tanpa fokus pada permasalahan utama. Ni dah masuk zombie, Si Tanggang, Titanic.. Nak bunuh orang seolah2 macam makan nasi..?? Pemenda ni??

Konsepnya ko nak pegi kerja. Sementara nak pegi tu ko jatuh longkang, pastu nak patah balik tukar baju. Tiba2 kena kejar anjing. Pastu sampai rumah kunci hilang bla bla...Cerita sebenarnya ko lambat masuk office aje. Yg lain2 tu hanya drama yg tak penting pun..🙄🙄
Profile Image for Nabila Zakaria.
43 reviews
September 22, 2025
Bittersweet ending. Permulaan cerita mendatar. Tak ada perkembangan tiap watak. Tau tau start terus cerita macam tak ada pengenalan. Ada banyak loophole. Anticlimax.

Penat nak habiskan. Skip 1 ms bermula lepas part museum titanic. Tiba tiba zombie lepastu pontianak.

Scene balik ke masa lepas tak sepatutnya ada. Banyak benda berubah lepas tu yang buat aku macam hm okay.

Part aku rasa pelik adalah bila, penulis masukkan diri dia (nama) yang dia adalah penulis terkenal. Ada dua babak in
total satu lagi tak ingat babak mana. Tapi cringe.

Takkan repeat dah. Nak cuba buku lain dari penulis ni pun dah takut sebab macam membazir masa and tenaga.

Suka watak Shahmil, Safwan & Amie.
Displaying 1 - 30 of 41 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.