Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nabi Adam 'Alaihissalam: Keampunan Allah Ada Untuk Kita Yang Mencari

Rate this book
Nabi Adam AS pernah tergelincir melakukan kesilapan kepada Allah SWT. Apatah lagi kita sebagai manusia biasa tentulah tidak terlepas daripada melakukannya.

Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan membuatkan kita rasa tiada lagi harapan untuk beroleh keampunan Allah SWT.

Akhirnya, kita simpulkan bahawa berputus asa itulah satu-satunya jalan yang ada.

Hakikatnya, keampunan Allah SWT yang ada buat kita, jauh lebih besar berbanding kemurkaan-Nya. Rahmat Allah SWT sentiasa ada dan terbuka untuk kita kembali kepada-Nya.

Melalui buku ini, Ustaz Azlan Shah menampilkan kisah dan peribadi Nabi Adam AS yang wajar kita contohi. Seorang insan yang melakukan kesilapan, lalu memilih untuk kembali kepada-Nya, lantas dianugerahkan keampunan Ilahi.

193 pages

Published May 15, 2020

5 people are currently reading
47 people want to read

About the author

Azlan Shah Nabees Khan

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
48 (64%)
4 stars
22 (29%)
3 stars
3 (4%)
2 stars
1 (1%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for sajida.
85 reviews4 followers
August 15, 2020
Sebenarnya, buku pun boleh buat kita bahagia kan? Itulah yang saya rasa lepas habis baca buku Nabi Adam ni. MashaAllah tak tahu nak gambarkan macam mana bersyukurnya ditemukan dengan buku ni. Perasaannya seolah menemui sebahagian diri yang selama ini hilang.

Kenapa saya cakap macam tu? Sebab, buku ni tentang bapa saya, dan bapa kita semua. Membaca tentangnya bermakna membaca tentang asal usul kita. Bayangkan kita baca buku tentang cerita moyang kita, mesti rasa terkesan kan. Apalagi kisah nabi Adam adalah kisah pertama disebut dalam Alquran.

Satu konsep penting tentang Alquran ni ialah; setiap yang Allah ceritakan, ada kepentingannya kepada kita. Ada hidayah dan pengajaran buat kita, tak kira pada zaman mana sekalipun kita hidup. Sebab tu bila kita baca kisah dalam Alquran, kita kena tanya diri kita, apa yang kita boleh praktik dalam hidup kita?

Seandainya kita tak mampu nak jawab soalan tu, pentingnya kita cari kuliah atau buku yang membicarakan dengan lebih terperinci berkaitan kisah dalam Alquran. Sayangnya kalau kita baca tapi tak amalkan. Dan sayang juga andai ayat tersebut ada dalam memori tetapi tiada pada perbuatan kita.

Sebab tu saya galakkan kita semua baca buku Nabi Adam ni. Dari buku ni kita akan faham bahawa kisah Nabi Adam bukanlah kisah kegagalan tetapi kisah yang memberi harapan, kisah besarnya pengampunan Tuhan, kisah yang membezakan kita dan iblis, serta kisah yang membentangkan jalan untuk kita pulang ke Syurga.
Profile Image for Nur Izzati.
60 reviews1 follower
June 22, 2020
Tema utama yang buku ini sampaikan pada saya, bukan lah sahaja tentang keampunan yg Allah beri pada Nabi Adam. Tapi ia lebih kepada menceritakan "jalan cerita" tentang penciptaan Nabi Adam - dari sebelum Nabi Adam diciptakan, dengan apa baginda diciptakan, apa di sebalik makna sujud oleh malaikat, pengingkaran iblis terhadap arahan Allah, perjanjian iblis utk menyesatkan manusia dan sampai lah kepada kisah Nabi Adam turun ke syurga dan sedikit kisah Habil dan Qabil.

Mungkin rasa macam - kita dah tahu cerita ni,-tapi ceramah Ust Azlan tu ada berapa siri ntah dari sebelum penciptaan Nabi Adam, sampailah turun ke syurga. Itupun saya tak habis dengar lagi semua . Bila dengar ceramah, ust macam tulis balik apa yg ust sampaikan dalam ceramah, tapi sy tetap rasa puas untuk go through both, iaitu buku dan juga siri ceramah beliau.

Saya merasakan ust cerita dengan lebih detail "journey" penciptaan Nabi Adam tu dan ada banyak benda kita akan dapat tahu dengan membaca buku ini (+dengar ceramah). Antara part yg saya mind-blown, bila ust letak ayat2 Al Quran tentang "Tanah, Warna dan Tekstur" dalam bab penciptaan Nabi Adam, sampai saya belek kulit tangan saya 😂.

Banyaklah kalau nak diceritakan. Buku ini agak ringan dan senang nak hadam. Kalau rakan rakan nak kenal lebih dekat tentang bapa dan ibu kita yang pertama jemputlah beli buku ini di IMAN Shoppe 😄.
Profile Image for F. Hanim.
176 reviews
Read
August 8, 2020
I am one of the avid listener/follower of HijrahEd (Ustaz Azlan is the face of the educational organisation, boleh check FB page HijrahEd) jadi Alhamdulillah topik Nabi Adam terasa sangat familiar, macam baca text ceramah ustaz pun ada. 🤭

Can’t really say this is a great book, an easy read but more like a compilation of text but I believe Ustaz can do better for the next series of para Nabi. Bittaufiq wannajah!
Profile Image for Saidaaaa.
12 reviews1 follower
February 21, 2023
Sebuah bacaan yang ringan, mudah difahami tetapi isinya padat dengan segala hikmah. Cerita dari penciptaan Nabi Adam, sehingga Nabi Adam diturunkan bumi seterusnya cerita kewafatan Nabi Adam.

Bagi saya cerita penting dari buku ini adalah Allah Maha Pengampun. Cerita bagaimana untuk kita sebagai seorang hamba untuk bertaubat.

"Ada masalah besar jika hari ini kita lebih mengenal Allah SWT sebagai Tuhan yang garang, dan suka marah marah."

Satu petikan dari buku ini yang buatkan saya terus dan terus membaca, kisah dari penciptan Nabi Adam dan Hawa AS adalah sebuah kisah cinta dan rahmat dari Allah SWT.
Profile Image for Marissa.
22 reviews11 followers
November 11, 2021
It doesn’t matter how many times i read about Prophet Adam (AS)’s story, there’s always more lessons i learnt, new perspective i absorbed and fresh insights that i can reflect. Alhamdulillah. Every word mentioned in the Quran carries meaning and LESSONS, it is sooo sooo rich and never ending! ❤️

We are so proud to admit “kita ni anak cucu Adam” but why it’s always so hard to follow his footsteps and learn lessons from his story? On the other hand, we battle with our worst enemy Iblis and Syaitan till the end of our time yet why it’s so easy to fall into his traps and emulate his characters?
Profile Image for Safa Safwan.
99 reviews26 followers
September 28, 2020
Buku: Nabi Adam 'alaihissalam, Keampunan Allah Ada Untuk Kita Yang Mencari.⁣
Penulis: Azlan Shah Nabees Khan⁣
Penerbit: Iman Publication⁣

Ketika saya membaca tajuk buku ini buat pertama kalinya pada Mac yang lalu, laju memori saya kembali ke dalam kelas 'ulumul hadis di UIA dahulu bila Dr.Noor Muhammad Usmani menerangkan hadis berikut:⁣

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:⁣

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ⁣

Maksudnya: Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.⁣
Riwayat Ibn Majah (4392)⁣

Keampunan dan taubat adalah kata kunci utama untuk menggali 'ibrah² kisah Adam a.s. Dan itulah yang penulis buku ini cuba ketengahkan dan persembahkan kepada para pembaca yg dapat memahaminya.⁣

Keseluruhan isi kandungan buku ini mengetengahkan diskusi yg ringan serta mudah untuk difahami oleh pelbagai lapisan pembaca.⁣

Ia bukan cerita Adam 'alaihissalam yg klise', sepertimana yg selalu difokuskan dalam pembacaan buku² teks sekolah atau buku bahagian keagamaan (acapkali fokus mengenai kesalahan Adam a.s serta hukuman yang diperolehinya). Adakah kisah Adam a.s sebenarnya sekadar itu sahaja? Boleh baca lanjut buku ini jika nak tahu penjelasan terperinci mengenainya. ⁣

Buku ini berbeza dan unik kerana penulis berjaya menyatukan 'ibrah yg berlaku dari rakaman kisah Adam a.s sejak di syurga hingga ke bumi dan bagaimana ibrah² itu telah dan akan kekal relevan sehingga habis hayat bumi ini nanti.⁣

Refleksi² yg penulis nukilkan menterjemahkan betapa kita ini jika cuba lari ke arah manapun dalam dunia, pasti asal ceritanya akan kembali kepada kisah Adam a.s dan Hawa; ayah dan ibu bagi seluruh peradaban yg pernah wujud di dunia. ⁣

Keampunan dan taubat adalah rahmat Allah buat kita semua yg sentiasa terdedah kepada kekhilafan dan kesilapan. Cari dan dampingilah ia agar kita sentiasa berpijak pada bumi yg nyata; realiti seorang manusia bergelar hamba yg sentiasa mahukan Tuhan untuk mendengar keluh-kesah, baik buruk kehidupannya.⁣
Profile Image for Amelia Zulkifli.
176 reviews5 followers
September 23, 2020
Buku ini telah dihadiahkan pada saya oleh IMAN shoppe. Jika tak diberi, mungkin kecenderungan untuk membeli itu kurang kerana kurang minat membaca sirah nabi. Ya, sesuatu yang tak bagus. Harus diubah.

Tetapi buku ini sangat ringkas tetapi menyentuh segala aspek dalam kisah Nabi Adam AS. Sangat-sangat menyentuh hati. Buku ini menekankan yang pintu rahmat dan taubat lebih besar dari segala apa dosa di dunia ini. Allah sangat sukakan hambanya yang mengaku dosa dan bertaubat kepadanya. Tiada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan contohnya Nabi Adam sendiri. Bagaimanakah caranya untuk meraih keredhaan Allah semula setelah kita melampaui batas.

Saya juga banyak belajar tentang kisah Nabi Adam yang sering diceritakan namun tiada bukti kukuh seperti contoh Hawa diperbuat dari rusuk Nabi Adam dan Jabal Rahmah tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa.

Buku yang santai tetapi pointnya semua bagus dan berisi.
Profile Image for Najwa Al Helsy.
61 reviews7 followers
October 13, 2020
Penulisan yang sangat menarik bagi saya. Melalui buku ini, banyak pengetahuan baru yang saya dapat terutamanya berkaitan penciptaan Nabi Adam, penciptaan Hawa, bagaimana syaitan menghasut Nabi Adam dan Hawa sehingga akhirnya dikeluarkan dari syurga.

Bukan bermakna sebelum ini saya tidak pernah membaca atau mendengar kisah-kisah ini tetapi dengan membaca buku ini, saya dapat maklumat yang sahih berdasarkan kitab-kitab, bukan kisah Israiliyat.

Cara penulis menghuraikan ayat-ayat Al-Quran juga menyebabkan saya teruja dengan ayat tersebut. Mungkin sebelum ini, saya cuma membaca ayat tersebut tanpa memahami konteks yang ingin disampaikan.

Cadangan saya, penulis boleh huraikan petikan kata-kata HAMKA yang disebut dalam buku ini agar lebih jelas perkaitannya dengan info yang ingin disampaikan.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
July 1, 2022
Buku yang sangat memberi input dan ilmu. Tak sia2 beli. Dah lama teringin nak baca buku ni sebab sedar ilmu tentang nabi Adam sangat kurang. Justeru, turut memberi lopong dalam mencintai moyang kita.

Makin belajar, makin tahu, makin takjub dengan kebesaran dan keagungan Allah. Juga betapa besar azab dan rahmatNya juga. Benarlah, tak kenal maka tak cinta. Makin kenal makin Tuhan, makin besar rasa keagungan padaNya.

Tahniah dan terima kasih kepada penulis. Pertama kali baca buku tulisan ust dan baru kenal. Sekiranya ada buku lain, tak segan untuk terus membelinya.
Profile Image for Puterinorasyikin.
5 reviews1 follower
September 9, 2020
Alhamdulillah Allah pertemukan saya dan mengerakkan hati nak beli buku ini. Banyak pengajaran dan ibrahbyg dapat diambil berdasarkan kisah Nabi Adam as. To be honest, before baca buku ni tak banyak pun tahu pasal nabi Adam as. Sedangkan Nabi Adam as adalah bapa kita semua. Lepas baca rasa mcm besar dan banyak rahmat Allah rupanya utk kita anak anak nabi Adam lebih daripada kemurkaan Allah. Semoga kita tergolong dalam org yg bertaubat dan diampuni semua dosa kita oleh Allah.
September 17, 2020
Recommended read! Each chapter flows nicely with the other chapters. Each view was presented in an informative yet relaxed way (like having an intellectual chat with someone): lots of quotes from other books and the Qur'an and sunnah are referenced in relation to the story of Nabi Adam AS and commentaries on current issues.
Profile Image for ♡ Aliah ⸜( ˃ ᵕ ˂ )⸝♡.
65 reviews2 followers
March 8, 2025
Khalas (⁠╥⁠﹏⁠╥⁠)♡ Learned a new perspective about the story of Adam AS. It warmed this little heart and it got me in tears twice! Right book, right time! A perfect read for Ramadan if you ask me. I think that is all I have to say. If you have this book but haven't read it yet, do pick it up when you need a warm hug. I hope it finds you well ♡♡♡
Profile Image for Nurul Tasneem.
177 reviews7 followers
July 6, 2022
5 bintang sebab ada satu hadis tu buat saya menangis 🥺
Profile Image for Syida Mrs Nick.
130 reviews5 followers
March 23, 2023
Best sangat buku ni. Huraian ringkas tapi mendalam maksudnya dan mudah difahami. Persoalan psl nabi adam terjawab dlm ni.
Profile Image for Nur Umairah.
47 reviews
October 1, 2020
Alhamdulillah. Dah habis baca beberapa hari lalu buku ini

Banyak sangat ibrah dan input baru yang kita boleh dapat daripada kisah ibu dan ayah kita ini.

Antaranya ialah masih tak terlambat untuk kita meminta keampunan Allah. Bertaubatlah sekarang kerana kita tidak tahu bila dijemput ajal.

Janganlah juga kita merasa kita lebih baik daripada orang lain.

Mohonlah kepada Allah agar kita juga dijauhkan daripada hasad dengki. Hasad dengki membuatkan Iblis dibuang dari syurga dan Qabil sanggup membunuh saudaranya sendiri.

Saya tak sangka buku ni akan membuatkan saya tak berhenti baca. Dalam beberapa hari dah habis baca.

Sangat suka dengan content buku ni❤. Recomended book to read.
Profile Image for Nurulnaziefa_.
65 reviews5 followers
December 30, 2020
“Sesungguhnya Rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku.”
HR Bukhari dan Muslim.
Profile Image for Baiduri MRosli.
10 reviews1 follower
June 30, 2021
Cantik kan cover buku ni? Ini buku pertama yang Baiduri pilih untuk #ramadhanreading . Awalnya, Baiduri suka buku ni sebab tajuknya.

Hakikatnya, kita semua pendosa. Kita perlu belajar dari kesilapan. Betul, barang yang lepas jangan dikenang. Tapi tidak pada semua perkara. Tidak pada semua masa dan keadaan.

Sampai bila nak beri alasan "Saya tak tahu/ tak reti." Atau itu sebenarnya sekadar alasan untuk bersembunyi dari realiti?

Walaupun baru baca 40%, tapi Baiduri rasa seronok bila selak dan baca setiap helai buku ni. Penulis mulakan penulisan dengan asal-usul kita.

Soalan, demi soalan.
Jawapan, demi jawapan.
Rahmat, demi rahmat.
Rahmat Allah.
Bukan nama orang.

Insyaa-Allah, akan sambung baca dan kongsi ulasan penuh selepas ini.
Profile Image for Ummu Iffah.
11 reviews
January 12, 2022
Alhamdulillah, buku ni senang untuk difahami sebab penggunaan bahasa yang santai dan tak berat. Selain bercerita tengtang kisah Nabi Adam A.S, buku ini juga menekankan tentang beza Nabi Adam A.S dan iblis. Bila diteliti balik, memang iblis berjaya menghasut anak-anak Nabi Adam A.S sehingga kini. Semoga apa yang saya baca dalam buku ni, dapat saya praktikkan dalam kehidupan seharian. InsyaAllah☺️
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.