Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cik Andam Gojes

Rate this book
Rinie bukanlah sebarang cik andam. Dia adalah Cik Andam Gojes merangkap pereka busana pengantin yang popular. Kehadiran seorang gadis bersama seorang pengawal peribadi yang hebat di butiknya telah merubah 360 darjah hidup Rinie. Apatah lagi lelaki itu mempunyai ego yang tinggi melangit dan juga dingin terhadap Rinie.

"Maaf, cik... Cik Suraya tak berminat." - HISHAM

"Kaya sangat ke dia tu sampai ambil awak jadi bodyguard?" - RINIE

Siapa tahu berlaku kekecohan yang tak terduga di antara mereka hingga mula membuka pintu hati Hisham untuk menerima kehadiranseorang wanita di dalam hidupnya. Sifat ceria yang ada pada Rinie buat Hisham bahagia tatkala melihat telatah gadis itu.

"Lain kali kalau Syafiq nak jumpa, jangan layan." - HISHAM

"Tapi kenapa awak ambil berat sangat pasal saya?" - RINIE

"Sebab cinta." - HISHAM

Cinta terjalin indah dengan cara mereka sendiri. Ruang dan peluang yang terhad digunakan sebaik mungkin. Rinie tahu kerjaya Hisham menuntut pengorbanan yang tinggi. Hisham juga sedar bahawa sudah tiba waktu untuk dia mengutamakan kemahuan hati sendiri.

Namun mampukah mereka menempuhi semua dugaan itu untuk bahagia bila ia menuntut nyawa sebagai galang gantinya? Apa hubungan Suraya dengan Hisham hingga lelaki itu sanggup bergadai nyawa kerananya? Atau haruskah Rinie berundur dan mengalah sahaja?

450 pages, Paperback

First published March 1, 2020

1 person is currently reading
3 people want to read

About the author

Azizah Ami

19 books32 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (35%)
4 stars
7 (35%)
3 stars
5 (25%)
2 stars
1 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
May 22, 2020
ikutkan, akak malas nak review novel ni. puan penulis Azizah Ami ni kan memang saja nak buat akak tersedak. tapi, salah sendiri. siapa suruh makan time baca buku ni? gelak sampai tersedak. mana nak tau kisah ni banyak lawak yang terselit.

nak release stres, memang akak rekomenkan novel ni. walaupun bukan 100% kisah si rinie dok mengandam tapi memang jalan cerita yang sangat sedap untuk dibaca. ada certain part rasa nak guling-guling gelak.

rinie. pandai mengandam. pandai jahit baju. pandai atur event. pandai jugaklah mengiau bila nampak hisham. errkk... hehe... dia kenal hisham ni bila suraya, si anak jutawan datang ke butik shida untuk tempah baju. mengiau sangat ya, rinie?

perkenalan dan seterusnya selalu berjumpa buat masing-masing sama terpaut hati. tapi hisham ni bodyguard suraya. suraya pula sentiasa diletak bawah kawalan ketat atas sebab orang tamak dan buta hati.

watak-watak yang didirikan oleh puan penulis semua punya peranan masing-masing dalam menguatkan jalan kisah. beb, kalau tak de watak shida pun tak seronok, tak de watak alin pun tak best, tak de watak zahid pun hambar cerita.

adik-beradik, walau macam mana sekalipun, ikatan tetap takkan putus. saling menjaga dan menegur adalah sebaiknya.

bercinta, bila ada ikatan yang sah lagi nikmat.

kalau rasa nak buat jahat tu, sempat tak fikir sejenak - berbaloi tak? tamak tu menguntungkan tak?
Profile Image for Tinana Hmb.
215 reviews8 followers
June 23, 2020
“Tak ada istilah jaga tepi kain dalam sesebuah keluarga. Sebagai satu keluarga, kita mesti dan kena ambil tahu”

Kisah romantik komedi hotz suami isteri disekitar family dan kawan2. Sangat lucu, ringan dan menghiburkan.

I like it!
Profile Image for Mslvoe.
2,084 reviews202 followers
February 15, 2022
Naskah dari penulis ni tak sesuai untuk golongan remaja.

Banyak scene intim. Semua karya dia begitu.

Cuma kali ni F tak dapat feel happy-gelak-sedih. Tak tahu la kenapa. Cerita ni santai.. adalah part sweet².
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
June 29, 2020
Cik Andam Gojes mengisahkan ttg percintaan di antara bodyguard yg dingin dan juga Cik MUA yg gedik dan manja. Pada permulaan cerita, Hisham digambarkan seorang yg beku. Tetapi bila pandai menganyam cinta dgn Rinie, pandai pula dia bermain kata. Itu pon atas dorongan Suraya yg mahukan bodyguardnya itu mempunyai perasaan terhadap wanita.

Kisah mereka bukan kisah cinta semata. Tetapi tak sah kalau karya penulis tidak disertakan sekali hubungan kekeluargaan dan juga persahabatan. Cuma utk CAG kali ini, penulis ada menyelitkan sedikit aksi yg tidak terlalu berat utk dibaca.

Cik Andam Gojes dr cik puan penulis kali ini sama spt novel2 nya sebelum ini. Masih mengekalkan lawak santai. Mmg utk release stress, karya Azizah Ami mmg penawarnya. Cuma utk CAG kali ini saya perasan yg penulis seakan 'stuck' dari mengeluarkan idea sengalnya. Seperti ada sekatan. Dan utk itu, saya tak dpt rasa 'feel' sedih, gembira, berdebar atau kelakar.

Apapun, saya tetap menunggu kemunculan karya dari Azizah Ami yg seterusnya😊
2 reviews1 follower
June 30, 2020
Cerita yang menghibur. Penulis begitu sinonim dengan genre romantik komedi. Rinie si Cik Andam Gojes yang berjaya menakluki si sejuk beku Hisham sekaligus dapat mematahkan niat Zahid dan Abu terhadap Rinie.

Kalau nak distress, bolehlah baca Cik Andam Gojes. Dijamin 100% terhibur. Setiap watak mempunyai ke lebih dalam menguatkan lagi penceritaan dalam CAG. Tak bleh blah ayah Rinie rela digigit nyamuk kerana mengekori Hisham dan Rinie. Belum lagi bodyguard Suraya yg melalak di jambatan Kerana putus cinta. Banyak adegan lucu yang boleh menyebabkan orang sekeliling salah sangka jika tiba2 kita ketawa terbahak2.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah anakanda penulis, Alamrhum Muhammad Iskandar Putra. Aamiin
Profile Image for Puteri.
9 reviews
December 30, 2024
hellooo, i nak letgo buku ni rm10 je tak termasuk shipping. condition 8/10 🫶🏻🫶🏻
6 reviews
July 25, 2024
sapa yang suka cerita santai boleh lah beli buku nii. sebab buku dah lama tak pasti ada jual lagi ke tak. cerita ni penuh dengan lawak. ada part yang senyum jee. comel gila bila dia angkat perut waktu suraya pregnant. sweett.

btw i nak letgo buku nii. almari buku dah penuh sangatt. tak boleh nak beli buku baru dah. tak tahu nak letak mana. soo i nak jual rm10 jee. tak sekali postage. overall buku still cantikk🫶🏻🫶🏻
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.