Jump to ratings and reviews
Rate this book

27 A... Kita Bertemu

Rate this book

225 pages, ebook

First published June 1, 2020

4 people are currently reading
35 people want to read

About the author

Dhiya Zafira

23 books191 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
19 (31%)
4 stars
36 (60%)
3 stars
4 (6%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,079 reviews200 followers
June 21, 2023
Hancurnya hati bila suami yang kita setia.. yang kita sayang berpaling kasih bila menemui wanita yang muda dan kaya.

Kehidupan Naja cam maid.. nak sediakan makanan untuk ibu mentua dan adik iparnya Suria. Semuanya terletak dibahu Naja. Bila Naja lambat buat.. ditengking dimarahnya Naja. Selalu diungkit 10tahun kahwin tiada anak.

Faizal memang lelaki yang tiada telur @ dayus. Sanggup biarkan Wida tampar Naja dengan syarat gugurkan dakwaan pada ayah Faizal. Ayah faizal bukan setakat ayah mentua tapi sikap dan kasih sayang ayah faizal melebihi dari anak² kandung. Sayang betul pada menantunya Naja.

Pertemuan Rees adalah permulaan dalam hidup Naja. Dek menyorok di pintu rumah Rees sewaktu mengintai Faizal di rumah sebelah.. Rees jadi prihatin pada Naja. 2x Naja jatuh pengsan depan Rees.

Scene Faizal dan Wida ni memang F paling menyampah. Rasa nak baling je telur busuk kat diaorang. Benci betul F kat diaorang.

Ada part² yang F sedih masa Rees and Reza berbaik. Baca petikan je boleh sebak meleleh² airmata.

F rasa tak puas la. Tak puas part Naja dan Rees. Kalau boleh nak lagi.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
July 14, 2023
entah apa yang faisal fikirkan bila dia menduakan naja. bukan sekali tapi berkali-kali. adakah logik alasannya bila dia sekadar berkata semua itu sekadar suka-suka, hanya untuk memudahkan kerjayanya sebagai doktor?

habis tu, bila dia berkahwin sembunyi dengan wida, boleh pula guna alasan kerana mahukan anak sementelah lama berkahwin dengan naja tapi masih tidak punya cahaya mata.

kasihan naja. sudahlah bantu tanggung suami ketika belajar, tanggung lagi keluarga mentua. dapat mak mentua dan adik ipar pun, perah kudrat dan poketnya sungguh-sungguh. itukah balasan?

satu kisah lain, rees yang dikhianati tunang sendiri. bila elena kemalangan, dia dapat tahu tunangnya itu keguguran. apakah?

walaupun perkahwinan mereka lagi dua hari bakal berlangsung, dia batalkan. dan hantu elena, minta rees move on. dah kau buat hal dengan adik rees, senang kata suruh move on?

rees dan naja

dua-dua mangsa khianat manusia lain. walaupun berbeza situasi tapi sakitnya tetap sama.

ya puan penulis Dhiya Zafira. kalau faisal, wida, reza dan elena ada depan mata, harus disembur dengan pancutan air dari pili bomba. suka sangat jadi api, kan? bagi lencun sampai melayang pun bagus!

manusia. begitulah.

tak mahu menghargai bila ada.

memburu kesempurnaan walaupun diri sendiri taklah hebat mana.

syukur sangat kurang. lebih suka menyalahkan.

14/7/23

versi buku. lagi kemas dapat pembaca baca sebab dapat belek dan pegang. isinya ... rasa sama aje, kan? mungkin lebih enak, lebih perisa sebab boleh pegang novel ini.

rees yang tak sempurna dan pernah lalui waktu gelap. naja juga, sepuluh tahun mengabdikan diri pada keluarga suami dan tentunya untuk suami tapi kemudian dilempar seperti kertas renyuk yang tak berguna.

hasilnya?

rees dan naja yang lebih reda dan lebih menghargai.

seperti kita dalam dunia nyata ini, kan? untuk apa terus mengharap pada yang mengecewakan? ada denai lain yang boleh bawa pada destinasi hikmah walaupun jalan asalnya runtuh.

serius cakap, novel ini berjiwa!
Profile Image for Suraya (thesuraya).
791 reviews228 followers
September 2, 2025
I rasa... macam I baca buku yang lain daripada orang lain...

I've read a few of Dhiya Zafira's works previously, and I like her writing style. So I have high expectations for this one. Malangnya...

1) I tak faham kenapa orang kata Rees dengan Naja ni sweet. They literally only interacted a few times pastu tetiba terus kahwin?????????? First time masa dekat depan rumah tu, pastu moments later time Naja pengsan. Second, masa Naja datang rumah Wida mintak kena tampar. Third, Rees ternampak scene Faisal ceraikan Naja, pastu jaga Naja sekejap kat hospital. Fourth, Rees-Najla terserempak sekejap kat UIA. Fifth, masa convocation when Rees proposed to Naja. Itu je. And their interactions were very dry through it all. These are literally it. Ada la a few conversations yang Rees ni nasihatkan Naja, and another time when Rees told her his life stories. Tapi tu je. Rees ni ha tetiba sorang-sorang dia tersuka kat bini orang masa Naja ni tengah serabut lepas first time jumpa siap pengsan bagai. Naja pulak takde pun sepanjang cerita ni dia rasa personally touched by Rees actions, or had any monologues questioning Rees' sincerity or questioned her own feelings for Rees. Semuanya berlaku secara tetiba. Diorang literally tak pernah sembang hati ke hati pasal urusan hati masing-masing before Rees ajak kahwin. Ha pastu next scene terus dah menikah. Scene diorang bahagia laki bini secoet je.

2) Sumpah tak faham kemunculan Wida yang tetiba ni. Wida ni macam ada personal vengeance towards Naja yang sampai dia tak tenang kalau tengok Wida happy. I thought there was gonna be some backstory, yang sebenarnya Wida kenal Naja daripada kecik, and Naja buat something yang buat Wida berdendam ke. Tapi sampai ke hujung, tak faham pun kenapa Wida beria sangat nak hancurkan hidup Wida. Semata sebab Faisal ke? Mat tu pun bukannya bagus sangat? Ha ni lagi satu, penulis tak explain pun cemana Wida ni boleh muncul jadi orang ketiga. Ada la mention pasal Wida ni ex-patient dia, tapi tu je? Ingat hujung2 ada la explain kenapa Wida ni obses sangat dengan Faisal macam takde lelaki lain dalam dunia ni. Tapi takde explanation pun. Faisal ni handsome ke? Tak jugak, sebab Wida kata Rees ni handsome jauh bertiang-tiang daripada Faisal. Kaya pun tak jugak. Sebab kerja doktor semata? Senang cerita, Wida ni gila sorang2 dia. In my opinion, penulis tak expand the story and the characterisations properly.

3) I jugak tak faham macam mana Naja boleh bertahan dengan family mertua daripada neraka tu for 10 years. Nak kata sebab Faisal layan dia dengan baik, tak jugak. Mat tak guna tu siap boleh kantoi curang sampai 3 kali pun Naja ni maafkan, siap boleh kena gula-gula lagi. Solat pun culas. Jadi doktor, tapi perangai hauk. Dah la time study pun Naja kena support his financial. Tak sedar diuntung betul. Di mana kah akal fikiran yang Tuhan kurniakan, Naja?
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
September 26, 2023
Rate: 4⭐️

First buku Kak Dhiya yang aku baca without action-thriller vibe 🙊 So, feel kalini agak different dengan buku2 Kak Dhiya yang lain.

Overall, aku suka jalan cerita, dan mcm Kak Dhiya cakap bersedialah untuk bp kau turun naik 📈📉 baca buku ni 😆 Hahahah, tak dinafikan memang geram giler aku dengan watak2 yang ada dalam buku ni. 😤 But, i really love Naja, you are strong 💪🏻 woman. Ini yang kita mahukan 🫢

Bagi aku buku ni romance dia like 10% je 😌 tp aku suka yg buku ni focus more on how Naja stand up for herself dan realized yang dia juga layak bahagia. 🤧 Cuma, bagi aku kalau watak Wida tu diperkembangkan lagi/didetailskan lagi mungkin lebih better. Like mcm mana dia ni boleh wujud dalam hidup si Faisal ni/ kenapa dia boleh sebenci itu pada Naja. Something mcm missing kat sini. And also more on perancangan si Faisal ni. Jadi, kalau ada lebih sikit dkt part ni, kita jd lg feel dgn apa yg jadi. 🤔 Papepun, Rees the ML mmg lurvee 🫶🏻🫶🏻 #emptycanvashida
Profile Image for Slow mode: on ✨️.
87 reviews2 followers
October 28, 2023
Rasa pendek pula cerita ni. Tak puas baca pasal Rees dengan Naja. Sweet betul ya. Sengih sorang-sorang dalam bas ni. Nasib lah duduk belakang sekali, org tak nampk. Mereng agaknya sengih-sengih. Rasa geram yang menggunung diubati dengan sweet sweet dua ketui tu ish.
Profile Image for Azizah.
389 reviews6 followers
May 31, 2020
Fuhhhhhh, permulaan dah ala-ala combat dah.

DZ, sambungan please.

Rasanya tak puas baca sebab pendek sangat. Rasa macam anti klimak pulak 🤭
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
May 29, 2023
Geram dgn faizal wida tak habis lg ni. Rasa mahu doakan yang dorang berdua kena langgar lori kemudian dua2 lumpuh.. Huhh😠

Tak puas hati betul bila part ending Naja Reez tu sikit sangat. Walau sweet tp tetap tak puassss.. Nak lagi😭

Sambung please...... Tapi mahu dalam novel pulak


Versi Novel 5⭐

Untuk versi novel, saya bagi 5 bintang. Sempurna. Saya dapat rasa bagaimana sakitnya hati Naja bila dicurangi. Apatah lagi dimadukan. Lagi sedih bila Faizal memilih Wida berbanding Naja walau dia sedar Naja adalah cinta pertamanya dan rasa cinta itu tetap ada.

Kerana duit dan kekayaan yang membuatkan Faizal memilih Wida. Betapa bodohnya seorang Faizal kerana sanggup memperjudikan kebahagiaannya semata² ingin menggapai impian yang tidak mungkin ada pada Naja.

Namun pertemuan Rees dan Naja bukan sahaja satu hikmah tetapi pertemuan itulah titik permulaan hidup mereka berdua. Berkongsi sakit yang sama dan mereka mampu jadikan kekecewaan itu untuk mereka bangkit membina bahagia mereka sendiri.

Dalam ebook saya mendoakan Faizal dan Wida dilanggar lori. Tetapi di dalam novel, jahat Wida itu memang tahap yang tak boleh dibawa bincang. Padan muka Faizal. Padan lah juga muka Puan Zaleha yang tidak sedar diri itu. Dan Wida? Psiko!! Terlalu cemburu dengan kelebihan Naja dan juga obses teruk pada Faizal.

Pengakhirannya, mmg sangat puas hati. Dalam ebook ceritanya lebih santai tetapi dalam novel memang sangat puas hati. Banyak drama. Terasa masuk sekali dalam buku tu dia punya feel👍
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
July 27, 2020


“Betrayal is never easy to handle especially by someone we love and trust the most. There is no right way to accept it.”

Setelah sekian lama aku tak membaca karya Dhiya Zafira, akhirnya dapat baca 27 A... Kita Bertemu. Beberapa tahun kebelakangan ni Dhiya Zafira lebih dikenali dgn novel yang bergenre kan action. Jadi bila aku tau jalan cerita 27A...Kita Bertemu ni bukan aksi, aku memang ternanti-nanti, buat pengubat rindu.

Apa yang aku boleh katakan ialah aku suka dengan 27A...Kita Bertemu. Ceritanya dari awal sehingga akhir, buat aku terfikir terutama tentang rumahtangga atau lebih tepat toxic relationship.

Antara Naja & Faisal, watak negatif Faisal ni berjaya buat aku rasa nak marah dan Naja merupakan wanita yang harua dirai. Seorang yang sangat baik tetapi tidak bodoh. Dia punya hati dan jiwa yang besar namun aku boleh katakan, langkah akhirnya sesuatu yang perlu dipuji. Keluar dari hubungan toksik itu satu pilihan yang tepat.


“The best thing to do to someone who betrayed you is to forget them. Betul kan? Tapi bagi aku the best revenge is... bila kita mampu teruskan hidup. Kita tak biarkan kesedihan tu menguasai hidup kita.”

Naja & Rees pada aku pelengkap yang sangat manis dalam 27 A... Kita Bertemu. You shouldn’t stay in a toxic relationship. You deserve better.

Profile Image for zairaidah.
409 reviews40 followers
December 2, 2025
Sakitkan bila orang yang paling kita sayang berpaling tadah. Kalau bab curang ni memang tak boleh dimaafkan. Faizal suami Naja diam-diam berkahwin lain. Naja tak sedar ke selama 10 tahun itu, dia dilayan macam bibik. Dah la kena tinggal sekali dengan mertua dan adik ipar. Macam-macam Naja buat sepanjang usia perkahwinan mereka. Sebab sayang. Dia sangka, dia masih boleh pertahankan rumah tangga dengan Faizal. Faizal pulak bodoh tak tahu cakap. Ceraikan Naja masa diorang nak sambut anniversary.

Sama macam Rees, tunang sendiri curang dengan adik sendiri. Masing-masing menyakitkan hati lah dalam cerita ni.����‍♀️🤦‍♀️ Tapi semua watak dapat ending dan saya puas hati.

Tak menyempat lah Rees ni nak ajak Naja kahwin dengan dia. Naja masih dalam iddah. Aduhhh buat malu je. 😂 Mula tu agak misteri watak Rees. Dia ni siapa? Ada campur dengan budak gangster ke? Rupanya ada dark story kala Rees muda dulu. Pertemuan Naja dengan Rees ni selalunya mesti dalam keadaan Naja pengsan tak sedarkan diri. Masa tu la Rees ni jadi hero tak diundang.

“The best thing to do to someone who betrayed you is to forget them. Betul kan? Tapi bagi aku the best revenge is... bila kita mampu teruskan hidup. Kita tak biarkan kesedihan tu menguasai hidup kita.”

Betul. Masa tu kita dah tak rasa apa dengan orang yang khianat kita. Teruskan hidup dan bahagiakan diri kita dulu.
Profile Image for Nad.
376 reviews1 follower
July 2, 2023
Finished this book in 3 hours only.

Aku stress baca buku ni sebab watak watak You know typical villains. Banyak benda nak comment tapi bukan la pasal buku ni cuma isu dalam cerita ni.

Why la why bila lelaki tu kahwin lain je mesti sebab isteri pertama tk boleh mengandung. Semua sebab anak. Tau perkahwinan itu wujud sebab nak lahirkan generasi yg seterusnya. Kalau memang takde anak you cant be happy ke?

Dan selalu dipersalahkan perempuan. Bila satu pasangan tu takde anak lagi mesti perempuan yg jadi masalah. Lepas tu mula cari perempuan lain kahwin lagi satu. Bukan ke nak kahwin lain walaupun ada sebab, kena minta ada persetujuan dari isteri juga? Betul kan. Belum masuk lagi case mak/pak mertua konon sedih tk dapat cucu lagi. Ughh

Entah la panas aku baca buku ni walapun cerita antara Naja dan Rees ni sikit je tapi isu pasal anak tu buat aku sakit hati.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
August 12, 2023
Setelah lama dikhianati, akhirnya bahagia. Najatul Husna dan Rees Mustaqim. "Be strong enough to walk away from what isn't best for you."
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
July 24, 2023
emotionally prepare for — cheating, third person, toxic family in laws 🚩

📝In laws from hell! Najatul Husna, menjadi isteri kepada Faisal dan menantu kepada Puan Zaleha selama 10 tahun banyak likunya. Ujian makin berat dipikul apabila akhirnya Faisal mengkhianati perkahwinan mereka. Hancur hati seorang isteri apabila diperlakukan begitu malah ibu mertuanya turut membiarkan perlakuan si anak hanya kerana satu impian yang ingin mereka capai.

"Naja gila sebab orang dalam rumah ni yang buat Naja gila."

Jika tidak kerana 27A, dia takkan bertemu dengan Rees Mustaqim, penyelamat yang sentiasa ada buat Naja. Untuk mencari kekuatan dan bahagia semula, Naja perlu bangkit dan takkan biarkan dirinya dipijak lagi.

"When you've been betrayed by someone, the best way is to avoid them. Tapi bagi aku the best revenge is... bila kita mampu teruskan hidup. Kita tak biarkan kesedihan menguasai hidup kita." — Rees

---

bila baca ebook ver dulu i wished it was longer and yess happy gila bila tahu kak dhiya akhirnya bukukan cerita Naja ni🥹🫶🏻

versi novel lebih kemas, lebih menusuk lebih banyak drama dan makian HAHA typical plot and typical villain tapi cara penyampaian dan pengolahan yang

this story bring married women issue to the plate which is quite realistic to me. saya cukup faham dari pov Naja sendiri yang sentiasa memberi peluang pada suami kononnya nak berubah dan tabahnya Naja dengan keluarga mentua yang toxic macam tu because thats happen to domestic issue nowadays. when Naja finally pertahankan diri and knows her worth literally screamed THATS MY GIRLLL💪🏻

tapi memang bangang abadi la Faisal ni dayus dia tak boleh bawak bincang, niat dia nak kahwin dengan Wida tu eiii geram gila sampai sanggup duakan bini dia yang punyalah cukup serba serbi tu😀 serius main emosi baca pasal toxic family dalam ni ayooo

romance pulak secoet je but it did leave the impact. Rees Mustaqim is one of hero kak dhiya yang hot ya😮‍💨 💗 dia tak selalu muncul sebab cerita ni memang pasal Naja tapi sekali scene dia ada fuh fuhhhh bro need to calm down especially his mindsett lurve gilaa but cant deny Naja my wifeee is hotter and badass💅🏻 i love how kak dhiya buat dua dua watak ni boleh relate each other thats explain why Rees boleh faham situasi Naja

falling action dah gempak cumanya bila part resolution plot terlalu rush bagi saya, banyak benda berlaku dekat sini secara serentak dan tiba tiba dah habis, sejujurnya saya perlukan villain ending yang lebih memuaskan macam Faisal yang sebenarnya bermasalah i need him to feel humiliate as much as he should☝🏻

overall straightfoward storyline that should be read by everyone! HIGHLY RECOMMENDED🌷🤍


Profile Image for Lyana Mikail.
24 reviews3 followers
October 12, 2023
27 A, KITA BERTEMU

'Betrayal is never easy to handle especially by someone we love and trust the most.'

Tipikal kisah rumahtangga tentang suami curang, alasan isteri tak mampu nak bagi anak. Dah sepuluh tahun kahwin, kan.

Tipikal mak mentua adik ipar toksik. Dah buat menantu tak ubah macam orang gaji.

Kisah curang biasa yang sering terjadi dalam masyarakat. Wanita diuji ketika pasangannya tidak punya apa. Si suami diuji ketika dia senang dan nak anak tapi tak dapat-dapat.

Penulis menggambarkan jalan cerita yang santai. Tak perlu babak dan ayat yang keterlaluan nak tunjukkan rasa 'sakit' yang ingin disampaikan. Just nice. Terlebih sakit karang susah nak move on. Siapa saja yang suka berhadapan dengan kecurangan?

Ada imbas kembali dalam bab tertentu supaya pembaca dapat gambaran apa yang telah dan pernah terjadi. Aku sebenarnya suka hubungan Rees dan Reza. Tak banyak tapi ada rasa 'wow'.

Sedikit elemen aksi menjadikan jalan cerita tidaklah begitu hambar, tak adalah sampai habis nak menghadap kisah gaduh laki bini mak mentua. Oh, tak banyak ayat cinta romantik. Rees kan beku dingin. 'Lebih kepada 'Act of service' je lah, sampaikan dia letak lengan kat belakang kerusi Naja pun aku dah...sengih gedik😌.

Singkat atau lamanya usia perkahwinan itu tidaklah menjamin kebahagiaan. Benda kalau nak jadi, pasti akan terjadi juga. Jadi, usah keterlaluan dalam menghargai sesuatu...gitu.

Jarang baca buku DZ yang bergenrekan melo dan kekeluargaan begini memandangkan semua koleksi yang ada berkisah abang uniform. Jadi, ini boleh dikatakan satu kelainan.
But yeahhhh...hero DZ mana pernah tak bagi kita blushing kan?

Tapi, kan kalaulah aku di tempat Naja, aku bagi je penyondol tu menang. Tak lalu eh layan orang psiko camtu. But then, sepuluh tahun kot, siapa tak sedih.

Psstttt...epilog 1 comel ya. Walaupun secoet tapi excited jugalah bila tahu kesudahan dua ketul ni.
Profile Image for Khai Adeen.
73 reviews5 followers
November 22, 2020
Jalan cerita yg very straight forward. Walaupun isu yg diceritakan amat common tapi saya suka dgn cara pengolahannya. Plus ada a few sayings yg saya suka. Cuma kisah RM dan NH cinonet sangat 😭

P/s: Boleh ke kalau nak minta buat kisah depa berdua? 🤗
75 reviews16 followers
January 22, 2024
Berat hati awalnya nak baca cerita buku penulis selain siri komander n pasukan penyelamat ni tapi cuba baca juga

Sesungguhnya tak seperti yang ku jangka

Bestttttttt

Tak rugi woo baca 🤣
Beli ebook sampai kesudah tak baca , tawakal je baca novel, nasib besttt yang amat

Cerita ni ajar aku erti move on, jangan kenang perkara yang dah berlaku , jangan serabut dengan apa jua yang dah berlalu. Redha dan laluilah apa jua yang mendatang sebab dunia ni hanyalah sementara.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
March 3, 2024
Impian setiap wanita adalah untuk sehidup semati dengan suami yang dikasihi. Berharap jodoh itu berkekalan hingga ke Jannah. Tiada siapa yang meminta untuk berkahwin dan bercerai. Siapa je yg nak memegang title Janda, sbb apa? Sebab bg ramai masyarakat Janda tu title yang sgt hina
.

Najatul Husna, perkahwinannya dgn Faisal selama 10 tahun diuji dengan kehadiran insan ke 3. Alasan tiada anak membuatkan dirinya dipandang hina oleh ibu mentua serta adik iparnya. Suami yang disangka menjadi pelindung, akhirnya memilih perempuan lain. Adakah silap dirinya tidak mampu melahirkan zuriat? Bukankah semua itu rezeki drpd Allah
.

27 A. Kesnya bermula ketika Naja cuba untuk membongkar kecurangan Faisal. Dia menceroboh masuk ke unit kondo milik Rees ketika cuba mengelakkam diri drpd dilihat oleh Faisal dan Wida. Bermula pd detik itulah Rees mulai merasakan sesuatu terhadap Naja. Namun sedar Naja isteri orang
.

Rees, mempunyai kisah silam yang membuatkan dirinya dibenci oleh adiknya Reza. Namun dia sedar, semuanya berpunca daripada dirinya sendiri. Keadaan bertambah sukar pabila Rees membatalkan perkahwinannya yg bakal berlangsung beberapa hari setelah mengetahui Elena mengandung anak orang lain
.

Bagi aku kisah ni adalah realiti kehidupan sekarang. Pasangan berkahwin, diuji soal zuriat, kehadiran orang ketiga. Campurtangan mentua. Sakit dengan kehidupan rumahtangga zaman sekarang. Ramai yang mengambil jalan singkat tanpa memikir natijahnya nanti
.

Kalau sebelum2 ni, kak Dhiya hidangkan kita dengan kisah2 abam tentera, tapi dalam novel ni beliau membuat kelainan dengan menghidangkan kisah realiti kehidupan sekarang
.

Untuk yang bakal berkahwin, sis nasihatkan supaya sediakan mental dengan kuat untuk hadapi alam rumahtangga. Jika kita dapat pasangan yang betul, In Shaa Allah, kita bahagia. Tapi kalau sebaliknya. Kita kena kuat untuk menghadapinya
.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
June 13, 2023
[BOOK 67]

27A, Kita Bertemu by Dhiya Zafira.
.

"Abang, sejak bila jadi suami yang berhenti melindungi."
.

Aku beli buku ni dengan expectation, another action romance, another hero beruniform, tapi semua tu bukan.
.

Kali ni, ceritanya lebih berpijak di bumi nyata, cerita realiti kehidupan sekarang.
.

Naja ialah seorang isteri yang sangat mempercayai suaminya, Faisal. Iya la, Faisal ni memang suami yang baik kepada Naja. Naja relakan segalanya, walaupun dia la yang berpenat lelah melayan keluarga Faisal, dituduh mandul.
.

Dan hakikatnya, Faisal curang dengan Wida. Siap kahwin lagi weh.
.

Itupun kantoi bila Naja nekad ingin menyiasat, setelah diumpan ke apartment 27B. Tapi kerana tidak sanggup untuk mengetahui kenyataan sebenar, Naja menyorok di apartment 27A. haaa..masa tu la, jumpa ngan Reez, pemilik 27A.
.

Jujurnya, aku geram dengan Faisal yang bodoh. Kerana duit, dia pilih Wida. Aku geram dengan Wida, si psiko ni. Aku geram dengan Naja, sebab dia masih ingin bertahan dengan Faisal walaupun dia sedar dicurangi. haihh. tu la, bukan mudah menyingkirkan cinta yang bertahun disemai.
.

Dan aku lega bila Naja kahwin dengan Reez. Cumanya, secoet sangat part bahagia dorang tu. Tak puas bacaaaa...
.

Mungkin lagi best kalau part Faisal pilih Wida kerana duit tu, dihuraikan dengan lebih detail. Sebab macam tetiba je muncul Wida ni.
.

p/s: aku rasa kan, aku belum puas berkenalan dengan Reez ni.

.

oh ya, suka la pulak ending part Elena dan siapa entah nama adik Reez tu, lepas dorang dah insaf.
Profile Image for Mrs. Norfy.
169 reviews12 followers
June 2, 2020
Nak lagi boleh????? Dah lama tak baca ending yg sweet mcm tuuu. 😍 To Faisal, Wida, mak Faisal, adik Faisal go to hell! Kenapa selalu org fikir, dah kahwin mesti kena dpt anak cepat2? Fikirlah perasaan org yg dah kahwin lama, tapi belum ada rezeki lagi utk dpt zuriat. Cuba bukak otak tu, fikir!!! Ni dah kahwin 7 tahun, tak dpt anak je nak cerai lah nak kahwin lagi lah. Dulu sebelum kahwin kemain sumpah setia. Ahhh bullshit!
Profile Image for missy12.
14 reviews2 followers
June 2, 2020
Fuhh lain beno yee cite writer kita kali ni. Scene pertama dorang jumpa tu memang melekat sampai sekarang. Macam heart fluttering pun adaaaaaa aaaaaa.

Sis taktahulah sis perlukan sambungan atau tak 😅😅 ada pun okay takde pun okay..tapi sis nak sambungan Damak boleh ehhh? Hahahahahahahaahaha

Kudos to kak Dhiya! Pat kit siapkan CIA hahahaha
Profile Image for Wan rohani harun.
180 reviews6 followers
May 23, 2020
Sepanjang buku ni rasa nak sepak je faisal tu. tapi suka lah happy ending untuk naja... kalau la faisal tu dapat ending tak best kan best. Cthnya dia sebenarnya mandul, tapi dijadikan pak sanggup oleh wida tu ke? Entah...
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.