Martin dan Lila berjumpa di dalam sebuah 'game show' yang dianjurkan E-Rose Tv. Di situlah Martin melahirkan rasa kagum dengan Lila yang dianggapnya berbakat luar biasa.
Selepas 'game show' itu, mereka dipertemukan sekali lagi. Kali ini sebagai ketua dengan pekerja. Lebih memalukan Lila bila dia terikat dengan Martin disebabkan hutang yang berpunca darinya. Tetapi Martin tidak peduli semua itu. Baginya Lila adalah gadis yang telah lama dia nantikan walaupun gadis itu kerap menolak rasa hatinya. Namun saat mereka berdua semakin rapat, masalah baru tercetus lagi.
Buku ke-2 AH yg aku baca..menarik, banyak info berkaitan pembikinan variety show yg penulis kongsikan..pertemuan pertama Lila-Martin yg actlly telah dirancang olh pihak produksi..sweet ja bila Martin tunjuk rasa cemburu, sayang dan protective kpd wifey tersayang..bila sebut tmpt2 menarik d Swiss terasa berada di sana...deskripsi yg sngt menarik dn vivid..terbaik AH..highly recomnded!!!
Dari mula sehingga akhir cerita di dlm Tentang Martin memang menarik. Pembaca turut merasa ketegangan seperti yg dialami oleh Lila dan Martin ketika mereka menyertai permainan dalam program realiti.
Jujur, antara Halyn Bukan Cinderella dan Tentang Martin. Saya lebih menyukai Tentang Martin. Penulisan nampak lebih "matang" dan menarik. Syabas kepada penulis.