Jump to ratings and reviews
Rate this book

Transformasi Ramadan 2.0

Rate this book

254 pages, Kindle Edition

First published January 1, 2010

9 people are currently reading
139 people want to read

About the author

Hasrizal Abdul Jamil

27 books878 followers
Hasrizal holds a Bachelor of Sharia (Honours) from Mu’tah University, Jordan (2001). He is the Director of Education at Khalifah Education Foundation which operates Khalifah Model Schools in Malaysia. An educator and learning designer, blogger, and author, advocate children-centered learning, parenting, and domestic policy.

Hasrizal succeeded in bookwriting after his AKU TERIMA NIKAHNYA (2008) became one of the National Best Sellers. He proceeded with many more books, such as BERCINTA SAMPAI KE SYURGA (2009), MURABBI CINTA (2010), RINDU BAU POHON TIN (2009), SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH (2010), TRANSFORMASI RAMADAN (2011), EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA – Trilogy (2012), DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU (2012), ERTI HIDUP PADA MEMBERI (2013), TAK KENAL MAKA TAK CINTA (2014), MENALAR MAKNA DIRI: KEMBARA MENJEJAK IMAM BIRGIVI (2014), SETIA DENGAN KEBENARAN (2017), REVIVING THE SPIRIT OF RAMADAN: BEYOND DO'S AND DON'TS (2017), HIKMAH & KARAKTER (2018), JALAN SEHALA (2019), RISALAH #MALAYSIA MEMBACA (2019 co-author), SENI BERFIKIR YANG HILANG (2020), TRANSFORMASI RAMADAN 2.0 (2020), DIARI ABAH (2020), MÄ OON RIZAL (2020), ERTI BERAGAMA YANG HILANG (2021), MENULIS DARI HATI BIAR SAMPAI KE HATI (2021), KAMAR-KAMAR BUDI (2021), KEMBARA MENALAR DIRI: LEGASI IMAM BIRGIVI (2021), SISI BERAKHLAK YANG HILANG (2022), BERAGAMA YANG KEHILANGAN TUHAN (2023), PEDAGOGI RAMADAN (2023), DARI MATA TURUN KE HATI (2024) and IQRA' (2026)

Hasrizal lives in the Republic of Ireland.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
60 (51%)
4 stars
46 (39%)
3 stars
9 (7%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Ku Nurasyiqin.
51 reviews16 followers
May 20, 2020
Bacaan ringkas tetapi mengandungi mesej-mesej penting sebagai refresher bulan Ramadan. Ramadan datang dan pergi, tetapi kita belum pasti akan berjumpa Ramadan yang akan datang. Wabak Coronavirus yang sedang kita hadapi sekarang benar-benar memaksa kita untuk kembali kepada essentials dalam ibadah. Semoga kita keluar daripada wabak Coronavirus dan sekolah Ramadan ini dengan kejernihan insyaAllah.

"Semoga dengan kejernihan itu, wa ana ajzi bihi (dan Akulah yang memberi ganjaran untuknya) bermaksud Allah sudi mengganjarkan ubudiyyah kita di musim pandemik ini, bukan lagi dengan apa yang kita hajat dan minta, tetapi dengan apa yang kita sesungguhnya perlu, termasuk yang kita tidak minta, terlupa untuk minta, tidak tahu bagaimana hendak meminta, atau sekadar pernah cuba meminta."
Profile Image for Amalina Naseer.
12 reviews8 followers
August 16, 2020
Membekas di hati. Terutamanya dibaca ketika persiapan menuju Ramadan. Merubah perspektif biasa terhadap Ramadan dengan mengajak pembaca berfikir pada penghujung Ramadan nanti, apa yang kita harapkan daripada seluruh ibadah dalam sebulan ini. Lalu, bagaimana mahu kita kekal istiqamah dengan amal yang baik yang telah bersungguh kita usahakan sepanjang Ramadan.
Profile Image for Welma La'anda.
76 reviews20 followers
September 5, 2010
Buku kedua yang saya selesaikan ialah Transformasi Ramadan. Buku kedua Ustaz Hasrizal yang saya baca setelah Secangkir Teh Pengubat Letih. Dibaca selang seli dengan Ma Yan. Ini merupakan kompilasi artikel berkenaan dengan Ramadan. Ringkas-ringkas sahaja. Cukuplah untuk memberi peringatan kepada kita tentang Ramadan. Ada artikel itu boleh dibaca di blog penulis sendiri.

Saya tertarik kepada artikel yang menyentuh tentang kalimah minal 'aideen wal faaizeen yang membawa pengertian kembali kepada fitrah dan inilah golongan yang berjaya. Ia membawa kepada muhasabah yang panjang untuk meneliti diri sendiri adakah sudah berjaya pada Ramadan ini. Adakah Ramadan ini hanya berjaya dari sudut menahan dahaga , lapar dan pelaksaaan tarawih sahaja tetapi tiada pencapaian dari sudut ketaqwaan . Setiap diri mampu menjawabnya dengan jujur.

Ramadan merupakan bulan perjuangan membersihkan diri agar semakin tunduk kepada penciptaNya. Bertuahlah kita jikalau kita termasuk dalam golongan orang-orang yang menghargai Ramadan. Ada 3-4 hari lagi sebelum Syawal. Masih sempat kita bekerja keras. Muhasabah balik dengan rasa ikhlas bertuhan. Selepas ini kita berjuang pula untuk konsisten selepas Ramadan. Berpenat-penatlah di dunia kerana rehat kita di akhirat.

Orang-orang soleh dahulu kala, sentiasa berdoa dalam 6 bulan selepas Ramadan agar diterima amalan puasa mereka pada bulan Ramadan itu dan mereka berdoa lagi 6 bulan sebelum Ramadan akan datang agar dipertemukan dengan Ramadan lagi. Semoga kita mengakhiri Ramadan ini dengan kejayaan dan bertemu semula denganya pada tahun hadapan untuk mengulangi kejayaan itu sekali lagi.
Profile Image for Aiman Amri.
6 reviews7 followers
June 21, 2015
Bismillah. A really good book, dan ustaz Hasrizal membahagikan buku ini kepada 3 peringkat penting iaitu, sebelum, semasa dan selepas Ramadan (diakhiri dengan resepi masakan, unik!)

Saya membaca buku ini setiap kali Ramadan, dan ini kali ke 4 saya membaca nya. Sentiasa segar, sentiasa rasa baru pada pemikiran saya, dan tidak jemu. Bezanya, kali ini saya membacanya setelah ustaz kini bukan lagi 'penceramah motivasi' atau sebagainya, dan rasa sedikit seperti membaca 'Ustaz Hasrizal yang dulu'. Haha.

Ustaz Hasrizal yang dulu bukan lah yang sekarang..

Saya kira, buku Transformasi Ramadan ini berjaya mencapai peringkat seperti mana namanya. Ustaz Hasrizal memberikan analogi yang amat santai namun kena dengan maksud yang nak disampaikan. Apa yang saya suka daripada buku ini, Ustaz menceritakan serba sedikit pengalamannya dan dikaitkan dengan informasi atau isu yang mahu diutarakan.

Walaubagaimana pun, buku ini sangat direkemenkan buat semua, terutama menjelang musim Ramadan ini. Sekiranya sudah masuk Ramadan pun, tiada masalah untuk membacanya. Malah, sekiranya anda sudah terlepas Ramadan pun, tetap tiada masalah.

Insya Allah. Selamat membaca!

p/s :
Saya suka prolog buku ini. Antara agama dan ritual agama (beragama tanpa Tuhan)
Profile Image for Syafiqah.
38 reviews4 followers
May 12, 2020
Seperti biasa tulisan Ustaz Hasrizal santai tetapi sering membuat kita berfikir secara mendalam. Terkadang, ia mengubah cara pandang kita terhadap sesuatu.

Buat yang sudah lama 'follow' Ustaz Hasrizal di blog saifulislam.com atau IG atau facebook beliau My Learning Journey; kita akan mendapati sebahagian tulisan dalam buku ini sudah pernah kita baca.

Namun, mesejnya tetap relevan.

Mesej utama yang saya dapati daripada buku ini adalah tentang makna sebenar Ramadan sebagai bulan untuk melatih dan memperkuatkan kebolehan mengawal diri (self-control).

Macam mana tu? Iaitu, dalam keadaan kita ada makanan untuk dimakan, tetapi kita tetap MEMILIH untuk berlapar.

Kerana apa? Kerana Allah. Dan itulah iman.

'Self-control' inilah yang perlu kita kekalkan selepas berakhirnya Ramadan untuk menghadapi dunia yang penuh dugaan.

'Quote' kegemaran saya dari buku ini adalah 'percaya sebelum melihat sesuatu, dan bekerja untuk melihat apa yang kita percaya itu'.

Kesimpulan: Sebuah bacaan baik yang mengandungi peringatan untuk kita memaknakan Ramadan dengan erti yang sebenarnya.
26 reviews
June 11, 2020
Naskah yang menjemput hati untuk kembali ke fitrah. Mengenal erti sebenar ibadah dan kembali untuk beramal dengan sedar, bukan lagi autopilot mood.

Ramadhan sebuah madrasah yang hebat, tapi hebatkah kita mengutip ibrahnya dalam membentuk hati.

Berwasatiah.
Beramala dengan hikmah dan ilmu.
Selebihnya, semuanya dari Allah.

Pengisian yang menarik, namun atas asbab ianya koleksi tulisan lampau di laman blog beliau, ada pengisian yang berulang dan mungkin ada yang bokeh diperkemaskan lagi penyampaianya.


Looking forward membaca Transformasi Ramadhan V2 yang sudah ada. Semoga ia lebih baik.
Profile Image for Muhammad Fahmi Ahmad.
12 reviews
July 13, 2012
Transformasi membantu menghidupkan roh Ramadhan yang hilang selama ini akibat salah faham manusia.
Mungkin selama ini kita berpuasa kerana adat kerana kita tidak faham perintah berpuasa daripada Allah itu dengan sebenar-benarnya.Lakukanlah puasa dengan mind setting diri ini hamba kepada Allah.InsyaAllah kita akan lebih memahami hakikat puasa di bulan Ramadhan.
Profile Image for Hafizi.
75 reviews
May 16, 2020
Buku yang sangat memanfaat di dalam kita melihat semula erti ramadan yang saban tahun kita lalui. disamping itu, kita juga dapat bermuhasabah diri kita sejauh mana ramadan yang kita lalui memberi kesan psotif di dalam kehidupan kita setelah berlalunya ramadan.
Profile Image for Muzze Muzzamil.
5 reviews10 followers
July 18, 2013
Bukan buku yang bertujuan membahaskan seputar persoalan hukum & perundangan berkaitan puasa. Seperti kata penulis, ia bukan khusus sebagai manual Fiqh.

Asas utama yang mahu dicerna dari buku ini adalah menghayati semula apa yang mungkin terlalai, menjernihkan apa yang tercemar, meluruskan kefahaman yang tersasar tentang puasa & ramadan.

Kiranya, bertambah umur, diharap seiring grafnya dengan pertambahan ilmu & amal.

Jika bagi kanak-kanak, apa yang difahamnya tentang puasa adalah seputar kena bangun sahur seawal jam 4-5 pagi, & tak boleh makan minum sehingga menjelang maghrib, berpeluang berbelanja mewah di bazar ramadan, terawih disurau, tadarrus Al-Qur'an, main mercun sana sini, kuih raya, duit raya. Seronok hati dan jiwa.

Semua itu habis dirai selama sebulan sebelum kembali seperti biasa. Kembali kepada rutin harian untuk sebelas bulan seterusnya. Tiada yang istimewa, sekadar mengulang adat dan perlakuan di ramadan yang sebelumnya.

Asas dan tujuan ramadan/puasa itu sudah lama tertulis dalam kalam Tuhan lebih seribu tahun lampau:

Ya, manusia biasa, kita terkadang memang lupa.

"...agar (dengan puasa itu) kamu menjadi insan yang bertakwa"
(Al-Baqarah 2:183)

Nikmat ramadan & puasa masuk hari ke-10. Sekejap masa berlalu, tapi masih ada kesempatan untuk kembali persiapkan diri. Masih ada waktu yang terbentang luas perkemas ilmu, kefahaman, penghayatan kita pada ibadah puasa.

Selepas ramadan, berjayakah diri sendiri menjadi tuan yang memimpin nafsu atau kekal dipandu nafsu?

Takwa & menjadi muslim yang lebih baik (dair segi aqidah, iman dan akhlaknya). Itu target utama dan tertinggi.
Profile Image for Siti Shakira Suhaimi.
81 reviews16 followers
April 28, 2020
Membaca buku ini right after ‘Reviving the Spirit of Ramadan’, saya faham, banyak content yang sama. Bezanya pada bahasa. Cuma dah nama pun 2.0, ada penambaikan juga.

Menarik tentang buku ini ialah Ustaz menceritakan situasi Ramadan dengan menggunakan contoh. Tapi dalam masa yang sama, ustaz juga mengolahkan nilai yang sebenar yang dicari dalam Ramadan, dan bagi saya buku ini sangat mudah difahami. Tidak berat pada penjelasan sampai kena fikir beyond it seperti mana banyak buku Ustaz yang lain. Dia straight forward. Beritahu apa yang sebenarnya kita perlu kejar dalam bulan Ramadan, dan juga keseronokan sebenar Syawal.

Buku ini memang sesuai untuk dibaca oleh banyak jenis golongan masyarakat.

Indeed an amazing book.
26 reviews
June 20, 2021
Naskah ini versi dikemaskini dan dibaharui dari TR1.0, bukan buku baru. Maka, article lama dikemaskini dengan nafas baru.

Baru pembaca TR1.0 seperti saya, ia sebuah pembacaan semula.

TR2.0 membawa kita kembali ke Ramadhan yang dipesan penulis. Ramadhan yang perlunya mendidik. Ramadhan yang wajarnya disediakan diri waima ia belum sampai, agar 1 Ramadhan sudah digear lancar dan konsisten.

Peringatan yang baik. Yang segar dan membuka semula ingatan buat kita. Saya syor, baca sebelum Ramadhan. Baik Syaaban atau sebelumnya, agar mudah meresap dan buat permulaan kita lebih umpph.

Ya, 4 bintang buat ini
This entire review has been hidden because of spoilers.
3 reviews
May 10, 2020
Best sangat buku ni dalam memberi kefahaman nilai Ramadhan..apa tuntutan sebenar Ramadhan daripada seorang muslim.. bukan sekadar kewajipan berpuasa kerana mentaati Allah taala, tetapi bagaimana seorang muslim sedaya upaya mengikuti syariat Islam dengan sebaiknya dan meninggalkan kehendak hawa nafsu yang bertentangan dengan syariat semata-mata untuk mencapai taqwa...

Muhasabah sendiri adakah diri ini benar2 telah meninggal al-hawa atau masih lagi dibelenggu al-hawa...moga Allah sentiasa melindungi diri daripada kejahatan nafsu dan syaitan.
Profile Image for ilafahmy.
114 reviews19 followers
May 6, 2012
Sebuah catatan yang mengajak kita untuk menyemak diri sejauh mana Ramadhan dan Aidilfitri itu dihayati dan apakah kesannya setelah sebulan Ramadhan itu dilalui. Satu pendekatan yang menarik dalam membincangkan soal ibadah berpuasa dan yang lebih menarik lagi penulis turut berkongsi resepi masakan kegemaran beliau di akhir bab buku ini.
Profile Image for Maisarah Azmi.
24 reviews8 followers
July 19, 2015
Alhamdulillah membaca buku ini sepanjang Ramadhan memberi erti berlainan kepada Ramadhan tahun ini. Coretan Ustaz Hasrizal tentang Ramadhan sangat menyegarkan jiwa. Ramadhan bukan hanya bulan puasa tapi bulan di mana kita berusaha mencapai taqwa. Buku yang sesuai untuk sesiapa yang menghayati Ramadhan dalam erti kata sebenarnya
Profile Image for Ismishafiqii.
8 reviews1 follower
May 8, 2016
Sudah lama sebenarnya saya menghadam buku ini. Kira-kira 5 tahun lepas. Dan saban tahun, menjelang Ramadhan, saya akan membelek semula buku ini. Buku ini bukan buku fiqh, lantas jangan cari bab niat bagaimana, ganti puasa bagaimana. Tiada. Tapi buku ini ibarat minyak yang menyalakan sumbu, menghiasi ramadhan yang berjalan. Terima kasih untuk buku yang 'menghidupkan' ini.
Profile Image for M Syahrul.
24 reviews
May 27, 2021
Bacaan “ulangkaji” yang mengfokuskan penghayatan Ramadan pada era normal dan lebih-lebih lagi semasa Covid-19. Makna Ramadan yang mungkin sesetengah terlepas pandang seperti kebajikan anak yatim yang dijaga semasa bulan Ramadan / menjelang Aidilfitri tetapi terbiar 11 bulan yang lain. Patut dibaca sebelum dan semasa Ramadan supaya dapat meningkatkan penghayatan ibadah puasa itu sendiri.
Profile Image for Nurul Nadhira Idris.
27 reviews
April 13, 2021
Buku yang sangat baik untuk dijadikan panduan bagi menyiapkan diri dan monitor pencapaian di bulan Ramadan, juga menjelaskan beberapa perkara penting di dalam falsafah puasa dan sambutan aidilfitri.
Profile Image for books.bintulu.
259 reviews7 followers
May 19, 2021
April 2021: Transformasi Ramadan

Alhamdulillah. Gembira dan excited bila saya jumpa buku ini di library. Walaupun cetakan yang pertama, isinya masih memberi manfaat.

Antara yang menarik bagi saya:
- menghayati mukjizat Al Quran
- ketidakpastian lailatulqadar antara penyebab kesungguhan
- menganggap setiap solat adalah yang terakhir
- latihan self control walaupun dgn cara tak menghabiskan ayat (yang ini saya sangat kena cuba)
- peringatan Aidilfitri utk membesarkan Tuhan
- kisah Bedah dan kain jemuran ~puasa 6 tanda syg & cinta kepadaNya
- Rukun istiqamah daripada Surah Hud 112-115

Banyak lagi yang menarik dan buku ini sesuai untuk refresh diri sempena Ramadan.

P/s: Saya tak sangka ada kisah Dapur Ramadan di hujung bab. Saya memang suka konsep memasak #brorizkitchen, mengingatkan saya untuk jadi kreatif semasa memasak.

#transformasiramadan
#bookendsramadan2021
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.