Lelali entah dari mana munculnya. datangnya bak ribut.Memecah masuk kereta Bija, mengugut mencederakan Bija, malah menghuruharakan juga perasaan Bija yang baru diceraikan. Setelah diceraikan, hidup Bija sentiasa dalam tekanan, stigma masyarakat gelaran janda suka merampas suami orang .Dia sering dituduh dan diumpat keji.Malah dia juga sangat terbeban dengan masalah hutang bekas suaminya. Namun, hidupnya mula berubah setelah bertemu dengan Sunny, seorang gengster. Sunny pada mulanya hanya ingin membalas budi , mula menjadi bayang bayang kemana saja Bija pergi.Setiap kali Bija disakiti, hati Sunny juga terasa sakitnya.Setiap kali Bija menangis, Sunny ingin menghapus duka di wajah itu. Sunny cuba buat tidak tahu, Sunny cuba buat tidak peduli, tetapi dia tidak boleh..tidak boleh melihat wanita itu susah, menangis dan sidakiti.Mustahil untuk dia buat tidak tahu. " Kau ini selalu menacari marah aku , kan? kau tak reti jaga dirikau, itu kau punya pasal, tapi jangan depan mata aku.Kau ni buat aku tak boleh tengoklah"- Sunny Andhika Sunny lelaki misteri, namun terlalu banyak perkara tidak habis tentang dirinya.Mengaku gengster , tetapi bukan pada hatinya.Gengster tetapi bukan gengster.Bija ingin tahu, hanya menunggu masa.
Gengster mengisahkan ttg Sunny yg telah diselamatkan oleh Bija dari kecederaan yg teruk. Latar belakang Bija sbg jururawat di wad kecemasan menjadikan Bija tahu bagaimana merawat kecederaan yg dialami oleh Sunny. Walau diugut dan diancam oleh Sunny, Bija tetap merawat Sunny dgn sebaiknya. Beritik tolak dr situlah Sunny rasa terhutang budi dan menyimpan perasaan terhadap Bija.
Mmg benar kata Sunny. Bija itu seperti seorang manusia yg menarik bahaya kepadanya. Selepas diceraikan, Bija sering menjadi mangsa tohmahan dan herdikan masyarakat sekeliling. Namun setiap bahaya yg mendatang, pasti ada Sunny yg menolongnya sehingga Sunny seperti bayang2 Bija. Kemana shj pasti Sunny dan org2 nya akan mengawasi Bija secara berdepan atau tidak.
Manalah si Midah tu tak cemburukan Bija. Selain muka Bija tu iras crush Khalil, Bija juga seolah2 spt madu yg sering membuatkan lebah dtg mengeliling. Pasti ada saja lelaki yg tertawan dgn Bija. Ermmm pelik pulak. Lawa sgt ke Bija tu🤷♀️. Entahlah.. Comel mungkin.
Apa yg pasti, saya sukakan novel writter ini kerana watak gangster yg dilakarkan lebih santai. Aksi perlawanan juga tidak terlalu berat. Jadi kita yg membacanya rasa sedikit selesa tanpa perlu ada kecut perut segala.
Cuma saya dpt rasakan plot yg disusun tidak begitu kemas. Ada beberapa babak yg rasanya tidak perlu spt keberadaan Young yg lama dirumah Ozi, sabotaj Young terhadap Kamal dan kegiatan Young yg sentiasa mengintip Ozi 24jam. Seolah2 writter mula hilang arah dan titik fokus. Rasanya part Young dan Ozi tidak perlu diperbesarkan. Cukup sekadar pengenalan ringkas pada cinta Young dan Ozi.
Apapun saya enjoy membaca kisah Bija dan Sunny ini. Walau gengster, dlm hati tetap ada taman. Gengster pon tahu mcm mana nk beromantika de amour😂. Harap2 lepas ni penulis bermurah hati utk menulis kisah cinta yg lebih details utk Young dan Ozi pula😜. Dah terbayang2 the scary Riana😱
Jalan cerita yang lain daripada yang lain. Kisah aksi dan cinta. Punya unsur-unsur suspens yang menarik supaya kita meneruskan pembacaan. Terlalu banyak kemungkinan untuk diagak dalam plotnya. Tak mengecewakan dengan comeback penulis.