Versi pertama pertemuan mereka. Bagi Dara Nailufar, tiada apa pun yang menarik tentang Eskandar Arasyah. Dengan rambut panjangnya. Dengan gaya selekehnya. Lelaki itu hanyalah seorang tukang kayu berlidah tajam yang menyelamatkannya daripada dikejar kucing. Ya, Dikejar kucing! Versi kedua pertemuan mereka. Wah, tukang kayu dah diskrub dan di-clorox! Yang muncul di depannya kini umpama putera raja turun dari kayangan. Kacak maut! Dan pesonanya bagaikan memukau semua yang memandang. Dari sebuah perancangan yang tak disengajakan, mereka kini muncul sebagai pasangan kekasih jadian.
“After all, until the cruise ends, I’m all yours, sunshine.” – ESKANDAR ARASYAH
Ya… Sehingga pelayaran itu tamat! Momen yang terlakar sepanjang pelayaran kapal persiaran mewah itu sangat bermakna bagi Dara. Semakin dia kenal Eskandar, semakin dirasakan lelaki itu misteri. Lelaki itu bukan sekadar tukang kayu. Hakikatnya, Eskandar memang punya segala-galanya. Wanita mahukannya. Lelaki cemburukannya. Di mata kasar semua, hanya satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya: Sempurna. Namun, jauh dalam sudut hati Eskandar, hanya dia yang tahu. Dia tak sempurna. Dan ketidaksempurnaan itu buatkan ada benteng teguh yang memagari hatinya. No access.
“Aku tak sempurna, Dara.” – ESKANDAR ARASYAH “Nobody is perfect.” – DARA NAILUFAR “Aku tahu. Tapi untuk satu ketidaksempurnaan, tak semua orang mampu terima.” – ESKANDAR ARASYAH “But you have everything.” – DARA NAILUFAR
Bagi Dara, tiada sesiapa yang sempurna di dunia ini. Apa pun ketidaksempurnaan Eskandar itu, baginya manusia itu tak perlu menghukum. Namun, bila tiba saatnya dia mengetahui kebenarannya, mampukah Dara berpegang pada kata-katanya itu?
1. Agak kayangan jugak cerita ni. Dapat naik cruise, jumpa pulak lelaki-lelaki yang bukan sahaja wajahnya handsome gila, tapi juga anak-anak jutawan. Ex Dara pun boleh tahan, artis paling popular kot.
2. Selepas Dheo’s, saya agak tertunggu-tunggu juga karya terbaru Anjell. Terus order bila Karyaseni start open sale.
3. Memang teruja sangat bila dapat buku. Tak sabar nak baca. Lagi2 bila mood membaca agak pulih tahun ni. Tapi baca beberapa bab, dah letak tepi. Permulaan yang agak hambar dan cliche. Sebabnya ada di nombor (1). Agak kayangan. Susah nk masuk dengan saya gadis pingitan yang serba sederhana ni haha.
4. Lama jugak stop. Baru dapat mood untuk sambung balik. Dan yeay, berjaya! Pertengahan cerita semakin menarik, terutamanya berkaitan Adri tu. Macam nak minta satu buku untuk kisah Adri (walaupun Mel tu baik 😬). Tapi dah tahu cerita seterusnya pasal Haidar kan?
5. Mood tu agak menurun dengan cerita selepas kahwin. Agak meleret dan menggedik 😏😏.
6. Biasanya saya tak kisah sangat dengan dialog English. Tapi saya rasa rimas pulak dalam buku ni. Terlalu banyak dan rasa agak forceful. Kadang-kadang macam ayat skema buku teks 🤭🤭.
7. Kekuatan Anjell ialah sifat kelakarnya yang diserapkan ke dalam watak utama perempuan. Walaupun ada sedikit rasa jengkel (atau sebenarnya jealous?) dengan Dara, tapi agak terhibur dengan monolog lucu dan sedar diri tu.
8. Setuju dengan pendapat ramai. Dheo’s lebih baik.
Faktor usia mungkin, kisah cinta kayangan dah tak lagi memberikan saya rama rama di dalam perut. Karya anjell ni karya pertama yang saya baca. Tapi saya tak dapat nak rasa sesuatu yang luar biasa dalam kisah mereka. Antara dara dan eskandar. Maaf ya kalau saya compare dengan karya lama2 yang saya minati dahulu seperti karya norhayati berahim, bikash nur idris, anis ayuni, dan beberapa nama lagi, di mana setiap kisah cinta yang mereka lakarkan sampai ke dalam hati. Betul2 terasa seperti watak2 yang di cipta mereka itu wujud di dunia sebenar.
Tapi untuk garis cerita Kau Tetap Sempurna ini, saya sekadar menghabiskan bacaan yang saya sepenuhnya sedar, ini cerita rekaan yang 1% sahaja kemungkinan akan berlaku di dunia realiti, bercuti di cruise, diminati oleh eskandar, nak pula keluarga eskandar tu pemiliknya, lelaki socialite mana ja akan jatuh cinta dengan random lady? yang katanya dara sahaja yang berjaya buat dia turn on. Itu nampak mustahil untuk terjadi secara realiti nya. Ditambah pula dengan isu 'gay', seperti ia satu keajaiban & mudah untuk eskandar berubah. Kerana saya ada beberapa rakan lelaki yang begitu, dan saya lihat sendiri bagaimana mereka bergaul dan keadaan hidup yang tidak berubah, ia bukan sesuatu yang mudah untuk ubah citarasa. Tak pula untuk eskandar yang tiba2 diberi hidayah kesedaran & berusaha untuk keluar, melalui kaunseling dan terapi, bertemu dara & berubah sepenuhnya. Tak dinafikan ada yang mungkin boleh berubah, tapi ia akan memakan masa yang lama. Kerana mereka selalunya tetap akan mempunyai keinginan kepada lelaki juga walaupun berkahwin dan beristeri. Ia seperti fitrah yang sudah sedia ada.
Dan bila saya membaca cerita yang saya "fully aware" tinggi angan2 dan imaginasi, saya jadi kurang berminat. Ini hanyalah citarasa peribadi. Saya lebih suka jalan cerita yang realistic & dekat dengan kehidupan normal manusia. Dara pernah bercinta dengan pelakon terkenal, dara diminati lelaki kaya, dara menjadi sebab eskandar yang kaya raya berubah, dara tiba tiba pulak diminati juga oleh fendy yang juga seorang gay. Tapi bagi saya Dara tidak menepati kriteria untuk di agungkan seperti itu. Dara sangat childish & tidak matang(dialog & cara percakapan dara itu sendiri), dara kurang common sense( part handle bisnes kakak untuk angkat telefon dan professionally serve customer pun dah fail), dialog menjawab itu ini dengan audi. Saya rasa ya Allah apeni? kalau saya owner kedai mmg saya dah terminate pekerja tak professional.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM18 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
Took me a LONG TIME to finish this. Tapi bukan kerana cerita ni tak best, but N yang sebenarnya dah tak rajin membaca sekarang.
I really do like the story, mainly because I really like Eskandar yang baik hati tapi mempunyai personaliti yang kasar. The contradiction makes him so attractive.
Watak Dara is okay. I really do like her sebab N rasa dia kelakar. Tapi makin lama makin mengada pulak, and lama-lama jadik turn off.
The twist with Eskandar's past agak mengejutkan but entahlah, not very believable.
I have a thing with fake dating trope and this book feeds my hungry soul.
I actually wasn't really convinced to add this to my collection after my inability to move on from Dr. Alpha Male and Dheo's and boyyyyy, I was so glad I pushed through with it.
The starting was slightly slow. Not gonna lie, during this point I was actually beginning to regret my purchase but it took some time for the plot to develop (or more like for MMC to appear) and as soon as he did, the rest was history.
His first appearance made an impact on me. Dressed in a white shirt and rugged jeans with a man bun... (was that an accurate description? Not sure, but let me keep going) Ugh. I was sold.
MMC is such a green flag, and aylavet! Since it's quite impossible for ya girl here to earn herself a man like him, let me just keep him in my imagination. There were also parts where my emotions were in a whirlpool, I admit that. It was really heart-wrenching, I cannot. Aside from my never-ending English grammatical issues as well as with the editors, I am so glad I bought this. ⭐⭐⭐⭐⭐
Aku sejenis yang walaupun ada buku author yg mungkin tak masuk sgt dgn aku, aku still akan try jgk karya yg lain. Sbb who knows kan. And i’m grateful sbb i try this one, buku ni vibe dia mcm Suamiku Paling Sweet. Cara penulisan tu. Dan again tak tau macam mana nak explain, tapi rasa mcm different vibe dgn Dheo’s. Guess it is all about taste kan 🤔
Buku ni terhibur jgk aku baca, sbb watak FL tu sangatlah sempoi 😂 dan i like sgt karakter ML sbb suka dgn cara dan kematangan ML dalam apa yg dia buat/decide. The twist kinda expected for me, tp bila sampai part tu still aku mcm 👀🫣. Overall, aku suka relationship ML dan FL, rasa mcm smooth je perkenalan diorang, dan how they fell in love with each other. Takdalah org kata cepat sgt progress dorg kan. 😌
Naskah terkini Anjell. Tak seperti Dr Alpha Male dan Dheo's.. karya kali ini lebih santai dan ringan.. Tak banyak konflik yang berat. Kisah Sunshine dan Orang Kacak. Pertemuan Dara dan Es yang dramatik memulakan kisah percintaan mereka. Dalam cerita ini , banyak kali lah Es menjadi penyelamat kepada Dara. Cerita menjadi mudah bila ketidaksempurnaan Es pada masa dahulu diterima Dara .. Ya lah walaupun pada mulanya Dara terkejut tetapi isu itu tidak berpanjangan.. Agak berani jugalah Anjell membangkitkan kisah " tidak sempurna " Eskandar dalam karya kali ini. Apa yg penting aku happy habiskan bacaan novel ini.
Bak slogan TVA "For All Time. Always." yang bertetapan dengan apa yang aku rasa setiap kali baca karya Anjell. Always berjaya puaskan nafsu membaca aku dengan jayanya. Aku rasa lepasni aku dah boleh start kumpul novel Anjell dari awal HAHAHAHA. . Secara ringkasnya, ini adalah kisah antara Dara Nailufar dan Eskandar Arasyah.
Dara yang kelakar, Dara yang clumsy, Dara yang anti kucing, Dara yang selalu tinggalkan cop dekat Es hahahahah
Bertemu dengan
Eskandar yang dingin, Eskandar yang misteri, Eskandar yang sukakan kayu, Eskandar yang tak penat jadi hero kepada Dara.
Dari satu pertemuan ke satu pertemuan berlaku dengan tidak disangka-sangka. Eskandar dengan his little dirty dark secret; Dara dengan konflik her past love. . Jujur aku cakap, walaupun kedengaran macam novel-novel biasa yang lain but penulisan, penyusunan plot, perkembangan watak memang buatkan aku rasa tak nak tutup buku. Talking about kisah silam Eskandar walaupun aku dah tau dari sebelum aku baca lagi (berdasarkan review orang lain), pujian buat penulis kerana berani masukkan sesuatu yang lain dari yang lain. Satu isu yang aku rasa agak sensitif jugak di kalangan masyarakat. Bak kata Dara, "Hate the sin, not the sinner.", mengajar kita untuk memperbetulkan sikap kita yang kadang-kadang suka menghukum orang sesuka hati tanpa tahu kisah disebaliknya. . Nak hujung-hujung cerita sempat jugak la aku menangis sikit. Kena pulak tu dengan lagu yang aku pasang. Memang tangkap leleh sungguh. Hahahahaha. . Okay last, Haidar dengan Suria macam ada something kan !!! Maybe next novel i guess sebab dia punya cliffhanger tu buat aku frust menonggeng. Hahaha
Bagi mommy, sejarah hitam Eskandar agak mengejutkan dan tidak begitu realistik untuk dijadikan ketidaksempurnaan. Isu gay bukan ibarat satu isu yang ringan dan bukan juga mudah nak twist jadi normal bila seseorang tu dah terjebak dalam isu hubungan songsang ni. Ianya bukan semudah kita petik suis lampu ye!
Bagi mommy, penulis perlu lebih bijak dalam mencipta sebuah ketidaksempurnaan seorang hero. Tapi apa pun mommy tutup sebelah mata lah bab tu sebab penulis dah bagi begitu banyak kesempurnaan dan keindahan dalam cerita ni.
Addictive and intriguing. Hero Anjell memang tidak pernah mengecewakan. Walaupun novel ni klise dgn watak yg berharta dan kaya raya maklumlah bermain dgn golongan T20, plot ceritanya tetap menarik. Nama pun novel bergenre fiksyen kan, jd persetankan itu semua.
Dari awal cerita lg dah buatkan aku tersengih sorang-sorang dgn watak dlm novel ni. Sumpah banyak babak yg buat aku terhibur bila baca ditambah pula dgn unsur saspens. Tak nak ulas banyak, cubalah baca novel ni utk sesiapa yg belum baca.
dnf. the girl is just so annoying, and also dumb as hell. i dont know what was the author thinking. i was so excited to read this but then holyyy hell the girl is just.
edit 28/11 : so i read a spoiler review that says the author wrote eskandar background story as a gay man ?? and then he became straight back ?? man is bisexual then ?
ok lets talk about how naive this heroine is.
"Jomlah, Dara. Kita pergi, nak? Kali ni lain sikit. Confirm seronok." Suria seakan-akan memujuk aku. "Lain apanya? Buat kat tengah laut ke? Atau kat bulan?" Aku juling mata ke atas. "Haaa... Betullah tu." "Buat kat bulan?" Aku terkejut. Bulat kedua-dua biji mata. Nasib baik tak jatuh kerusi sebab terkejut.
um.. are you being serious right now ? no one in their right mind would actually believe that. are you a child ? is your brain not functioning well ? can you even think rationally ? what was the author thinking when writing this whole conversation ? the girl has to be 20 something right ? even if she is a teenager, i dont think a teenager would act so dumb. or being a dumb, childish, stupid girl is the whole point of the plot ?
i cant share more of this girl being dumb, since i got so annoyed and stopped at around page 40? there are probably a lot more conversation that can potray how dumb and cringe and childish this girl can be, so if i were you, id steer clear of this book. i cant actually fathom how so many people actually enjoyed this book. like it doesnt make sense.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Tertarik dengan novel ni sebab baca awal-awal rasa menarik dengan sikap tertutup Eskandar.
Setiap kali baca novel Anjell akan rasa yang ending terlalu cepat, part Eskandar pendek je sedangkan part Dara panjang.
Terkejut dengan rahsia Eskandar, bagaimana boleh Eskandar boleh jadi macam tu. Cuma rasa tak puas baca bagaimana Eskandar boleh kembali ke jalan yang benar dan permasalahan dengan mama dia.
i was first introduced to anjell’s books in 2013 & alr thought her style of writing was too kiddo for me to take in. ingat bila dah 2022 baca, gaya penulisan bersifat ‘matang’ seiring umur, tapi-
unless someone can convince me this book worth entirely my reading time, i will put this book on hold & mark it as dnf probably until im running out of my bahasa’s tbr or when the right mood comes (bc it would be unfair if i rated it 1⭐ without finishing the story). trust me, i tried, i tried 582881838 times (exaggerate, keyboard smashing intensified) and still ended up living in the same old chapter.
Kisah Dara dan Eskandar dalam novel ni aku kategorikan sebagai kisah orang kayangan, semuanya cukup pakej rupawan dan hartawan. Aku kechewa dan hampa sebab kisah cliche ni agak meleret-leret ragam romantik diorang ni hanya tumpu pada kisah percintaan dua watak utama ni je. Kisah diorang ni tidak berjaya menyentuh hati dan perasaan aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa.
Tahun 2019, ramai pembaca menantikan karya penulis ini, namun hampa. Tiada kelibat novel Anjell muncul di mana-mana, sehinggalah Karyaseni membuat kejutan dengan kemunculan novel ini. Hardcover habis semua, softcover pun laku keras. Tidak hairanlah memandangkan penantian novel Anjell bukanlah sesuatu yang sia-sia.
Bermula dari halaman pertama hingga perkataan tamat muncul, perjalanan hidup Dara dan Eskandar punya warna tersendiri. Setiap bab yang dilakar, langsung tidak ada yang membosankan. Penulis berjaya membuatkan saya tersenyum dengan keletah Dara terutama apabila bersama Es dan teman rapatnya.
Cerita ini juga tidaklah tertumpu kepada cinta antara Es dan Dara, tetapi juga tentang kekeluargaan, pentingnya komunikasi bagi mengelakkan prasangka terutama antara Es dan bekas kekasihnya. Bagi saya novel ini cukup rasa.
Kesimpulannya, novel setebal 702 muka surat ini berjaya membuatkan fokus saya sepenuhnya pada kehidupan seorang Dara. Tahniah buat Anjell atas kelahiran novel ini.
p/s:- Entah kenapa saya rasa untuk novel seterusnya, Suria menjadi watak utama? Harapnya betul ye sebab wataknya tiba-tiba hilang tanpa punca!
Wow! Agak terkejut dengan ketidaksempurnaan Eskandar tu. Rasa macam tercekik je masa baca. Tapi, Dara steady. Fikiran dia matang, bijak, dan tak terburu² buat keputusan. Good Dara! Tapi, kalau sis pon sis pejam mata je dengan Es punya past. Setiap orang tidak sempurna dan ada buat salah. Janji jangan di ulangi masa hadapan. Memang tak terfikir lar Es punya ketidaksempurnaan tu ke tahap itu. Memang wow factor!
Heroin, Dara.. ermm beginning of the story, F suka dia. Jenis strong, relax but lepas jumpa Adri.. dah jadi mengada² pulak. Maybe sebab anak bongsu kot 😁
Nak kata gay entahlah.. ermm like easy they "convert" to asli. Padahal kita tahu zaman sekarang, payah mereka nak "berubah" .
Best! Dara Nailufar dan Eskandar Arasyah. Pertama kali bertemu, Eskandar selamatkan Dara dari harimau kecik. Rupanya selekeh dan berambut panjang. Kali kedua, tukang kayu dah jadi handsome. Kemudian, mereka jadi pasangan kekasih dengan cara tak sengaja di atas kapal cruise. Eskandar sangat kacak orangnya. Wanita mahukannya. Lelaki cemburukannya. Tapi dia tahu dirinya tak sempurna. Tapi Dara tetap yakin dia tetap sempurna di hatinya.
Overall, I enjoy the book. Tapi 3/4 cerita macam fokus sangat percintaan dua watak utama. Sampaikan tertunggu, mana konflik yang tak sempurna tu. Bila dah hujung, 1/4 semua konflik datang dan selesai macam tu je. 😅 Tapi maybe cerita dah panjang sangat.
I was expecting more emotions on this book as I read through. Maybe because of the previous book was so overwhelmed.
Saya menunggu2 karya baru drpd Anjell sebab sy nampak novel Anjell semakin ada kualiti dlm penulisan. Malah, saya boleh katakan karya sebelum ini seperti Dr Alpha Male, Suamiku Paling Sweet dan Tundukkan Playboy Itu antara karya terbaik daripada Anjell.
Izinkan saya beri pandangan peribadi saya. Saya sebenarnya dah pun habis baca dlm beberapa minggu lalu. Pndgn saya, sejak daripada awal novel saya agak kurang masuk dengan babak2 manis hero heroin. Terasa agak 'fairytale' (mungkin umur saya dah tak berada dlm kategori yg sukakan sesuatu kemanisan yang ditonjolkan 😅) Rasa agak 'draggy' sikit scenes perkenalan sehingga membawa kepada persahabatan Dara dengan Es.
Cuma semua mula menarik selepas bekas kekasih Dara, seorang yg popular dalam kalangan masyarakat (saya bayangkan taraf2 beberapa pelakon lelaki tanah air yang sekarang tengah melonjak naik dengan rupa yang boleh tahan) mengejar untuk dapatkan kembali Dara. Di sini, penulis mampu menulis babak2 dikejar dan ditohmah wartawan mahupun peminat kipas susah mati sehingga nampak sangat realistik. Dan penulis menggambarkan, dunia seni lakonan hnya sesuatu yang indah khabar daripada rupa. Idea yang baik untuk educate peminat2 yang terlampau merasakan dunia artis ni bagus cantik belaka walau tak disentuh secara mendalam.
Dan lagi, sy sukakan kelainan seorang Es yang bekerja sebagai tukang kayu dan miliki perniagaan sndiri. Ada sikit persamaan macam beberapa watak hero Anjell yang lepas-lepas, satu perlambangan seorang yang punya keluarga kaya tetapi tak bergantung harap pada keluarga untuk menyara hidup. Lebih memilih haluan sendiri dan buktikan tulang empat kerat sendiri masih mampu untuk mencari makan.
And here it goes boom! Saya paling suka scenes selepas kahwin. Sebab saya nampak sisi lain watak2 Es dan Dara. Pengakuan Es tentang siapa dia pada masa lalu, saya pun tak sangka. Tapi manusia, tidak sepatutnya dinilai siapa dia pada masa lalu. Jika hari ini dia baik drpd semalam, kita bukan Tuhan untuk menghakiminya.
Apapun, saya boleh katakan novel ni masih trademark Anjell. Manis dan romantik memang 'mainan' penulis yang disampaikan bersahaja. Tak ada rasa dibuat2. Tetap ada kelainan dalam isu yang nak disampaikan cumanya bukan sebahagian daripada kegemaran saya seperti 3 novel Anjell yang saya sebutkan. Rasanya seingat saya tiada kesilapan ejaan yang mana sangat bagus. Tak mengganggu proses pembacaan. Buku versi kulit keras yang baik, tak mudah lerai dan nak buka , baca, belek, tak ada rasa risau.
Edit komen (21/8/2020)- sdikit pandangan tambahan. Saya masih rasa novel ni kurang ummpph berbanding dua karya terdahulu, Dr alpha male, Suamiku paling sweet,tundukkan playboy itu. Mungkin sebab isu yang digarap dlm DTS trlalu simple. Tiada kupasan yg lebih mendalam tentang isu gay yang ditulis. Moga sukses terus untuk karya akan datang.
walaupun rata-rata memberikan reaksi yang bagus untuk naskhah Anjell kali ini tetapi untuk aku karya ini bagi aku seakan-akan ' too good to be true '. Mungkin kerana kita sering disogokkan dengan karya-karya yang membuai impian ke langit ke -7 , walhal hakikatnya disekeliling kita rata-rata hanya golongan marhaen . Mungkin ada yang dilahirkan dalam dulang emas , tetapi peratusannya pasti sedikit sahaja. Mohon maaf sekiranya pandangan aku ini memberi ketidakselesaan untuk sesetengah peminat penulis ini , maaf .
Naskhah ringan walaupun lebih 700 m/s. Kepada para pembaca seperti aku yang gemarkan bahan bacaan "stress-free", buku ini sangat digalakkan kepada anda.
Aku teringin untuk tahu sudut pandang watak Eskandar tetapi buku ini hanya menggunakan sudut pandang Dara sahaja.
Terdapat sedikit kesalahan penggunaan Bahasa Inggeris. Bagi aku buku ini dikategorikan sebagai fiksyen Melayu jadi jika ingin "meng-English-kan" dialog, lebih molek jika penggunaannya juga betul.
Secara keseluruhannya, terima kasih dan tahniah aku ucapkan untuk naskhah ini.
Nota kaki: Teringin benar untuk tahu lanjutan kisah Haidar-Suria
This is my first book from Anjell. I'm gonna be honest, i'm not quite familiar with malay fiction besides Teme. So other Malay author than that is a big meh for me (i don't know much). So, here goes Anjell, as my third Malay author that i would like to give it a read.
Dia Tetap Sempura adalah karya pertama dari Anjell yang aku cuba baca. Recommended by a friend of mine, and according to her, there is a plot twist (which will surprise me) and the storyline is quite good too. At first, aku jumpa ramai sangat orang recommend this book but i wouldn't dare to buy it yet.
So here's my thoughts when i first got this book: 🔸 Cover: not sure who's in the cover, was it Nazim Othman? Looks like him. Cover lawa lah, but pretty cliche with the cruise. Adakah tema akan mengetengahkan pada cruise? 🔸 Tajuk: okay apa yang tak sempurna tu? Personality ke? Atau perangai?
When i got into the story: 🔸 Plot-twist: disebabkan i've been spoiled by a friend of mine, so i’ve known about it early hand, but it still cause shocked to me bila dah sampai pada 'bab' tersebut. And satu lagi, since 'that plot-twist' tidak terlalu common dalam masyarakat melayu, so its a yes. Pretty shocking. 🔸 Story-line: quite dragging, i think? This book is small compare to other book that i've owned. Tebal and kecik, and it has a total of what 60+ chapters?? That's fucking a lot. Anjell boleh saja kurangkan scene yang tidak sepatutnya and directly go to the main issue but i think that’s her way to entertain her readers. Although macam quite draggy but i did enjoy reading it.
🔸 Watak: Female Lead & Male Lead: (Dara Nailufar) - I don't know what's with Malay author and their complicated names, but untuk jumpa nama sedemikian dalam masyarakat Melayu sekarang? Takde yer. Btw, god this woman is annoying. She is quite sassy in my opinion. Ada setengah scene tu i think ‘god this woman is so stupid and for what and i thought kau master student’ then suddenly remember rationality tidak semestinya bergantung pada tahap education seseorang lmao. Well, yeah she’s that kind of girl that try to be tough but meh. Tapi i like her way of handling things, pretty mature.
(Eskandar Arasyah) - i don't know what's with malay with all these tsundere kind of guy, but to see tsundere guy in malay community is not to my liking. He's okay for a character, but its hard for me to like his character in the beginning of this book. Not until he poured out all his secrets then i kinda get why he acted that way. Not my kind of dream guy tbh. But he's not entirely annoying for a male lead character. Also yeah, perangai Eskandar berubah 180 degree ya selepas berkahwin so its cute to see him change.
Instead of liking the main characters, Anjell berjaya membuatkan aku ‘fell in love’ with the characters instead. I wish Anjell boleh bercerita lebih tentang watak Audi, Adri, Sera, dan Fendy here. Their existence were not meant to be for nothing, but these side characters lah yang membuatkan aku excited bila mereka masuk dalam setiap bab. But again, this book is entirely about Dara x Eskandar so side characters hanya jadi supporting characters yang membantu merapatkan hubungan main jelah 😂
🔸 Penulisan: Since aku sangat susah untuk baca buku fiksyen melayu, so sangat susah untuk aku familiar with the writing. Anjell's writing was o..k..a..y for me. There were certain lines yang bila aku baca 'oh i think this author tried to be funny, but it humor effect doesn't work on me'. Tapi tidak dinafikan ada beberapa lines yang kelakar. So, Anjell berjaya menangkap minat aku untuk meneruskan pembacaan. The writing skills were easy to be understood. I really enjoy the ride.
🔸 Overall? I will give a 3/5, not my typical kind of book, but i did enjoy reading it somehow. It took me 10 days to finish this so its quite good! It would be nice kalau semua watak dipersembahkan sama rata, like kalau tengok dalam buku ni, it revolves only between these two characters, walhal there were a lot of characters here. Kudos to Anjell. They said Dheos is much better than this, i will consider giving it a read and give some honest reviews!
Aku boleh cakap yang Dia Tetap Sempurna ini menghiburkan aku since aku pun dah lama tak baca fiction. ehe. jadi bila dapat baca novel dari Anjell, aku memang rasa teruja sebab jarang-jarang sekali buku Anjell tidak meninggalkan rasa berbunga-bunga di hati.
Aku boleh katakan yang aku enjoy dengan novel kali ini. Kisah Es & Dara ini melibatkan dinamik kekeluargaan & percintaan. Dialog menghiburkan aku, scene demi scene mengagumkan aku terutama sekali waktu diatas cruise, & konflik antara keluarga juga membuatkan cerita ini mempunyai emosi & kesinambungan antara bab memang tak payah cakap, kita akan ralit.
Cuma, aku kurang berpuas hati dengan konflik ketidaksemupanaan Es tu. Ia nampak seperti terlalu lambat untuk muncul & terlalu cepat untuk diselesaikan. Mungkin, mesej penulis untuk menyatakan bahawa sesiapa yang berada di tempat Es boleh berubah. Betul. Cuma aku khuatir ya adik-adik yang membaca, sesiapa yang mempunyai ketidaksempurnaan seperti Es, ia memerlukan masa yang agak lama untuk berubah & selagi kita boleh elak (ia dipersilakan elak). Aku pasti, cerita ini di garap bukan untuk diromantiskan.
dan Dara sebagai isteri, merupakan isteri yang matang dan mempunyai hikmah dalam memberi sokongan kepada Es. Ini scene yang harus dipuji. Overall, aku suka ja membaca Dia Tetap Sempurna kecuali ketidaksemurnaan Es. Itu saja.
The second novel from @anjell.sinuraz_ and yes, I fall in love with her writings!
Instead of falling in love with Eskandar Arasyah, I am more in love with Dara's characteristics, a strong independent female lead. I know her life is miserable, always find the wrong guys in her life, trouble is in love with her, but then there js a black knight coming to the rescue.
Eskandar, he is sweet, caring, very protective (but Dheo Han still the best for me) towards Dara and WILLING TO OVERCOME HIS IMPERFECTION JUST FOR HER (you don't know when I read his statement, it made me speechless for the whole 5 minutes 🙃)
Again, I tell you, his imperfection really really unpredictable, TaK TErpIKIR dEK AkaL FIkIran AkU, mindblown! Good job to the writer! p/s even till now, I cannot brain with the truth, make me realise how pure the love Dara for Eskandar, for her to accept him sincerely and completely.
The only favourite line in this novel is every time Eskandar called Dara, his beautiful SUNSHINE🌞!! So obviously my favourite scene is when Eskandar proposed Dara *screaming inside* 🥰🥰
latest anjell's novel. at first macam boring sikit, sebab terlalu melalut. the storyline is too much about dara and i need more about es. speechless right after i read about ketidaksempurnaan es. rasa tak puas sebab the ending rushing sangat. WE NEED MORE SWEET SCENES :'(
and rasa kesian for suria sebab the author only include her awal2 and tak banyak interaction between dara and suria. kata best friend :( and i syak the next novel will be about suria and haidar aha- so far i love the novel.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Overall novel ini ok. Cuma mybe sbb dh terlalu terjatuh tergolek dgn dheos. So my expectation tuk next novel dr cik author nii jd mkin tggi, but hmmm just hmmm sbb saya pon x pasti knp saya rse novel nii ade kurang sikit. Sorii ni personal opinion saya yaa, maaf. Anyway it's still a good read though. Thank u cik author.