Ilmu kebal. Memang ada orang yang mengamalkan ilmu kebal. Panglima-panglima Melayu pada masa dahulu diceritakan memang ada ilmu kebal. Tetapi apa yang askar musuh buat untuk mengatasi masalah ini? Mereka tangkap orang-orang yang ada ilmu kebal ini dengan pukat, kemudian rendam mereka dalam perigi beracun atau kurung hingga mereka mati kebuluran.
Ada yang ilmu kebalnya tawar dengan emas, musuh buat peluru emas, tembak dia. Musuh akan memerah otak untuk kalahkan kamu. Pasti akan cari jalan untuk mengatasi kamu yang lain, mereka boleh berpakat untuk jatuhkan kamu dan ini memang realiti dalam sejarah, lagi dan lagi.
Jadi, semua kekuatan, teknologi dan ilmu kebal itu tidak berguna jika kamu tidak menggunakan akal dan berpakat seperti musuh kamu memggunakan sepenuh akal mereka dan saling bantu-membantu.
Untuk mencapak kuasa dan perkasa melawan ilmu-ilmu ghaib penjajah sebegini, maka wajib belajar bagaimana membatalkan segala sihir mereka itu. Bersedialah senantiasa dengan kulit dan daging yang baharu; yang beruratkan dawai, berdarahkan raksa.
Ramai yang mungkin ada Internalized Racism ; kesan psychology yang dialami oleh mangsa-mangsa perkauman atau rasisme, termasuk aku sendiri.
Terkejut dan tersentap gila bila kena pada bila sendiri. Aku terus sedar diri.
Buku ini bagikan memberi nasihat dalam diam buat diri aku. Selain untuk memberi segala ilmu mengenai anti penjajahan juga. Kata-kata alu-aluan juga yang padat dan membuat aku tertanya-tanya akan karya ini. Cik Srikandi menjelaskan point-point dengan huraian, contoh sejarah yang memang ada di sejenak dunia dan juga cara untuk mengatasi nya.
Aku suka bab terakhir dalam buku ini iaitu Susuk Ilmu Kebal. Aku tertanya-tanya bagaimana sesetengah idea Cik Srikandi sama dengan idea di kepala otak aku. Jelas di situ, segala emosi Cik Srikandi terserlah, marah, jijik dan sedih dengan segala-gala.
Cik srikandi antara penulis Yang mempunyai fikiran Yang tinggi, buku ni adalah buku pertama Yang Aku miliki. Mungkin Aku Akan baca juga buku-bukunya Yang sebelum ini, Aku amat tertarik dengan Bab kitol Dan juga strategi untuk Kita sebagai anak melayu bangkit. Ia membuka Minda kita cuma buku macam ni Aku harap dipasarkan dengan lebih Luas agar anak-anak melayu sedar Dan bangkit sebab penjajah telah buat Kita Amat mundur kebelakang sedangkan bangsa Yang dibawa mereka maju Beribu langkah Dari Kita. Sejarah tetap sejarah cukup sebagai pengajaran, namun masa sekarang ini Kita perlu bangkit Dan buktikan melayu Bukan malas kerana melayu adalah Salah satu pembina empayar terbesar Di Asia tenggara. Kita mungkin Ada ilmu kebal tapi sedarlah musuh Akan Cari jalan macam mana nak jatuhkan Kita cukup tengok batman lawan superman lah macam mana batman perah otak nak jatuhkan superman Yang jauh lebih kuat. Nak lebih dekat tengok macam mana hang tuah bertarung dengan taming sari lah macam mana hang tuah berfikir hendak kalahkan taming sari Yang dikatakan kebal. Aku boleh katakan buku ni Akan membuka Minda anak melayu lebih luas.
“Pada masa yang sama, semua kesusasteraan zaman Merovingian, Anglo-saxons malah era Shakespeare lain pula ulasannya, di bingkai cantik-cantik sebagai hasil kesusasteraan tinggi, penulisan kreatif kebanggaan orang inggeris dan bermacam lagi pujian. Magna Carta dikategorikan sebagai ‘Perlembagaan’ manakala Undang-undang Kedah atau Hukum Kanun Melaka dikategorikan sebagai ‘Hikayat’ pula!” - Bab 1 - Ilmu Ghaib Penjajah / Taktik VII - menyeleweng sejarah (Beruratkan Dawai, Berdarahkan Raksa) By Cik Srikandi . . I cant remember when exactly i started following Srikandi’s page in Facebook but i know she’s very active there. I may not read all her posts and if i did, i may not agree with some of the things she wrote but it is such a breath of fresh air to read Malay historical perspectives / ideas / insights / opinions from a Malay Woman who is also an author. You can tell that she is very passionate about her heritage, culture and history which i strongly admired if that makes sense to you. I finished this book in 2 days and as much as i wanted the book to blow my mind - unfortunately it didnt. HOWEVER, it didnt mean the book was not good. She raised many questions particularly on the chapters that deals with ‘the myth of lazy natives’, ‘White Mens Burden’, and ‘Internalized Racism’. She also pointing out many fallacies to those who claimed that Malay did not have any civilization or Malay Language is not an original language as there is so many loanwords from other languages that were part of Malay. Cik Srikandi also highlighted the colonialism effect of worshiping the colonizers and how they it has taken place in the beginning of early Malay Literature written by none other than Munshi Abdullah. The discourse of ‘Si Kitol’ chapter is also quite interesting as to how it shaped the narrative of betrayor in Malaysian Politics even until now. *cough A_M_N*cough. Towards the end, the book started to become repetitive and this is where i started to lose my focus. I do think it has a tone of paranoid in her writing which i felt is unnecessary. Overall, this is quite insightful reading if you wanted to connect with your Malayness. If your TBR has these 2 books : ‘The myth of the lazy native’ and ‘Sulalatus Salatin’ - then this book can be your guide before you take a deep dive into those 2. . . Just among many things i learned from the book : 1. O.T Dussek and his role in the development of Malay Nationalism (though need to be pointed out that he is british) 2. Why am i not surprised that Rudyard Kipling wrote ‘The white man’s burden : The United States and The Philippine Islands? I didnt know until i read this book but the fact that he publish it didnt phase me. 3. Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan and Hikayat Abdullah showed a strong influence on how colonialism impacted the way he wrote the story. A strong criticism were directed towards the rulers but none whatsoever on the british colonization . (I need to read both books ASAP). 4. Sulalatus Salatin - Kesultanan Melayu Melaka, Negarakretagama - Majapahit, Shahnameh - Parsi Sasanid (Now i wanted to read this text as well). 5. During the Siamese and Cambodians war, many khmer people were taken by the Ayutthaya in a large scale resulting the deterioration of khmer culture and knowledge to the Cambodians. (KIV this as i wanted to read more on this as well) 6. Order out of chaos tactics - British trickery in taking over the Malay states administration. 7. The existence of Red Bean Army. (Need to read more on this!) 8. Kedah and Perak state coalition could have defeated Siam in the early 19th century if Kedah did not doubt his own strength. It was later proven when Perak and Selangor joined forces in Perang Musuh Bisik. 9. ‘Foreign Malays’ and ‘friendly raja’ is one of the reasons why they managed to take over and winning the war. Be it Portuguese, Dutch or British, the traitor from the inside is the worst one could face. 10. Aside from Si Kitol, i wanted to read more about another traitors listed in the book which is Nina Chatu (‘Syahbandar’ during the fall of Malacca) and Utimutiraja (The Javanese merchant during the fall of Malacca) .
Saya adalah antara orang yang kurang terdedah dengan buku-buku yang membincangkan semangat patriotisme.
Tetapi apabila saya membaca buku ini, semangat saya berkobar-kobar. Saya rasa saya mempunyai jati diri yang tersendiri, dan harus saya pertahankan.
Saya rasa semakin jelas tentang tipu helah dan taktik-taktik kotor penjajah dalam menanamkan kerendahan diri orang Melayu.
Turut dibongkarkan juga racun-racun perang saraf yang bermain di media sosial yang selama ini saya tidak perasan pun, sehinggalah saya membacanya dalam buku ini.
Buku ini mengetengahkan perkongsian sejarah berpaksikan idea ‘anti-penjajahan’. Saya kira buku ini antara bacaan yang berhasil meluaskan horizon pengetahuan saya berkenaan sejarah ‘anti-penjajahan’ yang amat jarang saya temui. Menerusi garapan kritis Cik Srikandi, sesetengah idea yang diutarakan beliau sedikt sebanyak telah menghentak benak pemikiran saya yang selama ini agak cenderung menganggap bangsa penjajah(Inggeris) sebagai ‘superior’. Melalui penulisannya, Cik Srikandi berusaha menyahut pembaca untuk mengikis daki pemikiran terjajah seperti pemikiran cetek yang menganggap bangsa kita sendiri adalah tidak kompeten lagi mundur. Sebaliknya kita haruslah mempunyai sifat estim yang tinggi untuk bangkit menjadi bangsa yang kompetitif sebaris dengan bangsa lain. Cik Srikandi juga ada menerangkan masalah yang membelenggu kaum peribumi seperti kehadiran kitol serta kegiatan korupsi yang jelas dapat menjahanamkan bangsa. Apa yang menarik adalah penulis juga menawarkan solusi kepada setiap permasalahan yang diterangkan.
Terima kasih buat @thepatriotsasia dan Cik Srikandi di atas penghasilan buku ini; sebuah buku yang saya rasakan sebagai sebuah koleksi penulisan yang tegas, garapannya penuh kritis disilam dengan ketajaman ideanya berkenaan ‘antipenjajahan’. saya yakin mampu untuk menggertak pemikiran terjajah anutan segelintir peribumi. Ringkasnya, seruan penulis melalui buku beliau ini telah banyak membuahkan natijah buat diri saya. Oleh itu, amatlah disarankan kepada kalian untuk turut membaca buku ini.
kalau baca tajuk dan sinopsis macam belajar ilmu kebal .. ilmu hitam tapi kan ... takde kaitan dengan ilmu hitam yang bomoh selalu buat tu ni ilmu hitam yang penjajah buat .. buku ni memang highly recommended untuk orang melayu dan budak melayu generasi sekarang dan fakta sejarah yang dibentangkan ada tu memang tak tahu so terima kasih memberi ilmu pengetahuan yang baru bagi diri saya ini ...
Buku ni ambik masa juga nak habiskan sebab, membincangkan isu masalah sosial melayu. Sering kita dengar di media sosial atau di mana mana. Ada beberapa tindakan yang berat sebelah dalam realiti yang agak kepincangan tentang perkauman. Dipukul oleh kebenaran realiti, buku ini menyedarkan kita. KITA SEBAGAI PEMBACA.
Perkara tentang kebenaran dalam realiti kini agak payah untuk ditelitikan kerana semua orang bijak pandai. Dan media sosial menjadi perantaraan kebenaran dan kepalsuan
Penulisan Cik Srikandi memang gila. 🔥🔥 Salute. Aku suka. Tahniah penulis yang sentiasa patriotik demi negara. Saya akan membeli semua buku karya cik srikandi. Ada perkara yang tertarik untuk dibincangkan tentang sejarah kita NUSANTARA
Buku yang menjentik rasa sebagai seorang Melayu yang sewajarnya mempunyai rasa patriotik mempertahankan Malaysia, mendaulatkan bangsa Melayu, menjunjung Bahasa Melayu, adat dan budaya Melayu, tidak berkompromi di dalam hak istimewa orang Melayu dan sebagainya serta menolak penjajahan 100% tanpa kompromi.
As expected from Cik Srikandi, I finished this book in just one sitting. Again, the title and synopsis at the back cover are rather misleading. But to me, if you're a Malay, this is a book you have to read at least once in your lifetime. Kudos to you, Cik Srikandi!! A mind-blowing book!