PG, pernah jatuh hati namun dia dikecewakan. Pertemuan dengan Elin, anak Cikgu Timah yang baru masuk ke Kampung Alor Papan menimbulkan pergaduhan yang tak berkesudahan. Bagi PG, wanita itu berlagak, cerewet dan kurang ‘bermoral’.
Elin pening! Baru saja ke kampung dia terpaksa berdepan dengan si mulut laser. Muka saja kacak... tapi sikapnya menyakitkan hati dan perasaan!
"Hang berkenan dengan tok wan aku ka?" Spontan Elin kalih memandang PG, "Excuse me?" "Daklah! Hang dok renung tok wan aku lain macam ja." "Ei, gila! I tengok tok wan you sebab I kesian tengok dia dok panjat tangga susah payah."
Dalam diam, Elin mula terusik dengan tingkah lelaki itu. Cuma resah Elin, adakah perasaannya bakal disambut?
Elin menjauhkan diri apabila dirinya dilukai. PG tak pernah sukakan dirinya! Namun hilangnya Elin membuat PG tersedar, hatinya sudah terisi dengan gadis itu.
Masihkah ada peluang kedua untuk PG? Dapatkah Elin memaafkan PG? Kalau benar Elin membenci, kenapa ada cemburu bila Zara mendekati PG?
Bacaan santai yang menhiburkan…kesian sangat dekat elin apabila di halau dari kampung untuk balik ke pekan kerana dianggap bawa musibah dalam kampung…Dah la baru pindah ke kampung.. baru beramah mesra dengan budak kampung (Ali dan Hakim) dah dihalau pulang ke kota semula….
Kisah mengenai Elin yang baru berpindah ke satu kampung disebabkan mengikut ibunya yang pindah sekolah. Di kampung ni lah macam-macam terjadi. Awal-awal sampai terkena taik lembu, jatuh ban dan macam-macam lagi 😂 PG pulak suka cari pasal dengan Elin, cakap main lepas ja. Disebabkan suatu peristiwa Elin bawa diri duduk dengan abang dia balik di KL sebab makan hati dengan orang kampung dan PG. Tiba-tiba bila sambung belajar jumpak balik dengan PG dekat uni hahahaha. Roommate Elin pulak sebenarnya adik PG.
okay, buku ni santai je. Sesuai dibaca untuk semua lapisan masyarakat gitu, sebab ala-ala remaja dan muda belia je wataknya. .
PG (Hazwan) pernah muncul dalam novel Love, Suga, tapi aku dah tak ingat wataknya macam mana. .
Dalam buku ni, PG ni asyik duk menyakat Elin, anak Cikgu Timah. PG ni budak lepasan degree, tengah tunggu nak sambung master. So, dia jaga la Tok Wan nya kat kampung. Lepas tu, pertama kali pulak jumpa dengan Elin, Elin tu kekwat gila. Memang kena bahan la dengan PG, lagi-lagi, Elin sampai terjatuh dalam tahi lembu, sampai kena pinjam seluar 'anak saudara' PG. hahaha..padahal, seluar PG weh. .
Dalam ni, banyak gila moment PG duk menyakat Elin. Ada tu, dia menyakat pasal Elin tak bertudung. Hurm, semua kawan PG pelik. Bila PG berhadapan dengan Elin, hilang terus PG yang gentleman, PG yang menjadi idaman gadis-gadis. .
Sehinggalah peristiwa ada budak lemas ketika budak tu pergi sungai dengan Elin, memang PG marah gila Elin. Sedih weh part ni. Rasa macam satu kampung marah Elin, nasib baik Cikgu Timah faham anak dia. .
Sejak tu, Elin balik semula ke bandar. .
Tapi, tak habis kat situ. Elin jumpa semula dengan PG kat universiti. Punyalah Elin tak nak masuk pasukan JPAM, dia pergi masuk pasukan bola keranjang. Sekali, assistant coach ialah PG. Sekali lagi, PG ni jahat gila ngan Elin. hahaha .
Overall, cerita ni santai-santai je. Seronok dibaca.
Cerita yang sangat santai. Boleh habis in one seating. Tak faham aku orang macam PG ni, kalau suka dekat someone, cubalah sweet-sweet sikit, ini asyik nak cari pasal je. Jangan cakap Elin, aku yang hanya membayangkan pun makan hati. Haha..
oouucchhh!!! pernah tak korang baca buku lepas tu dahi kena jentik sebab asyik mengekek sorang-sorang? haa... kalau nak kena lagi, sila baca karya puan penulis Najwa Ulfah Abdul Rahman ni. confirm siapa yang ada kat sebelah-sebelah tu akan sangat jeles!
anak cikgu timah ni namanya elin. brutal tapi anak yang manja dan sangat sayangkan emaknya. sanggup redah masuk kampung walaupun tak berapa suka. dah duduk kampung, geng baiknya ali dan hakim. budak, bukan yang baya-baya dia. nak yang baya dia atau tua sikit? tu... ada si PG. tapi, adoi... bergaduh tak sudah!
ada je hal yang jadi. pg pun asyik cari pasal tak sudah. kalau pasal elin, ada je tak kena. kenapa ya?
klimaks, dia gila-gila marah sebab ali lemas. walhal boleh je tanya elok-elok. sian elin. terus dia bawa diri dari kampung.
dah habis? ehhh... ada lagi. part seterusnya ni lagi best. malaslah akak nak cerita, kang sinopsis penuh akak bagi, korang malas nak cari dan baca pula. tapi serius, banyak babak yang sangat best nak baca. antaranya bila paan tumbuk pg. kenapa best? eh, pi cari novel ni.
kita ni sebagai manusia jangan mudah nak cari salah orang lain. diri sendiri pun bukanlah betul sangat sampai asyik nak marah, nak tengking, nak jerkah orang. cuba check jiwa. kot mana tau ada yang tak kena.
lepas tu, jangan suka buat tuduhan melulu. kalau betul sekalipun, kan ada cara lebih baik nak menegur. tak perlu canang satu dunia sampai nak aibkan dengan orang lain. manusia ni ada rasa malu. kalau setakat malu dan terus bawa diri, tak apa. kalau dendam muncul dalam hati?
masuk kandang kambing, mengembek. masuk kandang lembu, jaga-jaga. jangan sampai terduduk atas fresh from lembu! jaga diri, itu sebaiknya. okey?
Kisah Hazwan@PG yang pernah trauma kerana direject dan orang tersebut pula muntah sewaktu dia meluahkan perasaan...aduhaiii.. Kisah biasa tapi suka dengan penulisan yang smooth je.
Berkenalan pula PG dengan anak Cikgu Timah yang baru berpindah ke kampung, Elin. Gaduh punya gaduh, eh..terjatuh suka pula.. Bukan setakat suka...Cinta sampai tahap serius nak kahwin lagi.
Namun dalam perkenalan yang semakin rapat, tetap ada konflik mendatang. Sampai saya terasa dengan kata-kata PG kepada Elin waktu salah faham berlaku. Dan juga suka dengan watak-watak lelaki dalam cerita ni. Sempoi. Baru berkenalan terus ngamm... Dekat akhir-akhir juga ada terselit kelakarnya si PG ni dengan Tok Wannya. Tahu kalut. Biasa dia je membuli Elin. Kali ni dia pula yang terkena.
Kisah seorang gadis bandar yg datang ke kampung utk tinggal dgn ibunya yg baru berpindah ke situ. Biasalah anak bandar.. mula² tu Elin ni kerek sikit tapi lepas tu ok je. Siap berkawan baik dgn Ali dan Hakim lagi. Elin bertemu pulak dgn Hazwan a.k.a PG yg selalu bermulut lepas, memang macam anjing dgn kucinglah diorang ni. Tapi dlm kerap bergaduh mulut tu, PG dah jatuh suka kat Elin. Cuma dia selalu cakap kasar dgn Elin sebab suka tengok Elin marah².
Ada satu peristiwa yg terjadi dikampung yg buat Elin benar² terasa hati hingga dia membawa diri jauh dari kampung. PG dirundung rasa bersalah namun dia tak sempat minta maaf, Elin dah pulang ke bandar. Tapi mereka berjumpa semula lepas suatu ketika. Silap PG bila dia tetap layan Elin dgn kasar walhal dia masih hutang maaf pada gadis itu.
Namun saat PG mahu meluah rasa, Elin muntah. PG kecewa. Dia terus jauhkan diri dari Elin dan layan Elin dengan buruk. Mujur ada kawan² PG yang tetap setia beri nasihat dan sedarkan PG. Elin yang sedih dan kecewa dgn sikap PG bertambah sedih bila ternampak PG dan Pijah terlalu mesra. Dapatkah PG meluahkan isi hati pada Elin sekali lagi bila rahsianya terbongkar? Siapa pula Pijah yg dilihat bergelak ketawa mesra oleh Elin? Dan sedihkah PG bila tokwannya memilih untuk meminang Elin?
Kena dapatkan novel ni dan baca apa peristiwa yg berlaku di kampung dulu hingga membuatkan PG marah besar pada Elin bahkan Cik Kiah turut sama marah dan benci pada Elin. Dan apa hubungan Pijah dengan PG? Yang paling utama, ikhlaskah PG bila Elin menjadi pilihan hati tokwan? Semuanya akan terjawab dalam novel Anak Cikgu Timah Masuk Kampung.
Buku ketiga hasil karya Najwa Rahman yang saya baca. Dua hari berturut-turut memang beli ebook dekat e-sentral je kerja saya
Sweet.
Kisah cinta klise. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab mula2 gaduh tapi lama-lama suka. Gittew.
Tapi yang lainnya kisah ni yang membuatkan dia tak klise sangat sebab mungkin gaya penceritaan dan olahan Cik Penulis dan ketiadaan orang ketiga yang obvious sangat. Jadi saya tarik balik tag klise dari novel ini 😂
First baca pun rasa Elin ni kekwat sangat ye. Tapi sebenarnya hati dia baik. So tak boleh tak suka lama-lama dekat Elin ni.
Untuk Hazwan (PG), saya teruja nak baca novel ni sebab kesiankan dekat dia sebelum ni. Tapi bila baca ni, hati saya pulak sakit dengan perangai PG. Nakal tu tak kisah sangat tapi mulutnya, laser betul ye.
Tapi memang hero novel Najwa ni kebanyakannya buat saya geram ye. Macam Gulp! Cafe saya geram sangat dekat Jet. Kalau Love, Suga sakit hati sikit dengan Firas (sikit jelah). Tapi untuk Anak Cikgu Timah Masuk Kampung ni, Ya Allah geram sungguh dengan PG. Mananya PG yang gentleman tu? Dah hilang. Sedap2 je marah orang, tengking orang gitu. Ingat orang tak ada hati dan perasaan ke? Emo pulak hahaha
Tak ada plot twist apa pun sebab ceritanya pun simple and sweet2 gitu. Tak menyakitkan kepala. Tapi boleh buatkan orang menangis jugaklah. Mungkin saya ni oversensitive so benda tu buatkan saya rasa cepat je nak menangis.
Banyak part yang predictable tapi tak mencacatkan jalan cerita pun. Yang pastinya, saya berharap sangat Cik Penulis sambung kisah Aman-Pijah dan Danny-Jihan. Teringin nak baca kisah diorang pulak hehe.