Buku Ogos saya
Baru berkesempatan untuk mengulas dua buah buku ini. Dia tiga serangkai, satu lg buku gadis bestari, tapi malangnya sempat baca sikit, tertinggal di kampung, pulang semula sudah hilang.
Kalau anda belum membaca lagi, saya sarankan beli dan bacalah. Cadangan saya mula dengan wang ada di mana? Gadis bestari. Baru otak power.
Saya bermula dengan otak power baru gadis bestari then wang ada di mana. Nama pun otak power, perbincangannya lbh berat. Dan ia perincian dr kedua buku lain. Walaubagaimanapun ada juga dari buku lain tiada dalam otak power.
Kesimpulannya, ketiga2 buku ini mengajar kita pengurusan kewangan yang betul.
- kereta bukan aset ❌ ia adalah liabiliti. Jadi bersederhana. Buku ini ada ajar kaedah pengiraan sebelum beli kereta.
- emas adalah aset. Tapi jangan terlalu mengejar ia. Kerana waktu kita terdesak agak payah nak guna ditambah kos2 yg menyusahkan.
- kutu. Ia tidak membantu "cantik" nya duit kita. Bagi orang yg aim sesuatu, ok la kot. Mcm sy tak sesuai dh.
-cash. Cash is king. Dr. mmg banyak tekankan untuk ada cash. Maksudnya duit. Bukan cash d tangan duk dalam rumah tu.
-nak melabur boleh. Tapi pilih pelaburan yang kita tidak "sakit".
-simpanan. Sebelum nak beli apa2, termasuk kereta, rumah, melabur make sure simpanan 6 bulan gaji untuk kecemasan wajib ada. Yang ni memang terhantuk dinding saya.
- pelaburan yang okey untuk kita baru nak up ni, tabung haji dan asbn.
Banyak lagi. Jemputlah baca. Dan amalkan. Moga kita dapat membetulkan kewangan kita. Menguruskan kewangan kita dengan cermat dan baik adalah salah satu tanda syukur kita kepada Allah.
Allah berfirman:-
"Sesiapa yang bersyukur, aku akan tambah lagi, sesiapa yang kufur sesungguhnya azabku sangat keras."