Gadis hari ini tidak seperti dulu lagi, mereka tidak boleh bergantung kepada lelaki lagi. Jika kita mendapat suami berkualiti. Itulah rezeki, jika tidak kita kena hadap sampai kita mati.
Buku ini tentang wanita, gadis, isteri dan bidadari agar ada simpanan dan persediaan sendiri. Kita tidak tahu sampai bila baru kita akan bertemu jodoh. Rancanglah hidup dari sekarang dan bukannya sejak suami datang.
Belilah rumah sewaktu masih bujang, jangan tunggu sampai menjadi milik orang. Buat simpanan sejak zaman belajar, bukan zaman dah mula kerja. Jangan buat silap bila mula kerja dengan beban hutang, takut nanti bakal suami kita yang tanggung nanti. Jika dia baik, dia tak akan lari. Jika dia tahu kita hutang sana sini. Dia mungkin menghilangkan diri sunyi sepi.
Waktu kecil dulu, kita beranggapan kalau kahwin dengan orang kaya, maka hidup kita akan terjamin bahagia. Tapi kalau kita ditakdirkan lambat kahwin, adakah kebahagiaan kita juga akan lambat dikecapi ?
Buku ini merubah cara kita berfikir. Gadis harus mula belajar berusaha sendiri. Usah menunggu lelaki kaya. Saya bersyukur kerana baca buku ini sewaktu masih belajar, jadi masih sempat untuk betulkan perancangan kewangan saya.
Menjadi cantik bukan matlamat hidup saya, tetapi menjadi bijak dalam menguruskan duit diri sendiri.
Good books from Sir Azizul, he is one hartanah expert. Recommended to follow his fb page.
Basically, buku ni light and easy to read. Lebih kepada ayat-ayat nasihat kepada anak muda. Pembaca lelaki dan perempuan boleh je baca, sebab ada je tips untuk kedua-dua nya.
Menekankan pentingnya simpanan & pelaburan. Bila dah ada tabung sendiri, itu sudah bagus. Sekarang cari cara untuk kembangkan duit simpanan iaitu melalui pelaburan, contohnya : asb, TH, waheed invest pun okay etc.
Selain itu, hibah dan income protection. So basically tak kisahlah para suami, para ibu tunggal, jangan kita menyusahkan dan biarkan isteri atau anak terkapai-kapai apabila kita sudah meninggal, kita kena ada back up plan, dgn carumkan rm sekian untuk income protection dan boleh buat hibah (hadiah) terus kepada keluarga kita (contoh : isteri or anak). So, nanti sekurangnya beban dorg akan ringan sikit.
I'm as extraordinary man , sangat suka buku ini kerana ia terlalu bakar semangat untuk jadi lelakisejati . ia juga menggalakkan perempuan untuk menjadi bijak menyimpan agar dapat berdisiplin pada waktu keadaan yang sukar .
Buku ini juga mengeluarkan fakta bahawa kat luar sana ramai perempuan yang tersepit untuk keluar dari hidup dia akibat menanggung hutang suaminya . ini menunjukkan buku ini tegas untuk menolong perempuan untuk menjadi bijak menguruskan sesuatu dengan berdisiplin
orang kata " Beauty with brain " ha gitu . Tak ke cair laki dengan perempuan yang mempunyai sifat sebegitu . saya baca buku ini , saya rasa sangat tercabar kerana penulis sendiri membongkarkan rahsia agar cepat bertindak sebelum terlambat . istilah nya ( hartanah ) baik beli awal jika cukup kriteria daripada menunggu waktu yang tepat dan hartanah sudah naik .
I would recommend other to read this. Kandungan dalam buku ni basically to nurture awareness about their financial aspect. Kupasannya agak menarik bagi saya sebab bahasa yang digunakan jelas, mudah faham dan penulisannya yang santai.
Antara kandungan buku ni : -Tips Kewangan Buat Ibu Tunggal -Gadis Dan Rumah Idaman -Impian Setiap Wanita -Wasiat Atau Hibah Lebih Bagus? -Jangan Lakukan Untuk Kahwin -Cabaran Orang Muda
Not to mention, ada banyak kisah tauladan yang dikongsikan dalam buku jadi pembaca boleh jadikan iktibar. Nasihat-nasihat yang diselitkan bagi saya memang relevan dengan situasi sekarang. Overall, this book is worth reading.
Gadis Bestari Ada Simpanan Sendiri. Azizul Azli Ahmad
Ada yang tanya mana saya dapat idea penulisan tentang wanita jelita dan gadis bestari. Ini buku yang saya hadam. Tersenyum sorang-sorang. Tak sabar pulak nak akad nikah lepas habis baca buku ni haha. . Penulisan yang santai dan menarik. Sangat sesuai dibaca oleh gadis-gadis kampus, sekurang-kurangnya ada sedikit guideline dalam memilih calon suami dan cara pengurusan kewangan. . Hats off to writer.💘 . #Letsاقرأ #syawalbookreview