Hidup Asiah jadi huru-hara bila dia tiba-tiba dilamar oleh dua lelaki serentak. Dua-dua pun duda. Yang seorang, duda Asiah sendiri dan yang seorang lagi, duda a.k.a bos sendiri. “Marry me, again. Beri abang peluang kedua.” – Dayyan. “Kalau awak pilih saya, saya tak akan minta peluang kedua.” - Iskandar. Dayyan dan Iskandar saling merebut tempat di hati Asiah. Ada sahaja benda yang hendak digaduhkan. “Kau ni pun kalau nak teman As menangis, bawalah stok tisu.” - Dayyan. “Mana aku jangka dia nak menangis. Sikit lagi aku nak pinjamkan bahu untuk dia tadi.” – Iskandar. “Alah, tak hairan. Aku pernah pinjamkan bahu aku pada As.” – Dayyan. “Pernah tu sesuatu yang dah berlalu. Sekarang kau dah tak dapat lesen yang dulu tu.”- Iskandar. Rasa cinta selalu membuatkan kita sakit. Tapi rasa sakit itu belum cukup besar untuk membuatkan kita pergi. Dayyan dan Iskandar saling mengetepikan ego mereka demi seorang Asiah. Namun, takdir memiliki rahsianya sendiri. Bahagia yang dijanjikan, dipenuhi duri. Satu demi satu rahsia mula terbongkar. “As ni tak layak untuk dipertahankan ke? Semua orang sibuk berjuang untuk kebahagiaan As. Tapi pernah tak korang berdua tanya As, apa yang membahagiakan As?” - Asiah. Dayyan dan Iskandar mahu menjadi seperti langit. Langit yang memayungi Asiah ke mana saja. Langit yang meneduhkan. Tapi mereka lupa bahawa langit juga boleh membasahkan. Antara tiga hati, hati siapa yang bakal terkorban? Siapakah nanti yang berjaya memenangi hati Asiah?
Menulis itu umpama meneroka kemungkinan dalam dunia yang berbeza. Yang boleh menarik orang lain ke dalam emosi. Berenang dalam dunia yang penuh kemungkinan. Dunia yang mungkin orang akan suka atau mungkin dunia yang langsung orang tak nak masuk.
puas tahan sebak, tapi tetap menangis baca. kejam cik cantik Ezza Mysara ni. beri pembaca sebuah cerita yang sangat bermakna tapi dilambung-lambung hati. sekejap suka, sekejap gembira, sekejap geram. pengakhiran, sedih.
dayyan dan asia bercerai. buat yang baca novelet sebelum ini, mesti tau yang iskandar pula nak ambil tempat di hati asiah. dah macam piala kemenangan yang mereka berdua rebutkan.
penyudahnya, antara dayyan dan iskandar, mereka berjanji untuk bersaing dengan sihat. seronok baca bila kedua lelaki yang sukakan asiah menjadi akrab. asiah pun kadang-kadang pening dengan mereka berdua. memang seronok baca. terasa setiap kasih sayang sahabat antara mereka.
begitu juga dengan jijie. punyalah asiah sayangkan dia hingga hendak jauhkan jijie dari nizam. tapi penerimaan jijie sebaliknya. dia lebih percaya tohmahan nizam dari sahabat baiknya sendiri.
akak sangat kagum dengan pembinaan naratif dan dialog oleh penulis cantik ini. sangat menusuk jiwa. sangat rugi kalau ada patah kata ditinggalkan, tak dibaca. lagi rugi kalau rasa-rasa nak langkau cerita. punyalah sayang nak baca laju, tiga hari akak dok hadap novel ni. saja baca perlahan. nak hayati setiap detak kata, setiap denyut perkataan yang ada. seolah hidup!
itulah kehidupan. antara dayyan dan iskandar. tak ada beza perasaan sayang mereka terhadap asiah. walaupun hanya seorang yang mampu diberi takhta untuk duduki dalam hati wanita itu. dan seorang lagi... hakikat pedih yang mereka bertiga harus terima.
sedih, duka, pun ada sentiasa dalam perjalanan hidup manusia.
Novel ke 2 penulis yang aku baca. Serius aku sangat2 sukakan covernya. Cantik .
Kisah kehidupan seorang wanita, Asiah yang bercerai dgn suaminya, Dayyan demi kebahagian hidup Asiah. Apalah ertinya kebahagiaan jika bercerai. Namun Dayyan mempunyai sebab tersendiri. Rahsia hidup yg dia pendam .
Iskandar, ketua Asiah di tempat kerja. Seorang duda. Mempunyai kisah hidup tersendiri hingga dia bergelar duda. Seorang yang garang serta cerewet. Namun hatinya terpikat pada Asiah. Sedaya upaya dia cuba untuk memenangi hati Asiah .
Dayyan muncul kembali. Cuba merebut Asiah. Lalu tercetusla persaingan merebut Asiah antara Dayyan dan Iskandar. Pada mulanya mereka spt budak2. Cuba merebut cinta Asiah. Namun lama-kelamaan, mereka menjadi gentlemen. Memenangi hati Asiah secara sihat. Lalu siapakah yg mampu memenangi hati Asiah? Antara Dayyan dan Iskandar, siapakah jodoh yg sekadar singgah? .
Penulis cukup banyak mainkan emosi aku. Aku tergelak dengan perangai Dayyan serta Iskandar. Yg pada mulanya sbg pesaing, menjadi sahabat karib. Ditambah terselit part psiko. Si Nizam yg cuba menghukum Asiah atas sebab Asiah merobohkan perhubungannya dgn 'sang kekasih'. Dan dihujung2 penulis menjatuhkan airmata aku. Serius laaaaa. Emosi aku tak stabil baca novel ni. Hebat penulis ni. Mainkan perasaan pembaca .
JYSS adalah kesinambungan pada zine Terbang Pulang. Jika dlm TP kita jadi konfius utk berada di pihak Dayyan atau Iskandar, tetapi utk JSS kita tak perlu susah hati sbb writter dah buat keputusan siapa yg berhak utk berada di hati Asiah😊.
Seperti review saya pada TP, sekali lg saya rasa mmg sgt sukar rasanya dlm zmn skarang utk mencari seorang wanita yg begitu perfect spt Asiah. Sentiasa tenang, sabar, rajin dan sentiasa berfikiran positif. Maka tidak hairan lah jika segala kebaikan yg diberi oleh Asiah menyebabkan org sekelilingnya mengambil kesempatan.
Dayyan yg kelihatan baik dan bertanggungjawab itu pon rupa2nya sudah lama menjadikan Asiah ini benteng dlm menutup aib dirinya. Walau dia telah insaf tetapi sayangnya jejak2 aib itu sering menghantuinya dan akhirnya menjadikan Asiah mangsa dlm dendam yg terpendam lama.
Iskandar yg juga seorang duda dan sangat menginginkan Asiah menjadi isterinya juga mempunyai kisah silam dan aib yg ingin disimpan rapi. Tapi aib mereka hanya mereka bertiga shj yg mengetahuinya. Dan betapa saya bangga kerana mereka bertiga mampu utk bersahabat baik dan saling hormat dan menjaga aib yg disimpan. Part ini pon saya rasa sgt rare.
Permulaan cerita mmg sangat santai. Dan adakalanya rasa sgt annoying kerana seorang wanita menjadi rebutan 2 duda yg hebat. Tetapi bila aib mereka terbongkar dan dipenghujung cerita, writter terlebih bijak menyuntik emosi pembaca sampai berderu2 air mata mengalir😭. Ermm jahat!!!
Dia adalah rumah di mana semua kurangku diterima. Dia adalah rumah di mana semua salahku diperbaiki. Dia adalah rumah di mana egoku mati. Dia, Asiah binti Khalil
Dicintai oleh dua lelaki serentak itu tak mudah. Tak seronok pun sebenarnya bila salah satu hati itu bakal dilukakan. Memilih jodoh itu bukan macam pilih ikan dekat pasar. Nampak elok dan segar terus pilih. Lepas beberapa hari, jika dibiarkan akan busuk dan terus dibuang. Memilih calon yang bakal mengisi jiwa itu ibarat satu pertaruhan hati. Kelebihan dia akan menampal kekurangan kita dan kekurangan dia akan ditampal oleh kelebihan kita. Bukan hanya separuh perjalanan hidup, tapi diharap kekal sampai ke penghujung hayat. Asiah, seorang wanita yang lemah lembut. Yang penuh dengan token kasih sayang yang dikongsi kepada orang disekelilingnya. Yang penuh dengan sifat sabar dan sanggup menganaktirikan hati sendiri dahulu untuk kebahagiaan orang lain. Namun, jangan sesekali mengugat ketenangan yang terselit di sebalik raut wajah yang jernih. Ada jiwa yang bakal sentap.
“Awak adalah manusia yang begitu mahir meyakinkan hati. Tapi akhirnya yang tinggal hanya kata pergi. Untuk apa awak nak patahkan lagi hati yang sedia patah?” – Asiah x Iskandar
“Sampai hati abang tipu As. Sampai hati abang buang As macam ni!” – Asiah x Dayyan
“Macam nilah, anggap aje yang As ni tak pernah kenal pun korang berdua. Tak payah sibuk nak bahagiakan orang sangat. Yang memberi bahagia tu, Allah. Bukan korang!”
************************ Kasih sayang itu adalah pengorbanan tanpa merasa berkorban. Dialah, Iskandar bin Ismail.
“Saya memang tak sempurna. Tapi saya percaya ada seseorang yang sentiasa menerima itu semua. Dan saya selalu percaya yang orang itu adalah… awak.”
“Masih mengharap menjadi harapanmu. Masih bermimpi menjadi mimpimu. Masih berdoa menjadi doamu. Masih merindu menjadi rindumu. Masih mencinta menjadi cintamu.”
Mencintai seorang Asiah itu bukan sumpahan. Tapi satu rasa yang tak mampu ditahan. Punyai masa silam yang tak membahagiakan namun cuba untuk mencipta ruang rindu untuk cinta yang mendatang. Iskandar, dia tak sempurna tapi cuba menjadi yang sempurna untuk Asiah. Dalam pada menjadi sempurna itu, tanpa sedar ada ego yang masih terendam. Ada terselit cemburu yang sukar dipadam.
******************** As… As tahu tak, mengahwini As adalah perkara kedua terindah yang pernah berlaku dalam hidup abang? – Dayyan
Melawan keinginan hati yang jauh tersimpang bukan mudah. Bila ada Asiah, hidupnya berubah menjadi lelaki yang lebih baik. Namun, kesilapan yang pernah dilakukan suatu ketika dahulu bagai menghantui hidupnya tanpa sudah. Hati Asiah harus dijaga. Kalau boleh, biar semua sakit itu dia tanggung. Biar bahagia itu selalu menghujani diri Asiah.
*********** Awan dan cinta itu hampir sama. Kita tak akan pernah tahu bila ia mendung, bila ia hujan ataupun bila ia cerah. Begitulah juga hidup. Lalui seadanya. Hiduplah sekadarnya.
JYSS, sebuah naskhah yang sederhana tapi cukup. Kemanisannya cukup. Kesakitannya cukup. Kebahagiaannya cukup. Lucunya pun cukup. Tanpa perlu berlebih. Ramuan yang cukup dalam sebuah perjalanan mencari bahagia antara Asiah, Iskandar dan Dayyan. Kalau ditempatkan dalam diri seorang Asiah, aku tak mampu menjadi sebaik dia. Yang terpaksa menipu untuk bahagia orang lain. Yang terlihat kuat di mata semua orang tapi sebenarnya rapuh di dalam. Yang sebenarnya terluka tapi masih tersenyum memberi sayang. Hidup dengan seorang Dayyan, dia pernah bahagia. Hidup dengan seorang Iskandar, dia tersenyum gembira. Dan semestinya dia harus memilih salah satu antara dua. Siapa yang Asiah pilih? Korang kenalah baca sendiri. Yang penting jangan selak belakang dulu. Nanti tak thrill. 🤪 Lagi satu bila korang dah baca konfem susah nak letak sebab nak tahu apa jadi seterusnya. Plot twist dia boleh tahan jugak 😁
Apa yang menarik dengan tulisan EM? Filosopinya. Pickup-linenya yang tak pernah terjangka. Dalam hiburan yang mencuit hati, ada ilmu yang sedikit sebanyak dikongsi. Bukan sebuah naskah yang kosong. Ada pengajaran untuk direnungkan dan dijadikan ikhtibar. Semoga terus dikurniakan ilham yang banyak dan baik untuk dikongsi dalam naskhah yang seterusnya. 5 ⭐️for JYSS.
p/s: Jangan lupa baca zine Terbang Pulang dulu sebelum novel Jodoh Yang Sekadar Singgah. Baru cukup kaya dalam sederhana. Ehhh, baru cukup lengkap. 😁
Aku benci la penulis ni. Kalau baca buku dia, kalau tak nangis, memang tak sah. .
Dan aku kagum dengan otaknya yang bergeliga. Mana dia dapat ayat-ayat motivasi, kisah sejarah Islam, ayat pick up line yang takde la cringe sangat pun, dan mana datangnya idea dan tulisannya yang sangat menusuk ke kalbu. .
Untuk yang tak pernah baca zine Terbang Pulang (aku pun tak pernah baca), aku suggest korang baca yang tu dulu. Boleh je nak baca JYSS terus, tapi maybe permulaan cerita akan pening-pening lalat sedikit. Tapi jangan risau, ada je flashback dalam ni. .
Ni kisah persahabatan dan percintaan antara Dayyan-Asiah-Iskandar. Kalaulah ni, buku tentang seorang lelaki dan 2 perempuan, aku rasa, poligami je la. Tapi ni kisah seorang Asiah yang sangat baik. OMG. Macam mana nak jadi baik macam Asiah? Patutlah dia dicintai 2 lelaki yang sama-sama hebat. .
Dayyan, bekas suami Asiah. Lepas cerai pun, dorang masih baik. Selalu keluar sama. Dan baiknya mereka, masih menjaga aib masing-masing. .
Iskandar, bos Asiah. Seorang duda. .
So, 2 orang ni, yang awalnya, macam kanak-kanak berebut lollipop, akhirnya berkawan mesra. Semuanya demi Asiah. .
Siapakah pilihan Asiah? .
HIGHLY RECOMMENDED untuk yang sukakan cerita Ezza Mysara, yang sukakan cerita cinta dan persahabatan.
Buku pertama yg kubaca from penulis. Masa baca blurb, ingatkan kisahnya typical 2 lelaki rebut seorang wanita. Seorang ex husband dan seorang boss di pejabat. Tapi bila dah mula baca, ohhh amat meleset sangkaanku.
Tentang Yan, As dan Is yg masing2 ada cerita tersendiri. Yan yang lepaskan As demi kebahagian As dan kemudian datang balik cari As. Is, encik boss yang suka dan sayang kat As tapi ada rintangan pula. As yg penyabar, tabah dan cool tapi akhirnya akur dengan takdirNYA.
Suka akan tema persahabatan yang diketengahkan oleh penulis. Walaupun mula2 Yan dan Is mcm budak2 tapi lama2 mereka matang dan saling give and take demi seorang As. Sampai sanggup berkorban for each other. Haihhh, i like 🤩
Dalam banyak banyak review novel dkt gr ni, novel EM la paling rajin kena review...nampak tak aku tak bace novel org lain sgt dah sekarang...mesti akak ni bubuh dadah dalam sume cerita dia sampai dah x nampak yg lain kannn hahahha
utk JYSS ni aku suka sebab banyak ayat balas balas kata ngam teruk ..mesti korang setuju jugak kan... sape bace novel EM tahu la mcm mane rase dia. Heroin dlm cerita ni jenis lemah lembut. Aku suke As marah2 lembut tapi tegas dkt Is n Dayyan.. walaupun macam soft je As ni tp jalan cerita xde lah plain n monotone je.. sedap bace!! Aku penah bace 1 novel ni heroin tu lembut mcm ni... pastu ttbe aku rase nak jd lembut mcm tu... cuba teka jadi tak? hahah mesti lah x jadi... bertahan 2 3 hari je hahaha.. Tp oklahh kan.. bile bace, rase nak berubah nak jd cool x mo gegarang, fikir dulu... tabah hmmm
Is n Dayyan ni dua dua duda yg manis taw sampai konfius mcm As nak pilih team mane dulu huhu.... ada juga part yang boleh buat mata korang akan berpeluh. Aku tak sangka buku ni boleh buat nagis jugak....adehhh... tp overall nice ending.. sweet jgk ye As ni.. untung partner dia hahahaha ... Wishing you a brighter, kinder and prosperous 2020 akak and more beautiful stories to read ahead.❤️❤️❤️ choiyouk utk next novel
4.6/5 ⭐ (-0.4 sebab kak Ezza mempermainkan perasaan saya!)
"boleh, dengan syarat awak kena tolong saya"
"tolong apa?"
"tolong sayang saya."
Excuse meh?? mana Encik Ahmad Iskandar yang garang, bengis tu?! gatal betul abe Is duda ni dalam JYSS ni ya! nak kena babap ni!ayat manis manis je eh keluar bila dengan As. kita jealous tahu! eh lepas tu, tengah buku boleh pula dia buat kita geram dengan perangai dia eh!
Dayyan, sangatlah husband material! lepastu, kenapa awak ni suka buat ayat sedih eh? kesian air mata saya asyik keluar je! sampai ke hujung dia buat kita nangis! dan saya pun "hey! how dare you make me cry!" i just love Dayyan so much 🫶🏼🥺
Asiah, saya rasa macam nak jadi bestfriend awak tahu! As seorang yang sangat tenang, walaupun kadang tu keluar juga gelabah dia. senyumannya tak lekang di bibir, walaupun hidupnya penuh halangan dan cabaran. bila dua duda berebutkan dirinya, apa patut Asiah buat? ah sudah! pening!
Asiah, janda yg telah bercerai dgn Dayyan Rafael atas keputusan bersama. Rahsia perceraian mereka disimpan rapi tp hubungan mereka tetap akrab dan tak pernah putus. Malah Dayyan sentiasa ada bila Asiah memerlukan. -- Iskandar juga pernah melalui fasa perkahwinan yg akhirnya menjadi duda. Dia ada kisahnya tersendiri. Seorang ketua di sebuah syarikat dan Asiah adalah PA nya. Garang dan cerewet mmg sinonim dgn Iskandar namun dia berubah karekter bila dgn Asiah. Sweet tahap tak ingat. -- Huru hara kehidupan seorang Asiah bila dua org lelaki berebut utk bertakhta di hatinya. Seorang adalah bekas suami dan seorang lg, bos di tempat kerja. Lalu mereka sepakat bersaing secara sihat utk memenangi hati Asiah. Mcm² perkara terjadi. Dua² tiba² jadi mcm kanak² ribena yg berebut nano nano. Comel. Dayyan dgn sikap prihatin dan kasih sayangnya. Iskandar dgn stok ayat² manisnya. Agak² Asiah pilih siapa ehh -- Dayyan melamar semula Asiah. Tak mahu kalah, Iskandar juga melamar Asiah tp Asiah masih sukar mahu percaya sama ada lamaran Iskandar sekadar mahu menutup kelemahan yg ada atau benar² ikhlas. Apakah mungkin sama dgn kisah Dayyan dulu. Namun, Dayyan tiba² muncul dgn satu rancangan di luar jangkaan dan meminta Asiah utk setuju. Atas satu sebab, Asiah memilih utk terima. Apa rancangan yg diatur Dayyan? -- Dlm berusaha mencari bahagia, tak terlepas dari duka dan kebencian org lain. Jijie, sahabat baik Asiah kembali dgn tunangnya, Nizam. Paling mengejutkan bila Nizam sebenarnya dendam pada Asiah. Kisah lalu yg tak pernah dilupakan menjadikan Nizam tekad melakukan apa saja utk musnahkan Asiah. Menyedihkan bila Jijie memilih utk percayakan Nizam. Siapa Nizam? -- Ditambah pula dgn Arina, rakan sepejabat Asiah yg sukakan Dayyan dan Iskandar. Dlm masa tu juga, rahsia status perkahwinan Iskandar terbongkar. Semuanya memerlukan penjelasan dan penyelesaian. Ada nyawa yg hampir melayang, ada hati yg bakal terluka. Apa berlaku? Rahsia apa yg terbongkar? -- Sebuah kisah kehidupan yg penuh pancaroba. Aku sangat suka Asiah yg bg aku tersangat baik dan amanah dlm menjaga setiap aib perkahwinannya walaupun telah bercerai, susah nak jumpa. Dayyan dan Islandar, masing² dgn cara sendiri dlm melindungi Asiah. So sweet. -- Plot cerita tersusun kemas dan setiap tanda tanya, ada jawapannya. Penuh emosi. Lawak dan penat dgn gelagat Iskandar dan Dayyan. Berdebar² masa Asiah diperangkap Nizam yg psiko. Tipu la kalau tak nangis masa baca kisah ni. Sungguh, penulis bijak memainkan emosi. Siapa pilihan Asiah? Benarkah mereka hanya jodoh yg sekadar singgah? Best and full marks ⭐⭐⭐⭐⭐
Baik sangat cerita yang dikait oleh Ezza Mysara melalui Jodoh Yang Sekadar Singgah. Saya skeptik pada awalnya, kerana saya agak rimas membaca adengan memikat yang panjang lebar oleh Iskandar terhadap Asiah. Macam terlebih dose. Namun, secara keseluruhan, nukilan cinta dan kasih di antara watak-watak utama dalam buku ini terutama antara Dayyan dengan everybody else, amat gemersik mendamaikan jiwa. Juga, banyak pengajaran yang super bagus dan nasihat serta permata motivasi yang diselitkan di dalam kisah-kisah yang berlaku. Cara Asiah menjalani segala yang tersurat dalam hidupnya juga bagi saya membawa trofi kebanggaan kepada kaum wanita. Baru saja dia tiga hari ini, saya berkongsi kegusaran dengan suami apabila terbaca cerita, sepertinya golongan mereka bernafsu songsang semakin galak menempik mahukan kebebasan untuk memilih jalan sendiri. Saya tanyakan suami, apa yang boleh kita buat. Takkan kita nak biar saja. Besarnya dugaan bagi anak-anak kita. Tapi golongan yang begitu, ramai di kalangan orang bijak pandai. Mereka begitu petah memberi justifikasi dan hujah menyokong apa yang mereka mahukan. Dalam buku Hijab Butch Blues yang baru saya baca minggu lepas, perempuan keturunan Pakistan sebagai watak utama itu dengan yakin menyatakan keyakinan bahawa Allah sentiasa memberinya pertolongan dan kekuatan sama seperti Allah memenangkan Rasul-Rasul Nya. Subhanallah.
Berbalik kepada cerita Dayyan, dia pernah berdosa, dia mengaku akan kesalahannya terhadap Allah, dia bertaubat, dia dikurniakan tenang, kebahagiaan, dan darjat yang tinggi dalam saat-saat akhir bernafas sehingga ke kematian. Syabas penulis.
Banyak kata-kata hikmah yang keluar dari mulut Asiah dan Dayyan yag saya amat suka. Yang satu ini terutamanya, seakan menjawab kegusaran saya ketika membaca buku ini, sedih mengenangkan mereka-mereka yang berhutang lama dengan saya.
Asiah kepada Dayyan, "Abang, ketika seorang manusia itu sakit, dosa kita akan digugurkan. Dan disaat seorang itu disakiti, doanya akan dikabulkan. Besarnya hikmah dari segala benda yang Allah turunkan kepada hambaNya. Mungkin ada kehilangan yang perlu kita syukuri".
Buku ni membuat pembacanya rasa sangat humbled. Permulaannya sedikit menyesakkan dengan ketiga-tiga watak main tarik tali. Also very frustrating bila tak tahu hujung pangkal cerita antara Dayyan dan Asiah. Pandai penulisnya membuat pembaca sama-sama terpinga macam watak-watak dalam cerita ni. Tapi sejujurnya cerita ini mengajar tentang keikhlasan cinta. Beginilah bila cinta benar-benar kerana Allah. Dayyan, Asiah & Iskandar sangat pakar dalam hal ini. Sukar nak pilih siapa watak favourite sebab setiap dari mereka mempunyai daya tarikan sendiri. Tentunya contoh untuk kita semua tapi tak tahulah berapa diantara kita mampu untuk bersikap seperti mereka. Sangat terharu bila membacanya. Air mata pun tak henti-henti mengalir towards the end of the story. Tahniah penulis kerana berjaya membuat pembaca terpesona.
Tak menyesal beli novel ini. Kesinambungan dari cerita Terbang Pulang. Saya suka dengan ketiga-tiga watak penting dalam cerita ni. Asiah yang menjadi rebutan antara Dayyan, bekas suaminya dan Iskandar, bos di tempat kerja Asiah. Watak antagonist Nizam memang terserlah. Cemburu dan dendamnya pada Asiah tak akan henti selagi Asiah masih hidup. Nizam bencikan Asiah kerana Asiah lah Dayyan berubah ke arah kebaikan dan tinggalkan Nizam. Keseluruhan jalan cerita boleh dikatakan menarik walaupun ada beberapa bab yang berulang-ulang tapi masih lagi ok. Pengakhiran yang sedih dan saya rasa sebak bila majlis pernikahan dan kematian terjadi pada waktu dan hari yang sama.
Saya terpinga pinga pada permulaan cerita. Tertanya tanya kemana arah sebenar cerita ni. Banyak watak yang muncul tiba tiba dan hilang, timbul semula pada akhir akhir cerita. Ada scene yang saya rasa agak tergantung. Walaubagaimanapun, saya tertarik dengan cara penulis menerangkan tentang HIV. Saya juga suka dengan watak Asiah yang baik dan tetap pendirian. Dia tahu apa yang dia perlu. Namun, watak Iskandar agak kaku. Mungkin saya kurang gemar dengan gaya Iskandar yang sering menggunakan pickupline pada masa yang tak sesuai?
Buku ni pada aku mcm lost drngan karakter dia masa permulaan. Aku macam terpinga-pinga tak tau ape sebenarnya skop keje si As ni. Permulaan hubungan Dayyan dgn Asiah ni pon aku confuse.
Novel tak tebal tp aku amik masa nak baca. Karya Ezza yang tak berapa kena jiwa aku. Tapi aku nanges la masa Iskandar jumpa keadaan Dayyan tgh sujud tu. Walaupon dah sangka akan jadi begitu, tetap menyentuh jiwaku. Gittuuuu..
Tengah reading slump and this book berjaya end it. Dalam masa 8 hari, berjaya jugak habiskan novel ni. Untuk yang tengah reading slump, 8 hari tu dah laju dah :')
And... Setelah sekian lama... This book berjaya jugak buat mata ku hujan. Sejak dah makin "terluka" ni, hati dah kental susah nangis. Tapi ni... hmm Kak Ezza ni buat mata ku berpeluh.
Lately ni dah tak pandai nak review ikut ulasan yang sepatutnya diulas. Tapi one thing for sure, novel ni BESTTT SANGATTT!!!
“Itulah yang saya tak faham betul dengan setting mata perempuan ni. Sedih, menangis. Ketawa, menangis. Tengok drama, menangis. Baca novel, menangis. Berapa gelen air mata korang ada, eh?” - Is