Jump to ratings and reviews
Rate this book

Liverpool Mahkota Eropah

Rate this book
Liga Juara-Juara Eropah atau dalam bahasa Inggerisnya ‘UEFA Champions League’ (UCL) merupakan piala idaman semua. la adalah simbol kepada juara sukan bola sepak di Eropah. Liverpool bukanlah nama asing dalam kejohanan ini.

Liverpool adalah kelab bola sepak Inggeris yang paling berjaya dalam UCL— menjadi satu-satunya kelab England yang memakai lencana Ichas selepas kejayaan meraih gelaran juara Eropah kali kelima di Istanbul.

Dalam penulisan buku ini, saya ingin mengajak anda menyingkap kembali perjalanan Liverpool dalam usaha menjadi juara Eropah sebanyak enam kali. la satu perjalanan yang sangat panjang. Ini bukan kerana Jurgen Kiopp berseorangan, ataupun para pemainnya, ini adalah kerana kesatuan semua yang bergelar THE REDS. Termasuk para penyokong yang tidak jemu-jemu menyokong pasukan bergelar Liverpool.

143 pages, Paperback

Published January 1, 2020

2 people are currently reading
12 people want to read

About the author

Axello

1 book

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (45%)
4 stars
8 (33%)
3 stars
4 (16%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
June 17, 2020
Setelah sekian lama saya tidak menatap bahan bacaan yang berkonsepkan sukan, selain daripada media sosial dan juga majalah wisel yang kali terakhir dibaca pada zaman sekolah, buku Liverpool Mahkota Eropah yang dinantikan daripada penulis tersohor Axello akhirnya tiba. Dan ini juga merupakan buku pertama yang berkonsepkan sukan masuk ke dalam rak kebanggaan saya.

Serba maklum, peminat bola sepak khususnya penyokong Liverpool pastilah berbangga dengan kemenangan piala Eropah (UCL) pada musim 2018-2019 buat kali ke-6 sekaligus terus mengekalkan status kelab England paling berjaya di Eropah dan berada di kedudukan nombor 3 di belakang Real Madrid dan AC Milan. Dengan kemenangan itu juga mengubat kekecewaan kelab yang dinafikan status juara liga dengan hanya dibezakan satu mata dengan penyandang juara Manchester City.

Bagi saya naskah ini sangat istimewa kerana tulisan yang ada di dalamnya banyak membincangkan isu-isu taktikal pasukan beserta gambaran (memudahkan kefahaman), cerita di sebalik tabir pasukan daripada pengurusan, pemakanan, sains sukan, falsafah bola sepak, sehinggalah kepada kebijakan kelab dalam menguruskan perpindahan masuk keluar pemain. Daripada formula inilah kelab mampu menghadiahkan 3 piala; UCL, UEFA Super Cup & FIFA Club World Cup (ketika tulisan ini ditulis) buat penyokong setia yang sentiasa ada ketika menang mahupun kalah.

Dalam usaha kelab menamatkan kemarau piala sejak kali terakhir dimenangi pada tahun 2012, pihak pengurusan membawa Andreas Kornmayer (pakar kecergasan) dan Mona Nemmer (pakar nutrisi), kedua-duanya datang daripada Bayern Munich. Kehadiran dua figur ini mendatangkan kesan besar pada pemain apabila ada laporan menyatakan bahawa pasukan Liverpool merupakan pasukan yamg paling cergas dan melakukan banyak larian dalam padang selain daripada Wolves.

Kehadiran Thomas Gronnemark dalam pasukan juga merupakan antara faktor penting dalam menghasilkan teknik lontaran ke dalam (menyerupai balingan bola keranjang). Walaupun pada awalnya ramai yang mengkritik perlantikan Thomas tersebut, namun dalam hal-hal yang dipandang remeh inilah merupakan usaha kecil pengurusan dalam menghasilkan skuad yang jitu dalam semua aspek.

Secara kesimpulannya, sesebuah pasukan yang mantap tidak mampu dihasilkan dalam jangka masa yang pendek, bahkan ia turut memerlukan kerjasama dalam semua aspek daripada pemilik kelab, pengurus/jurulatih, pemain, penyokong sehinggalah ke pekerja yang menguruskan hal rumput dalam memastikan padang sentiasa bersedia memberi kelebihan kepada tuan rumah. Buat penyokong Liverpool, naskah ini untuk anda. YNWA!
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
October 10, 2020
Aku takdelah minat Bola sangat tapi lebih suka sukan MMA, cuma Aku Beli sebab Aku nampak Yang Liverpool Sabah Hari makin terkenal sejak 2019 sampai Hari ni. Jadi buku ini Kira munasabah untuk Aku tahu bagaimana Liverpool Naik namanya. Memang berbaloi Aku Beli.
Profile Image for Tonnesofbooks.
78 reviews2 followers
August 22, 2021

“Ini adalah pasukan terkuat yang saya pernah bawa ke final,” itulah kenyataan Klopp kepada wartawan ketika ditanya tentang kualiti pasukan beliau ada. Klopp mneghantar isyarat, jika pasukan ini gagal untuk menang, maknanya, pasukan terbaik dalam karier beliau masih gagal memberikannya UCL pertama dalam kariernya.
(Bab 10: Final Madrid: Liverpool lawan Tottenham Hotspur)

Ini adalah buku pertama yang saya miliki bercerita tentang bola. Sejujurnya, saya tidak punyai maklumat yang banyak tentang sukan bola sepak, hanya mengetahui beberapa nama kelab bola sepak sahaja. Apabila dapat buku ini, ia adalah satu cabaran buat saya yang tidak meminati sukan bola sepak.

Liverpool bukan lagi satu nama yang asing. Kelab ini sendiri memenangi piala Eropah UCL pada musim 2018/19 dan ini adalah kemenangan kali yang ke-6 sekaligus mengekalkan status kelab England di Eropah.

Disebalik kemenangan pasukan ini, ada beberapa figura yang memainkan peranan dalam membentuk pasukan yang hebat ini. Buku ini ada menceritakan serba sedikit tentang figura-figura yang menjadi tulang belakang dalam kejayaan kelab itu sendiri. Bermula daripada pengurus/jurulatihnya sendiri iaitu Jürgen Klopp yang mempunyai falsafah bola sepaknya yang tersendiri.

Seterusnya, Andreas Kornmayer dan Mona Nemmer yang memegang tugas sebagai pakar kecergasan dan pakar nutrisi yang mana kedua-duanya datang dari Bayern Munich. Kehadiran dua figura ini menjadikan pemain Liverpool sebagai pemain yang paling cergas dan melakukan banyak larian di dalam padang. Kemudian, pihak pengurusan membawa masuk Thomas Gronnemark yang berfungsi sebagai pelatih teknik lontaran bola ke dalam padang. Walau pada awalnya ramai yang mengkritik pelantikan Thomas kerana merasakan teknik lontaran bola (seperti teknik balingan bola keranjang) tidak memberikan apa-apa kesan dalam permainan tetapi hal-hal kecil bagi kebanyakan orang sebenarnya memberi impak yang besar dalam sesebuah pasukan.

Bagi saya, naskhah ini ditulis membincangkan tentang isu-isu taktikal kelab yang disertakan gambar bagi menambah kefahaman (tanpa gambar saya tak faham apa-apa) termasuklah keluar-masuk pemain ke dalam kelab. Saya paling sukakan apabila masuk bahagian perlawanan, ia seolah-olah seperti mendengar pengulas sukan di televisyen mengulas perlawanan tersebut. Buku ini tidaklah menceritakan kemenangan pasukan ini sahaja akan tetapi kekalahan, sebab kekalahan juga disertakan di dalam buku ini.

Kesimpulannya, kemenangan sesebuah pasukan tidaklah hanya bergantung kepada pemain sahaja tetapi juga orang- orang yang bekerja di sebalik tabir, yang menguruskan pemain itu sendiri juga penyokong kelab yang sentiasa bersemangat menyokong pasukan kegemaran.


3 reviews
October 8, 2021
Bukanlah buku yang bagus untuk peminat setia Liverpool sebab faktanya semua ada dalam google. Bukannya tuan pengarang pergi Liverpool temuduga orang-orang penting dekat Liverpool FC itu. Pada saya itu lebih menarik. Ini macam buku terjemahan je dengan sedikit tulisan yang penuh keterujaan dari penulis. Ia buku yang bagus untuk dijadikan koleksi sebab ini buku pertama beliau. Peminat Liverpool yang selalu ikuti perkembangan pasukan ini sebenarnya secara tak langsung sudah "membaca" buku ini walaupun tidak membuka sehelai muka surat pun, paling kurang 90% isinya anda sudah tahu. Pada pandangan saya, penulis harus ke Anfield dan memorikan pengalaman tersebut ke dalam buku beliau dimasa akan datang kerana perjalanan itu pastinya tidak boleh di google. Penulis memang berbakat dan mempunyai pengetahuan am yang baik. Sayang jika hanya dibazirkan untuk menulis "laporan" ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
June 3, 2024
Aku sebagai peminat Chelsea membeli buku ni kerana aku mula mengikuti Liverpool semenjak kemasukan Mohammed Salah yang menggemparkan dunia bolasepak terajang inggeris. Jadi kiranya aku ikuti Liverpool kerana sentimen sesama saudara semuslim sahajalah buat masa ini. Kelab kegemaran aku Chelsea pun tengah terumbang ambing keluar masuk gua. Tumpang gembiralah aku dengan kejayaan Liverpool beberapa tahun kebelakangan ni. Kalau Salah keluar, apakah aku masih akan meminati Liverpool? Entahlah. Hei, jika anda meminati Liverpool, anda akan suka buku ni. Dan anda boleh juga mengikuti facebook beliau Axello Riise untuk perkembangan baru dunia bolasepak tendang terajang.
Profile Image for Mohd Azlan.
23 reviews1 follower
July 22, 2020
Aku bukan fan liverpool mahupun epl. Dulu ya, minat gerrard dan kuyt. Bagi fans liverpool malaysia ini buku wajib ada samada minat baca atau tak.
Profile Image for Syima Misrin.
30 reviews
January 24, 2022
Saya hampir mengalirkan airmata terharu (overkan) membaca kata-kata semangat penulis di akhir muka surat buku ini iaitu 134 dan 135 untuk penyokong pasukan Liverpool. Kata-kata yang cukup bernas dan tepat mengambarkan perasaan penyokong yang sentiasa bersama jatuh dan bangun pasukan ini. KAMI BERHAK MERAIKAN KEJAYAAN PASUKAN LIVERPOOL SEPERTI TIADA HARI ESOK. Peminat Liverpool kena beli buku ni sebagai salah satu koleksi!!
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.