Jump to ratings and reviews
Rate this book

Memoir Iran-Iraq Kurdistan

Rate this book
Kisah pengembaraan Siti Noridah Ab Rahman secara solo ke negara Iran dan menyeberang sempadan Iraq Kurdistan melalui jalan darat. Iran sebuah negara yang sering disalah anggap sebagai negara yang tidak selamat namun realiti sebaliknya, adalah negara yang penuh dengan kejutan. Lanskap muka buminya yang memukau, kebaikkan dan keramahan orang Iran melayan tetamu dari luar negara membuatkan pengalaman mengembara di bumi Iran sangat menyenangkan.

Merentas ke negara jiran Iraq Kurdistan, untuk menyelami apa sebenarnya yang telah mereka lalui selama ini. Peperangan bukanlah perkara asing di bumi Iraq tetapi, daerah autonomi Iraq Kurdistan, sebuah daerah yang aman dan terlalu cantik untuk digambarkan.

95 pages, Paperback

First published May 1, 2020

12 people want to read

About the author

Siti Noridah Ab. Rahaman

5 books32 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (36%)
4 stars
16 (53%)
3 stars
2 (6%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Zalila Isa.
Author 14 books54 followers
November 6, 2021
Ada sesuatu dalam penulisan dan kembara Noridah. Kenapa penulis suka ke tempat yang 'aneh' dan bukan pilihan pengembara? Demikian saya terus mencari buku-buku kembaranya. Buku kelima ini membawa pembaca ke sebuah lokasi bekas peperangan dan konflik politik-agama yang panjang. Iran-Iraq Kurdistan.

Apa yang menarik di sana selain kesan-kesan pergolakan, kemusnahan dan penderitaan beberapa konflik kemanusiaan? Kembara bermula di Iran iaitu Esfahan, Tehran,Tabriz, Kondovan, Urmia sebelum menuju sempadan Iraq untuk ke Duhok, Erbil dan Halabja.

Seperti biasa, pembaca dihidangkan dengan perjalanan yang disulami dengan dugaan di beberapa tempat terutama sempadan negeri yang memerlukan pemeriksaan rapi. Noridah tidak terkecuali. Penceritaan mengenai kesulitan itu memberi ingatan kepada pembaca yang ingin berkunjung ke kawasan bergolak itu agar membuat persediaan rapi.

Kembara diseimbangkan dengan tempat yang indah, menarik dan unik (persekitaran bentuk bumi dan masyarakat serta budaya di sana) juga kisah-kisah sejarah (peperangan dan keagamaan). Kisah-kisah yang dipaparkan di media tidak boleh dipercayai sepenuhnya dan Noridah membuktikan itu apabila berkunjung sendiri ke tempat-tempat yang tidak disukai AS ini. Ternyata banyak sisi menarik yang boleh diraih.

Noridah bercerita hari pertama di Erbil - kota yang moden dan cantik, bersih. Bercerita sedikit mengenai sejarah politik di Iraq memberi sedikit bayangan kepada pembaca bagaimana kota itu sebelumnya (Era Saddam Hussin). Citadel yang mendapat pengiktirafan UNESCO dan wujud sejak 7000 tahun lalu meninggalkan budaya dan masyarakat yang tersendiri. Lelaki-lelaki Kurdi katanya sangat bergaya dan menjaga penampilan. Di Duhok pula terdapat muzium yang menyimpan peristiwa kumpulan IS (Islamic State) menyiksa askar Pashmerga dengan kejam. Namun, kepahitan selepas melawat muzium diubati dengan keindahan pergunungan Zawa.

Penulis juga menemui kelompok masyarakat beragama Yazidi di Duhok dan mengambil kesempatan mengunjungi kuil agung mereka sebelum ke Halabja, sebuah bandar yang pernah alami peristiwa tragis serangan gas kimia pada tahun 1988.

Perjalanan penulis mungkin nampak singkat tetapi kaya dengan pengalaman baharu terutama apabila hampir terkandas di Erbil akibat referendum oleh orang-orang Kurdi yang berjuang mendapatkan kebebasan mutlak dari kerajaan Iraq di Baghdad. Mujur segalanya dipermudahkan untuk penulis terbang ke Dubai.

Tidak banyak gambar yang dikongsikan dalam buku ini disebabkan beberapa tempat yang tidak membenarkan foto diambil. Apa pun ia sebuah kembara yang menginsafkan tentang betapa luasnya bumi ini namun kerakusan manusia menyebabkan beberapa tempat dan masyarakat hilang dari radar pengetahuan ...

Seperti biasa, buku Siti Noridah cantik dengan kulit hadapan dan gambar-gambar yang dikongsikan. Aspek tenikal dan ejaan masih boleh diperbaik. Gaya bahasa baik sekali dengan penceritaan bersahaja dan tenang.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
March 28, 2022
Pengembaraan Siti Noridah memang saya klasifikasikan lain daripada yang lain. Negara-negara yang dilawati memang jarang didengari, dan lokasi yang beliau terjah juga agak asing. Itu sebabnya saya tak teragak-agak mengambil buku beliau dari rak.

Seperti komen saya pada buku-buku beliau sebelum ini, saya kurang 'menikmati' pengembaraan beliau disebabkan penceritaan beliau ditulis seperti mudah. Saya tahu, sebenarnya cabaran yang dihadapi itu getir, cuma saya tak merasainya.

Ya, saya teringin mahu ke Iran dan Iraq. Seperti angan-angan saya mahu ke Afghanistan, Pakistan dan semua negara yang namanya berakhir dengan -stan.

Mudah-mudahan diizinkan Allah.
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
March 28, 2021
Catatan kembara penulis ke tempat-tempat yang jarang dilawati, secara solo, di negara Iran dan Iraq.

Perjalanan diaturkan sendiri tanpa menggunakan ejen kecuali semasa di Kurdistan, beliau menggunakan khidmat pemandu pelancong dan bersama seorang lagi rakan pengembara.

Keberanian dan kebolehan penulis mengembara berseorangan adalah suatu perkara yang mengagumkan.

Buku setebal 113 muka surat ini dimuatkan dengan 32 muka surat gambar-gambar berwarna rakaman penulis dalam kembaranya.

Sedikit terganggu dengan ejaan-ejaan yang tidak tepat, namun keseluruhannya tulisan beliau pantas, berinformasi dan lancar sahaja, membolehkan bacaan tamat hanya dalam satu malam.
Profile Image for Tonnesofbooks.
78 reviews2 followers
September 8, 2021

“Apa tujuan saya ke Iraq Kurdistan? Kenapa mengembara seorang diri? Sunni atau syiah? Suka atau tidak dengan orang Iran? Banyak lagi soalan, termasuk bertanyakan latarbelakang keluarga. Saya jawab satu persatu dengan tenang sambil melihat pegawai ini menulis dengan pen berdakwat hitamnya dalam bahasa Parsi merekod satu persatu maklumat tentang saya di dalam buku lognya.”

Pengembaraan penulis ke Iraq Kurdistan bermula melalui jalan darat dari Iran. Dari bandar Tabriz yang indah ke bandar tua Urmia seterusnya ke Erbil untuk melepasi sempadan Iran-Iraq Kurdistan. Penulis lebih sukakan perjalanan melalui jalan darat dan menggunakan pengangkutan awam berbanding menggunakan kapal terbang untuk ke destinasi.

Walau bagaimanapun, perjalanan yang disangkakan mudah itu tersekat di Erbil apabila penulis menangkap gambar askar di situ yang mana merupakan satu kesalahan. Sempat disoal siasat dan diperiksa oleh askar sebelum dilepaskan. Kemudian ditahan lagi di sesudah sampai di Iraq Kurdistan.

Seperti mana yang kita tahu, dua buah negara ini merupakan negara yang banyak berlakunya peperangan. Akan tetapi hasil pengembaraan penulis, dua buah negara itu juga banyak keunikan dan sejarahnya yang tersendiri serta rakyatnya yang ramah dan berbudi. Lanskap yang indah serta makanan yang sedap menemani perjalanan penulis bersama Karwan, pemandu pelancong dan juga Alice, rakan penulis.

Iraq Kurdistan sendiri mempunyai 3 agama yang utama tetapi yang pertama kali saya dengar adalah agama Yazidi. Sebuah agama yang mempunyai kepercayaannya yang tersendiri tetapi merupakan agama yang ingin dihapuskan oleh Islamic State. Sebanyak 73 kali pembunuhan beramai-ramai dilakukan. Itu juga sebab mereka membenci agama Islam.

Buku ini membuatkan saya rasa ingin tahu tentang sejarah pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Iraq. Sungguh banyak yang saya belum ketahui rupanya..

Kesimpulannya, pengembaraan penulis ke dua buah negara itu meskipun singkat tetapi penuh dengan pengalaman yang berharga. Saya sebagai pembaca juga terasa seperti mahu menjejakkan kaki ke sana juga untuk menikmati keindahannya dengan mata kepala saya sendiri.

Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
August 7, 2021
1. Suka baca pengalaman penulis di Iran. Yes, orang Iran memang baik dan peramah. Yes, mereka suka berpikinik. Yes, pengangkutan awam di sana sangat efisien dan murah. Memang betul apa yang disebut oleh penulis di dalam buku ini “… jika pernah menjejakkan kaki di Iran kita akan ternanti-nanti untuk kembali lagi di sini…”

2. Berkenaan sajak yang diterima penulis dari pekerja hotel, adakah sama maksudnya dengan “What you give, you get back”? Apa yang anda usahakan/lakukan itu yang anda akan dapat. Hahahah itu je la dapat terfikir.

3. Time penulis tangkap gambar di pos tentera tu, aku yang baca ni pulak yang rasa nervous 😅

4. Aku suka ayat ini “Saya juga sedar, menipu bukanlah cara yang bijak dalam apa jua situasi sekalipun”. Setuju

5. Menerusi buku ini juga, aku dapat tahu tentang kewujudan agama Yazidi dan kekejaman IS terhadap perempuan Yazidi. 😢

6. Dan menerusi buku ini jugak, aku baru tahu mengenai serangan gas kimia di Halabja (Etnik Kurdi - Kerajaan pusat Iraq di bawah pemerintahan Saddam Hussein) 😢
Profile Image for akusipeminatbuku.
264 reviews33 followers
December 8, 2023
Kisah kembara yang singkat, namun penuh dengan pengalaman unik dan mendebarkan. Situasi yang tidak dijangka, ditahan ketika pemeriksaan hampir 3 jam. Tapi pemandu bas baik, tunggu dan tak tinggalkan.

Kemudian lapangan terbang pula ditutup, kalau tidak bertindak pantas mungkin akan terkandas.

Kagum saya dengan pengalaman kembara penulis.
Profile Image for Plainqoma.
702 reviews17 followers
August 1, 2020
Aiskrim vanila versi Parsi mungkin adalah benda yang mahu dicuba kalau berpeluang ke Iran. Dan belajar benda baharu berkenaan agama Yazidi. Selalu penuh dengan pengalaman yang berharga dan info yang berguna.
2 reviews
February 1, 2021
I love Siti Noridah’s sharings on her journey to the rare countries, especially in the mid Asia. Her description is simple and languages that she used easy to understand. Highly recommended for those who wish to travel abroad right now but unable to do so due to movement control order.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.