I don't know how to write a review about this book. This is the longest book I ever read. Did i feel bored? No. Did i enjoy reading it? Yes.
I'm not gonna lie, saya tunggu sangat part Hafiz-Syasya bertemu dalam buku ni supaya saya dapat tengok diorang punya chemistry. Mind you saya terpengaruh nk beli sebab tengok teaser je. But i do admit their little coincidence at the beginning of the book makes me smile a little bit more.
Tahu apa yang saya sangat suka tentang buku ni? Semuanya. Dari gaya penulisan kak yong yang buatkan saya buta tuli check out buku tak tengok kiri kanan, the plot itu sendiri, the buildup, the realistic of it, the character yang punya flaw masing2, semua tersusun elok je, cantik, saya tak bosan langsung waktu baca walaupun ada 1200 muka surat.
Nak cakap cerita ni memang realistik, memang ada orang yg mcm Syasya, I've read some confession dulu. Semua buat sebab perlukan duit. Dan memang ramai org macam Amilin, yang tegar menghukum tanpa usul periksa. Tapi ramai juga muslim seperti Hakimi Rayqal, Naqib dan Zahra.
Allah takkan pernah meninggalkan hamba-Nya. Dia pertemukan dua hati saat diorang dah insaf dan menyesal dengan perbuatan silam. Cantik betul susunan Allah.
Aku still menangis ya bila teringat how Hafiz salahkan diri sendiri, so dia tinggalkan Syasya walaupun dia sayang ngat dkt makcik tu. And the scene where he comes back, lepas dia rasa dia tak 'gila', n the confession, lah menangis sambil taip. How dia mengaku and tell Syasya the truth. Dia pergi bukan sebab dia tak boleh terima masa silam Syasya, tapi semua sebab diri dia. Semua scene diorang comel2 belaka, aku duk tumbuk angin je ha waktu baca, dalam perut bukan rama2 je ada, satu zoo ada.
Finally! Habis guys! *sambil menangis di bucu katil haha*
1253 pages, panjang perjalanan tu. Author, kenapalah suka buat pembaca naik roller coaster ekk?
Buku keempat dari penulis, dan kali ini juga saya sangat-sangat gemarkannya. Jujurnya, bila baca muka pertama saya macam terperanjat sekejap, tutup dan buka balik. Sebab saya sangat tak sukakan trope jahil (ni jahil pekat tu, bukan bad boy bad girl biasa)-bertaubat-jadi baik. Tapi saya cuba juga sebab akuorgbiasa kot, lagipun memang nak tahu sangat kisah Syasya lepas baca Kerana Kau Hawa Ku.
Mungkin ada sesetengah pembaca akan rasa cerita ni agak draggy, tapi dalam draggy tu saya faham je kenapa hero dan heroin ambil masa yang sangat lama untuk berjumpa (meet cute). Fokus penulis sebenarnya untuk build character Syasya dan juga Hafiz. Penting sebenarnya, sebab saya tak suka bila hero dan heroin berperangai tak semengah bila dua-dua berjumpa. Tersusun cantik je percaturan takdir antara Hafiz dan Syasya. Saya suka sebab saya sampai lupa kisah silam mereka berdua, petanda penulis berjaya hidupkan karakter mereka berdua selepas segala apa yang terjadi dalam hidup mereka. Saya juga suka bila penulis gunakan ayat Al-Quran surah An-Nur ayat 26, saya tersenyum kerana fahaman tersebut sama dengan apa yang saya belajar.
Mesej agama sangat banyak dalam buku ni, tapi terasa sangat balance dan tak memaksa. Sangatlah smooth ya, no need to force us to understand the meaning of the story. Setiap perlakuan ada balasannya, tak di dunia begitu juga di akhirat nanti. Hidup ni sebenarnya sebuah perjuangan. Moga kita semua kekal hidup berpandukan iman dan akal.
Yang menguatkan cerita ni sebenarnya dialog, dan seperti biasa penulis memang berjaya mainkan perasaan dengan dialog antara karakter, antara Mak Da dan Syasya, antara Hafiz dan Dato' Nur Hani, antara Adam dan Hafiz, antara Zahra dan Syasya dan semuanya sebenarnya sangat sampai ke hati saya sebagai pembaca.
Karakter Syasya sangatlah menenangkan jiwa, begitu juga Hafiz dengan perangai sweet talker-nya itu. Sangatlah cheeky dan cute gila!
Bila bumi London jadi saksi pertemuan mereka, saya teringatkan adengan dalam Notting Hill.
Bila Syasya lafazkan rasa, indeed saya rasa mereka berdua seperti dua orang manusia biasa yang mengharapkan cinta.
Saya suka juga, bila penulis tekankan nilai persahabatan. Sedih betul masa Syasya dan Zahra tamat belajar. Menangis tersedu bila baca surat Zahra. Ahh tiba-tiba rindu Ed dengan Tariq.
At the same time, kesian dengan Zahra disebabkan crush dia tu. Sambil baca buku ni, sambil tu menjerit "Hello Naqib! Kalaulah awak tahu! Because I know what you didn't know." sambil tu proceed rasa nak ulang baca Kerana Kau Hawa Ku.
Sukalah buku ni, suka gila HAHAHAHA. Highly recommended.
Memang rasa nak peluk cium Syasya, I love her. And of course I love Hafiz too haha.
And, a song that described Syasya as the best is You're On Your Own Kid by Taylor Swift.
Saya bagi 5 ⭐
And you sakit atau pun tidak, I nak you tahu yang I akan setia di sisi you. Sebab I iklas sayangkan you. Dan sebab I appreciate, you sudi muliakan I yang hina ni sebagai isteri you...
p/s: kisah Hakimi Rayqal di mana ya hahaha, interested betul nak tahu kisah dia ni.
Syarat pertama, jangan panggil I, Encik Bos. Nama I Hafiz Shauqi. You can either call me Hafiz or Shauqi. Kalau you nak panggil handsome pun I terima. .
Syarat kedua, you owe lunch date after the experiment. .
Syarat ketiga, dont ever fall in love with me. .
Namun sayangnya, both Hafiz dan Syasya telah melanggar syarat yang ketiga. .
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Dan sebaliknya." .
Sayangnya Allah pada mereka, mereka berdua dipertemukan ketika masing-masing sudah bertaubat dan lari daripada dosa silam. Dan antara tanda sayangnya Allah pada mereka, mereka pernah dipertemukan dalam mimpi, ketika masing-masing masih tersesat dan perlukan jalan keluar. .
Okay, sebenarnya aku takut nak baca ebook ni sebab tebal ya ampun. Sampai 1200+ pages. Sebabnya kalau buku yang tebal, high probability untuk aku rasa bosan, sedangkan aku tahu kehebatan AOB. So, rugilah kalau aku tak habis baca sebab bosan kan. But worry not, aku berjaya habiskan tanpa rasa mengantuk (sedangkan sebelum tu, aku dah tertidur baca novel Sherlock Holmes. hahaha) .
Kalau pernah baca Kerana Kau Hawa Ku dan Bad Boy's Girlfriend, memang akan lebih menghayati cerita ni, sebabnya Hafiz dan Syasya ialah watak ketiga, watak yang terkhilaf dalam ebook sebelum ni. .
Hafiz pernah berzina dan sangat angkuh dengan kehebatan dan kekayaannya, hilang tangan kanannya akibat kemalangan. Bukan mudah untuk dia bangkit semula. Dia mula menyalahkan takdir. Sehinggalah di London, dia jumpa Adam dan isterinya. Sejak itu, Hafiz berubah menjadi lebih baik. .
Syasya pulak pernah menjadi call girl di Sydney akibat terdesak perlukan duit untuk membiayai rawatan adiknya. Sejak kecil, dia memberontak dengan Islam. Dia benci bila ayahnya, seorang ustaz, beristeri 4, tapi mengabaikan keluarga mereka. Hanya tahu mencari ibunya untuk melepaskan nafsu, tapi tidak pernah memberikan nafkah. Bila di Sydney, bila dia menjadi call girl, dia disisihkan oleh komuniti Islam di sana, tanpa seorang pun yang datang bertanyakan sebab dia menjual dirinya. Bila munculnya Hakimi, barulah Naqib dan Zahra hadir membantu. .
Aku suka bila Hafiz dan Syasya complementing each other. Dulu, Hafiz dan Syirah (dalam BBG) selalu tidak sehaluan kerana Hafiz ni jenis diktator, king control gitu, dan Syirah pulak jenis ada pendiriannya sendiri. Sekarang, bila dengan Syasya, mereka serasi sebab walaupun Hafiz masih suka decide semuanya untuk Syasya, tapi Syasya jenis yang okay je, tidak membantah. Dan aku suka sebab dorang ni educated. .
Dan aku suka sebab penulis pandai synchronize the timeline between ebook ni dan KKHK. So, bila baca ebook ni, boleh bayangkan another side of story dalam KKHK. .
Cumanya, permulaan cerita, bagi aku, agak dragging sebab part Naqib-Syasya-Zahra tu agak banyak. Rasa macam baca KKHK je. Tapi cerita makin best, bila dah masuk part Syasya-Hafiz. .
Overall, love this ebook. Cerita islamik, tapi takdelah rasa macam dengar tazkirah yang skema tu. Love Syasya-Hafiz chemistry. Love part konflik dalam Hafiz tu. Bukanlah sebab orang ketiga. Dan paling penting, I'm happy for Syasya, finally dia jumpa lelaki berkuda yang menyelamatkan dia daripada dosa silam. Oh ya, suka jugak part Hafiz usahakan untuk mendapat tangan bionik walaupun dia dah selesa hidup macam tu. Sebabnya dia sayang Syasya. Dan suka juga part Hafiz selalu cakap yang "sorry, aku tak cukup tangan. literally, i only have one hand" bila dia nak menggedik ataupun nak mengelat sebab dia lambat. So, orang akan rasa kesian, tak tahu nak gelak ke tak. .
p/s: Hakimi ada bukunya sendiri ke tak eh? Teringin nak baca. 🤭
Secara ringkasnya, ebook ini agak panjang ya. Masa nak baca tu berkira kira jugak. Agaknya boleh habiskan ke. Tapi sebab dah baca permulaan cerita, rasa mcm okay not bad why not. Saya teruskan juga.
Boleh dikatakan, cerita ini ada banyak watak dan sejujurnya ada beberapa watak yang aku dah terlupa pun namanya. Aku suka dengan watak utama yang bermula dengan sejarah hitam yang sangat perit.
Hero diuji dengan kemalangan yang mengorbankan sesuatu yang bernilai buat kita semua dan heroin pula diuji dengan dugaan iman dan desakan hidup. Hero yang kaya raya yang tak tahu halal haram. Mendapat satu pengajaran cash yang Allah berikan di dunia. Nak kata tiada didikan keluarga dan agama juga boleh jadi sebab ada dihighlightkan kelakuan parents nya ketika dia diusia kecil. Heroin pula memang merasakan keputusannya itu adalah pilihan yg terakhir bagi memastikan keluarganya dalam keadaan baik.
Permulaan cerita itu best. Tapi lama kelamaan mcm sedikit meleret dan rasa mcm lama sangat nak sampai ke point seterusnya. Ianya menguji juga mood saya nak membaca. Rasa mcm upside down. Kenapa 3 syarat? Ha yang tu kena baca okay. Sorry ulasan kalini terlalu general. 🙏🏻
i dont know where to start, but this book is an absolute masterpiece. Note that I have lost count on how many times I reread this ebook sebelum tulis review. It is that GOOD masyallah. and everytime reread pun nangis lagi. AOB guna magik apa nii i cry on every of her writing masterpiece. everything is soo well balanced.
Since saya baca BBG before SYK, I hated syauqi so so sooo much, now he is on top 5 of my favorite novel's hero, how did things turn out this way? ask aob, she knows how to make you fall in love with her heroes every time baca novel diaa
so kalau anda masih ragu ragu nak beli ke tak, worry not just close your eyes and check out the esentral cart, you wont regret ;)
also here to thank AOB for writing so many great stories, I will be anticipating for your next novel everytime :D
Mula mula nak bagi 4 bintang tapi...alahaiiii lambat betul Hafiz and Sya ni nak jumpa.Ebook ada 2264 pages.Pages 1000 baru dorang jumpa,pages 2000 baru dorang kahwin.Lepastu aku tak suka part Hafiz tanya Sya "You layan client you macam ni juga ke dulu?" masa Sya kiss Hafiz.Apa bodoh punya soalan,dah lah masatu malam pertama dorang.Benda dah lepas boleh pula kau pergi tanya.Sedih kisah hidup Sya ni.Rasa nak peluk dia kuat2.So aku memang suka watak Sya,watak Hafiz kureng sikit.
I would like to share the messages that I got after baca ebook SYK3..
1. Bukan semua orang yang beragama hidup dalam keadaan beragama. Syukur sgt Allah dtg kan kimi n naqib abg kawasan yg boleh tarik sya keluar dr zaman gelap
2. We are only human beings. Kita akan selalu melakukan kesilapan/dosa kerana kita bukan nabi yang maksum & terpelihara
3. Kehidupan adalah satu anugerah daripada Allah dan ketentuannya adalah yang terbaik. Sy sgt tersentuh part hafiz mimpi sblm dpt hidayah tu, part dia mengongoi nagis dgn mummy dia.. dgn sy sy skali nagis 😭😂
4. Islam mengajar kita untuk Husnuzon. Iaitu sentiasa bersangka baik dengan orang lain. Sy sgt x sgka pengakhiran milin mcm tu... takziah😭
5. Hidayah tu milik Allah. Syukur sgt sya kembali ke pangkal jalan dan sgt tabah sorang2 di bumi ausie n london
6. Islam is perfect. Islam is peaceful.
7. Yang baik datang daripada Allah, yang jahat datang daripada kesilapan diri kita sendiri.
8. Kawan yang baik tu akan cuba tarik kita ke syurga, bukan neraka. Sy syg sgt friendship sya n zahra.. sgt manis.. sy rase sy jatuh cinta byk kali juga dgn zahra huhuu
There's more actually. You guys should buy SYk3.. Sangat deep & menyentuh perasaan. Well done AOB sy mmg suke karya awak.. sgt berbaloi dgn rm22++ dan 1000++ ms ni.. I giggled, I laughed and I cried THEN I smiled. It's amazing how one story can elicit so many different expressions/emotions out of me! I think I can reread it a million times without getting bored.
P/s: Sediakan tissue ya.. byk jugak part bikin air mata tumpah.. 😭 arggg sy dah rindu #naqibxzahra eh #hafizsya
Buku paling best. Berapa kali air mata menitis sbb watak2 dalam ni. Baru nak hepi, dan2 ada scene sedih.
Mula2 baca mmg rasa nak drop je buku ni sbb tak berapa minat dgn babak2 awal cerita, tp bila baca review semua kata best. Teruskan la jugak.
Penulis berjaya mengupas dan mengembangkan semua watak dengan baik dari mula sampai habis. Takde satu pun yang membosankan. Rasa cepatnya dah habis baca satu buku.
Walaupun hampir setengah buku baru ada babak pertemuan antara hero heroin, tapi seriously, tak pernah bosan dgn setiap penceritaan yang dibawakan penulis.
Dialog2 dan hubungan antara watak2 pun sgt santai dan rs mcm mmg dekat dgn kita. Kadang ketawa dan tersengih sorg. Tak masuk lagi dgn air mata yg mengalir. Mmg pandai penulis bawa kita betul2 mendalami dan menjiwai watak2 dlm ni.
Byk pengajaran yg dpt diambil utk kita sebagai pembaca. Jangan mudah menghukum kesalahan manusia yang hanya nampak pincang di mata kita tapi kita tak tahu darjat mereka di sisi Allah.
Kisah Nur Batrisya dan Hafiz Shauqi ini memang sarat dengan emosi dan mencengkam pelbagai rasa di hati. Membaca setiap baris ayat dalam karya ini buat aku insafi diri ini, berjaya buat air mataku ini melimpah keluar tak henti-henti, aku jadi sesak nafas, bengkak mata tersedu sedan dan sakit dada.
Sejujurnya aku mengakui bukan mudah untuk mengubah sisi gelap dan hitam dalam diri kita menjadi sisi putih bersih. Namun, itulah cabaran dan dugaan yang perlu kita tempuh apabila kita berusaha berjuang berubah berhijrah ke arah yang lebih baik. Yakinlah Allah sentiasa membantu hambanya yang ingin berubah dan insya-Allah akan dipermudahkan dan diberikan jalan untuk ke arah itu.
OMG, I love, love, LOVE this book. If you’re planning to read it, please make sure you’ve read Bidadari Ustaz Cool and The Bad Boy’s Girlfriend first. Both books have a strong connection to this one because the main characters here were supporting characters before. This book, however, focuses entirely on their story.
This book truly taught me a lot. We shouldn’t judge others. Who are we to judge, anyway? We might see someone else’s sins openly, but we all have our own. Another important lesson is to love yourself before loving someone else. Falling in love is natural for everyone, but don’t let it become too overwhelming.
Hafiz’s journey from a bad boy who had strayed far from his faith to someone slowly rebuilding and changing himself was written so beautifully. I absolutely loved it. Syasya, on the other hand, is blessed to be surrounded by kind people, though not everyone around her is good. Zahra is truly a one-in-a-million kind of friend. I also loved seeing a different point of view of the story, especially after reading BUC.
Some readers might find this book draggy, but honestly, I loved every single chapter. The author’s writing style feels like a perfect blend of Evelyn Rose and Anjell. I can already imagine that if akuorgbiasa publishes a physical book one day, it would definitely blow up just like the top authors out there.