Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dekad Membaca: Revolusi Sikap Membaca

Rate this book
Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya. Ciri orang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya.

"Kekuatan kita dalam mengatasi cabaran-cabaran akan datang bukan sahaja terletak pada pengalaman kita dalam memulai dan mengurus perubahan pada masa lalu, tetapi juga pada kesanggupan kita untuk melakukan lebih daripada itu pada masa hadapan."

"Membaca buku untuk pertama kalinya seperti berkenalan dengan seseorang teman baru; membacanya untuk kedua kali seperti bertemu dengan teman lama. "Sesiapa pun yang bergelut dengan ilmu pasti tidak akan merasa kesepian. Sesiapa pun yang menghiburkan dirinya dengan buku pasti sentiasa dalam kebahagian."

176 pages, Paperback

Published January 1, 2020

3 people want to read

About the author

Mohammad Qayyum A. Badaruddin

43 books8 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
1 (7%)
1 star
13 (92%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Dieyana Ayuni.
93 reviews15 followers
November 13, 2020
Buku sampah.

Buku asal buat saja. Terang-terang buku ni tulisannya di-Google Translate bahasa. Ayat tunggang langgang, bahasa rojak, struktur ayat lintang pukang. Pengulangan ayat dan isi berganda-ganda. Sungguh cacamarba.

Tak pernah saya baca buku seteruk ini. Hampir rasa diri terlalu bodoh sebab nak faham satu perenggan pun makan masa. Tak faham-faham 2, 3 kali ulang pun. Tulisan penulis profilik ini terlalu Ayah Pin untuk difahamkan. Saya memang tak mampu. Tapi saya habiskan juga. Sudah alang-alang mengutuk, kutuklah sampai ke akhir halaman ye dak?

Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
Read
June 27, 2020
Saya rasa buku ini boleh dikategorikan dalam senarai buku yang saya kurang gemar untuk tahun ini dan mungkin juga dalam seumur hidup. Sayangnya buku berkisar tentang buku yang sepatutnya menjadi buku yang ditunggu-tunggu akhirnya kekecewaan sahaja yang saya dapat. Terpaksa melompat dari satu ke satu halaman. Struktur ayat yang berterabur. Ayat yang tergantung. Ayat tunggang terbalik. Saya rasa buku ini mungkin terjemahan kepada buku yang satu lagi How To Make Your Kid Love Reading, tetapi terjemahan dibuat secara literal. Nak bagi rating dalam Goodreads pun serba salah.
Profile Image for heidi.
974 reviews11 followers
November 15, 2020
DNF. “Penulisan” sampah cacamerba tiada kualiti. Banyak kesilapan tatabahasa, isi kandungan meragukan, ayat janggal dan bunyi macam diambil dari Google Translate. Mana proofreader dan editor? Atau penulis terlebih yakin semasa menghasilkan buku ni lalu tak minta pendapat / feedback dari orang lain?

Plus the behavior of this self-entitled male writer is abominable. After the excessive mistakes in his book(s) were pointed out he came after the readers by stalking their Facebook page and leaving unsolicited comments on their public posts. A waaay older and semi-famous man stalking and harassing a young woman for rightly pointing out the flaws in his book? Highly questionable conduct from someone decorated as “Major.”

Edit: ok dah ada orang bentang dalam twitter thread unsur-unsur plagiarisme dalam buku ni. Sila rujuk: https://twitter.com/WehNakBacaApaNi/s...
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
November 14, 2020
Sesuai dijadikan sebagai medium istinjak buat warga Malaysia di saat krisis air sedang meruncing.
JANGAN baca buku ini. Kalian pasti murung.
GR patut ada pilihan 'negative stars'. Ugh!
Profile Image for Qist A.
3 reviews
November 16, 2020
Serba salah untuk beri satu bintang. Saya cuba untuk tidak memberi bintang langsung. Bahasa yang digunakan adalah bahasa yang diciplak dari sumber luar. Sudahlah penulisan beliau diceduk dari luar bulat-bulat kemudian diterjemahkan melalui google translate, malah penulis malas untuk membuat penambahbaikan terjemahan tersebut. Bagaimana penulisan begini boleh diiktiraf dan diberi penganugerahan? Buku sampah,penulis sampah.
1 review2 followers
Read
November 15, 2020
Memang tak betul sang penulis ni. I’m starting to think that maybe it’s a deliberate prank by him for his own agenda. Kau nak apa sebenarnya Qayyum? Buku-buku yg lain tu tak pernah baca pula, and after this? Not until hell freezes over. Thumbs way down for you, Qayyum.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.