Jump to ratings and reviews
Rate this book

SUMPAH

Rate this book
Kerana desakan hidup, Lela Palatute yang baru berusia 12 tahun telah dikahwinkan dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua oleh ibunya sendiri. Dia kemudian terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dalam sebuah banglo mewah yang diwarisi suaminya, jauh dari kehidupan lamanya sebagai remaja yang masih bersekolah.
Semasa menerokai banglo itu dan kawasan sekitarnya, dia telah bertemu seorang wanita tua yang mahu membunuhnya serta makhluk misteri di dalam loteng yang sering mengikutnya ke mana-mana. Enggan terus hidup diselubungi misteri, Lela merancang cara untuk kembali kepada kehidupan asalnya dan keluar daripada malapetaka yang sedang berlaku.

292 pages, Paperback

Published June 25, 2020

8 people are currently reading
83 people want to read

About the author

Shaz Johar

26 books102 followers
Shaz Johar was born and raised in Kuala Lumpur. He works in a bank. His first novel KOUGAR (2011) won the Selangor Young Talent Award for Best Malay Novel. He followed this up with TABU (2011) and MENTAL (2012).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
31 (18%)
4 stars
71 (42%)
3 stars
52 (30%)
2 stars
12 (7%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 46 reviews
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
December 27, 2021
Bukan Shaz Johar la kalau apa yang ditulisnya tak membuatkan orang pening kepala dan fikir sejenak lepas baca. Tak pasti nak mula dari mana tapi semalam memang laju beli Sumpah dekat Google Play sebab eksited. Cover buku A. Lawa 🥰

Kalau baca sinopsis, mengisahkan tentang Lela Palatute yang dikahwinkan dengan kawan ayahnya setelah ayahnya meninggal dunia . Kalau nak tahu si Lela ni baru 12 tahun. Dengan umur yang setahun jagung macam tu, apa je Lela tahu buat?. Personally, sangat simpati dengan nasib Lela. Anak kecil seperti dia sepatutnya kena menimba ilmu di sekolah lagi. Tapi atas desakan dan kekangan juga, Lela ni tak dpt nak bersekolah. Dalam Sumpah ni, watak Lela mcm terbahagi kepada dua. Satu watak yang macam budak budak yang senang digula gulakan. Dan satu lagi ialah watak seperti orang yg dah dewasa. Ada beberapa part dalam Sumpah ni yang membuatkan ika rasa macam Lela bukan mcm budak 12 tahun sebab cara dia tu. Sometimes rasa macam luar dek akal la. Macam ah budak kecik mana boleh nak buat mcmni, mana boleh ckp mcmni. Tapi tak pasti la kalau budak sekarang yg berumur 12 tahun cmna kan. Tak sepatutnya budak bawah umur dikahwinkan dengan org berumur sebab mereka ini masih naif dan banyak lagi yang perlu diexplore.

Tapi back to Lela & Pak Hadir. Asalnya memang macam tak faham kenapa Pak Hadir ni boleh come out with idea untuk kahwin dengan Lela. Sangat sesuatu. Dan cara dia approach untuk kahwin dgn Lela pun, pada mulanya kalau mak Lela tak setuju. Tak menjadi jugak. Tapi hujung pangkalnya depa kahwin jugak la. Em. Kalau nak tahu apa tujuan utama Pak Hadir kahwin dengan Lela kena baca la. Pak Hadir ni boleh tahan ya. Wei stress. Weii lepas tu kan weii eeii weii details jugak ya depa memanja. Nak muntah help help. Ada bahagian yang agak lucah dan tak sesuai la dibaca oleh budak budak baru nak up. Dah warning okay. Ada part yang lucah.

Okay next, cerita jadi menarik bila Lela ni mula berpindah dgn Pak Hadir di banglo kepunyaan bapa saudara Pak Hadir.Banyak benda yang pelik terjadi dekat Lela sampaikan Lela rasa lain dalam rumah banglo itu sendiri. Dia jadi macam hilang akal bila bercakap soal loteng di rumah tersebut. Storyline Sumpah ni agak upside down. Dia punya flow tu agak bagus untuk kita stay membaca. Sebab curious. Tapi, bila terlalu curious, rasa mcm kena tutup jap sebab nak hadam banyak benda dalam satu masa. Mcm contoh, Lela ni dia selalu communicate dengan kucing bernama Olaf. Dan Olaf ni pulak selalu macam hasut Lela untuk berfikir dan bertindak luar dari biasa. Maka, ika terfikir Olaf ni sebenarnya baik ke jahat. Dia nak protect Lela ke? Dan cerita cerita yang Olaf ni cerita membuatkan bukan saja Lela boleh percaya dgn cerita tu, dengan kita kita sekali nak percaya. Kaitan antara tajuk Sumpah dengan storyline ada kena mengena sebab Olaf ni masa dia start bercerita pasal Bidan Kiah & Mariati dan dirinya sendiri yang telah disumpah.

Hujung pangkalnya, mereka semua ni saling berkait rapat dan apa yang jadi semuanya bersebab. Dan hanya orang tersebut saja yang tahu mengapa sekian sekian benda ini jadi. Dan Lela, too bad. Dia terlalu kecil untuk hadapi semua tu dalam hidup dia. Apa sangatlah budak kecil boleh fikirkan. Tindakan yang dibuat bukanlah tindakan yang betul kalau tiada yang menasihati. Hm. Cumanya kalau tak fokus baca, akan lost sikit. Dan bagi ika, ika rasa mcm berat sikit la ceritanya & berpusing pusing.

Tapi, storyline ni boleh dikatakan lain dan aneh?. Haha. Ending pun sama. Kalau korang tahu mcm mana cara penulisan Shaz korang tahu la yang dia suka main twist twist sana sini. Nak kelainan, boleh cuba baca Sumpah. Maaf atas kekurangan reviu ini. Haha. Masih pening lalat.
Profile Image for Elvina Zafril.
710 reviews104 followers
July 20, 2020
Pertama sekali, aku nak beritahu review ni aku guna bahasa melayu dan english.

What a great story and Shaz Johar really is an amazing story teller!

This is my 3rd horror book this year. Memang jarang sekali baca genre horror. Untuk orang yang penakut macam aku ni aku rasa Sumpah ni agak seram kalau dibaca pada waktu malam atau bila dibaca seorang diri.

Sumpah mengisahkan tentang kehidupan seorang budak perempuan bernama Lela yang berumur 12 tahun. Lela tinggal bersama ibunya. Selepas kematian bapanya, hidupnya menjadi semakin susah. Orang-orang kampung tidak suka akan keluarganya dan hanya Pak Hadir yang sudi membantu mereka.

Selepas pengebumian bapa Lela, Lela mula bermimpi tentang mimpi aneh. Dari situ kisah misteri bermula. Bukan itu sahaja, Lela juga dikahwinkan pada usianya yang terlalu muda. Lela tinggal bersama suaminya, Pak Hadir di banglo mewah. Apa je yang lela tahu buat? I cannot brain orang tua yang sanggup nak kahwin dengan budak.

We know that Lela is 12 years old. Sometimes, Lela's character sounded matured in my head. So when I read the book, I always felt like she's not 12 years old. But the reality is Lela ni masih budak dan sangat innocent. At some point I felt sympathy for her.

(Sensitive parts/issues): There's a few scenes that made me feel like throwing up. To me they were so disgusting because imagine 12 years old kena layan orang tua bermanja-manja. Hello, please. Sis cannot brain okay. I know in the real world, maybe some kids had to go through this sebab desakan hidup. But still parents jangan lah senang-senang kahwinkan anak masa mereka masih muda. At this age, they need to gain knowledge, go to school and play with their peers and grow up like how they supposed to be.

Sinopsis dah memang menarik perhatian. Apatah lagi pembukaan cerita yang tidak bosan. It's fast paced and easy to follow on what's going on in each chapter. However, there are a few parts that I felt I was lost when I was reading the book. I had to go back to previous chapter to understand what was going on. At the end, it all makes sense. Shaz Johar knows his own way to tell the story. His style is different than the other fixi writers. And happy to say that I love his writing style.

The very important issue that was brought up in this book is about children's rights and how selfish a person who's willing to do anything for money without thinking of other people's feelings. Fixi fans should really pick up this book. Congrats Shaz Johar for a brilliant story that filled with good messages and moral values.

Thank you @untitledbc and @bukufixi for organizing this BlogTwit Tour with Sumpah by Shaz Johar.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
July 4, 2020
Kali ini Shaz Johar menulis kisah Lela, budak perempuan berusia 12 tahun yang terpaksa berkahwin dengan lelaki yang lebih tua daripada ibunya sendiri. Dalam tak sedar, lenguh rahang mengetap gigi. Geram. Geli. Eeeh!

Selepas berkahwin, Lela dibawa tinggal di rumah warisan keluarga. Perjalanan cerita pada bahagian ini seakan-akan terpisah daripada bab-bab awal. Lela seolah-olah watak baru. Monolog-monolognya sangat matang. Saya terlupa hal dia yang dipaksa kahwin muda.

Plot SUMPAH berbeza daripada apa yang saya bayangkan. Namun semuanya akan make sense pada akhirnya.

Tak dapat nak komen lebih, takut terspoil 😁
Profile Image for Jessica.
353 reviews45 followers
July 26, 2020
Pada permulaan cerita, aku dah rasa geli dengan Pak Hadir, seorang lelaki tua yang tak sedar diri syok kat budak perempuan berumur 12 tahun, like WHUT?! Satu je aku mampu konklusikan dari watak Pak Hadir, penulis berjaya menghasilkan watak antagonis yang function teruks, lengkap dengan motif, latar belakang dan personality. Watak Pak Hadir memang untuk dibenci dan merupakan salah satu punca child marriage boleh berlaku di Malaysia.

Lela pula watak utama dalam buku Sumpah, seorang budak berumur 12 tahun yang dikahwinkan atas alasan keadaan keluarga yang daif. Cerita ini diceritakan dari first person point of view (POV). Melalui perspektif Lela, kita dapat lihat bagaimana perasaan seorang budak apabila dikahwinkan pada usia yang muda. Naif, tidak tahu apa-apa, tidak mengenal cinta, apa itu seks, apa itu tanggungjawab. Melalui progress plot dalam buku Sumpah, kita dapat teliti bagaimana Lela mengalami character development, atau perkembangan perwatakan, dari seorang budak yang innocent kepada seorang budak yang berfikiran matang dan berani membuat keputusan sendiri tanpa supervision orang dewasa. Perubahan yang dialami Lela bagi aku adalah suatu perkara yang menarik.

Selain itu (dah macam karangan SPM dah), bila Lela mula berhalusinasi, kadang aku pun terikut tidak dapat beza apa yang benar dan apa yang palsu. Penulis seolah-olah telah mewujudkan this thin line antara realiti dan magical world, ala-ala magical realism mungkin. Bagi aku, kewujudan kucing yang boleh bercakap umpama cerita dongeng di samping unsur ilmu hitam, saka, hantu raya dan sebagainya, menjadikan buku ini lebih dinamik.

Bila mention Buku Fixi, tak sah kalau takde plot twist. Namun, bagi aku, buku Sumpah mempunyai plot progression yang steady, takde statement plot twist yang “WOW, this is it!” Flow cerita memang tak dijangka and smooth je twist dia. Sebab tu aku suka buku ni, bukan setakat penceritaan dia lain daripada yang lain, Shaz Johar juga mempunyai standard gaya penulisan tersendiri, tidak terlalu santai bahasanya namun masih dapat engage pembaca dengan baik.

Another thing yang aku minat pasal buku Sumpah -

Baca ulasan penuh di sini!
Profile Image for Najmi Selamat.
45 reviews3 followers
July 30, 2021
Cerita dan konsep yang menarik.Tetapi di penghujung cerita ini terasa seperti ade yang tidak cukup dan tidak lengkap.Dan perkara itu telah menyebabkan momentum pembacaan saye agak jatuh dan mula membuat saya mempersoalkan beberapa perkara(dari sudut jalan penceritaan pada bab-bab terakhir novel ini).Apapun saya agak suka dengan mesej yang cuba disampaikan di dalam novel ini.
Profile Image for Zaiful Zahiri.
38 reviews1 follower
July 20, 2020
Novel ni pasal apa?

Novel ni pasal seorang kanak-kanak kena kahwin paksa (dengan laki sebaya arwah ayah dia) oleh mak dia sebab desakan hidup. Lepas tu dia follow laki dia tinggal berdua kat rumah banglo yg diwarisi laki dia. Banglo tu macam misteri sikit. Ada kucing (Olaf) bole bercakap, ada bilik loteng misteri, ada perigi buta, ada lembaga hitam, ada bidan tua (Mak Kiah) yang selalu jenguk ke rumah. Pelbagai peristiwa aneh berlaku, sehinggalah, satu demi satu rahsia kisah sumpahan silam yang dirungkai di akhir cerita.

Apa yang best pasal novel ni?

1. Novel ini membawa beberapa isu semasa dan kritikan sosial. Di antaranya:
i. Isu pedofil dan hak kanak-kanak.
ii. Kemiskinan dan keterdesakan hidup mempengaruhi tindakan dan keputusan.
iii. Penyalahgunaan ilmu hitam untuk cepat kaya dan mencapai keinginan duniawi.
iv. Masalah kesihatan mental di kalangan masyarakat.
2. Penulis juga membawa pembaca terawang-awangan dan tersepit di antara realiti dan fantasi di dalam penulisannya.
3. Kalau tak silap sy, ada beberapa watak di dalam novel penulis sebelum ini (sanctuaria, nota, dan mental) muncul di dalam novel ini.
4. Idea tentang tiga syarat yang perlu dipatuhi, kuasa sumpahan, dan plot twist, bagi saya kreatif.
5. Pace penceritaan agak perlahan di awalnya (1/3), namun start laju di part 2/3 dan 3/3 cerita.
6. Penulis menamatkan beberapa bab tertentu, dengan penuh tanda tanya, menyebabkan pembaca tergerak menyelak ke bab seterusnya.

Apa yang sy tak suka pasal novel ni...

1. Ada penceritaan yang tak penting, yang meleret-leret untuk penulis panjangkan cerita. Biasa la tu.
2. Ada beberapa persoalan yg macam tak terjawab yg pembaca kena jawab menurut telahan sendiri.

Novel ni saya suggest untuk?

1. Peminat penulis novel Shaz Johar
2. Peminat novel horror & thriller & science fiction sikit.
3. Pembaca yg suka isu2 realiti hidup masyarakat.
4. Sesuai dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat. Bagi saya, Ada unsur seks yg tak keterlaluan pun utk dibaca, (untuk pembaca matang)

Berapa bintang?

4.3/5.0 bintang!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for hans.
1,157 reviews152 followers
November 8, 2020
Permulaan novel ini agak menarik bagi aku. Idea dan garapannya jelas dan kemas, aku rasa Shaz Johar ini pandai mengarang ayat-- bila baca rasa selesa dan tak janggal, elok saja tersusun. Bila konflik bermula di pertengahan, naratif agak meleret namun cara penulisannya yang agak sinikal dan realistik buat aku masih terhibur dengan ragam dan personaliti Lela. SUMPAH betul-betul tumpu kepada perkembangan watak Lela-- dari kanak-kanak yang tak tahu apa-apa hingga terlihat matang dan boleh berfikir atas tindakan dan keputusan. Walau agak kelam-kabut, tapi situasi Lela senang nak faham-- aku jadi bimbang dan sedih, kecewa dan berharap Lela dapat selamatkan hidup dia daripada malapetaka, ego dan sifat tamak orang-orang di sekeliling.

Plotnya bukan saja tertumpu kepada misteri dan saspens, ada isu masalah mental (sedikit cuplikan naratif dan karakter trilogi NOTA di akhir novel) juga fokus utamanya tentang perkahwinan bawah umur, isu/dilema golongan wanita, moraliti/sosial dan adat.

Keseluruhan skenario cerita dan karakternya aku suka (dan menyampah juga, tolonglah... aku rasa nak muntah bila Pak Hadir kenyit mata). Pengakhiran yang boleh dijangka tapi masih suka dengan kejutannya.
Profile Image for Faye.
609 reviews178 followers
July 22, 2020
First and foremost, I tak pernah review any books in Malay and tak pernah review any of my Fixi books so bila dapat tahu about this blog tour, I was so excited. Azam tahun ni (konon) nak kumpul sebanyak buku Fixi yang boleh sebab nak grow my own collection (serious nampak best seeing hardcore Fixi readers’ collection, very colourful!). When this opportunity came, I completely jumped at it.

Not gonna lie, Fixi kalau buku dia horror, memang horror gila. Seram dia boleh bawa sampai tak tidur malam. The last time I felt afraid, baca buku Asrama karya Muhammad Fatrim. Lepastu, my mom belikan Asrama 2. Tak terbaca lagi sampai sekarang. Plastic still intact to the book. The story haunted me for days tapi sumpah enjoyable. This goes the same to Sumpah. I thought Sumpah won’t be as scary or have any horrors in it. But I was wrong. Rasa chills tu datang as soon as Lela starts dreaming of weird things.

Speaking of Lela, character Lela ni seriously way mature for her age. A 12-year-old with that wise of a brain is very hard to find in real life. But I enjoyed her character. Also the fact that she has quite a careless parent since her dad died is such a saddening part for her.

I adore how the writer wrote about child marriages. Zaman dulu-dulu, kahwin muda is something that was somehow normal (?) for everyone. And it’s sickening how some adults would exploit kids (even their own for the heartless one) for their own pleasure. Generasi sekarang is more aware and I’m kind of glad they and we all are. In my own opinion, I memang tak galakkan child marriages. It’s sickening. It’s disgusting. Tak kisah if you terdesak sekali pun, child marriage is NOT the option. Harap-harap tak ada lagi lah yang exploit kids to child marriages zaman sekarang.

I knew Shaz Johar wrote a few books before Sumpah and I knew for a fact that my friends (who are hardcore Fixi readers way before me) ada literally every single one of his books. I understand why now. Cara penulisan, plot, characters, and just everything, seriously attract readers for real. I am so hooked. Rasa macam lepas ni nak pergi bookstore and buy more books written by him. Tapi malangnya, bukan buku fiksyen yang memanggil, but my medical textbooks screaming at me to open them due to my overlapping work. Finals are just around the corner and sadly I gotta focus and work my butt off!

Apa-apa pun, this book is now available at Kedai Fixi. You guys can go and beli and support the author because I janji uolss takkan menyesal! TACHODDDDDDD. Keluar dah bahasa WhatsApp hadeh.

Thank you so much again to Untitled Book Club, Shaz Johar and Buku Fixi for this opportunity!
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
January 21, 2024
Sumpah gila buku ni. Memang patut untuk pembaca matang. Psiko teruk semua watak dalam cerita ni. Saya suka cerita psiko teruk ni. Cuma kadang-kadang cara pemceritaan dari satu babak ke babak tu macam berterabur sikit. Kena fikir sikit, eh, tadi kat sini, dah kenapa jadi macam ni? Apa pun, masih mampu faham lagi.
Profile Image for Adibah(whatdibsread).
315 reviews9 followers
September 11, 2021
First time baca karya Shaz Johar. BEST!! Cuma bagi aku, terganggu jugak la sebab kesiankan Lela. Aku paling tak suka child abuse dan child marriages. Banyak sungguh trauma yang Lela kena hadap sampai jadi macamtu sekali.

Untuk mak Lela, sorry to say but you can go to hell. Plot twist hujung-hujung memeningkan kepala aku nak pahamkan. Takda la seram mana tapi kelakar sikit bagi aku.

Di pertengahan jalan aku rasa nak baling ja buku ni sebab geli geleman satu badan😭😭😭. Loya anak tekak bayangkan Lela kawin muda. Teringat memang style zaman dulu-dulu la kan.

Banyak isu yang diketengahkan dalam novel ni dan bagi aku, dunia moden zaman sekarang memang banyak membentangkan tentang isu-isu perkahwinan muda, gangguan seksual dan sebagainya. Nampak betapa bezanya zaman dahulu dengan sekarang.

Kalau nak baca buku ni ok je, cuma mungkin ada sesetengah orang tak sesuai baca buku ni sebab takut trigger trauma dia.
Profile Image for Aishah Humaira' (Mermaird ♡).
389 reviews56 followers
July 27, 2020
Sumpah menceritakan kisah tentang Lela, seorang kanak-kanak berumur 12 tahun yang terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki tua atas desakan hidup. Lelaki tersebut boleh dikatakan sama umur dengan ayahnya sendiri yang telah meninggal dunia. Tidak lama setelah dipaksa menjadi isteri orang pada umur yang sangat muda, Lela dipaksa berpindah dengan suaminya ke sebuah banglo mewah, dan di situ kehidupannya semakin buruk dihantui dengan pelbagai masalah dan misteri.

Pada asalnya, aku teragak-agak untuk membaca Sumpah ini selepas melihat sinopsisnya, kerana aku cukup tidak suka dengan subjek child marriage. Tetapi pada masa yang sama, aku juga tertanya-tanya kenapa ibu watak utama sendiri sanggup mengahwinkan anaknya dengan lelaki tua tu, dan aku juga tertarik dengan wanita tua dan makhluk misteri yang akan menghantui watak utama tersebut. Sepanjang aku baca Sumpah, hati aku memang panas membuak-buak dengan manusia yang membenarkan Lela dikahwinkan dengan lelaki yang jauh sangat tua daripadanya, dengan alasan jika Lela tak berbuat demikian, keluarga mereka tidak akan mampu bertahan hidup tanpa sebarang harta.

Yang paling aku tak tahan, orang yang mengakui beragama tu sendiri yang mengatakan Lela patut dikahwinkan. Aku sebagai pembaca memang rasa nak menjerit je. "Orang-orang agama" seperti inilah yang merosakkan nama baik Islam tu sendiri sebab suka nak guna agama untuk justify kehendak nafsu masing-masing. Sepatutnya, sebagai anak yatim, Lela patut dibantu oleh orang kampung dari segi sumbangan, bukannya menyerahkan seluruh hidup dia pada orang tua yang mengambil kesempatan keatasnya. Tetapi itulah realiti sedih bagi banyak kanak-kanak perempuan sehingga ke hari ini, mereka yang masih muda dan naif tidak mampu hendak melakukan apa-apa untuk selamatkan diri mereka, termasuklah Lela Palatute sendiri.

Dari segi plot, aku memuji cara penceritaan penulis. Aliran cerita senang untuk dibaca dan mudah difahami, serta penulis juga berjaya masukkan beberapa babak yang aku rasa agak menghiburkan yang membuatkan Sumpah tidak terlalu serius dan bosan untuk dibaca. Aku seorang saja ke yang tergelak bila penulis masukkan "aura calon ke 19", barangkali untuk menyindir orang yang asalnya menggunakan ayat tersebut? 😂 Selain itu, babak-babak ngeri dimana lembaga hitam muncul untuk menghantui Lela pun aku suka, boleh kata meremang jugalah bulu roma semasa membacanya. Sengaja aku membaca Sumpah pada waktu malam ketika duduk di rumah kayu nenek aku di kampung untuk ambil mood, memang memuaskan.

Aku juga sangat suka dan kasihan dengan watak Lela. Pada umur yang sangat muda, Lela dipaksa untuk berkahwin, dipaksa untuk menjadi dewasa dan fikir bagaimana hendak melayan suami. Peluang dia untuk menjalani kehidupan kanak-kanak dan membesar dengan baik hilang macam itu saja, dek kerana orang dewasa yang tidak bertanggungjawab. Memang untuk keseluruhan cerita ini, memang tiada seorang dewasa pun yang benar-benar fikir tentang kebaikan untuk Lela. Aku rasa jijik dan marah dengan setiap seorang daripada mereka, termasuklah ibu Lela sendiri yang asyik memarahi Lela bila Lela cuba mengadu, bukannya melindungi Lela.

Pada asalnya, selepas membaca sinopsis Sumpah, aku mengagak yang elemen seram dan misteri akan muncul selepas Lela berpindah ke rumah banglo suaminya, namun aku salah. Makhluk misteri yang menghantui Lela itu ada daripada awal lagi, membuatkan aku tertanya-tanya mengapa Lela dihantui dengan sangat teruk. Walaupun muda, aku dapat lihat yang Lela ni bukan seorang yang mudah patah semangat. Dalam ketakutan dia atas dunia baru yang langsung tidak diketahuinya ditambah pula dengan makhluk misteri yang mengganggu kehidupan hariannya, Lela masih berani untuk berusaha mencari jawapan dengan caranya sendiri. Pada penghujung Sumpah, apabila segalanya terbongkar, aku memang kagum dengan cara penulis simpulkan cerita ini.

Secara keseluruhan, walaupun aku rasa marah sepanjang membaca Sumpah, namun aku mengakui yang aku sangat suka dengan buku ini dan memang aku akan cuba untuk membaca karya Shaz Johar yang lain pada masa akan datang. Terdapat banyak mesej penting yang diberi perhatian dalam buku ini, termasuklah child marriage, rape, ilmu hitam, keadaan terdesak kerana kedaifan, penggunaan agama sebagai alasan untuk mengikut nafsu, serta peranan wanita yang dikatakan tidak boleh melakukan apa-apa untuk diri sendiri tetapi cuma memuaskan hati suami. Wanita dan kanak-kanak perempuan berhak untuk hidup demi kebahagiaan mereka sendiri.
Profile Image for Sizarifalina.
268 reviews
July 21, 2020
Karya Shaz Johar tidak pernah mengecewakan. Beliau menulis bukan sahaja-sahaja kerana setiap karya beliau mempunyai banyak mesej-mesej yang ingin disampaikan. Walau bagaimanapun, karya beliau merupakan an ‘acquired taste’ and pembaca perlu open minded. Tidak semua pembaca akan bersetuju dengan topic yang ingin diketengahkan. UNTUK PEMBACA MATANG - JANGAN LUPA!
Setiap karya Shaz Johar adalah dalam berlainan genre dan genre kali ini merupakan paranormal/mistik. Selesai membaca buku SUMPAH, setiap kali Siz melihat kucing dan buah mangga - bulu roma Siz akan tegak. Agak geram juga sebab Siz suka makan mangga dan bermain dengan kucing.
Dalam novel Sumpah, beliau fokus kepada seorang gadis berusia 12 tahun (Lela) yang terpaksa berkahwin dengan rakan arwah ayahnya, Pakcik Hadir. Konflik pertama timbul apabila ibunya seakan-akan ingin mengahwini Pakcik Hadir. Ini menyebab ter dapat banyak perselisihan faham antara Lela dengan ibunya . Kemudian kisah bagaimana pengalaman seorang gadis yang bawah umur menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang berumur (Pak Hadir) juga diceritakan. 18sx ya! Apabila membaca tentang niat Pak Hadir yang bersungguh-sungguh untuk berkahwin dengan Lela, Siz mula terlintas bahawa Pak Hadir ni seorang pedophile. 😑
Lela mengalami banyak gangguan dari makhluk halus yang mengerikan. Tidak dapat dibayangkan bagaimana reaksi Siz jika benda yang sama berlaku walaupun Siz sendiri pernah berada di bawah pengaruh gangguan halus.
Plot cerita menjadi lebih menarik dan mencabar imaginasi Siz bila pasangan pengantin ini berpindah ke sebuah rumah agam tiga tingkat. Di rumah itu lah segala jawapan terungkai. Ada masa Siz merasa tidak selesa apabila Lela berhadapan dengan gangguan halus sebab Siz sendiri pernah mengalami benda yang sama. Siz terpaksa berhenti membaca sekejap beberapa kali kerana Shaz Johar sangat pandai mengolah jalan cerita hingga Siz nak tutup mata pun takut. Terbayang-bayang makhluk halus Di depan Lela.
Lela seperti 2 dalam 1 . Kadang-kadang dia matang sangat dan kadang-kadang ‘she acts her age : a-12-year-old-innocent-girl’ Pak Hadir pula sangat mysterious. Apa pekerjaan dia sebenarnya? Olaf si kucing tu mana datang entah! Bidan Kiah tu pulak apa kaitan dia dengan banglo agam tu?
Seperti novel-novel Shaz Johar yang lain wajib ada plot twist. Setiap keluarga mempunyai masaalah. Yang membezakan ialah sama ada ia boleh diselesaikan secara baik atau tidak. Syarat telah dilanggar maka SUMPAHAN menjadi mainan. Tidak semua pertolongan itu ikhlas. Ada kemungkinan besar ia bersyarat yang sukar dilaksanakan.
Tapi secara jujurnya, apa kesudahan cerita Sumpah ini? Apa yang sebenarnya terjadi pada semua karakter dalam cerita ni? Kenapa Ibu Lela jadi macam tu? Hmmmmm.... plot twist yang sangat twisted!! Siz baca ‘ending’ novel ini beberapa kali dan setiap kali Siz akan dapat jawapan yang berbeza.🤨
So tunggu apa lagi? Baca la Sumpah karya Shaz Johar dan apakah pandangan anda tentang apa yang telah terjadi dengan mereka semua? 🤭
Profile Image for Rona Irama.
61 reviews
July 29, 2020
Saya dah baca 8 novel tulisan Shaz Johar dan secara peribadi saya rasa Sumpah bukanlah novel terbaik beliau. Walau bagaimanapun Sumpah masih sebuah naskah yang masih berbaloi untuk dibeli, dibaca dan dimiliki.

Sumpah merupakan sebuah novel seram (?) yang mengisahkan tentang seorang gadis berusia 12 tahun bernama Lela Palatute yang terpaksa berkahwin dengan kawan arwah bapanya iaitu Pak Hadir akibat dihimpit kemiskinan hidup. Setelah menumpang di rumah Pak Hadir selepas keluar dari rumah sewa lamanya, Pak Hadir melamar Lela untuk dijadikan isteri. Emak Lela pula bersetuju dengan lamaran itu. Lela yang masih kanak-kanak terpaksa mengikut kehendak emaknya itu. Perkara-perkara aneh makin kerap terjadi selepas Lela dan Pak Hadir berpindah jauh dari emaknya dan tinggal di rumah banglo besar yang diwariskan kepada Pak Hadir.

Permulaan cerita sangat menarik bagi saya. Pembaca disuap dengan maklumat dan latar belakang keluarga Lela. Tempo penceritaan juga saya rasa fast paced dan tak meleweh yang mana saya rasa sangat bagus. Bagi seorang yang cepat hilang fokus macam saya, cara penceritaan sebegini sangat membantu untuk saya terus membaca dan buat saya lebih curious untuk tahu apa yang akan terjadi seterusnya.

Cerita sebenar betul-betul bermula bila Lela dan Pak Hadir berpindah ke rumah banglo besar tersebut. Macam-macam perkara misteri berlaku kepada Lela. Disini, Lela berkenalan dengan seekor kucing yang boleh bercakap bernama Olaf, Bidan Kiah yang dikatakan berniat nak membunuh Lela supaya dapat tamatkan sumpahan terhadap dirinya, hantu lembaga hitam yang tinggal di loteng banglo besar itu dan banyak lagi.

Ada beberapa perkara yang buat saya kurang senang semasa membaca. Unsur-unsur seks dipaparkan penulis bagi saya agak eksplisit yang buat saya rasa wtf dude! Ada babak dalam novel ini menggambarkan Pak Hadir yang dah berumur bersetubuh dengan kanak-kanak berusia 12 tahun. Diceritakan dengan jelas setiap perlakuan jijik Pak Hadir itu terhadap Lela yang buat saya mual, geli dan tidak selesa membaca. Bayangkan kalau ianya berlaku kepada adik, anak buah ataupun kanak-kanak yang terdekat dengan kita? Euw!

Saya perasan watak Lela berubah dari seorang yang innocent dan naif pada awalnya berubah serta merta selepas berkahwin dengan Pak Hadir. Macam Lela selepas berkahwin adalah Lela yang baru. Untuk seorang yang berusia 12 tahun, saya tak rasa dan saya tak pernah jumpa lagi kanak-kanak yang sematang itu. Saya anggap itu adalah kesan gangguan emosi kerana kematangannya itu tak konsisten. Kadang-kadang gaya dia macam umur 25 tahun, kadang-kadang macam kanak-kanak 12 tahun. Tapi pada kebanyakan masanya, dia seakan-akan perempuan berumur 25 tahun (atau lebih).

Saya tak minat sangat perkara-perkara fantasi dalam naskah ni. Contoh paling mudah bila Lela boleh berbual bersama Olaf si kucing. Siap si Olaf tu boleh hasut Lela untuk, spoiler, bunuh Bidan Kiah dan Lela betul-betul ikut cakap dia. Absurd kan? Tapi sebab nama pun novel dan terang-terang tajuknya Sumpah jadi saya tutup sebelah mata je lah semasa membaca.

Setiap plot disusun kemas oleh penulis supaya pembaca dapat pengikut rentak penceritaan. Ramai yang kata novel ni seram tapi bagi saya tak seram langsung pun sebenarnya. Misteri mungkin ya tapi seram tu jauh sekali. Plot twist juga tak keterlaluan dan tak lah terlalu twisted pun. Akhirnya kita dapat tahu apa pekerjaan Pak Hadir dan dari mana datang sumber kekayaan dan harta-harta yang dimilikinya. Tapi saya rasa endingnya sedikit rushing dan perleraiannya agak mudah tapi masih unexpected. Kalau tak salah saya rasa modal RUSM1M tu macam dah pernah guna sebelum ni tapi tak ingat novel mana. 🤔

Secara keseluruhannya saya rasa Sumpah masih lagi dalam kategori yang okay dan boleh diterima. Apa yang suka mengenai Shaz adalah beliau sentiasa come up dengan idea-idea yang tak ramai berani nak sentuh dan buatkan pembaca berfikir. Kudos untuk Shaz Johar. 3.5 ⭐️ untuk novel Sumpah ni.

**

Terima kasih kepada Untitled Book Club, Buku Fixi dan Shaz Johar sendiri untuk Blog Twit Tour ini. Semoga ada lagi peluang pada masa akan datang untuk reviu buku lain pula. Thank you for having me!

Adios.
Profile Image for Fatinamudz.
115 reviews36 followers
July 25, 2020
Aku rasa macam sudah lama tak berkongsi review untuk buku buku lokal. Dulu memang aku suka sangat baca buku buku Fixi ni tau tapi lepas tu berhenti kejap. Tak ada alasan nak bagi cuma aku berhenti sekejap dan beralih arah kepada pembacaan yang lain. TAPI. Kali ni aku rasa nak baca buku Fixi kembali jadinya, bila aku nampak Untitled Book Club buka peluang untuk join mereviu buku Fixi terus aku sign up. So, here we are. I'm back into reading Buku Fixi.

Okay cukup. Panjang bebelan aku kan. Sekarang kita terus kepada apa yang aku nak kongsi tentang buku Sumpah oleh Shaz Johar ni.

Jujur ye. Ini kali pertama aku baca buku tulisan Shaz Johar dan ternyata aku terpikat dengan cara penulisannya. Sebab cara penulisannya sangat misteri aku tak boleh nak teka apa yang akan jadi. Cerita dia macam pelik tapi dalam masa yang sama sangat interesting yang nak buat kau gali apa yang jadi seterusnya cuma tak boleh elak rasa pening sikit cerita dia. Kau kena fokus untuk faham.

Kisahnya tentang Lela berumur 12 tahun yang sudah kehilangannya ayahnya dan dia tinggal bersama ibunya. Atas kekangan hidup yang mereka hadapi Lela dan ibunya terpaksa keluar dari rumah mereka dan terpaksa berjalan sehinggalah sesuatu yang terjadi menyebabkan mereka dua tinggal dirumah Pak Hadir. Dimana Pak Hadir ni dah lah umur dia jauh lebih tua dari mak Lela dah tu dia yang berkahwin dengan Lela. Okay. Bayangkan lah weh. Umur Lela baru 12 tahun. Budak kecik lagi. Apa yang budak umur 12 tahun tahu tentang alam perkahwinan ni? Mungkin zaman dulu-dulu kahwin muda macam nenek aku kan umur 16 dah kahwin. Tapi still child marriage should NOT terjadi. Just a big NO!

Dan aku bagitahu awal awal ni ada benda yang cukup menggelikan. Sakitnya hati aku weh dan geli. Sumpah macam erghhhh geram gila. Selepas je Lela kahwin dengan Pak Hadir bermula sesuatu misteri yang akan berlaku. Nak tau? Kena lah baca.

Jalan cerita memang menarik , tak membosankan. Aku tak tau nak expect apa masa aku baca. Yang aku tahu aku rasa geram (dan geli) bila Lela kena kahwin dengan si Pak Hadir tu, lepas tu macam benda magis berlako contohnya bila Lela boleh bercakap dengan kucing. Best jugak dapat cakap dengan kucing yang boleh bagi respon berkata-kata. Dalam masa yang sama cerita ni akan menimbulkan rasa pelik pada pembaca. So, apa benda Sumpah nya kan? Di pertengahan cerita kau akan jumpa dua watak yang pelik yang terkena Sumpahan. Siapa, apa penyebabnya dan bagaimana? Itu korang kena baca buku Sumpah ni lah.

Bila nak hampir penghujung tu aku macam 'OHHHHHHH!' Haa gitu lah reaksi aku. Keseluruhannya, aku puas hati dengan ending dia. Twist dia memang power weh. Serious. Ramai jugak yang kata cerita ni bergenre seram tapi aku tak rasa seram lebih kepada aku geram nak tahu apa. Gitu kau. Tapi memang Sumpah menarik cerita ni!

Rating: 4.5 ⭐️
Profile Image for Keju.
12 reviews
August 13, 2020
SUMPAH

MEREKA TELAH BERSUMPAH! Buku ni mengisahkan tentang kelangsungan hidup seorang budak perempuan berumur 12 tahun yang bernama Lela Palatute(Rare betul nama, macam kepala lutut haha!) bersama ibunya di kampung yang mana orang kampung menyukai akan keluarga mereka.

Selepas ayahnya meninggal, kehidupan dua beranak itu makin tidak terurus, terabai dan makin susah. Kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Sepertinya makan yang tidak makan saja. Namun semuanya berubah selepas Lela didatangi mimpi yang aneh.

Segalanya bermula dari situ. Mimpi itu. Sehinggalah muncul seorang tua bernama Pak Hadir (orang kampung) yang datang merubah nasib dan hidup Lela. Iya perkahwinan! macam dalam sinopsis. Budak 12 tahun kahwin dengan orang tua yang lebih tua dari ibunya. Kejanggalan tidak terasa sebab realiti memang banyak begitu haha. Penyebabnya memang dari desakan hidup, faktor kewangan, hutang dan sebagainya.

Selepas berkahwin, Pak Hadir mengajak isterinya Lela berpindah keluar jauh dari kampung. Berpindah ke sebuah rumah banglo mewah milik bapa saudara Pak Hadir. Bermula malam pertama di rumah itu, macam biasa.. malam pertama pengantin baru. Tapi ada tapi, ada rasa geli-geli sikit lah baca part tu adoi lah haha! nasib fixi ada mention untuk pembaca matang. Okay kita skip.

Mimpi aneh yang Lela alami di kampung dulu berterusan biarpun sudah berpindah ke rumah banglo mewah itu. Dan bermulalah peristiwa aneh dan segala-galanya. Okay cukup sampai sini saja tentang penceritaan sebab nanti terlebih pula huhu.

Penulisan Shaz Johar ni okay lah bagi aku. Santai dan senang faham. Pandai bermain dengan kata-kata sinis dan sindiran. Tengah serius baca tiba-tiba senyum sendiri sambil geleng kepala, sebab ada beberapa part yang aku rasa lucu haha! Idea menarik dan konsep yang up to date menghidupkan cerita! Plot twist pun boleh tahan.

Dalam cerita ni ada dua benda saja yang buat aku lost sekejap. Pertama aku rasa umur Lela macam bukan 12 tahun. Kedua, ada satu dialog yang buat aku selak balik halaman sebelumnya. Entah kenapa aku rasa macam..entahlah tapi ianya tidak mengganggu pembacaan. Buku ni tidak seseram mana, bolehlah untuk peneman manja-manja dikala malam.

Tahniah penulis atas penghasilan buku Fixi yang ke-10 ni.

P/s: Next book nanti try buat horror, thriller, mystery. Mesti best!
Profile Image for Aisyah Umaira .
133 reviews
August 5, 2020
Mula-mula aku start nak baca, aku memang tak letak apa apa expectation sebab ini first time aku baca karya Shaz Johar. ( ada je buku SJ yang lain tapi tak bukak plastik lagi ) dan aku tak expect akan jadi macam ni.

Pacing ( kelajuan ) cerita agak laju, tapi best sebab banyak benda jadi. Banyak informasi masuk dan secara langsung lagi curious nak baca lebih lagi. Plot cerita pun sebenarnya unik, at least bagi aku. Buku ini ketengahkan isu child marriage yang mana mungkin dekat Malaysia tak ada sangat (setahu aku ) tapi dekat negara yang kurang berkemampuan agak banyak.

Watak-watak dalam buku pun best. Semua personaliti mereka sesuai untuk dimasukkan dalam setting buku tu. Lela yang menjadi watak utama sangat, menghidupkan jalan cerita. Aku tak habis lagi kesian dekat dia. Tapi aku salute juga dekat Lela, walaupun mak dia marah tak tentu pasal Lela tetap nak duduk dengan mak dia. Terharuuu :')

Cerita ni pun dimasukkan unsur supernatural dan mistik. Macam cerita dongeng, tapi bukan yang klise. Bukan sikit ya, banyak gila. Aku rasa isu child marriage tu tenggelam sikit. Tapi masih masuk dengan cerita.

Dan part ending dia, agak rushing ( atau aku yang rushing? ) Sebab semuanya berlaku dengan pantas. Dengan flashback, dengan lawan lawan lagi. Yang peliknya senang pulak nak hadam semua benda tu.

Tapi masih ada misteri yang belum dilunaskan penjelasannya. Tak nak cerita dekat sini, nanti spoil. So, itu aje lah kut yang aku rasa tersinggung sikit. Sikit je lah.

Rating : 4.6/5 🌟
112 reviews3 followers
September 28, 2020
I"Tak pernah dengar tu tak bermaksud tak pernah berlaku, Lela..."

Aku sangat terkesan dengan ayat tu. Sepotong ayat yang selama ni bermain dalam kepala akhirnya tercetak elok atas salah satu naskah yang aku kira cukup baik. Aku amat harap sepotong ayat keramat ni tersemat dalam kepala para editor dan ehem... penerbit biar dalam apa cabang seni sekalipun.

Child marriage. Dah berleluasa dan seolah-olah mendapat restu dan makin diberkati pula dalam zaman yang semakin canggih ni. Aneh.

Kebenaran bukan mudah nak dibawa ke permukaan, apatah lagi untuk mendapat perhatian. Naskah ni menyingkap secebis realiti kehidupan dengan gaya yang bersahaja dan sempurna. Ayat berlapik molek, dikias-kias cantik dengan bahasa yang segar dan indah. Perjalanan ceritanya lancar bagai air yang mengalir. Sedap dibaca.

Cuma pengakhirannya bagi aku agak terburu-buru meskipun ia dihadirkan dalam bentuk sebuah twist yang tak terduga.

Buat kesekian kali, syabas kepada penulis. Syaz Johar memang tak pernah mengecewakan. For every single penny I spent on your books, I never regret.
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
August 2, 2020
Sumpah, sumpah dibaca aku hampir gila juga.

Bila dah pertengahan cerita, teringat satu novel prolog juga. Ala ala mistik. Heehee 👻

"cinta itu bukan sekadar nafsu. Perkahwinan bukan untuk enjoy-enjoy saja. Untuk suka-suka. Perkahwinan untuk selamanya."

Lela,lela aspalela...

Ps; adakah teori palatao sata ini ada kaitan dengan misteri trilogi nota?
Profile Image for S.S..
275 reviews6 followers
October 1, 2020
Love the vibes. Hate the ending. It's very unsatisfactory because everything that basically happened in the book is a bit too conveniently blamed on one thing. I guess you could say that I felt cheated by the author because I was hoping for a better explanation than what the end gave me.
Profile Image for Diana  Davis.
290 reviews3 followers
August 8, 2020
2.5 🌟
Olahan ayat dan latar belakang cerita yg menarik, tapi ada bahagian yg tak berapa terang kedudukannya. Penerangan yg kurang terperinci.. mmg cara Shaz Johar yg suka buat pembacanya tertanya2..
Profile Image for singa is reading.
69 reviews1 follower
August 27, 2023
buku ni sumpah best.tapi satu je..aq still x fhm byk bnde waaaa...someone tlg la explain bagi faham hhuhuhuhu
Profile Image for Hafiz Kamaruddin.
97 reviews8 followers
November 22, 2020
So mcm selalu, buku Shaz Johar xpernah tk buat aku pening kt ending dia. Haha. Congrats
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
August 9, 2020
Pertama kali baca buku fixi daripada penulis Shaz Johar. Mengisahkan perkahwinan Lela kanak-kanak berusia 12 tahun yang dikahwinkan dengan Pak Hadir, lelaki tua lingkungan umur mak nya. Selepas berkahwin, dia terpaksa pindah ke rumah banglo peninggalan keluarga Pak Hadir meninggalkan mak nya seorang di kampung.

Kesian Lela, asyik nampak yang bukan-bukan, mimpi yang pelik-pelik tapi tak ada siapa yang peduli bila dia cerita apa yang dia lalui. Semua menganggap dia suka bercakap merapu dan berperangai kebudak-budakan walaupun sudah berkahwin. Waktu mengandung pon pak hadir macam layan tak layan, pelik rasa kuat betul Lela mengandung muda tapi tak pula ke klinik😆 Masih berani juga tinggal di banglo tu,hebat betul!

Jalan cerita memang menarik dan unik. Siapa sangka boleh bercakap dengan kucing? Lain dari yang lain, dari awal sampai akhir memang tak akan tahu pengakhiran cerita. Saya suka monolog dan penceritaan imbas balik yang diketengahkan, memang kena sangat susunan penceritaan👍🏻Peralihan bab ke bab seterusnya pon memang akan membuatkan pembaca tertanya-tanya dan tak boleh berhenti baca😆
Lepas habis baca memang kena fikir balik, apa sebenarnya terjadi kepada Lela, Pak Hadir tak mati? Bidan Kiah muncul balik?
Kena baca sendiri untuk faham semuanya😉

Keseluruhannya saya puas hati walaupon ada beberapa persoalan yang masih perlu saya fikirkan sendiri😆 5/5 ⭐
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
October 7, 2021
Jijik dengan perangai Pak Hadir, watak dia menjadi sungguh. Aura konon. Kesian dengan nasib Lela Palatute. Kali ini bukan sahaja bertema seram, tapi penuh juga dengan kritikan sosial. Suka dengan twistnya. Karya Shaz Johar mesti akan link dengan buku yang lain. Nice.
3 reviews
September 17, 2020
Ada beberapa sebab aku bagi 5 bintang pada novel SUMPAH ini:

Bintang yang pertama, aku kasi thumbs up kepada Shaz Johar kerana berani mengutarakan isu 'child marriage' ini di mana ia menjadi hot issue sejak dua menjak ini. Menambah lagi rempah ke dalam fiksyen ini, penulis juga mengaitkan sekali isu pedofilia, rogol bawah umur serta pengamalan ilmu hitam yang masih berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

Bintang kedua dan ketiga, aku dapat katakan penulis berjaya membuatkan aku berasa tidak tenang dengan elemen "matang" dalam novel ini (seksual terutamanya) yang dilakukan terhadap Lela di mana dia dipaksa untuk menjadi isteri pada usia yang masih mentah malahan dia juga dipaksa rela untuk menerima dan melayani Pak Hadir sebagai suami. Plot cerita ini boleh dikatakan masih dalam stail penulis seperti novel-novelnya yang sebelum ini terutamanya MENTAL, NOTA trilogi serta SALAFI di mana elemen saspens dan 'mindf*k' masih dapat dikesan dalam novel kali ini tapi dengan tambahan elemen seram pada ketika Lela bertemu dengan Tangan Hitam yang sering menganggunya sebelum dan selepas dia berkahwin.

Dua bintang lagi aku bagi pada endingnya yang bagi aku 'mind blown' pada twistnya dan nak lagi 'mind blown' bila penulis tanpa segan silunya memberi 'hint' pada hampir penghujung novel yang akan membuat pembaca yang pernah membaca novel Shaz Johar yang sebelum ini terus dapat tangkap akan 'hint' itu. Kalau nak tahu apa 'hint' yang dimaksudkan itu, tolonglah baca novel ini.

Kesimpulan: Novel ini amat jelas sebagai mesej dalam awareness pada isu 'child marriage' serta kepercayaan karut pada sumpahan dan ilmu hitam.
Profile Image for Laila Hanna.
20 reviews8 followers
October 2, 2020
This is by far the most balanced novel from Shaz Johar that I've read. Let me explain.

I've read one of his book that was too predictable. I kept waiting for the twist in the story (that was kinda expected of him) but up until the end none came. It was as if the story was translated from several Hollywood movie in the same theme but translated into Malaysian setting. On the other end of the spectrum, I've also read one of his book that was too unpredictable it became implausible. Sumpah is not like those books. For me this story strikes a balance between predictable (from a Malaysian pov) and mysterious. It kept me at the edge of my seat practically the whole way through.

I've read one of his book where the ending felt a bit rushed and the story was not wrap up properly in my view. I've also read another one of his book where there's practically no ending. I've learnt later that there is a sequel to that book but I personally think you need some sort of a conclusion to a story if you want to call the writing a whole book. Sumpah is not like that book. There was a steady build-up towards the climax and the ending. Albeit the ending was written in such a way (typical of Shaz Johar) to be interpreted and read between the lines/pages by the reader. Still it strikes a balance between solid story-telling and open interpretation.

There's also a few commendable note on this book that I would like to highlight.

First, I felt that this is a true Malaysian story and even though the subject highlighted in this book would damn sure make you uncomfortable (child marriage, sexual grooming, tunggang agama) I think we need to own up to the ugly side of our culture.

Secondly, kudos to Shaz Johar for being able to make my hair stand in horror and suspense while reading this book. I read a good chunk of it late at night and stopped a few times to make sure no one is watching me and simultaneously questioning my life choices.

Definitely recommending this book for anyone that wants (read: needs) a good scare.
Displaying 1 - 30 of 46 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.