Jump to ratings and reviews
Rate this book

Andai Mampu Kugapai Syurga

Rate this book
Kerana fitnah, kasih sayang seorang ibu dipertaruhkan dan maruah seorang anak
diperjudikan. Kerana fitnah itu juga kisah hidup seorang Nur Hanina Aira berubah. Dia dibuang dan terbuang.
“Aku dah anggap kau macam anak kandung aku, jadi takkan aku tergamak nak
rosakkan anak sendiri? Kau tu yang tak henti-henti nak goda aku.” - Salihin
“Kau kemas kain baju kau dan pergi berambus dari rumah aku! Aku tak ada anak
derhaka macam kau!” - Kamariah
Kekecewaan itu membuatkan dia leka dan lalai sehingga berlaku satu peristiwa yang membuatkan dia tersentak daripada lamunan. Sejak itu hidupnya ibarat jasad yang tidak bernyawa dan seperti kapal yang menanti karam. Kehadiran Lyn membuatkan keinginannya untuk hidup marak kembali tetapi titik hitam yang menghancurkan hidupnya tetap setia mengekori membuatkan dia tekad menjauhi cinta dan menyendiri.
Perkenalannya dengan seorang duda yang kacak lagi bergaya bernama Ir. Azrul Fahim telah membuka mata dan hatinya. Sikap lelaki itu yang matang, tenang dan bersahaja membuatkan dia senang bekerjasama. Sejak itu segalanya berubah dan pendirian yang dipertahankan juga mulai goyah.
“Encik Fahim mesti seorang suami yang baik.” - Hani
“Kalau nak tahu, you kenalah jadi isteri I dulu.” - Fahim
Lamaran Fahim yang muncul secara tiba-tiba, membuatkan jiwanya nanar dan dia mula menjauh. Fahim terus mengejar sedang dia asyik bersembunyi menafi perasaan yang mula beraja dalam hati.
“Encik Fahim memang tak akan berputus asa, kan?” - Hani
“Not even for a second.” - Fahim
Ketika diri sedang berperang dengan perasaan, Syafiq muncul secara tiba-tiba membuatkan dia trauma semula.
“Kau tak akan mampu bayar apa yang kau dah buat dan apa yang aku tanggung
selama bertahun-tahun, Fiq!” - Hani
“Kau berdendam dengan aku, Hani.” - Syafiq
Hani, Fahim dan Syafiq, mereka bertemu dan dipertemukan oleh takdir tetapi takdir yang bergaimanakah yang tertulis untuk mereka? Andai pertemuan itu bersalut dosa, mampukah mereka meraih syurga?

684 pages, Paperback

Published June 1, 2020

2 people are currently reading
38 people want to read

About the author

Myra Ameer

12 books97 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (52%)
4 stars
18 (33%)
3 stars
4 (7%)
2 stars
3 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
July 1, 2024
Best! Puas hati baca.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
August 4, 2020
andai mampu
mahu tinggalkan segala yang buruk di belakang
tanpa mahu kenang
tanpa mahu bayang
tanpa mahu kesan.

andai mampu
lenyapkan segala kesedihan yang bersarang
hilangkan segala kesuraman yang bertadang
padamkan segala kedukaan yang terpendam.

tapi
hani tahu
dia perlu akur dengan segala kenangan silam
kenangan yang mencoret kesilapan yang bukan sedikit
kesilapan yang buatkan dia hilang impian

untuk berkasih sayang
untuk menerima cinta.

akan adakah lelaki yang mampu menerima kekurangan dirinya?

tidak syafiq
tidak nazmi

fahim pula
termakankah dia dengan segala kupasan buruk sepupunya sendiri tentang hani?

hati
semuanya walau berselirat
tapi tetap akan boleh diurai
bila
meletakkan kasih dan pergantungan hidup sepenuhnya pada
Yang Maha Esa

Andai Mampu Kugapai Syurga

... tempuhlah segalanya dengan penuh redha.
usah termakan kata nista
usah mengalah dengan cerca manusia

kerana

hanya Allah penentu segalanya.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
February 28, 2022
[BOOK 41]

Andai Mampu Kugapai Syurga by Myra Ameer.
.

In love with this book!
.

Ceritanya simple je, islamik juga, watak pun dah 30-40 tahun, temanya pun biasa je, tapi aku suka. To the extent yang aku rasa nak ulang baca part manis dorang. hahaha...tapi, tak terbuat la sebab malas dan tak sempat.
.

Hani, berusia 31 tahun, seorang yang menolak kehadiran lelaki dalam hidupnya kerana aib masa silamnya.
.

Fahim pula, berusia 40 tahun, sudah menduda selama 10 tahun akibat kematian isterinya.
.

Pertemuan pertama antara Fahim dan Hani sewaktu mereka bekerjasama untuk sebuah projek di Pahang. Hani bekerja sebagai QS, while Fahim is the project consultant. Mula-mula Fahim jumpa Hani, dia memang dah cam Hani sebagai anak angkat ibunya. Tapi Hani tak kenal Fahim. Dahlah mak Fahim memang nak jumpakan Fahim dengan Hani, tapi Fahim menolak kerana masih setia dengan arwah isterinya. Dan sekarang bila dah jumpa Hani depan-depan, dia terpikat dan dia cuba mengambil peluang untuk memikat Hani.
.

Bila Fahim dah betul-betul mengambil langkah memikat Hani, siap gunakan maknya, Hani tetap menolak kerana ada rahsia yang disembunyikan.
.

Tapi angkara busuk hati seseorang, semua rahsia dan kisah silam Hani terbongkar. Nasib baik Fahim dan maknya terima Hani seadanya. (Aku dah cuak dah kalau Fahim akan jadi tipikal hero dalam novel lain. hahha)
.

Dan mereka kahwin. Ya Allah, sesungguhnya aku suka part lepas mereka kahwin. Bukannya scene matang. Tapi chemistry dorang memang tip top. Aku suka bila Fahim suka bermanja dengan Hani. Acah-acah merajuk, acah-acah penat. Dan Hani melayan je Fahim tu. Walaupun benda simple, tapi bila dia rasa Fahim kecil hati, dia akan minta maaf beria. Comelnya dua ketul ni.
.

Aku suka watak Fahim yang berkarisma. Dan macam biasa, aku suka hero yang bila dia suka perempuan tu, dia akan pikat habis-habisan. Hani pulak, ditonjolkan wataknya seorang yang bijak dan berdedikasi. Tapi, tak keterlaluan. So, memang sepadan la dorang ni.
.

Aku suka semualah tentang buku ni, especially chemistry antara Fahim dan Hani. Penulisannya matang sesuai dengan karakter wataknya.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
July 21, 2020
AMKS satu naskah yg tidak kurang hebatnya dari Myra Ameer. Suka dgn cara penceritaan penulis yg matang. Bersesuaian dgn pengalaman Myra yg telah lama berkecimpung dlm bidang penulisan. Walau AMKS menyelitkan unsur islamik, tetapi ada juga gurauan nakal yg diselitkan. Biasalah lelaki, kalau bergurau tu tak ada double meaning tak sah😊.

Hani yg dahulunya agak bebas bergaul telah insaf dan bertaubat slps berlakunya peristiwa hitam di antara dirinya dan Syafiq. Dia dianiaya. Kerana peristiwa itulah yg membuatkan dirinya sukar utk menerima cinta dari mana2 lelaki. Namun sikap Fahim yg matang dan cool telah merubah tembok yg dibina oleh Hani.

Salute kpd Makcik Salmah dan Fahim yg mempercayai Hani dan tidak mahu menoleh ke belakang atas dosa silam yg dilakukan. Kadang2 geram juga dgn sikap Hani yg terlalu degil utk menerima Fahim. Punya la Fahim tu mengeluarkan pelbagai skill yg ada utk memikat Hani. Tetapi selalu tertewas🤣. Aishh dah la menduda 10 tahun. Bila ada wanita yg dia jatuh cinta, susah pula utk dia mendapatkannya. Nasib la Fahim.

Apapun, tak rugi membeli naskah ini kerana ianya sarat dgn ilmu yg disuntik sedikit tentang ilmu islam itu sendiri. Tahniah Myra Ameer dan harap dapat kekalkan momentum penulisan spt AMKS👍
Profile Image for Mslvoe.
2,075 reviews200 followers
April 23, 2025
F suka sikap Fahim & Makcik Salmah. Diaorang tak terus judge Hani... tak dengar sebelah pihak.. malah mencari kebenaran.

F puas hati bila Fahim balas kata sinis untuk Syafiq.

i happy dengan ending. watak Fahim green flag
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
August 20, 2020
[81-2020]

#AndaiMampuKugapaiSyurga #MyraAmeer

Sebab utama ingin membeli naskhah ini adalah kerana kavernya yang tersangat indah bagi saya. Macam cinta pandang pertamalah. Gitukan. Namun, usai membaca kisah Hani dan Fahim ini, ternyata novel setebal 600+ halaman ini punya isi yang cukup padat.

Setiap orang ada masa silam sendiri dan kita sepatutnya tidak menjadikan masa silam sebagai penghalang untuk terus menggapai bahagia di hari depan. Begitulah apa yang dirasakan Hani. Kerana masa silam itu, dia rasakan dia tidak selayaknya menggalas tanggungjawab seorang isteri.

Namun, hadirnya Fahim dalam hidupnya memberi sinar buat Hani. Walaupun dia cuba menghalang niat Fahim yang satu itu, namun takdir Tuhan tak siapa mampu menghalang. Dia benar-benar bersyukur kerana Fahim dan Hajah Salmah bukanlah manusia yang menjalankan kerja Tuhan.

Secara keseluruhannya, novel Andai Mampu Kugapai Syurga ini merupakan sebuah karya yang bagus dihasilkan penulis. Penulis membawa kita mengenal bagaimana peritnya seseorang yang punya masa silam yang gelap mendepani kehidupan mendatang. Dan, sikap manusia yang mudah menjatuh hukum memberi impak mendalam pada individu tersebut. Tahniah buat Myra Ameer!
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
March 7, 2021
best sangat... !! suka sangat watak fahim yang tak judge masa silam Hani dari sebelah pihak je.. bak kata Ma Fahim.. Fahim ni ni bijak.. yang tahu membezakan dimana letaknya akal dan emosi..


yang saya musykil kat Page 9 ada sebut pasal someone bernama Zaidi.. siapakah zaidi ye?? sampai ke hujung x de bagitahu langsung..

Profile Image for Tinana Hmb.
215 reviews8 followers
March 16, 2021
Satu lembaran kehidupan yang sangat indah dipenghujung jalan ceritanya.
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
February 13, 2021

Seperti yang aku jangkakan, Andai Mampu Kugapai Syurga ini membawa pembaca untuk memahami kisah seorang wanita yang mempunyai kepahitan hidup dan kisah silam dengan keluarga dan kawan-kawannya. Menjadikan dia seorang yang sangat tabah, kuat, berpegang teguh dengan prinsip hidupnya tetapi dalam masa yang sama menutup pintu hatinya untuk seseorang yang sudi menghulurkan 'tangan' untuk dia berpaut.

Aku kira cerita ini menepati apa yang aku jangkakan, dengan garapan yang cukup baik. Aku suka bagaimana watak Hani ini dibangunkan, kematangan tumbuh dengan mekar apabila refleksi diri sering menjadi makanan hariannya. Fahim seorang yang sangat manly dengan caranya tersendiri, memberi ruang dan terpaksa mengejar apabila takin apa yang terbentang didepan mata, itu yang terbaik.

Cukup untuk aku cakap yang cerita ini mempamerkan sisi kematangan seorang gadis dalam mengurus kepahitan kehidupannya. Walaupun pada aku, tone cerita ini sedikit mendatar tetapi aku senang dengan tone mendatar itu sebabnya ia memberi aku ruang untuk maintain mood aku sebagai seorang pembaca.

Tahniah Myra Ameera!
Profile Image for Limaukasturi.
54 reviews1 follower
December 27, 2020
Best people give you happiness, bad people give you experience & worst people give you a lesson.
20 reviews
August 27, 2020
Dah lama tak membaca disebabkan kesibukan dan buku Andai Mampu Kugapai Syurga adalah buku pertama yang aku baca selepas selesai semua tugasan dan urusan duniawi. ;)

Seriously, this book really impressed me. Ada wow factor yang membuatkan aku sayang nak letak. Selagi tak habis baca memang tak sedap hati nak berhenti. So, congratulation to the author. Biasanya karya penulis ni mmg sentiasa ada kelainan dan mempunyai mesej tersendiri. Sama juga dengan karya beliau yang terbaru ini. Karya yang banyak pengajaran. Ada jiwa dan penuh emosi.

Walau pun aku geram dengan Hani tapi aku faham kenapa dia degil sangat nak terima Fahim. Dia rasa kekurangan dan rasa tak layak untuk hidup bahagia. Dan aku juga kagum dengan sikap Fahim dan Hajah Salmah yang berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum.

Walaupun aku benci dengan emak Hani yang terlalu mengagungkan laki tapi aku kesian juga dengan nasib dia. Itulah, percaya sangat dengan laki dari anak sendiri. Itulah balasannya.

Kisah ni diadun dengan sangat baik. Dialog2 yang begitu memberi kesan. Watak yang digarap juga matang sesuai dengan usia. Tak adalah watak ko balik dari oversea tapi perangai macam budak darjah satu. Apooo???

ps: Tersuka pulak dengan watak Fahim. Matang, cool, nakal dan romantik tak hengat! hik2






Profile Image for CikNana.
148 reviews6 followers
November 27, 2020
Novel ini buat aku tidur lewat. Bab demi bab aku tunggu macam mana cara Azrul Fahim untuk yakinkan Nur Hanina Aira menjadi isterinya 😅 Dalam novel ini ada membawa aku mengenali dunia pekerjaan kejuruteraan, konsultant, QS. Aku bayangkan suasana di tapak pembinaan, part pekerja bergaduh. Menarik sangat !!! Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk karakter setiap ahlinya. Walau melalui aplikasi whatsapp dan beberapa bahagian, terserlah karakter anak² Hajah Salmiah. Lebih² lagi Fahim. Dalam novel ini banyak juga terselit ayat² al-quran, hadis dan kata² motivasi.

Maaf Hani, tetiba aku pun boleh jatuh suka dengan karakter Ir. Azrul Fahim 🥰 walau dia duda. Duda bercerai mati bukan hidup yer. Nampak tak kesetiaan selama 10 tahun terhadap arwah isterinya, Sara. Buka senang dia nak jatuh cinta.
1 review
July 17, 2020
I give 5 stars for this novel.. I like this.. Suka cara penulis karang cerita.. Bgi saya citer ni x cliche pun mngkin akn repeat pulk utk dibaca time free.. Sya juga suka dgn watak Hani disebabkan masa silamnya dia bnyak brubah drp khidupan jahil sehingga brubah kearah kebaikan tpi satu jer klemahan Hani bila dia sndiri takut dgn bayang masa silam hingga mnutup rapat hatinya pada semua lelaki trmasuk Fahim si hero dlm novel ni yg cuba raih hati Hani dan setia tnggu dan sabar dgn keputusan Hani...

Apa2 pun syabas utk penulis sya ucapkan
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
September 21, 2020
Tahniah penulis kerana karya ini antara karya terbaik yang jujur aku nyatakan. Cerita tentang kita-kita , realiti kehidupan yang sememangnya penuh ranjau dan duri . Watak Fahim yang digerap dengan baik sekali walaupun sudah mengetahui kebenaran tentang gadis pujaannya, dia masih teguh dan kekal dengan pendiriannya. Kagum dengan lelaki sebegini , yang personally bagiku adalah lelaki yang sebenarnya.
Tahniah MA kerana karya tulisan anda ini adalah yang benar-benar realiti yang berlaku disekeliling kita .
well done .,
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
November 14, 2020
Ni buku pertama yang sis baca heroin dia kerja sebagai QS. Terharu sangat bila penulis pilih QS, sebab tak ramai yang tau apa itu QS. Orang kenal arkitek dengan engineer je lebih. Perincian kerja yang penulis tulis tu memang tepat lar dengan job scope QS, salute! Jalan cerita tak da lar belit-belit sangat. Rasanya boleh teka je apa jadi dengan Hani tu. Tapi, Fahim memang patut dapat pujian. Lelaki matang yang cool, sweet, caring, bila dia tau kisah silam Hani pun dia tak gelabah, dia rilek je fikir dan soal siasat dulu. Dia tenang ja. Fahim memang terbaik.
Profile Image for Nur Iffah.
2 reviews
July 18, 2020
Habis baca dalam masa dua hari. Suka dgn watak Auntie Salmah dan Fahim kerana tak mudah percaya cerita buruk tentang Hani dan tak 'judge' Hani bila tahu tentang kisah silamnya. Kesian dengan watak Hani, tutup pintu kerana kekurangan diri. Paling penting novel ni happy ending. Keep it up writer 👍🏻
Profile Image for Nurul.
80 reviews3 followers
June 23, 2021
Kisah perjalanan hidup Hani yg di buang ibunya setelah dituduh oleh bapa tirinya yg Hani cuba menggoda bapa tirinya. Ibunya yang mempercayai cakap suaminya, terus menghalau Hani. Hani keluar dari rumah dan tinggal dengan nenek sebelah arwah ayahnya. Selepas setahun, neneknya pula meninggal dunia. Hani menjual tanah pusaka neneknya utk kos menyambung pelajarannya di universiti. Di Universiti, dia telah diperangkap oleh Syafiq dan Emilia hinggakan dia telah dirogol oleh Syafik. Dia mengalami tekanan perasaan selepas itu & terus mendalami ilmu agama. Perkenalan dia dgn duda hot, Fahim membuatkan mereka saling menyukai tetapi Hani menolak lamaran Fahim kerana sedar akan kekurangan dirinya.
Profile Image for Nur Farahin.
21 reviews2 followers
February 16, 2021
Jalan cerita yang baik. Suka dengan perangai Hani. Walaupun kisah silamnya yg kurang baik tapi dia berjaya mengubah dan tidak putus untuk berdoa. Selain Hani, saya suka Hajah Salmah dan Fahim 👍🏼
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.