Mereka makhluk yang dikurung dan ditidurkan agar tidak melakukan kerosakan. Namun, mereka dibangkitkan semula.
'Pagar' yang ke laluan dunia mereka telah terbuka.
Kehilangan pasangan remaja berakhir dengan penemuan mayat pasangan terbabit. Inspektor Ziyad bersama Detektif Aria dan Detektif Kamal menyiasal kes orang hilang ya g berlaku di sebuah kampung terpencil.
Ada sesuatu yang pelik di belukar yang merupakan sempadan antara kampung itu dan hutan berhampiran. Serbuk garam yang ditaburkan sekitar belukar tersebut menimbulkan tanda tanya. Tiada orang kampung dibenarkan melalui sempadan yang dibuat.
Kehilangan Isya dan Tok Semail (penghulu kampung) menyebabkan Inspektor Ziyad dan dua anggotanya terpaksa menceroboh masuk ke sempadan larangan.
bila kedegilan melanda, sesuatu yang dipagar sekian lama bangkit kembali. mayat hidup atau kunarpa yang asalnya kumpulan manusia biasa yang percaya pada tipu daya iblis dek kerana ceteknya pemikiran.
dah lama berlalu, rupanya ada dari keturunan mereka yang mahu bangkitkan kembali kunarpa. lebih sadis bila mahu membawa mereka keluar dari tempat yang telah dipagar. tok semail sudah beri ingatan tapi ada yang berdegil.
inspektor ziyad memasuki kawasan larangan itu bersama teamnya. bila terpaksa berhadapan dengan kunarpa sambil mahu menyelamatkan manusia, mereka seperti menyerah diri untuk menjadi santapan mereka!
seriau. penceritaan laju oleh puan Ilya Abdullah buat pembaca sama rasa berdebar, terperanjat. rasa nak jerit, bantu beritahu bila makhluk itu muncul tanpa watak manusia ini sedar.
iblis memang tugas mereka menyesatkan manusia. jauhkanlah manusia dari terpedaya.
5/8/22
pembacaan sekali lagi. huh! ada saja manusia tamak dan pendek akal sangkup nak bersekongkol dengan iblis yang dilaknat.
Ringkas dan padat.. Kisah kampung yang terpesong dan menjadi mayat hidup.. Mengerikan dan syaitan sentiasa memperdayakan.. Tanpa disangka ada yang mengkhianati dikalangan mereka..
Yang buat jatuh cinta pandang pertama adalah tajuk ebook ini KUNARPA, lepas tu cantik plak tu gambar dia, ebook mmg gmbar cantik2 ek, kalau nak lagi menarik, letak gambar kt setiap bab mcm ebook Anuar Darwisy, sampai sayang nak tukar Night Theme sbb nk tgk colour2•
Kisah bermula di penempatan pendalaman yang jauh dari pembangunan. Mereka terbahagi kpd dua kumpulan. Ketua Kampung sentiasa mengingati penduduknya supaya jangan melepasi sempadan selepas belukar. Alhamdulillah semua penduduk mendengar kata. Mereka hidup aman damai. Malangnya tidak pada org luar yang berkunjung ingin berkhemah.Ada antara mereka degil yg amat... Walau sudah dipesan dengan tegas, Mmg padanlah muka mereka hilang begitu sajer, yg tinggal hanya nama.
Semuanya bermula, bila ada pasangan yang dengan sengaja langgar arahan & dengan x sengaja mengejutkan sesuatu dari tidur yg lena.
Keadaan jadi x terkawal, nyesal skrg dah x berguna. Mereka dah memudahkan kerja seseorang, siapakah orang itu ??? Huhh.... patutnya Ketua Kampung haramkan terus orang luar berkhemah di saner
Ehhh ehhhh tgh emosi, ada cite pendek kt belakanglah 😃