Lagunya penuh dengan kenangan. Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.
Ceritera 2: Vendetta oleh Imaen
Dengan jari aku gali sedikit tanah di nisannya, kukuburkan cincin itu di sisinya. "Hari ini adalah titik tanpa pulang lagi."
Ceritera 3: Hati Andriyana oleh Noor Suraya
Sisipan kisah cinta 'dia' yang menyimpan seribu rahsia, 'dia' yang menyimpan seribu cerita, 'dia' yang ingin berkongsi sebuah rasa: Aliya dan Manjalara
Bila dah terbiasa dengan 6 course meal, tiba-tiba dihidangkan dengan sepinggan nasi campur sahaja; mesti ada yang kurang.....hehehe
Ini karya terakhir Hlovate dibaca. Dah terbiasa dengan novel penuh, so bila menghadap mini novel seperti ini, memang rasa x puas.
Sesuatu yang berbeza bila tiada lovey-dovey plot untuk naskah ini. Walaupun bila imaginasi tiada batasan mula merewang dah tentunya terbayang 'sesuatu' sekiranya watak Shah tidak ditamatkan.
Gigih la jugak mengetuk pintu pakcik google tengah2 malam untuk mendapatkan detail lagu dan simfoni yang berkumandang ;)
Vandetta : Imean
Mungkin langitku belum terbuka untuk genre action-thriller seperti ini. Sukar sedikit untuk dimaksimakan ruang pemahaman. Tapi, suka dengan sindiran sinis perihal sosio ekonomi dan politik oleh penulis.
Hati Adriyana: Noor Suraya
Mini novel ini dikeluarkan sebagai peneman kembarnya (Tanah Adriyana) keluaran CESB. Untuk pembaca yang belum diberi kesempatan melancong ke Tanah Adriyana Resort, confirm terpinga-pinga. Biarpun Noor Suraya dengan gigihnya memberi bayangan di mana letaknya bangunan utama dan insfrastruktur asas (siap dicetak pelan lokasi lagi...) tapi untuk pembaca lemah daya ingatan seperti aku; sesatnya sudah tentu.
Tapi, bila hati Manjalara dan Aliya diplotkan; memang terbentang jelas arah perjalannya. DAN Noor Suraya tetap dengan magisnya.
gurindam jiwa... sebagaimana namanya, begitulah ia lembut membuai jiwa......
1. Schubert's Serenade 5* apa yang memikat dalam tulisan Hlovate, begitu dekatnya watak2 yang dilakarkan dengan dunia sebenar, atau pun anganan yang tak tercapai di zaman persekolahan/kolej. watak2 dilakarkan begitu teliti, dengan details yang cukup lengkap, bukan hanya sekadar kata2 tanpa bukti yang sahih. untuk pembaca yang buta muzik seperti saya, segala2... wow!! betulkah ada? saya yang hanya mengenali mozart, beethoven ataupun vanessa may secara literal saja begitu terpesona dengan fakta2 baru yang dipaparkan, yang mana jarang dijumpai dalam mana2 novel ketika ini ( yelah asyik2 keja pejabat, anak datuk blabla... jemu jugak!). kesedihan begigtu berbekas, namun kata2 di akhir ju'a begitu mendalam.. ya, ramai yang pandai mengata yang pergi tetap pergi, hidup kena move on.. tapi sebenarnya ada sesuatu yang kita lupa.. banyak daripada kita yang mmove on, betul move n lupakan.. tanpa sedar akhirnya nanti kita akan bertemu 'di sana'....
2. Vendetta 4* siapa yang tak kenal dengan Imaen, rasanya sudah faham dengan nukilan beliau. saya sendiri agak lambat mengenali beliau lewat karya labyrinth & bohemian, yang mana kedua2nya cukup terkesan. permulaan pembacaan, saya kira balas dendam biasa seorang askar pencen. namun, semakin lama semakin manarik dengan pelbagai info mengenai berlian, badan2 khas (saya sendiri kurang pasti wujud atau tidak), sindiket2 yang bermaharajalela & pelbagai konspirasi yang lebih besar di sebalik dendam tersebut. kiranya, cerita ini bukan sekadar dendam D atas kematian isterinya, tapi lebih kepada penjenayahan yang salah menembak mangsa nya, seolah2 menyentuh sisik songsang seekor naga sehingga menghancurkan semuanya sampai ke akar umbi! tak dilupakan, titipan pesanan diselitkan begitu bersahaja dalam karya ini.
3. Hati Andriyana 5* kali pertama membaca karya kak noor suraya, saya begitu terbuai dengan lenggok bahasanya. begitu memikat, berbekas tapi masih bersahaja saya kira. sedikit kesal kerana saya tidak mempunyai naskhah Tanah Andriyana, maka ada beberapa perkara yang membuat saya tertanya2. namun, masih boleh dihadam & difahami sebenarnya.
overall, apa yang saya suka dengan naskhah ini? ilmu yang dikongsikan. pelbagai info baru yang tak perna saya tau atau ambil tahu sebelum ini, diselitkan dalam naskhah inii. tidak ksemua penulis yang pandai menukilkan info2 berguna sebegini dalam watak2 novelnya. maaf cakap, ada antara penulis yang bergelar doktor tapi masih menghasilkan karya2 komedi romantik tanpa cuba mempelbagaikan perwatakkan dengan pelbagai input yang berguna.
aku tinggalkan buku unleash the night seketika bila ternampak buku ni kat atas rak... buku ni melambai-lambai minta untuk dibaca lagi... Heeee
setelah aku tamatkan buku ni sekali lagi, aku tersilap bagi bintang rasanya... aku tak tahu kenapa aku just bagi tiga bintang pada waktu dulu... mungkin masa aku baca tu aku bergaduh dengan masalah kut hahaha...
cerita pertama seperti biasa mesti air mata aku bergenang di birai mata bila baca bab-bab yang nak habis... memang tak dinafikan hlovate terar hasilkan karya dan buat pembaca terus bermain dengan perasaan... huuu
ceritera dua, karya penulis ni memang aku suka!!! mungkin aku terlalu banyak baca cerita lejen dan fixi tu kut yang aku rasa suka dengan cerita ni... tapi bila berkali aku baca cerita ni memang aku terbayang seorang brader yang aku kenal, dia seorang askar, sedang berlari dengan pistol di tangan nak balas dendam... adeh Kalau brader tu tahu, mesti dia gelak berabis... hehe...
ceritera ketiga , bab satu tu aku tak suka sangat bila penulis guna kata nama 'saya' dalam penulisannya, syukurlah dia ubah bila masuk bab 3, maaf, aku betul-betul terganggu... rasa janggal tahap cipan hahaha.. (jangan risau ini aku sorang je yang rasa kut heee)... bila bab tiga dan seterusnya, macam tak boleh nak lepas haha...
akhirnya baru aku sedar buku ni Memang best... *senyum lebar...
Schubert's Serenade... lagunya penuh dengan kenangan Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.
Ingatan untuk mereka yang pernah hadir dalam hidup saya Ingatan untuk mereka yang pernah bersama melalui 'waktu itu' bersama saya Ingatan untuk lagu-lagu yang pernah bertanda dalam hidup saya Ingatan untuk hari-hari yang pernah menjadi sebahagian dari hidup saya
Mungkin lagunya sedih Mungkin ceritanya pun sedih Namun kenangan yang bertanda dalam diri saya, yang datang bersama lagu ini... tiada sejarah dan air mata"
There could be beauty in tragedy, anyway. [Blurb novel:]
Berkisar tentang Ju’a yang bagaikan ‘terpaksa’ menerima kehadiran Shah dalam keluarganya setelah ibunya berkahwin dengan Uncle Zainal. Bukan sebab tak suka dengan perkahwinan itu cuma dia rasa janggal, kurang menggemari tingkah anak ayah tirinya itu.
Namun seiring waktu yang berlalu, Ju’a makin menyenangi kehadiran Shah kerana mereka punya minat yang sama iaitu muzik. Kalau Ju’a bermain violin, Shah pula mahir bermain piano. Jadi kerana cinta yang sama itulah yang buat hubungan mereka makin rapat. Malah Ju’a mula menyayangi Shah sebagai abangnya. Sayangnya saat-saat bahagia itu hinggap sebentar cuma. Ketika mereka menanti kehadiran baby baru dalam keluarga, Shah pula yang dijemput Ilahi. Pemergian abang yang amat disayanginya itu turut membawa ke semua kebahagiaan Ju’a. Sukar untuk menerimanya namun dia akur. Takdir Tuhan itu lebih berkuasa.
Cerpen yang paling menarik hasil garapan Hlovate. Aku suka dengan jalan ceritanya. Mudah dan seperti biasa disampaikan dengan cukup santai. Aku belajar mengenali dunia muzik yang disisipkan. Walaupun ada masanya aku terkial-kial untuk memahami muzik apa yang dialunkan ;D
Ceritera II – Vendetta [Imaen:]
Dengan jari aku gali sedikit tanah di tepi nisannya, kukuburkan cincin itu di sisinya.
"Bukan bermakna aku sudah tidak menyayangimu lagi, sampai mati sayang, sampai mati! Aku tanam kerana aku ingin bersemadi di sebelahmu. Sedangkan apa yang bakal berlaku hari ini, aku sudah tidak pasti apakah nisanku nanti akan menjadi teman nisanmu... hari ini adalah titik tanpa pulang lagi. Vendetta!" [Blurb novel:]
Pada mulanya aku tak berkenan sangat nak baca kisah ni tetapi bila dah baca bab pertama tak boleh nak berhenti! Kisah cinta thriller ni memang mengikat hati. Bercerita tentang D yang menjadi pemburu. Memburu sesiapa saja yang terlibat dalam satu kes rompakan sebuah kedai emas yang turut meragut nyawa isterinya, Lia. Dasyat sungguh penangan cinta Lia pada D.
Jalan ceritanya memang mudah dihadam. Banyak juga yang aku dapat kutip daripadanya. Cuma aku sangat-sangat berharap yang D tak terus membunuh. Dendam tak akan bawa kita ke mana. Boleh juga aku bayangkan, kalau lah betul-betul terjadi kat Negara kita macam ni... pastinya tak senang duduk pihak polis kita hehehe
Ceritera III – Hati Andriyana [Noor Suraya:]
Hati Andriyana adalah sisipan kisah cinta 'dia' yang menyimpan seribu rahsia, 'dia yang menyimpan seribu cerita, 'dia' yang ingin berkongsi sebuah rasa: Aliya & Manjalara.
Dalam Gurindam Jiwa ini Manjalara beritakan tentang rasa hatinya Lalu Fitri Hadi akan mewarnakan citra pertama 'dia' di hatinya Walau apapun ceriteranya, di pena Noor Suraya Ku Fitri masih seorang 'Qais' untuk lailanya dan Raden Andriyana... masih seorang puteri. [Blurb novel:]
Pada mereka yang membaca Tanah Andriyana [TA:] seharusnya membaca cerpen ini pula. Kesinambungan kisah HA adalah pelengkap pada TA. Mengimbas kembali kisah cinta 4 keturunan yang saling bersangkut-paut dalam dua keluarga ini. Bermula dengan Andriyana & Ku Fitri, Manjalara & Joshua, Ali Hakeem & Maryam dan terakhir pastinya Aliya & Hadi.
Persengketaan antara dua keluarga ini bagaikan tiada akhirnya. Dan pertemuan Aliya dan Hadi pula telah menyebabkan sejarah lama diungkit semula. Saling menyukai antara satu sama lain tetapi Aliya cukup berhati-hati. Dia tak mahu perkara lama berdarah kembali.
Aliya dan Hadi berusaha membongkar kisah di sebalik permusuhan dua keluarga bersaudara ini. Salasilah keluarga dijejaki dan pastinya harapan mereka untuk melihat keluarga ini bersatu semula. Lagipun, bolehlah nanti Hadi masuk meminang Aliya hik3 lalala5 ;P
Satu-satunya novel(cerpen kot..?) H yang boleh buat aku menangis. Perwatakan Ju'a ni lebih kurang dengan kebanyakan watak ciptaan H yang lain seperti Addin, Trisy, Minn dll. What I admire most about Ju'a is that dia masih mampu menjaga aurat dengan abang tiri eventhough diorang duduk satu rumah, which is pada aku sangat susah utk orang melayu biasa buat.
Bila baca novel ni, aku terasa rindu sangat dengan arwah abang sebab bond antara Ju'a dan Abang Shah yang sangat kuat walaupun sebagai adik-beradik tiri, tapi dah cukup untuk buat aku jealous sebab tak sempat nak rasa kasih sayang seorang abang sepenuhnya. Ju'a dan Abang Shah berkongsi minat yang sama; muzik. Cumanya, Ju'a main violin, n Abang Shah main piano, sampailah satu tragedi yang buatkan hidup Ju'a berpusing 360 darjah.
Ending dia macam tergantung, sampai part Ju'a masuk KMS je then habis. Pembaca tak tahu apa kesudahan hidup Ju'a, adakah dia akan jumpa balik dengan EG ke, main violin balik macam dulu ke or what. So pls H, buatlah sambungan untuk cerita ni..!! :3
lagi dua cerita tu, belum sampai seru lagi nak baca hahaha zzz
Bestnya, semua ketiga-tiga ceritera dalam novel ini best sangat. Walaupun hanya sekitar 200 mukasurat, kisah-kisah yang dinukilkan amat mengesankan. Schubert's Serenade kisah kasih adik-abang yang tiada pertalian darah, Vendetta sebuah kisah seorang suami yang bertekad melunaskan janji matinya terhadap petualang yang membunuh sang isteri tercinta, Hati Andriyana pula kisah anak-cucu-cicit yang mencari kebenaran demi membongkar fitnah yang menodai susur galur keluarga. Sebenarnya tak terdaya saya nak membuat kesimpulan untuk ketiga-tiga ceritera karya novelist hebat ni. Yang saya tahu hanya satu, membaca buku yang penuh emosi ini memberi kepuasan tahap tinggi.
Tajuk buku : Gurindam Jiwa Penulis : Hlovate, Imaen , Noor Suraya Keluaran : Jemari Seni Halaman : 496 m/s
Ulasan Ain Sabrina :
Ada 3 kisah dalam Gurindam Jiwa yang berlainan temanya.
Ceritera I : Schubert’s Serenade karya Hlovate
Kisah pendek dari Hlovate membawa watak Ju’a dengan Shah. Kali ini tiada tema percintaan dibawa kerana Ju’a dan Shah adalah adik dan abang walaupun tidak seibu dan sebapa. Pada mulanya, Ju’a amat tidak menyenangi kehadiran Shah sedangkan tiada salah Shah pada Ju’a. Sehinggalah kerana minat yang sama dan kerana muzik , mereka mula ‘kamceng’. Namun di saat mereka menanti adik baru mereka , ada satu peristiwa berlaku. Dalam gembira, ada peristiwa sedih menjelma.
Ceritera II : Vendetta karya Imaen
Kisah ini hanya membawa watak ‘aku’ tanpa nama. Kisah di awal meceritakan serba sedikit kebahagian ‘aku’ bersama Lia. Namun kebahagian itu tidak lama, apabila satu eksiden berlaku yang menyebabkan Lia pergi selamanya. Dan kerana itu , dia tekad untuk balas dendam. Penyiasatan dibuat dengan bantuan yang lain , membawa dia kepada misteri yang lebih besar. Membunuh seakan menjadi satu lumrah buatnya sampaikan tiada rasa bersalah yang terbit. Berjayakah dia membalas dendam atau ada yang menjadi penghalang? Apakah akhirnya, derita atau bahagia?
Ceritera III : Hati Adriyana karya Noor Suraya.
Kisah Hati Adriyana adalah kesinambungan kisah Tanah Adriyana yang pernah diterbitkan CESB sebelum ini. Kesinambungan kisah Aliya dan Hadi yang telah berkahwin setelah menghadapi musim cinta terlarang di dalam novel Tanah Adriyana sebelum ini. Dan di dalam novel ini , dihuraikan dengan lebih mendalam kisah cinta moyang mereka dahulu , Ku Ahmad Fitri dengan Raden Adriyana. Juga bagaimana keluarga Aliya akhirnya mendapat pembelaan setelah rahsia sebenar terbongkar.
Komen Ain Sabrina :
Ketiga-tiga kisah ini walaupun dikumpulkan dalam Gurindam Jiwa , setiap satunya ada kekuatan dan temanya masing-masing. Seakan tiada ikatan lansung antara cerita ketiga-tiga ini.
Watak Ju’a yang mempertahankan prinsip dan ajaran agama , menjaga aurat antara dia dan shah amat saya hormati. Ini kerana saya tahu benda itu bukan mudah. Untuk menjaga aurat dengan sepupu pun saya rasa susah , tambah-tambah lagi dengan abang yang hidupnya hampir 24 jam serumah dengan kita. Kisah Schubert’s Serenade ada kekuatannya sendiri walaupun tidak membawa tema cinta sebagai temanya. Tema hubungan persaudaraan membuatkan saya turut rindu pada saudara saya sendiri walaupun realitinya pasti tidak seindah seperti dalam novel.
Kisah kedua agak berat. Kisah dendam, kisah nyawa manusia jadi taruhan. Saya ingin mengiakan kata-kata yang ada ditulis dalam novel ini, orang berdendam adalah orang yang paling sedih. Itu benar , kita akan pasti akan lebih gembira jika kita mudah melupakan dan mudah memaafkan. Tiada yang memberatkan fikiran, fikiran yang ringan membawa kepada kebahagian. Dan kerana itu watak ‘aku’ menjadi watak yang menyedihkan , walaupun dendamnya terbalas , hakikat ‘Lia’ telah pergi masih tidak berubah.
Kisah ketiga boleh buat saya tersenyum sendiri. Saya pernah ada buku Tanah Adriyana. Saya cakap pernah ada , sebabnya buku itu sudah hilang tiada ganti =( . Jadi apabila mengetahui ada kesinambungannya , cepat-cepat saya dapatkan buku ini. Ternyata ia tidak mengecewakan. Membaca kisah ini , seakan membaca kisah cinta 2 zaman, kisah cinta Ku Fitri dan Raden Adriyana, kisah cinta Hadi dan Aliya. Kedua-kedua kisah cinta saya suka.
Tiga penulis yang amat berbakat. Dua daripadanya amat saya minati. Terima kasih. Hlovate - Schubert's Serenade - lagu yang penuh kenangan untuk seorang Najwa (Ju'a) kepada Shaharmi (Abang Shah). Bila Abang Shah meninggal dunia, Ju'a kehilangan dan tidak dapat meneruskan minatnya kepada musik. Dia lebih menumpukan dirinya kepada pelajaran serta doa untuk kesejahteraan Abang Shahnya. Imaen - pertama kali membaca hasil tulisannya. Vendetta - 'D' kehilangan isteri tersayang semasa mereka berbelanja di Antwerp Finest. Dari hari itu, dia nekad untuk membalas dendam ke atas mereka yang terlibat. Rupanya mereka adalah penjayah yang bertaraf antarabangsa. Dalam misi melaksanakan dendam, 'D' menemui seseorang yang dapat mencuit hatinya yang kekosongan. Perjalanan memenuhi dendam juga adalah jalan mengenali Tuhan. Ada ironinya. Perkenalan pertama saya pada dunia gelap seorang pembunuh professional. Noor Suraya - Hati Andriyana. Dua keluarga bermusuhan dari zaman nenek-moyang hingga kini. Hati Aliya dan Hadi tidak mungkin dapat disatukan kerana dendam lama. Tetapi kerana Ku Fitriyah Manjalara dan Yusoff (Joshua) O'Brien, mereka akhirnya disatukan. Dari situ, semuanya dipermudahkan. Satu-persatu rahsia keluarga dibongkar. Fitnah dan aib yang dilontarkan selama ini kepada Andriyana dapat dibersihkan. Keluarga dari susur galur Andriyana akhirnya diikhtirafkan. Dan Aliya dan Hadi sekarang sedang menanti saat keluarga mereka berkembang.
Hlovate's Schubert Serenade: As always, I always love how Hlovate introduces me to new songs (mostly orchestra in this short story). Setiap kali aku nampak tajuk lagu dlm tulisan dia, aku akan Youtube terus. And most of the songs fit my interest well. Kali ni watak takde belajar luar negara macam novel lepas-lepas. Persamaan dgn novel sblum, watak perempuan mesti 'headstrong'. Takde lemah lembut gemalai anak ikan kekek si-iloi iloi.
Imaen's Vendetta: Teringat cerita V for Vendetta lakonan Scarlette Johanson (betul ke aku eja ni?). Watak dia guna nama samaran V. Dalam Imaen's Vendetta ni, watak dia guna nama samaran D. Ada copy paste di situ. hehe. Jalan cerita V for Vendetta, V bunuh org kerajaan sbb nal balas dendam dekat kerajaan yang super saiya kejam. Ada unsur politik dan falsafah yg sangat mencabar ke-inteletual-an aku. Imaen's Vendetta pula pasal D bunuh orang sebab nak balas dendam utk isteri dia. Orang yang bunuh isteri dia member international criminal society. kot.. yang aku faham la.
Noor Suraya's Hati Andriyana: Susah nak faham. banyak sangat watak. dah la pasal pergaduhan antara keturunan semenjak nenek moyang. aku bagi 3/10.
Aku suka baca ketiga-tiga ceritera itu... menarik sungguh.
Schubert's Serenade memang menyedihkan. Menitik juga air mata tika membacanya... tapi best!
Tak sabar nak baca karya Imaen yang seterusnya... (entah mengapa sekarang ni agak minat untuk membaca novel romantic thriller dan aku baru je habis membaca novel Pulang, karya Abdul Rahim Awang - ulasannya nantilah ye?).
Nasib baik juga aku baru saja membaca novel Tanah Andriyana... barulah seronok nak menghayati 'Hati Andriyana'... bahasa yang digunakan memang membuai perasaan.
p/s terima kasih Kak Su... dan x lupa juga buat Kak Em...
Siapa tidak bergetar hatinya bila membaca karya Hlovate ini?Bingung juga kenapa seringkali aku tersentuh bila watak itu bersedih hati, dekat benar dengan aku rasanya. Ganas tapi in a good way.
p/s : Aku hadam karya Hlovate dulu. Yg lagi dua, tunggu guliran ya ;)
🏷️ Schubert's Serenade--Hlovate: 🎻 Bahagian Satu:- Hubungan Ju'a dan Shah dingin kerana salah faham. Namun, hubungan yang keruh itu semakin jernih kerana cita rasa dan minat mereka yang sama. Satu lagi persamaan di antara mereka ialah masing-masing pernah menghadapi kehilangan.
"Sebenarnya tak sejauh yang kita fikirkan. Hanya dipisahkan oleh satu garis je. Life..." di sebelah kiri garisan itu," ... and death." Di kanan garisan. " Garisan tu je yang pisahkan kita. Dan doa tu penghubung paling kuat."
"And we have to live on. Hilang seseorang dalam hidup bukan alasan untuk kita pun stop living. Live a happy life. For them."--Shah.
🎻 Bahagian Dua:- Ju'a telah melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Perlis. Bahagian ini menceritakan bagaimana Ju'a belajar nak menguatkan hati. Berdamai dengan takdir.
Benda lebih mudah disebut daripada dibuat--Ju'a.
"Saya nak tengok awak cuba berdiri balik, tak kena ikat dengan benda dah lepas."--EG. ...
🏷️ Vendetta--Imaen: Cerita dimulakan dengan luahan (baca : bersumpah/berjanji??) untuk membalas dendam ke atas kematian isteri yang dicintainya dalam kejadian rompakan di sebuah kedai emas. Rupa-rupanya bukan rompakan biasa, ada agenda lain.
Perjalanan untuk membalas dendam diselang seli dengan imbas kembali apa yang dibuat semasa menyertai rejim foreign legion, pertemuan kali pertama dengan Lia. Aku agak pertemuan D dengan isterinya banyak merubah dirinya. Sebab tu D sayang betul dengan arwah isterinya hingga sanggup menjalankan "hukuman hudud" tanpa mengira risiko yang harus ditanggungnya.
Marche Ou Creve (aku harus terus mara atau mati)--D.
...
🏷️ Hati Andriyana--Noor Suraya:
🎨 Bahagian Satu:- Kisah Hati Andriyana ialah edisi berkembar Tanah Andriyana. Jadi, sebaik sahaja memulakan bacaan, aku jadi teringat semula akan plot penceritaan Tanah Andriyana. Kisah Aliya yang curi-curi belajar melukis dengan Hadi di telaga lama. Kisah kegusaran Ali Hakeem agar sejarah moyangnya tidak berulang kembali.
🎨 Bahagian Dua:- Berfokus kepada watak Ku Fitriyah Manjalara aka Lara (nenek kepada Aliya). Aku jatuh kesian dengan Lara. Sudahlah dirinya tidak diperakui, kemudian nama ayah pula diminta diceraikan daripada namanya. Tapi bagusnya Lara ini kerana dia tidak pernah berdendam malah dia yang bersungguh hendak menyatukan Aliya dengan Hadi.
🎨 Bahagian Tiga:- Hadi telah melamar Aliya sebagai suri hatinya sehingga sanggup dibuang keluarga. Selepas berkahwin, Hadi nekad untuk mencari kebenaran mengenai moyang mereka untuk menamatkan permusuhan antara dua buah keluarga.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Antologi ini mengandungi tiga cerpen oleh tiga penulis.
Schubert's Serenade (Hlovate): 🌟⭐⭐⭐ Aku baca sampai habis okey. Tidak sama seperti novel-novel Hlovate yang lain, aku suka cerpen ini. Kisah Ju'a dan Abang Shah, kisah persekolahan Ju'a buat aku rasa muda semula. Jadi teringat-ingat suasana SPM 2003, ambil peperiksaan ketika bulan puasa. Kisah kehidupan di Kolej Matrikulasi bermain-main di depan mata. Hlovate ni mesti sezaman denganku, umur baya-baya aku. Entahlah.
Vendetta(Imaen):⭐⭐⭐ Cerpen ini ada aura The Bourne Supremacy. Aku suka tapi penulis menyogokkan terlalu banyak fakta membuatkan unsur saspen mati di tengah jalan. Aku tidak habis baca sebab hatiku menggelupur nak tonton Matt Damon semula.
Hati Andriyana (Noor Suraya):⭐⭐⭐⭐⭐ Karya Noor Suraya yang pertama aku baca. Cerpen ini sangat indah membuat aku terbuai dengan cinta. Aku baca dengan hati-hati seperti berdepan orang bangsawan, orang terhormat. Kisah ini tentang tiga generasi yang punya rahsia zaman berzaman. Penulis menceritakan dari sudut pandang watak berbeza meminta pembaca menilai sendiri mana yang benar mana satu fitnah.
Baru ingat nak jual buat pusing modal, terus jadi sayang nak jual 😭😭
Ceritera 1 nukilan hlovate ....sangat meruntun hati & perasaan penulis bijak meninggalkan kesan mendalam dalam hati pembaca meskipun berkisar tentang kekelurgaan sangat indah nilai kasih syg yg diterapkan dan ketabahan serta penerimaan kita dalam menghadapi kehilangan org yg tersyg .Baca ni boleh menyedarkan kita tentang mesej2 hargailah...org tersayang di sekeliling kita .
Selesai. Kenapa rasa macam susah sikit nak baca fiksyen sekarang ea? Hampir DNF sebab gaya penceritaan dalam cerita ketiga (Hati Andriyana) kurang kena dengan saya. Padahal permasalahan dalam cerita tu dah sangat menarik. Mungkin saya mengharap lebih.
Allah.... Rasanya, ni naskah paling lama ML ambil masa utk habiskan. Sampaikan, ML tangguh dan habiskan 3 buah novel, barulah ML berjaya habiskan Gurindam Jiwa ini. Sejujurnya, mmg ML rembat GJ ni, atas dasar Hlovate. Konon, nak habiskan karya Hlovate sblm PBKL2014. Ternyata, karya ni, telah menangguhkan dan secara kebetulan, ML bz, mood membaca menurun, dan akhirnya, berkurun baru ML habiskan.
3 Penulis. ML suka dengan Schubert's Serenade karya Hlovate. Bagaimana perkenalan dengan si abang tiri yg bermula dengan dingin dan benci bertukar menjadi sebuah hubungan yg amat akrab. ML suka cerita ini. Seriusly, emosi ikut terbuai sama. Cuma, mungkin kerana ini cerita pendek, pengakhirannya membuatkan ML x puas.
Vendetta ... Cerita ni, membawa ML ke laut. Terjun gunung dan masuk dlm tanah, Maaflah. ML x dpt nak hadam. Cerita yg sekejap-sekejap mcm kat Malaysia, sekejap2 mcm kat oversea. Huh... X masuk dgn akal ML . Maaf. Mmg ni, karya pertama Imaen yg ML baca. Mungkin gaya bahasanya tahap profesional membuatkan golongan kelas bawahan spt ML ni, x dpt nak hadam.
Hati Andriyana karya Noor Suraya juga membuatkan ML tersengguk-sengguk dan menguap. Bahasanya yg agak skima dan laras bahasa tahap tinggi membuatkan org biasa spt ML x mampu hayati ceritanya.
dah lama novel ni dibaca sebenarnya--bertahun dah, tapi harini baru nak buat review. untuk cerita hlovate je sebab beli pun semata nak baca hlovate je :)
ini cerita yang entah berapa kali baca tapi tetap sama -- menangis.
tentang Ju'a yang comel dan nakal , tentang abang Shah yang sangat charming , tentang kesedihan hilang orang paling kita rapat , tentang family tiri punya bonding yang sangat kuat ,
walaupun hanya beberapa helai muka surat sahaja , tapi , plotnya kuat melekat dalam kepala .
"sebenarnya kita dengan orang yang dah meninggal hanya dipisahkan dengan satu gari je iaitu life di sebelah kiri and death di sebelah kanan" --ayat ni takkan aku lupa .
bdw , H punya karya mana ada yang tak pernah terbaik kan ?
Read this book ages ago so only remember first story of the book though and I did not visit it as often as Hlovate's other books. So, here is my long overdue review..
Don't get fooled by the title and the first half of the story bcs this one is a hard one to read. Not bcs of the narration but bcs I shipped someone with someone it wasn't supposed to to begin with. How fucked is my head huh?? But I'm going to say thank you very much bcs this is the starts of me prefer, accept and be ok for not having main characters ending up dating, get engaged nor getting marry. 2nd was.. (well let's just say, read the book to know why)
I'm sad but I'm happy to read this book. It's bittersweet :')
i like the story!!!sedih banggang dia punya ending!but,as usual karya hlovate memang tak pernah menghampakan.sangat indah cerita ini.ya,memang lagu2 nya penuh dengan kenangan..pemuzik,penulis,saterawan antarabangsa yang diceritakan,walaupun sebahagiannya saya tidak kenal langsung namun saya menghayati cerita ini dari sudut seni yang mendalam. "muzik itu perasaan bukan bunyi"
3 cerita. Beza manuscript tapi semuanya berkisahkan kehidupan. Dari Hlovate, kita belajar erti kehidupan & menerima perubahan dari perginya seseorang yg penting. Dari Imaen, dendam yg tersimpan & revenge. Dari Noor Suraya, agak dlm sasteranya tapi cerita mengamit perhatian ku. susur galur keluarga & fitnah serta keindahan bahasanya. 3 cerita dari 3 penulis hebat.
ada 3 ceritera dlm novel gurindam jiwa. i bought the novel for the sake of hlovate. i couldn't stand typical-malay-roman-picisan-lovey-mushey-dovey story. but i tell you. hlovate is diff. and the other two stories. belum smpai seru lagi nak baca . T_T