Jump to ratings and reviews
Rate this book

Encik Ulat Buku

Rate this book
Rutin Eliya Inara yang suka menulis diari di dalam LRT sambil memerhatikan gelagat ‘Encik Ulat Buku’ yang suka membaca itu berubah setelah perkenalan mereka dalam situasi yang memalukan!
Masalahnya, Eliya dah buat gaya boikot tak nak naik LRT pun; Aydin Noah a.k.a. Encik Ulat Buku boleh muncul di mana-mana saja. Aydin pula selamba sahaja menuduh yang Eliya stalk dia.
“Eh, sorry sikit. Tak ada maknanya saya nak stalk awak. Nak stalk macam mana kalau Facebook dengan Instagram pun awak tak ada? Such a nerd!” ~Eliya Inara~
Mula-mula memanglah Eliya hendak elakkan diri, tetapi lama-lama dia tercari-cari pula. Walaupun Aydin itu si genius Matematik yang nerd, tetapi apa yang dilakukan oleh Aydin mudah buat hati Eliya jadi hangat.
“Jodoh ni ialah jodoh kalau tanpa dirancang senang sangat kita berjumpa dengan orang yang sama di tempat yang berlainan. Over and over again.” ~Aydin Noah~
Memang pun Eliya jatuh suka dengan Aydin over and over again!
Tapi…
Aydin boleh selamba tayang muka tenang! Sebab itulah Eliya selalu keliru. Sudahnya, Eliya nekad untuk berterus terang apabila Aydin mahu ke luar negara selama setahun sebagai sukarelawan.
“Saya suka awak dan saya rasa saya patut beritahu sebelum awak pergi.” ~Eliya Inara~
“I’m sorry, Yaya.” ~Aydin Noah~
Aydin pergi dan Eliya tinggal untuk pulihkan hati yang terluka. Baru sahaja Eliya mahu jayakan rancangan untuk ‘move on’ daripada Aydin, tiba-tiba lelaki itu muncul kembali. Mulut kata tidak, sedangkan hati…
“Saya rasa saya memang sukakan awak sangat-sangat.”~Eliya Inara~
“Bak kata Mr Darcy daripada Pride and Prejudice, ‘you have bewitched me, body and soul, and I love… I love… I love you.”~ Aydin Noah~
Beranikah Eliya untuk jujur pada hati sendiri sekali lagi? Adakah kisah Eliya + Aydin akan bertemu perkataan TAMAT yang menggembirakan?

506 pages, Paperback

First published June 1, 2020

3 people are currently reading
26 people want to read

About the author

Yumi Hyra

19 books94 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (43%)
4 stars
16 (43%)
3 stars
3 (8%)
2 stars
2 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Eisya.
189 reviews4 followers
October 7, 2023
3.5

Awal2 saya rasa biasa sahaja.. terasa momentum semakin naik bila penulis masukkan isu othello syndrome. Walaupun dah boleh agak siapa si pelaku tetapi tak dapat tangkap lagi apa motif penculikan 4 orang lelaki tu. Nak tahu motifnya kena baca..
Profile Image for Mslvoe.
2,066 reviews200 followers
November 29, 2023
F belajar sesuatu dalam naskah ini. Penyakit othello syndrome. Sejenis delusion terhadap seseorang yang kita suka. Terlampau cemburu yang berbahaya.

Dah agak siapa orang itu sebab dia tiba² muncul as saksi.

Scene kat hospital antara Aariz dan Aydin mencuit hati.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
July 2, 2020
buku dengan lelaki, mungkin tak sejelas rapatnya seperti wanita dan buku. mungkin kerana itu, bila terlihat lelaki sedang mengulit buku seperti satu pemandangan sama ada indah atau pelik. hehe...

pada eliya, dia suka pemandangan itu. tambah pula encik ulat buku dia jenis hot and nerd. haa... macam tulah lebih kurangnya gambaran watak aydin, seorang pensyarah matematik yang genius. tapi bila dengan perempuan, macam beku pula ya?

bertemu berkali-kali, awalnya bila eliya tersilap pensyarah untuk ditemuramah. kali kedua, ketiga... kemudian tau pula yang aydin punya kembar iaitu aariz.

sangat suka cara garapan penulis Yumi Hyra yang sangat 'hidup' plus sangat ceria. setiap bahagian cerita mengajak pembaca sama-sama berfikir, enjoy dan teruja. dialog pun tersusun cantik dan kita pembaca sama seronok dengan semua watak.

yang tambah seronoknya, part thrill itu penulis selit sikit-sikit. kita pembaca akan syak mula-mula watak ni. lepas tu, nooo... watak ni pulak... lepas tu, uurgggh!!! watak yang itu pun mungkin jahat. tak cukup dengan putar belit, lepas tu baru pula terfikir, motif? why? kenapa? ehh... dia ni??...

ha.. macam itulah gerak rasa yang ada. ingat kisah cinta aydin dengan eliya? diorang tak declare apa-apa pun. siap aydin pergi syria. eliya pula bila sufi datang, dia mesra.

so, mana pula datang cinta?

benda tak dirancang adakala lagi hebat. memang kita tak merancang, lebih pada terlihat semuanya kebetulan.

tapi

semua sebenar perancangan yang sangat hebat dari Yang Maha Esa.

hargai dan syukuri. kalau pun kecewa, percayalah tetap akan ada hikmah.
22 reviews3 followers
October 14, 2020
Beli buku ni sebab kawan sama hobi cadangkan. Mula2 tak berapa nak capai buku walau dah beli sebenarnya. Sebab tengok tajuk dia tak menarik. Tapi satu hari dah buntu tak tahu mana satu nak dibaca dlm timbunan buku yang pending, akhirnya capai jugaklah.

Tu dia... Memang menghiburkan!

Tema ulat buku dalam novel ni pada saya digarap dengan baik. Hero, Dr Aydin, seorang ulat buku yang tegar, dan rasanya mana2 pencinta buku memang akan buat persis macam Dr Aydin. Di mana2 dan bila2 masa selagi terluang akan tetap membaca walau sedang berdiri tepi tiang, dalam LRT, di kafe... Ha, mana2lah!

Dan kerjaya heroin, Eliya atau Yaya, sebagai penulis artikel majalah juga menggambarkan ulat buku sebenarnya. Sebab penulis begini memanggg kena banyak membaca dan mengkaji sesuatu isu, juga cara penulisan yang baik sebelum menerbitkan artikel atau kolum.

Saya tak nak ulas apa2 mengenai jalan cerita sebab sesiapa boleh nilai dengan bacaan sendiri. Luangkan masa membaca buku ini kalau anda sedang mencari bacaan ringan tapi menghiburkan. Pada waktu yang sama, boleh mengenali serba sedikit tugasan penulis artikel/kolum majalah melalui kerja2 harian Yaya.

Sedikit twist dimasukkan penulis Yumi Hyra tentang Othello Syndrom ke dalam salah satu watak, yang mana sindrom ini ialah sikap cemburu yang melampau. Cemburu terhadap pasangan yang kita sayangi itu normal. Tetapi bila berlebihan dan walau fakta2 tentang tiadanya kecurangan itu berlaku telah dibentangkan, itu merbahaya dan membawa kepada sindrom ini. Tapi satu yang kurang pada saya di sini ialah saya berjaya meneka watak yang mana. Barangkali sebelum ini saya banyak baca buku tentang psikopat. Ciri2 mereka serba sedikit ada persamaan satu sama lain. Tapi apapun penulis Yumi tetap sukses dalam menyampaikan tanda2 sindrom ini kepada pembaca.

Keseluruhannya, memang novel yang baik dan berilmu. Boleh jadi ini ialah kesukaan saya, tapi belum tentu kesukaan orang lain.
Profile Image for Norhana.
25 reviews
January 24, 2021
Ini novel pertama penulis yang aku baca. Aku beli novel ni sebab tertarik dengan tajuknya. Lelaki yang membaca (baca : ulat buku) memang 'seksi'. Ouch! Selain mengutarakan soal cinta, terselit babak misteri di dalam novel ni. Walau bagai mana pun, aku dapat meneka siapakah penjenayahnya. Cuma aku tak dapat nak kaitkan kenapa penjenayah menculik mangsa2nya itu. Plot cerita yang menarik dan tersusun.
Profile Image for HoneyGee.
147 reviews7 followers
November 18, 2020
Untuk seorang yang sangat sukakan romantic comedy, novel ni memang kena dgn genre ni sama macam novel-novel penulis yang lain dan saya highly recommend novel ni. Very light and funny. Suspens dekat hujung-hujung cerita pun menarik and terkesan juga dekat saya.
Suka sangat dengan hero yang acah-acah tak kesah dengan heroin tu tapi sebenarnya...
Profile Image for Cik.
211 reviews5 followers
January 24, 2023
Dah nak hampir tamat,barulah dorang kahwin.And Dr.Aydin tu tak berapa nak sweet 😂
Cik N lebih suka story Sarah kawan Yaya tu dalam ebook bukan crush biasa.
Profile Image for addreads.
285 reviews27 followers
July 7, 2023
𝘛𝘩𝘦 𝘣𝘦𝘴𝘵 𝘳𝘦𝘭𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘴𝘩𝘪𝘱𝘴 𝘶𝘴𝘶𝘢𝘭𝘭𝘺 𝘣𝘦𝘨𝘪𝘯 𝘶𝘯𝘦𝘹𝘱𝘦𝘤𝘵𝘦𝘥𝘭𝘺.

Eliya & diari berpisah tiada. Setiap hari di dalam LRT dia akan perhati je Encik Ulat Buku ni. Itulah yang ditulis. Tapi, dari Eliya suka tengok terus jadi nak elak disebabkan ada kejadian yang memalukan dia. Sebabkan itu, terus Aydin kata Eliya ni stalk dia. First elak tapi lama-lama rasa nak mencari je Encik Genius Math Nerd ni. Eliya dah suka tapi Aydin suka ke?

"𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐥𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐢𝐝𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐧?"

"𝐀𝐝𝐚."

"𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚? 𝐀𝐫𝐭𝐢𝐬 𝐤𝐞? 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐟𝐚𝐦𝐨𝐮𝐬?"

"𝐘𝐨𝐮."

Ehh, stop hearbeat member. Ingat dah happy, lah tiba disebabkan janji Aydin terpaksa pergi & Eliya decide untuk move on. Tapi Aydin pergi mana? Eliya fully move on ke? Haaa
⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯
Comel, light & kelakar 😍 Ad suka the suspen bila selit thriller psiko. Memang istilah jodoh dalam ni sangat clear. Kita pula yang teringin 😝Tapi Ad more suka dengan character Eliya tau. Jarang jumpa FL yang confess dulu. But here she is. Very bubbly & ceria. Clumsy dia auto keluar bila dengan Aydin 😂 sumpah kelakar. And there's no such thing as "perigi cari timba" for Eliya 😏

Dr Aydin Noah. Ha Noah lagi. Ad rasa nama Noah ni lain macam debar kat hati ni 💓 eh. Bijak dia fuh nganga mulut Ad. Semua level education dia sapu. Aydin ni lecturer Math tau😌 Tapi bijak pun, kemain lurus & tak banyak cakap. Geram je dok tarik tali dengan Eliya. Tapi dia GENTLEMAN & SWEET. Baca lah ringan je tau. Happy reading 🧸🤍

𝘑𝘰𝘥𝘰𝘩 𝘵𝘶 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘥𝘪𝘳𝘢𝘯𝘤𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘥𝘪 𝘵𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘢𝘪𝘯𝘢𝘯. 𝘖𝘷𝘦𝘳 𝘢𝘯𝘥 𝘰𝘷𝘦𝘳 𝘢𝘨𝘢𝘪𝘯.

"𝐁𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞.. 𝐨𝐮𝐫 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐢𝐬 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐝𝐢𝐯𝐢𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐛𝐲 𝐳𝐞𝐫𝐨. 𝐘𝐨𝐮 𝐜𝐚𝐧𝐧𝐨𝐭 𝐝𝐞𝐟𝐢𝐧𝐞 𝐢𝐭. 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐭𝐨 𝐭𝐡𝐞 𝐢𝐧𝐟𝐢𝐧𝐢𝐭𝐲."

"𝐄𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐈𝐧𝐚𝐫𝐚, 𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐬𝐮𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐤 𝐣𝐚𝐝𝐢 '𝐛𝐮𝐤𝐮' 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐔𝐥𝐚𝐭 𝐁𝐮𝐤𝐮 𝐦𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐧𝐢, 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐣𝐚𝐠𝐚 𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐧𝐲𝐚𝐰𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢?"
Profile Image for Ida Barrie.
30 reviews
June 10, 2023
This gonna be my favourite! Awal2 I dah senyum2 baca.. bukan sweet tapi entah laa mcm cute sgt! Fast paced! Ni bukan cliche love story. This novel really blown away sbb dia love+crime story. Suka relationship Yaya dgn bff dia si Sarah! Mmg a friend in need is a friend indeed. Dialog diorg berdua mmg sahabat sejati!

Family loves pun ditekankan dlm cerita ni. Semua watak best! Takde yg jahat cuma si psychopath tu! And cerita cinta Yaya n Aydin ni takde sweet2 pun and takde pun konflik muncul org ketiga or keluarga tak setuju, diorg ni lebih kepada problem diri masing2.

Suka gila dgn Aydin ni. PhD holders in Maths! Work as Lecturer, nerdy and a bookworm! And he got twin ok! Aydin+Aariz. Beza? Sorg pkai braces, nerd and reserved. sorang takde braces, friendly and masuk air ☺️ family Aydin ni mmg pentingkan pendidikan! Yaya pun family background lebih kurang sama je. Sekufu la kira depa ni. Love juga dgn Yaya sbb as a journalist dia banyak jumpa org2 yg hebat! dia ni suka tulis diari and actually kaki stalk Aydin since nmpk Aydin dlm LRT everyday! She also a caring aunt. Selalu jaga anak abg dia yg work offshore and kak ipar dia keje doctor.

Konflik hujung2 yg crime tu, seriously mmg tak sangka and unpredictable. Ada jugak pickup line versi maths 😂 Suggest sgt2 korg beli and baca! Maybe tajuk dia tu nmpk mcm boring or biashe2 tapi story dia best! For me, novel ni kena dgn istilah “Don’t judge a book by it’s cover”
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.